-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
PRO FORMA
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAMDI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRO FORMA
Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran danPembelajaran Komsas
Kredit Topik 1. Tatabahasa Bahasa Melayu
Jam Interaksi 10 jam
BahasaPengantar Bahasa Melayu
Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari
HasilPembelajaran:
i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa BahasaMelayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;
ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yangdigunakan dalam karya bukan kreatif dan karya kreatif;
iii. Mengakses dan mensintesis maklumat daripada pelbagaisumber untuk memperoleh pemahaman yang lebihmendalam tentang pemikiran dan kritikan dalamKesusasteraan Melayu yang boleh digunakan dalampengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu disekolah;
iv. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikutikursus.
Sinopsis Kursus ini membincangkan topik tatabahasa Bahasa Melayuterkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Tajuk Kandungan Jam
TatabahasaBahasaMelayu
Sistem Bahasa BM 11
PENILAIAN
RUJUKAN
BACAAN
Kerja Kursus 100%
Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & MinatPenulisan KreatifTeori dan Proses.Bentong; PTSPublications & Distributors Sdn.Bhd.
Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif PenulisanSajak.Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan.Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.
Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong;PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik MengajarSastera. Bentong; PTS Publications & DistributorsSdn.Bhd.
Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 2008.Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK).Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut KelopakJantung(Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur;Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja(Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; DewanBahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (TeksKomsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasadan Pustaka.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUTDI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRO FORMA
Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pdp Komsas
Kredit Topik 2. Estetika Bahasa Dalam Sastera Komsas
Jam Interaksi 5 jam
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari
Hasil Pembelajaran:i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu
terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;
i. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yangdigunakan dalam karya kreatif dan bukan kreatif;
ii. Mengaplikasikan ilmu dan maklumat pemikiran dan kritikandalam Kesusasteraan Melayu untuk melaksanakan aktivitipengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara inovatif;
iii. Menghasilkan produk dan portfolio pengajaran BahasaMelayu dengan menggunakan bahan sastera untukdilaksanakan di sekolah; dan
iv. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikutikursus.
Sinopsis Kursus ini membincangkan topik Estetika Bahasa dalam KaryaSastera Komsas . Topik-topik yang terkandung dalam topik ini adalahEstetika dalam Kurikulum (SP) B.Melayu KBSM / KSSR dengan subtopik Bidang Estetik (KBSM) dan Didik Hibur/ Seni Bahasa(KSSR),Gaya bahasa dan laras bahasa, Bahasa Puitis/ PenulisanKreatif serta Peribahasa dalam karya sastera Komsas.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Tajuk Kandungan Jam
EstetikaBahasa KaryaSasteraKomsas
Estetika dalam Kurikulum (SP) B.Melayu KBSM /KSSR;
o Bidang Estetik (KBSM)o Didik Hibur/ Seni Bahasa (KSSR)o Gaya bahasa dan laras bahasa
Bahasa Puitis/ Penulisan Kreatif
Peribahasa
3
2
Jumlah 5 jam
Tajuk Kandungan Jam
PENILAIAN
RUJUKAN
BACAAN
Kerja Kursus 100%
Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & MinatPenulisan KreatifTeori dan Proses.Bentong; PTSPublications & Distributors Sdn.Bhd.
Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif PenulisanSajak.Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan.Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.
Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong;PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik MengajarSastera. Bentong; PTS Publications & DistributorsSdn.Bhd.
Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 1998.Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK).Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut KelopakJantung(Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur;Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja(Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; DewanBahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (TeksKomsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasadan Pustaka.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
ESTETIKA BAHASA DALAM KURIKULUM
BAHASA MELAYU (SM / SR)
Memahami Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SM/ SR)
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua
sekolah rendah dan menengah.
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat di Malaysia.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa
yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah airyang dikongsi bersama oleh
semua rakyatdalam satu wawasan.
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonisdari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.
Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa
secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada
pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran
berfikir.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang
penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang
Estetik.
Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa
Melayu secara berkesandalam kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagai
bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat
memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta
penghayatan terhadap bahan sastera.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai
gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasanyang berbeza di kalangan murid.
Aktiviti kokurikulumyang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai
sokongan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM
MATLAMAT
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan
urusan harian.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah
menengah murid dapat:
i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan,
dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus
untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai
sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan
maklumat;
iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam
bentuk lisan dan tulisan;
iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada
pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;
v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara
kreatif dan berkesan; dan
vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotik, dan perasaan cinta akan negara.
ORGANISASI KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah digubal bersesuaian
dengan bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian semasa
berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan untuk memahami
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
bahan bacaan.Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk
Hasil Pembelajaran.
Hasil Pembelajaran berteraskan Kemahiran Bahasa, iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis yang digabungkan
dengan peraturan dalam Sistem Bahasa, dan disokong oleh elemen
Pengisian Kurikulum.
Pernyataan Hasil Pembelajaran adalah dalam bentuk
fungsian yang mencerminkan amalan harian dalam kehidupan sebenar
masyarakat Malaysia.
Kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Penggunaan
Bahasa, Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah.
Penggunaan Bahasa
Penggunaan bahasa merangkumi tiga bidang utama, iaitu Bidang Interpersonal,
Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Bagi setiap bidang terdapat Hasil
Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dikuasai
oleh murid.
Penggunaan bahasa bagi Bidang Interpersonal merujuk kepada kebolehan
murid memulakan, membina, dan mengekalkan persahabatan serta
perhubungan dengan orang lain.
Penggunaan bahasa bagi Bidang Maklumat
merujuk kepada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan
maklumat serta ilmu.
Penggunaan bahasa bagi Bidang Estetik merujuk
kepada keupayaan murid menikmati karya sastera, melahirkan idea serta
perasaan secara kreatif.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa
baku.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar
dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertuturmerujuk kepada keupayaan murid menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara
lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan
diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa
yang sesuai.
Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan
perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulismerujuk kepada keupayaan murid mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadiyang telah dilalui dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul,
serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan
ilmu dan imaginatif.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif
kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang
jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh murid.
Oleh itu, hasil pembelajaran
memerlukan pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran murid.
Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan,
kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Selain
itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan
penilaian pencapaian murid.
Terdapat dua hasil pembelajaran dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu,
iaitu Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus. Hasil
Pembelajaran Utama dapat dicapai dengan menguasai Hasil Pembelajaran
Khusus.
Sistem Bahasa
Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan,
serta sebutan dan intonasi. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan
mengamalkan bahasa Melayu baku.
Pengisian Kurikulum
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan perkembangan
terkini dalam pendidikan meliputi aspek pengetahuan, peraturan sosiobudaya, dan
kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiranberfikir, kemahiran belajar cara belajar,
kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajarankonstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Semua
elemen ini dapatdiaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu,
pendidikannilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikan penekanan selaras
denganmatlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Hasil Pembelajaran Bidang Estetik
Bidang Estetik berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek
kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa.
Bidang Estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah,
pelahiran
perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan.
Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai
oleh murid dalam Bidang Estetik ialah memahami, menguasai, dan
menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang
karya sastera (ESTETIKA STRUKTURAL TEKS)
10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara
keseluruhan.
10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam
sesebuah karya.
10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi.
10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran,
nilai, dan pengajaran.
10.5 Menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi
dalam puisi.
10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan
perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut
pandangan.
11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya
penulisan kreatif dan bukan kreatif (ESTETIKA BAHASA TEKS)
11.1 Mengenal pasti gaya bahasa dalam karya bukan
sastera serta menggunakannya dalam penulisan
bukan kreatif.
11.2 Menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam
karya sastera serta menggunakannya dalam
penulisan kreatif.
11.3 Membandingkan penggunaan laras bahasa dalam
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
pelbagai genre.
12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (ESTETIKA
PENGHASILAN / PERSEMBAHAN TEKS)
12.1 Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib,
dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat,
indah, dan menarik.
12.2 Mengemukakan isi yang bernas dan membina
kerangka penulisan.
12.3 Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina
perenggan yang kohesif.
12.4 Menyusun isi dan menggunakan penanda wacana
untuk menghasilkan perenggan yang koheren.
12.5 Membina baris puisi dengan kemas dan indah.
12.6 Mengedit dan memurnikan sesuatu karya yang telah
dihasilkan.
Nota:
Senarai karya komponen kesusasteraan Melayu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan
5 adalah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000
bertarikh 23 Februari 2000. Senarai karya mungkin akan bertukar dari masa ke
masa.
ESTETIKA BAHASA DALAM KURIKULUM SR (KBSR/ KSSR)
o DIDIK HIBURrujuk power point
o SENI BERBAHASA- rujuk power point
o PENGGUNAAN BAHAN SASTERA- rujuk SP KBSR (SR)
ESTETIKA GAYA BAHASA/ UNSUR BAHASA DAN LARAS BAHASA
DALAM TEKS KOMSAS (Rujuk Mod ul Kom sas/ Apresiasi Puisi)
ESTETIKA BAHASA DALAM UNGKAPAN PUITIS/ PENGHASILAN
KARYA KREATIF (rujuk puisi/ cerpen terpilih / cipta puisi)
5.0 PERIBAHASA
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Peribahasa merangkumi ;
simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah,
bidalan,
perbilangan, dan
kata hikmat
yang perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.
Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan; falsafah,
keperibadian dan
nilai murni
masyarakat Malaysia.
Sekian. Terima kasih.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
ESTETIKA PUISI : MENGENALI ASPEK DASAR PUISI
Untuk menghayati sesebuah karya puisi, sama ada puisi tradisional atau puisimoden, kita haru memahami beberapa istilah yang menjadi dasar kepada
penghasilan sesebuah puisi itu. Isitilah tersebut termasuklah:(i) Medan Makna(ii) Medan Kata(iii) Medan Rasa
(i) Medan Makna (Estetika Isi)
Medan makna merujuk kepada perkara-perkara yang membantu menjelaskangambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi. Medan makna dapat diperincikanseperti yang berikut:
(a) Maksud (isi): Gambaran idea yang terkandung dalam puisi.(b) Tema : Inti atau isi pokok (persoalan pokok) yang hendak disampaikan oleh
penyair.(c) Peroalan:Isi-isi sampingan yang membentuk inti atau isi pokok.(d) Perutusan / amanat / pengajaran / mesej: Gagasan nilai dalam idea puisi.(e) Sikap dan perasan: penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan
kesan emosi dan pemikiran penyair sewaktu menghasilkan puisi.(f) Unsur nilai murni: Memahami nilai dan norma kehidupan untuk dteladani
dan digunakan secara bijaksana.(g) Sejarah genre: Memahami latar belakang perkembangan puisi.
(h) Biodata penyair: Pengetahuan tentang penyair, sejarah hidup, pengalaman,sumbangan dan himpunan karya untuk membantu pembaca lebih memahamikarya serta menanamkan minat terhdap sastera.
(i) Penghasilan karya: Menghasilkan puisi secara terancang dan terbimbingmengikut prinsip penulisan kreatif.
(ii) Medan Kata (Estetika Bahasa)
Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa sesebuahpuisi. Ruang lingkup medan kata adalah seperti yang berikut:
(a) Diksi : Pemilihan dan penggunaan kata khusus secara puitis yang ditulis
secara sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yangbaik dinilai daripada aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dankeunikan.
Contohnya: berkerlipan bintang kejora(b) Imej / citra alam: Gambaran atau tiruan bentuk atau objek alam yang
tergambar dalam fikiran, dicipta atau digambarkan untuk menyatakan satupengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit kepada satupengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkankesan rasa dan makna.Contoh: bulan, laut, bunga mawar, selasih, rama-rama, undan
(c) Kiasan: Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatudengan cara bersandarkan atau membandingkan sifanya dengan sesuatu
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
yang lain agar pernyataan menjadi lebih jelas dan memberi kesan sertamakna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa bandingan.
Contoh: pahit bagai hempedu; tinggi menggunung
(d) Rima: Persamaan gugus kata daripada segi vokal atau konsonan yang timbul
pada awal, tengah, dan hujung baris puisi. Pengulangan bunyi vokal ataukonsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisi dikenali rimadalaman.
Contoh: sekuntum bunga biru
Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada hujung baris puisi dikenalsebagai rima luaran.
Contoh:Sekuntum bunga biruYang luruh di penjuru itu
Adalah seorang akuYang merinduimu
(e) Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya adalahseperti yang berikut:
Kelam menyelubugi malam
(f) Asonansi: Pengulangi bunyi vokal dalam baris. Contohnya adalah sepertiyang berikut:
Melangkah gadis menahan denyutan
(g) Rentak: Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suarasewaktu melafazkan puisi dan memberikan kesan perasaan terhadap suarapembaca.
(h) Jeda: Titik perhentian seketika, perlaihan atas nafas sewaktu melafazkanpuisi, berguna untuk menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadapbahasa dan muzik kata; ditandai dengan (,) atau (;).
Contoh:
Kalau nak gugur, gugurlah nangka,Jangan menimpa si ranting pauh;
Kalau nak tidur, tidurlah mata,Jangan terkenang orang yang jauh.
(i) Simili: Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyaisifat dan nilai yang sama secara langsung, menggunakan perkataanbandingan. Contoh:
Berburu ke padang datar,Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
(j) Metafora: Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatuyang lain bagi menyarankan antara kedua-duanya terdapat kesamaan tanpamenggunakan kata bandingan.Contoh: lautan kasih, gunung harapan, api kemarahan
(k) Personifikasi: Bandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,objek, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.Contoh:
- Bulan tersenyum rawan- Damai melambai senja- Beburung bersiul girang
(l) Hiperbola: Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatusecara berlebihan, digunakan bagi menguatkan makna.Contoh:
- perahu lilin layar kertas- menyeberangi lautan api- menggapai gunung nan tinggi-
(m) Sinkof: Singkatan kata untuk mempercepat rentak bahasa ataumerendahkan perasaan / emosi. Contoh: ku, mu, tak, dah
(n) Inversi: Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap sesuatu.
Contoh:Akan kupintalbuih-buih,Menjadi tali mengikatmuAkan kuanyamgelombang-gelombang,Menjadi hamparan ranjang tidurmu.
(o) Anafora: Ulangan perkataan atau frasa yang sama pada awal baris dalamdua baris atau lebih. Contoh:
Akucinta padamu lautAkusayang padamu camarAkurindu padamu kedamaian
(p) Epifora: Ulangan perkataan atau frasa yang sama pada akhir baris bagi duabaris atau lebih. Contoh:
Sekuntun bunga biruSehampar laut biru
(q) Imejan: Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkanobjek atau perlakuan yang membentuk simbol, lambang atau kod untukmenggambarkan sikap dan perasaan penyair. Contoh:
Segar angin lautMengembalikan rindunya pada kolek
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Bagi buih kecil
(angin, laut, kolek, buih kecilimej kepada kehidupan nelayan yang miskin)
(r) Nada: Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya, mungkin bercorak
romantis, melakolis, patriotis, sinis, dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahirdaripada gabungan atau variasi unsur diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejandan simbol. Contohnya, sajak Keindahan yang Hilang (Kerusi halaman 15)bernada sedih dan melankolis.
(iii) Medan Rasa (Estetika Bentuk)
Aspek-aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yangmempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.
(a) Bentuk (form): susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku
kata, baris, bait, skima rima dan pembahagian unit (misalnya pembayangdan maksud bagi pantun).
(b) Struktur / binaan (structure): susunan dalaman puisi seperti perkaitanantara pembayang dan maksud pantun, perkaitan antara anak kalimat daninduk kalimat dalam gurindam dan seloka.
(c) Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skima rima): ciri dansifat yang menentukan keharmonian pengucapan kata atau bahasa puisi.
(d) Ciri dan sifat: Aspek-aspek khusus yang menjelaskan puisi-puisi berlainan.Biasanya dilihat daripada aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.
(e) Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antarapuisi berlainan daripada aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.
Sesungguhnya puisi (sama ada tradisional mahupun moden) merupakan pancaranakal budi masyarakat pada sepanjang zaman. Penghayatan puisi membolehkan kitamencungkil rahsia peribadi manusia, bangsa dan ketamadunan wilayah yangmelahirkannya.
Sekian, Terima kasih.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUTDI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRO FORMA
Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pdp Komsas
Kredit Topik 3. Apresiasi Teks Sastera Komsas
Jam Interaksi 10 jam
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari
Hasil Pembelajaran:i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu
terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;
ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yangdigunakan dalam karya sastera Komsas;
iii. Menjelaskan konsep apresiasi karya sastera Komsasdengan tepat dan betul;
iv. Menjelaskan konsep ilmu, pemikiran dan kemahiranapresiatif karya sastera Komsas dengan betul;
v. Mengakses dan mensintesis maklumat daripada pelbagaisumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
tentang pemikiran dakam teks sastera Komsas yang bolehdigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu di sekolah;
vi. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti
kursus.
Sinopsis Kursus ini membincangkan topik pemahaman teks karya sasteraKomsas terdiri daripada genre prosa tradisional, cerpen, drama, puisitradisional pantun, syair, gurindam, seloka, dan sajak. Apresiasiberasaskan pemahaman, penghayatan dan penikmatan karya dariaspek pemikiran, nilai , pengajaran, mesej, amanat karya.
Tajuk Kandungan Jam
Apresiasi TeksSasteraKomsas
Pemahaman Teks Komsas dari aspek;
Pemikiran
Nilai
Pengajaran/ mesej/ amanat
Penghayatan teks Prosa;
Prosa tradisional
Cerpen
Drama
Penghayatan teks Puisi;
Pantun
Syair
Gurindam
Seloka,
Sajak
4
5
Tajuk Kandungan Jam
PENILAIAN
RUJUKAN
Kerja Kursus 100%
Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & MinatPenulisan KreatifTeori dan Proses.Bentong; PTSPublications & Distributors Sdn.Bhd.
Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif PenulisanSajak.Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan.Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.
Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong;
PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Tajuk Kandungan Jam
BACAAN
Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik MengajarSastera. Bentong; PTS Publications & DistributorsSdn.Bhd.
Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 2008.Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK).Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut KelopakJantung(Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur;Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja(Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; DewanBahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (TeksKomsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasadan Pustaka.
Nota :
UNIT 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniyang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapatdilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikat ini,
pada 22 Jun 1999, Menteri Pendidikan Malaysia, Y.B. Dato Seri Najib Tun Razaktelah mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah menengah aliran sastera,sains, teknik, vokasional dan agama diwajibkan mempelajari sama adakesusasteraan Melayu atau kesusasteraan Inggeris.
Bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas tidakterkecuali, maka penggunaan karya sastera diwajibkan sebagai komponen dalampengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan BahasaInggeris.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Komsas dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dari bulan Mac2000 untuk Tingkatan 1 dan 4, kemudian diperluaskan pada tahun 2001 untukTingkatan 1, 2, 4, dan 5. Pada tahun 2002, Komsas diajarkan kepada pelajarTingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Hasilnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilai padatahun 2001 manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinilai pada tahun
2002.
Enam waktu seminggu diperuntukkan kepada pelajar bagi mengikuti matapelajaran Bahasa Melayu dengan nisbah empat waktu untuk Bahasa Melayu dandua waktu untuk Komsas. Bagi memenuhi keperluan guru, beberapa kursus dalamperkhidmatan dan kursus pendedahan telah diadakan. Antaranya, Kursus SijilPerguruan Khas (satu tahun), Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu), sertapelbagai kursus pendek kelolaan Bahagian Pendidikan Guru, Institut PendidikanGuru Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(semakan semula) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2002, Komsas tergolong dalam HasilPembelajaran Bidang Estetik. Bidang ini berfokus pada keupayaan pelajarmenguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang ini jugamengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, danpenghayatan. Hasil Pembelajaran Utama (fokus utama) dan Hasil PembelajaranKhusus (fokus sampingan) yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bidang estetik ialah
memahami dan memberi respons peribadi tentang karya sastera; menguasai gayadan laras bahasa dalam karya kreatif dan bukan kreatif; serta menghasilkan karyakreatif dan bukan kreatif.
1.2 Objektif
Komsas diajarkan untuk memenuhi objektif yang berikut:
Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;
Meningkatkan kemahiran berbahasa;
Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera; dan
Memupuk semangat mandiri.
1.3 Komsas
Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu atau Komsas bermaksudmengajarkan unsur ilmu Kesusasteraan Melayu seperti struktur karya, tema, watak,plot, gaya bahasa, amanat, bentuk, teknik, nilai, keindahan, unsur budaya dansebagainya dalam waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Mata pelajaran Bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponenbahasa dan komponen sastera. Kedua-duanya boleh berdiri sendiri dan salingberkaitan. Bagi mencapai tahap keberkesanan pengajaran Komsas, seseorang guru
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Bahasa Melayu seharusnya memahami kaedah pengajaran bahasa dan kaedahpengajaran Kesusasteraan Melayu secara serentak. Hakikatnya, komponen ini tidakboleh diajarkan secara berasingan, umpamanya seorang guru mengajarkan BahasaMelayu dan seorang lagi mengajarkan Kesusasteraan Melayu.
Di samping mengajarkan komponen sastera, guru hendaklahmenggabungjalinkan elemen pengisian kurikulum yang lain yang merentasi semuabidang ilmu, serta memberi kemahiran bernilai tambah iaitu;
Kemahiran berfikir
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
Kemahiran belajar cara belajar
Kajian masa depan
Kecerdasan pelbagai
Pembelajaran konstruktivisme
Pembelajaran kontekstual
Guru juga harus menerapkan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalampengajaran dan pembelajaran Komsas dengan mengutamakan pemupukansemangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untukmelahirkan warganegara yang mempunyai jati diri kuat, menghargai khazanahbangsa, serta meningkatkan kecintaan mereka terhadap agama, bangsa dannegara.
Peraturan sosiobudaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu meliputi aspek-aspek kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa. Unsur-unsur ini dapatdipelajari melalui penggunaan bahan-bahan sastera (Komsas) yang dicadangkan.Peraturan sosiobudaya ini diharapkan dapat memperkukuh citra pelajar khususnyadan jati diri masyarakat Malaysia umumnya.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
1.4 SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
1.4.1 MATLAMAT
Melengkapkan murid dengan;
keterampilan berbahasa keterampilan berkomunikasi
Memenuhi keperluan diri dalam;
pendidikan
pekerjaan
urusan harian
1.4.2 OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, muriddapat;
interaksi sosial
memproses maklumat
menyelesai masalah
(iv) mendengar, membaca, menonton, memberi respon kepada bahan
sastera
(v) melahirkan idea dan pendapat secara kreatif (vi) menghayati, mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotik, perasaan cinta negara (melalui bahan karya)
1.4.3 HASIL PEMBELAJARAN
Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan;
Penggunaan bahasa
Kemahiran bahasa
Sistem bahasa Komsas
Pengisian kurikulum (ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya,
kemahiran bernilai tambah)
1.5 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 1
1.5.1 OBJEKTIF
Pada akhir tingkatan 1, pelajar dapat;
Berbicara bersama rakan Berurusan dengan ungkapan betul
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Berbincang sesuatu perkara
Membaca bahan ilmu
Menyatakan dan membezakan idea
Melakar, membuat nota ringkas (vii) Membaca karya sastera untuk keseronokan, beri pandangan tentang
karya
(viii) Membaca karya sastera dengan pelbagai teknik
(ix) Menghasilkan karya dengan bahasa gramatis
(x) Menghayati dan mengamalkan nili murni (melalui bahan karya)
1.5.2 ORGANISASI KURIKULUM
1.5.2.1 PENGGUNAAN BAHASA Bidang Interpersonal ( Hasil Pembelajaran 1.06.0 )
Bidang Maklumat (Hasil Pembelajaran 7.09.0 )
Bidang Estetika ( Hasil Pembelajaran 10.012.0 )
1.5.2.2KEMAHIRAN BAHASA
Membaca
Menulis
Mendengar
Bertutur
1.5.3 HASIL PEMBELAJARAN BIDANG ESTETIKA
Berfokus pada keupayaan murid menguasai;
Sistem bahasa
Keindahan bahasa
Kehalusan bahasa
Mementingkan;
Penikmatan karya
Pelahiran perasaan berdasarkan / melalui karya
Apresiasi dan penghayatan karya
1.5.4 HPU & HPKperlu dicapai murid;
Memahami karya kreatif
Menguasai karya kreatif
Menghasilkan karya kreatif
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
1.6 HASIL PEMBELAJARAN BIDANG ESTETIKA (KOMSAS) TINGKATAN 1
1.6.1 Puisi (tradisional dan sajak);
i. Maksud keseluruhan/ ikut rangkap
ii. Tema
iii. Persoalan
iv. Perkara menarik dalam karya
v. Jenis
vi. Ciri
vii. Bentuk
viii. Gaya/ unsur bahasa
ix. Laras bahasa
x. Unsur bunyi
xi. Nada
xii. Nilai
xiii. Pengajaran
xiv. Penghasilan karya puisi
xv. Mengedit karya puisi
( Bagi Puisi naratif;
xvi. Pemikiran/ Idea keseluruhan/ urutan peristiwa
xvii. Watak dan perwatakan
xviii. Latar
xix. Plot
xx. Sudut pandangan)
1.6.2 Prosa (prosa tradisional, cerpen, novel, drama)
i. Jenis
ii. Ciri
iii. Perkara menarik dalam karya
iv. Idea keseluruhan, urutan peristiwa
v. Tema, Pemikiran
vi. Persoalan
vii. Watak dan perwatakan
viii. Latar
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
ix. Plot
x. Sudut pandangan
xi. Gaya/ unsur bahasa
xii. Laras bahasa
xiii. Nilai
xiv. Pengajaran
xv. Penghasilan karya prosa dan skrip drama
xvi. Mengedit karya prosa dan skrip drama
UNIT 2 PUISI TRADISIONAL
2.1 Objektif
Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yang berikut :
Menyediakan dan membincangkan kerangka pengajaran dan pembelajaran puisi
tradisional yang lebih mantap dan berkesan.
Mencari kaedah yang lebih praktikal untuk menarik minat guru dan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran Komsas agar mata pelajaran ini dianggap penting untuk
membina jati diri dan negara bangsa.
Membina bahan pengajaran dan pembelajaran puisi tradisional yang sesuai (dalam
bentuk model dan modul) untuk kegunaan guru dan pelajar.
2.2 Definisi
Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap
(Zaba, 1962) atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding
dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta
bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika (Harun Mat Piah,
1989:2). Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh
masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan
yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti
mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
2.3 Ciri-ciri
Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut :
(i) Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahanserta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.
(ii) Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar.
(iii) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa,
rentak, irama dan keharmonian bunyi.
(iv) Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi
jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.
(v) Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap
atau beberapa baris seuntai.
(vi) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif
kehidupan masyarakat tradisional.
(vii) Binaannya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya.
(viii) Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan,
keramaian, ritual, keagamaan, dan sebagainya.
(ix) Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan
adat istiadat, misalnya adat perpatih.
(x) Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan
perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan
perasaan hati.
2.4 Jenis-jenis
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair
gurindam, dan seloka.
2.4.1 Pantun
Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan
pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian
(Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56), asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen,
tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai
bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa
yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan
bertatasusila. Dalam kesusasteraan Melayu, istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai
dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada
perbandingan atau kiasan. Contohnya, tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak
juga.
Ciri-ciri Pantun
Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya :
(i) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea.
(ii) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya dua
kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat. Namun pantun yang
popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
(iii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan.
(iv) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.
(v) Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan, iaitu ab;ab.
Ada juga skema rima yang sama, iaitu aa;aa .
(vi) Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan
maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan maksud
ialah gambaran sifat dan sikap manusia.
(vii) Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
(viii) Penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai, dan tanggapan masyarakat
setempat.
(ix) Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang
dengan unit maksud.
Jenis-jenis Pantun
Pantun terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan bentuk, isi, fungsi dan
penyebarannya. Berdasarkan bentuk, pantun diklasifikasikan kepada pantun dua kerat,
empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan dua belas kerat.
Contoh pantun dua kerat :
Emas perak tembaga suasa,Malas bergerak tiada merasa. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 5)
Contoh pantun empat kerat :
Kemumu di tengah pekan,Dihembus angin jatuh ke bawah;
Ilmu yang tidak diamalkanBagai pohon tiada berbuah. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6)
Contoh pantun enam kerat :
Penakik pisau raut,Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,Alam terbentang dijadikan guru. (Kerusi, hlm. 3)
Contoh pantun lapan kerat :
Sarang merbah di celah dahan,Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada tuhan,Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang. (Kerusi, hlm. 4)
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Berdasarkan isi, (tema dan persoalan) pantun dibahagikan kepada pantun budi, kanak-
kanak, perpisahan, hiburan, teka-teki, nasib, peribahasa, kiasan, agama dan berjhimat
cermat.
Contoh pantun budi :
Anak ikan berlima-limaMati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,Sebagai hutang seribu tahun.
(Harga Remaja, hlm . 5)
Contoh pantun kanak-kanak :
Jangan gergaji pokok talas,
Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,Perut kosong badan tak sihat. (Sehiijau Warna Daun, hlm. 5)
Contoh pantun perpisahan :
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 4)
Contoh pantun hiburan :
Dari Melaka pergi ke Pahang,Singgah di Johor beli berangan;
Kami mengucap selamat datang,Apa yang kurang dikeji jangan. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 6)
Contoh pantun teka teki :
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Burung nuri burung dara,Terbang ke sis taman kayangan;
Cubalah cari wahai saudara,Makin diisi makin ringan. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 9)
Contoh pantun nasib :
Seri Mersing lagu Melayu,
Mari dikarang zaman dahulu;Duduk termenung menongkat dagu,
Mengenang nasib dagang piatu. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 4)
Contoh pantun peribahasa :
Buat bangsal di Pulau Daik,Menahan taut sambil mengilau;
Kalau asal benih yang baik,Jatuh ke laut menjadi pulau. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 5)
Contoh pantun kiasan :
Tebang gelam tebang kenanga,Batang tumbuh menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,Bunga kembang di puncak gunung. (Anak Laut,
hlm. 4)
Contoh pantun agama:
Pohon di kebun habis berbuah,Disambut masak buah rembege;
Mohonkan ampun dosa yang sudah,Hendak masuk d alam syu rga. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6)
Contoh pantun berjimat cermat:
Pergi ke belukar memasang pikat,Pulangnya lewat di hujung petang;
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 7)
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
2.4.2 Syair
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang
mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab shir yang
bererti puisi dan shar yang bererti penyair, pengarang, atau penyajak. Istilah ini
berkembang dalam berbagai bahasa Nusantara seperti sae, saiyo, sair, singir dan syair.
Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan
oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan
tujuan mengajarkan agama Islam.
Ciri-ciri Syair
Syair mempunyai beberapa ciri, antaranya:
(i) Empat baris serangkap.
(ii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan.
Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku.
(iii) Tergolong dalam jenis puisi kata.
(iv) Skema rima hujungnya sama, iaitu aa;aa.
(v) Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap
berkenaan tidak dapat berdiri sendiri.
(vi) Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda.
(vii) Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan
yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.
(viii) Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada
mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.
Contoh syair :
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Ada kepada suatau hari,Sakit saudagar laki isteri;Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.
Saudagar tahu akan dirinya,Hampirlah mati kepada rasanya,Lalulah memanggil akan anaknya,Dicium kepala dengan tangisnya. (Kasut Kelopak Jantung,hlm. 10)
Jenis-jenis Syair
Pada umumnya, jenis syair adalah berdasarkan isi, tema, pemikiran, persoalan atau mesej
yang hendak disampaikan. Contohnya seperti yang berikut:
Syair cerita : Syair Badrul Zaman, Syair Ken Tambuhan, Syair Nur Alam Shah LelaPutera, Syair Yatim Nestapa, Syair Pembunuhan Angreni, dan Syair DandanSetia Intan Terpilih
Syair nasihat : Syair Menyambut Pelajaran, Syair Mungkir Janji, dan Syair
Pesanan Ibu
Syair semangat patriotik : Syair Tenaga Pemuda
Syair alam sekitar : Syair Cintai Alam Sekitar
Syair kiasan : Syair Jong Pecah
Syair ilmu : Syair Kelebihan Ilmu
2.4.3 Gurindam
Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja AliHaji melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenisgurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang
terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah
perkataan dengan skema rima a; a. Manakala bentuk yang tidak terikat
mengandungi jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta
skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula
mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai
gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
Ciri-ciri Gurindam
Gurindam mempunyai beberapa ciri, antaranya:
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
(i) Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku
kata dalam setiap baris adalah tidak tetap.
(ii) Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan.
(iii) Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap.
(iv) Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a.
(v) Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi dalam perkataan yang digunakan.
(vi) Ada kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau syair.
(vii) Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan
jawab atau anak kalimat (baris kedua).
(viii) Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi
pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.
Jenis-jenis gurindam
Gurindam dapat dijeniskan berdasarkan bentuknya. Terdapat dua jenis gurindam, iaitu
gurindam berbentuk bebas (tidak terikat) dan gurindam berbentuk terikat.
Contoh gurindam berbentuk bebas :
Awak tua bandar terbuka,Emas habis, dagangan mudah,Kerbau kambing sesak di padang,Itik angsa tenang di kuala,Merpati lindungan langit,Rengkiang tujuh sejanjar;Taman dengan sekerat kota,Emas perak penuh di rumah,Tangga rumah emas bertuang,Ibu tangga emas bertitik,Batuan sawa mengulur;Penuh sesak hamba sahaya,Ada yang empat senama,Ada yang lima senama,Dilaung di rumah di tanah menyahut,Dilaung di tanah di rumah menyahut. (Hikayat Malim Deman, hlm. 2)
Contoh gurindam berbentuk terikat :
Cahari olehmu akan sahabat,
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru,Yang boleh tahukan tipa seteru.
Cahari olehmu akan isteri,Yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawa.Pilih segala orang setiawan. (Harga Remaja, hlm. 11)
2.4.4 Seloka
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu, seloka
bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam
kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana
merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.
Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan
pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan
dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya
mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka
Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun
atau syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi
seloka berkenaan.
Ciri-ciri Seloka
Seloka mempunyai beberapa ciri, antaranya:
(i) Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
(ii) Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat).
(iii) Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
(iv) Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.
(v) Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Jenis-jenis Seloka
Seloka dijeniskan berdasarkan bentuknya, iaitu seloka bebas dan seloka terikat.
Contoh seloka bebas :
Seloka Emak Si Randang
Baik budi emak si randang,Dagang lalu ditanakkan,Tiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak dipangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutan,
Beras habis padi tak jadi. (Harga Remaja, hlm. 12)
Contoh seloka terikat (bentuk pantun/ syair) :
Buah pinang buah belimbing,
Ketiga dengan si buah mangga;
Sungguh senang berbini sumbing,
Walau marah ketawa juga. (Warisan Puisi Melayu, hlm. 67)
Dapatlah dirumuskan bahawa puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair,
gurindam dan seloka adalah pancaran nilai dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional.
Selain itu, terdapat juga jenis-jenis puisi tradisional seperti Rubai, teromba, mantera,
nazam, ghazal, dan masnawi yang turut berperanan memancarkan nilai estetika dan
pemikiran masyarakat melayu. Bentuk dan isi pemikirannya bukan sahaja berguna dalam
konteks zamannya malah releven untuk setiap masa, ruang dan latar masyarakat Melayu
atau Malaysia hari ini.
2.5 Aspek Asas Puisi Tradisional
Puisi sama ada puisi tradisional atau moden (sajak) terbina daripada kesatuan kata, makna,
dan rasa sesuatu objek hasil pengamatan, penyaringan dan pemberian makna terhadap
objek, perlakuan manusia dan alam sekeliling dalam bentuk kreatif-imaginatif. Penyair
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
mencipta kata (yang disaring dengan teliti daripada puluhan kata asas) bagi menzahirkan
erti yang bermakna dengan kelunakan rasa batin. Sementara pembaca (yang aktif) dituntut
untuk berdialog dengan teks dalam suatu proses membongkar kod kata secara semiosis
dan semiotik, justeru akhirnya dapat menikmati keindahan puisi berkenaan. Aspek dasar
puisi tradisional dan moden (sajak) merangkumi medan makna (isi), medan kata (bahasa)
dan medan rasa (teknik).
2.5.1 Medan Makna (Isi)
Medan Makna merujuk kepada perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah
puisi.Maksud (Isi):
Gambaran idea yang terkandung dalam puisi.
Tema:
Inti atau isi pokok idea yang hendak disampaikan penyair.
Persoalan:
Isi kecil atau isi sampingan yang membentuk idea puisi.
Perutusan/amanat dan pengajaran/mesej:
Gagasan nilai dalam idea puisi.
Sikap dan perasaan:
Penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan kesan emosi dan pemikiran
penyair sewaktu menghasilkan puisi.
Unsur/ nilai murni:
Pemahaman nilai dan norma kehidupan untuk diteladani dan digunakan secara bijaksana.
Sejarah genre:
Pemahaman latar belakang perkembangan puisi
Biodata penyair:
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Pengetahuan tentang penyair; sejarah hidup, pengalaman, sumbangan dan himpunan
karyanya untuk membantu pembaca lebih memahami karya serta menanamkan minat
terhadap sastera.
Penghasilan karya:
Penghasilan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsip penulisan kreatif.
2.5.2 Medan Kata (Bahasa)
Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa dalam sesebuah
puisi (lihat juga Lampiran 2.22).
Diksi:
Pemilihan dan penggunaan kata khusus atau kata khas secara puitis yang ditulis secara
sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai dari
aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan. Contoh: berkelipan bintang
kejora.
Imej/citra alam:
Gambaran bentuk atau objek alam yang tergambar dalam fikiran, diciptakan atau
digambarkan untuk menyatakan satu pengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit
kepada satu pengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkan
kesan rasa dan makna. Contoh: bulan, laut, bunga kemboja, selasih, rama-rama, dan
undan.
Kiasan:
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan
atau membandingkan sifatnya dengan sesuatu yang lain agar pernyataan menjadi lebih
jelas dan memberi kesan serta makna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa
bandingan.
Contoh:pahit bagai hempedu, tinggi menggalah.
Bunyi (rima, aliterasi, asonansi, rentak, jeda):
Aspek muzik bahasa atau muzik kata dalam puisi.
Rima:
Persamaan gugus kata dari segi vokal atau konsanan yang timbul pada awal, tengah dan pada hujung baris
puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisi dikenali sebagai
rima dalaman. Contoh, sekuntum bunga biru. (rima dalaman u : asonansi).
Pengulangan bunyi vokal dan konsonan pada perkataan hujung susunan baris-baris puisi dikenali rimaluaran. Contoh:
Sekuntum bunga biru
yang luruh di penjuru itu
adalah seorang aku
yang merinduimu.
(rima luaran sama : a;a;a;a)
Aliterasi:
Pengulangan bunyi konsonan pada awal kata atau bunyi vokal yang berturut-turut atau pengulangan perkataan
atau suku kata yang berhampiran. Pengulangan itu terdapat dalam rentetan kata atau dalam satu-satu baris
puisi. Contoh :
Kalau anak pergi ke pekan , Yu beli belanak pun beli
(pengulangan bunyi konsonan k dan b).
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Asonansi:
Persamaan bunyi antara vokal yang diikuti oleh konsonan yang berbeza dalam dua atau lebih
suku kata yang ditekankan. Contoh: Melangkah gadis menahan denyutan
(pengulangan bunyi vokal e dan a).
Rentak:
Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suara sewaktu melafazkan puisi. Rentak
dipengaruhi oleh susunan kata dan susunan baris puisi, dan memberi kesan perasaan terhadap
suara pembaca.
Jeda:
Titik perhentian seketika, dan peralihan nafas sewaktu melafazkan puisi. Berguna untuk
menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadap bahasa dan muzik kata. Ditandai
dengan ( , ) atau ( ; ). Contoh:
Kalau nak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa, si ranting pauh;
Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Jangan mengenang, orang yang jauh.
Simile:
Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara
langsung. Menggunakan perkataan bandingan, misalnya seperti, bagai, laksana , bak. Contoh:
berguru kepalang ajar, bagaibunga kembang tak jadi.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Metafora:
Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi menyarankan antara keduanya
terdapat kesamaan. Metafora tidak menggunakan perkataan bandingan tetapi menggunakan kata adalah.
Contoh:
laut adalah guru, tak pernah jemu mengajarku.
Personifikasi:
Kiasan yang memberikan sifat manusia (perasaan, perwatakan, tindak tanduk) kepada objek, binatang, idea
atau hal-hal yang abstrak. Contoh : bulan tersenyum rawan, damai melambai senja.
Hiperbola:
Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Digunakan untuk menguatkan kesan makna. Contoh : perahu lilin layar kertas, sanggup
seberangi lautan api.
Singkof:
Singkatan kata. Untuk mempercepatkan rentak bahasa atau merendahkan perasaan atau
emosi. Contoh : ku, mu, tak, dah.
Inversi:
Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap objek. Contoh: di hitam awan
(sepatutnya di awan hitam).
Anafora:
Ulangan perkataan atau rangkai kata pada awal dua atau lebih baris- baris yang berturutan.
Contoh:
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
akucinta padamu laut
akusayang padamu camar
Epifora:
Ulangan perkataan atau rangkai kata pada akhir dua atau lebih baris-baris berturutan.
Contoh:
sekuntum bunga biru
sehampar laut biru
Imejan:
Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek atau perlakuan
yang membentuk simbol, lambang atau kod untuk menggambarkan sikap dan perasaan
penyair. Contoh:
segar angin laut/ mengembalikan rindunya pada kolek/ bagai buih
kecilterapung di laut/ menjaring sedikit rezeki/
(angin laut, kolek, buih kecil, jaring ialah imej yang
melambangkan kemiskinan).
Nada:
Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya. Mungkin bercorak romantis, melankolis,
patriotis, sinis dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahir daripada gabungan atau variasi unsur
diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejan dan simbol. Contohnya, sajak Keindahan Yang
Hilang (Kerusi,hlm. 15) bernada sedih dan melankolis.
2.5.3 Medan Rasa (Teknik)
Aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyairatau pembaca.
Bentuk:
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skema rima dan
pembahagian unit (misalnya pembayang dan maksud bagi pantun).
Struktur atau binaan:
Susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud dalam pantun,
serta perkaitan antara anak kalimat dengan induk kalimat dalam gurindam dan seloka.
Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skema rima):
Ciri dan sifat yang menentukan keharmonisan pengucapan kata atau bahasa puisi.
Ciri dan sifat: Aspek khusus yang menjelaskan puisi yang berlainan. Biasanya dilihat dari
aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.
Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi dengan
puisi yang lain dari aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.
UNIT 3PUISI MODEN (SAJAK)
3.1 Objektif
Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yangberikut:
Menyediakan dan membincangkan kerangka pengajaran dan pembelajaranpuisi moden yang lebih mantap dan berkesan;
Mencari kaedah yang lebih praktikal untuk menarik minat guru dan pelajardalam pengajaran dan pembelajaran puisi moden; dan
Membina bahan pengajaran dan pembelajaran puisi moden yang sesuai untukditerbitkan sebagai panduan bagi kegunaan guru dan pelajar dalampengajaran dan pembelajaran puisi moden.
3.2 Definisi
Tiada definisi umum tentang puisi, walau bagaimanapun beberapa penyair, pemikirdan ahli cendekiawan mentafsirkan puisi seperti yang berikut: Karangan berangkapkhas dipakai untuk idea yang baik, bahasa yang indah dan melukiskan kemanisandan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini, perkara tersebutakan menjadi bertambah menarik kepada hati orang yang mendengarnya.
(Zaba 1962: 218)
sajak itu satu bentuk (puisi) moden yang lebih bebas dan seterusnya rangkapannyatidak terikat atau menyalin bentuk-bentuk tradisional seperti pantun atau syair dan
membawa suasana serta pandangan hidup lebih moden.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
(Muhammad Hj. Salleh 1988: 1-4)
bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dantradisional. Dalam segala sifat kekentalannya, puisi setelah dibaca akan menjadikankita lebih bijaksana. Bukan puisi namanya andainya ia tidak berupaya
membijaksanakan pembaca.
(Muhammad Hj. Salleh 1988: 10)
pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak danberlaku secara spontan, dalam suasana tenang.
(William Wordsworth 1988: 4)
the best words in their best order/perkataan terbaik dalam susunan terbaik.
(Samuel Taylor Coleridge 1988: 4)
...it begins in delight and ends in wisdom/bermula dengan hiburan/ keseronokan danberakhir dengan kebijaksanaan.
(Robert Frost 1988: 54)
Tiga peringkat sfera fungsional:
(i) Sfera mengharmonikan kekacauan kesan-kesanpsikik/perubatan psikik/ psikoterapi jiwa/hiburan.
(ii) Sfera faedah/manfaat/alat penghayatan intelektual/cerminan
didaktik.(iii) Sfera kesempurnaan rohani/kamal/penghayatan intuitifberhubungan dengan Allah S.W.T.
(Braginsky 1994: 2)
prinsip puisi adalah membawa makna sebanyak mungkin dalam kata-kata sedikitmungkin.
(Ralph Waldo Emerson 1988: 6)
bentuk pengucapan bahasa dalam susunan yang istimewa berbandingdengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-
hari.(Harun Mat Piah 1989: 1)
Sajak tergolong dalam puisi baru (moden), memiliki sifat-sifat yang tidak begitu terikat denganbentuk puisi lama, yakni, bebas daripada ikatan puisi lama (tradisional). Isi sajak disampaikan melaluipenggunaan kata-kata indah, ringkas dan padat serta bebas daripada sebarang konvensi dan syarat.Sajak terdiri daripada beberapa tema, antaranya tema masyarakat, cinta, alam, diri, Tuhan danketuhanan serta semangat perjuangan.
Secara umumnya, puisi merupakan manipulasi bahasa yang terjelma
daripada kesepaduan medan kata, medan makna dan medan rasa hasil daripada
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
proses kreatif-imaginatif seorang pujangga. Puisi mengandungi amanat budi rasadan budi fikir masyarakat yang digarap secara misterius-religius.
3.3 Ciri-ciri
Ciri-ciri umum puisi moden (sajak) dapat dinyatakan seperti yang berikut:
Puisi moden Melayu.
Sajak mengandungi pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspekkehidupan.
Bebas/tidak terikat bentuknya namun ada juga sajak yang terikat bentuknya.
Jumlah perkataan dan sukatannya tidak seimbang.Perkara ini akan dihuraikan dalam para 3.4.1 dan 3.4.2.
Sajak biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis atau berimej, dan ia dapatdihayati, dilihat atau didengar. Sajak dapat membina imej mengikut fahaman penulisdan audiens. Oleh itu, sajak boleh dikenali imejnya secara luaran (bentuk) atauaspek dalaman (isi dan mesej).
3.4 BentukBentuk merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat,baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima. Sajak terdiridaripada dua bentuk, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.
3.4.1 Sajak TerikatSajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait, dan bunyi pada
hujung baris. Jika binaan itu mempunyai keseimbangan atau pola tertentu, iadisebut sajak bentuk terikat. Bentuk sajak juga dianggap terikat, sekiranyadipengaruhi oleh pola berbentuk puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam danseloka.
Contoh sajak bentuk terikat boleh dilihat dalam sajak Seuntai Kata untukDirasa karya A. Samad Said.
Seuntai Kata untuk Dirasa
Panas usah membakar dada
Suara usah menggegar sahajaKalau benar membawa cintaDi dalam segenap kumpulkan tenaga.
Ayam bertelur sekampung tahuMengapa mesti kita begituFalsafah ubi diam berisiMengapa tidak kita turuti.
Sekarang singkirkan semua bicaraSekarang kumpulkan tenaga raksasa
Tiba saat berbunga merahSerentak mara kita bersama.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Sajak di atas dibina dengan jumlah empat baris serangkap, skema rimahujung aa,aa, aa,bb, empat perkataan sebaris. Binaan seperti ini dipengaruhibentuk pantun atau syair.
Selain itu, sajak bentuk terikat juga terdapat dalam sajak Mata Ayah olehUsman Awang (Seuntai Kata untuk Dirasa, hlm. 19), Cinta oleh Awang Abdullahdan Pesan Tangan kepada Jari oleh Hilmi Rindu.
3.4.2 Sajak Bebas
Teknik penulisan yang tidak mengikut pola tertentu sama ada dari segi jumlah perkataan dalam baris,jumlah baris dalam rangkap dan skema rimanya. Kebanyakan sajak yang dimuatkan dalam teksKomsas ialah sajak bentuk bebas. Contoh: sajak bebas terdapat dalam sajak Lebah dan Madu karyaSiti Zaleha M. Hashim.
Lebah dan Madu
Di pohon sanapada dahan pohon taualanglihatlah lebah-lebahSudah membuat sarangSerangga yang cergasSentiasa hidup sepakatSikap yang terpuji.
Ada ratu ada pekerjaberkumpul dan bekerjasamamadu manisnyapenawar penyakit manusia.
Lebah-lebah itupada dahan pohon tualangkau membuat aku sedarharus selalu berusaha
dan meninggalkan jasaseperti madumu yang istimewa.
Puisi Tunas Bangsa, 2008K. Publishing Sdn Bhd.
Rujukan: Antologi Harga Remaja, halaman 20.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
3.5 KomponenSajak terbahagi kepada beberapa komponen, seperti dalam rajah di bawah:
3.5.1 Tema
Tema ialah persoalan pokok karya, idea utama atau idea pusat. Pemikiran penyajak
dapat dilihat dalam tema, persoalan, mesej, nada dan sikapnya melalui bahasa yangdigunakan.
Ada beberapa tema dalam sajak, iaitu tema perjuangan, alam, ketuhanan,falsafah, dan kemanusiaan.
Tema Perjuangan
Tema ini menggambarkan semangat kecintaan dan perjuangan untuk memajukanmasyarakat dan negara bagi membentuk jati diri bangsa. Antara sajak bertemakanperjuangan ialah Sejarah oleh Muhammad Hj. Salleh, Di Ruang Gemanya oleh
Dharmawijaya, Bahasa oleh Rahman Shaari, Rumah Baru oleh Haron A.H,Wanita Zaman Ini oleh Aladin Mohamad dan Seuntai Kata untuk Dirasa olehA.Samad Said, Diari Lama oleh S.Mahadzir dan Tiba Waktunya oleh GhazaliLateh.
Tema AlamIsi sajak yang memaparkan perasaan gembira terhadap keindahan alam ataudukacita akibat kemusnahannya. Contohnya sajak Keindahan yang Hilang olehShamsuddin Jaafar, Cinta oleh Awang Abdullah dan Asap oleh Maya Isa Azizan.
Tema Ketuhanan
Sajak yang mengajak pembaca untuk merenungi hakikat kejadian diri sambilmengingati dan mengagungkan kekuasaan Ilahi. Contohnya, sajak Usia oleh SitiZainon Ismail, Kian Kita Lupa oleh Zulfazlan Jumrah dan Mengintai Ruang Insafoleh Shukri Abdullah.
Tema FalsafahSajak yang membongkar makna kemanusiaan dan kehidupan insan hasil daripadapenelitian gerak alam dan tingkah laku manusia seharian. Misalnya, sajak BurungTempua oleh Abdul Hadi Yusuff , Duhai Penafsir oleh Zurinah Hassan dan Lebahdan Maduoleh Siti Zaleha M. Hashim.
Tema Kemanusiaan
Tema Persoalan
Komponen Sajak
Gaya bahasaMesej
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Sajak yang membawa mesej nilai murni kehidupan seperti Ketika Kami BerceritaTentangnya oleh Lim Swee Tin, Bicara buat Guru oleh Ridzuan Harun, PesanTangan kepada Jari oleh Hilmi Rindu, Tukang Guntingoleh T.Alias Taib, Di KotaKecilku oleh Baha Zain dan Jangan oleh Sulastrui Abadi.
3.5.2 Persoalan
Perkara atau agenda yang dibicarakan oleh pengarang bagi menguatkan maksudtema dalam sesebuah karya.
3.5.3 Mesej
Pemikiran atau gagasan yang menjadi sesebuah karya, iaitu perutusan yang ingindisampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Mesej boleh disampaikan secaratersurat atau tersirat.
3.5.4 Gaya Bahasa
Gaya bahasa dilihat daripada dua aspek, iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi.
Unsur bahasa:
(a) Metafora: perahu hidup, di lumpur sungai manusia (Tukang Gunting).(b) Simile: seperti semarak api begitu bersemarak hatinya (Tukang Gunting).(c) Personafikasi: Sungai marah (Sejarah).
(d) Hiperbola: Malam hiba dadanya ungu luka (Keindahan yang Hilang).(e) Simbolik : Lebah, madu (Lebah dan Madu)(f) Anafora: Sebuah cermin sompek, sebuah sisir (Tukang Gunting).(g) Epifora: Menyikat remajanya dan merapikan tuanya (Tukang Gunting).(h) Paradok: Keakraban teman dan pergelutan (Di Kota Kecilku).
Unsur bunyi(a) Aliterasi: lembar-lembar menjadi semakin kuning.(b) Asonansi: rumpai-rumpai yang hidup.
3.5.5 Aspek Dasar Sajak
Aspek dasar sajak merangkumi Medan Makna, Medan Kata, dan Medan Rasa.Secara amnya aspek dasar puisi adalah sama, tidak kira puisi tradisional atau puisi moden
(sajak). Dasar puisi terbina daripada kesatuan kata, makna, dan rasa sesuatu objek hasil
pengamatan, penyaringan dan pemberian makna terhadap objek, perlakuan manusia dan
alam sekeliling dalam bentuk kreatif-imaginatif. Penyair mencipta kata (yang disaring
dengan teliti daripada puluhan kata asas) bagi menzahirkan erti yang bermakna dengan
kelunakan rasa batin. Sementara pembaca (yang aktif) dituntut untuk berdialog dengan teks
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
dalam suatu proses membongkar kod kata secara semiosisdan semiotik, justeru akhirnya
dapat menikmati keindahan puisi berkenaan. Aspek dasar puisi tradisional dan moden
(sajak) merangkumi medan makna (isi), medan kata (bahasa) dan medan rasa (teknik).
Medan Makna (Isi)
Medan Makna merujuk kepada perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isisesebuah puisi.
Maksud (Isi):
Gambaran idea yang terkandung dalam puisi.
Tema:
Inti atau isi pokok idea yang hendak disampaikan penyair.
Persoalan:
Isi kecil atau isi sampingan yang membentuk idea puisi.
Perutusan/amanat dan pengajaran/mesej:
Gagasan nilai dalam idea puisi.
Sikap dan perasaan:
Penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan kesan emosi dan pemikiran
penyair sewaktu menghasilkan puisi.
Unsur/ nilai murni:
Pemahaman nilai dan norma kehidupan untuk diteladani dan digunakan secara bijaksana.
Sejarah genre:
Pemahaman latar belakang perkembangan puisi
Biodata penyair:
Pengetahuan tentang penyair; sejarah hidup, pengalaman, sumbangan dan himpunan
karyanya untuk membantu pembaca lebih memahami karya serta menanamkan minat
terhadap sastera.
Penghasilan karya:
Penghasilan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsip penulisan kreatif.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
3.5.5.2 Medan Kata (Bahasa)
Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa dalam sesebuah
puisi.
Diksi:
Pemilihan dan penggunaan kata khusus atau kata khas secara puitis yang ditulis secara
sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai dari
aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan. Contoh: berkelipan bintang
kejora.
Imej/citra alam:
Gambaran bentuk atau objek alam yang tergambar dalam fikiran, diciptakan atau
digambarkan untuk menyatakan satu pengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit
kepada satu pengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkan
kesan rasa dan makna. Contoh: bulan, laut, bunga kemboja, selasih, rama-rama, dan
undan.
Kiasan:
Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan
atau membandingkan sifatnya dengan sesuatu yang lain agar pernyataan menjadi lebih
jelas dan memberi kesan serta makna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa
bandingan.
Contoh:pahit bagai hempedu, tinggi menggalah.
Bunyi (rima, aliterasi, asonansi, rentak, jeda):
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Aspek muzik bahasa atau muzik kata dalam puisi.
Rima:
Persamaan gugus kata dari segi vokal atau konsanan yang timbul pada awal, tengah dan pada hujungbaris puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisidikenali sebagai rima dalaman. Contoh, sekuntum bunga biru. (rima dalaman u : asonansi).
Pengulangan bunyi vokal dan konsonan pada perkataan hujung susunan baris-baris puisi dikenali rimaluaran. Contoh:
Sekuntum bunga biru
yang luruh di penjuru itu
adalah seorang aku
yang merinduimu.
(rima luaran sama : a;a;a;a)
Aliterasi:
Pengulangan bunyi konsonan pada awal kata atau bunyi vokal yang berturut-turut atau pengulanganperkataan atau suku kata yang berhampiran. Pengulangan itu terdapat dalam rentetan kata atau dalam
satu-satu baris puisi. Contoh :Kalau anak pergi ke pekan , Yu beli belanak pun beli
(pengulangan bunyi konsonan k dan b).
Asonansi:
Persamaan bunyi antara vokal yang diikuti oleh konsonan yang berbeza dalam dua atau lebih suku
kata yang ditekankan. Contoh: Melangkah gadis menahan denyutan
(pengulangan bunyi vokal e dan a).
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Rentak:
Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suara sewaktu melafazkan puisi. Rentak
dipengaruhi oleh susunan kata dan susunan baris puisi, dan memberi kesan perasaan terhadap
suara pembaca.
Jeda:
Titik perhentian seketika, dan peralihan nafas sewaktu melafazkan puisi. Berguna untuk
menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadap bahasa dan muzik kata. Ditandai
dengan ( , ) atau ( ; ). Contoh:
Kalau nak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa, si ranting pauh;
Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Jangan mengenang, orang yang jauh.
Simile:
Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secaralangsung. Menggunakan perkataan bandingan, misalnya seperti, bagai, laksana , bak. Contoh:
berguru kepalang ajar, bagaibunga kembang tak jadi.
Metafora:
Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi menyarankan antarakeduanya terdapat kesamaan. Metafora tidak menggunakan perkataan bandingan tetapi menggunakankata adalah. Contoh:
laut adalah guru, tak pernah jemu mengajarku.
Personifikasi:
Kiasan yang memberikan sifat manusia (perasaan, perwatakan, tindak tanduk) kepada objek, binatang,idea atau hal-hal yang abstrak. Contoh : bulan tersenyum rawan, damai melambai senja.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Hiperbola:
Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Digunakan untuk menguatkan kesan makna. Contoh : perahu lilin layar kertas, sanggup
seberangi lautan api.
Singkof:
Singkatan kata. Untuk mempercepatkan rentak bahasa atau merendahkan perasaan atau
emosi. Contoh : ku, mu, tak, dah.
Inversi:
Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap objek. Contoh: di hitam awan
(sepatutnya di awan hitam).
Anafora:
Ulangan perkataan atau rangkai kata pada awal dua atau lebih baris- baris yang berturutan.
Contoh:
akucinta padamu laut
akusayang padamu camar
Epifora:
Ulangan perkataan atau rangkai kata pada akhir dua atau lebih baris-baris berturutan.
Contoh:
sekuntum bunga biru
sehampar laut biru
Imejan:
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek atau perlakuan
yang membentuk simbol, lambang atau kod untuk menggambarkan sikap dan perasaan
penyair. Contoh:
segar angin laut/ mengembalikan rindunya pada kolek/ bagai buih
kecilterapung di laut/ menjaring sedikit rezeki/
(angin laut, kolek, buih kecil, jaring ialah imej yang
melambangkan kemiskinan).
Nada:
Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya. Mungkin bercorak romantis, melankolis,
patriotis, sinis dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahir daripada gabungan atau variasi unsur
diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejan dan simbol. Contohnya, sajak Keindahan Yang
Hilang (Kerusi,hlm. 15) bernada sedih dan melankolis.
3.5.5.3 Medan Rasa (Teknik)
Aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaanpenyair atau pembaca.
Bentuk:
Susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skema rima dan
pembahagian unit (misalnya pembayang dan maksud bagi pantun).
Struktur atau binaan:
Susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud dalam pantun,
serta perkaitan antara anak kalimat dengan induk kalimat dalam gurindam dan seloka.
Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skema rima):
Ciri dan sifat yang menentukan keharmonisan pengucapan kata atau bahasa puisi.
Ciri dan sifat: Aspek khusus yang menjelaskan puisi yang berlainan. Biasanya dilihat dari
aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi dengan
puisi yang lain dari aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.
UNIT 4: PROSA TRADISIONAL
4.1 ObjektifUnit ini disediakan untuk memenuhi objektif pengajaran utama seperti yang berikut :
Melengkapkan dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Komsas.
Menerapkan minat membaca prosa tradisional.
Memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa dalamprosa tradisional.
Mendapat pengetahuan menilai dan mengulas karya-karya prosa tradisionalyang terpilih.
Meningkatkan kefahaman tentang laras bahasa.
Menghuraikan latar budaya masyarakat lama, khususnya masyarakat Melayu.
4.2 Definisi
Prosa tradisional merujuk kepada karangan atau hasil karya masyarakat Melayulama dalam semua bentuk pernyataan biasa yang ditulis atau diucap secara lisan.Biasanya karya ini tidak terikat oleh bentuk-bentuk tertentu. Genre prosa tradisionaldalam pengajaran dan pembelajaran Komsas merangkumi sastera yang berbentuk
naratif lisan, naratif tulisan dan prosa bukan naratif. Bentuk naratif lisanmengandungi tiga jenis cerita, iaitu cerita mitos, legenda dan cerita rakyat. Sasterayang tergolong dalam naratif tulisan ialah sastera agama, sastera sejarah, sasterapanji, dan sastera hikayat. Manakala prosa bukan naratif pula terbahagi kepada tiga,iaitu sastera kitab, sastera undang-undang dan sastera ketatanegaraan. LihatRajah 4.1.
4.3 Ciri- ciri
Ciri-ciri umum prosa tradisional dapat diklasifikasikan seperti yang berikut :
Sastera yang diwarisi dan menjadi pusaka yang tinggi nilainya sejak zaman-berzaman.
Disebarkan secara lisan dan tulisan.
Hasil karya prosa tradisional menjadi milik bersama kerana nama penulis ataupengarang tidak dinyatakan.
Prosa tradisional dihasilkan untuk tujuan hiburan dan didaktik.
Lazimnya prosa tradisional berkembang dalam satu kelompok kecil masyarakatseperti petani dan nelayan.
Karyanya bersifat statik.
Isi ceritanya bersifat universal atau sejagat mengikut jenis karya.
Pengulangan kata serta penggunaan atau pengaruh kata-kata asing seperti Arabdan Sanskrit kerap ditemui dalam karya prosa tradisional.
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Banyak menggunakan laras bahasa istana.
Ayatnya panjang dan kompleks. Banyak menggunakan ayat songsang.
Mengandungi unsur mitos dan legenda.
Banyak menggunakan penanda wacana pada awal ayat. Contohnya, maka,sebermula, al-kisah dan sebagainya.
PROSATRADISIONAL
NARATIFLISAN
NARATIF TULISAN PROSA BUKANNARATIF
MITOS SASTERA AGAMA SASTERA KITAB
Contoh: CeritaPuteri Buluh
Betung
Contoh: HikayatBulan Berbelah
Contoh: Kitab Hadiqatal-Azhar wa al-
Rayahin
LEGENDA SASTERASEJARAH
SASTERA UNDANG-UNDANG
Contoh: HangTuah
MengalahkanTaming Sari
Contoh: RajaBersiung
Contoh: HukumKanun Melaka
CERITARAKYAT
SASTERA PANJI SASTERAKETATANEGARAAN
Contoh: BudiSeorang Bapa
Angkat
Contoh: HikayatPanji Semirang
Contoh: Kitab NasihatSegala Raja-raja
SASTERAHIKAYAT
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
Contoh: HikayatMarakarma
Rajah 4.1 Prosa Tradisional
4.4 KomponenProsa Tradisional terbahagi kepada beberapa komponen seperti dalam rajah di
bawah.
Tema danPersoalan
Watak danPerwatakan
Plot
Komponen
Latar Gaya Bahasa Pengajaran
Nilai
Rajah 4.2: Komponen Prosa Tradisional
4.4.1 Tema dan Persoalan
Tema cerita prosa tradisional mempunyai banyak persamaan dan berbentukstereotaip. Cerita-ceritanya bertemakan pengembaraan putera raja, kepahlawanan,perjuangan, sejarah, pengajaran atau nasihat, kemanusiaan, percintaan, kasihsayang dan keagamaan.
Walau bagaimanapun, jika diteliti tema cerita prosa tradisional mengikut jenisNaratif Lisan, setiap ceritanya mempunyai tema yang tertentu. Contohnya, ceritamitos lazimnya bertemakan kepercayaan kepada unsur-unsur ghaib, seperti yangterdapat dalam cerita Puteri Buluh Betung. Cerita legenda bertemakankepahlawanan, contohnya Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari yangmengisahkan tentang kepahlawanan Hang Tuah. Manakala cerita rakyat pulabertemakan pengembaraan putera-putera raja, percintaan, perjuangan, kasihsayang dan nasihat. Contohnya, cerita Putera Besar Lahir ke dunia daripadaHikayat Raja Muda dan Budi Seorang Bapa Angkat petikan cerita daripadaHikayat Aw2ang Sulung Merah Muda.
Kumpulan cerita daripada jenis naratif tulisan biasanya bertemakankeagamaan, sejarah, percintaan, kasih sayang, dan nasihat. Contohnya, sastera
agama bertemakan keagamaan, sastera sejarah bertemakan sejarah, sastera panjibertemakan percintaan dan sastera hikayat pula bertemakan kasih sayang,
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
keagamaan dan nasihat. Cerita daripada sastera kitab, sastera undang-undang,dan sastera ketatanegaraan yang dikategorikan sebagai prosa bukan naratif,temanya bergantung kepada jenis sasteranya. Tema yang dikemukakan dalamSastera Kitab ialah tema keagamaan. Sastera undang-undang dan sasteraketatanegaraan pula membawa tema siasah. Cerita daripada kedua-dua jenis
sastera ini banyak mengisahkan tentang kerajaan, pemerintahan dan banyakmemberi panduan tentang cara-cara seseorang raja itu memerintah sesebuahnegeri dengan baik.
Persoalan bagi cerita prosa tradisional ini pula berkait rapat dengan temayang dikemukakan oleh cerita tersebut. Persoalan seperti keburukan fitnah,kecurangan wanita, bermuka-muka dan suratan takdir, boleh dikesan melalui temakeagamaan. Contohnya, cerita Sabor yang dipetik daripada Hikayat BayanBudiman yang tergolong dalam sastera hikayat.
4.4.2 Watak dan Perwatakan
a, watak-watak dalam cerita prosa tradisional terdiri daripada golongan pemerintah, pembesar-pembesaristana, saudagar, rakyat biasa seperti petani dan nelayan, dewa-dewa, binatang danmanusia. Contohnya seperti yang berikut :
JENIS CERITA WATAK
1. Cerita Binatang Binatang atau tumbuh-tumbuhan
2. Cerita Mitos Tuhan, dewa, dan manusia agung
3. Cerita Legenda Tokoh atau manusia agung
4. Cerita Jenaka Lebai malang, Pak kadok, Pak Pandir dan Si Luncai5. Cerita Lipur Lara Putera-puteri raja, jin, mambang, sultan dan pembesar
istana.
6. Cerita Epik Tokoh-tokoh yang bersifat luar biasa
7. Cerita Berbingkai Manusia dan binatang yang bersifat manusia
Perwatakan dalam cerita prosa tradisional boleh dirujuk kepada jenis ceritanya.Contohnya seperti berikut:
JENIS CERITA PERWATAKAN
1. Cerita Binatang Binatang kecil dan lemah tetapi bijaksana
2. Cerita Mitos Agung, suci dan mulia
3. Cerita Legenda Bersifat luar biasa dan agung
4. Cerita Jenaka Bodoh, bodoh sombong dan pintar.
5. Cerita Lipur Lara Cantik, tampan dan kacak serta gagahperkasa
6. Cerita epik Agung, berani dan perkasa
7. Cerita Berbingkai Bijaksana, jujur, sabar dan penasihat
-
5/27/2018 Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah
4.4.3 Plot
sa tradisional mudah difahami serta mengikut kronologi. Urutan ceritanya dapat dikatakan b