Download - Kantin Sekolah

Transcript

Kantin Sekolah...

CONTOH KARANGAN

KantinDiSekolahSaya

Apabilalocengberbunyiuntukmasarehat,murid-muridpunpergikekantinsekolah.Bermacam-macammakananadadijualdikantin.Adalaksa,mi goreng,nasilemak,roti,kuih-muih,danlain-lainlagi.Dikantin,murid-muridberebut-rebutmembelimakanandanminuman.Beberapaorangpengawassedangbertugasdikantin.Merekamengarahmurid-muridsupayaberatur.Setelahmendapatanmakanandanminuman,murid-muridpundudukdanmakandibangkupanjang.Suasanadikantinriuh-rendahdisebabkansuaramuridberbuai-bualsambilmakandanminum.Duapuluhminitkemudian,locengberbunyilagi.Murid-muridpuncepat-cepatmeninggalkankantinuntukmasukkekelasmasing-masing.Pekerja-pekerjadikantinmulasibukmengemaskanpingganmangkokyangbertaburandiatasmeja.Sayasukamembelimakanandikantinsekolah.Makananyangdijualdisitumurah.Keadaandikantinpunsentiasabersihdankemas

Kantin Sekolah Saya

Sekolahsayaadasebuahkantinyangbesar,cantikdanbersih. Dikantinsekolahsayaterdapatlimabuahgeraimakanan.Banyakjenismakanandijualdikantinsekolahsayasepertinasilemak,migoreng,laksa,karimi, mijawa, airsirap,keropok,kuih-miuhdanlain-lainlagi.Hargamakanansangatmurah.Makanandikantinsekolahsayasangatenakdansedap.Padawakturehat,murid-muridmembelimakanandikantinsekolahsaya.Murid-muridberaturuntukmembelimakanan.Suasanadikantinsungguhruih-rendah.Guru-gurumenasihatkanmurid-muridmenjagakebersihankantindisekolah.

Gambar hiasanKantin sekolah kami

Pedoman hidupHidup penuh pengorbananPengorbanan perlukan perjuanganPerjuangan perlukan ketabahanKetabahan perlukan keyakinanKeyakinan menentukan kejayaanKejayaan pula menentukan kebahagiaanPERANCANGAN PERSIAPAN KANTIN TERBERSIH.

Menerusi surat yang diterima daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor melalui Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, kantin SK Taman Seroja telah diplih untuk mewakili negeri bagi kategori bandar ke pertandingan kantin terbersih di peringkat negeri pada bulan September. Untuk itu satu mesyuarat khas telah diadakan dengan pengisian untuk mengagihkan tugasan kepada para AJK Unit Kantin. Berikut merupakan agihan tugasan yang telah dipersetujui bersama:

Penasihat: Puan Hjh. Noredzan binti A. Bakar (Guru Besar)Pengerusi: Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK HEM)Ketua Unit: Encik Mohd Suhaimi bin Mohd NizamSetiausaha: Puan Suzita binti WahilAJK: Puan Norhabshah binti HamzahPuan Haslina binti HassanPuan Tuan Rahimah binti Tuan MatPuan Sagunthala a/pPuan Irma Aznita binti Kambali

AJKFocus lokasiTugasan @ cadangan penambahbaikan

Puan NorhabshahKaunter dan sekitarnyaSusun atur kaunter, papan kenyataan, hiasan kaunter .

Puan HaslinaSinki dan sekitarnyaAksesori pembersihan, lapik kaki, papa kenyataan.

Puan SagunthalaMeja-meja dan kerusi-kerusiSusun atur, lapik meja, hiasan meja.

Puan Irma AznitaTiang-tiangHiasan tiang.

Puan Tuan RahimahSilingHiasan siling.

Semua AJK dan pihak kantinBilik makan guruDekorasi, susun atur kerusi meja.

Pihak kantinDapurDekorasi, susun atur peralatan dapur.

Suzita & SuhaimiSeluruh aspek kantin.Pengurusan fail, blog kantin, surat menyurat, kertas kerja, bantu ajk2.

Semua AJK harus saling bantu membantu di antara satu sama lain.

ItemCadangan TarikhCatatan

Perjumpaan agihan tugas13/8/2012

Beli belah peralatan dan keperluanSepanjang cutiBeli sendiri n claim or cadang pada s/u

Gotong-royong 129/8/2012Gotong royong mencuci bersama murid di dalam dan sekitar kantin.

Gotong-royong 25/9/2012

Gotong royong 38/9/2012

DAPUR

Cadangan penambahbaikan:Lapik plastic meja murid.Meja murid dihiaskan dengan info2 P&P.Kain pengelap tangan dan sabun di sinkiLapik kaki getah di sinkiTong sampah di perbanyakkanPEJABAT KAFAI

Cermin untuk papan-papan kenyataanDicatat olehKANT

LAPORAN TINJAUAN KEPUASAN PELANGGAN

PENDAHULUAN

Kantin merupakan premis yang beroperasi di dalam kawasan sekolah bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam kalangan murid terutamanya untuk mendapatkan juadah dan makanan pada waktu rehat sepanjang sesi persekolahan. Untuk itu kepuasan pelanggan harus diutamakan oleh pihak kantin bagi memastikan makanan yang disediakan menepati kehendak mereka selain sesuai dengan nutrisi yang sihat selain bersih dan mencukupi. Sebagai sebuah unit yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kantin, Unit Kantin SKTS di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab bagi memenuhi kepuasan pelanggan dalam kalangan murid memandangkan kantin sekolah merupakan premis tunggal yang menyediakan makanan buat warga sekolah pada waktu rehat. Untuk itu sebuah tinjauan dilakukan bertujuan bagi meninjau selera pelanggan terhadap menu di kantin.

OBJEKTIF1.Mengetahui sumber bekalan makanan murid pada waktu rehat.2.Mengenalpasti menu kegemaran dan sebaliknya menurut selera murid.3.Mengenalpasti tempat pilihan untuk murid makan pada waktu rehat.4.Mengusulkan menu-menu sesuai untuk dibawa ke meja mesyuarat bagi tujuan pembukaan tender baharu kepada pengusaha kantin 2013.

MAKLUMAT TINJAUAN

Sasaran sampel murid Tahun 1 hingga Tahun 6. 12 buah kelas di pilih secara rawak melibatkan 385 orang murid.

Instrumen tinjauan mengandungi 3 bahagian utama iaitu:-Punca dan sumber bekalan makanan waktu rehat.-Menu-menu di kantin merangkumi makanan berat, makanan ringan dan minuman.-Tempat makan waktu rehat.

Tinjauan dilakukan pada 12 Jun 2012 selepas waktu rehat berakhir.

DAPATAN TINJAUAN

-Punca dan sumber bekalan makanan murid majoritinya dibeli di kantin yang mewakili 71% berbanding mereka yang membawa bekalan dari rumah sebanyak 14% serta belian di luar kawasan sekolah sebanyak 3%.-Makanan berat yang menjadi pilihan murid yang telah dibeli di kantin sekolah adalah nasi lemak dan aneka mee berkuah. Sementara menu nasi ayam tetap digemari ramai berbanding aneka mee bergoring yang kurang digemari murid.-Dalam kategori makanan ringan, karipap, kentang goring / wedges dan roti gulung menjadi pilihan ramai. Sementara sandwich, keria / donat dan aneka kek yang terdapat di kantin merupakan menu yang kurang digemari.-Minuman berkotak dan bancuhan di dalam tong yang dibeli dengan cawan kecil atau plastik menunjukkan murid tidak ada pilihan lain. untuk itu pelanggan dalam kalangan murid hanya mendapatkan air dari sini selain membawa bekalan minuman dari rumah.-Tempat makan pilihan murid, 31% berehat untuk makan di kantin, 13% di dewan dan 55% di lain-lain tempat.

ISU DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

-Murid Tahap 2 dilaporkan tidak berkesempatan mendapatkan beberapa jenis makanan yang ada semasa Tahap 1 berehat disebabkan menu makanan tersebut habis cepat. Untuk itu dicadangkan ia diperbanyakkan lagi mengikut keperluan daripada dapatan tinjauan ini pada beberapa menu pilihan.-Aneka mee yang disediakan dilaporkan kosong dan kurang digemari murid. Berkemungkinan jika mee yang disediakan itu diperbaiki cara hidangannya, maka ia boleh menjadi pilihan murid pada masa akan datang.-Sandwich yang disediakan dilaporkan kosong. Walaupun begitu ia masih digemari oleh murid Tahap 1 sebagai makanan ringan yang mudah dinikmati semasa rehat.

PENUTUP

Diharapkan agar laporan yang disediakan ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengusaha kantin dan juga Unit Kantin untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk diberikan kepada pelanggan dalam kalangan murid selain pada masa yang sama memenuhi kehendak dan keperluan guru-guru SKTS. Dapatan tinjauan ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat kepada pihak pentadbir sekolah untuk menilai tahap kualiti perkhidmatan kantin selain membuka ruang perbincangan di antara pihak sekolah dan penguasaha kantin untuk proses penambahbaikan pada masa depan.

Sekian, terima kasih.PROJEK REPLIKA PIRAMID MAKANAN

PENDAHULUAN:Unit Kantin dengan kerjasama Unit Kesihatan telah membuat sebuah inovasi yang berhubungkait dengan kesihatan menerusi aspek pemakanan iaitu replica pyramid makanan. replika ini juga lahir hasil daripada cetusan beberapa orang guru sekolah ini yang prihatin dengan fenomena tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak iaitu masalah obesiti.

MATLAMAT:Mendedahkan informasi berkenaan pemakanan seimbang kepada murid sekaligus mengaplikasikannya dalam penhambilan makanan seharian.

OBJEKTIF:1.Mendedahkan murid berkaitan pemakanan seimbang melalui piramid makanan.2.Memberi kefahaman kepada murid mengenai nutrisi yang terkandung dalam makanan.3.Mewujudkan kerja sama dan toleransi dalam kalangan guru dan murid yang terlibat dengan projek ini.4.Menjadikannya sebagai panduan kepada kantin untuk memastikan kesihatan dan pemakanan sihat disediakan kepada murid.5.Sebagai lambang identiti kantin apabila diletakkan di dalam bangunan kantin.

TEMA:Makanan Seimbang Sumber Kekuatan Tubuh Badan dan Ketajaman Akal Fikiran.

KERJASAMA:1.Unit Kantin2.Unit Kesihatan3.Kelab Doktor Muda

JAWATANKUASA PROJEK:Penasihat: Puan Hajjah Noredzan binti A. Bakar (Guru Besar)Pengerusi: Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK HEM)Encik Roslee bin Abdul Wahab (GPK 1)Puan Norasikin binti Adnan (GPK Kokurikulum)Penyelaras Program: Encik Mohd Suhaimi bin Mohd NizamPenyelaras Bersama: Puan Nafsiah binti Tamzir.Setiausaha: Puan Suzita binti Wahil: Puan Hasliza binti BakarAhli Jawatankuasa: AJK Unit KantinAJK Unit KesihatanAJK Kelab Doktor Muda

KERANGKA KERJA PROJEK:

KEKUATAN:

1.Mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu guru dari segi idea, murid dari segi tenaga kerja dan penguasaha kantin serta ibu bapa dari aspek bahan projek.2.Pihak pentadbir member kerjasama dengan memberikan peruntukan bagi menjalankan projek ini.3.Murid-murid yang terlibat merasa teruja untuk menjalankan projek ini.

KELEMAHAN:

1.Kesuntukan masa membuatkan replika yang dihasilkan tidak berapa besar dan canggih.2.Replika yang dipamerkan di kantin kadang kala rosak dan perlu diperbaiki disebabkan faktor murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

1.Replika berkaitan kesihatan dan pemakanan seimbang harus dibuat lebih banyak dan kreatif.2.Libatkan unit-unit lain melalui penganjuran pertandingan untuk membina pelbagai bentuk replika.3.Beri nasihat dan pesanan kepada murid yang suka bermain-main dengan replika ini.

PENUTUP:

Melalui projek ini akhirnya matlamat dan objektif yang digariskan tercapai walaupun wujud beberapa kelemahannya di sebalik kekuatan yang ada. Cadangan penambahbaikan juga diharapkan dapat direalisasikan pada masa depan.

PROJEK REPLIKA PIRAMID MAKANAN

PENDAHULUAN:Unit Kantin dengan kerjasama Unit Kesihatan telah membuat sebuah inovasi yang berhubungkait dengan kesihatan menerusi aspek pemakanan iaitu replica pyramid makanan. replika ini juga lahir hasil daripada cetusan beberapa orang guru sekolah ini yang prihatin dengan fenomena tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak iaitu masalah obesiti.

MATLAMAT:Mendedahkan informasi berkenaan pemakanan seimbang kepada murid sekaligus mengaplikasikannya dalam penhambilan makanan seharian.

OBJEKTIF:1.Mendedahkan murid berkaitan pemakanan seimbang melalui piramid makanan.2.Memberi kefahaman kepada murid mengenai nutrisi yang terkandung dalam makanan.3.Mewujudkan kerja sama dan toleransi dalam kalangan guru dan murid yang terlibat dengan projek ini.4.Menjadikannya sebagai panduan kepada kantin untuk memastikan kesihatan dan pemakanan sihat disediakan kepada murid.5.Sebagai lambang identiti kantin apabila diletakkan di dalam bangunan kantin.

TEMA:Makanan Seimbang Sumber Kekuatan Tubuh Badan dan Ketajaman Akal Fikiran.

KERJASAMA:1.Unit Kantin2.Unit Kesihatan3.Kelab Doktor Muda

JAWATANKUASA PROJEK:Penasihat: Puan Hajjah Noredzan binti A. Bakar (Guru Besar)Pengerusi: Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK HEM)Encik Roslee bin Abdul Wahab (GPK 1)Puan Norasikin binti Adnan (GPK Kokurikulum)Penyelaras Program: Encik Mohd Suhaimi bin Mohd NizamPenyelaras Bersama: Puan Nafsiah binti Tamzir.Setiausaha: Puan Suzita binti Wahil: Puan Hasliza binti BakarAhli Jawatankuasa: AJK Unit KantinAJK Unit KesihatanAJK Kelab Doktor Muda

KERANGKA KERJA PROJEK:

KEKUATAN:

1.Mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu guru dari segi idea, murid dari segi tenaga kerja dan penguasaha kantin serta ibu bapa dari aspek bahan projek.2.Pihak pentadbir member kerjasama dengan memberikan peruntukan bagi menjalankan projek ini.3.Murid-murid yang terlibat merasa teruja untuk menjalankan projek ini.

KELEMAHAN:

1.Kesuntukan masa membuatkan replika yang dihasilkan tidak berapa besar dan canggih.2.Replika yang dipamerkan di kantin kadang kala rosak dan perlu diperbaiki disebabkan faktor murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

1.Replika berkaitan kesihatan dan pemakanan seimbang harus dibuat lebih banyak dan kreatif.2.Libatkan unit-unit lain melalui penganjuran pertandingan untuk membina pelbagai bentuk replika.3.Beri nasihat dan pesanan kepada murid yang suka bermain-main dengan replika ini.

PENUTUP:

Melalui projek ini akhirnya matlamat dan objektif yang digariskan tercapai walaupun wujud beberapa kelemahannya di sebalik kekuatan yang ada. Cadangan penambahbaikan juga diharapkan dapat direalisasikan pada masa depan.

KEMPEN PEMAKANAN SIHAT

PENDAHULUAN:

Kebanyakan proses tumbesaran termasuk perkembangan mata, minda, pertumbuhan fizikal dan pembelajaran berlaku ketika di peringkat kanak-kanak dan ini boleh diperoleh menerusi pengambilan pemakanan. Di peringkat ini, tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang sangat penting bukan saja untuk fizikal tetapi minda kanak-kanak.

Memupuk tabiat makan yang sihat menerusi diet seimbang sejak dari kecil adalah penting bagi kanak-kanak membina asas yang sihat. Antara yang diperlukan anak bagi zat pemakanan sihat ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan vitamin A. Kekurangan zat makanan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak.

OBJEKTIF:

Diharapkan murid-murid dapat;1.Mengenal makanan yang sihat dan seimbang yang dibeli samada di kantin sekolah atau di luar sekolah.2.Mengambil makanan yang sihat dan seimbang untuk dimakan serta mengurangkan makan makanan segera dan ringan.3.Mengetahui keperluan makanan berzat pada diri supaya dapat memberi tumpuan dalam pelajaran, badan sihat dan otak cergas.

PERLAKSANAAN:

Kempen Makan Makanan Sihat Dan Seimbang Kurangkan Makanan Segera Dan Ringan telah disampaikan oleh salah seorang Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Taman Seroja iaitu Adik Mohd. Afiq Akmal. Kempen tersebut hanya mengambil masa 10 minit sahaja.Perkara yang disampaikan ialah:i.Maksud makanan sihat dan seimbang iaitu makanan yang mengandungikomposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, garam, gula dan serat.ii.Maksud makanan segera ataufast fooddan ringanatausnek (snack foods),snekkurang zat(junk foods)iii.Contoh makanan sihat dan seimbang ialah buah-buahan, sayur-sayuran, roti, bijirin dan lain-lain.iv.Contoh makanan segera dan ringan ialah burger, nuget, gula-gula, minuman berkarbonat dan lain-lainv.Kesan makan makanan sihat dan seimbang iaitu otak cergas, badan sihat, sentiasa gembira dan lain-lain.vi.Kesan makan makanan segera dan ringan iaituobesiti, lemah daya ingatan, badan tidak cergas dan lain-lain.

KESIMPULAN:

Amalan pemakanan sihat dan seimbang akan memberi kesan yang baik kepada individu terutama murid-murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah dan juga di dalam aktiviti kokorikulum. Badan sihat akan menjadikan otak cergas. Amalan banyak mengambil makanan segera dan ringan yang mudah disediakan akan mengundang obesiti dan juga kekurangan zat di dalam badan.

NO. 2 Kantin Terbersih Kategori Bandar, SelangorPada 8 November 2012, SK Taman Seroja telah dijemput untuk menghadiri majlis penganugerahan Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Negeri Selangor yang bertempat di sebuah dewan di Shah Alam. Seramai 10 orang yang mewakili delegasi SKTS pada majlis berkenaan yang terdiri daripada wakil guru besar iaitu GPK 1, wakil GPK HEM iaitu S/U HEM, Ketua Unit Kantin, 2 orang wakil pengusaha kantin, seorang ahli jawatankuasa Unit Kantin dan 5 orang murid. Dalam majlis tersebut SK Taman Seroja dinobatkan sebagai Naib Juara Pertandingan Kantin Terbersih Kategori Bandar Peringkat Negeri Selangor Tahun 2012 selain mendapat Naib Juara bagi kategori murid aktif kategori bandar. Malah, berita yang lebih menggembirakan, sebanyak 6 buah sekolah masing-masing tiga terbaik daripada kantin sekolah kategori bandar dan luar bandar telah dicalonkan untuk mewakili pertandingan ini pada peringkat kebangsaan.

Dicatat olehKANTIN SK TAMAN SEROJAdi12:25 PGTiada ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookLabel:LAPORAN,PENGHARGAAN,PERTANDINGANKhamis, 1 November 2012LAPORAN PEMANTAUAN PERTANDINGAN KANTIN TERBERSIH BAGI PENJURIAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

PENDAHULUAN:Kantin SK Taman Seroja telah menerima kunjungan daripada pasukan pemantau yang terdiri daripada dua orang pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan lima orang krew rakaman yang bertujuan untuk memantau kantin bagi penjurian kantin terbersih peringkat kebangsaan.

Kehadiran mereka amat dialu-alukan setelah pihak sekolah mendapat maklumat di saat-saat akhir daripada Pegawai Teknologi Makanan JDK Sepang semalam yang menyerahkan surat berhubung penyenaraian kantin SK Taman Seroja dalam kategori bandar yang tercalon untuk dibawa ke peringkat kebangsaan.

Pasukan pemantau dalam kalangan krew rakaman telah berada di kantin sekolah sejak jam 7:00 pagi bagi membuat persediaan rakaman keseluruhan kantin yang bermula dari proses penyediaan makanan, memasak, menghidang, menjual, menggemas termasuk keadaan semasa rehat murid dan guru.

Dalam masa yang sama, Unit Kantin telah mengalu-alukan kehadiran dua orang pegawai kesihatan ke bilik gerakan sekolah untuk memberi taklimat mengenai pengurusan kantin dan gambaran kantin secara umum sebelum pemantauan dan penilaian dilakukan. Slot selama 20 minit dilihat sebagai cara untuk pihak sekolah melalui Unit Kantin mempromosi kantin sekaligus membentangkan latarbelakang kantin, pengurusan unit dan fail serta menjelaskan program-program pembangunan yang telah dijalankan sepanjang tiga tahun kebelakangan.

Seterusnya, berikut merupakan laporan yang diterima daripada pihak pemantau hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan menerusi aspek kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan dari perspektif pemantau.

Kekuatan:Umumnya pegawai yang memantau menjelaskan semuanya dalam keadaan baik dan mereka amat berpuas hati dengan keadaan kantin dari aspek pengurusan fail, proses penyediaan makanan dan kebersihan dan keceriaan kantin. Namun dalam masa yang sama mereka memaklumkan kantin-kantin sekolah lain yang tersenarai ke peringkat kebangsaan turut sama bersaing dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Bagaimana pun terdapat beberapa kelainan yang dinyatakan sebagai kekuatan tambahan kepada kantin sekolah ini.

1.CCTV yang diletakkan di dapur kantin.2.Skrin Informasi Eletronik.3.Perangkap lalat eletronik4.Blog kantin yang khusus.5.Penilaian sensori (pemeriksaan menu harian) oleh guru bertugas.

Kelemahan:Walaupun tidak wujud kelemahan yang nyata sepanjang proses pemantauan, terdapat juga beberapa komentar yang memperlihatkan kelemahan kantin namun ia disifatkan oleh pegawai pemantau sebagai kelemahan minor.1.Susunan pinggan-pinggan yang berisi mee goreng diletakkan bertindih.2.Susunan kuih di pondok jualan sedikit jauh dari capaian tangan kebanyakan murid.

Cadangan penambahbaikan:Daripada pemantauan yang dijalankan secara keseluruhan, satu cadangan penambahbaikan yang disebut adalah mengenai skrin informasi eletronik di mana melalui temuramahnya dengan seorang murid di kantin mengenai skrin berkenaan, paparan yang dimuatkan tidak dapat dilihat dari jarak yang jauh. Untuk itu mereka mencadangkan agar skrin 42 digunakan pada masa depan.

Penutup:Daripada pemantauan dan penilaian yang dijalankan, pihak sekolah amat berterima kasih kepada pasukan pemantau atas teguran, cadangan dan saranan yang diberikan mengenai kantin. Walaupun tidak diberikan harapan kemenangan, pihak sekolah berharap agar rakaman video yang dibuat dapat memberi gambaran lanjut yang positif semasa penjurian yang dijalankan di peringkat kebangsaan kelak. Pemantauan berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan sesi jamuan sebagai penutupnya

Sekian, terima kasih.

PROJEK KANTIN SUMBER ILMU (UNIT KANTIN & UNIT SPBT)

PENDAHULUAN:Sekolah merupakan premis bagi murid menerima ilmu pengetahuan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses itu tidak sahaja berlangsung di dalam bilik darjah namun meliputi luar bilik darjah seperti di padang, bilik-bilik khas, dewan dan sebagainya. Seluruh kawasan sekolah seharusnya dapat memupuk budaya cintakan ilmu sebagai cara memperkayakan maklumat-maklumat am untuk menyokong pengetahuan sedia ada yang diterima di dalam bilik darjah. Namun dalam masa yang sama proses keilmuan juga boleh berjalan di kantin semasa waktu rehat secara tidak langsung walaupun dalam masa yang sama fungsi utama kantin adalah tempat bagi warga sekolah untuk mendapatkan makanan khususnya semasa rehat pada pertengahan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu Unit Kantin merancang untuk mengadakan satu projek khas bagi menjadikan kantin sekolah sebagai satu tempat yang dapat memberikan informasi dan maklumat kepada murid.

MATLAMAT:Menjadikan kantin sekolah sebagai tempat menyalur ilmu dan maklumat tambahan kepada warga sekolah khususnya murid-murid.

OBJEKTIF:1.Menyalurkan ilmu dan maklumat tambahan kepada murid-murid.2.Menghias dan menceriakan kantin dengan bahan-bahan yang dihasilkan oleh murid.3.Mewujudkan kerja sama dan toleransi dalam kalangan murid yang terlibat dengan projek ini.

TEMA:Sambil Makan, Sambil Baca, Sambil Ingat

KERJASAMA:1.Pusat Sumber Sekolah2.Unit Skim Pinjaman Buku Teks3.Kelab Skim Pinjaman Buku Teks4.Panatia Pendidikan Seni

SASARAN:Ahli-ahli Kelab Skim Pinjaman Buku Teks

TEMPOH PERLAKSANAAN:Sepanjang bulan April 2012

JAWATANKUASA PROJEK:Penasihat: Puan Hajjah Noredzan binti A. Bakar (Guru Besar)Pengerusi: Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK HEM)Encik Roslee bin Abdul Wahab (GPK 1)Puan Norasikin binti Adnan (GPK Kokurikulum)Penyelaras Program: Encik Mohd Suhaimi bin Mohd NizamNaib Penyelaras Program: Puan Latifah binti Amin Nurdin: Puan Mardhiah binti AliasSetiausaha: Puan Suzita binti Wahil: Puan Norwanawati binti IshakAhli Jawatankuasa: Puan P. SaguntalaPuan Haslina binti HassanPuan Nor Habshah binti HamzahPuan Tuan Rahimah binti Tuan MatPuan Erma Aznita binti KambaliPuan Shahida binti BakarPuan Hafiszatunnur binti IsmailPuan Erma Aznita binti Kambali

KERANGKA KERJA PROJEK:

ANGGARAN BELANJAWAN:

PENDAPATAN:

SumbanganRM 326.00

PERBELANJAAN:

Kad manila10 keping x RM1.00= RM10.00Kertas warna A41 rim x RM 10.00= RM 10.00Gam5 botolx RM3.00= RM 15.00Salotep/doubletape3 gulung x RM 2.00= RM 6.00Lapik Plastik lutsinar30 meter x RM8.00= RM 240.00Alatan menulis= RM 50.00___________RM 336.00

PENUTUP:

Melalui projek ini diharapkan ia dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Dengan informasi dan maklumat yang disediakan di kantin sekolah ia akan memupuk sikap semangat cintakan ilmu ke dalam diri murid dengan mempelbagaikan fungsi kantin yang selama ini hanya dilihat sebagai tempat untuk makan dan berehat semata-mata.Dicatat olehKANTIN SK TAMAN SEROJAdi9:03 PGTiada ulasan:

PEMANTAUAN & PENILAIAN KANTIN DARI PKD SEPANG

LAPORAN PEMANTAUAN DARIPADA PEGAWAI KESIHATAN TERHADAP PROSES PENYEDIAAN MAKANAN 2013

Pendahuluan:Kantin merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah. Persekitaran kantin yang bersih dan kondusif juga memainkan peranan penting selain cara penyediaan makanan yang mengikut prosuder dan speksifikasi yang disarankan oleh pihak sekolah.

Laporan:Pada hari Rabu, 16 Januari 2013, pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah hadir membuat pemantauan ke SKTS untuk meninjau pengurusan keselamatan di sekolah meliputi pelan kecemasan, bilik kesihatan ternasuk premis penyediaan makanan. Untuk tinjauan ke atas premis penyediaan makanan ia merangkumi kantin sekolah dan dapur bagi dua buah pra-sekolah. Ia merupakan pemantauan berkala secara tahunan yang telah dihadiri oleh dua orang pegawai pada jam 9.00 pagi di mana Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Nizam selaku ketua unit kantin mewakili Unit Hal Ehwal Murid telah mengiringi pegawai bertugas sepanjang pemantauan dijalankan meliputi kawasan kantin, Pra Sekolah Tunas Harapan dan Tunas Permata. Pemantauan yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan proses penyediaan makanan dilakukan mengikut prosuder yang betul selain memastikan kebersihan kantin berada di tahap yang memuaskan.

Keputusan pemantauan:

Hasil daripada pemantauan yang dijalankan di ketiga-tiga kawasan, didapati semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Namun terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian bagi memastikan kantin (serta dua dapur pra sekolah) berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh membawa kemudharatan kepada pelanggan dari kalangan murid dan kakitangan sekolah.

Antara teguran dan saranan yang dimaklumkan adalah:

Di kantin.

Pemakaian gelang tangan semasa pengendalian makanan seorang pekerja kantin memakai gelang tangan semasa menyediakan makanan.

Penggunaan perkakasan dapur yang berpotensi untuk tercemar iaitu penggelek doh dan mesen pengisar penggelek doh daripada kayu perlu diganti kepada bahan plastik.

Perangkap tikus yang tidak digunakan secara efektif perlu ada umpan dalam perangkap tikus walau pun tiada tikus.

Di Pra-Sekolah A (Tunas Harapan):

Penggunaan paip yang tidak efektif elakkan menggunakan saluran getah kerana ia antara punca pengumpulan bakteria.

Peralatan digunakan harus dipastikan dicuci bersih.

Pegawai pemantau mengingatkan pembantu murid agar sentiasa menjaga kesihatan. Lain-lain perkara berada dalam keadaan baik dan terkawal. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 93% bagi Pra-Sekolah A.

Di Pra-Sekolah B:

Penggunaan tandas harus digunakan sebaiknya.

Pra-sekolah dan pembantu murid ini walaupun masih baru, namun setiap prosuder dan peraturan harus diikuti bagi mengelakkan wujudnya sebarang kemudharatan sepanjang masa bertugas dan proses penyediaan makananan. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 94% bagi Pra- Sekolah B.

Kesimpulan:Ketiga-tiga kawasan yang dipantau berada didalam tahap baik namun memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kesemua pihak dari kalangan pentadbir, guru penyelaras kantin, penguasaha kantin dan juga pembantu murid di pra-sekolah telah diberi penjelasan mengenai keperluan mengikut proseder semasa proses penyediaan makanan. Insya-Allah pada Unit Kantin akan sentiasa bekerjasama dengan pihak terlibat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN PEMANTAUAN OLEH PAKAR PEMAKANAN

Pendahuluan:Pemakanan seimbang harus diberi penekanan oleh ibu bapa kepada anak-anak yang semakin membesar. Dalam tempoh usia kanak-kanak inilah mereka memerlukan diet yang seimbang bagi tumbesaran mereka bagi memastikan kandungan nutrisi yang diperlukan diperolehi murid. Di sekolah, kantin juga harus berperanan sama dalam menyediakan diet yang sesuai sebagai kelangsungan dalam penerapan pemakanan seimbang dalam diri murid.

Laporan:Untuk itu pada 3 Mei 2012 seorang pegawai dari Klinik Kesihatan Sepang telah hadir membuat pemantauan terhadap menu makanan dan minuman yang disediakan di kantin. Beliau merupakan pakar pemakanan yang dipertanggungjwabkan untuk memantau memu selain memberikan cadangan dan pandangan kepada penambahbaikan.

Keputusan pemantauan:

Hasil daripada pemantauan yang dijalankan dilihat berada dalam keadaan memuaskan. Namun terdapat beberapa menu yang disediakan dianggap tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak secara kerap iaitu nasi lemak, nugget dan burger. Beliau juga mencadangkan agar jumlah kalori bagi setiap makanan dipamerkan sebagai pengetahuan tambahan kepada murid dengan menampalkannya di papan kenyataan dan seumpamanya.

Kesimpulan:Daripada pemantauan ini, Unit Kantin akan membuat pemantauan lanjutan secara dalaman menerusi hasil pemantauan dan cadangan yang dikemukakan. Pihak Unit Kantin sentiasa mengalu-alukan kedatangan pihak kesihatan sebagai cara tidak langsung untuk mendedahkan kepada murid mengenai keperluan mengamalkan pemakanan seimbang.LAPORAN PEMANTAUAN OLEH PAKAR PEMAKANAN

Pendahuluan:Pemakanan seimbang harus diberi penekanan oleh ibu bapa kepada anak-anak yang semakin membesar. Dalam tempoh usia kanak-kanak inilah mereka memerlukan diet yang seimbang bagi tumbesaran mereka bagi memastikan kandungan nutrisi yang diperlukan diperolehi murid. Di sekolah, kantin juga harus berperanan sama dalam menyediakan diet yang sesuai sebagai kelangsungan dalam penerapan pemakanan seimbang dalam diri murid.

Laporan:Untuk itu pada 3 Mei 2012 seorang pegawai dari Klinik Kesihatan Sepang telah hadir membuat pemantauan terhadap menu makanan dan minuman yang disediakan di kantin. Beliau merupakan pakar pemakanan yang dipertanggungjwabkan untuk memantau memu selain memberikan cadangan dan pandangan kepada penambahbaikan.

Keputusan pemantauan:

Hasil daripada pemantauan yang dijalankan dilihat berada dalam keadaan memuaskan. Namun terdapat beberapa menu yang disediakan dianggap tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak secara kerap iaitu nasi lemak, nugget dan burger. Beliau juga mencadangkan agar jumlah kalori bagi setiap makanan dipamerkan sebagai pengetahuan tambahan kepada murid dengan menampalkannya di papan kenyataan dan seumpamanya.

Kesimpulan:Daripada pemantauan ini, Unit Kantin akan membuat pemantauan lanjutan secara dalaman menerusi hasil pemantauan dan cadangan yang dikemukakan. Pihak Unit Kantin sentiasa mengalu-alukan kedatangan pihak kesihatan sebagai cara tidak langsung untuk mendedahkan kepada murid mengenai keperluan mengamalkan pemakanan seimbang.

Kantin di Hari Pertama Persekolahan Tahun 2013Assalamualaikum.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru. Semoga kehadiraan pada sesi persekolahan tahun 2013 memberi kekuatan dan semangat dalam diri masing-masing. Jika dahulu semangat yang utuh semakin luntur, kini kembalikan semangat itu untuk melakar lagi kecemerlangan-kecemerlangan yang telah dicapai pada tahun-tahun sebelumnya. Pada murid baharu terutamanya murid Tahun 1 2013, selamat datang diucapkan.

Untuk tiga hari pertama antara 2-4 Januari 2013, kantin SK Taman Seroja telah beroperasi dengan jayanya. Untuk makluman, pengusaha kantin bagi tahun ini adalah daripada syarikat yang sama seperti tahun lepas iaitu Syarikat L.A Chattering Sdn. Bhd yang mana ia telah beroperasi di sekolah ini buat tahun ke tujuh. Tahniah diucapkan daripada Unit Kantin dan diharapkan agar wujud penambahbaikan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Tinjauan untuk minggu pertama persekolahan telah dijalankan seperti biasa melalui pemantauan kendiri oleh pihak pengusaha kantin serta disahkan oleh Unit Kantin di mana terdapat penambahbaikan daripada beberapa aspek iaitu:

1- Tukang masak yang baharu yang khusus menyediakan masakan berat dan panas.2- Kebersihan dan keceriaan ditambah baik terutamanya lukisan mural di dinding kantin.3- Perkakasan hidangan yang baharu termasuk rak pinggan dan cawan yang disediakan dalam bilik makan guru.4- Menu masakan yang pelbagai dan ada penyediaan ulangan atau tambahan jika hidangan pertama telah habis sebagai alternatif terutamanya untuk guru dan murid Tahap 2.5- Meja dan kerusi ada penambahan yang dibeli oleh piahk sekolah iaitu sebanyak 10 buah meja dan 20 buah kerusi bangku untuk kemudahan murid yang boleh memuatkan 400 orang murid dalam satu sesi rehat.6- Mengurangkan penggunaan plastik kepada murid terutamanya plastik minuman bagi mengelakkan adanya sampah yang di buang di merata-rata tempat semasa waktu rehat.

KANAK-KANAK OBESITI: TIDAK SEKADAR PERANAN PIHAK SEKOLAH

Masalah obesiti yang membelenggu ramai kanak-kanak masa kini merupakan masalah kesihatan yang serius. Obesiti bukan sesuatu yang baik terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Tentu saja ia berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang dengan keperluan diri mereka. Apatahlagi jika makanan yang diambil itu bukanlah bersumberkan nutrisi yang sepatutnya malah memberi kesan buruk terhadap diri mereka. Semua ini berpunca daripada pengambilan makanan ringan seperti gula-gula, coklat, air bikarbonat, jajan dan lain-lain. Selain itu makanan makanan segera juga turut menyumbang kepada masalah itu yang kebanyakannya kaya dengan minyak dan garam yang tinggi.

Ada dua isu yang dibangkitkan melalui laporan itu iaitu desakan kepada pengusaha kantin atau koperasi di sekolah-sekolah supaya tidak menjual makanan ringan dan makan makanan segera serta penjaja-penjaja yang berada di sekitar pagar sekolah. Yang keduanya adalah cadangan supaya berat badan murid diukur dan dicatatkan oleh pihak sekolah setiap bulan yang tentu saja bersandar kepada guru kelas.

Persoalannya di sini, mengapa tindakan-tindakan itu ditujukan kepada sekolah yang dilihat sebagai satu cara mengekang nafsu makan murid yang memang sukakan makanan-makanan sedemikian? Tidakkah diperhatikan bahawasanya didikan kepada anak-anak untuk menghindarkan makanan ringan dan makanan segera di rumah juga adalah perlu malah harus lebih ditekankan lantaran banyak masa mereka berada di rumah berbanding sekolah.

Tidak dinafikan kedapatan penjualan makanan ringan dan makanan segera di premis sekolah, tetapi ia tidaklah begitu serius bahkan penjualannya adalah terhad. Ini disebabkan pihak pentadbiran sekolah sendiri akan memantau penjualan makanan kepada murid selain keprihatinan daripada ibu bapa murid yang sentiasa membuat laporan dan cadangan penambahbaikan terhadap penjualan makanan di sekolah-sekolah. Manakala kepada penjaja-penjaja di luar pagar, ia berada di luar bidang kuasa pentadbiran sekolah dan ianya memerlukan kerjasama daripada masyarakat setempat untuk menanganinya.

Soalnya, mengapa tidak dinyatakan juga perkara yang sama kepada ibu bapa supaya menjaga pemakanan anak-anak mereka? Sebenarnya latihan di rumah amat penting lebih-lebih lagi dipupuk sedari kecil supaya mereka terdidik dan terbiasa untuk menghindari makanan ringan dan makanan segera. Dalam pada mengelakkan mereka dengan makanan-makanan tidak berkhasiat itu, berikan juga maklumat pemakanan yang betul kepada mereka mengikut tahap yang sesuai. Kadang kala menegah itu akan menimbulkan persoalan di fikiran mereka, jadi dengan hikmah ibu bapa boleh menerangkan serba sedikit tentang pemakanan yang betul kepada mereka. Jika di sekolah, sememangnya mereka diberi pendedahan. Namun, apabila di rumah ibu bapalah yang harus memastikan apa yang dipelajari murid diamalkan sebaiknya.

Bila mana anak-anak telah dilatih sebegini maka ia tidak lagi menjadi masalah tatkala mereka berada di mana-mana saja pun. Dalam tahap ini, tentu ibu bapa tidak akan risau malah boleh mempercayai anak-anak mereka sendiri dalam membelanjakan wang membeli makanan di sekolah atau di mana saja pun. Jangan pula menunding jari kepada sekolah semata-mata seolah-olah memperlihatkan masalah obesity murid adalah berpunca daripada sekolah.

Berkenaan cadangan supaya pihak sekolah mencatatkan berat badan murid untuk setiap bulan, kelihatan satu cadangan yang meluaskan skop tugas guru itu sendiri. Memang selama ini pihak sekolah melalui guru kelas ada merekodkan berat badan dan ketinggian murid, tetapi bukanlah untuk setiap bulan seperti mana yang dicadangkan. Catatan untuk dua kali setahun dilihat sudah cukup dan untuk melakukannya setiap bulan boleh jadi ia menambah lagi kepelbagaian tugas guru masa kini. Apa kata ibu bapa di rumah juga mengambil inisiatif untuk memantau berat badan anak-anak mereka agar pencegahan langsung dapat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya masalah obesiti kepada anak-anak mereka.Kesimpulannya, setiap hal berkaitan kanak-kanak tidak seharusnya menjadi tanggungjawab sekolah semata-mata. Pihak ibu bapa dan masyarakat amnya seharusnya bersama-sama membantu untuk memastikan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak dapat di atasi. Peranan daripada pihak kerajaan melalui kementerian kesihatan dan agensi lain yang berkelayakan juga harus diwujudkan. Tentu sahaja penjelasan lanjut mengenai pemakanan sihat boleh diberikan melalui anjuran pelbagai program dalam kempen untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Semua itu adalah atas satu matlamat yang sama, demi melahirkan generasi yang cerdas dan cergas dan tentu saja dengan akal yang cerdas dan fizikal yang cergas itu adalah hasil daripada sumber pemakanan yang baik.


Top Related