Download - Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
1/24
BEBERAPA ASPEK PEMIKIRAN EKONOMI
SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI
BERKAITAN ZAKAT: ANALISIS TERHADAP
KITAB SABIL AL-MUHTADIN
Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh
Mohd Zahirwan Halim bin Zainal Abidin
Paiz bin HassanHamdi Rahman bin Mohd Yaacob
Ahmad Fauzee bin Abdullah
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
2/24
ABSTRAK
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah seorang ulamatersohor di Rantau Alam Melayu. Beliau adalah di antara rangkaianulama yang dilahirkan di Kepulauan Borneo. Mengikut AlmarhumSheikh Wan Mohd Shaghir bin Abdullah, Syeikh Muhammad Arsyadal-Banjari dilahirkan di Kampung Lok Gabang, Martapura,
Banjarmasin. Beliau bukan sahaja seorang pakar rujuk dalam bidangkeagamaan bahkan seorang penulis yang sangat prolifik dengankarya-karyanya dalam pelbagai bidang. Antara karya masyhur beliauadalah Sabil al-Muhtadin yang mengupas aspek-aspek fiqh yangbersifat praktikal dan semasa serta menjadi rujukan dan panduanbagi pelajar dan sarjana Islam di Nusantara. Kertas kerja ini akan
mengupas pemikiran ekonomi beliau ketika membahaskan aspek-aspek berkaitan fiqh zakat berdasarkan kepada penulisan beliaudalam kitab Sabil al-Muhtadin.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
3/24
PENGENALAN PENGARANG
Nama penuh beliau ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin
Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu Bakar
bin Saiyid Abdullah al-Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran
bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad
Maula ad-Dawilah al-Aidrus dan nasabnya sampai kepadaSaidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina Fatimah bin Nabi
Muhammad S.A.W.
(Wan Mohd Shaghir Abdullah 2005)
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
4/24
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari telah dilahirkan pada
malam Khamis, pukul 3.00 ( waktu sahur ), 15 Safar 1122 H/17
Mac 1710 M. Beliau dilahirkan di Kampung Lok Gabang,Martapura, Banjarmasin (Wan Mohd Shaghir Abdullah 2005).
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
5/24
BUKU YANG DIHASILKAN
Antaranya ialah:1. Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu'minin wa ma Yufsiduhu
Riddah ar-Murtaddin,( 1188 H/1774 M )
2. Luqtah al-'Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan,(
1192 H/1778 M)
3. Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, ( 1195 H/1780 M )
4. Risalah Qaul al-Mukhtashar, ( 1196 H/1781 M )
5. Kitab Bab an-Nikah
6. Bidayah al-Mubtadi wa Umdah al-Auladi
7. Kanzu al-Ma'rifah8. Kitab al-Faraid
9. Arkanu Ta'lim as-Shibyan,
10. Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
11. Mushhaf al-Quran al-Karim. (Wan Mohd Shaghir Abdullah 2005)
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
6/24
KITAB SABIL AL- MUHTADIN
Kitab Sabil al-Muhtadin - Kitab ini amat popular di Nusantara yangmerangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, danBrunei.
Terdapat di dalam dua jilid, jilid pertama mempunyai 252 halaman dan jilidkedua 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini meliputi persoalanibadah yang menyentuh thaharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban,makanan yang halal dan haram serta sembelihan.
Kitab ini ditulis atas permintaan Sultan Tahmidillah Bin Sultan Tamjidillah.Penulisannya mengambil masa selama dua tahun iaitu dimulai pada1193H/1779M dan selesai pada 27 Rabiul Akhir 1195H/1780 M.
Kitab ini pertama kali dicetak di Istanbul pada tahun 1300H/1882Mkemudian diulang cetak di Kaherah dan Makkah (H. M. Asywadie Syukur1987 h. xiii).
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
7/24
BEBERAPA ASPEK PEMIKIRAN
EKONOMI SYEIKH MUHAMMADARSYAD AL-BANJARI BERKAITAN
ZAKAT
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
8/24
PENTAKRIFAN MISKIN DAN FAKIR
Telah berlaku khilaf di kalangan ulama fikah dalam menentukan takrif fakir
dan miskin.
Bagi Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, mereka mentakrifkan orang fakir
ialah orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi keperluannya.Orang miskin pula ialah orang yang tidak memiliki apa-apa.
Manakala bagi takrifan Imam Syafie dan juga Hambali, fakir ialah orang
yang tidak mempunyai apa-apa harta dan miskin pula ialah orang yang
mempunyai harta namun tidak mampu memenuhi kecukupankeperluannya
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
9/24
Berlandaskan teori shafiiyyah, beliau memperincikan berdasarkan kepada
pengamalan ekonomi di zamannya.
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari ketika membincangkan pentakrifanfakir dan miskin telah memberikan satu pemisahan antara kedua takrifan
tersebut.
Seseorang itu dianggap fakir apabila pendapatan hariannya hanyalah
boleh menampung 30% atau kurang daripada nilaian tersebut daripadaperbelanjaan hariannya.
Istilah fakir diperincikan dengan memberikan beberapa contoh yang
sesuai dengan zamannya. Perincian ini dapat dilihat pada penulisannya.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
10/24
Antara contoh tersebut ialah :
Fakir yang menerima zakat ialah orang yang tidak mempunyai tempatbergantung yang wajib memberikan nafkah yang mencukupi dan tiada
harta. Contohnya, seseorang yang tidak mempunyai suami, ayah, datuk,anak dan juga cucu.
Fakir juga adalah bagi individu yang mempunyai rumah namun dalamkeadaan mempunyai tanggungan yang ramai dan banyak.
Seseorang juga dianggap fakir apabila hanya mempunyai pekerjaan yangharam tanpa ada harta yang lain.
Seseorang juga dianggap fakir apabila terlibat dengan aktiviti pencarianilmu kerana ilmu tersebut akan disumbangkan kepada masyarakat.
Namun jika seseorang itu hanya memfokuskan kepada aktiviti ibadat, iatidak diberi dalam bahagian fakir dan miskin.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
11/24
Manakala istilah miskin pula ditakrifkan sebagai seseorang yang memiliki
harta atau pekerjaan yang halal tetapi tidak mencukupi untuk
menampung perbelanjaan hidupnya dan nafkah-nafkah yang perlu diberi
kepada keluarganya.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
12/24
PEMBERIAN ZAKAT KEPADA SUAMI,
ISTERI DAN KAUM KELUARGA Ketika membincangkan pengagihan zakat kepada asnaf yang berhak,
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari meluaskan teori pemberian zakat
termasuklah pemberian zakat kepada keluarga terdekat.
Ini mungkin berasaskan kepada realiti pada waktu itu iaitu orang Melayuhidup secara kumpulan dan kumpulan tersebut adalah terdiri daripada
kaum keluarga yang terdekat.
Pemikiran ini dapat dilihat apabila beliau mengharuskan pemberian zakat
daripada seorang bapa atau datuk kepada anak begitu juga sebaliknyaberdasarkan syarat bukanlah pemberian zakat tersebut atas asas asnaf
fakir dan miskin tetapi didasarkan kepada asnaf muallaf, berhutang, ibn
sabil dan lainnya.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
13/24
Begitu juga beliau mengharuskan pemberian zakat oleh suami kepada
isteri dengan syarat sama seperti di atas.
Melihat kepada realiti waktu itu mungkin golongan wanita sudah
mempunyai pendapatan yang melebihi suami mungkin kerana harta yang
diwarisi atau berniaga, beliau juga mengharuskan pemberian zakat
tersebut.
Pemberian yang seumpama ini daripada perspektif ekonomi bukan saja
mampu membantu individu meningkatkan pendapatan dan seterusnya
mampu menyumbang kepada keadaan sosial yang lebih baik dan wujud
ikatan yang kukuh di kalangan masyarakat khalayak.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
14/24
PEMBERIAN ZAKAT DALAM BENTUK
MODAL UNTUK BERNIAGA DAN ALATAN
Ketika membincangkan aspek pengagihan zakat, Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari mengemukakan pemikiran di luar daripada konteks
zamannya dengan mencadangkan agar zakat diberi dalam bentuk modal
bagi tujuan pembiayaan perniagaan dan alatan seperti mesin dan
sebagainya bagi yang mahir dalam aspek-aspek vokasional dan teknik.
Beliau telah mencadangkan agar diberi modal bagi individu yang mahir
berniaga tetapi tidak mampu daripada sudut kewangan untuk membina
atau memulakan perniagaan.
Bagi individu yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal, beliau
menyarankan agar diberikan peralatan bagi penghasilan yang lebih baik
daripada apa yang mereka miliki sebelum memperolehi peruntukan zakat.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
15/24
Daripada perspektif ekonomi, pemberian dan penerimaan modal wang
dan kerja yang cukup akan menyebabkan pengeluaran mampu
dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang akanmenghasilkan dan menyeimbangkan kedudukan ekonomi sesebuah
Negara.
Pandangan yang bersifat ekonomis ini telah digunapakai di Malaysia
apabila dilihat peruntukan khusus diberikan sebagai modal untukmemulakan perniagaan dan alatan seperti lori, mesin rumput dan lain-lain
telah diberikan kepada asnaf yang layak seperti yang dipraktikkan di Pulau
Pinang dan Selangor.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
16/24
PERINCIAN MENGENAI AMIL ZAKAT
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari ketika membincangkan persoalan
yang berkait dengan amil zakat secara terperinci membahagikannya
kepada sembilan kategori.
Perincian ini dilihat daripada perspektif pengurusan sebagai sesuatu yangmendahului zaman. Pengurusan berkaiatan dengan amir zakat telah
dibahaskan secara terperinci. Antara perincian yang dibuat ialah;
1. Sai iaitu orang yang dilantik oleh Sultan atau wakilnya bagi memungut
harta zakat.2. Katib iaitu orang yang mencatat harta zakat yang diterima daripada
semua orang yang wajib mengeluarkan zakat.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
17/24
3. Khasim iaitu orang yang membahagikan harta zakat kepada asnaf yang
berhak.
4. Hasyir iaitu orang yang mengumpulkan semua orang yang cukup haul
zakat.5. Arif iaitu orang yang ditugaskan bagi mengenal pasti golongan penerima
zakat.
6. Hasib iaitu akauntan yang menguruskan perakaunan zakat
7. Hafiz iaitu orang yang menjaga harta zakat.
8. Jundi iaitu orang yang menjadi pengawal kepada harta zakat di institusi-institusi zakat.
9. Jabi iaitu penguatkuasa yang melaksanakan pungutan harta zakat.
Beliau juga di samping menyenaraikan 9 kategori amil menyatakan
bahawa kategori ini boleh diperluaskan pemakaiannya mengikut situasi
dan keadaan semasa.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
18/24
Ketika membincangkan persoalan berkaitan agihan zakat yang diberikan
berasaskan kepada 9 kategori tersebut, beliau menyatakan zakat hanya
boleh diambil sekadar upah yang disesuaikan dengan tugas yang telah
dilaksanakan.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
19/24
MEMPERLUASKAN SKOP ASNAF
MUALLAFAH QULUBUHUMKebiasaannya para fuqaha mentakrifkan muallaf sebagai orang yanghatinya cenderung kepada Islam atau saudara baru. Namun begitujika dilihat dalam Sabil al-Muhtadin, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari memperincikan muallaf itu kepada 5 kategori iaitu:
Individu yang masih lemah imannya. Individu yang mempunyai iman yang kuat dan menjadi pemimpin
kepada masyarakat yang masih belum Islam.
Semua tentera yang ditugaskan menjaga keselamatan umat Islamdari gangguan bukan Islam dan pemberontak.
Tentera yang memerangi dan menakutkan orang yang engganmembayar zakat sehingga mereka membayar zakat.
Mereka yang menguruskan pemungutan zakat daripada kaum yangtinggal berjauhan daripada pusat pemungutan zakat.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
20/24
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari ketika membincangkan persoalan ini
menyatakan signifikasi kepada perluasan skop muallaf ini kerana bagi
memberikan individu-individu tersebut merasa tugasan mereka dihargai.
Dengan menggunapakai perluasan skop ini, kita dapat memperkemaskanaspek pemungutan zakat dan dapat meningkatkan lagi jumlah kutipan
zakat. Secara tidak langsung ianya membawa kemakmuran ekonomi yang
akan dikongsi bersama oleh segenap lapisan masyarakat.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
21/24
HUKUM MEMINDAHKAN HARTA
ZAKAT DI LUAR LOKALITINYA Berhubung dengan isu ini, sebahagian besar fuqaha Maliki, Shafii dan
Hanbali menghukumkan haram, sebahagian lagi menghukumkan makruh
sebagaimana menurut mazhab Hanafi, Imam Malik daripada riwayat Ibn
Qasim serta Qadi Abi Yala dan al-Bana daripada mazhab Hanbali.
Dalam pada itu hanya sebilangan kecil yang mengharuskannya
sebagaimana diriwayatkan daripada satu qawl dalam mazhab Shafii
ataupun mereka mengaitkannya dengan hak pemerintah.
Ketika membahaskan aspek ini, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjarimengemukakan pendapat yang sederhana antara pengharaman dan
pengharusan. Pendapat ini dapat dilihat dalam penulisannya
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
22/24
Kebenaran kepada pemerintah dalam aspek pemindahan harta zakat
memperlihatkan bahawa beliau tidak hanya melihat keperluan ekonomi
dalam skop yang kecil tetapi lebih mengambil keperluan-keperluan
ekonomi semasa sebagai asas kepada pemilihan antara pendapat fuqaha
di atas khususnya antara khilaf yang berlaku dalam mazhab Shafie.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
23/24
PENETAPAN BULAN MEMBAYAR
ZAKAT
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari juga dilihat mengemukakan
pandangan yang bersifat semasa apabila menyarankan agar kerajaan
menetapkan bulan khusus bagi pembayaran zakat kepada harta yang telah
cukup nisab dan haulnya.
Penetapan ini juga boleh digunakan sebagai peringatan kepada pembayar
zakat agar dapat melunaskan tuntutan dan tanggungjawab kepada
masyarakat dan Negara.
Penetapan ini dilihat sangat berkesan daripada perspektif pentadbiranNegara apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri juga menetapkan bulan-bulan
tertentu bagi pembayaran cukai di Malaysia.
-
8/4/2019 Kaib-pemikiran Syeikh Arsyad Al-banjari
24/24
KESIMPULAN
Daripada aspek-aspek yang dibincangkan di atas, dapat di lihatketerbukaan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam menanganimasalah ekonomi yang timbul pada zamannya.
Daripada tinjauan umum yang dibuat beliau juga masih bersikap
terbuka terhadap penerimaan pandangan fuqaha daripada mazhablain walaupun kita sedari bahawa Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari telah menggunakan metodologi dan epistemologiShafieyyah ketika menulis kitabnya yang masyhur ini.
Semoga kajian ini menjadi asas kepada kajian yang lebih mendalamterhadap kitab ini yang cukup popular bukan sahaja di Malaysiabahkan di Selatan Thai, Indonesia dan Singapura.