Download - DSP Sejarah Ting 3.txt
Draf DSP Sejarah Tingkatan 3
grafik7jata
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
SEJARAH
TINGKATAN 3
STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
�Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.
o Evidens :
Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
TAFSIRAN BAND
BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
OM 1
Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari.
OM 2
Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
OM 3
Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
OM 4
Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa.
OM 5
Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
OM 6
Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa.
OM 7
Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
OM 8
Mengamalkan nilai-nilai murni.
OM 9
Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.
2
Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.
3
Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .
4
Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.
5
Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.
6
Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
1
TAHU
B1
Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme
B1D1
Mengetahui perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air
Bab 1
B1D1E1
Menyatakan faktor perluasan kuasa Jepun
Bab 1
B1D1E2
Menamakan tokoh tempatan yang berjuang menentang pendudukan Jepun (UP)
Bab 2
B1D1E3
Menyenaraikan tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap Malayan Union (UP)
Bab 3
B1D1E4
Menyatakan sebab orang Melayu menolak fahaman komunis
Bab 4
B1D1E5
Menyenaraikan usaha membentuk kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri
Bab 5
B1D1E6
Memerihalkan Rombongan Merdeka 1956
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
2
TAHU DAN FAHAM
B2
Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme
B1D2
Mengetahui pembentukan Persekutuan Malaysia
B2D1
Memahami perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air
Bab 6
B1D1E7
Menamakan pemimpin tempatan yang menentang penjajahan British di Sarawak (UP)
Bab 7
B1D2E1
Menyenaraikan tokoh tempatan yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia (UP)
Bab 1
B2D1E1
Menjelaskan gerakan anti-Jepun di negara kita
Bab 2
B2D1E2
Menjelaskan penubuhan UMNO
Bab 3
B2D1E3
Menjelaskan keganasan komunis di negara kita pada Zaman Darurat
Bab 4
B2D1E4
Menjelaskan pembentukan Parti Perikatan secara kronologi (KPS)
Bab 5
B2D1E5
Menjelaskan usaha mendapatkan kemerdekaan negara secara kronologi (KPS)
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2D2
Memahami pembentukan Persekutuan Malaysia
Bab 6
B2D1E6
Menjelaskan faktor penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British
Bab 7
B2D2E1
Menjelaskan matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia
Bab 7
B2D2E2
Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
B3
Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme
B3D1
Menerangkan perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air
B3D2
Menerangkan pembentukan Persekutuan Malaysia
Bab 1
B3D1E1
Menerangkan dasar pemerintahan Jepun di negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
Bab 3
B3D1E2
Menerangkan kesan Zaman Darurat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
Bab 4
B3D1E3
Menerangkan Sistem Ahli
Bab 5
B3D1E4
Menerangkan penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Perlembagaan Merdeka)
Bab 6
B3D1E5
Menerangkan gerakan antipenyerahan di Sarawak
Bab 7
B3D2E1
Menerangkan langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia secara kronologi (KPS)
B3D2E2
Mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
B4
Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme
B4D1
Menganalisis perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air
Bab 1
B4D1E1
Menganalisis reaksi penduduk semasa pemerintahan Jepun di negara kita (KPS/UP)
Bab 1
B4D1E2
Menganalisis faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di negara kita (KPS)
Bab 2
B4D1E3
Menganalisis penentangan terhadap Malayan Union dalam aspek faktor, cara dan kesan
Bab 2
B4D1E4
Menganalisis Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam aspek faktor penubuhan, ciri dan kesan
Bab 3
B4D1E5
Menganalisis langkah kerajaan membanteras ancaman komunis semasa Zaman Darurat
Bab 4
B4D1E6
Menganalisis pelaksanaan pilihan raya ke arah berkerajaan sendiri
Bab 5
B4D1E7
Menganalisis peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan 1957
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
B4D2
Menganalisis pembentukan Persekutuan Malaysia
Bab 6
B4D1E8
Menganalisis langkah berkerajaan sendiri di Sarawak dan Sabah
Bab 7
B4D2E1
Menganalisis reaksi negeri yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia
B4D2E2
Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
B5
Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah
B5D1
Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar
Bab 1
B5D1E1
Menilai kesan pendudukan Jepun di negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
Bab 4
B5D1E2
Menilai usaha membentuk perpaduan kaum ke arah kemerdekaan
Bab 7
B5D1E3
Menilai tindakan pemimpin negara dalam menghadapi cabaran pembentukan Persekutuan Malaysia
B5D1E4
Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
B5D1E5
Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
B6
Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia
B6D1
Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab
B6D1E1
Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP)
B6D1E2
Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP):
. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
. Bersemangat setia negara
. Bersemangat kekitaan
. Berdisiplin
. Berusaha dan produktif
Nota :
UP - Unsur Patriotisme