Download - contoh sintaksis 2
-
1.0 PENDAHULUAN
Bidang sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan ayat. Malah, sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan
ayat, tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam
ayat. Unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah seperti ayat, klausa dan
frasa.Walau bagaimanapun, soalan tugasan kami berfokus kepada kajian ayat, yang
mana kami perlu menganalisis ayat dalam satu cerpen.
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud
yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang
sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan
timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik
selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.Ahli bahasa
mempunyai pelbagai takrifan terhadap ayat bergantung pada teori atau pendekatan
yang dianutinya.
Malahan, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil daripada
bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan
penting.Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat.
Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan
iaitu susunan biasa dan susunan songsang.Dari segi ragam, ayat bahasa Melayu terdiri
daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat terdiri daripada ayat
penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru.
-
BAHAGIAN A ( Kajian Sintaksis)
-
2.0 MENJELASKAN DEFINISI AYAT,
AYAT DASAR, AYAT TERBITAN,
STRUKTUR BINAAN AYAT, BINAAN
SUBJEK DAN PREDIKET, SERTA
MENGANALISIS BINAAN AYAT, BINAAN
AYAT DASAR, BINAAN AYAT
TERBITAN, DAN STRUKTUR SUBEJK
DAN PREDIKET DALAM AYAT
-
2.1 DEFINISI AYAT
Ayat boleh dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk dan pola.Terdapat banyak
definisi dan takrif ayat dan semuanya bergantung kepada teori linguistik yang dipegang
oleh ahli-ahli bahasa.
Menurut C.C Fries (1963), A sentence is a group of words expressing a
complete thought ".Seterusnya, dalam huraian tatabahasa Melayu yang berdasarkan
pada rangka Tatabahasa Tradisional, A.A Fokker (1980), menakrifkan ayat sebagai
ucapan bahasa yang mempunyai erti dan batas keseluruhannya ditentukan oleh
turunnya suara.
Aliran Tatabahasa Struktural pula menakrifkan ayat dengan berdasarkan pada
ujaran yang berdiri sendiri dan bebas daripada ujaran-ujaran lain dan ujaran tersebut
terletak di antara dua kesenyapan iaitu sebelum dan sesudahnya, (C.C Friess,
1963).Seterusnya bagi Asmah Hj. Omar (2-8) dalam buku Nahu Kemas Kini
mendefinisikan ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh
intonasi yang lengkap, yang bermula dengan kesenyapan yang menandakan bahawa
tutur itu selesai dan mengandungi proposisi yang lengkap.Di samping itu, Asmah telah
membahagikan ayat kepada dua golongan iaitu ayat sistem (ayat dasar) dan juga ayat
wacana (konteks).
Bagi takrif ayat aliran Transformasi Generatif,Noam Chomsky sebagai pengasas
Tatabahasa Transformasi Generatif tidak memberikan pengertian ayat. Walau
bagaimanapun, R.A Jacobs dan P.S Rosebaum (1968) sebagai penganut aliran
Transformasi Generatif, Noam Chomsky, ada memberikan konsep ayat yang
membayangkan fahaman aliran ini sebagai a sentence is a structured string whose
words fall into natural groups.
-
Menurut kamus dewan, edisi ketiga, ayat ialah pengucapan yang paling tinggi
letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang
pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi
yang sempurna.
Seterusnya, menurut Abdullah Hassan (2006), dalam buku Sintaksis, ayat terdiri
daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok
tertentu.Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.Susunan yang lengkap
mempunyai makna yang lengkap dan setiap satu daripada kelompok tersebut
mengandungi sekutang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan prediket.
Seperti yang kita ketahui, setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak
terhad bilangannya.Walaupun bilangannya tidak terhad, ayat-ayat tersebut sebenarnya
terbahagi kepada hanya dua golongan ayat dasar dan juga ayat terbitan. Ayat dasar
juga adakalanya disebut sebagai ayat inti yang daripadanya dapat dibentuk atau
diterbitkan pelbagai ayat yang lain dan disebut sebagai ayat terbitan, seterusnya
disebut ayat transformasi dalam istilah ilmu bahasa moden.
Tuntasnya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil
daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan
penting.Malah, ayat perlu terbina daripada kosntituen subjek dan prediket. Subjek ayat
terdiri daripada frasa nama dan prediket ayat boleh diwakili oleh frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Tambahan lagi, ayat mempunyai dua bentuk
susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Seterusnya, dari segi ragam, ayat
bahsa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat
perintah, ayat tanya dan ayat seru.
-
2.2 DEFINISI AYAT DASAR
Menurut kamus dewan, edisi ketiga, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar
atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Namun, jika
dikaji asas binaannya, maka semua ayat itu boleh dikenalpasti rangka dasarnya
sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu, walaupun terdapat pelbagai jenis ayat
dari segi binaan dan susunannya dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu
bahasa.Pola-pola rangka ayat itulah disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa dan
melaluinya maka terbitlah ayat yang lain sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat
pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan lain-lain.
Seterusnya, menurut Arbak Othman (1985), ayat dasar juga dikenali sebagai
ayat inti dan ayat ini terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu tidak
mengandungi sebarang keterangan di dalamnya.Boleh dikatakan juga, ayat dasar ini
ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa
prediket.( Nik Safiah Karim et al. 2008).
Di samping itu, bagi Asraf (2007), beliau mendefinisikan ayat inti dalam Penunjuk
Tatabahasa Melayu sebagai ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan
merupakan ayat tunggal yakni terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. Tidak
ketinggalan, Lutfi Abas (1975) menyebut bahawa ayat inti adalah ayat yang dihasilkan
oleh rumus-rumus struktur frasa transformasi wajib.
Dengan definisi-definisi ini, jelas menyatakan bahawa ayat inti merupakan ayat
yang paling dasar iaitu yangg terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami
transformasi pilihan seperti pasif, negatif dan sebagainya.Oleh sebab itu, ayat inti yang
dikatakan oleh Paul Roberts (1964) sebagai tne basic, elementary sentences of the
language, the stuff from which all else is made.
Oleh yang demikian, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang
daripadanya dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. ( Lutfi Abas
dan Raja Mukhtaruddin Dain, 1986).
-
Kesimpulannya, ayat inti atau ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau
punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas.Konstituen subjek dan
prediket hendaklah diisi oleh frasa inti.Kebiasaannya, ayat ini adalah ayat penyata dan
ayat tunggal.Maksudnya, ayat dasar merupakan bentuk ayat-ayat lain yang dipanggil
ayat terbitan dan ayat terbitan termasuklah ayat tunggal dan juga ayat majmuk.
-
2.3 DEFINISI AYAT TERBITAN( Ayat Transformasi / Ayat Bukan Inti )
Menurut Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu
mendefiniskan ayat terbitan ialah ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat
inti tetapi dengan bentuk yang berubah atau sekurang-kurangnya maknanya berubah.
Seterusnya, Lutifi Abas ( 1978), ayat transformasi atau ayat bukan inti ialah ayat
yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa (dengan atau tanpa transformasi wajib)
bersama-sama dengan transformasi bebas (transformasi pilihan).
Lutfi Abas, Asraf dan Samsuri telah menghasilkan huraian yang lebih padat
tentang ayat terbitan atau ayat transformasi ini. Samsuri (1978) telah mengemukakan
tiga jenis transformasi aiatu tranformasi tunggal yang sama maksud dengan
transformasi satu dasar, transformasi gabungan dan transformasi rapatan. Tambahan
lagi, transformasi tunggal didasari oleh hanya satu penanda frasa.Malah, Asraf (1974)
telah membahagikan ayat transformasi kepada ayat transformasi satu dasar, ayat
transformasi dua dasar dan ayat transformasi berdasar banyak.Pembahagian ayat
transformasi adalah berdasarkan pada huraian dan pemerian yang dilakukan oleh
beberapa ahli linguistik bahasa Inggeris seperti A. Koutsoudas (1986) dan Paul Roberts
(1964).
Ayat terbitan ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis yang
melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau
struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa
Melayu, ayat terbitan ini terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan
pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur
dalaman.
-
2.4 STRUKTUR BINAAN AYAT
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan
atau konstruksi.Sesuatu binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil
rangkai kata yang, dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur dan konstituen yakni satu
binaan yang mengandungi dua unsur.Contohnya :
1. Ahmad tidur i) Ahmad
ii) tidur
Berdasarkan contoh berkenaan, hal ini menunjukkan ayattersebut hanya
mempunyai dua perkataan iaitu Ahmad dantertidur.Walau bagaimanapun, umumnya,
ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks.
Ayat terbahagi kepada dua jenis binaan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.Ayat
dasar adalah ayat tunggal yang terbentuk daripada satu subjek dan satu
prediket.Contoh :
SUBJEK PREDIKET
Sarjan melihat gambar Mona Lisa
Beberapa ekor anjing menggonggong-gonggong kuat
Berdasarkan contoh tersebut, oleh sebab ayat ini mempunyai satu subjek dan satu
prediket sahaja, maka ayat ini adalah ayat dasar dan ia juga dikenali sebagai ayat
tunggal.
Ayat terbitan pula adalah ayat yang terbentuk daripada ayat-ayat dasar tadi
melalui proses peluasan iaitu penyusunan semula, penggantian dan penggabungan. Di
-
samping itu, ayat terbitan dihasilkan melalui proses pengguguran. Ayat-ayat berikut
adalah contoh ayat terbitan yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan.
Contoh pertama ialah :
Kampung Banggul Derdap diserang kesunyian bila padi-padi habis diangkut
naik ke jelapang.
Berdasarkan ayat tersebut, Kampung Banggul Derdap berfungsi sebagai subjek dan
ayat ini kemudian disusun semula dengan membuat prediket menjadi judul ayat seperti
berikut :
Yang tinggal di tengah-tengah sawah hanya tumpuk-tumpuk jerami yang
bertimbun sampai paras kepala.
Jika dilihat ayat di atas, ayat tersebut telah mengalami proses penggantian. Proses ini
ditandai oleh kata ganti yang. Ayat ini juga mengalami proses peluasan iaitu kuasa
relatif dipancangkan kepada sebuah ayat lain bagi membentuk ayat majmuk relatif.
Klausa relatif yang bertimbun sampai ke paras kepala, diperluaskan melalui proses
penggantian kepada unsur tertentu dalam ayat induknya. Contoh seterusnya:
Seekor dua ekor kerbau nampak memamah-mamah jerami yang masih
berselerak.
Ayat di atas juga terbentuk melalui proses perluasan. Klausa relatif yang masih
berselerak, memperluaskan ayat induk.
Selain itu, terdapat juga ayat terbitan yang terbentuk daripada proses penguguran
seperti :
Pergi ambil! jerkahnya lagi tanpa sebarang simpati
Dalam ayat di atas, subjek kamu digugurkan dan ayat ini boleh diberi subjeknya
kembali menjadi :
Kamu pergi ambil! jerkahnya lagi tanpa sebarang simpati
-
Kesimpulannya, ayat-ayat di atas mengandungi jenis ayat terbitan iaitu
penyusunan semula, penguguran, penggantian dan penggabungan.
-
2.5 SUBJEK DAN PREDIKAT
Dalam ayat, terdapat dua unsur penting yang terbahagi kepada dua iaitu subjek dan
predikat. Pembentukan ayat dalam Bahasa Melayu secara tidak langsung akan membina
kedua-dua kelompok perkataan tersebut. Kelompok pertama adalah kelompok yang
menyatakan sesuatu hal, manakala kelompok yang kedua pula menceritakan atau
menerangkan sesuatu hal.
Hal yang diperkatakan di sini adalah terdiri daripada nama orang, benda, tempat atau
perkara. Dalam erti kata lain, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama atau
unsur yang berfungsi sebagai frasa nama. Nyatalah ayat dalam bahasa melayu terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu bahagian yang menjadi hal yang dipanggil subjek dan bahagian
yang menjadi perihal yang dipanggil predikat. Oleh itu, contoh seperti berikut tidak boleh
diterima sebagai ayat dalam bahasa melayu kerana subjeknya tidak mengandungi frasa nama
atau tidak berfungsi sebagai frasa nama.
Subjek Predikat
Sedang menggosok kain baju pagi tadi.
Tinggi sungguh membina bangunan itu.
Subjek terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan dan ianya juga
berperanan sebagai konstituen kepada sesuatu ayat. Unsur subjek menjadi judul atau unsur
yang diterangkan dan bersifat frasa nama. Predikat pula adalah kumpulan perkataan yang
tergolong dalam satu frasa dan ianya menjadi unsur yang menerangkan subjek. Berikut
merupakan contoh-contoh yang menunjukkan kehadiran unsur-unsur di dalam ayat :
1. Sarjanmelihat gambar Mona Lisa.
2. Merekamengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.
Berdasarkan contoh ayat di atas, kedua-dua ayat tersebut kelihatan mempunyai unsur
subjek dan predikat.Subjek bagi ayat-ayat di atas telah ditebalkan perkataannya, iaitu perkataan
Sarjan dan Mereka.Manakala bagi unsur perkataan predikatnya pula telah dicondongkan
-
ayatnya iaitu melihat gambar Mona Lisa dan mengawal pemakanan melalui pengambilan diet
rendah lemak. Melihat kepada contoh yang berikutnya, iaitu :
Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Dalam ayat di atas, jika diperhatikan kepada unsur frasa subjeknya, iaitu petani itu ,
terdiri daripada dua perkataan sahaja, iaitu petani dan itu. Sebaliknya predikatnya pula
membajak sawahnya setiap hari, unsurnya kelihatan agak kompleks yang terdiri daripada :
1. membajak,
2. sawahnya,
3. setiap hari.
Jelas bahawa 1 mengandungi satu unsur sahaja, menakala 2 mengandungi dua unsur
uautu sawah dan nya.Manakala 3 mengandungi dua unsur iaitu setiap dan hari. Binaan yang
terdiri daripada bahagian subjek dan predikat ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di
bawah :
Rajah 1
Pemenggalan atau pembahagian kepada frasa subjek dan predikat tidak boleh
dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc.Sebagai contoh dalam ayat tersebut, unsur itu
membajak tidak boleh digabungkan menjadi sesuatu binaan sebab bentuk itu dan membajak
termasuk dalam kelompok unsur beransingan.Oleh itu, ayat tersebut tidak mungkin dapat
Ayat
Subjek Predikat
petani setiap hari sawahnya membajak itu
sawah nya setiap hari
-
dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek dan itu membajak sawahnya
setiap hari sebagai frasa predikat.
Bukan itu sahaja, bukan semua ayat mengandungi subjek ayat yang mempunyai subjek
atau predikat.Ada ketikanya terdapat pengguguran perkataan dalam ayat tersebut.Contoh-
contoh di bawah merupakan ayat yang mengandungi unsur-unsur yang digugurkan berserta
ayat asalnya. Antaranya adalah :
Ayat keguguran unsurnya Ayat Asal
Bila nak mula tanam semai? Bila kamu nak mula tanam semai?
Jangan bergerak! Kamu jangan bergerak!
Hujan! Hujan turun!
Putih? Warnanya putih?
Dua perkataan yang bercetak hitam iaitu bagi perkataan kamu dalam ayat pertama dan
ayat kedua serta perkataan warnanya dalam ayat keempat merupakan subjek yang
digugurkan.Manakala dalam ayat ketiga pula predikat ayat turun digugurkan.
-
2.6 ANALISIS BINAAN AYAT
Ayat terbahagi kepada dua jenis ayat binaan, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.
Rajah 2
2.7 BINAAN AYAT DASAR
Ayat dasar juga merupakan ayat tunggal.Ayat dasar terbentuk daripada satu subjek dan
satu predikat. Setiap ayat yang terbentuk tidak kiralah sama ada ayat mudah, kompleks,
panjang, pendek atau mengalami permajmukan, kesemua ayat yang terbentuk itu masih tetap
mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola yang menjadi sumber kepada
pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa. Misalnya, semua ayat
sama ada pendek mahupun panjang, berbentuk mudah atau kompleks, berstruktur biasa atau
songsang, pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya, iaitu salah satu daripada pola ayat
dasar yang berikut :
Pola Subjek Predikat
Pola 1
(Frasa Nama + Frasa Nama)
Ali guru.
Pola 2
(Frasa Nama + Frasa Kerja)
Adikku sedang tidur.
Pola 3
(Frasa Nama + Frasa Adjektif)
Pegawai itu amat rajin.
Pola 4
(Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama)
Rumahnya di Kampung Sungai Penchala.
Binaan Ayat
Ayat Dasar
Ayat Terbitan
-
Seperti yang telah diperhatikan dalam jadual di atas, Bahasa Melayu mempunyai pola
ayat dasar yang boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandukan pada jenis-jenis
unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat, iaitu dengan melihat pada subjek dan
predikatnya. Pada umumnya konstituen subjek diisi oleh frasa nama dan konstituen predikat
pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa sendi nama.
Konstituen-konstituen dalam ayat boleh mengandungi satu perkataan atau lebih asalkan
binaan-binaan itu masih lagi berbentuk frasa. Jadual di bawah merupakan contoh-contoh pola
ayat yang mengandungi lebih daripada satu perkataan dalam subjek dan predikatnya,
antaranya adalah :
Pola Subjek Predikat
Pola 1 Frasa Nama
Encik Ahmad
Frasa Nama
guru sekolah menengah.
Pola 2 Frasa Nama
Padi huma
Frasa Kerja
sedang menguning di lereng bukit.
Pola 3 Frasa Nama
Murid-murid mereka
Frasa Adjektif
sungguh rajin.
Pola 4 Frasa Nama
Bandar Ipoh
Frasa Sendi Nama
di Perak Darul Ridzuan.
Walau bagaimanapun, bukan semua ayat dasar itu merupakan ayat tunggal.Walaupun
secara umumnya ayat tunggal dan ayat dasar merupakan satu bentuk ayat yang terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat, namun begitu jika bentuknya mengalami perubahan
iaitu predikat mendahului subjek, maka ayat tunggal tersebut tidak lagi menjadi ayat dasar.
Dalam erti kata lain, ayat dasar mengikuti struktur pola-pola ayat dasar manakala ayat
tunggal merupakan satu struktur ayat yang mengikuti pola-pola ayat dasar serta merupakan
bentuk yang mengalami perubahan bentuk terhadap subjek-predikatnya. Berikut merupakan
contoh ayat :
-
Ayat tunggal dan ayat dasar Ayat tunggal
Fatimah ke Melaka pagi tadi Ke Melaka Fatimah pagi tadi.
Buku itu di atas meja. Di atas meja buku itu.
Anak itu dikucupnya. Dikucupnya anak itu.
Perbezaan yang seterusnya ialah ayat dasar semuanya terdiri daripada ayat penyata
manakala ayat tunggal pula boleh terdiri daripada beberapa jenis ayat yang lain seperti ayat
tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, antara persamaan ayat dasar dengan ayat tunggal yang boleh
dikenalpasti adalah terletak pada:
1. kedua-duanya mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
2. Kedua-duanya sama jika terdiri daripada ayat penyata.
Jika ayat tunggal yang berbentuk ayat penyata mengalami perubahan seperti pertukaran
kedudukan subjek-predikatnya, maka ayat tunggal itu tidak lagi menjadi ayat dasar.
-
2.8 BINAAN AYAT TERBITAN
Ayat terbitan berasal daripada ayat dasar, cuma bentuknya lebih panjang dan kompleks serta
terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada
frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar. Misalnya, bentuk ayat dasar seperti ayat di
atas boleh diperkembangkan menjadi ayat terbitan seperti berikut :
Subjek Predikat
Ali guru sementara di sekolah itu.
Adikku sedang tidur di serambi rumah.
Pegawai kanan pejabat itu amat rajin dan cekap pula.
Rumah kediamannya di Kampung Sungai Penchala dalam Wilayah Persekutuan.
Ayat terbitan juga merupakan ayat yang terbentuk daripada ayat-ayat dasar melalui proses
perluasan, iaitu : penyusunan semula, penggabungan dan penggantian, serta ayat terbitan juga
boleh dihasilkan oleh proses pengguguran. Berikut merupakan contoh ayat terbitan yang
terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan.
Perkataan Kampung Banggul Derdap merupakan objek dalam ayat tersebut dan juga bertindak
sebagai subjek.Ayat tersebut disusun semula dengan membuat predikat menjadi judul ayat.
Lihat ayat yang berikut :
Ayat di atas telah mengalami proses penggantian yang mana proses ini telah ditandai kata ganti
yang. Ayat ini juga telah mengalami proses peluasan, iaitu klausa relatif dipancangkan kepada
sebuah ayat lain bagi membentuk majmuk relatif. Klausa relatif yang ditimbun sampai ke
Kampung Banggul Derdap diserang kesunyian bila padi-padi habis
diangkut naik ke jelapang.
Yang tinggal di tengah-tengah sawah hanya tumpuk-tumpuk jerami
yang ditimbun sampai ke paras kepala.
-
paras kepala telah diperluaskan melalui proses penggantian kepada unsur tertentu dalam ayat
induknya. Lihat contoh lain yang berikut :
Ayat di atas juga dibentuk melalui proses perluasan, yang mana proses perluasan ini
menggabungkan dua ayat bagi membentuk ayat majmuk gabungan. Klausa utamnya iaitu
Gendang silat hilang begitu sahaja.
Tingkah gong dengan serunai hilang begitu sahaja.
Kedua-dua ayat di atas digabungkan melalui kata hubung :dan, menjadi Gendang silat dan
tingkah gong dengan serunai hilang begitu sahaja.
Gendang silat dan tingkah gong dengan serunai hilang begitu sahaja.
-
3.0 MENGHURAIKANPERATURAN
HUKUM D-M DAN KEKECUALIAN
HUKUM D-M
-
3.1 PERATURAN HUKUM D-M
Hukum D-M bermaksud diterangkan dan menerangkan.Pada dasarnya, terdapat
peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam
pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu
dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama.
Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada
kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada
kedudukan yang kedua.
Misalnya apabila merujuk pisang yang digoreng, seharusnya pisang dinyatakan
sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli goreng sebagai perkataan yang
menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi pisang goreng
bukannya goreng pisang kerana goreng pisang merujuk goreng sebagai perkataan yang
mahu diterangkan iaitu kata kerja dan pisang sebagai kata yang menerangkan perkataan
goreng. Maka apabila disebut goreng pisang seharusnya merujuk frasa kerja iaitu perbuatan
menggoreng pisang bukannya frasa nama.
Hal yang sama dapat dilihat pada frasa lain-lain hal sedangkan hakikat yang betul merujuk hal
bukannya lain-lain. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah hal-hal lain kerana hal
tersebut yang banyak bukannya lain.Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan yang
diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya
konsisten.
Diterangkan (D)
Menerangkan (M)
Keterangan Frasa
Rendang daging rendang yang dibuat daripada daging
Restoran Zaini restoran kepunyaan Zaini
Serbuk cili serbuk yang dibuat daripada cili
-
Kedai Buku Faizul kedai buku kepunyaan Faizul
Orang muda orang yang masih muda
Guru sains guru yang mengajarkan sains
Kelapa Tua buah kelapa yang sudah tua
3.2 KECUALIAN HUKUM D-M
Kecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku
akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutamanya pada nama-nama jawatan.
Menerangkan (M)
Diterangkan (D)
Perdana menteri
Timbalan menteri
Naib presiden
Naib yang dipertua
Naib canselor
Timbalan pengerusi
Pembantu penyelidik
Ibu pejabat
-
3.2.1 KEKELIRUAN HUKUM D-M
Kekeliruan timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam kata pinjaman,
kebanyakannya berasal dari bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada
struktur Bahasa Melayu.Misalnya dalam bahasa Inggeris Restoran Ramlah disebut sebagai
Ramlah Restaurant.Dalam bahasa Melayu memperkatakan Restoran yang dimiliki oleh
Ramlah, maka seharusnya diletakkan unsur Restoran pada kedudukan pertama sebagai
aspek yang diterangkan barulah diikuti oleh Ramlah sebagai unsur yang menerangkan iaitu
yang memiliki restoran berkenaan.Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai Restoran
Ramlah.Dari sudat makna, jika disebut Ramlah Restoran, merujuk kepada Ramlah sebagai
restoran. Dari segi semantik, ia bermaksud Ramlah sebagai restoran.
Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi
membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Misalnya
frasa nama susu kambing merujuk maksud susu yang diambil daripada kambing. Manakala
kambing susu merujuk maksud kambing yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan
susunya.Maka dari segi ayat haruslah disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan.
Contoh ayat:
1. Ramli minum susu kambing pada setiap pagi.
2. Ramli memelihara beberapa ekor kambingsusu.
Ayat 1 merujuk kepada susu. Manakala ayat 2 merujuk kepada kambing yang dipelihara bagi
mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada kambingsusu maka dari segi
maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin Ramli minum kambing sedangkan
hakikatnya Ramli minum susu. Manakala ayat 2 pula jika diubah kepada susu lembu juga
menimbulkan kekeliruan maksud ayat kerana tidak mungkin Ramli memelihara susu,
sedangkan maksud yang tepat ialah Ramli memelihara kambing.
-
BAHAGIAN B
( Analisis Ayat)
-
4.0 MENJELASKAN JENIS-JENIS
AYAT , RAGAM AYAT SERTA
ASPEK TATABAHASA YANG LAIN
DALAM BINAAN AYAT.
-
4.1 JENIS-JENIS AYAT
Terdapat beberapa jenis ayat dalam bahasa Melayu dan dibahagikan kepada
empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
4.1.1 AYAT PENYATA
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan.Ayat penyata mempunyai tujuan yang menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal.Malah, ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita
atau ayat keterangan.Antara ciri-ciri bagi ayat penyata ialah, ayat penyata bertujuan
menyatakan sesuatu hal atau perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada
akhir ayat. Di samping itu, ayat penyata diakhiri dengan tanda naktah . .
4.1.2 AYAT TANYA
Seterusnya ialah ayat tanya. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.
Selain itu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata
tanya dengan kata tanya.
Kebiasaannya, ayat tanya tanpa kata tanya sering diucapkan dengan nada suara
meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanya ini
dilambangkan dengan tanda soal ? dan ayat jenis ini boleh disertai dengan partikel
tanya kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat seperi
Awak sudah mandikah ?.
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya yang
menggunakan kata tanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa dan
lain-lain lagi. Seterusnya, ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat
-
tanya dengan ganti nama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya seperti
Siapakah emak awak?.
4.1.3 AYAT PERINTAH
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti
nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan lain-lain yang digugurkan. Ayat
perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti ayat suruhan, ayat larangan,
ayat silaan dan ayat permintaan.
Ayat suruhan diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Selain itu,
dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua. Antaranya ialah, awak, kamu,
engkau dan sebagainya.
Ayat larangan pula berbeza dengan ayat suruhan.Ayat ini menggunakan
larangan seperti jangan, usah atau tak usah, sebelum kata kerja dan hal ini bertujuan
untuk menegah seseorang melakukan sesuatu.
Seterusnya, ayat perintah ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti
minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
-
Rajah ..
4.1.5 AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membaca nada atau intonasi seruan
untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram,
sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru
! yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau
tidak. Antara kata seru yang sering digunakan ialah seperti oh, amboi, wah, cis, eh,
aduh, syabas dan sebagainya.
Contoh perbezaan
ayat
Ayat Suruhan:
" Makanlah nasi ini dulu."
Ayat Larangan:
" Jangan ambil wang orang."
Ayat Silaan: "Sila datang ke pejabat saya malam ini."
Ayat Permintaan: "Tolong hantarkan
tugasan awak esok."
-
CONTOH AYAT
Rajah .
Abang !
Oh, Tuhanku!
Wah, cantiknya perempuan itu!
Amboi, besarnya rumah awak!
-
4.2 RAGAM AYAT
4.2.1 PENGENALAN
Ragam ayat sebenarnya dapat dilihat dan dikenal pasti dari segi aktif atau pasif.
Dalam bahasa Melayu,terdapat dua ragam ayat , iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ragam
aktif terdiri daripada dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dan ayat aktif transitif.
4.2.2 AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif dalam
kluasa utamanya.Kata kerja tersebut tidak memerlukan objek.Namun demikian, kata
kerja jenis ini boleh diikuti oleh pelengkap atau unsur keterangan.
Contoh ayat aktif tak transitif.
1. Rombongan pengantin itu telah tiba.
2. Kenapakah badannya menjadi kurus?
3. Hujan yang turun semalam sangat lebat.
4. Harga gula yang naik pada musim perayaan sangat tinggi.
5. Kanak-kanak itu sedang tidur di bawah pokok.
6. Kereta dari Johor Bahru itu tiba-tiba membelok ke kiri.
7. Halimah yang sering termenung setiap pagi itu daripada keluarga yang miskin.
8. Mereka yang tidur bertilamkan rumput pada malam itu ialah penyokong bola sepak
pasukan pelawat.
-
4.2.3 AYAT AKTIF TRANSITIF
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mempunyai kata kerja transitif dalam klausa
utamanya.Kata kerja tersebut memerlukan objek selepasnya.
Contoh ayat aktif transitif.
1. Jia Chen akan menghadiri majlis itu.
2. Nurhidayah telah menjawab soalan itu.
3. Wanita yang sedang makan nasi itu ibu saya.
4. Pegawai yang sedang menjalankan tugas itu dari Johor.
5. Aktiviti menulis cerpen ialah hobinya pada masa lapang.
6. Kontraktor yang memperbesar rumah kami akan ke sana esok.
7. Kakinya bengkak kerana tersepak batu ketika bermain bola di padang.
8. Usaha untuk mempertingkatkan pencapaian murid dalam UPSR itu sangat baik.
4.3 JENIS RAGAM PASIF
Ayat pasif ialah ayat yang mempunyai kata kerja pasif.Kata kerja yang terdapat
dalam ayat pasif tersebut membawa maksud objek asal mengalami sesuatu. Dengan
berdasarkan bentuknya, ayat pasif dapat dibahagikan kepada tujuh jenis seperti yang di
bawah ini:
A) Ayat Pasif Berpelaku (Jati)
Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama.
Contoh = Karangan itu telah saya baca tadi.
-
Ayat Pasif dengan Kata ganti diri kedua
Contoh = Lawatan itu perlu kamu sertai.
Ayat Pasif dengan kata ganti diri ketiga
Contoh = Surat itu telah dibaca oleh Encik Shamsul.
B) Ayat Pasif tidak berpelaku (semu)
Ayat Pasif dengan perkataan `kena
Contoh = Pencuri itu kena tangkap semalam.
Ayat pasif yang berapitan ke--an.
Contoh = Dia kehujanan ketika pulang dari sekolah.
Ayat pasif dengan awalan ber-
Contoh = Kain yang koyak itu masih belum berjahit.
Ayat pasif dengan awalan ter-.
Contoh = Ashaari teringat oleh ibunya di kampung.
-
4.3 ASPEK TATABAHASA YANG LAIN
4.3.1 PENGENALAN
Selain kehadiran unsur seperti subjek dan predikat sebagai penentu
pembentukan sesuatu ayat serta urutan perkataan, terdapat juga ciri-ciri lain yang harus
diberikan perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat.
Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis
sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam
pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, kala, dan unsur keserasian.
Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat penanda kasus, sebagaimana yang
berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia, dan bahasa Turki. Penanda
bahasa yang sering terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa bahasa
ialah penanada kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja
sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang ,atau sudah
berlaku.
Bahasa Inggeris dan bahasa Jerman merupakan contoh bahasa yang
menggunakan penanda kala.Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda
tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Dalam bahasa Inggeris dan
Arab, unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting,
oleh sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi
gramatis.Satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis
ialah ayat-ayat yang tidak menentu maknanya atau, dengan erti kata lain, terdapat
binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya
pengetahuan atau kecekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang
struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku.
-
5.0 ANALISIS JENIS-JENIS AYAT,
RAGAM AYAT SERTA ASPEK
TATABAHASA YANG LAIN DALAM
BINAAN AYAT.
-
5.1 ANALISIS JENIS-JENIS AYAT ( KE BINTAN-TO , A.Samad Ismail )
Dalam kebanyakan bahasa, termasuk bahasa Melayu, jenis-jenis ayat umumnya
dibahagikan kepada empat, bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga
tujuannya. Empat jenis ayat yang dimaksud ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah dan ayat seruan.
5.1.1 AYAT PENYATA
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan mengemukakan
keterangan tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata sering juga disebut ayat
keterangan. Antara ayat penyata dalam cerpen Ke Bintan-To, ialah seperti yang
berikut:
a) Mahmud pulang ke rumah lekas sedikit daripada biasa. (p:1, b:1)
b) Waktu itu, Mahmud jadi seorang kerani besar. (p:10, b:2)
c) Kaumnya dahulu menderita. (p:14, b:1)
d) Dia keluar ke serambi lalu membuka tingkap-tingkapnya. (p:5, b:1)
e) Mereka berlari-lari mendapatkan ayah mereka. (p:8, b:6)
Tambahan lagi, ayat penyata juga ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan
sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.Berdasarkan ayat-ayat yang telah
dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut merupakan ayat penyata
kerana ayat-ayat tersebut menerangkan sesuatu cerita, benda dan kejadian dan lain-
lain.
5.1.2 AYAT TANYA
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat
tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia,
binatang dan sebagainya. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
-
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Dalam cerpen Ke Bintan-To, terdapat beberapa contoh ayat tanya yang
ditimbulkan oleh penulis iaitu :
a) Mana dia Ramlah belum balik-balik lagi? ( p:6, b:1 )
b) Tahukah dan adakah pernah dia susah? ( p:13, b:1 )
c) Apakah pula perasaan dan fikirannya? ( p:15, b:2 )
d) Siapa mahu tanah? ( p:17, b:1 )
e) Mengapa dia belum balik lagi? ( p:19, b:1)
f) Kepada siapa dia hendak diserahkan rumah itu apabila dia berpindah ke Binta
kelak? ( p:24, b:2)
g) Hal anak-anaknya itu bagaimana pula? ( p:24, b:3)
Berdasarkan ayat-ayat tanya yang terdapat dalam cerpen berkenaan, kesemua
ayat tersebut merupakan ayat tanya dengan kata tanya dan tiada ayat tanya tanpa
kata tanya.
5.1.3 AYAT PERINTAH
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang,
mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Perintah ditujukan
kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua. Ayat
perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat
silaan dan ayat permintaan.
Setelah meneliti cerpen Ke Bintan-To, tiada ayat perintah yang saya dapati
dalam cerpen ini.
-
5.1.4 AYAT SERU
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan. Intonasi seruan digambarkan
dalam tulisan dengan tanda seru ( ! ) pada hujung ayat. Kata seru yang sering
digunakan ialah seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya. Setelah
menganalisis cerpen Ke Bintan-To, terdapat beberapa ayat seru di dalamnya iaitu:
a) Ah! katanya dalam hati - entah ria entah sedih. Nasib baik aku ! (p:2, b:4)
b) Ah, nasib baik berjumpa kopi dengan lempeng! . (p:4, b:3)
c) Kali ini tentu dia bersetuju.kalau tidak, aku paksa !
d) Ah, itu alamat bakul berisi ! katanya dalam hati. ? (p:29, b:3)
Ayat seru, tidak banyak digunakan dalam cerpen ini dan kebanyakan ayat seru
ini lebih kepada monolog dalaman.Di samping itu, terdapat juga salah satu daripada
ayat seru tersebut yang tiada kata seru, tetapi dari segi intonasinya menunjukkan ayat
tersebut ialah ayat seru, iaitu ayat ke 3 dalam senarai di atas.
-
5.2 ANALISIS RAGAM AYAT
5.2.1 AYAT AKTIF
1) Mahmud pulang ke rumah lekas sedikit daripada biasa( p:1, b:2)
- Mahmud bertindak sebagai subjek manakala pulang ke rumah lekas sedikit
daripada biasa ialah predikat.
Ayat Aktif
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama
Mahmud
pulang
ke rumah lekas sedikit
daripada biasa
2) Bininya sudah mulai berjual kuih. (p:15, b:3)
- Bininya bertindak sebagai subjek manakala sudah mulai berjual kuih ialah
predikat.
Ayat Aktif
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja Kata Nama
Bininya
sudah mulai berjual
kuih
-
5.2.2 AYAT PASIF
1) Kopinya belum lagi terminum habis; (p:16, b:1)
- Ayat ini merupakan ayat pasif berpelaku dengan kata ganti diri ketiga (-nya)
Contoh ayat aktif:
Dia belum habis minum kopi
2) Tidak disedari olehnya bahawa dia sedang bercakap seorang diri. (p:16, b:4)
- Ayat ini merupakan ayat pasif di mana frasa tidak disedari olehnya merupakan
frasa pasif.
Contoh ayat aktif:
Dia sedang bercakap seorang diri tanpa sedar
5.3 ANALISIS ASPEK TATABAHASA YANG LAIN
Bahan analisis yang dikaji ialah cerpen bahasa Melayu, tidak terdapat unsur-
unsur aspek tatabahasa yang lain seperti penanda kasus, kala, dan unsur keserasian di
dalam cerpen ini.
-
6.0 ANALISIS FRASA KERJA DENGAN
KATA BANTU, FRASA KERJA DENGAN
AYAT KOMPLEMEN DAN UNSUR
KETERANGAN DALAM FRASA KERJA.
-
6.1 FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU
Kata bantu merupakan sejenis perkataan yang bertugas untuk membantu frasa
kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama bagi menimbulkan makna tambahan dari
segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu hadir sebelum kata kerja dan terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Dalam frasa kerja,
kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang
didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu iaitu :
1. Kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja
2. Kata bantu ragam yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.
6.1.1 Kata Bantu Aspek
Kata bantu aspek membantu sesuatu frasa dalam menimbulkan suasana
perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentuk-
bentuk kata bantu adalah seperti telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula
dan belum. Oleh itu, berdasarkan cerpen yang bertajuk Ke Bintan-To, hasil penulisan
oleh A. Samad Ismail, terdapat beberapa ayat yang telah menggunakan kata bantu
aspek bagi menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Berikut merupakan antara
ayat-ayat yang mengandungi kata bantu aspek, antaranya :
1. Matahari sudah condong dan langit kemerah-merahan. (p:1, b:1)
2. Kopinya belum lagi habis terminum; lempeng baru luak sedikit. (p:16, b:1)
3. Mahmud sudah melepas peluang membuka ladang di Geylang Serai. (p:21, b:7)
4. Beratus-ratus orang sedang bekerja menebang pokok -pokok yang sebesar
pemeluk dan antara mereka itu kelihatan dia anak-beranak mengayun kapak
dengan sungguh-sungguh. (p:26, b:2)
Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada
perbuatan itu sudah, sedang mahupun belum dilakukan. Oleh itu, berdasarkan ayat-
ayat yang telah dikenalpasti, semua ayat tersebut telah digolongkan seperti berikut :
-
Kata Bantu Aspek
Sudah Dilakukan Sedang Dilakukan Belum Dilakukan
Matahari sudah
condong dan langit
kemerah-merahan.
Mahmud sudah
melepas peluang
membuka lading di
Geylang Serai.
Beratus-ratus orang
sedang bekerja
menebang pokok yang
sebesar pemeluk dan
antara mereka itu
kelihatan dia anak-
beranak mengayun
kapak dengan
bersungguh-sungguh.
Kopinya belum lagi
habis terminum;
lempeng baru luak
sedikit.
6.1.2 Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam pula adalah satu bentuk kata yang menerangkan atau
menyatakan ragam perasaan yang mempunyai kaitan dengan perbuatan yang
dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan,patut dan mungkin.
Oleh itu, terdapat beberapa kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam
frasa kerja yang dapat dikenal pasti dalam cerpen yang telah dianalisis. Antara ayat-
ayat yang telah dikenal pasti adalah seperti :
1. Dia membalik-balik tanggannya seolah-olah tidak percaya dirinya boleh
mencangkul. (p:25, b:3)
2. Kepada siapa hendak diserahkan rumah itu apabila dia berpindah ke Bintan
kelak? (p:24, b:1)
3. Matanya hendak lelap tetapi ditahan-tahannya. (p:7, b:3)
-
6.2. FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN
Ayat komplemen merupakan ayat yang mengandungi ayat utama yang
dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat
utama.Ayat komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa
dan untuk. Dalam frasa kerja pula, sama ada mengandungi kata kerja transitif atau
tidak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Oleh itu, berdasarkan cerpen Ke
Bintan-To, ayat komplemen yang mengandungi kata kerja dapat dikenal pasti pada
muka surat 10 adalah seperti yang berikut :
Dua minggu kemudian, Berita Malai menyiarkan berita bahawa kumpulan
pertama orang-orang Melayu ke Bintan-to telah selamat tiba di sana dan
antara lain penulis surat khabar itu berkata (p:30, b:1)
Berdasarkan ayat komplemen di atas, kata kerja menyiarkan telah hadir sebelum
kata hubung pancangan komplemen bahawa.Ayat tersebut tergolong dalam frasa
kerja transitif dengan ayat komplemen.Hal ini kerana frasa kerja transitif mengandungi
kata kerja yang mempunyai imbuhan meN- pada sebelum kata hubung pancangan
komplemen tersebut.
Ayat komplemen tersebut juga telah berfungsi sebagai objek tepat kepada kata
kerja transitif selain menjadi pelengkap kepada ayat utama.Terdapat kata kerja transitif
lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya
maksud ayat tersebut lengkap, antaranya;menafikan, menyatakan, menyebut,
menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui,melaporkan, mengesahkan .
6.3 UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA
Bagi menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi, unsur keterangan dalam
frasa kerja telah digunakan yang mana ianya juga berfungsi sebagai kata adverb.Dalam
ayat yang mengandungi susunan ayat biasa, unsur keterangan ini telah hadir selepas
kata kerja.
-
Manakala bagi kata kerja transitif pula, unsur keterangan hadir selepas objek.
Dari segi struktur binaan ayat pula, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama,
frasa adjektif, frasa nama dan frasa adverba. Manakala dari segi makna pula, frasa
keterangan telah dibahagikan kepada lapan kumpulan, iaitu :
1. Keterangan tempat atau arah
2. Keterangan waktu
3. Keterangan cara
4. Keterangan tujuan atau harapan
5. Keterangan alatan
6. Keterangan alat
7. Keterangan penyertaan
8. Keterangan hal
9. Keterangan bagai
-
Oleh itu, berdasarkan analisis teks daripada cerpen yang telah dipilih, terdapat
beberapa ayat yang telah dikenal pasti yang mempunyai beberapa unsur keterangan.
Antaranya adalah seperti jadual yang berikut :
Unsur Keterangan Contoh Ayat
keterangan musabab
Patutkah dia menyalahkan sesiapa atau orang
lainkerana kesusahannya sekarang ini?
(p:13, b:1)
keterangan harapan a. Baharu sahaja pagi tadi Mahmud sendiri
berjumpa dengan Wak Ali di Kebun
Geylang Serai meminta kalau ada ubi kayu.
(p:15, b:3)
b. Mahmud membuka gerobok mencari kalau-
kalau ada lagi baki makanan pagi tadi.
(p:2, b:1)
c. Saya cuma dapat mengucapkan syukur
saja dan saya berazam akan bekerja keras
menolong membanyakkan barang-barag
makanan untuk kaum kita di Syonan.
(p:32, b:2)
keterangan alat Terjumpa olehnya sekeping lempeng dan
secawan kopi sejuk tetapi bertutup dengan
tudung salji. (p:2, b:2)
-
keterangan perbandingan Ayam, itik, angsa dan kambing keluar masuk
dapur rumahnya seolah-olah ia seibu sebapa
dengan anak-anaknya sangat jinak.
(p:27, b:7)
keterangan waktu a. Angin bertiup pada waktu petang sangat
menyegarkan badan yang letih, dan
Mahmud bajunya duduk berehat. (p:5, b:2)
b. Ketika itulah fikirannya ingat kepada masa
yang telah lalupada suatu petang seperti
hari itu. (p:7, b:1)
c. Sebenarnya dia sudah membaca berita itu
berpuluh-puluh kali tadi semenjak dia
membeli surat khabar itu hingga dia sampai
ke rumahnya. (p:18, b:2)
keterangan syarat Kali ini tentu dia setuju..kalau tidak, aku
paksa! (p:22, b:2)
Keterangan hal Memang sudah adat mereka berdua
semenjakmenjadi laki bini kerap berunding
tentang perkara-perkara yang besar yang
menyentuh hal mereka anak-beranak.
(p:19, b:5)
-
Keterangan tempat atau arah a. Ah, waktu itu Mahmud jadi seorang
kerani besar, barangkali sombong
sedikit, dan renggang sikit hidupnya
daripada orang-orang kampung! (p:10,
b:1)
b. Perkakas dan benih diberi percuma
serta RM200.00 wang bantuan daripada
pihak yang berkuasa. (p:17, b:2)
c. Mahmud melompat lalu menjenguk ke
tingkap, melihat bininya tersenyum di
pintu dapur. (p:29, b:1)
Keterangan penyertaan a. Tetapi kali ini, dia tentu bersetuju
dengan aku, kata Mahmud, menatap
lagi berita tadi. (p:22, b:1)
b. Kata Ramlah, Bahau terlampau jauh dan
dia takut bercerai selama-lamanya
dengan sanak-saudara dan sahabat
handai di Syonan. (p:21, b:3)
-
7.0 BIBLIOGRAFI
-
7.1 BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (2006). Sintaksis Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (2008).Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.
Lufti Abas (1985).Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain (1986).Tatabahasa Pegangan. Petaling Jaya: Agensi
Penerbitan Nusantara.
-
8.0 REFLEKSI INDIVIDU
-
8.1 REFLEKSI INDIVIDU
OLEH: Maizatul Elany binti Hasan Basri
Bismillah,
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan
tugasan BMM 3110, Sintaksis Bahasa Melayu. Terdapat banyak pengalaman yang
saya perolehi sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Sejuta penghargaan dan
ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Manap Bin Hamsin dan Tuan Haji Sawpi
kerana dengan segala tunjuk ajar dan penerangan jelas yang telah diberikan, hal ini
sangat membantu saya dan rakan dalam memudahkan proses menyiapkan kerja
kursus ini.
Dalam pelaksanaan projek ini, kami secara berkumpulan dikehendaki
menghasilkan kajian sintaksis iaitu menjelaskan binaan ayat dasar ,binaan ayat
terbitan, dan struktur subjek dan predikat dalam ayat, menghuraikan peraturan hukum
D-M dan kekecualian hukum D-M dan kami juga dikehendaki membuat satu analisis
ayat iaitu menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa yang lain
dalam binaan ayat dan menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan
ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja.
Hasil perbincangan yang baik di antara saya dan rakan, kami dapat menjalankan
kerja kursus dengan baik walaupun terdapat sedikit kekangan dari segi masa, tempat
perbincangan dan juga atas faktor jantina yang membataskan kami untuk mengadakan
perbincangan bersama-sama di blok kediaman dan ditambah pula dengan masalah
kafe IPG yang tutup seketika. Walau bagaimanapun, dengan teknologi yang makin
canggih masa kini, saya dan rakan mengambil keputusan mengadakan sesi
perbincangan di laman sesawang facebook. Hal ini sangat membantu kami dalam
proses menyiapkan tugasan ini. Boleh dikatakan 80% sesi perbincangan diadakan di
laman facebook.
-
Seterusnya, saya dan rakan telah membahagikan tugas bagi memudahkan serta
mempercepatkan proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya dan rakan tidak
menghadapi masalah dalam pembahagian kerja berkumpulan ini. Masing-masing
mendapat tugasan yang sama rata dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Bagi bahagian analisis cerpen, kami mengadakan perbincangan bersama-sama tanpa
membuat pembahagian agar tidak berlaku perbezaan pendapat antara kami.
Setelah menyiapkan tugasan ini, pada pendapat saya, sangat penting untuk
saya menguasai subjek sintaksis ini kerana dengan menguasai bidang ini, saya akan
mudah untuk mengesan kesilapan-kesilapan dalam ayat, kesilapan pada struktur-
struktur ayat, mengetahui mengenai binaan ayat yang betul dan banyak lagi. Malah,
ilmu ini sangat diguna pakai untuk mengajar murid-murid kelak. Jika saya tidak
menguasai bidang sintaksis ini, mungkin akan mengganggu pengajaran saya kepada
murid-murid dan akan menyebabkan makin banyak kesalahan tatabahasa yang
berlaku.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
kelas yang tidak lokek menghulurkan bantuan, menerangkan tatkala tidak memahami
dan lain-lain.
Tidak dilupakan kepada pihak perpustakaan kerana sedikit sebanyak telah
membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun buku-buku
Bahasa Melayu yang terdapat di perpustakaan agak terhad, tetapi turut membantu saya
dan rakan dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan kerja kursus. Diharap,
pihak perpustakaan dapat menambah lagi buku-buku rujukan Bahasa Melayu pada
masa-masa yang akan datang.
Saya juga berasa sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan baik
bersama rakan kumpulan saya iaitu Ameelia dan Faizul yang sangat memberikan
komitmen yang terbaik sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa
pertolongan dari mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
baik dan tepat pada masanya.Jutaan terima kasih diucapkan.
-
Melalui kerja kursus ini, terdapat banyak perkara serta ilmu baru yang telah saya
pelajari. Hal ini menandakan, usaha saya menyiapkan kerja kursus ini tidaklah sia-sia
dan bukan sekadar menaip perkara kosong tetapi melalui kerja kursus ini, saya dapat
mempelajari dan mengetahui banyak perkara terutamanya dalam bidang sintaksis
Segala ilmu serta pengetahuan yang telah saya perolehi ini sangat berguna kepada
saya dan penting sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Dengan ilmu-
ilmu yang saya dapat ini, dapatlah saya mempraktikkannya ketika berada di sekolah
nanti.Hal ini dapat membantu saya dalam mengenalpasti masalah-masalah bahasa
yang dihadapi oleh murid dan mencari jalan penyelesaiannya.
Tambahan lagi, proses menyiapkan kerja kursus ini secara tidak langsung telah
dapat memupuk rasa bertanggungjawab dan komited terhadap tugas sebagai seorang
bakal pendidik.Segala ilmu yang saya dapat semasa menyiapkan tugasan ini bukan
sekadar ilmu sementara ketika saya belajar di sini, tetapi ilmu yang diperolehi ini ialah
untuk digunapakai sewaktu berada di sekolah nanti.Selain itu, kerja kursus ini banyak
membantu saya dari segi cara-cara mencari dan menganalisis maklumat melalui buku-
buku dan dari aspek penulisan kerja kursus berdasarkan jurnal serta melalui
perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah.Ini merupakan satu
pengalaman yang berguna bagi saya di institut ini. Malah, saya juga bersyukur kerana
dapat berkerjasama dengan rakan-rakan saya dengan baik sepanjang proses kerja
kursus ini disiapkan.
Sekian Terima Kasih.
-
8.2 REFLEKSI INDIVIDU
OLEH: Muhamad Faizul bin Mustafa Kamar
Assalamualaikum w.b.t.
Setelah mendapat tugasan Kerja Kursus Projek untuk subjek Sintaksis Bahasa
Melayu, saya bersama ahli kumpulan saya iaitu Maizatul Elany dan mencari bahan
rujukan yang diperlukan. Permulaannya agak sukar kerana kami kekurangan
pendedahan. Walaubagaimanapun, setelah diberi serba sedikit tentang apa yang
diperlukan dalam tugasan oleh guru pembimbing iaitu Encik Manap Bin Hamsin dan Tn
Hj. Sk Mohd Sawpi Bin Lawi agak terperinci dan semestinya lebih memudahkan kami
mencari dan mengumpul maklumat yang diperlukan.
Dalam pelaksanaan projek ini, kami secara berkumpulan dikehendaki
menghasilkan kajian sintaksis iaitu menjelaskan binaan ayat dasar ,binaan ayat
terbitan, dan struktur subjek dan predikat dalam ayat. Menghuraikan peraturan hukum
D-M dan kekecualian hukum D-M.. Selepas itu, kami dikehendaki membuat satu
analisis ayat iaitu menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa
yang lain dalam binaan ayat dan menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja
dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Terdapat pelbagai
saluran dan sumber yang boleh didapati dalam menghasilkan tugasan ini supaya
segala maklumat yang diberikan asli dan tidak diciplak.
Melalui tugasan ini , saya dapat memupuk sikap kerjasama antara rakan sekelas
yang banyak membantu memberi penerangan yang lebih terperinci. Ia juga banyak
memupuk nilai- nilai murni dalam diri contohnya sabar, tekun dan berdisiplin. Melalui
tugasan ini juga, saya dapat meningkatkan kemahiran dan memahami dengan lebih
mendalam tentang sintaksis yang dapat membantu saya di masa akan datang
terutamanya ketika saya bergelar guru nanti.
-
Selain itu juga, tugasan ini dapat memberi banyak idea baru dalam merancang
dan melaksanakan P&P dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Secara
tidak langsung di mana saya akan menghadapi pratikum fasa 1 pada semester ini.
Dari segi pandangan peribadi, saya berasa bertuah kerana diasuh oleh
pensyarah Jabatan Bahasa Melayu yang sangat pakar dalam bidang bahasa dan sudi
memahami masalah anak-anak didiknya.Dorongan dan tunjuk ajar yang tidak putus-
putus membuatkan semangat saya untuk menyelesaikan tugasan projek ini terus
berterus sehingga selesai.Penghargaan juga ditujukan kepada rakan setugas saya,
kerana memberi komitmen 100% sepanjang tugasan ini dijalankan.Walaupun kami
kumpulan yang bersamaan jantina dan kerap mempunyai masalah dalam
membahagikan masa, namun kematangan dan kebijaksanaan rakan setugas saya
mengatasi masalah-masalah tersebut.
Diharapkan tugasan seperti ini dapat diteruskan supaya bakal guru mendapat
pengetahuan tentang sintaksis di dalam pengajaran kelas.Pengetahuan ini amat
berguna bagi merancang pengajaran yang berkesan untuk pelajar. Sebagai
kesimpulan, saya berharap agar segala ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan di
dalam situasi sebenar kelak. Semoga tugasan ini dapat membantu saya menjadi guru
yang cemerlang di masa akan datang.
-
8.3 REFLEKSI INDIVIDU
OLEH: Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee
Tugasan bagi subjek BMM 3110 : Sintaksis Bahasa Melayu telah diterima pada
30 Januari 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu En. Manap bin Hamsin dan encik
SK Mohd Sawpi bin Lawi. Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali
bersama-sama dengan beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang
telah diberikan terutamanya berkenaan dengan sintaksis bahasa Melayu yang bakal
dicari oleh saya dalam melaksanakan tugasan ini.
Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai tiga orang
dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya
apabila dapat berkumpulan dengan rakan-rakan yang banyak memberikan kerjasama
serta komited dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam
mencari sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah
diagihkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan
peranan mereka.
Oleh kerana tugasan BMM3110 Sintaksis Bahasa Melayu ini mempunyai dua
bahagian iaitu kajian sintaksis dan analisis ayat, maka ianya bukanlah semudah untuk
dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering
berbincang bagi mendapat gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi
memudahkan kerja, saya telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin
dicapai secara sama rata dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan.
Saya dan rakan-rakan telah bekerjasama dalam mencari maklumat dan sumber
rujukan yang mampu membantu dalam menyiapkan tugasan tersebut. Oleh kerana sesi
kuliah yang dijalankan oleh pensyarah banyak menggunakan dan merujuk buku
Tatabahasa Dewan (2008) oleh Nik Safiah Karim, maka hampir keseluruhan maklumat
dalam tuagasan ini berdasarkan buku tersebut, di samping mendapat rujukan daripada
buku Sintaksis oleh Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
-
Pada awalnya, masalah yang dihadapi oleh kumpulan saya adalah berkaitan
dengan pemilihan teks untuk digunakan sebagai bahan kajian untuk analisis teks. Hal
ini kerana saya dan rakan-rakan mengalami kekeliruan sama ada mahu menggunakan
bahan artikel biasa untuk dijadikan teks kajian ataupun menggunakan buku-buku ilmiah
yang terkandung teks-teks cerpen.
Bukan itu sahaja, sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak
masalah antaranya berkaitan dengan pengetahuan, kefahaman dan penelitian yang
perlu teliti dan kritikal dalam memahami hukum-hukum dalam kajian sintaksis ayat
bahasa Melayu. Saya mengalami masalah dalam mengenal pasti ayat-ayat
terutamanya dalam mengenal pasti ayat komplemen kata kerja dengan ayat
komplemen kata nama. Hal ini kerana ayat komplemen frasa kerja adalah hampir sama
dengan ayat komplemen frasa nama, cuma yang membezakan mereka adalah ayat
komplemen frasa kerja tidak boleh dipasifkan.
Oleh kerana ahli-ahli kumpulan telah memilih cerpen untuk dijadikan sebagai
teks kajian, maka ayat-ayat di dalam cerpen tersebut kebanyakkan mengalami proses
transformasi dan ayat kompleks serta memerlukan ilmu dan kefahaman yang tinggi
dalam menganalisis teks yang terdapat cerpen tersebut. Walaupun telah merujuk buku-
buku ilmiah seperti Tatabahasa Dewan, namun ianya masih sukar bagi saya untuk
mendapat kefahaman menyeluruh.
Bukan sahaja saya mengalami masalah dalam mendapatkan kefahaman
berkenaan dengan kekeliruan antara ayat komplemen kata kerja dengan ayat
komplemen frasa nama, saya juga turut mengalami kekeliruan dan kecelaruan
maklumat berikutan dengan unsur-unsur keterangan dalam kata kerja. Hal ini kerana,
apabila saya merujuk tatabahasa Dewan Nik Safiah Karim, saya mendapati di bawah
tajuk Ayat Majmuk bab 18 iaitu jenis ayat keterangan, saya mendapati dalam bab
tersebut telah menyatakan bahawa terdapat sembilan jenis keterangan. Namun begitu
apabila saya mula merujuk bab13 iaitu Frasa Kerja saya mendapati hanya ada lapan
jenis keterangan. Keadaan tersebut telah menjadikan saya keliru dalam mengenal pasti
dan mengelompokkan frasa-frasa kata kerja mengikut unsur-unsur keterangan mereka.
-
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya banyak membuat sumber rujukan
dari internet dan telah menggunakan masa semaksimum yang mungkin bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan sintaksis terutamanya
dalam ayat komplemen kata kerja dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Keadaan
semakin sukar apabila sumber rujukan dalam bahasa melayu hampir semua maklumat
yang telah digunakan juga telah menggunakan sumber yang sama iaitu Tatabahasa
Dewan tanpa memberikan penjelasan yang lebih mudah kepada pembaca.
Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus berusaha
dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pembacaan demi
pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat daripada internet mahupun
bahan ilmiah seperti buku Tatabahasa Dewan, Sintaksis oleh Professor Emeritus Dr.
Abdullah Hassan. Dengan merujuk beberapa maklumat lain, terutamanya buku Bahasa
Melayu STPM yang mempamerkan maklumat berkenaan dengan sintaksis dalam
bentuk yang kebih mudah dan ringkas memudahkan kefahaman saya dalam bidang
kajian ayat tersebut.
Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan
berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada
saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman
dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu sintaksis.
Hasil pembacaan daripada pelbagai sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu
yang tidak pernah saya ketahui terutamannya berkenaan dengan ayat komplemen,
unsur keterangan, kata bantu dan sebagainya yang mungkin saya telah terlepas
pandang.
Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten
sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya
berkenaan dengan analisis ayat dalam ilmu sintaksis, malah ianya juga berjaya
membentuk perkembangan diri individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal
ini kerana tugasan yang dikehendaki dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan
bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga
-
perlu dalam kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan
itu tidak terbantut.
Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli kumpulan
yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama dan toleransi
dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah dicapai dalam ahli
kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana dalam kalangan ahli
kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan melakukan penambahbaikkan
sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka.
Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti
kesabaran dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan
kebijaksanaan serta penelitian ayat-ayat secara tajam dan ianya bukanlah sesuatu
yang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana dalam
pengenalpasti ayat memerlukan masa yang agak lama sekiranya berhadapan dengan
ayat kompleks dan ayat majmuk. Hasil usaha dan berkat kesabaran yang tinggi
membuahkan hasil dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Tugasan yang mencabar ini juga berjaya meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran berfikir terutamanya berkenaan dengan kemahiran analisis ayat yang mana
ianya memerlukan daya pemikiran yang kritis dan analitikal dalam mengenal pasti jenis
ayat yang dikenal pasti, terutamanya ayat kompleks yang mungkin asalnya daripada
ayat mudah. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar bahasa Melayu perlu
mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal terutamanya dalam bidang
sintaksis agar murid-murid sedar dan mengenal pasti akan struktur yang betul dalam
sesuatu ayat sama ada betul atau salah, beserta dengan jenis ayat tersebut.
Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka
terhadap peranan saya sebagai guru bahasa melayu yang perlu sentiasa mantap dalam
kemahiran bahasa terutamanya apabila masyarakat mula memerlukan kemahiran guru
bahasa dalam membantu meningkatan literasi mereka. Kemantapan bahasa tersebut
bukan sahaja kefasihan dalam berbicara, sebaliknya ianya juga turut merangkumi
kemahiran guru dalam bidang seperti sintaksis dan morfologi. Keperluan guru dalam
-
memantapkan pengetahuan bahasanya khususnya binaan ayat ini sekaligus dapat
membentuk anak bangsa yang mempunyai keupayaan literasi yang tinggi yang mana
mampu bersaing di persada antarabangsa.
Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah
mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu sintakis dan pengetahuan berkaitan
dengan struktur ayat. Sebagai seorang bakal guru bahasa, saya perlu mengambil tahu
berkenaan dengan ilmu bahasa terutamanya dalam aspek tatabahasa iaitu sintaksis.
Pengetahuan secara menyeluruh berkenaan dengan ilmu tatabahasa yang dihasilkan
oleh sarjana bahasa kita iaitu Nik Safiah Karim dan sarjana bahasa lain perlu difahami
dan dikuasai oleh guru bahasa seperti saya. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan
ini sedikit sebanyak telah berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan
di samping membentuk perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya.
Sekian dan wassalam.
-
9.0 JADUAL PELAKSANAAN
TUGAS
-
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
Tarikh
Perbincangan
Catatan
Penglibatan/ Tanggungjawab
30/01/13
Menerima soalan
tugasan dan taklimat
pelaksanaan tugasan
daripada pensyarah
subjek.
1. Tugasan perlu dihantar
selewat-lewatnya pada
13/3/2013
(Muhd Faizul)
(Ameelia Nazirah)
(Maizatul Elany)
01/02/13
Memahami kehendak
soalan tugasan
1. Membuat pembahagian
tugas untuk setiap ahli
2. Membuat jadual
pelaksanaan tugas dan
tetapan tarikh
3. Penyediaan draf
pertama untuk disemak
dan bertanya pada
pensyarah.
(Muhd Faizul)
(Ameelia Nazirah)
(Maizatul Elany)
-
05/02/13
Mencari maklumat
dari Pusat Sumber
Mencari jurnal yang
bersesuaian untuk
membuat ulasan
kritis.
1. Catatan maklumat
2. Cetakan bahan rujukan
buku ilmiah berkaitan
dengan tugasan.
3. Catatan bibliografi
(Muhd Faizul)
(Ameelia Nazirah)
(Maizatul Elany)
08/02/13
Mencari maklumat
dari internet
1. Catat bahan rujukan
2. internet dan cetakan
3. bahan rujukan
4. Catatan bibliografi
5. Menaip bibliografi
6. mengikut format APA.
(Muhd Faizul)
(Ameelia Nazirah)
(Maizatul Elany)
15/02/13
Menyediakan draf
pertama untuk
disemak
1. Menyusun maklumat
yang telah diperolehi
mengikut kehendak
soalan.
(Muhd Faizul)
(Ameelia Nazirah)
-
2. Menunjukkan isi-isi
penting yang telah
diperolehi.
(Maizatul Elany)
05/03/13
Mengumpulkan
tugasan-tugasan
individu
1. Berkolaborasi dengan ahli-
ahli kumpulan.
(Muhd Faizul)
(Ameelia Nazirah)
(Maizatul Elany)
11/03/13
Proses membaiki
draf dan pemurnian
hasil kerja
1. Membetulkan rangka
kerja mengikut semua
komen yang dibuat oleh
pensyarah pembimbing
2. Membetulkan
ejaan,penulisan rujukan
dan penjilidan hasil
kerja.
(Muhd Faizul)
(Ameelia Nazirah)
(Maizatul Elany)
-
13/03/13
Menghantar tugasan
lengkap kepada
pensyarah
pembimbing
Diterima dan direkodkan
(Muhd Faizul)
(Ameelia Nazirah)
(Maizatul Elany)
-
10.0 BORANG KOLABORASI
-
11.0LAMPIRAN