Download - Bahan bantu mengajar
1.1 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
1.1.1 Definisi Bahan Bantu Mengajar
Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran . Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda
yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan
dan sebagainya .
1.1.2 Kategori dan Penjenisan Bahan Bantu Mengajar
Terdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu ;
i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik
ii) Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
iii) Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman
Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1.Papan tulis atau papan hitam
Papan hitam merupakan bahan asas dalam pengajaran. Digunakan untuk
mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar.
2.Buku teks
Buku teks merupakan alat bantu mengajar yang dikarang khusus oleh
beberapa orang penulis dan pengarang. Digunakan secara meluas dan merupakan
sumber utama pengajaran dan latihan
3.Papan Pamer
Dikenali sebagai papan buletin. Papan pamer ini ialah sumber pangajaran
yang produktif. Selain itu, ia juga dapat memperkenalakan idea baru, memberi
maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata,
merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai
serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
4.Fail tegak dan bahan bacaan
Fail tegak ini terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan
bukan buku. Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau
buletin, poster, carta, peta, gambar skrip dan sebagainya. Fail ini disimpan sebagai
koleksi fail dalam kabinet fail. Selain itu, fail tegak dapat menambah dan
mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber
sekolah atau bilik darjah
5.Gambar
Gambar digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar
ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
6.Kad imbasan atau kad cantuman
Kad imbasan atau kad cantuman ini terdiri daripada kata-kata atau rangkai
kata. Alat bantu mengajar ini akan dapat memperkenalkan perkataan-perkataan
baru. Oleh itu, ianya sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah.
7.Carta
Carta merupakan satu susunan maklumat yang sistematik. Mengandungi
huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata,
simbol dan lukisan.
Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah :
a.Carta flip/selak
b.Carta pusing
c.Carta aliran
d.Carta graf
e.Carta pai
f.Carta tunggal
8.Grafik
Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau
lebih keterangan visual. Grafik akan dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan
pemahaman pelajarannya.
9.Papan pengajaran
Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang
pelajar. Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai
daya komunikatif dan dapat memotivasikan pelajar.
Jenis papan pengajaran
a.Papan buletin
b.Papan kenyataan
c.Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel
d.Papan putih
e.Papan magnet
f.Papan selit
g.Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa
h.Papan poket
i.Papan sorong tarik
10.Model
Model merupakan satu bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar.
Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu
berfungsi. Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam
atau plaster of Paris.
Jenis model terbahag kepada tiga iaitu :
a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan
sebenar
b.Model potongan-keratan
c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu
11.Boneka
Boneka merupakan satu objek yang berbentuk orang, binatang ataupun
tumbuh-tumbuhan. Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog.
Boneka biasanya diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman
12.Diorama
Diorama merupakan sebuah rekabentuk gabungan bahan-bahan sebenar,
patung dan model diletakkan dalam satu susunan. kedudukan seperti keadaan
sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi
Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik
1.Overhead projektor (OHP )
Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah
kuliah.Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu
maklumat yang dimuatkan ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)
2.Trasparensi
Terdapat banyak kebaikan menggunakan trasparensi. Antara kebaikan
menggunakan trasparensi ialah ianya boleh disediakan dalam bentuk warna supaya
memberi penegasan dan menarik perhatian, memberi keselesaan semasa
penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal, boleh digunakan
berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik dan trasparensi juga bersih
berbanding papan kapur
Cara penyediaan trasparensi :
i-Kaedah tetingkap
ii-Kaedah singkapan
iii-Kaedah tindihan
iv-kaedah pusing
v-kaedah urutan
vi-kaedah tampalan
3.Pita slaid ( Filem slaid )
Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi
positif berukuran kecil Sangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya
dalam pengajaran Biologi. Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri
slaid. Pita slaid dapat menarik perhatian pelajar dan dapat menggambarkan
keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas. Isi kandungan
persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubah dan
ditambah.
4.Radio
Radio sangat sesuai untuk pengajaran bahasa. Siaran-siaran radio
pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan.
5.Televisyen dan VCR
Alat bantu mengajar ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan
deria pandang dan dengar. Selain itu, dapat memodenkan pendekatan guru-guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
6.Filem tayangan /Filem jalur
Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui
deria penglihatan dan pendengaran. Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk
cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari .
7.Komputer
Komputer merupakan alat bantu mengajar yang boleh diprogramkan untuk
mengajar. Komputer dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi
sebagai bahan pengajaran. Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah,
soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan sebagainya.
Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar
Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan
projek pameran. Ianya dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan
pemahaman kerana melibatkan pelajar-pelajar secara langsung.Bahan daripada
alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi
Realia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:
i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya
iii-tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
iv-benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.
Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secara
nyata dan semulajadi