Download - assingment sej usm

Transcript
Page 1: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Kenapakah sumber sejarah sangat penting dalam penulisan sejarah?

Bincangkan secara kritis.

Pendahuluan

Istilah sejarah memiliki 3 (tiga) makna, iaitu sejarah sebagai peristiwa masa lampau,

sejarah sebagai kisah tentang masa lampau, dan sejarah sebagai ilmu tentang masa lampau.

Atau dengan kata singkat, sejarah bererti sejarah sebagai peristiwa, sejarah sebagai kisah, dan

sejarah sebagai ilmu 1

Sejarah sebagai peristiwa atau kejadian sama ertinya dengan “geschichte” dalam bahasa

Jerman yang berasal dari kata “geschehen” yang bererti pula telah terjadi atau kejadian, yang

sama pula ertinya dengan “res gestae” dalam bahasa Latin (Collingwood, 1956) yang

bermakna hal-hal yang telah terjadi.

Sejarah dalam pengertian sejarah sebagai peristiwa memiliki sifat atau ciri-ciri

”einmalig” dan unik. ”Einmalig” bererti sekali terjadi. Setiap peristiwa hanya sekali terjadi dan

tidak akan pernah terulang kembali. Sedang sifat unik menunjuk sebagai peristiwa satu-satunya

yang bererti tidak ada duanya. Maka peristiwa sejarah sentiasa bersifat khusus. Sejarah dalam

pengertian ini adalah sejarah dalam pengertian objektif, ertinya sejarah sebagai peristiwa itu

adalah sesuai dan sama dengan yang ada dalam alam.

Jika kita renungkan agak mendalam, kita akan menyedari bahawa sejarah sebagai

peristiwa sebenarnya sudah tidak ada lagi. Peristiwa atau aktiviti di masa lampau itu pada

dasarnya telah lenyap ditelan waktu. Yang masih ada sebenarnya tinggal cerita atau kisah-nya

saja. Ialah cerita atau kisah peristiwa aktiviti manusia di masa silam atau lampau. R.G.

Collingwood (1956) menyebutnya sebagai ”rerum gestarum” (kisah dari peristiwa yang telah

terjadi). Sejarah sebagai kisah adalah sejarah dalam pengertian subjektif. Sejarah sebagai kisah

adalah rekaan hasil rekonstruksi manusia. Tentu saja sejarah sebagai rakaman peristiwa masa

lampau itu tidak sama dengan peristiwanya itu sendiri.

1Nugroho Notosusanto, 1984. Hudjan Kepagian , Jakarta: Balai Pustaka,h 10

JMS 101 Pengantar Sejarah 1

Page 2: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Pengertian Sumber Sejarah

Sejarah sebagai peristiwa yang terjadi pada masa lampau, dapat diungkap kembali oleh

para ahli sejarah berdasarkan sumber-sumber sejarah yang dapat ditemukan. Meskipun

demikian, tidak semua peristiwa masa lampau dapat diungkap secara lengkap kerana

terbatasnya sumber sejarah.

Dalam usaha untuk menganalisa kegunaan dan keterbatasan penggunaan sumber-

sumber yang tidak bertulis , kita seharusnya mengetahui dahulu takrif sumber . Sumber

merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan .

Sumber berbeza dengan ilham kerana sumber tidaklah bersifat abstrak ataupun spontan tetapi

sumber boleh dirujuk semula apabila diperlukan . Sumber juga dikatakan sebagai sekumpulan

bahan yang tersimpan di arkib , perpustakaan , muzium , istana dan sebagainya dan boleh

digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam semua bidang keilmuan.2

Sumber dari segi sejarah pula , bermaksud punca , dokumen atau rekod . Sumber

sejarah juga diertikan sebagai bahan bertulis dan bercetak . Namun ia dianggap sebagai

pendapat yang sempit kerana masih banyak lagi sumber-sumber lain yang tidak dalam bentuk

bertulis .

Sumber tidak bertulis ini adakalanya dianggap sebagai sumber utama atau primer

apabila ia belum diolah dan berkeadaan asli seperti fahaman Arthur Marwick yang mungkin

terdiri daripada sumber bertulis atau tidak bertulis , Gottschalk pula berpendapat sumber

primer itu ialah apabila adanya seseorang yang mengalami sendiri sesuatu peristiwa itu yang

mungkin boleh diertikan sebagai sumber lisan . Apapun tafsiran mereka , jelaslah disini

bahawa samada pendapat Marwick atau Gottschalk betul atau tidak , mereka mengakui sumber

bukan bertulis mempunyai peranan dan wibawa tersendiri dalam usaha menghasilkan sesebuah

penulisan

Ditinjau dari wujudnya, secara umum sumber sejarah dibezakan menjadi dua, iaitu:

sumber primer dan sumber sekunder.

2 Muhd. Yusuf Ibrahim.2000.Ilmu sejarah: falsafah, pengertian, dan kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.:Kuala Lumpur. Hlm 15

JMS 101 Pengantar Sejarah 2

Page 3: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

1.Sumber primer

Sumber Primer adalah sumber yang berkaitan langsung dengan peristiwa yang

diceritakan. Sumber primer ini dapat berupa kesaksian langsung dari pelaku sejarah (sumber

lisan), dokumen-dokumen, naskah perjanjian, arkeb (sumber tertulis), dan benda atau

bangunan sejarah atau benda-benda arkeologi (sumber benda).Dengan ringkas bolehlah

disimpulkan bahawa Sumber primer merupakan dokumen yang mempamerkan idea asal yang

belum ditapis. Dokumen ini wujud dari rekod asal penyelidikan individu atau kumpulan.

Ciri-ciri sumber primer

• Penemuan baru

• Pengetahuan baru

• Interpretasi baru

• Maklumat sukar dikesan

• Kedudukan maklumat berselerak

• Maklumat jarang diterbitkan

Contoh sumber primer

• Perjanjian

• Surat menyurat

• Fail syarikat

• Diari

• Lukisan asal

• Manuskrip

• Temuramah

• Tesis

• Paten

• Kertas kerja

• Penyelidikan

JMS 101 Pengantar Sejarah 3

Page 4: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

a.Sumber lisan

Sumber lisan ialah suatu bentuk sumber yang sudah lama wujud . Sumber lisan sudah

wujud semenjak pemikiran dan kebudayaan manusia mulai berkembang . Sumber lisan juga

wujud seiring dengan perkembangan bahasa dan pertuturan manusia yang masih belum tahu

menulis .

Sumber lisan ialah suatu bentuk pertuturan dan perkhabaran seseorang tentang sesuatu

peristiwa . Sumber lisan biasanya tidak dirakam oleh si pencerita , sebaliknya hanya

bergantung kepada ingatan dan pemahamannya sahaja .

Sumber lisan ini boleh sahaja terdiri dalam dua kategori sumber , samada sumber utama

atau primer dan sumber kedua atau sekunder . Sumber lisan berada dalam kategori primer

apabila seseorang yang dijadikan rujukan itu menceritakan pengalaman dan pandangan sebenar

sesuatu peristiwa yang mana dia turut ada dan terlibat dalam peristiwa itu . Jika pencerita

hanya menceritakan kepada khalayak , ia adalah sumber lisan tetapi jika pencerita menulis dan

merakamnya , ia sudah berubah bentuk menjadi sumber bertulis dan sumber multimedia .

Sumber lisan dalam kategori sumber kedua pula ialah apabila terdapat penceritaan

daripada orang yang tidak mengalami sendiri peristiwa itu , sebaliknya hanya menceritakan apa

yang didengarnya dari orang lain .

Sumber jenis ini juga berkait rapat namun berbeza dengan konsep tradisi lisan yakni

sesuatu warisan yang disampaikan secara lisan secara turun temurun dan sengaja tidak

direkodkan walaupun mereka tahu membaca dan menulis .

Sumber lisan berguna dan memainkan peranan penting kepada golongan yang tidak

dibenarkan merekod dan menulis sesuatu berkaitan dengan adat dan warisan mereka . Hal ini

juga lazimya dipanggil sebagai tradisi lisan iaitu sesuatu perkara itu memang sengaja

diperturunkan dari suatu generasi ke generasi yang lain melalui kaedah lisan dan tidak

direkodkan walaupun mereka tahu menulis dan membaca .

Ianya mungkin untuk memelihara kerahsiaan sesuatu warisan dan mengelakkannya dari

diketahui oleh orang lain jika ianya direkodkan . Jika inilah situasinya , jelas sekali terlihat

JMS 101 Pengantar Sejarah 4

Page 5: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

kepentingan dan kegunaan sumber lisan sebagai penerus tradisi dan warisan . Dalam tradisi

lisan ini , sumber lisan dilihat sebagai sumber yang harus diterima bulat-bulat dan dipercayai

kesahihannya kerana ianya adalah suatu sumber yang mutlak dan tidak dapat dipertikaikan lagi

melalui kritikan sumber baik dari segi eksternal mahupun internal .

Sebagai suatu contoh , suku kaum Narum di Sarawak yang mengambil sumber lisan

sebagai sumber mutlak dalam meneruskan tradisi lisan kaum mereka tanpa adanya sumber-

sumber lain untuk dibandingkan . Mereka mempelajari adat dan warisan keturunan semata

mata daripada penceritaan orang-orang tua melalui tradisi lisan yang diamalkan itu . Mereka

menerima ajaran dari oran-orang tua mereka tanpa banyak persoalan dan pertimbangan .

Dalam situasi sebegini , jelas terlihat akan kepentingan sumber lisan yakni satu-satunya sumber

yang ada untuk mereka memahami dan mewarisi budaya kaum mereka yang tidak boleh

digantikan dengan sumber bertulis .

Sumber lisan juga berperanan sebagai suatu kaedah untuk pengkaji dan pembaca

sejarah menilai sejarah dengan lebih mendalam . Kepentinganya terlihat apabila kita membaca

sesuatu karya sejarah dan merasakan bahawa seolah-olah terdapat sesuatu fakta yang cuba di

sembunyikan atau merasakan karya penulis itu kurang lengkap . Jika tiada karya-karya lain

untuk dirujuk dan dipertimbangkan , maka kita boleh merujuk kepada seseorang yang arif

dalam peristiwa tersebut tetapi tidak menulis berkenaan peristiwa itu . Pendapat dan

penceritaan daripada pencerita itu , sudah menjadi sumber lisan yang pasti akan membantu kita

memahami dan mendapat gambaran sejarah dari sudut yang berbeza .

Dengan merujuk kepada sumber lisan primer juga , mungkin kita akan dapat

mengetahui peristiwa-peristiwa yang tidak atau belum diceritakan dalam mana-mana karya

sejarah .Sumber lisan juga secara tidak langsung dapat mengesahkan kenyataan-kenyataan

yang dimuatkan didalam buku dan dapat menampung kekurangan sumber-sumber lain dalam

sesuatu proses pensejarahan .

b.Sumber tulisan

JMS 101 Pengantar Sejarah 5

Page 6: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Sumber tulisan adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh

melalui dokumen, naskah, dan rakaman suatu kejadian. Sumber tertulis merupakan sumber

sejarah yang paling baik. Sumber sejarah yang paling penting sebagai sumber penulisan

sejarah adalah sumber sejarah tertulis (historical written sources). Zaman Sejarah dimulai

setelah orang mengenal tulisan.

Tulisan merupakan awal peradaban dan kemajuan intelektual. Melalui tulisan proses

pewarisan kebudayaan, peradaban, dan teknologi menjadi lebih terjamin. Kesinambungan

sejarah lebih dimungkinkan. Melalui tulisan gagasan, pemikiran, konsep-konsep berserta

kemampuan seseorang dapat diwariskan, diteruskan, dan diabadikan dari generasi ke generasi.

Bahaya lenyapnya peradaban dan teknologi suatu generasi dapat diperkecil. Dengan tulisan,

fungsi sejarah sebagai saranan konservasi kebudayaan, peradaban, dan teknologi suatu bangsa

dapat dijamin.

Sebahagian besar sumber sejarah tertulis dalam dalam bentuk dokumen. Pengertian

dokumen, di satu pihak diertikan sebagai sumber tertulis, untuk membedakan dengan kesaksian

lisan, artefak, di lain pihak lebih diertikan sebagai bentuk surat-surat rasmi Negara seperti

surat-surat perjanjian, undang-undang, konsesi-konsesi, dan laini-lain. Oleh sebab itu

kemudian dokumen dibezakan menjadi dokumen rasmi dan dokumen pribadi. Kriteria rasmi

dikaitkan dengan otoriti pemerintah atau Negara.

Berbagai jenis dokumen yang menjadi sumber aneka informasi sejarah 3 adalah sebagai berikut

(Dokumen perjanjian)

3 Gottschalk, Louis A.; Gleser, Goldine C. 1969. Measurement of Psychological States Through the Content Analysis of Verbal Behaviour. Univ. of California Press.h 91-117

JMS 101 Pengantar Sejarah 6

Page 7: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

a. Rekod Sezaman

Yang dimaksud dengan rekod sezaman (contemporary records) adalah dokumen yang mencatat

instruksi mengenai transaksi tertentu. Dokumen ini disusun dengan maksud sebagai arkeb.

Perbezaan kredibiliti dokumen ini ditentukan oleh jarak waktu ditulis, tujuan, sifat konfidensial

isinya. Termasuk dokumen rekod sezaman ini adalah :

(1) Instruksi dan Perintah

Dokumen instruksi dan perintah ini dapat berbentuk suatu perintah serangan, order perusahaan,

dan lain-lain.

(2) Rekod Stenografis, Sonografis dan fotokopi

Termasuk bentuk dokumen ini adalah rekod-rekod stenografis, sonografis atau fotokopi dari

kegiatan-kegiatan penghakiman, lembaga sosial, panitia tertentu, administrasi atau pengurusan

pentadbiran, pendidikan, siaran radio dan siaran televisen, pidato dan lain-lain. Rekod

dokumen ini kemudian akan diulang, diperbetulkan, dan diterbitkan. Kualiti kebenaran dan

kejujuran isinya dapat diuji dengan alat-alat uji yang lain.

(3) Surat-surat Niaga dan Hukum

Dokumen ini dapat berbentuk rekod, jurnal, surat pajak, surat badan hukum, surat wasiat,

perjanjian sewa-menyewa mengenai perusahaan atau lembaga penghakiman atau peguam

(4) Buku Catatan Pribadi atau Memorandum

JMS 101 Pengantar Sejarah 7

Page 8: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Buku catatan dan memorandum orang terkemuka ini berisi catatan atau memorandum peribadi

mengenai yang harus dilakukan bagi banyak orang, misalnya janji pertemuan, konsep yang

harus disampaikan, gagasan-gagasan yang harus dimasukkan dalam pidatonya, dan kata-kata

mutiara yang senang diingat, dan lain-lain. Dokumen ini memiliki kadar kredibiliti yang tinggi.

(1) Berita Resmi Militeri dan Diplomatik

Dokumen ini termasuk dokumen laporan konfidensial yang paling kredibel.

(2) Jurnal dan Buku Harian

Oleh sifatnya yang spontan , maka jenis dokumen ini termasuk sangat kredibel.

(3) Surat-Surat Pribadi

Sama seperti jurnal dan buku harian, maka surat-surat peribadi memiliki sifat spontan dan

intim juga, maka mutu kredibilitinya cukup tinggi pula. Namun dokumen ini kurang

mengandung kesaksian (witness) peristiwa fakta dan biasanya lebih dimaksudkan untuk

memberi kesan-kesan tertentu. Oleh sebab itu sebagai sumber sejarah kualitinya rendah.

(Surat Wasiat Peribadi)

c. Laporan-Laporan Umum

JMS 101 Pengantar Sejarah 8

Page 9: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Laporan umum (public reports) ini ditulis lebih ditujukan kepada kebanyakan orang atau orang

umum, oleh sebab itu penulisannya disertai banyak pertimbangan. Maka mudah difahami

apabila jenis dokumen ini taraf kredibilitasnya lebih rendah dibandingkan dengan laporan

konfidensial. Termasuk dokumen laporan umum (public reports) adalah :

(1) Laporan dan Berita Surat Khabar

Laporan ini ditulis oleh wartawan ditujukan kepada masyarakat serta dengan jarak waktu tulis

relatif singkat dengan peristiwa terjadinya, maka di antara jenis laporan umum (public reports)

laporan dan berita surat khabar dipandang paling kredibel. Kredibiliti surat khabar dapat dinilai

pula dari reputasi surat khabar itu serta lembaga wartawan yang menerbitkannya.

(2) Memoir dan Otobiografi

Dokumen ini juga memiliki sifat sebagai laporan umum. Akan tetapi dalam hendak

menggunakan dokumen ini sebagai sumber sejarah perlu kiranya dikaji mana yang memang

memenuhi persyaratan sebagai sumber sejarah dan mana pula yang memang hanya bersifat

peribadi.

d. Dokumen Pemerintah dan Kompilasi

Seringkali dokumen Pemerintah bukanlah merupakan sumber primer, melainkan berupa

kompilasi dari berbagai laporan yang disusun oleh kompilator. Namun apabila dokumen-

dokumen itu merupakan laporan mengenai berbagai risalah instansi pemerintah, undang-

undang, dan peraturan, jelas harus dipandang sebagai dokumen sumber primer.

JMS 101 Pengantar Sejarah 9

Page 10: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Beberapa bentuk dokumen ini adalah :

(1) Risalah Instansi Pemerintah

Bila dokumen ini merupakan hasil rekod stenografis, fonografis, dan fotokopi haruslah

dipandang sebagai sumber primer. Namun apabila tidak demikian perlu dikaji lebih jauh.

(2) Undang-undang dan Peraturan

Kompilasi-kompilasi rasmi dari undang-undang dan peraturan bukan saja merupakan sumber

primer, namun isinya sering juga menggambarkan inferensi motif dan perasaan yang ada di

latarbelakangnya.

e. Pernyataan Opini

Tajuk rencana, esei, pidato, brosur, dan surat kepada redaksi, serta public opinion poll, dan

lain-lain adalah sangat berharga bagi sejarawan, karena dokumen-dokumen semacam itu

merupan sumber-sumber yang terbaik bagi opini yang ingin diungkapkan.

f. Fiksi, Nyanyian, Puisi, Folklore, Legenda, dan Pepatah

Dokumen-dokumen ini memiliki pula makna historis, karena (1) mengungkapkan rasa suka

dan duka, (2) memberikan nuansa lokal dan lingkungan tertentu, (3) seringkali pula

JMS 101 Pengantar Sejarah 10

Page 11: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

mengungkapkan nilai-nilai moral masyarakat sekitar, serta mampu merefleksikan suasana

kultural dan jiwa sezaman (zeitgeist)-nya. Sumber sejarah jenis ini sangat bermanfaat guna

mengutuhkan sejarah kemanusiaan (human history). Sejarah perjuangan bangsa kita memiliki

khazanah sumber sejarah jenis ini yang sangat kaya.

c.Sumber benda

Sumber benda adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh

melalui benda-benda peninggalan. Fosil, alat-alat atau benda-benda budaya (kapak, tombak,

gerabah, perhiasan, manik-manik, dan sebagainya), tugu peringatan, bangunan, dan sebagainya

merupakan peninggalan sejarah yang sangat penting, terutama bagi masyarakat pra-aksara.

Sumber artifak ini ialah suatu bentuk sumber yang biasanya jauh daripada zaman

sejarah dan selalunya sumber-sumber sebegini mengambarkan kebudayaan dan cara hidup

zaman pra sejarah yang mana pada zaman pra sejarah ini langsung tiada sumber mentah yang

bertulis.

Namun sumber artifak tidak semestinya ialah sumber dari zaman yang terlalu tua

semata-mata . Setiap sumber yang dapat dilihat , disentuh , dan bersifat nyata lazimnya adalah

sumber artifak . Cuma dalam konteks kajian sejarah , sumber artifak ini biasanya memang

sudah berusia dan paling tua jika hendak dibandingkan dengan sumber bertulis , lisan dan

multimedia .

JMS 101 Pengantar Sejarah 11

Page 12: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Pengkaji-pengkaji yang mengkaji sumber-sumber sebegini lazimnya digelar ahli

arkeologi . Sumber-sumber artifak ini biasanya terdiri daripada tinggalan-tinggalan objek masa

lampau seperti senjata , barangan kesenian seperti tembikar , pakaian seperti tekstil-tekstil ,

patung-patung , batu nisan , bangunan dan pelbagai objek lagi . Bahkan , sumber artifak atau

arkeologi ini juga boleh terdiri daripada rangka badan manusia dan haiwan , sisa-sisa makanan

dan sebagainya .

Sumber artifak ini dianggap sebagai sumber primer yakni sumber mentah yang belum

diolah dan diinterpretasi oleh mana-mana pengkaji . Dengan sifatnya yang nyata dan dapat

diuji secara fizikal , sumber sebegini dianggap sebagai suatu bentuk sumber yang kuat dan

jelas .

JMS 101 Pengantar Sejarah 12

Page 13: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Melalui sumber artifak ini , kita dapat melihat kekuatan dan kewibawaanya dalam

mengesahkan sesuatu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengkaji lain 4.

Sumber artifak bersifat nyata.Ianya boleh digalicari , diukur dan sebagainya . Bahasa

mudahnya , dengan sumber artifak , kita dapat menyentuh dan melihat sesuatu dari pelbagai

sudut dan keadaan .

Ini membantu kita melihat sesuatu yang mungkin kita tidak dapat perhatikan jika

merujuk sumber-sumber bertulis semata-mata . Lebih banyak hipotesis-hipotesis dapat dibuat

apabila kita berhadapan sendiri dengan sumber tersebut . Pertimbangan untuk membuat

kenyataan yang lebih tepat adalah lebih banyak . Inilah kekuatan sumber artifak yang harus

kita akui.

Apabila kita hanya merujuk sumber bertulis tanpa melihat sumber-sumber artifak untuk

semakan dan kritikan, tidak mustahil kita akan terikut-ikut dengan pendapat orang lain .

Bukanlah maksudnya untuk kita membuang terus semua rujukan bertulis , tetapi jika itu sahaja

sumber rujukan kita , tidak mustahil kita akan mempercayai dan mengimani sesuatu yang salah

4 Ahmad Abd Kadir.1987. Sejarah lisan:Satu penyelidikan sejarah.dalam buletin No.16. Arkib Negara Malaysia:Kuala Lumpur.Hlm 17.

JMS 101 Pengantar Sejarah 13

Page 14: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Sebagai contoh , ada seorang pengkaji arkeologi didalam blognya menyatakan salah

satu candi di Lembah Bujang itu sebenarnya adalah Masjid . Ini kerana katanya , monumen itu

lengkap dengan mihrab yang mengadap kiblat . Baginya monumen itu adalah bukti baru yang

menunjukkan kedatangan Islam berlaku lebih awal sebelum penemuan Batu Bersurat di

Terengganu lagi .

Namun kenyataan itu dinafikan oleh seorang ahli arkeologi dari Institut Alam Dan

Tamadun Melayu (ATMA) , Universiti Kebangsaan Malaysia , Dr. Asyaari Muhammad , yang

pernah membuat penyelidikan di tapak itu . Beliau menyatakan bahawa candi itu tetap candi

yang sebenarnya dan bukan Masjid kerana disekeliling tempat yang dikatakan Masjid itu

penuh dengan arca-arca dan candi-candi yang sezaman dengan monumen yang dikatakan

Masjid itu . Adalah mustahil ditengah-tengah kawasan candi Hindu dan Buddha yang begitu

banyak , terbinanya sebuah Masjid didalam period masa yang sama .

Disini kita dapat melihat proses kritikan sumber dengan merujuk sumber artifak nyata dapat

menghalang kita terikut-ikut dengan ghairah berkenaan apa sahaja hasil tulisan pengkaji

terdahulu . Kita dapat menyemak dan membuat penilaian sendiri melalui sumber artifak .

JMS 101 Pengantar Sejarah 14

Page 15: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Sumber Multimedia pula ialah suatu bentuk sumber hasil kemodenan teknologi dan

berada ditengah-tengah sumber lisan dan artifak . Malah , adakalanya dalam bentuk sumber

bertulis . Jika sumber lisan ialah sumber yang dipertuturkan oleh si pencerita kepada seseorang

secara langsung dan berhadapan . Sumber multimedia pula wujud sekiranya percakapan itu tadi

dirakamkan melalui pita rakaman , video dan lain-lain alat perakam .

Sumber asal akan berubah apabila ianya sudah dirakam kerana bentuk dan kaedah

memperolehinya juga telah berubah . Jika sumber lisan memerlukan kita berjumpa sendiri

dengan seseorang untuk menemuramah , sumber multimedia memadai jika kita mencari

rakaman sesuatu temuramah dan merujuknya menggunakan alat-alat bantuan seperti pemain

video .

Kegunaan utama sumber multimedia ialah sebagai satu alternatif untuk para pengkaji

mendapatkan sumber-sumber sukar diperolehi . Sebagai contoh , untuk menemubual seseorang

tokoh penting yang sudah meninggal dunia misalnya , sudah pastinya ia suatu yang mustahil ,

tetapi penyelidikan perlu diteruskan dan tiada pula sumber yang bertulis , maka kita dapat

merujuk kepada rakaman yang mungkin pernah dibuat berdasarkan temubual dengan tokoh

yang telah meninggal dunia itu .

Sebagai contoh , dengan adanya sumber multimedia , kita dapat mengkaji beberapa

aspek daripada sejarah kemerdekaan Malaysia melalui rakaman temuramah dengan Almarhum

Tunku Abdul Rahman Putra ketika hayatnya . Temuramah itu tidak pernah diterbitkan samada

secara bertulis atau dalam lain-lain bentuk . Disinilah dapat kita lihat kegunaan dan

kepentingan sumber multimedia dalam membantu memudahkan sesebuah penyelidikan .

Selain itu , sumber multimedia juga dapat membantu menjimatkan masa dan kos

kajian . Sebagai contoh , jika kita ingin mengkaji tentang bentuk-bentuk tinggalan arkeologi di

Padang Lawas di Indonesia , tidak semestinya kita perlu ke Padang Lawas untuk melihat

bentuk-bentuk tinggalan arkeologi di situ , kita boleh sahaja melihat gambar-gambar yang

sudah dirakamkan oleh penyelidik terdahulu . Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu

memudahkan kajian yang kita lakukan .

JMS 101 Pengantar Sejarah 15

Page 16: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Sumber multimedia juga berperana penting apabila misalnya , kita ingin merujuk

bagaimanakah rupa masyarakat Orang Asli pada abad ke-19 , membaca imaginasi penulis

dalam tulisannya iaitu sumber bertulis semata-mata pasti akan menyebabkan kita sukar untuk

mendapat gambaran yang sekurang-kurangnya hampir tepat . Tetapi apabila kita merujuk

sumber multimedia dalam bentuk gambar-gambar Orang Asli yang dimuatkan dalam buku

Isabella Bird misalnya , pemahaman dan penelitian kita akan lebih menyeluruh dan tepat .

Peristiwa istiadat kemerdekaan misalnya juga , dapat kita melihat bagaimana ramainya

rakyat yang memenuhi Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 itu . Kita juga dapat melihat

bagaimana pakaian kerajaan yang dipakai oleh Tunku Abdul Rahman selaku ketua menteri

yang dikatakan baru direka cipta . Kita juga dapat melihat bagaimana gelagat Raja-Raja

Melayu apabila berhadapan dengan wakil Queen Elizabeth pada istiadat itu . Gambaran-

gambaran sebegini tentulah sukar untuk dihayati jika kita sekadar merujuk sumber-sumber

bertulis semata-mata tanpa melihat sumber-sumber multimedia .

Disinilah dapat kita lihat kepentingan dan kegunaan sumber multimedia dalam

membantu kita untuk mendapat gambaran yang yang lebih jelas dan menyeluruh dalam

menjalankan penyelidikan sejarah yang baik .

2. SUMBER SEKUNDER

Sumber sekunder merupakan dokumen yang disusun dan diterbitkan semula

dalam bentuk yang berlainan berdasarkan dokumen dari sumber primer. Kita telah

mengetahui bahawa data sekunder adalah data sedia ada. Ia terdiri daripada buku-buku

statistik, penerbitan oleh kerajaan, swasta atau persendirian, data sedia ada dari penyelidik

terdahulu serta rekod-rekod di perpustakaan atau laman-laman web dalam industri

teknologi maklumat terkini. Data sekunder adalah data yang dikutip bukan bertujuan untuk

menyelesaikan masalah dalam tangan tetapi untuk tujuan sebaliknya.5

5 Rozeman Abu Hasan. 2004. Mengenali dan mentafsir sumber-sumber sejarah. Shah Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd.Hlm 18

JMS 101 Pengantar Sejarah 16

Page 17: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Ciri-ciri yang dapat didalam sumber sekunder ialah:

a. ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.

b. ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses

c. ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan, atau pemeriksaan ke atas karya atau

penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.

Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah

berhati-hati dalam menilai sumber ini samada ianya berwibawa atau berat sebelah atau

condong kearah tertentu (‘bias’).

Kita boleh bahagikan data sekunder kepada dua jenis iaitu data sekunder dalaman dan

data sekunder luaran

Sumber data sekunder boleh dibahagikan kepada

a. Data dalaman adalah data yang diperolehi dari dalam organisasi di mana penyelidikan

dijalankan.

b. Data-data ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan akan datang.

c. Antara maklumat yang boleh diperolehi dari sumber dalaman adalah nama dan lokasi

pelanggan, produk/perkhidmatan yang dijual, volum transaksi yang telibat, terma

jualan, diskaun yang diberikan, syarat bayaran, cara kutipan dan sebagainya.

Data Sekunder luaran adalah data-data yang diperolehi dari luar organisasi. Misalnya,

maklumat bercetak yang diperolehi dari firma-firma lain samada kerajaan atau swasta, panduan

dan informasi pemasaran oleh agensi tertentu dan pencarian data melalui komputer/internet6.

Contoh sumber-sumber sekunder ialah:

a)Terbitan berkala/Terbitan bersiri/Jurnal (yang memberi laporan tentang

perkembangan sumber primer)

b)Perkhidmatan indeks dan abstraks

c)Ulasan (‘Reviews’)

d)Buku teks/Monograf

6 Muhd. Yusuf Ibrahim.2000.Ilmu sejarah: falsafah, pengertian, dan kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.:Kuala Lumpur. Hlm 15.

JMS 101 Pengantar Sejarah 17

Page 18: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

e)Bahan-bahan rujukan asas

i)Ensaiklopedia

ii)Kamus/Glossori/Istilah

iii)Buku panduan (‘Handbooks’)

iv)Jadual

v)Formula

f)Pangkalan data (‘databases’)

Sumber sekunder boleh wujud dalam format bercetak atau tidak bercetak.

Kebaikan Data Sekunder

Pengumpulan data sekunder tidak melibatkan kos yang tinggi

Ia menjimatkan masa dan tenaga kerja

Membantu penyelidik membina pernyataan masalah yang baik

Memberi maklumat tentang cara-cara pengumpulan data atau kaedah

penyelidikan yang sesuai digunakan bagi satu penyelidikan yang hampir sama

dengan penyelidikan terdahulu.

JMS 101 Pengantar Sejarah 18

Page 19: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Kesimpulan

Ahli sejarah mendapatkan maklumat mengenai masa lampau daripada pelbagai sumber,

seperti catatan yang ditulis atau dicetak, mata wang atau benda bersejarah lainnya, bangunan

dan monumen, serta dari wawancara (yang sering disebut sebagai "sejarah penceritaan",

ataupun oral history dalam Bahasa Inggeris). Untuk sejarah moden, sumber-sumber utama

maklumat sejarah adalah: foto, gambar bergerak (misalnya: film layar lebar), audio, dan

rakaman video. Tidak semua sumber-sumber ini boleh digunakan untuk kajian sejarah, kerana

bergantung kepada bahan yang hendak diteliti atau dipelajari. Penelitian sejarah juga

bergantung pada historiografi, atau cara pandang sejarah, yang berbeza satu dengan yang

lainnya.

Ada banyak alasan mengapa orang menyimpan dan menjaga catatan sejarah, termasuk:

alasan pentadbiran (contohnya: keperluan bancian, rekod cukai, dan nota perdagangan), alasan

politik (guna memberi pujian atau kritik tentang pemimpin negara, ahli politik, atau orang-

orang penting), alasan keagamaan, kesenian, pencapaian sukan (misalnya: rekod Olimpik),

nota keturunan (genealogi), nota peribadi (misalnya surat-menyurat), dan hiburan.

Namun dalam penulisan sejarah, sumber-sumber tersebut perlu dipilih-pilih. Kaedah ini

disebut dengan kritik sumber. Kritik sumber dibahagi menjadi dua macam, iaitu ekstern dan

intern. Kritik ekstern adalah kritik yang pertama kali harus dilakukan oleh sejarahwan pada

permulaan dia menulis karyanya, terutama jika sumber sejarah tersebut berupa benda. iaitu

dengan melihat validisasi bentuk fizikal karya tersebut, mulai dari bentuk, warna dan apa

sahaja yang boleh dilihat secara fizikal. Sedang kritik intern adalah kritik yang dilihat daripada

kandungan sumber tersebut, apakah boleh dipertanggungjawabkan atau tidak.

Wawancara juga dipakai sebagai sumber sejarah. Namun perlu pula sejarahwan

bertindak kritis baik dalam pemilihan narasumber sampai dengan terjemahan kepada bentuk

digital atau tulisan.

JMS 101 Pengantar Sejarah 19

Page 20: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

Bahan Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid. 2000. Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur.

Ahmad Abd Kadir.1987. Sejarah lisan:Satu penyelidikan sejarah dalam buletin no.16. Arkib Negara Malaysia:Kuala Lumpur.

Baharudin Jabar.2005. Kuliah. 10 Januari.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Buku panduan kajian sejarah tempatan sekolah menengah rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Mei 1989. Buku panduan kajian sejarah tempatan tingkatan 1 KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Muhd. Yusuf Ibrahim.2000.Ilmu sejarah: falsafah, pengertian, dan kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur.

Rozeman Abu Hasan. 2004. Mengenali dan mentafsir sumber-sumber sejarah. Shah Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd.

Muhd Yusof Ibrahim . 2000 . Ilmu Sejarah , Falsafah , Pengertian Dan Kaedah.K.Lumpur.

DBP .

Muhd. Yusof Ibrahim.2000.Pengantar Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan.PJJ.UKM.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. 1992. Arkeologi,Seni Dan Kerajaan Kuno Sumatera

Sebelum Abad ke-14.Bangi. IAAM

R.Suntharalingam .1985 . Pengenalan kepada sejarah.K.Lumpur.Merican And Sons Sdn. Bhd.

http://apaniwoi.blogspot.com/2008/12/sumber-bukan-tulisan-didalam-

metodologi

http://ujid.tripod.com/history/history-sumber.html

http://www.senduku.info/index.php?option=com_content&view=category&id=29:manfaat-

dan-pengertian-sumber-sejarah&Itemid=37

http://www.e-dukasi.net/mol/mo_full.php?moid=54&fname=sej101_04.htm

JMS 101 Pengantar Sejarah 20

Page 21: assingment sej usm

Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)

http://www.blogcatalog.com/blogs/sejarahkita.html

JMS 101 Pengantar Sejarah 21


Top Related