Download - Arnab & kambing
![Page 1: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/1.jpg)
![Page 2: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/2.jpg)
ARNAB DAN KAMBINGBEREBUT KARUNG GUNI
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
![Page 3: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/3.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Pada suatu pagi, arnab terjumpa
sebuah karung guni di tepi jalan.
Arnab terus menggigit untuk
membuka karung guni itu. Karung
guni itu penuh dengan sayur-sayuran.
![Page 4: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/4.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
Namun, sebelum sempat arnab
makan sayur-sayuran itu, tiba-tiba
datanglah kambing. Kambing mahu
makan sayur-sayuran itu.
![Page 5: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/5.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
“Marilah kita beradu siapa lebih
kuat. Jikalau sesiapa yang dapat
menumbangkan tiang di sana, ia
dapat makan semua sayur-sayuran
ini,” cadang arnab.
![Page 6: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/6.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
Kambing bersetuju. Mereka
segera pergi ke tempat tiang itu.
Tanpa membuang masa, kambing
terus berlari kencang. Kambing mahu
menumbangkan tiang itu.
![Page 7: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/7.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
Kambing terus menanduk tiang itu
dengan sekuat-kuat hatinya.
“Aduh! Aduh!” kambing
meraung-raung kesakitan. Kedua-dua
batang tanduknya patah.
![Page 8: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/8.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
Tibalah pula giliran arnab. Arnab
terus menggali.
“Aku pasti akan berjaya
menumbangkan tiang ini,” kata
arnab dalam hatinya.
![Page 9: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/9.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
Tiang itu bergoyang-goyang
hendak tumbang. Arnab sangat
gembira.
![Page 10: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/10.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
Tiang itu tumbang. Tetapi tiang itu
menimpa kaki arnab. Kaki arnab
patah.
“Aduh! Aduh!” arnab
meraung-raung kesakitan.
![Page 11: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/11.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
Arnab dan kambing berasa
menyesal kerana tidak mahu
berkongsi sayur-sayuran itu. Mereka
lalu pergi ke tempat karung guni itu
semula.
![Page 12: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/12.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
10
Tetapi mereka melihat, seorang
peladang sudah datang mengambil
karung guninya yang tercicir itu.
Peladang itu terus pergi dari situ.
![Page 13: Arnab & kambing](https://reader030.vdokumen.com/reader030/viewer/2022012303/5587d41bd8b42a02218b4646/html5/thumbnails/13.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
11
Menyesallah arnab dan kambing
atas perbuatan tamak mereka itu.
Perbuatan tamak memang selalu
rugi.