Download - Apa itu komunikasi

Transcript
Page 1: Apa itu komunikasi

1.1 PENGENALAN :1.1 PENGENALAN :

Komunikasi bermula seawal kejadian manusia.

Page 2: Apa itu komunikasi

ALAT KOMUNIKASI ZAMAN ALAT KOMUNIKASI ZAMAN DAHULUDAHULU

Page 3: Apa itu komunikasi

Komunikasi menjadi semakin berkembang dengan adanya kemajuan pesat dalam teknologi.

Page 4: Apa itu komunikasi

APA ITU KOMUNIKASI?• Komunikasi adalah satu proses yang melibatkan beberapa

elemen penting ketika menghantar maklumat (mesej) daripada seseorang kepada seseorang atau seseorang kepada beberapa orang yang lain.

• Proses komunikasi melibatkan enam unsur utama, iaitu sumber, mesej, saluran, penerima, maklum balas dan gangguan. Komunikasi yang berkesan berlaku sekiranya sumber dan penerima mempunyai kefahaman terhadap mesej yang diterima, tidak kira apa media yang digunakan untuk menyalurkan mesej.

Page 5: Apa itu komunikasi

KOMPONEN DAN PROSES KOMUNIKASI

MESEJMelalui SALURAN

GANGGUANGANGGUAN

MAKLUM MAKLUM BALASBALAS

PENERIMAPENERIMAEnkod melalui pengetahuan, pengalaman dan

peraturan

SUMBERSUMBEREnkod melalui pengetahuan dan peraturan

Page 6: Apa itu komunikasi

1.2 KOMUNIKASI SEBAGAI SATU1.2 KOMUNIKASI SEBAGAI SATU BIDANG SAINS SOSIAL BIDANG SAINS SOSIAL

• Berdasarkan kepada bidang sains sosial yang lebih dahulu wujud seperti psikologi, sosiologi, antropologi, sains politik dan ekonomi.

• Model Komunikasi Teori Peluru Ajaib

oleh Harold Lasswell

(ahli sains politik).

Page 7: Apa itu komunikasi

SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Bidang Komunikasi mula diiktiraf sebagai bidang sains sosial yang sah dan seterusnya menjadi bidang pengajian yang penting (Saodah Wok et. al., 2004).

Page 8: Apa itu komunikasi

1.3 PERKEMBANGAN DAN 1.3 PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN BIDANG KOMUNIKASI PEMBANGUNAN BIDANG KOMUNIKASI

-ERA AWAL (1900 – 1930)ERA AWAL (1900 – 1930) Era kebangkitan retorik Merupakan lanjutan daripada percambahan idea-idea ahli- ahli falsafah pada zaman Greek Kuno. Sarjana bidang komunikasi hanya fokus kepada Pengucapan Awam (public speaking).

Page 9: Apa itu komunikasi

ERA KOMUNIKASI DAN SAINS SOSIAL ERA KOMUNIKASI DAN SAINS SOSIAL (1930-1960) (1930-1960) Selepas Perang Dunia Kedua – daripada pengucapan awam, sarjana komunikasi lebih berminat kepada isu sosial. Para Sarjana mula merasakan amat perlu memahami hubungan antara komunikasi dan kebangkitan kuasa, propaganda, perubahan sikap dan kepercayaan (Woods, 2001)

Page 10: Apa itu komunikasi

Kemudian muncul kajian-kajian yang bertumpu kepada isu-isu berkaitan kesan mediaEra ini juga dikenali dengan Era Kesan Media Griffin (1997) merujuk peringkat ini sebagai era kebangkitan empat orang sarjana yang digelar ‘Bapa Penyelidikan Komunikasi’.Shcramm (1963) menyatakan bahawa empat sarjana tersebut mengambil pendekatan sains perlakuan (behavioral science approach) utk. Mengkaji kesan mesej pemujukan ke atas audiens yang ramai.

Page 11: Apa itu komunikasi

EMPAT SARJANA ERA KEDUA :

• HAROLD LASSWELL - Ahli Sains Politik yang menganalisis tentang

propaganda Nazi untuk mengenal pasti kesan

kuat terhadap mereka yang mendengar.

- Untuk mendapat pemahaman yang sepatutnya mengenai sistem komunikasi media, beliau menekankan soalan berikut dalam proses komunikasi :

“Siapa – Mengatakan Apa – Dalam Saluran

Mana – Kepada Siapa – Dengan Kesan Apa?”

Page 12: Apa itu komunikasi

MODEL KOMUNIKASI SEHALA LASSWELL (1948)

Page 13: Apa itu komunikasi

• KURT LEWIN

- Seorang ahli psikologi sosial yang tidak dapat menerima kepimpinan autoritarian.

- Beliau banyak mengkaji prejudis dan bagaimana kumpulan mempengaruhi individu lain dalam kumpulan.

- Konsep ‘gatekeeping’ untuk pemilihan berita kepada umum turut dibicarakan.

Page 14: Apa itu komunikasi

• PAUL LAZARSFELD - Pakar Sosiologi.

- Menjalankan projek penyelidikan radio.

- Dianggap sebagai perintis kajian tinjauan dan teknik kumpulan perbincangan berfokus (focus group discussion) yang digunakan bagi melihat kesan penyiaran (siaran radio) terhadap emosi.

- Orang yang bertanggungjawab menubuhkan Biro Penyelidikan Sosial.

Page 15: Apa itu komunikasi

• KARL HOVLAND - Ahli penyelidik psikologi.

- Menjurus kepada kajian perubahan sikap.

- Beliau menguji kesan pemujukan terhadap kredibiliti sumber dan juga susunan hujah dalam mesej.

Page 16: Apa itu komunikasi

SAMBUNGAN …PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN BIDANG KOMUNIKASI

ERA REVOLUSI (1950-1970) - Era ketiga (muncul pada Pertengahan Abad Ke-20).- Dirujuk kepada teori dalam tabung uji yang menekankan kajian saintifik dan empirikal yang memberi kesan kepada hampir semua bidang sains sosial dan kemanusiaan.

Page 17: Apa itu komunikasi

Kajian komunikasi lebih mengutamakan kajian saintifik dan kajian kuantitatif lebih diutamakan.

Perubahan orientasi bidang komunikasi berlaku apabila Shannon dan Weaver (1949) membentuk model komunikasi liner (sehala)…

Page 18: Apa itu komunikasi

MODEL LINER KOMUNIKASI SHANNON DAN WEAVER (1949)

Page 19: Apa itu komunikasi

MODEL BERLO (1960)

• Diikuti dengan David Berlo (1960) memudahkan model tersebut kepada 4 bahagian asas

(S-M-C-R) seperti yang berikut :

• Sender – Message – Channel - Receiver

SUMBER MESEJ SALURAN PENERIMA

Page 20: Apa itu komunikasi

ERA PERGOLAKAN 60-AN (1960-1970)

Tahun 1960-an dan 1970-an melihat motif baharu dalam perkembangan komunikasi yang dirujuk sebagai asas pelancaran komunikasi interpersonal.

Perkembangan budaya merancakkan interaksi sesama manusia.

Kursus di IPT mula mengajar subjek Komunikasi Interpersonal berbanding Komunikasi Pengucapan Awam (Komunikasi Massa).

Page 21: Apa itu komunikasi

ERA RETORIK BARU (1965-1980)• Pada akhir 1970-an hingga 1990-an, isu sosial mula dianalisis secara lebih terperinci.

• Kajian pengucap secara individu dikembangkan.

• Muncul artikel seperti The Rhetoric of Black Power dan The Rhetoric of Confrontation.

• Pengkaji berpendapat bahawa ucapan awam

tidak berkaitan dengan teks ucapan yang disediakan.

Contoh ucapan oleh :

Martin Lurther King Jr.

“I Have a Dream.”

Page 22: Apa itu komunikasi

ERA PENCARIAN MODEL SEJAGAT (1970-1980)• Menurut Saodah Wok et. al (2004), saintis komunikasi adalah berbeza dengan sarjana retorik

kerana mereka cuba membuat penyatuan tetapi sarjana retorik cuba membuat kepelbagaian. Masalah penyelidik kerana tiada teori besar yang boleh diaplikasikan.

• Kurt (1970) mengatakan sains yang matang perlu model atau paradigma yang sejagat, ahli sains dalam bidang komunikasi dilihat belum mencapai tahap tersebut (Saodah Wok et. al, 2004)

Page 23: Apa itu komunikasi

ERA PERGOLAKAN BIDANGKOMUNIKASI (1980 HINGGA KINI)

• Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat pada era ini, bidang komunikasi mula berkembang daripada fokus tentang komunikasi interpersonal dan komunikasi massa kepada pelbagai bidang komunikasi yang lain.

• Antaranya, bidang komunikasi organisasi, perhubungan awam, periklanan, komunikasi pembangunan, pengurusan konflik, kemahiran kepimpinan, komunikasi antarabudaya dan komunikasi pembujukan.

• Penyelidikan komunikasi terus meningkat dan dimuatkan di jurnal-jurnal komunikasi seperti Communication Theory, Mass Media Communication dan sebagainya.

Page 24: Apa itu komunikasi

PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI DI MALAYSIA• Syed Arabi Idid (2002) melihat sejarah dan perkembangan komunikasi di Malaysia melalui 4 fasa :

1. Fasa Pertama

Sebelum Merdeka (1957), bidang komunikasi dipengaruhi oleh bidang kewartawanan.

Surat khabar (media cetak) berperanan untuk memupuk semangat kebangsaan serta kemerdekaan kepada rakyat Malaysia yang sedang dijajah.

Media memainkan peranan menyuntik semangat nasionalisme bagi membantu perjuangan menuntut kemerdekaan.

Sewaktu ini, bidang komunikasi belum diwujudkan sebagai bidang pengajian formal.

Page 25: Apa itu komunikasi

• Fasa Kedua

Bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Bidang komunikasi mula berkembang dan mendapat perhatian pemerintah apabila operasi persuratkhabaran dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur. Mula berkembangnya industri media cetak.

Awal 1970-an, bidang penyiaran mula diwujudkan.

Latihan formal bermula pada tahun-tahun 1960-an hingga 1970-an apabila BERNAMA ditubuhkan pada tahun 1968 – tumpuan kepada kewartawanan, IPRM (1962) menumpukan kepada perhubungan awam, dan IPTAR (1972) latihan dalam bidang penyiaran (media elektronik).

Page 26: Apa itu komunikasi

• Fasa Ketiga

Bidang baharu mula muncul selain kewartawanan dan penyiaran.

Agensi berita mula digabungkan dengan bidang periklanan dan perhubungan awam.

Bidang komunikasi mula berkembang menjadi pengajian formal di Universiti.

1970 di USM- Jabatan Komunikasi pertama ditubuhkan di Malaysia.

1972 di ITM (kini UiTM) – Kajian Sebaran Am

1976 di UKM – Jabatan Komunikasi

1979 di UPM – Jabatan Komunikasi Pembangunan

Pengajian komunikasi tertumpu pada bidang komunikasi massa khususnya penyiaran dan kewartawanan.

Page 27: Apa itu komunikasi

• Fasa Keempat

Bermula sekitar 1980-an.

Bidang komunikasi berperanan sebagai bidang komersial.

1990-an dengan permintaan sektor pekerjaan khususnya di sektor swasta, munculnya bidang baharu seperti komunikasi korporat

Di universiti bidang pengajaran subjek baharu kepada komunikasi organisasi, teknologi komunikasi dan telekomunikasi.

Program kursus komunikasi telah menjangkau kepada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Antara tokoh komunikasi di Malaysia ialah Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid, Prof Dr. Yusof Hussain dan Prof. Dr. Samsuddin A. Rahim. #


Top Related