-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
1/21
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
2/21
BIIL. PERKARA HALAMAN
01. Penghargaan 3
02. Objektif Kajian 4
03. Kaedah Kajian 5
04. Laporan Kajian:a. Biodata Bapab. Biodata Ibuc. Biodata Sayad. Biodata Adik ( 1 )e. Biodata Adik ( 2 )f. Biodata Datuk ( sebelah bapa )g. Biodata Nenek (sebelah bapa )h. Biodata Datuk ( sebelah ibu )i. Biodata Nenek ( sebelah ibu )
j. Butir-butir saudara terdekat sebelah ibudan bapa
k. Salasilah Keluargal. Tokoh Pilihan dalam Keluargam.Peristiwa Bersejarah
6
7
8
9
10
11
12
12
13
13
14 - 15
16
17
18
05. Lampiran:a. Salinan kad pengenalanb. Salinan sijil kelahiran adik adikc. Salinan sijil pernikahan ibu bapad. Sijil sijil diri sayae. Gambar gambar keluargaf. Soalan temu ramah
19
20
21 - 22
23
24 29
30 3132
06. Rumusan 33
07. Senarai Semak Tugas 34
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
3/21
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
setinggi- tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu
EncikR. Ramesh yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan,
dorongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian
mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu
menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh
hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua-dua ibu bapa saya Encik Mohd Fauzi bin Shaari dan Puan Nor
Hafizah bt. Abdul Kadir yang turut membantu untuk menyiapkan
kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat
menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan Kerja Kursus ini memerlukan tenaga, buah fikiran dan
wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya seperti
Hani Iyliani bt. Abdul Hadi, Damia Faiqah bt. Shahbodin dan Anis
Asmidar bt.Junid kerana telah membantu saya untuk menyiapkan
kajian ini. Mereka juga telah membetulkan kesalahan dan ejaan
dalam membuat kajian ini.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
4/21
Saya dapat mengetahui lebih banyak perkara tentang
latar belakang keluarga saya contohnya tarikh lahir,
salasilah keluarga saya, salasilah keluarga ibu saya,
salasilah bapa saya dan sebagainya.
Di samping itu juga, saya dapat mewujudkan lebih
komunikasi antara saya dengan keluarga saya dengan
lebih rapat dan lebih erat antara satu sama lain. Saya juga
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya
dengan ahli-ahli keluarga saya dengan lebih rapat dan
menegur satu sama lain.
Sedikit sebanyak saya juga dapat mengetahui sejarah
mengenai keluarga saya, asal-usul saya, keturunan saya
dan sebagainya. Selain itu, saya dapat menambah
pengalaman dalam menyedia dan membuat kerja kursus
ini yang diberi oleh guru saya.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
5/21
Bagi kaedah yang pertama, saya telah
menemuramah beberapa orang dalam ahli
keluarga saya untuk menceritakan dengan lebih
lanjut mengenai sejarah dan latar belakang
keluarga saya.
Bagi kaedah yang kedua, saya telah
membuat pemerhatian dengan melihat foto-foto
dari album keluarga saya bagi mengenal pasti
setiap ahli keluarga saya. Saya juga melihat dan
mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibubapa saya dari segi aktiviti yang mereka
lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.
Bagi kaedah yang terakhir, saya telah
melihat, mengkaji dan mengambil beberapa
dokumen yang ada mengenai maklumat sejarah
keluarga saya.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
6/21
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
7/21
Nama bapa saya ialah Mohd Fauzi bin Shaari. Beliau berusia
41 tahun. Beliau dilahirkan pada 17 Februari 1969 di 618 , Mukim A,
Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Bapa saya bekerja sebagai Excecutive Document Controller
di Syarikat Sapura Secured Technologies di TUDM Pangkalan Udara
Butterworth, Pulau Pinang. Hobi bapa saya ialah membaca
pelbagai jenis bahan bacaan, menonton televisyen dan melayari
internet.
Bapa saya merupakan anak kelima daripada enam adik
beradik. Makanan kegemaran bapa saya ialah sup dan minumankegemarannya ialah barli ais. Warna kegemaran bapa saya pula
ialah warna biru.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
8/21
Nama ibu saya ialah Nor Hafizah bt. Abdul Kadir. Ibu saya
berumur 40 tahun. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1970 di 20,
Mukim B, Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Ibu saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah
Kebangsaan Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Hobi beliau ialah memasak dan membaca novel. Beliau
mendapat pendidikan sehingga STPM dan melanjutkan
pelajarannya ke Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak.
Ibu saya merupakan anak sulung daripada enam adik
beradik. Makanan kegemaran ibu saya ialah masakankampung dan minuman kegemaran beliau ialah teh ais dan
nescafe. Warna kegemaran ibu saya ialah merah dan ungu.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
9/21
Nama saya ialah Nur Fatin Firzanah binti Mohd Fauzi. Saya dilahirkan
pada 13 Februari 1997 di Hospital Bersalin Pulau Pinang, Pulau Pinang. Saya
tinggal di 82, Lorong Teja 6/2, Bandar Perdana, 08000, Sungai Petani, Kedah.
Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang
(2004 2006 ), Sekolah Kebangsaan TUDM Subang ( 2006 2009 ), dan
Sekolah Kebangsaan Bertam Indah ( 2009 ). Sekarang, saya bersekolah di
Sekolah Menengah Pengkalan Lebai Man.
Cita cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor pakar bedah.
Hobi saya ialah melayari internet jika ada kelapangan waktu. Kawan karib
saya ialah Hani Iyliani bt Abdul Hadi, Damia Faiqah bt. Mohamad Shahbodin
dan Anis Asmidar bt Junid.
Makanan kegemaran saya ialah spaghetti dan masakan ibu saya.
Minuman kegemaran saya pula ialah teh ais dan cappuccino. Saya sangat
menggemari warna jingga. Subjek kegemaran saya pula ialah Bahasa
Inggeris.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
10/21
Nama penuh adik saya ialah Nur Farah Wahida bt. Mohd Fauzi.
Nama panggilannya ialah Farah, Wahida atau Ida. Adik saya
berusia 11 tahun. Adik saya dilahirkan pada 30 Julai 1999 di HospitalSeberang Jaya, Pulau Pinang.
Hobi adik saya ialah melayari internet dan mendengar lagu
rentak terkini dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor yang
berjaya.
Adik saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri
Wang paa tahun 2006. Kemudian berpindah ke Sekolah
Kebangsaan TUDM Subang (2006 hingga 2009), Sekolah
Kebangsaan Bertam Indah dan kembali bersekolah di SekolahKebangsaan Taman Seri Wang. Adik saya merupakan anak yang
kedua daripada tiga adik-beradik.
Makanan kegemaran adik saya ialah nasi goreng cina dan
masakan ibu. Minuman kegemarannya ialah sirap limau, teh o ais
dan nescafe. Warna kegemarannya ialah kuning dan hijau.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
11/21
Nama penuh adik bongsu saya ialah Nur Farzana Hazwani
bt. Mohd Fauzi. Adik saya berumur 7 tahun. Dia dilahirkan pada
15 April 2003 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Hobi adik saya ialah bermain basikal bersama rakan-
rakannya dan bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai
polis apabila dewasa kelak. Adik saya bersekolah di SekolahKebangsaan Taman Seri Wang. Adik saya merupakan anak
bongsu daripada tiga beradik.
Makanan kegemaran adik saya ialah nasi paprika dan
masakan ibu. Minuman kegemarannya ialah milo ais. Warna
kegemarannya pula ialah merah jambu, merah dan ungu.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
12/21
Nama datuk saya ialah Shaari bin Yahaya.
Allahyarham dilahirkan di Sungai Pinang dan meninggal
dunia pada tahun 5 Disember 1998. Allahyarham ialah
seorang peniaga kedai kopi.
Allahyarham anak yang kedua daripada empat
adik- beradik. Makanan kegemarannya ialah nasi
ayam dan minuman kegemaran Allahyarham ialah kopi
o.
Nama nenek saya ialah Ramlah binti Ahmad.
Allahyarhammah dilahirkan di TelukBahang, Pulau
Pinang dan meninggal dunia pada 19 Januari 1991.
Allahyarhammah tidak bekerja. Allahyarhammah
seorang suri rumahtangga. Allahyarhammah anak yang
kelima daripada enam adik- beradik.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
13/21
Nama datuk saya ialah Abdul Kadir bin Hashim. Beliau
dilahirkan pada 27 March 1944 di Permatang Pasir, Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Datuk saya merupakan seorang pesara tentera darat.
Hobi datuk saya ialah berkebun dan menternak ayam. Datuk
saya anak yang ketiga daripada tujuh adik beradik.
Makanan kegemaran datuk saya ialah gulai danminumannya ialah kopi susu. Warna kegemarannya ialah
warna biru.
Nama nenek saya ialah Faridah binti Haji Sulaiman.Allahyarhammah dilahirkan pada 16 March 1947 dan telah
meninggal dunia pada 10 Oktober 2002 akibat serangan
jantung.
Allahyarhammah tidak bekerja. Allahyarhammah seorang
suri rumahtangga. Hobinya ialah memasak, menjahit baju,
berkebun dan menternak ayam.
Allahyarhammah ialah anak yang kedua daripada
sebelas adik- beradik. Makanan kegemarannya ialah sambal
tumis, ulam-ulaman dan gulai. Minuman kegemarannya ialahnescafe. Allahyarhammah menyukai warna-warna yang
lembut.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
14/21
BIL. NAMA HUBUNGAN PEKERJAAN UMUR
01. Noraini bt Shaari Ibu saudara Suri rumahtangga 53 tahun
02. Ruslan bin Shaari Bapa saudara Anggota polis 50 tahun
03. Shaariyah bt Shaari Ibu saudara Suri rumahtangga 48 tahun
04. Halijah binti Shaari Ibu saudara Pekerja industri 44 tahun
05. Md Noor b. Shaari Bapa saudara Pembantu
Perubatan
37 tahun
06. Mohd Zurairi bin Yusof Sepupu Pekerja industri 30 tahun
07. Mohd Zurizan bin
Yusof
Sepupu Anggota Bomba 29 tahun
08. Mass Syazwani bt.
Mass Ariff
Sepupu Kerani 21 tahun
09. Rosnani binti Ruslan Sepupu Guru 23 tahun
10. Alia Nabila bt. Md
Noor
Sepupu Pelajar 6 tahun
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
15/21
BIL. NAMA HUBUNGAN PEKERJAAN UMUR
01. Nor Hanisah bt. Abdul
Kadir
Ibu saudara Kerani TNB 38 tahun
02. Mohd Zulfikar bin
Abdul Kadir
Bapa saudara Pensyarah Poly-
Tech MARA
35 tahun
03. Mohd Zulfatar bin
Abdul Kadir
Bapa saudara Pekerja di MPPP 29 tahun
04. Nor Hazirah bintiAbdul Kadir
Ibu saudara Jururawat gigi 29 tahun
05. Noor Hamizah binti
Abdul Kadir
Ibu saudara Kerani Akaun 24 tahun
06. Syed Hasrul Nisham Bapa saudara Pembantu X-ray 32 tahun
07. Siti Rosmini bt. Harun Ibu saudara Guru 35 tahun
08. Nur Adila Syafina bt.
Rozhan
Sepupu Pelajar 13 tahun
09. Muhammad Syazwanbin Rozhan
Sepupu Pelajar 10 tahun
10. Ameer Zullutfil Hadi
bin Mohd Zulfikar
Sepupu Pelajar 7 tahun
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
16/21
Bapa saya yang bernama Mohd Fauzi bin Shaari
boleh dijadikan sebagai tokoh keluarga saya. Bapa
saya boleh dikatakan sebagai seorang yang serba
boleh, banyak sungguh kelebihan dan
pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa pun yang
mustahil dalam hidup ini, asalkan kita mempunyai
keyakinan diri bahawa apa yang kita lakukan akanmenuju kejayaan. Beliau juga berkata bahawa
kejayaan itu tidak senang untuk dicapai, kita
haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan
apa-apa pun demi masa depan kita.
Bapa saya tidak pernah berkirai untuk
memberikan pendidikan yang terbaik kepada adik-beradik saya. Bapa saya sering memberi nasihat dan
dorongan kepada kami supaya kami dapat
mencapai kejayaan yang cemerlang bagi masa
depan kami.
Walaupun bapa saya bersikap tegas, tetapi
beliau amat penyayang orangnya. Beliau juga selalubergurau dengan keluarganya. Tetapi, ada satu
masa beliau akan bersikap tegas dan garang.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
17/21
KENANGAN MANIS
Kenangan manis bagi saya ialah apabila kami
sekelurga dapat berkumpul bersama di dalam satu rumah.
Kami dapat makan bersama dan tinggal bersama.
Pada 31 Ogos 2010, kami sekeluarga dapat berkumpul
untuk berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga
sebelah bapa saya di kampung. Itu adalah peristiwa yang
tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Tahun ini juga merupakan tahun yang tidak akan saya
lupakan kerana tahun ini kami sekeluarga selalu berkumpul.
KENANGAN PAHIT
Perkara yang tidak akan saya lupakan ialah apabila
saya terpaksa berpisah dengan tiga orang yang
merupakan kawan baik saya sewaktu saya bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Mereka merupakan
kawan baik saya iaitu Hani Iyliani bt. Abdul Hadi, Damia
Faiqah bt. Shahbodin dan Anis Asmidar bt. Junid.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
18/21
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
19/21
BIL. TARIKH PERKARA ADA
( / )
TANDATANGAN
GURU
1 Taklimat kerja kursus
2 Mengenal pasti sumbermaklumat
3 Menyediakan soalan
temuramah
4 Mendapatkan maklumat
5 Menyusun maklumat
6 Menyiapkan laporan
7 Menghantar tugasan
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
20/21
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya
telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri
dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya
ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui
asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya
membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam
tentang sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.
Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat
mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan
lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia
terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat
dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajianini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli
keluarga antara satu sama lain. Kajian ini juga telah
membolehkan saya menguasai kemahiran yang
berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran
mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan
data mengenai salasilah keluarga saya. Kajian ini juga
dapat meningkatkan minat saya dalam mata pelajaran
Sejarah yang sebelum ini saya tidak begitu
meminatinya.
-
8/6/2019 47880936 Folio Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Diri Dan Keluarga
21/21