Transcript

EHARYANI [email protected]

BERTUKANG dan berkebun merupakankecenderungan yang payah dipisahkan dari-pada kehidupan Encik Muhammad NurFaris Nakamura Mohamed Salim.

Mahasiswa tahun akhir jurusan SarjanaMuda Sastera dalam Seni Halus di MaktabSeni Lasalle itu memang cintakan kehijauandan alam semula jadi.

Lantaran itu, kededua minat itu digabung-kan bagi beberapa karya seni pemasanganyang kini terpampang indah di padang meng-hijau kampus baru Lasalle di Winstedt Road.

Kampus yang merupakan tapak lama Ma-drasah Al-Irsyad Al-Islamiah itu dirasmikanPemangku Menteri Kebudayaan, Masyara-kat dan Belia, Encik Lawrence Wong, pada 4April lalu.

Bagaimanapun, kampus yang direka khassebagai pusat kreatif bagi pelajar mengendali-kan tugasan studio seni secara bebas itu, te-lah pun beroperasi sejak Ogos tahun lalu.

Lebih banyak ruang terbuka kini tersediabagi pelajar Lasalle menyiapkan kerja-kerjaseni mereka. Inilah satu usaha memperkayadan memperkasa pengalaman pelajar dalammeluahkan kreativiti artistik.

Encik Muhammad Nur Faris Nakamurayang lebih mesra dengan panggilan Faris Na-kamura, 25 tahun, menghasilkan dua kerusikayu yang terpisah dengan pohonan menghi-jau.

Ada juga bangku yang kelihatan sepertijongkang-jongket yang terasing dengan wu-judnya sebatang pokok.

Menceritakan lebih lanjut tentang karyapemasangannya itu kepada Gah, Encik Farisyang berdarah kacukan Melayu-Jepun(datuk sebelah ibu orang Jepun) berkata:

“Saya suka sekali dengan kehijauan yangmenenangkan dan menyegarkan pandangan

mata. Menanam pokok dan bereksperimendengan kayu. Biasanya, karya saya meng-gunakan kayu dan tumbuhan yang disatu-kan.

“Pernah saya hasilkan seni pemasanganyang kelihatannya seperti cebisan teka-teki

yang diperbuat daripada kayu dalam satu pa-meran Art of Giving, tahun lalu. Bagai-manapun, ia juga menggunakan tumbuhandan dihias seperti terarium.”

Mengenai karyanya yang diharap dapatdijadikan hiasan tetap di padang kampus

Winstedt itu, Encik Faris berkata ia mengi-sahkan tembok penghalang komunikasidalam hubungan harian.

“Lantaran itu, kayu dijadikan bahan senipemasangan sebab banyak perlambanganyang boleh kita raih daripadanya. Pokok ada-lah hidupan alam, dengan kayunya bolehdicorak menjadi kerusi atau meja.

“Manusia pun macam kayu sebenarnyasebab kita dicorak ibu bapa dan masyarakatdalam pelbagai hal. Manakala pepohonmenghijau di jalanan pula biasanya di-gunakan sebagai tanda sempadan,” cerita-nya yang pernah aktif bermain serulingdalam Orkestra Alat Tiupan Belia.

Dalam pada itu, beliau juga teruja denganpelbagai kemudahan yang disediakan dikampus baru itu.

“Di kampus McNally Street, kerja-kerjaseni perlu dibuat di studio bagi menjaga ke-bersihan kampus. Tapi di kampus Winstedt,dengan ruang sebesar dua padang bola, bany-ak yang boleh kami lakukan. Ada studio lua-ran yang boleh dimanfaatkan bagi kami be-

bas bereksperimen,” ujarnya yang langsungditawarkan kursus ijazah dan bukannya di-ploma kerana latar belakang aktiviti senimuzik yang disertai.

Dekan Fakulti Reka Bentuk di Maktab Se-ni Lasalle, Cik Nur Hidayah Abu Bakar, pu-la menyifatkan kampus Winstedt sebagai ru-ang penjelajahan teknik fotografi juga.

“Memandangkan fotografi adalah kom-ponen penting di Lasalle, kami berusahamembangun pusat fotografi kami di situ, pa-da masa akan datang.

“Lantaran itu, ada empat studio foto dankamar gelap yang disediakan di kampus inidi samping beberapa studio terbuka (lela-pang) bagi pelajar menggarap kemahiran se-ni mereka.

“Kebebasan yang diberi akan menggalak-kan kreativiti. Kami juga memikirkan lang-kah membangun makmal reka bentuk mahu-pun makmal kajian fesyen di kampus ini.

“Ada juga rancangan mendapatkan me-sin pencetakan ceparas (letterpress), yangmengembalikan tradisi kraf reka bentuk asalbagi kegunaan pelajar,” tambahnya.

DUA restoran halal adalah antararestoran terbaik Singapura yang dipilihpengunjung laman web AsiaOne.

Restoran Carousel di Hotel RoyalPlaza on Scotts merangkul anugerahkategori restoran bufet terbaik selamalima tahun berturut-turut.

Ini sekali gus melayakkan Carouselmenerima anugerah People’s ChoiceHall of Fame. Anugerah ini mengiktiraf-kan pemenang yang kini memenangianugerah itu sebanyak lima kali.

Restoran Ayam Penyet Ria meme-nangi kategori restoran Asia terbaik,mengalahkan restoran 4 Fingers CrispyCicken dan The Banana Leaf Apolo.

Kedua-dua restoran itu telah meneri-

ma pengiktirafan di majlis penyampai-an Anugerah People’s Choice AsiaOne2014, anjuran AsiaOne, di auditoriumNews Centre pada 23 April lalu.

Anugerah tahunan keenam ini telahmengumumkan pemenang dalam 28kategori dengan melebihi 200,000 undi-an daripada para pengunjung AsiaOnedalam tempoh melebihi tiga bulan.

Pengurus besar Hotel Royal Plazaon Scotts, Encik Patrick Fiat, berkatakejayaan restoran Carousel ialah hasildaripada kesudian mereka mendengarmaklum balas pelanggan.

Contohnya, Carousel adalah tempatpilihan sambutan hari jadi ramai pelang-gan.

Kakitangan Carousel akan menya-nyi simfoni hari jadi pada setiap malamselepas pelanggan memberitahunya ba-hawa nyanyian lagu hari jadi asli meng-ganggu pelanggan.

“Mereka menghasilkan simfoni harijadi,” kata Encik Fiat.

“Pada 8.15 setiap malam, semua ka-kitangan termasuk di dapur berhentibekerja. Kakitangan Carousel akanmenyanyi bersama-sama lagu hari jadidalam irama jaz.”

Restoran Carousel yang menawar-kan 15 jenis makanan laut segar dikaunter bufet akan menawarkan sajiantapas gaya Asia pada Julai dan mengo-lah semula kaunter pencuci mulut padahujung tahun ini.

Rahsia kejayaan restoran AyamPenyet Ria terletak pada kombinasi sa-jian enak, khidmat cekap dan harga ber-patutan.

Ayam penyet adalah sajian palingpopular kerana pelanggan suka rasaayam goreng dan sambal pedas resto-ran itu.

Restoran Ayam Penyet Ria yang per-tama dibuka di gedung Lucky Plaza. Ki-ni, ia mempunyai enam cawangan.Tahun ini, ia akan menyambut ulangtahunnya yang ke-10 di sini.

Bebas bertukang, ‘menanam’ seni

Carousel menang anugerahkategori restoran bufet terbaik kali kelima

MENANG ANUGERAH: (Dari kiri) Pengurus makanan dan minuman restoran Carousel, Encik Abraham Tan; souscef eksekutif, Encik Darren Ong; dan pengurus besar Hotel Royal Plaza on Scotts, Encik Patrick Fiat, di AnugerahPeople’s Choice AsiaOne yang keenam pada 23 April lalu. Restoran Carousel menang kategori restoran bufetterbaik selama lima tahun berturut-turut. – Foto THE STRAITS TIMES

SEMAI KREATIVITI: Encik Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim menggabungkan cintapada pertukangan dan berkebun bagi menghasilkan karya yang mengisahkan tembok penghalangkomunikasi. – Foto-foto TUKIMAN WARJI

DICORAK SEKITARAN: Penggunaan kayu dalam karya seni berupa cantuman dua kerusi dan tumbuhanmenghijau ini menggambarkan keadaan manusia yang dicorak sekitaran dan berdepan dengan halangandalam berkomunikasi.

Pelajar Melayuberketurunan Jepun

bereksperimen di KampusWinstedt, Lasalle

Ayam Penyet Ria pularangkul kategori

restoran Asia terbaik

SMS/MMS: 9477 8899E-mail: [email protected]

Call: 1800 733 44 55

Have astorytoCall, text or e-mail us. If your story ispublished, you get a...

of your story isshare?

p , y g

$100BURGER KINGVOUCHER

et a...

INGG

12 Berita Harian | Sabtu, 26 April 2014

Gah! Gaya Hidup ·Artistik ·Hiburan

Top Related