document udg2

13
Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio- ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang- undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang- undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk

Upload: zieyza

Post on 08-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Document Udg2

TRANSCRIPT

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.Source : sts.edu.my

TheRukunegaraor sometimesRukun Negara(Malayfor "National Principles") is theMalaysiandeclaration of national philosophy instituted by royal proclamation onMerdeka Day, 1970, in reaction to a serious race riot known as theMay 13 Incidentwhich occurred in 1969. The incident proved at that time that Malaysian racial balance and stability was fragile. Immediately thereafter, the Malaysian government sought ways to foster unity among the various races in Malaysia. One of the methods used to encourage unity is theRukunegara.The wordRukunegaracan refer to the whole declaration, the words after the preamble (beginningMaka kami...) or the five principles alone.The formulation of the principles of the Rukun Negara was the efforts of the National Consultative Council (Majlis Perundingan Negara or MAPEN), headed by Tun Abdul Razak. The aim of the Rukun Negara is to create harmony and unity among the various races in Malaysia (Jeong & Nor Fadzlina, 2012; 2007). Thereafter, the New Economic Policy (1971-1990) was launched in 1971, the aim was to create unity among the various races in Malaysia, through economic equality, via the reduction of the economic gap among the Malays and Bumiputera, with that of the Chinese in Malaysia.Sources: wikipedia

RABU, 6 MEI 2015 @ 7:28 AM Memahami konsep kedaulatan undang-undang Oleh Dr Shamrahayu A Aziz

Apabila memahami tujuan sesuatu undang-undang, maka dalam perbincangan falsafah undang-undang, dijelmakan konsep kedaulatan undang-undang. Ramai antara kita tahu mengenai kewujudan konsep Kedaulatan Undang-Undang atau Rule of Law. Ramai juga yang mungkin telah mendalami maksud rule of law. Bagi negara, kedaulatan undang-undang adalah falsafah negara yang disenaraikan di nombor keempat dalam Rukun Negara. Ini menunjukkan kepentingan prinsip ini dalam negara kita. Dalam bahasa ringkas, kedaulatan undang-undang bermakna, kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat oleh undang-undang dan wajib mematuhi undang-undang. Definisi ini agak mudah, tetapi inilah prinsip utama dalam konsep kedaulatan undang-undang. Mungkin ada ahli perundangan yang mahu menambah elemen lain dalam definisi ini, tetapi elemen yang saya sebutkan itu menjadi dasar dan tidak ada definisi lain yang lebih rendah maksudnya. Tiga elemen asas AV Dicey, seorang ahli falsafah perlembagaan British, memperkenalkan kedaulatan undang-undang dengan tiga elemen asas; ketiadaan kuasa yang dilaksanakan secara sewenang-wenangnya; keluhuran undang-undang dan kuasa budi bicara yang terhad. Dalam perkembangan terkini, mahkamah, Parlimen dan pakar undang-undang perlembagaan yang lain menghuraikan konsep dan pengertian kedaulatan undang-undang, yang disebut Prinsip Moden Kedaulatan Undang-Undang. Prinsip baharu ini menyatakan bahawa semua undang-undang hendaklah berkesan ke hadapan, iaitu semua undang-undang hendaklah berkuat kuasa bagi penguatkuasaan masa depan dan tidak ada undang-undang retrospektif, di mana undang-undang memberi kesan terkebelakang. Beberapa lagi prinsip utama di bawah konsep kedaulatan undang-undang ialah, undang-undang hendaklah stabil, tidak mudah dan tidak berubah, badan kehakiman yang bebas, pemakaian prinsip semakan kehakiman dan kebebasan asasi. Di samping itu, prinsip yang lebih terkini dalam konsep kedaulatan undang-undang ialah mahkamah juga harus mudah diakses oleh masyarakat, prosesnya tidak mahal dan terbuka kepada orang ramai Ringkasnya, kedaulatan undang-undang mengandungi prinsip bahawa semua orang dan institusi tertakluk kepada dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. Ia membawa maksud pentadbiran yang berlandaskan undang-undang; bukan yang dipelopori oleh pemerintah semata-mata. Oleh itu di bawah konsep kedaulatan undang-undang membawa maksud akauntabiliti kerajaan, akses yang sama ke muka pengadilan, badan kehakiman yang cekap dan undang-undang yang jelas, undang-undang umumnya stabil dan perlindungan hak asasi manusia. Kita mempunyai semua prinsip pengisisan kedaulatan undang-undang ini dalam Perlembagaan walaupun kita tidak mempunyai peruntukan khusus yang menyebut mengenai kedaulatan undang-undang. Dari segi sejarah Perlembagaan, pada awal penggubalannya, dalam deraf Perlembagaan, prinsip kedaulatan undang-undang ini dinyatakan dengan jelas dalam satu daripada peruntukan Perlembagaan. Namun, selepas perbahasan, peruntukan berkenaan digugurkan daripada deraf terakhir Perlembagaan Persekutuan. Justeru, dalam memenuhi konsep kedaulatan undang-undang kita terpaksa melihat kepada keseluruhan peruntukan perlembagaan dengan 'menarik keluar' prinsip yang boleh dikelaskan sebagai prinsip kedaulatan undang-undang. Prinsip kedaulatan undang-undang berkaitan hak asasi ada dalam Bahagian II Perlembagaan, kebebasan kehakiman ada dalam Perkara 125 dan beberapa peruntukan lain. Prinsip Kebertanggungjawaban kerajaan ada dalam Perkara 43(3) Perlembagaan yang menyatakan bahawa kerajaan bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen. Undang-undang yang tidak berkesan ke belakang ada dalam Perkara 7 Perlembagaan sebagai sebahagian kebebasan asasi. Undang-undang yang jelas dan stabil dapat dilihat dalam amalan. Ia tidak dibukukan dalam bentuk peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Garis panduan jelas Berkaitan konsep kedaulatan undang-undang dan prinsip pentadbiran Islam, kedua-duanya tidak jauh beza. Islam meletakkan garis panduan jelas kepada tanggungjawab pemerintah dan rakyat. Sebagai contoh ketara, Islam mensyariatkan perbincangan dalam konsep syura. Islam meletakkan tanggungjawab pemerintah untuk menghormati yang diperintah dengan meletakkan hak-hak tertentu dan meletakkan juga tanggungjawab pemerintah untuk taat kepada perintah Allah. Oleh itu, semua prinsip dalam konsep kedaulatan undang-undang itu wujud dalam sistem pentadbiran Islam. Pada umumnya, prinsip pentadbiran Islam tidak jauh beza daripada prinsip kedaulatan undang-undang dimasyhurkan Barat itu. Perbezaan ketara hanya berkisar sekitar sumber konsep berkenaan. Mungkin ulama atau cendekiawan Islam perlu bekerja dan berfikir lebih kuat untuk berijtihad dan menjelaskan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang yang berasaskan wahyu Allah itu lebih baik dalam aplikasinya.

Selanjutnya di :http://www.bharian.com.my/node/53148

ARKIB : 15/01/2013Permulaan baharu untuk Malaysia

Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucaptama Perasmian Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi Hak dan Tanggungjawab: Harapan Dengan Cabaran di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMAPertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara, Razak School of Government serta Institut Terjemahan dan Buku Negara atas penganjuran bersama persidangan hari ini.Sebagai individu yang percaya terhadap manfaat daripada perbincangan dan polemik yang dinamik terhadap isu dan idea yang melibatkan kepentingan umum, saya yakin perbincangan yang bakal berlangsung dalam seminar tentang perimbangan Hak dan Tanggungjawab; Kebebasan dan Keselamatan ini akan mencetuskan kefahaman yang lebih jelas mengenai perubahan yang sedang berlaku dan hala tuju masa depannya di Malaysia.Sebagai rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana semenjak memperoleh kemerdekaan lebih lima puluh lima tahun dahulu kita telah hidup dalam suasana yang aman dan makmur. Bagi memastikan apa yang kita warisi hari ini terus dinikmati generasi mendatang misalnya, sistem demokrasi berparlimen, sistem persekutuan dan Raja Berperlembagaan, maka bapa-bapa pengasas negara telah terpaksa menghadapi serta menangani dengan jayanya pelbagai ancaman dan cabaran termasuklah komunisme, konfrontasi, gejala perkauman, kerapuhan perpaduan nasional dan kemiskinan.Keupayaan kita untuk membina sebuah negara majmuk yang berjaya tanpa mengorbankan prinsip teras demokrasi menjadikan negara kita sebagai salah satu daripada hanya beberapa buah negara dalam dunia yang berupaya untuk berbuat demikian.Sejarah menunjukkan amalan demokrasi di negara ini tidak pernah terputus semenjak rakyat buat kali pertamanya mengundi sebagai sebuah negara merdeka pada tahun 1959 kecuali untuk tempoh kurang dua tahun apabila negara diletakkan di bawah pemerintahan MAGERAN pasca tragedi 13 Mei 1969. Jika boleh saya kongsikan pengalaman peribadi di sini.Ketika ayahanda saya dilantik sebagai Pengarah MAGERAN, beliau tidak sabar-sabar untuk mengembalikan kuasa kepada Parlimen. Sejarah juga menjadi saksi bahawa tidak pernah ada kudeta tentera di Malaysia kerana prinsipcivilian supremacysentiasa difahami dan dihormati semua pihak, begitu juga tidak pernah ada dan tidak mungkin akan ada sistem satu parti di Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai sudut pandangan berbeza yang sihat.Bagi generasi hari ini, guna untuk menyongsong obor ini kepada generasi berikutnya, amat penting untuk kita memahami mengapa, bagaimana dan dalam situasi apakah peraturan dan dasar tertentu diwujudkan. Kadang kala kita lupa bahawa kesepaduan sosial yang yang dirintis oleh nenek moyang kita dan yang kita kecapi hari ini sebenarnya masih lagi rapuh.Kesepaduan sosial ini boleh hancur pada bila-bila masa jika kita tidak berhati-hati menangani dan menguruskannya. Dengan kesedaran ini, pemimpin terdahulu sentiasa berusaha bagi mencapai keseimbangan yang betul bagi melindungi hak individu di samping memastikan terpeliharanya kepentingan kolektif demi kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.Kedaulatan undang-undang merupakan asas sebuah masyarakat demokratik. Ia mengikat kita sebagai sebuah negara, ia menentukan perhubungan mengikut lunas undang-undang antara individu dan individu, serta antara warganegara dan kerajaan.Ia merupakan prinsip yang penting bersama-sama ketinggian Perlembagaan dan kebebasan kehakiman bagi memastikan setiap orang dilindungi dengan sewajarnya. Kerajaan akan tetap komited bagi mempertahan dan memelihara ketiga-tiga prinsip asasi ini.Amalan demokrasi telah diwujudkan semenjak penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Kepentingan semua etnik dan agama yang pelbagai telah dilindungi.Semuanya diberikan hak yang sama untuk mengundi dan diundi ke jawatan yang dipilih serta mendapatkan kebebasan asasi seperti kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing dengan bebas, hak untuk perlindungan undang-undang yang sama rata serta hak untuk mendapatkan pekerjaan, pendidikan dan pemerolehan harta.Dengan berbuat demikian, kita mempertahan dan meraikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan dan bukannya punca kelemahan. Mengekalkan keamanan menjadi perkara paling utama. Kita telah mengadakan 12 pilihan raya umum sejak kemerdekaan dan semuanya diadakan dalam penjadualan pilihan raya seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Peralihan kuasa, berikutan daripada pilihan raya, telah berlangsung dengan aman. Inilah tradisi kita.Bagi kerajaan, tindakan meminda, memansuhkan dan menukar undang-undang serta pengisytiharan tidak diasaskan berdasarkan keuntungan politik ataupolitical expediencysebaliknya kerajaan meminda, memansuh dan menukar undang-undang setelah menyelami aspirasi rakyat, setelah merasai denyut nadi dan mendengar keluh kesah mereka, kesimpulannya kerana iathe right thing to do.Dalam usaha untuk menghindarkan negara kita daripada berakhir dengan huru-hara dan kekacauan, menjadi tanggungjawab kita sebagai pemimpin, ahli perundangan dan masyarakat madani untuk sentiasa memastikan hak dan kebebasan rakyat kita dilindungi, tetapi pada masa yang sama diseimbangkan dengan kepentingan kolektif.Konsep kebebasan, hak dan keselamatan adalah penting untuk mencapai keadilan sosial. Penting untuk diingati bahawa hak seseorang individu dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat tidak boleh diasingkan kerana masyarakat menggambarkan seseorang individu tersebut. Jika kesejahteraan masyarakat terjaga, kesejahteraan individu juga akan turut terjaga. Inilah intipati keadilan - semuanya mempunyai tempat dan had yang sewajarnya.Pada masa ini, kita sering mendengar perkataan 'kebebasan' digunakan sebagai bermaksud kebebasan individu semata-mata, dan bagaimana dengan mempunyai kebebasan yang mutlak menjadi suatu manifestasi keadilan. Kita telah menyaksikan susur galur bagaimana dalam rangka mengejar kebebasan bersuara individu di sesetengah negara, ia telah mencabuli hak orang lain, yang akhirnya telah mengakibatkan reaksi yang negatif.Seringkali diperbahaskan sejauh manakah seseorang individu mempunyai kebebasan mutlak dalam melaksanakan haknya seperti yang dijamin oleh undang-undang. Ia mungkin kelihatan jelas dan mudah bagi menjawab persoalan ini, tetapi sejarah dan pengalaman telah menunjukkan bahawa kerap kali keseimbangan yang berimbang mesti dicapai antara hak individu dengan kepentingan kolektif. Bukan sahaja bagi Malaysia, tetapi bagi setiap masyarakat demokratik di dunia. Saya berharap agar persidangan ini akan berupaya mengungkap cabaran yang akan dihadapi dalam proses ini.Kerajaan sentiasa komited bagi melahirkan persekitaran undang-undang yang lebih menyokong hak asasi manusia, dan dengan itu kami telah memansuhkan undang-undang yang sebelum ini menimbulkan polemik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 manakala Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah dipinda sebagai memastikan bahawa janji telah ditepati.Pihak Kerajaan juga telah meminda Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan menggubal serta menguatkuasakan Akta Perhimpunan Aman 2012.Bahawa perhimpunan yang berlaku semalam (Sabtu) di Stadium Merdeka berlangsung secara aman ialah testimoni kepada kemampuan semua pihak, tidak kira pihak berkuasa mahupun pihak penganjur untuk mematuhi peruntukan dan semangat Akta yang ada. Tahniah di atas profesionalisme yang dipamerkan pihak berkuasa.Pada 16 April 2012, kerajaan telah mengumumkan bahawa kami akan mengkaji sepenuhnya Akta Hasutan 1948 untuk digantikan dengan rang undang-undang bertajuk Akta Keharmonian Nasional. Penggantian ini adalah untuk mewujudkan mekanisme bagi mempertahankan kebebasan bersuara rakyat di samping terus memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.Contoh-contoh ini menunjukkan kesungguhan di pihak kerajaan hari ini mengambil berat tentang kepentingan dan hak rakyat, sentiasa terbuka menerima setiap cadangan dan saranan demi menjadikan kita sebuah masyarakat yang lebih progresif.Pihak kerajaan juga sedar bahawa undang-undang tentang kebebasan awam dan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan proses dan amalan demokrasi yang bukan sahaja selaras dengan norma antarabangsa tetapi juga bertunjangkan sistem budaya, nilai dan norma kita.Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi negara yang dilaksanakan hari ini disempurnakan oleh pelaksanaan Program Transformasi Politik.Program Transformasi Politik bermula dengan penghapusan undang-undang yang dikira tidak relevan dengan kehendak masa dan kematangan rakyat. Pengenalan undang-undang baru dan penambahbaikan undang-undang sedia ada yang lebih mencerminkan status kita sebagai sebuah masyarakat dan negara yang matang telah dilakukan.Menjelang tahun 2020, kita perlu maju bukan sahaja dalam aspek angka tunjuk ekonomi tetapi juga perlu memastikan "Persaingan idea" yang sihat berlaku dalam semua spektrum. Pihak kerajaan senantiasa bersikap terbuka terhadap idea dan pendapat yang berbeza.Itulah sebabnya kita berkumpul di sini - untuk kita menyampaikan, mendengar, dan berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan.Kita tidak lagi berpegang pada prinsip "Kerajaan lebih mengetahui" sebaliknya, kita menekankan pewujudan masyarakat terbuka dan inovatif yang juga merupakan salah satu ciri demokrasi sebenar.Pengalaman peribadi yang setiap daripada kita alami adalah sesuatu yang penting dalam membentuk pengalaman keseluruhan masyarakat. Pengalaman peribadi dengan mudah boleh menjadi memori kolektif, terutamanya kerana kita semua berkongsi pendedahan yang serupa.Dengan kemajuan teknologi, terutamanya internet dan media sosial, pengalaman peribadi boleh menjadi satu bentuk memori kolektif yang pantas.Idea boleh tersebar dari satu tempat ke satu tempat lain dengan hanya mengklik tetikus dan mempengaruhi begitu banyak minda dalam masa yang singkat. Cara kita mengingati pengalaman sendiri dapat mempengaruhi pemikiran dan mengubah norma dan nilai kita.Pada zaman yang berubah dengan pantas, bagaimanakah harus kita menanganinya? Bagaimanakah dasar awam dapat disesuaikan dengan perubahan masyarakat? Saya menaruh harapan yang besar supaya persoalan ini akan terjawab dalam persidangan ini.Dalam usaha menjadi sebuah negara maju, kita perlu merenung masa lampau supaya dapat benar-benar memahami langkah yang masih perlu diambil dan kesilapan yang perlu dielakkan. Tahun 2020 sudah semakin hampir, dan kita perlu bergerak pantas. Pada masa yang sama, kita perlu memastikan laluan ke arah transformasi tidak dipandang sambil lewa atau dianggap ringan.Setiap orang perlu terlibat dan bertanggungjawab membentuk Malaysia yang baharu demi kebaikan yang lebih besar bagi semua masyarakat. Kita perlu bijak berfikir dan memilih langkah.Kita memerlukan kesabaran dan ketabahan bagi mencapai matlamat kita. Lebih lima dekad telah diharungi untuk membentuk negara kita yang tercinta tetapi sekali sahaja tersilap langkah boleh mengancam negara sehingga mampu memusnahkannya.Saya berharap agar persidangan ini akan berupaya memberi penjelasan tentang matlamat dan cabaran dalam mengubah undang-undang kita bagi membolehkan perlindungan hak asasi dan kebebasan yang lebih baik dilaksanakan, tanpa menjejaskan prinsip moral, keamanan dan keselamatan rakyat di negara ini.Kerajaan komited bagi meneruskan jalan islah dan transformasi sama ada ia bersifat politik, kerajaan mahupun ekonomi.Jalan regresif dan statik bukanlah satu opsyen. Dengan mengambil kira semua perkara ini, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menghasilkan perbincangan yang produktif dalam beberapa hari ini.Saya dengan sukacitanya mengisytiharkan "Persidangan Transformasi Perundangan Keselamatan dan Hak Asasi" dibuka dengan rasminya.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130115/re_01/Permulaan-baharu-untuk-Malaysia#ixzz3ZeDSZbSw Utusan Melayu (M) Bhd