doa karnival ppim 2015.doc

3
DOA KARNIVAL PPIM 2015 لاة ص ل ، وا حات ل صا ل م ا ت ت ه ت م ع ن ت ي ه الذ ل ل مذ ح ل ا# ن ي ع م ج) ه ا حاب ص) له وا- ى ا عل و# ن مي) لا ا ا ن ل و س ى ر عل لام س ل وا. Ya Allah, Ya Tuhan kami Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan,di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan. Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Puteri Pergerakan Islam Daerah Raub pada hari ini . Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar Sesungguhnya pada petang ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu. Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim, bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan ketrampilan sahsiah dan kemahiran anak-anak didik kami . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun

Upload: azran-jaafar

Post on 03-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOA KARNIVAL PPIM 2015.doc

DOA KARNIVAL PPIM 2015

الـحمد لله الذي بنعمته تتم الصالـحات ، والصالة والسالم على رسولنا األمين وعلى

. آله وأصحابه أجـمعينYa Allah, Ya Tuhan kami

Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang

berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak

menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala

pemerintahan,di tangan Engkau segala kebajikan, kepada

Engkaulah kembali segala urusan.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah

mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Puteri

Pergerakan Islam Daerah Raub pada hari ini .

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar

Sesungguhnya pada petang ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.

Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan

keredhaan-Mu. Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,

bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan

buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan

ketrampilan sahsiah dan kemahiran anak-anak didik kami .

Ya Allah

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-

usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang

cemerlang, pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam

aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu

melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di

akhirat.

Page 2: DOA KARNIVAL PPIM 2015.doc

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas

bersegera melakukan kebaikan, dan jadikanlah kami orang yang

mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera

meninggalkan keburukan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami

yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala

kebajikan dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada

melakukan keburukan .

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan

hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami

dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan

yang diberkati dan dirahmati dan jadikanlah perpisahan kami

selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada

segala bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب

العالـمين