doa belajar dan periksa

3
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji- pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia- mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda d an para sahabat sekalian. Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Ya Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan orang- orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba- hambaMu yang soleh. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan. Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani. Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa. Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu,

Upload: seorang-pencinta-pencipta

Post on 06-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

doa

TRANSCRIPT

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-

pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-

mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga

baginda dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad

suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan

kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan

yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau

angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau

sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup

dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan

anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai

Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan orang-

orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam

pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-

hambaMu yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan

orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka

daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang

arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di

dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta�wil dan tunjukkanlah

mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para

nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat,

wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah

bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada

mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara

yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada

membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu,

sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah

pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat , wahai

Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka

dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu,

dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah

mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit,

dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang

mengasihani.

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli

keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah

Tuhan seru sekalian alam".

Doa untuk mengulangkaji

  +ن( -ي .ي 0ب الن ف(ه+م( 8ك( (ل أ س+) أ -ي+ .ن إ 0ه8م0 (لل                    ا

+ن( .ي ب +م8ق(ر0 ال (ة. .ك (ئ +م(ال و(ال +ن( .ي ل س( +م8ر+ ال                   و(ح.ف+ظ(  +ر.ك( .ذ.ك ب ا Oع(ام.ر .ي+ ان ل.س( اج+ع(ل+ 0ه8م0 (لل                 ا Wر+ ق(د.ي اء8 (ش( ت م(ا ع(ل(ى 0ك( .ن إ ، .ك( (ت ي .خ(ش+ ب Oا +ئ .ي م(ل .ي+ +ب              و(ق(ل

“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir.

Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu,hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu.

Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa ketika masuk bilik peperiksaan

hص.د+ق م8د+خ(ل( .ي +ن ل (د+خ. أ ب- ر(                        و(ق8ل+  hص.د+ق ج( م8خ+ر( .ي (خ+ر.ج+ن                        و(أ

  ا Oص.ير) ن Oا ل+ط(ان س8 +ك( (د8ن ل م.ن+ ل.ي                  و(اج+ع(ل+

“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,

 serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;

dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”