disiplin asertif

23
Disiplin Asertif Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh guru untuk menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin asertif ini dapat diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya. Pengenalan Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya. Menetapkan peraturan Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah. Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama- sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally. Peneguhan Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan,

Upload: anonymous-zp6xsr74b

Post on 05-Sep-2015

273 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

dokumen sangat membantu untuk matapelajaran EDU. ia merupakan salah satu model tingkah laku murid-murid.nota ini membantu untuk membuat tugasan intituisi dan sebagainya.

TRANSCRIPT

Disiplin AsertifTeori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh guru untuk menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin asertif ini dapat diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya.

Pengenalan

Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya.

Menetapkan peraturan

Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah.

Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya.

Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.

Peneguhan

Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujianatau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Hijau, bukannya semua murid akan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang ditetapkan. Malahan terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar kerja rumah mereka.

Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan berubah sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau menyiapkan kerja rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru.

Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar kerja rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan.

Pendekatan asertif

Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan.

Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.

Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, peraturan kelas kita ialah angkat tangan unutuk menjawab soalan atau angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan memanggil awak. Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

Tindakan pembetulan

Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid.

Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah denagn peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan.

Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan/akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.

Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan, pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. Nescaya jika cara-cara ini diaplikasikan dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan.

Pengenalan tingkah laku dan emosi kanak-kanakTingkahlaku dan emosi kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan namun saling berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang jujur dan tidak bijak menyembunyikan perasaannya. Sebab itulah kanak-kanakbersifat telus sehingga ia boleh menjadi saksi kejadian dalam prosiding mahkamah.Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep diri yang positif makaberupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik pula , tingkah laku adalah aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.

Menurut Lewis M.Beaker(2001) tingkah laku adalahsebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.Menurut Al-Ghazali tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri iaitu setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Ianya didorong oleh keperluan fisiologi atau emosi seperti rasa lapar atau cinta kepada Allah.Emosi pula adalah suatu ekspresi perasaan atau naluri yang kuat seperti gembira, sedih, marah, sayang, cemburu dan lain-lain. Perasaan ini pula selalunya akan diluahkan melalui tingkah laku sama ada tingkah laku positif mahu pun negatif.

1.0.MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.1.Model Asertif Center (1976)Model Asertif Lee Center (1976) menekankan peraturan dalam bilik darjah sebagai satu langkah mengurus tingkah laku murid. Peranan guru adalah memastikan semua murid dapat mengikuti segala peraturan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Dengan cara ini, guru dapat mengajar tanpa sebarang gangguan manakala murid dapat belajar dengan selesa.

Guru yang asertif adalah tidak pasif dan juga tidak agresif. Tetapi guru asertif adalah guru yang konsisten dan tegar dalam mengambil tindakan yang sesuai ke atas tingkah laku murid berpandukan peraturan yang telah digariskan. Model ini lebih kepada menghukum murid jika melangggar peraturan. Sebagai contoh, guru mencatat nama murid yang suka mengganggu guru ketika sedang mengajar dan kemudiannya memangggil penjaga murid datang ke sekolah untuk berjumpa guru. Mungkin cara ini berkesan hanya untuk seketika dan bersifat luaran. Kebanyakkan murid prasekolah keliru jika model pengurusan Center ini dijalankan di sekolah. Ini kerana mereka tidak jelas mengenai kesalahan sebenar yang mereka lakukan. Tambahan pula, disiplin yang ditekankan hanyalah berkesan jika ia berada di sekolah kerana takut dihukum. Mereka tiada kesedaran dalaman dan tidak membantu murid bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

1.2.Model Terapi Glasser

Model ini adalah suatu pendekatan motivasi dalaman yang membimbing kanak-kanak ke jalan yang dipilih. Pembimbing akan memberi pilihan uuntuk murid memilih dan memberitahu risiko dan akibat pilihan tersebut. William Glasser percaya bahawa sekiranya keperluan kanak-kanak dipenuhi, kanak-kanak tidak akan melanggar peraturan. Ini bermakna jika sekolah dan keluarga memenuhi keperluan kanak-kanak, mereka akan berasa dihargai dan selamat. Keperluan yang dimaksudkan oleh Glasser adalah kuasa, kebebasan dan berjenaka atau keseronokan.

Sekolah harus melibatkan murid dalam memilih sesuatu perkara. Contohnya guru harus bertanyakan mengenai bahan bantu mengajar yang akan digunakan pada esok hari. Murid akan berbincang secara bimbingan guru sama ada menggunakan aktiviti permainan, LCD, kad imbasan dan sebagainya. Mereka akan mempunyai perasaan memiliki( sense of belonging)dan seterusnya seronok dalam pembelajaran. Begitu juga dengan peraturan dalam kelas, kanak-kanak harus dilibatkan dengan penggubalan peraturan kelas serta membuat perjanjian kelas akan menuruti segala peraturan yang dibuat. Peraturan yang dibuat bersama akan membuatkan murid berasa bertanggungjawab kerana mereka telah menggubal sendiri peraturan tersebut. Tanamkan semangat cintakan kelas melalui pelbagai aktiviti seperti menghias kelas. Cara ini dapat mewujudkan rasa memiliki dan murid akan sayang kepada kelas. Kesan posotif daripada itu, guru akan kurang mengenakan hukuman manakala murid akan seronok ke sekolah setiap hari.1.3.Model Ginott

Ginott percaya bahawa pengelolaan iklim mempengaruhi tingkah laku. Beliau memperkenalkan 6 konsep dalam model ini iaitu berkomunikasi dengan murid, menggalakkan disiplin kendiri, tidak melabel murid, tidak menilai murid terlalu awal, menyebut nama murid dan menggalakkan penglibatan murid.Menurut Ginott, guru perlu menggunakan bahasa atau arahan yang jelas serta bersopan. Komunikasi adalah kunci kepada hubungan guru dan murid. Murid akan berasa selesa dan dihargai meskipun mereka telah membuat salah. Murid akan berusaha untuk belajar daripada kesilapan jika guru memahami situasi murid. Ginott juga berpendapat, guru harus mengelakkan hukuman terhadap murid sebaliknya bercakap dengan murid yang bersalah. Guru juga dinasihatkan agar tidak menggunakan kata-kata kesat apabila murid melakukan kesalahan kerana ini akan menimbulkan dendam terhadap guru. Murid harus dibimbing daripada dikritik atau dipersalahkan. Ini kerana mereka masih keliru dengan perkaran yang dilakukan sama ada ianya betul atau salah. Murid juga akan berasa gembira dan dihargai apabila guru memangggil namanya dan bukannya dengan panggilan kamu,awak atau kau. Elakkan melabel murid contohnya Tina, mana buku latihan awak?Awak ni pemalas la!. Kata-kata ini akan menyebabkan murid merendah diri dan menganggap kata-kata guru itu benar. Kesannya, esok dan seterusnya murid itu tidak melakukan kerja rumah dan enggan ke sekolah kerana percaya bahawa dirinya malas. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses berterusan yang perlu dilalui sepanjang hayat.

1.4.Model Bandura

Bandura percaya bahawa manusia belajar daripada pemerhatikan dan peniruan perlakuan orang lain. Pemerhatian model penting dalam pembelajaran. Peneguhan dalam pemodelan dapat mendorong pembelajaran. Dalam uji kaji anak patung Bobo, jelas menggambarkan bahawa kanak-kanak adalah insan yang suka meniru. Jika kanak-kanak sering melihat tingkah laku agresif, kemungkinan besar kanak-kanak itu juga agresif. Begitu juga sebaliknya. Dalam uji kaji tersebut kanak-kanak yang melihat seorang dewasa memukul anak patung tersebut akan memukul 2 kali ganda kuat dan kasar daripada model tersebut. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak mempunyai model hanya berdiam diri sahaja tanpa mengapa-apakan patung tersebut. jelaslah bahawa guru dan orang dewasa harus menjadi contoh yang baik dalam mengacu tingkah laku positif kanak-kanak. Jika ibu bapa seorang yang santun dan berbudi bahasa, maka anak mereka juga akan meniru kesantunan ibu bapanya.

Saya juga membuat pemerhatian ke atas jiran dan sepupu saya untuk membuktikan bahawa teori Bandura ini adalah benar. Jiran saya mempunyai ibu yang sangat garang, suka menjerit, mencari kesalahan anak sendiri dan menghamburkan kata-kata tidak enak kepada anak-anaknya jika melakukan kesalahan. Kesannya kesemua anaknya suka menjerit dan menangis. Sebaliknya sepupu saya yang mempunyai lima orang anak sungguh sabar dengan kelakuan anaknya. Sepupu saya bercakap dengan nada yang rendah serta berbudi bahasa dengan anak-anaknya. Jika anaknya melakukan kesalahan, si ibu akan bercakap dengan nada yang tegas tetapi dengan bahasa yang santun. Alhamdulillah anak-anaknya juga santun dan beradab serta menutup aurat meskipun masih kecil.

Model-model Disiplin Bilik Darjah1.0PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif. Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.

2.0KONSEP DISIPLINPerkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner,Model Disiplin Asertif Canter,Model Akibat Logikal Dreikurs,Model Pengurusan Kelompok Kounin,Model Terapi Realiti Glasser

2.1Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. SkinnerSecara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner.Model ini menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku.(HalizaHamzah,JoyNesamalarSamuel,Pengurusan Bilik Darjah, 2008 ). Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan.Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif pula berlaku apabila rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi.Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya,Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada pelajar.Pelajar berhenti membuat bising dalamkelas. Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

2.2Model Disiplin Asertif CanterLee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive Discipline: A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid:bertindak tenangkonsistenBerikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.Beri peluang murid luahkan perasaan.Teguran langsung kepada murid peringkat rendahTegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

2.3Model Akibat Logikal DreikursFokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah:1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang salah.2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal pasti punca kelakuan mereka.4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya.Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

2.4Model Pengurusan Kelompok Kounin.Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep Riak - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah:1)Bertindih (overlapping) :Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.2)Merangkumi semua (withitness):Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.3)Momentum (momentum) :Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.4)Kelancaran (smoothness) :Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.5)Fokus kumpulan (group focus) :Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid sedang diberikan.6)Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti berikut:Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagaikesan riak(ripple effect).Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagaiwithitness,sesuatu istilah yang dicipta oleh Kounin.Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan.Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran optimal berlaku.Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

2.5Model Terapi Realiti GlasserDiperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:Setiap individubertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.Setiap individuberupaya untuk berubah dan hidup secara berkesansekiranya diberikan bimbingan dan sokongan.Setiap individubertingkah laku mengikut cara tertentuagar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklahmelapangkan masauntuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlumempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikanlatihan dalam kelas yang menarikdan binahubungan yang positifdengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan carapenyoalan. Guru juga perlu mengadakanperbincangandengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positifdengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakantime-outdalam bilik darjah. Murid dihantar ke satulokasi yang selesatetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklahmenghubungi ibu bapauntuk berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepadapihak berkuasa.

Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:Membantu murid membuat pilihan yang wajarMengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadiMenangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampauMemerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku merekaMembantu murid merancang ke arah perubahan tingkah lakuPercaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif

3.0LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLINPeranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin kompleks dengan berkembangnya dunia pendidikan era ini. Masalah-masalah disiplin sering berlaku di dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan segera dan pantas.Masalah disiplin seperti meniru kerja, menipu, kurang memberikan respons ketika sesi soal jawab, meninggalkan bilik darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada guru, sememangnya dapat di atasi dengan mudah jika guru menggunakan beberapa langkah yang telah di sarankan oleh para cerdik pandai sebagai panduan melalui model-model pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan. Sebagai seorang guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang lebih baik atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang baik dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas.Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara guru dan murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,

3.1Membina hubungan positif antara guru dan murid.Building meaningful and genuine relationships with and among your students is an essential aspect creating a learning environment that support their learning and promotes their positive classroom behaviour (McAdams & Lambie 2003; Schaps,2003). Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil bagi menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina hubungan positif dengan murid bermula daripada hari pertama penggal persekolahan sepertimana turut disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa hormat murid kepada guru.Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.Guru akan dipandang tinggi oleh murid-murid dan membawa kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh yang demikian mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku lagi. Hal ini kerana murid-murid akan memberi kerjasama kepada guru. Hubungan yang baik antara guru-murid akan memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Seterusnya membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu guru dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajar sekaligus mengurangkan masalah disiplin.Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya tidak memanggil murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan menunding jari dan panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh ialah Kamu yang pakai cermin mata tu........atauPoh Bedah, banyak sangat ye kamu bercakap......atau Awak yang mata sepet tu.......Sebaliknya berlaku pabila guru mentgingati nama murid dan memanggil mereka dengan panggilan yang betul. Mereka akan merasakan guru sedar akan kewujudan mereka didalam kelas disamping menunjukkan usaha guru untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal ini akan menolong guru untuk mengawal tingkah laku murid didalam kelasnya.Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat hubungan positif antara guru-murid sekaligus membantu guru untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah ialah guru menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan sikap mengambil berat tehadap keperluan murid-muridnya. Kebiasaannya murid-murid melakukan masalah disiplin kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan muri-murid gagal memenuhi keprluan-keperluan asas mereka disekolah antaranya ialah rasa dipunyai dan disayangi. Menurut Glasser kebanyakan perencanaan pengurusan bilik darjah berlaku dengan salah sebagaimana yang beliau katakan, We are far too concerned with discipline, with how to make student follow rules, and not enough with concerned with providing the satisfiying education that would make our ever concerned with discipline unnecessaray. Oleh itu hubungan baik antara guru-murid adalah amat penting bagi memenuhi keperluan-keperluan asas murid dan membantu dalam mengurangkan masalah dalam bilik darjah.Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu mengelak daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah dinyatakan oleh Glasser iaitu mengkritik, suka mencari kesalahan murid, kuat merungut, menggugut, kuat berleter, suka mendenda dan kerap memberikan ganjaran. 3.2Menetapkan set peraturan bilik darjah.Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu berbincang dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari semasa ke semasa, guru boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk dan dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa gangguan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang yang jelas di dalam bilik darjah.Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.Walhal begitu, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam memahami dan mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang dibentuk seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Disamping memberi peluang kepada guru untuk mengambil kesempatan untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu mengambil perhatian terhadap bilangan peraturan. Peraturan metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan yang terlalu banyak boleh mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah diselarikan dengan peraturan sekolah. Contoh peraturan ialah :Peraturan Kelas 2 Amanaha)Menghormati guru dan rakan-rakan yang lainb)Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.c)Tidak boleh meniru kerja rumah rakan lain.d)Menepati masa.e)Menjaga kebersihan bilik darjahf)Mematuhi peraturan sekolah.

3.3Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid.Langkah seterusnya merupakan langkah yang penting bagi memastikan peraturan yang telah ditetapkan bersama murid-murid semasa langkah kedua terlaksana dengan berjaya. Guru perlu mengajar dan membimbing murid-murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam Model Asertif Canter. Langkah pertama yang boleh digunakan untuk menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid ialah dengan menerangkan kenapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Sebagai contoh guru menerangkan kepada murid bahawa meniru kerja rumah rakanyang lain sebenarnya membawa kerugian kepada diri murid itu sendiri. Mereka tidak dapat menguasai sub topik yang di ajar oleh guru. Terlalu kerap meninggalkan bilik darjah pula akan mengakibatkan mereka ketinggalan maklumat-maklumat dan isi pelajaran yang penting. Seterusnya guru memberi penerangan bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan. Contohnya guru menghadkan murid ke tandas sekali sahaja untuk suatu mata pelajaran kecuali hal-hal kecemasan. Guru perlu meastikan samada murid faham atau tidak peraturan yag telah di terangkan. Hal ini kerana, jika murid tidak memahami peraturan yang telah ditetapkan, mereka mungkin akan mengulangi kesalahan disiplin yang sama. Tingkah laku yang diingini pasti tidak dapat di bentuk. Kemudian, guru memaklumkan tentang ganjaran yang diterima jika mereka mematuhi peraturan bilik darjah. Pada peringkat ini guru boleh memberi pengiktirafan bagi yang mematuhi peraturan dan mengenakan tindakan pembetulan bagi kepada sesiapa yang melanggar peraturan sepertimana yang disarankan oleh Canter. Canter mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada muri-murid antaranya ialah kenakan tindakan pembetulan keatas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang. Sebagai contoh,Firdaus awak telah meniru kerja rumah Janah, kamu telah memilih untuk membuat 10 soalan yang lain yang akan saya berikan.Seterusnya tindakan tersebut haruslah konsisten iaitu tindakan yang sama dikenakan pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh mana-mana murid. Guru juga memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan. Murid-murid mungkin melakukan kesalahan akibat tertekan atau faktor luar seperti masalah di rumah, mangsa penderaan dan sebagainya.Penguhan boleh diberikan bagi mereka yang telah membuat perubahan tingkah laku. Seterusnya, langkah keenam untuk penerangan pelan pengurusan bilik darjah ialah guru perlu memastikan lagi sekali kefahaman murid terhadap pelan tersebut. Untuk menerangkan kepada murid, guru boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Pelan Pengurusan Bilik Dajah ini adalah bertujuan untuk memastikan murid memahami mengapa peraturan ditetapkan dan untuk memastikan murid faham bagaimana untuk melaksanakan peraturan tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan jika melanggarnya. Hal ini kerana, kadangkala masalah disiplin berlaku bukan kerana murid tersebut nakal atau bermasalah sebaliknya mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan disiplin dan tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh sebab itu Pelan ini penting untuk diterangkan kepada murid-murid kerana ia akan membatu mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Secara ringkasnya langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah boleh dirumuskan seperti dibawah:

Rajah 1 langkah-langkah Penerangan Pelan Bilik Darjah.

3.4Memberi teguran dan KaunselingSelain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa. Menurut Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah. Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara umum. Contohnya, 'Ali beri tumpuan. Nyatakan dengan lebih spesifik, Ali berhenti bercakap dengan Atan, dan beri respon kepada perkara yang kita bincangkan tadi. Guru juga perlu membimbing murid-murid agar saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin seperti meniru kerja rumah dan menipu dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan kesalahan disiplin seperti yang telah ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu menyelidik bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut tidak berubah kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini bertepatan dengan model Dreikurs yang menekankan supaya guru mengenal pasti punca masalah tingkah laku. Apabila guru telah berjaya mengenal pasti punca murid-murid melakukan masalah disiplin, guru boleh mengambil langkah seterusnya dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah dikemukakan oleh Glasser dalam Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini, guru perlu membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser mencadangkan guru untuk bertanya murid beberapa soalan seperti Apakah yang telah kamu lakukan yang telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah? , Apakah yang patut kamu lakukan sebenarnya? , dan Adakah perlakuan kamu boleh membantu kamu atau kelas kamu? Hal ini kerana, William Glasser berpendapat setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Glasser (1969) stresses that student must make value judgement about what they are doing. Until they realize that what they are doing is wrong, they must suffer the consequence of their behavior.Guru perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang tepat kerana setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, semasa proses kaunseling itu guru perlu murid perlu membantu murid untuk menilai apa yang telah mereka lakukan sehingga mereka faham bahawa perbuatan itu adalah salah.

3.5Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalahStrategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah-masalah disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran, suka meniru kerja rumah dan tidak menghormati rakan ialah guru menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yangmana dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu guru membentuk dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti bertanyakan soalan-soalan berikut:a)Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?b)Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?c)Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam bilik darjah contohnya: Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti. Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai sahabat yang baik dan disukai. Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai. Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat. Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid lain mengatakan bahawa dia tidak disukai. Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat menyusun dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya dalam mengajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Tanjng Gahai, Kuala Lipis semasa menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah, terdapat seorang murid yang selalu menganggu rakannya. Beliau sering mengejek dan memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid tadi. Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya saya bertanya mengapa kamu menganggu dia?. Segala persoalan terjawab apabila mereka memberitahu mereka tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam mengurangkan masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

3.6Kepelbagaian dalam pengajaranStrategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan murid-murid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang memopunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, guru perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu digunakan dalam subjek sains). Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus belajar. Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar mereka dapat memahami kepentingan topiktersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru boleh merujuk teori-teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan humanisme dalam membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan pelbagai.

3.7Menggunakan modifikasi tingkah lakuLangkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah disiplin dan tingkah laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku. Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnyamenghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah. Oleh itu, saya mencadangkan guru untuk menggunakan modofikasi tingkah laku seperti yang disarankan oleh B.F Skinner. Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat, menentukan strategi bertindak, merancang prosedur atau plan tindakan, melaksanakan strategi mengikut plan bertindak, menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu dan memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkahlaku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk melicinkan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman dan prinsip peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-elemen luaran ini berbentuk peneguhan-peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan yang ditekankan oleh Skinner iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong muridmurid memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu. Sebagai contoh, semua murid darjah Enam Melur membuat dan menyiapkan tugasan sendiri tetapi terdapat seorang murid yang bernama Ali meniru kerja rakan yang lain. Ali turut membuat bising dan menganggu rakan-rakan lain. Oleh yang demikian guru boleh memberi peneguhan ppositif kepada murid-murid yang membuat tugasan sendiri seperti pujian dan boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menghantar tugasan paling awal. Dalam masa yang sama, Ali yang merupakan seorang murid yang membuat bising, mengganggu rakan dan meniru kerja rumah ini di arahkan keluar dari kelas supaya aktiviti pembelajaran murid lain berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Murid-murid lain yang melihat keadaan itu pasti takut untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Ali. Mereka pasti berusaha menyiapkan kerja rumah dengan usaha sendiri. Melalui peneguhan positif dan negatif ini, guru dapat mengawal tingkah laku yang tidak diingini dan membentuk satu iklim bilik darjah yang kondusif bebas dari gangguan masalah disiplin.Selain peneguhan modifikasi tingkah laku boleh dijalankan dengan memberi dendaan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini seperti meniru kerja rumah, tidak menghormati guru dan dan sebagainya. Dendaan merupakan tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku negatif. Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengan menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat murid terhadap bidang tersebut. Oleh itu, saya berpendapat, guru tidak boleh mengunaan teknik dendaan yang kerap di dalam bilik darjah. Sebaliknya ia dikenakan apabila keadaan sudah tidak terkawal lagi seperti mendenda murid tersebut berdiri di luar kelas kerana sering datang lambat ke kelas walaupun telah diingatkan beberapa kali atau murid tersebut lewat melebihi setengah jam.Teknik seterusnya dalam modifikasi tingkah laku ialahreverse psyclogy yang merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang baik.Oleh yang demikian, modifikasi tingakah laku merupakan satu cadangan yang amat berkesan dalam menukarkan tingkah laku negatif kepada positif sekaligus mengurangkan masalah disiplin. Namun begitubagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.4.0Kesimpulan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.