demam denggi

11
DEMAM DENGGI

Upload: lohong

Post on 09-Jun-2015

1.865 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEMAM DENGGI

DEMAM DENGGI

Page 2: DEMAM DENGGI

NYAMUK AEDES BOLEH MEMBAWA MAUT

Demam Denggi adalah sejenis penyakit disebabkan virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini sangat merbahaya

kerana tiada ubat untuk merawatnya ketika ini dan boleh membawa maut.Sehubungan itu, cara paling berkesan untuk mencegah Demam Denggi

adalah dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Page 3: DEMAM DENGGI

RIWAYAT HIDUP NYAMUK AEDES

NYAMUK DEWASABerwarna hitam dengan corak sisikputih di seluruh badan. Hidup selama satubulan dan menghisap darah sebelum bertelur

Page 4: DEMAM DENGGI

TELURBerwarna hitam. Telur menetas

menjadi jentik-jentik dalam masa 1-3 hari

Page 5: DEMAM DENGGI

JENTIK-JENTIKMembiak dalam air jernih. Jentik-jentik menyalinkulit 4 kali dan bertambah besardalam masa 6-8 hari sebelum menjadi kepompong

Page 6: DEMAM DENGGI

KEPOMPONG BERBENTUK ” COMMA”BERGERAK AKTIF,PERINGKAT BERISTREHAT

DAN MENJADI NYAMUK DALAM MASA 1-2 HARI

Page 7: DEMAM DENGGI

KENALI NYAMUK AEDES

Page 8: DEMAM DENGGI

Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki.

Aktif menggigit mangsa pada awal pagi dan awal senja.

Hanya nyamuk Aedes betina sahaja boleh menyebarkan virus denggi.

Telur nyamuk Aedes akan melekat pada dinding bekas takungan air dan ianya boleh tahan selama 6 hingga 12 bulan tanpa air.Telur nyamuk Aedes akan menetas sebaik sahaja bekas tersebut diisi air semula.

Page 9: DEMAM DENGGI

MENGAWAL PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

•Pastikan pam tandas sentiasa berfungsi dan ditutup rapat

• Pastikan mangkuk tandas yang rosak tidak bertakung air

• Air yang disimpan di dalam bekas penyimpanan (baldi,tong, tempayan dan sebagainya ) perlu ditutup rapat supaya nayamuk aedes tidak dapat bertelur

•Air perlu diganti setiap minggu dalam bekas penyimpanan, perangkap semut,jambangan bunga,tempayan,kolam ikan kolah air dan bekas air minuman binatang peliharaan.Sebelum air diisi semula,bekas-bekas itu perlu diberus terlebih dahulu.

• Buang air dari piring alas pasu bunga seminggu sekali dan berus piring hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

Page 10: DEMAM DENGGI

TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Page 11: DEMAM DENGGI

• Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung )

• Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air

• Tanam semua bekas yang boleh menakung air seperti botol,tin kosong,tempurung kelapa,kulit koko,plastik minuman dan lain-lain.

• Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) ke dalam semua bekas penyimpanan tiga bulan sekali ( satu sudu teh = 10 gram untuk 20 gelen air )