contoh jurnal-reflektif

4
RAZALI BIN OTHMAN 2012 JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL SEPANJANG TEMPOH PERLAKSANAAN TUGAS. Isu 1. Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menyediakan tugasan powerpoint secara berpasangan. Di dalam powerpoint ini, tajuk pembentangan yang kami perolehi adalah Bahan Api. Pada awalnya, tajuk yang kami perolehi nampak mudah untuk diperolehi maklumatnya namun setelah beberapa hari mencari, didapati amatlah sukar untuk memperolehi isi-isi tentang tajuk ini. Dengan itu, kami terpaksa membahagikan tugas untuk mencari maklumat tentang bahan api seberapa banyak yang mungkin. 2. Untuk tugasan yang kedua, saya dan pasangan saya di kehendaki menerangkan kepada rakan-rakan di dalam kelas tentang tajuk yang kami perolehi. Walaupun nampak seperti topik yang mudah, namun apabila menggunakan dan melibatkan simbol-simbol, ini akan menyukarkan saya memandangkan saya bukanlah daripada pengajian sains tulen ketika di sekolah menengah. 3. Untuk tugasan yang ketiga, kami telah diminta melakukan amali secara berkumpulan. Walaupun saya sudah banyak kali melakukan amali, namun ini merupakan pengalaman pertama saya melakukan amali dengan tajuk yang di beri. Sebanyak 6 amali yang perlu di jalankan. Saya terpaksa melakukan dengan berhati-hati agar setiap amali yang di jalankan berjalan dengan baik. Analisis 1. Masalah ini timbul kerana saya kekurangan masa untuk mencari maklumat. Ini disebabkan komitmen kepada sekolah memandangkan sekolah baharu sahaja memasuki bulan 2, dimana merupakan bulan yang penuh dengan aktiviti sukan dan permainan. Memandangkan saya terlibat sebagai guru pengiring sukan, kebanyakan masa saya di habiskan buat sementara dengan aktiviti sukan. Peluang untuk kami bertemu dalam membincangkan powerpoint kami juga terbatas.

Upload: fywardaben

Post on 01-Feb-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENULISAN JURNAL

TRANSCRIPT

Page 1: contoh JURNAL-REFLEKTIF

RAZALI BIN OTHMAN 2012

JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL SEPANJANG TEMPOH PERLAKSANAAN TUGAS.

Isu

1. Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menyediakan tugasan

powerpoint secara berpasangan. Di dalam powerpoint ini, tajuk pembentangan yang

kami perolehi adalah Bahan Api. Pada awalnya, tajuk yang kami perolehi nampak

mudah untuk diperolehi maklumatnya namun setelah beberapa hari mencari,

didapati amatlah sukar untuk memperolehi isi-isi tentang tajuk ini. Dengan itu, kami

terpaksa membahagikan tugas untuk mencari maklumat tentang bahan api seberapa

banyak yang mungkin.

2. Untuk tugasan yang kedua, saya dan pasangan saya di kehendaki menerangkan

kepada rakan-rakan di dalam kelas tentang tajuk yang kami perolehi. Walaupun

nampak seperti topik yang mudah, namun apabila menggunakan dan melibatkan

simbol-simbol, ini akan menyukarkan saya memandangkan saya bukanlah daripada

pengajian sains tulen ketika di sekolah menengah.

3. Untuk tugasan yang ketiga, kami telah diminta melakukan amali secara

berkumpulan. Walaupun saya sudah banyak kali melakukan amali, namun ini

merupakan pengalaman pertama saya melakukan amali dengan tajuk yang di beri.

Sebanyak 6 amali yang perlu di jalankan. Saya terpaksa melakukan dengan berhati-

hati agar setiap amali yang di jalankan berjalan dengan baik.

Analisis

1. Masalah ini timbul kerana saya kekurangan masa untuk mencari maklumat. Ini

disebabkan komitmen kepada sekolah memandangkan sekolah baharu sahaja

memasuki bulan 2, dimana merupakan bulan yang penuh dengan aktiviti sukan dan

permainan. Memandangkan saya terlibat sebagai guru pengiring sukan, kebanyakan

masa saya di habiskan buat sementara dengan aktiviti sukan. Peluang untuk kami

bertemu dalam membincangkan powerpoint kami juga terbatas.

Page 2: contoh JURNAL-REFLEKTIF

RAZALI BIN OTHMAN 2012

2. Masalah ini timbul kerana saya dan rakan saya bukanlah dari pengajian sains

tulen di sekolah menengah. Ini merupakan pembelajaran yang baharu kepada saya.

Dan amatlah sukar difahami dalam masa yang singkat ditambah pula dengan

bebanan kerja di sekolah. Ini yang menyebabkan pembentangan kami mungkin

sedikit kekurangan. Walaupun begitu, kami tetap menyediakan powerpoint yang

terbaik untuk di kongsi dengan rakan-rakan.

3. Ketika melakukan amali, masalah yang saya hadapi adalah amat sedikit sekali

kerana saya melakukan amali bersama rakan-rakan di dalam satu kumpulan.

Dengan melakukan kerja berkumpulan, kerja menjadi lebih mudah dan senang.

Cadangan memperbaiki

1. Untuk mengatasi masalah ini, saya terpaksa melakukan kerja lebih masa di waktu

malam. Dengan cara ini sahajalah dapat membantu saya mendapatkan maklumat

tentang tajuk yang diperolehi. Saya juga meminta pertolongan rakan-rakan sekerja

mendapatkan serba sedikit maklumat. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya ia dapat

membantu saya mendapatkan bahan.

2. Untuk mengatasi masalah ini, saya melakukan ulangkaji dengan terperinci

seberapa kerap yang boleh. Memandangkan saya merupakan kumpulan kedua yang

membentangkan powerpoint ini, tidaklah banyak yang dapat saya pelajari. Walaupun

begitu, pada pendapat saya pengalaman dan pengetahuan serba sedikit yang

terdapat dalam diri saya banyak membantu saya ketika pembentangan.

3. Seperti yang jelaskan tadi, tiada masalah yang timbul ketika melakukan amali. Ini

kerana saya melakukan amali secara berkumpulan. Ini memudahkan saya

menjalankan amali yang akan di jalankan.

Tindakan susulan

1. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cuba membahagikan

masa agar dapat mencari maklumat yang di inginkan. Masa rehat terpaksa

dikurangkan begitu juga waktu tidur. Saya dapati inilah cara terbaik untuk saya

menyiapkan kerja ini.

Page 3: contoh JURNAL-REFLEKTIF

RAZALI BIN OTHMAN 2012

2. Sekiranya ada masa senggang diantara kelas, saya selalu meminta penerangan

daripada rakan sekolah saya yang arif dalam sains ini. Dengan pertolongan mereka,

dapatlah menambah pengetahuan saya.

kesimpulan

terima kasih di ucapkan kepada pensyarah, kawan-kawan, rakan sekerja dan juga

semua individu yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Alhamdulilah, akhirnya dapat di siapkan juga tugasan ini. Apa yang dapat

dirumuskan disini ialah, kerja yang berat akan menjadi mudah jika bekerjasama. Bak

kata pepatah “bersatu membawa maufakat” yang membawa maksud jika kita

bersatu, pasti hidup akan menjadi mudah.

REFLEKSI AKHIR

Sepanjang tempoh Latihan Mengajar di Sekolah Menengah Teknik Kulim (SMT

Kulim),saya telah mendapat seribu kenangan untuk dijadikan pengalaman sebagai

bekalan sebelummelangkah ke alam perkejaan sebenar. Selepas tamatnya latihan,

banyak pengalaman telahdapat saya kecapi. Walaupun sebahagian daripadanya

pahit namun terselit juga di antaranyaseribu satu kemanisan. Yang pasti, segala

kenangan dan pengalaman di SMT Kulim akansentiasa tersemat di hati sanubari

saya.Banyak pengalaman baru dapat saya rasai. Contohnya ialah semasa kali

pertamamenghadiri mesyuarat guru dan menjalankan proses P&P. Dalam P&P, saya

merasaipengalaman mengajar sebenar yang sudah pasti menjadi ingatan sepanjang

hayat. Saya sangat teruja walaupun gementar untuk mengajar kerana subjek yang

bakal saya ajar merupakansubjek yang amat saya minati dan merupakan salah satu

subjek yang saya kuasai sepanjangtempoh pengajian di UTHM. Namun begitu, tugas

untuk menyampaikan ilmu bukanlah sesuatuyg boleh dianggap mudah kerana

memerlukan sentuhan dalam P&P yang tidak sekadardipelajari di kelas tetapi

memerlukan usaha yg gigih da hati yang tabah. Terutamanya apabilamengajar

pelajar dari aliran Vokasional dan apatah lagi pelajar aliran Kemahiran. Saya

akuiamat sukar bagi saya yang berasal dari sekolah menengah harian, untuk

menyesuaikan diridengan suasana dan budaya sesebuah sekolah teknik. Dari segi

kokurikulum pula, saya merasasangat bertuah kerana berpeluang melibatkan diri

Page 4: contoh JURNAL-REFLEKTIF

RAZALI BIN OTHMAN 2012

secara aktif. Saya menjadi pembantu GuruPenasihat Persatuan Pengakap Sekolah,

dan juga pembantu jurulatih pasukan bola jaringSekolah. Walaupun agak sibuk

kerana terpaksa mengimbangi P&P dan aktiviti kokurikulum,semuanya merupakan

pengalaman yang perlu dihadapi oleh seorang pelatih untuk menjadiseorang guru

yang disegani.Saya akui bahawa saya juga mempunyai pelbagai kelemahan ketika

mengajar, namunkelemahan ini tidak saya anggap sebagai penghalang demi

menabur ilmu dan bakti kepadaanak2 bangsa. Untuk tujuan ini, saya telah

bermuhasabah diri dan tidak memandang negatif kepada kelemahan-kelemahan

saya itu. Di antara kelemahan saya adalah pada suara. Suarasaya tidak cukup

lantang untuk dikongsi bersama didalam kelas yang berkapasiti 30 orangpelajar.

Kelemahan-kelemahan lain ialah dari segi penyediaan rancangan pengajaran

danpengurusan masa. Kelemahan ini akan saya perbaiki dari semasa ke semasa

bagi meningkatkanmutu dan kualiti pengajaran saya. Akhir kata, tugas guru

memerlukan pengorbanan dan komitmen yang sangatlah tinggi.Namun saya akan

serahkan seluruh jiwa dan raga saya bagi mengejar impian saya untukmenjadi warga

pendidik yang member khidmat demi kesejahteraan anak-anak bangsa saya sendiri