cerpen “segala yang tercinta ada di sana

9
CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA Genre: Prosa Moden Penulis: Zainal Rashid Ahmad Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 73 - 78

Upload: cera

Post on 23-Feb-2016

308 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA. Genre :  Prosa Moden Penulis :  Zainal Rashid Ahmad Sumber ambilan :  Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 73 - 78. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Genre:  Prosa ModenPenulis:  Zainal Rashid Ahmad

Sumber ambilan:  Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 73 - 78

Page 2: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Watak utama:  "kami" (pencerita / sudut pandangan orang pertama)Watak lain:   Haji Saad Panglima                :   Haji Salleh Pumpong                :   Bidan Mak Besah                :   Hajah Tom (guru Quran)

Latar tempat: 1) Di Kampung penulis 2) Di Rumah Hajah Tom 3) Di surau

4) Di Gubir

Surau

Page 3: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA
Page 4: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Ringkasan cerpen

Akibat kemiskinan, penduduk kampung harus berikhtiar menemukan ramuan herba sebagai penawar penyakit. Peluang berjumpa doktor seperti berjumpa raja. Petua tentang bacaan doa dan jampi serapah juga diamalkan agar bahan rawatan tradisional itu mujarab. Segala sumber alam seperti daun, rumput, ubi, pucuk dan minyak digunakan untuk proses penyembuhan.

Page 5: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Hajah Tom yang tinggal bersendirian sejak kematian suaminya Sarjan Omar yang ditembak oleh komunis. Banyak petua hafalan surah al-Quran diturunkan kepada "kami" untuk bacaan sebelum tidur, atau bagi menghadapi gangguan binatang (anjing). Ketika mengajar al-Quran, jika Hajah Tom mendapati ada murid yang lesu (kerana kelaparan), dia segera menanak nasi. Hajah Tom hanya meminta kami membantunya dalam kerja ringan seperti mengupas kelapa atau membelah kayu api. Dia membahagikan tombong kelapa secara adil sambil memberi nasihat.

Page 6: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Surau kampung dijaga oleh Haji Salleh Pumpong yang juga bertindak sebagai imam. Surau sentiasa dibersihkan dan "kami selalu membantu. "Kami" juga berebut-rebut untuk azan. Suatu hari, selepas musim air pasang, Haji Salleh Pumpong meminta "kami" datang membasuh segala kotoran. Pintalan empulur sabut menjadi ganti berus dan sabun. Hajah Tom datang menjamu nasi berlaukkan cencaru belah belakang. Hajah Tom mencadangkan supaya "kami" diajar solat jenazah. Tiga bulan berselang, "kami" menyertai solat jenazah untuk hajah Tom dan menyusul tidak lama untuk jenazah Haji Salleh Pumpong.

Melaungkan azan

Page 7: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Tema Hubungan erat orang tua kampung dengan

kanak-kanak, serta petua rawatan tradisional.

Page 8: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Perwatakan baik hati, pemurah, penyayang, menghormati

orang tua, memuliakan kanak-kanak, rajin, kreatif, peramah, prihatin

Page 9: CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Nilai Murni murah hati, kasih sayang, hormat-

menghormati, kerajinan, kreativiti, keramahan / kemesraan, keprihatinan / kepekaan, tidak mudah putus asa