cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

12
CARA-CARA UNTUK MEMOHON MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT SARJANA(MASTER)/PHD PENYELIDIKAN(RESEARCH) UITM

Upload: izzah-noah

Post on 10-Apr-2017

607 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

CARA-CARA UNTUK MEMOHON MELANJUTKAN

PELAJARAN KE PERINGKAT

SARJANA(MASTER)/PHD PENYELIDIKAN(RESEARC

H)UITM

Page 2: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

MAN JADDA WAJADA, WA MAN ZARA’A HASADA, WA MAN YAJTAHID YANJAH

-SESIAPA YANG BERUSAHA AKAN PEROLEH APA YANG DIUSAHAKAN, SESIAPA YANG BERCUCUK TANAM AKAN MENUAI HASILNYA, SESIAPA

YANG BERUSAHA AKAN BEROLEH KEJAYAAN-

Pengalaman yang ada perlu dikongsi kepada semua, mungkin ada yang masih keliru seperti saya dan cara-cara ini mungkin dapat membantu anda supaya lebih jelas. Apa yang penting jangan malu bertanya sekiranya ada sebarang kesulitan. Apa yang saya tulis ini adalah daripada pengalaman saya sendiri, malu bertanya sesat jalan. Rasanya kalau boleh dibilang dengan jari tak tahu berapa banyak kali saya telefon ipsis untuk lebih jelas mengenai Sarjana penyelidikan. Terima kasih pihak ipsis kerana membantu saya dalam proses permohonan. Biar nampak bodoh dengan soalan yang memang kita tidak tahu jawapannya, apa yang penting tempat bertanya itu mestilah tepat dan menjawab soalan kita dengan jelas. Harapan saya, penulisan ini dapat membantu anda semua..

Page 3: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

LANGKAH 1: BELI NOMBOR PIN Beli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) Isi column bagi perkara(lain-lain) pada borang deposit/bayaran/tuntutan:

BAYARAN UNTUK NOMBOR PIN SARJANA/PHD PENYELIDIKAN UITM

ATAUPUN..beritahu pegawai bertugas mengenai bayaran untuk nombor pin sarjana penyelidikan UITM (PASTIKAN NO. PIN YANG DIBELI BETUL KESILAPAN PEMBELIAN TANGGUNGJAWAB PEMOHON BURN JELA RM50.06)

Page 4: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

LANGKAH 2: MENDAFTAR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) Pada slip pembayaran telah disertakan nombor slip Pergi ke laman web www.ipsis.uitm.edu.my Tekan e-research PERINGATAN!!! NO. PIN YANG TELAH DIBELI AKAN TAMAT

PENGGUNAANNYA HANYA DALAM TEMPOH SEBULAN DARI TARIKH PEMBELIAN. SO, BILA DAH BELI TERUS DAFTAR ONLINE.

Page 5: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

LANGKAH 2: SAMBUNGAN

Masukkan nombor kad pengenalan, pilih jenis permohonan dan nombor pin.

Isi KOD KURSUS yang hendak dipohon serta lengkapkan butiran peribadi pada borang online yang tertera.

AND…..YOU’RE DONE…!!!!!!! ANDA TELAH BERJAYA MENDAFTAR SECARA ONLINE.

Page 6: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

LANGKAH 3:IKUTI SYARAT PERMOHONAN1. Tekan (click here) untuk cetak borang permohonan dan ikuti perkara di

bawah

Page 7: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

SOALAN LAZIM:???????

Bilakah tarikh tutup untuk permohonan Sarjana/Phd penyelidikan atau Master by research? Jawapan= Permohonan Sarjana/Phd penyelidikan TIADA TARIKH TUTUP,

ianya dibuka sepanjang tahun dan pemohon bebas untuk daftar pada bila-bila masa sahaja.

Kalau tiada tarikh tutup kenapa tiap kali buka halaman ipsis uitm ada iklan yang tertera tarikh tutup pendaftaran? Jawapan= Sebarang iklan mengenai tarikh tutup pendaftaran yang tertera di

halaman ipsis uitm adalah untuk pemohonan Sarjana/Phd coursework sahaja.

Page 8: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

Saya sudah mendaftar secara online tetapi belum lagi menghantar segala borang dan dokumen mengikut syarat yang sepatutnya, adakah permohonan saya untuk sambung belajar diluluskan? Jawapan: TIDAK. Sekiranya pemohon tidak memenuhi syarat yang diminta

oleh fakulti seperti berikut permohonan anda tidak Berjaya.1. Cetakan borang permohonan 2. Salinan kad pengenalan3. Sijil ijazah sarjana muda (sekiranya anda menghantar secara pos salinan sijil

perlu mendapat pengesahan pihak universiti)4. Transkrip peperiksaan (sekiranya anda menghantar secara pos salinan

transkrip perlu mendapat pengesahan pihak universiti)5. Referee report (2 orang referee akademik)6. Borang persetujuan penyelia7. Proposal penyelidikan

Page 9: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

Maknanya selagi saya tidak menghantar segala dokumen yang disyaratkan selagi itu permohonan saya tidak dilayan, adakah no. pin yang saya beli masih sah digunakan untuk permohonan kali kedua? Jawapan 1= YA. Anda tidak perlu membuat permohonan untuk kali kedua. Ini

kerana segala butiran peribadi anda sudah berada di dalam sistem ipsis. Jawapan 2= Tidak sah. No. pin anda hanya sah pada pertama kali

pendaftaran sahaja.

Saya telah mendaftar permohonan secara online pada tarikh selepas pembelian no. pin, tetapi saya ‘hold’ selama 5 bulan selepas mendaftar kemudian saya ingin menghantar dokumen lengkap kepada fakulti adakah permohonan saya terbatal? Jawapan: TIDAK. Permohonan anda tidak terbatal walaupun tempoh anda

mendaftar telah lama. Apa yang perlu anda lakukan ialah cetak borang permohonan anda dan lengkapkan syarat-syarat yang ditetapkan kemudian hantar ke fakulti berkenaan.

Page 10: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

Saya mempunyai kekangan untuk menghantar dokumen yang lengkap kepada fakulti berkenaan, bolehkah saya menghantar dokumen tersebut secara pos? Jawapan= BOLEH. Pastikan alamat pengeposan adalah betul serta setiap

salinan borang yang berkenaan hendaklah mendapat pengesahan daripada pegawai akademik universiti.

Saya keliru sekiranya permohonan Sarjana/Phd penyelidikan tiada tarikh tutup dan boleh dibuat sepanjang tahun bagaimana pula dengan sesi kemasukan pelajar? Adakah juga sepanjang tahun? Jawapan= Permohonan bagi Sarjana/Phd penyelidikan adalah sepanjang

tahun. Tetapi sesi kemasukan bagi Sarjana/Phd penyelidikan adalah pada sesi Mac dan September. Contoh, sekiranya anda membuat permohonan pada bulan Jan kemasukan anda adalah pada bulan Mac.

Page 11: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

Semasa mendaftar permohonan saya telah memohon kursus Wood Sciences, tetapi pada borang permohonan bercetak kursus saya bertukar kepda Biology. Apa yang perlu saya lakukan? Jawapan= Anda perlu terus berhubung/menelefon ipsis dengan segera:

IPSis General Line : 603-5522 5572 Fax : 603-55225335 Email : [email protected]

Page 12: Cara cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana(master

SEMOGA BERJAYA