cali o cali

75
.0 PENGENALAN. 1.1 Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif dengan tujuan untuk membangunkan negara. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013 – 2025), dinyatakan kepentingan Pemikiran Kreatif dalam membangunkan potensi individu secara holistik untuk menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.2 Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting antaranya ialah Pemikiran Kreatif dan Inovatif iaitu kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu. Ia dilihat releven dengan aspirasi mata pelajaran pendidikan seni visual kerana ia dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang. 1.3 Selain ia dapat mengembangkan kreativiti dan menggalakkan penjanaan idea murid, ia juga memberi kebebasan dan peluang untuk mereka melakukan percubaan dan eksplorasi untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermutu. Pekara ini dizahirkan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasikannya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan kreativiti bermula seawal pendidikan rendah lagi . 1.4 (Abd Rahim,1999) Kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza . Kreativiti mereka juga berbeza maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak –kanak sebelum didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti kreativiti dapat menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan tanpa bahasa. Ia mampu membantu memberi rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Tahap kreativiti dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. 1.5 Kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu yang spesifik masih agak baru. Pada masa ini kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu masih belum mantap dan masih berdiri dalam disiplin psikologi. Sehingga kini telah banyak institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat (University of Buffalo), Australia (University of

Upload: mazurinidrisazam

Post on 22-Sep-2015

252 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

.0PENGENALAN.1.1Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif dengan tujuan untuk membangunkan negara. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013 2025), dinyatakan kepentingan Pemikiran Kreatif dalam membangunkan potensi individu secara holistik untuk menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1.2Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting antaranya ialah Pemikiran Kreatif dan Inovatif iaitu kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu. Ia dilihat releven dengan aspirasi mata pelajaran pendidikan seni visual kerana ia dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang.1.3Selain ia dapat mengembangkan kreativiti dan menggalakkan penjanaan idea murid, ia juga memberi kebebasan dan peluang untuk mereka melakukan percubaan dan eksplorasi untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermutu. Pekara ini dizahirkan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasikannya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan kreativiti bermula seawal pendidikan rendah lagi .1.4(Abd Rahim,1999) Kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza . Kreativiti mereka juga berbeza maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak kanak sebelum didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti kreativiti dapat menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan tanpa bahasa. Ia mampu membantu memberi rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Tahap kreativiti dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.1.5Kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu yang spesifik masih agak baru. Pada masa ini kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu masih belum mantap dan masih berdiridalam disiplin psikologi. Sehingga kini telah banyak institusi pengajian tinggi di AmerikaSyarikat (University of Buffalo), Australia (University of Queensland), Eropah dan Britain(university of Essex) yang menawarkan pengajian sepenuh dan separuh masa hingga ke tahapdoktor falsafah.1.6Sebenarnya disiplin kreativiti telah berkembang lebih satu abad. Oleh yangdemikian telah banyak perkembangan yang berlaku khususnya terhadap konsep dan teorikreativiti. Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.1.7Strategi pengajaran secara kreatif dan kritis ialah suatu konsep pembelajaran yang bersifat multi dimensi dan inter disiplin. Kreativiti adalah domain yang boleh dikaji dan difahami berdasarkan beberapa pandangan sarjana dan school of thoughtyang berbeza-beza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi, seni, falsafah, perubatan, psikoanalisis dan kepimpinan.

2.0PENGERTIAN KREAVITI2.1Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta.Pengertian tentang kreaviti yang dikemukakan oleh pakar: 1. June King Mc Fee Kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.2.2E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.2.3Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak.Adapertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.2.4Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kitakepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusirangsangan tertentu.2.5Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dandipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru,original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbezaseperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

3.0CIRI-CIRI KREAVITI.3.1Melalui pembacaan saya, penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu:3.1.1Mempunyai Tujuan.Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam prosescubamencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samadcubasedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri.3.1.2Berskala dan bernilai.Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.3.1.3PengurusanImaginasi.Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubunganyang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelumini belum pernah dilihat.3.1.4Bersifat Asli.Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan.Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:a. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu.b. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.c. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.4.0PENGKAJI TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.4.1TEORI PIAGET.4.1.1Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia.4.1.2Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan.4.1.3Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.4.1.4Piaget mengenal pasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu. Iaitu:a) Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.b) Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.c) Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.d) Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.4.1.5Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.4.1.6Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.4.1.7Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses dimana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka.Hal ini bererti bahwa anak-anak mengkontruksi pengetahuan secara berterusan dengan mengasimilasi dan mengakomodasi informasi-informasi baru.4.1.8Melalui aktiviti bentuk dan warna yang kami laksanakan, konsep-konsep Jean Piaget telah digunakan secara tidak langsung. Contohnya dalam slot pengajaran set induksi kita boleh menguji pengetahuan sedia ada dengan menggunakan konsep asimilasi dan mengaitkan persekitaran mereka dengan bentuk dan warna. Contohnya ketika guru bertanya apa benda yang berbentuk bulat dan murid menjawab bola. Kemudian mengaitkan ilmu baru dan sekaligus menggunakan konsepakomodasi.4.1.9Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Tiga fenomena ini dilakukan apabila berlaku proses penaakulan ketika hendak menghasilkan benda yang baru dari bentuk-bentuk yang telah dihasilkan.4.1.10Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental.4.1.11Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:A.Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahunB.Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahunC.Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahunD.Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun

4.2.TEORI EMOSI KANAK-KANAK ERIK ERIKSON.4.2.1Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.4.2.2Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran dengannya.4.2.3Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akancubaberdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang ingincubamakan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.4.2.4Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri.4.2.5Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan.4.2.6Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya persekitaran sosial mereka. Memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur 20-an mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih. Individu ini mula mengenali diri sendiri.4.2.7Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami atau isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.4.2.8Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga akan menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hatiserta mementingkan diri sendiri.4.2.9Akhir sekali, dalam peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya melalui segala krisis perkembangan akan membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua.Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang psikologi.Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial.

4.3.TEORIE. PAULTORRANCE.4.3.1Teori E. Paul Torrance menjelaskan tujuh perkara yang sangat pentingdi dalam proses kreativiti seseorang individu. Beliau telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantu menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu.Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru di dalamproses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. Ianya adalah penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasidan aktiviti/bermain.4.4TORI VIGGOTSKY.4.4.1Zon perkembangan Proksimal yang diperkenalkan oleh Viggotsky terbahagi kepada had atas, zon perkembangan proksimal dan had bawah dan dijayakan dengan bantuan bimbingan org dewasa atau rakan sebaya yang mahir. Guru memberi bimbingan pada set induksi dan aktiviti kumpulan membolehkan murid yang cerdas membimbing murid kurang cerdas.4.4.2Perancah (Scaffolding) adalah Individu mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan danbimbingan yang diberikan adalah minimum. dalam slot pengajaran yang kami sediakan, selepas set induksi, guru hanya menjadi pemerhati dan murid akan menyelasaikan sendiri tugasan secara individu dan berkumpulan. Peringkat individu( peribadi) ialah kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.4.4.3Menurut Viggotsky, perolehan pengetahuan dan perkembangan kognitif seorang hampir dengan teori sciogenesis. Dimensi kesadaran sosial bersifat primer, sedangkan dimensi individualnya bersifat derivative atau merupakan turunan dan bersifat skunder. Ertinya, pengetahuan dan pengembangan kognitif individu berasal dari sumber-sumber sosial di luar dirinya. Hal ini tidak bererti bahwa individu bersikap pasif dalam perkembangan kognitifnya, tetapi Viggotsky juga menekankan pentingnya peran aktif seseorang dalam mengkonstruksi pengetahuannya.4.4.4Maka teori Viggotsky sebenarnya lebih tepat disebut dengan pendekatan konstruktivisme. Maksudnya, perkembangan kognitif seseorang disamping ditentukan oleh individu sendiri secara aktif, juga oleh lingkungan social yang aktif pula.4.4.5Pada dasarnya teori-teori Viggotsky berpandukan pada tiga idea utama:I. Iaitu intelektual berkembang pada saat individu menghadapi pemikiran baru dan sulit mengaitkan ide-ide tersebut dengan apa yang mereka telah ketahui.II. Interaksi dengan orang lain memperkaya perkembangan intelektual.III. Peranan utama guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu danpembelajaran kanak-kanak.4.4.6Sumbangan psikologi kognitif berakar dari teori-teori yang menjelaskan bagaimana otak bekerja dan bagaimana individu memperoleh dan memproses informasi. Pandangan yang ditawarkan Viggotsky dan para ahli psikologi kognitif yang lebih mutakhir adalah penting dalam memahami penggunaan-penggunaan strategi belajar.4.4.7Peringkat perkembangan Kognitif Viggotsky juga percaya bahawa teori kognitif berlaku dalam sosio budaya yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu. Kebanyakkan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, orang dewasa dan rakan sebaya.

5.0AKTIVITI MERANGSANG PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK.5.1Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal(Atan Long, 1980).5.2Paul Eggan dan Don Kauchakberpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.5.3Slavin (1997)pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa.5.4Pembelajaran kanak-kanak kreatifboleh dibantu melalui tiga jenis program:Pengasingan,Pemecutan (acceleration)Pengayaan5.5Pengasingan dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.5.6Pemecutan Satu cara ialah di mana kanak-kanak inidikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuksubjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan kekelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu merekabelajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada skala masa yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.5.7Penggayaan program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan kemuzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumatyang lebih mendalam tentang sesuatu topik dandilakukan oleh murid secara bersendirian.5.8Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa kelak dimana mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi pengikut bagi seseorang yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan. Ketua akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat setiap pergerakan dan bunyi yang dilakukan dengan baik.5.9Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. boleh dilakukan untuk menggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak.Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.5.10Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak di sampingmeningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka.Gardner(1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.5.11Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan yang besar. Ianyamemperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu persembahan.5.11Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanak-kanak dalam mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam bentuk bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang berkesan.5.12Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitivitipancaindera.5.13Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untuk belajar berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang di dasar yang memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. . Kajian menunjukkan banyakfaedah diperolehi daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka.5.14Aktiviti lawatan, Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti. Peluang perlu diwujudkan kepada pelajar meneroka aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal pelajar.5.15Aktiviti temubual dan perjumpaan bersama tokoh dan idola. Pengalaman ini akan membantu pelajar mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahiran-kemahiran kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi yang tinggi dikalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan sebagai pelajar yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi.5.16Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:a. Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.b. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.c. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.d. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.e. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.

6.0KEPENTINGAN AKTIVITI DAN KREATIVITIDALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.6.1Kepentingan kreativiti Kreaviti perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan untuk membolehkan murid mengetahui potensi yang tersembunyi serta potensi kecenderungan diri dalam diri mereka.6.2Kepentingan kreaviti kepada kanak-kanak ialah :a ) menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan teknologi baru.b) mencerna idea untuk penghasilkan karya atau penulisan tugasan dengan lebih lancar.c) meneliti kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikkan.6.3Melalui aktiviti-aktivititertentu, mereka boleh merealisasikan imiginasi mereka. Aktiviti seperti melukis, mewarna , membuat kraf tangan, nyanyian, tarian, membentuk arca dan sebagainya.Kanak-kanak memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang sangat sempurna dan teratur. Minda mereka mula berkembang dan perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti supaya ia tumbuh dan menjana minda yang positif dan kreatif.6.4Berdasarkan teori Viggotsky di atas, maka diperoleh keuntungan jika:a. anak memperoleh kesempatan yang luas dalam mengembangkan zon perkembangan proksimalnya atau potensinya melalui belajar dan berkembang.b. Pembelajaran perlu dikaitkan dengan tingkat perkembangan potensialnya dari pada tingkat perkembangan aktualnya.c. Pembelajaran lebih diarahkan pada penggunaan strategi untuk mengembangkan kemampuan intermentalnya dari pada kemampuan intramentalnya.d. Kanak-kanak diberi kesempatan yang luas untuk mengintregrasikan pengetahuan deklaratif yang telah dipelajarinya dengan pengetahuan procedural yang dapata digunakan untuk melakukan tugas-tugas dan memecahkan masalah.e. Proses belajar dan pembelajaran tidak sekadar bersifat peralihan tetapi lebih merupakan konstruksi, yaitu suatu proses mengkonstruksi pengetahuan atau makna baru secara bersama-sama di antara semua pihak yang terlibat di dalamnya.6.5Memahami budaya boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam di dalam jiwa kanak -kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka juga generasi akan datang.Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.6.6Menunjukkan rasa ingin tahu mengenai perubahan yang sentiasa berlaku di persekitaran.Dengan terbentuknya rasa ingin tahu, itu terbitlah pemikiran kreatif dan idea yang pelbagai. Iniakan memberikan suatu penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan . Pemikiran sebeginiharuslah terus diamalkan sehingga kanak- kanak meningkat dewasa dan mewujudkanmasyarakat yang kreatif serta berdaya saing.6.7Melafazkan sentiasa rasa bersyukur kepada Tuhan. Rasa bersyukur kepada Tuhan boleh dipupuk ke dalam jiwa kanak - kanak dengan meneroka alam sekitar mereka . Kanak - kanak digalakkan berfikir dengan melihat alam semula jadi dan mereka perlu diberitahu setiap sesuatu yang ada di sekeliling mereka pada Pencipta.6.8Menyediakan kemahiran yang fleksibel yang diperlukan untuk menghadapi masa depan yang tidak menentu. Negara perlukan individu yang boleh menyesuaikan diri, inovatif, bolehmenyelesaikan masalah dan berkertampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi untukmemajukan negara di peringkat antarabangsa. Dengan membangunkan keupayaan menjadikreatif boleh memperkayakan pengalaman kehidupan mereka .Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher(1943), menerangkan bahawa kanak-kanak digesa untuk memberi pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu refleksi diri.

7.0PENUTUP.7.1Sebagai seorang guru, kita juga perlu peka dengan kehendak yang diperlukan oleh pelajar tersebut agar dapat mengcungkil bakat dan kehendak mereka untuk menghasilkan pemikiran yang kreatif semasa dan selepas pembelajaran.Guru perlu kreatif dan berinovasi dalam mendekatkan diri dengan pelajar agar mereka dapat mengembang dan mengasah bakat yang ada dalam diri. Menurut Hassan Langgulung (1991), kreaviti ialah proses yang dilalui oleh seseorang ketika ia menghadapi suasana di mana ia terlibat, kemudian bergerak balas sesuai dengan dirinya .7.2Kreativiti adalah sebagai satu proses berterusan yang merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Tindak balas terhadap rangsangan persekitaran merupakan faktor pembentukan kreativiti sebagai jalan penyelesaian masalah dan seterusnya membawa individu ke tahap lebih baik.Kreativiti ialah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru daripada pengalaman lalu, di mana ia dalam bentuk yang baru, sangat luas serta meliputi segala aspek kehidupan kita.7.3Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.7.4Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatifperlukan guru sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.7.5Pemikiran kreatif dan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Persekitaran ini memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.

8.0 RUJUKANEh Ah Meng (1995), Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak .Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.Hassan Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa ` dan PustakaKamus Dewan Ed. Ke 4 (2005),Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian PendidikanMalaysia(1982). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Noriati A.Rashid (Dr) (2011),PSV 3103 Kreaviti dan Seni Kanak-kanak,Kuala Lumpur: Kementerian PelajaranMalaysiaBeshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the West: An Islamic Perspective,Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti TeknologiMalaysiaAbd Rahim Abd. Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum.Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Abdul Shukor Hashim. (Prof. Dr) (2012). Perkembangan Seni Kanak-Kanak.Kuala Lumpur: Meteor Doc . Sdn Bhd.Chang, Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi ke Dua,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENGERTIAN KREATIVITI:Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti?Dapatkah orang mengembangkan kreativiti?Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses.Ada dua jenis utama kreativiti iaitukreativiti intuitifdankreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah;a)Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.b)June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.c)Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.i)keterbukaan dan fleksibel kepada pengalamanii)menikmati kehidupan yang dialamiiii)menghargai diri sendiriiv)mengamalkan kebebasanv)menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaranCIRI-CIRI KREATIVITI:a)Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.b)Sensitif dan peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria.c)Idea yanga sli dan tulin seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.d)Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik.e)Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.f)Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI:a)Perkembangan Kreativiti Fisheri)Peringkat Rangsangan merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.ii)Peringkat Penerokaan peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang timbul.iii)Peringkat Perancangan menggalakkanpemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu;perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagai.Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.iv)Peringkat Aktiviti bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ,bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?.v)Kajian semula peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.b)Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu;i)Kaedah penjanaan idea(inception of idea) dalam penjanaan sesuatu idea, pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.ii)Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.iii)Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) bimbingan penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri.c)Calvin W.Taylori)Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan dan bebas mengikut kemampuan sesuai dengan perkembangan fizikal yang belum stabil. Pada peringkat ini gambaran melalui garisan dan contengan mudah.ii)Kreativiti melalui penghasilan proses penambahbaikan kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun rapi.iii)Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksperimentasi. Pada peringkat ini motoivasi dan galakan diberi untuk mengelakkan rasa bosan dan putus asa.iv)Kreativiti bersifat inovatif melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna.v)Kreativiti bersifat emergen bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagai contoh, figura manusia yang digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan asalnya.PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah.Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan.Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. MenurutHanna (1994),seni membantu dalam;a)kerjasama dan kasih sayangb)merancang dan melaksanakanc)kemahiran berfikird)adaptasi dengan orang laine)mengembangkan bakatf)mengambil risikog)membuat keputusanh)harga diri/yakin dirii)semangat kerjasamaj)kemahiran menyelesaikan masalahk)perkembangan emosil)membina kreativitim)disiplin dirin)menjadi rakyat yang baiko)menjadi seorang dewasa yang berdikarip)meluahkan perasaanCara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni.Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni.Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat.Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak.Kadangkala apabila kita melihat lukisan sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui:a)Penyoalan rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.b)Penemuan penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian.c)Pemerhatian tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan semata-mata sebaliknya turut melibatkan deria sentuhan dan sebagai.d)Percubaan usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang diinginkan.e)Penerokaan penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.f)Memanipulasi menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni.g)Aktiviti/bermain kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui permainan yang berbentuk akademik.Namun begitu Seni tidak diberi kepentingan yang sepatutnya di sekolah-sekolah.Tidak ramai guru yang berkelulusan dan berkelayakan mengajar seni di peringkat rendah.Hakikatnya Seni bersifat subjektif , dan bukan semuaguru boleh mengajar seni.Ia tidak bersifat fakta malahan terdapat guru-guru yang tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam seni dipaksa mengajar seni.Ini memberi kesan yangamat buruk kepada anak-anak didiknyaDisebabkan seni itu sifatnya abstrak maka tiada istilah tentang lukisan yang betul atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasar kreativiti dan pengalaman seseorang individu menginterpretasi tentang lukisan itu sendiri. Seni bnayak memberi manfaat kepada para pelajar.Ia tidak boleh diukur secara objektif.Patricia James (1999),menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui seni ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti sastera dalam bentuk tulisan.Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain dengan pengetahuan, pengalaman dan perasaan.James dalam Ideas in Practice (1999),menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan kemahiran kritikal.Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah.Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan.Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat dan potensi pelajar.Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspek tertentu.Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai gifted child (individu yang berbakat/berpotensi).Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang gifted kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted).Gifted student mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan pelajar biasa. Pelajar dari kumpulan ini akan mudah merasa bosan jika kurikulum tidak sentiasa diperbaharui.Ini kerana kumpulan pelajar ini sentiasa inginterus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru.Berdasar dapatan melalui jurnal-jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US manyatakan 5 % hingga 10% daripada pelajar mereka adalah gifted.Selaras dengan perkembangan teknologi moden, kini pembelajaran jarak jauh, e-learning, video conference, semuanya memudahkan seseorang untuk mendapatkan segulung ijazah.Malahan soalan-soalan boleh diajukan melalui panggilan telefon sahaja.PENGARUH SENIDALAM AKADEMIKPendidikan Seni juga dapat membantu pelajar-pelajar yang berisiko.Alkema(1971) menjelaskan bagaimana seni boleh membantu pelajar yang kekurangan. (OKU).Seni boleh membantu pelajar berfikir sendiri, ekspresi diri, perkembangan mental dan penemuan-penemuan idea baru, mencari penyelesaian baru, kesedaran mental, pemerhatian dan imbas semula pengalaman-pengalaman masa lalu.Senimembantu individu menyelesaikan konflik diri.Menurut satu kajian, pelajar yang mengambil mata pelajaran seni lulus dengan keputusan 100%. Apayang menariknya dalam kajian ini pelajar-pelajar yang cenderung gagal telah lulus dalam mata pelajaran ini. Para pendidik telah berpendapat bahawa apabila kita menggunakan lebih daripada satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) iaitu lisan, penglihatan dan kinestatik, pengukuhannya adalah jauh lebih baik.Kesabaran dalam seni mengajar seseorang individu agar sabar, dan terus berusaha dalam mata pelajaran yang lain. Seni sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan memberi ruang untuk ekspresi diri tetapi perlu juga berdisiplin dan bertanggungjawab. Sebagaimana yang kita ketahui selain kekuatan yang ada dalam mata pelajaran seni ini,ia juga merupakan satu mata pelajaran yang adventure atau mencabar dan indah. Justeru, seni perlu kepada seseorang yang kebal dengan kritikanJohn Adams(2000) pernah berkata, seseorang individu itu sering berkonflik dengan keinginan diri sendiri dan kita semua sering mengaitkannya dengan wang ringgit dan kehendak.Pada pendapat kita apa-apa yang tidak memberikan pulangan wang ringgit adalah tidak berguna. Tetapi seni merupakan sesuatu yang unik dan menarik yang patut dipelajari.Kita tidak boleh mengabaikan pendidikan seni di sekolah.Dulu seni hanya dipelajari oleh golongan bangsawan yang kaya raya, tetapi kini seni boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, semua golongan tidak kira miskin ataupun kaya. Adalah satu kerugian jika tidak mempelajari seni kerana ianya sesuatu yang cukup bermakna dalam menjalani kehidupan seharian..Seni kini boleh dipelajari di sekolah-sekolah menengah dan wajar ianya diwajibkan sebagai mata pelajaran teras atau utama di sekolah-sekolah menengah. Tetapi ada yang tidak dapat menerima senidengan alasan ianya tidak sesuai dan agak lucah.Ini kerana kadangkala gambar-gambar bogel atau separa bogel sering disalah ertikan. Punca keadaan ini adalah disebabkan pengetahuan tentang seni terlalu cetek dan mereka tidak lihat seni itu sebagai sesuatu yang bermakna penuh dengan simbol-simbol atau metafora(perlambangan).Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan.Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah sahaja.(pelajar lemah)Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&PPendidikan Seni akan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni.Ini diperjelaskan olehRobinson (1990);.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art education: each is important in itself...............HUBUNGAN SENIDALAM KEHIDUPAN SOSIALMatlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia.Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. PerananPendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di sampingmemahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.Senijuga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahanboleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras kepada pembentukanmasyarakat.Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan.Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara.Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya.Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar untuk melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu sendiri.Beliau menggariskan beberapa perkara penting berkaitan dengan Pendidikan Seni tersebut iaitu:a)Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visualb)Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu karya senic)Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam P&P senid)Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objeke)Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontentf)Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Senig)Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan konstruktif yang membinaKesimpulannya di sini dalamkehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap kehidupan kita, namun kepentingan seni wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni hampir menyeluruh, terutama jika dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah, susunan perabut, pemilihan warna dan fesyen pakaian dan banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan kehidupan.Semuanya ini mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah masyarakat.MENINGKATKANKREATIVITI DALAM EKSPRESISENI: TEORI MC FEEPendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat seperti Eisner(1972), Mario(1948), Victor Lowenfeld(1970), Lansing(1971) danEfland(1977) berpendapat bahawa Pendidikan Seni adalah untuk mengembangkan potensi individu serta melahirkan bakat pelajar agar berupaya untuk memahami nilai seni untuk dirinya, masyarakat, warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara global iaitu mengaitkan seni dengan kehidupan individu agar dapat membuat pertimbangan dan penilaian yang terbaik.(untuk dirinya, masyarakat dan budaya.)Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam sekitar di dalammatlamat dan objektifdalam Pendidikan Seni . Beliau menekankan empat asas dalam mengkaji seni iaitu:a) Kajian dan bandingan makna iaitu kanak-kanak mengenal objek sertabandingan objek melalui soalan-soalan yang dibina.b)Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek mengaitkan maknadengan nilai.c)Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di persekitaran dengan nilai-nilai dan unsur budaya.d)Kajian dari perspektif individu membuat modifikasi sesuai dengan nilai-nilai dan budaya.Seni telah diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang perlu dikekalkan.Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup manusia sejak zaman dahulu lagi. Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih menumpukan kepada kebudayaan sesuatu masyarakat melalui penerokaan dalam menghasilkan seni. Apa juga corak yang dihasilkan mempunyai makna kebudayaan di dalamnya. Ini membuktikan betapa pengaruh kebudayaan amat ditekankan dalam matlamat kurikulum Mc Fee.Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan pengamatan. Beliau percaya, kanak-kanak melukis sebagaimana yang mereka lakukan dan bukanlah disebabkan satu-satu faktor tetapi disebabkan oleh semua.Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum seni adalah sebahagian dari kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal. Kebudayaan ini sebenarnya memberi kesan kepada pencapaian artistik kanak-kanak. Hari ini di mana-mana juga terdapat pelajar yang mewakili kebudayaan masing-masing.Mengikut Mc Fee (1970) lagi, adalah sangat mustahak setiap individu iaitu kanak-kanak dan subculture dilindungi dan dipertahankan melalui seni tampak.Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat memperkembangkan warisan kebudayaan, (sasaran golongan masyarakat dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti berikut;a)Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk identiti mereka ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni mereka.- Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama pelajar mencari dan mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka berdasar rujukan biografi para seniman tanahair. Ini kerana kita sedia maklum dalam kurikulum Mc Fee, beliau menekankan aspek kepekaan terhadap persekitaran dan alam dalam menghasilkan sesuatu karya. Pelajar boleh menggunakan persekitaran alam sekeliling mereka untuk dijadikan idea utama dalam pengolahan makna. Melalui design object ini pelajar menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan makna dan secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej yang ingin diluahkan. Tingkahlaku kognitif pelajar terbentuk mengikut kepekaan terhadap persekitaran dan alam.Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka berdasar kepada pengalaman yang dilalui.b)Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya lampauseseorang seniman sebagai bahan rujukan.-Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlakudi sebalik terhasilnya sesuatu karyaitu supaya ia menjadi lebih bertenaga danbercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkanpengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara tidak langsungmenerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu karya yangmengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan.c)Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi satu karya yang mengandungi simbol dan makna.-Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuanseniman mengolah idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satukreativiti yang hebat.Karya seni merupakan satu manifestasi kejujuran. Seniberperanan untuk mendidik penghayat (masyarakat).Edmund Burke Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satubidang komunikasi yang berkesan kepada masyarakat.Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea, sumber ilham untuk dijalin dan dianyam dengan sebaik mungkin.d)Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni denganmemperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasaseni visual.-Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan mereka. Manusia mahu berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang lain. Justeru terdapat pelbagai cara perlakuan manusia untuk menterjemahkan perasaan dan emosinya itu.Charlotte Wolff (1970) dalam bukunya Psychology of Gesture telah mengkaji perlakuan manusia dan menyatakan manusia mengeluarkan pernyataan perasaannya di bawah sedar dan tanpa kawalan diri.Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia hidup dalam aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan makna, yang difahami dan dihayati bersama dalam kelompok masyarakatnya.Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; Manusia hidup dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya sendiri.Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta, menampung dan menggunakan simbol sebagai medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam belantara simbol. Kemampuan manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana pendidikan adalah proses budaya. Bagaimana budaya tercipta?Tentulah melalui seni warisan bangsanya.PENUTUP:Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia.Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.Posted bySITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFFat8:29 PM1 comment:PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI (Strategi & Pelaksanaan di Malaysia)- BY SITI HAYATITidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia hidup dalam aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan makna, yang difahami dan dihayati bersama dalam kelompok masyarakatnya.Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; Manusia hidup dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya sendiri.Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta, menampung dan menggunakan simbol sebagai medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam belantara simbol. Kemampuan manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana pendidikan adalah proses budaya.DEFINISISOSIALMenurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti.(DBP: ms 1186).Sosiologi pula didefinisikan sebagai ilmu kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden.Secara mudah kita boleh menghubungkan sosiologi dengan masyarakat.Vander Zanden (1996)dengan ringkas menyatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. BagiJary & Jary (1995),sosiologi merupakan suatu bidang kajian saintifik mengkaji masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi masyarakat, bentuk organisasi sosial, perkembangan kebudayaan dan jenis-jenisnya.MenurutGiddens (1993)pula, sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat.Sosiologi akan memberikan manusia pemahaman bagaimana pengaruh-pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan mereka.Waters (1994)pula menegaskan bahawa perkara yang diperhatikan bidang sosiologi sangat jelas iaitu fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan interaksi antara manusia.Broom (1981:84) mengemukakan pendapat, sosialisasi adalah proses menyelaraskan individu-individu tentang tradisi-tradisi budaya masyarakatnya dan berfungsi sebagai makhluk sosial dan anggota masyarakat yang sesuai dengan kebudayaan masyarakatnya.Zanden (dalam Suharso,1992) mengemukakan bahawa sosialisasi sebenarnya adalah proses interaksi yang memberi peluang kepada anggota masyarakat mengenai cara berfikir,berperanan dan berkelakuan positif. Jelas kepada kita manusia memerlukan hubungan sosial dengan manusia lain dalam lingkungan kelompok masyarakatnya.Broom (1981) menyatakan, Manusia memerlukan hubungan sosial denganmanusia lain.Kesimpulannya di sini, kebudayaan digunakan sebagai pedoman hidup oleh warga masyarakat dan bersifat tidak mudah berubah. Ia merupakan kebiasaan atau tradisi yang lazim bagi penganut sesuatu masyarakat. Tetapi tradisi atau kebiasaan adalah buatan manusia dan pasti boleh berubah.MenurutBennett(1976). Apabila kebudayaan tidak lagi sesuaidigunapakai mengikut arus perubahan, maka kebudayaan akan diubah, dan disesuaikan agar dapat menepati keinginan baru.PENDEKATAN SOSIAL DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT:Yang dimaksudkan dengan pendekatan sosial adalah suatu cara memandang sosial itu sebagai suatu sistem. Ia diertikan sebagaikonsep yang digunakan untuk menganalisisseterusnya sebagai objek kajian. Dalam konteks ini sosial dipandang sebagai satu kajian yang terdiri dari unsur-unsur yang berfungsi, beroperasi atau bergerak dalam satu sistem. Konsep sosial juga difahami sebagai satu sistem yang sistematik; merujuk kepada aspek-aspekseperti individu, sosial dan budaya dari kehidupan manusia sebagai sistem sosial budaya dan masyarakat persekitarannya. (Parson:1966; Spindler 1977;Spradley 1972;Suparlan 1985)Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi utama iaitu melestarikan dan mengembangkan kebudayaan sesuai dengan keperluan individu, sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang terjelma melalui cara berfikir, penghayatan, luahan rasa serta respon merekaterhadap sesuatu perkara.Tidak dapat dinafikan sepanjang sejarah, manusia sebagai makhluk sosial dan budaya, menyelenggarakan pendidikan sebagai fungsi utama untuk mempertahankan peradapan nilai-nilai sosial dalam lingkungan masyarakatnya. Melalui proses pendidikan ini setiap individu dalam masyarakat mengenal, mewarisi dan menghayati segala unsur unsur kebudayaan iaitu nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan serta teknologi sangat diperlukan dalam sistem sosial budaya kerana dari situ mereka mempelajari intipati sosial, mempelajari simbol-simbol budayanya serta menerap nilai murni yang terkandung dalam kehidupan sosialnya untuk dijadikan panduan serta pedoman dalam kehidupan seharian sekaligus dalam masyarakat lingkungannya.Seni dan sosial mempunyai satu hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai satu kurikulum integrasi.Pendekatan sosial memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia.Seni memberi peluang untuk memahami pengalaman manusia dengan baik.Untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik dan ekonomi sesuatu masyarakat.Sebagai contoh bahan-bahan dan teknik penghasilan seni yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu seni boleh memberi kefahaman tentang faktor geografi, alam sekitar dan struktur sosial sesuatu masyarakat. Malahan di zaman moden para pengiklan, penghibur dan ahli politik menggunakan unsur seni untuk menyampaikan mesejdan memupuk sistem kumpulan masyarakat.Artist mempunyai kuasa dalam bentuk simbol untuk menyampaikan sesuatu idea atau perasaan yang begitu kuat yang boleh menyentuh perasaan orang lain.Imej juga boleh menimbulkan semangat patriotik dan bersuara terhadap ketidakadilan.Seni juga boleh menyampaikan mesej tanpa komunikasi lisan kepada sesuatu masyarakat.Untuk membolehkan pelajar faham kaitan seni dengan pendidikan sosial, pelajar perlu mengalami sendiri pengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami sendiri proses yang dialami oleh seseorang artist yang mencipta seni.Melalui kerja-kerja seni, masyarakat akan lebih memahami tentang sesuatu latarbelakang sosial. Kita akan mempelajari tentang pengaruh sosial, ekonomi, politik dan kepercayaan sesuatu masyarakat. Melalui sejarah sesuatu seni seperti masa, zaman, budaya dan asal usul dapat diketahui bahkan bahan-bahan yang digunakan, teknik penghasilan seni, bentuk dan perhiasan dapat meyumbang kepada dapatan maklumat tentang latar belakang sesuatu masyarakat seperti falsafah dan kepercayaan agama.Seni moden seperti seni kontemporari, iklan,hiburan, visual, dan grafik dapat memberikan kita pengetahuan tentang bagaiman unsur seni digunakan untuk mempengaruhi masyarakat, memberi mesej dan penguasaan seni terhadap emosi manusia. Sebagai contoh; bagaiman imej digunakan untuk menyebarkan semangat patriotik dan kempen anti ketidakadilan. Semua perkara ini ada kaitan dengan pendekatan sosial di mana ia mengkaji emosi manusia dan membolehkan kita memahami sesuatu masyarakat itu. Kesemua elemen seni ini boleh membantu para ahli sosial memahami pemikiran masyarakat.Pemahaman terhadap seni bagi seseorang pelajar akan bertambah apabila pelajar mengalami pengalaman bekerja dengan peralatan dan melalui proses dalam penghasilan sesuatu bahan seni. Proses penghasilan seni akan memberi peluang peluang kepada pelajar untuk memahami persoalan seperti kenapa sesuatu bahan digunakan, kenapa seni itu dihasilkan, dan fungsi seni itu kepada masyarakat.Semua aktiviti seni ada kaitan dengan budaya, persekitaran sesuatu masyarakat, pengaruh sejarah dan geografi. Begitu juga dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat dipisahkan dengan aspek sosial seperti; siapa mencipta seni, siapa menggunakan seni, apakan bentuk sesuatu seni dan bagaimana ilmu seni itu boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya?Pengaruh alam sekitar, agama, politik, ekonomi, budaya, persoalan estetik, kesemua elemen tersebut ada hubungkait dengan pendekatan sosial.Dalam mengintergrasi seni dengan pendekatan sosial harus perlu ada keseimbangan.Satu cara intergrasi yang efektif ialah melalui penggunaan tema-tema yang berkaitan. Teknik ini adalah sesuai sebagai perkongsian untuk subjek yang mempunyai matlamat dan disiplin yang sama. Melalui teknik ini, setiap topik dijadikan sebagai bahan perbincangan dan diberi pandangan mengikut disiplin seni dan sosial secara bergilir-gilir. Dengan cara ini keseimbangan dari intergrasi pendekatan sosial dan Pendidikan Seni akan tercapai.Satu komponen pendekatan sosial yang boleh diintergrasikan dengan Pendidikan Seni dengan baik sekali adalah dari segi sejarah. Tidak boleh dinafikan seni adalah satu produk dari asal usul sejarah dan budaya.Sebagai contoh semasa seni itu dilahirkan, ia ada kaitan dengan isu semasa ketika itu. Menurut Arnheim (1989) keupayaan menguasai dan melihat kombinasi kedua-dua struktur seni dan sosial adalah satu pencapaian kognitif.Tidak dinafikan manusia adalah makhluk budaya. Manusia dalam kehidupannya menggunakan simbol sebagai sarana untuk berkomunikasisesama mereka. Pendidikan merupakan satu proses budaya.PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif.Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia.Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.PerananPendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di sampingmemahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik.(Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok masyarakatnya.Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang, menghormati budaya sesuatukaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri. Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budaya keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Senijuga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahanboleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Pendidikan tentangseni telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Contengan warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia menjadi seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-simbol yang mudah dan ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-bentuk lukisan sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari.Kajian ini dibuat olehHerbert Read (1958) dalam bukunya Education Through Art.Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras kepada pembentukanmasyarakat.Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan.Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara. Tanpa kesan estetika kesenian mungkin boleh membawa penyakit yang menjurus kepada wabak sosial yang memudaratkan.Gejala sosial yang berlaku pada masa kini sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek penghayatan estetika. Keruntuhan moral, pencemaran akhlak, terpesong kefahaman agama dan segala aspek yang bertentang dengan fitrah manusia mungkin boleh diubati.Memahami makna estetika dalam seni itu sendiri cukup mendalam, keindahan yang mutlak dan hakiki.Penghayatan terhadap seni yang mendalam dan diamalkan dalam penghidupan seharian. Penghayatan estetika terhadap kebesaran Tuhan juga menuntut kita merenung jauh tentang setiapkejadian itu.Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan insan, pembangunan rohaniah dan jasmaniah, perkembangan dan bimbingan kehidupan seharian. Seni bukan semata-mata hiburan kosong. Seni dan estetika adalah untuk mentarbiahkan manusia mendidik manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat.MenurutWinckelmannberkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni yang utama.Beliau juga mengkategorikanestetika kepada empat konsep iaitu:a)Estetik dikaitkan dengan kemuliaanb)Estetik dikaitkan dengan kehebatanc)Estetik dikaitkan dengan kesederhanaand)Estetik dikaitkan dengan ketenanganKeempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individuseterusnya masyarakat sekelilingnya mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka.Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.MenurutLowenfeld dan Lambert (1965),peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana pelajar mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses pembesaran mereka.Dalam situasi ini peranan guru amat penting di mana pelajar yang tidak menerima bimbingan yang betul boleh menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan Seni berkubur, sebaliknya bagi pelajar yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut.Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat kerana masyarakatMalaysiakaya dengan khazanah warisan budaya. Bahan kegunaan harian seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan/tekstil, hamparan tikar mengkuang, anyaman kelarai seterusnya budaya sopan santun dan adat istiadat diwarisi turun temurun. Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan.Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup dipelihara.Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri kerana budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya.Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi.Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya.Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untukberkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka meluah perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah sedar dan seni dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya.Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan.Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah sahaja. (pelajar lemah)Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&PPendidikan Seni akan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan olehRobinson (1990);.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art education: each is important in itself...............Peranan kita sebagai ahli masyarakat yang sebenar bukan sekadar sebagai pemerhati tetapi juga memiliki. Selain dari guru berperanan mengajar pelajar untuk menghayati karya seni, mereka juga perlu diajar untuk melihat lebih mendalam, memahami, mempelajari, menghayati dan mengetahui proses sesuatu produk yang dihasilkan. Di samping cuba memahami nilai falsafah dan estetika dari karya seni tersebut iaitu nilai estetika yang tersirat ataupun tersurat.Proses memahami dan menerangkan nilai falsafah dan estetika terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia menjadi asas dalam P&P Pendidikan Seni Visual di mana konsep-konsep Asas Senireka, Seni halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Kraf, Sejarah Seni Visual menjadi sebahagian dari intipati Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual. Cuma pelaksanaannya tidak bersunguh-sungguh berdasar respon masyarakat yang menganggap mata pelajaran ini terbelakang berbanding mata pelajaran lain.Menteri Pendidikan Malaysia (1989), pernah menyatakan ..........in accordance with the National Education Philosophy which has as its core the concept of life long education towards the developement of a morally upright person who is intellectually, spritually,emotionally and physically intergrated..............PENDEKATAN SOSIALDALAMPENDIDIKAN SENISeni mempunyai hubungkait dengan falsafah masyarakat. Setiap produk yang dihasilkan akan diterjemah kepada falsafah dan budaya Melayu serta mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Hubungan rapat antara seni dan masyarakat dijalinkan melalui jaringan kasih dari simbol dan makna yang diterjemah oleh seniman.MenurutMuliyadi Mahamood: .......................seni mempunyai hubungan dengan masyarakat dan biasanya ia memiliki tujuan serta arah tertentu. Dalam memahami seni kita perlu terlebih dahulu memahami kedudukan seni dalam masyarakat serta perkembangan masyarakat itu sendiri.Ciri-ciri luaran dan dalaman seni saling berhubungan serta sama-sama penting dalam mengenengahkan perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar untuk dipisahkan.......Pendidikan Seni dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Satu daripadanya ialah dalam kontaks sosial. Seni tidak bermakna apabila tiada pemerhati ataupun penghayatnya kerana seni dipengaruhi oleh persekitaran. Seni menjadi jambatan yang menghubung antara individu dan masyarakat. Ia menghubungkan sesama manusia dan tempat serta bagaimana manusia bergantung sesama mereka. Antara aspek sosial yang terlibat ialah kumpulan keluarga, komuniti,kumpulan umur, fenomena kelas, kaum dan etnik, agama serta jantina dan baka. Semua elemen tersebut menyumbang ke arah pembangunan sosial.Keluarga merupakan insttusi sosial yang penting walaupun kini ia tidak berperanan sebagai institusi menghasilkan produk seni. Malahan ada menyatakan masyarakat Melayu tidak lagi menjadi pencipta sebaliknya hanya sebagai pengguna. Warisan menghasilkan produk semakin terhapus. Sewajarnya melalui Pendidikan Seni inilah warisan seni budaya harus dikekalkan dan tidak pupus seperti dalam kraftangan.Umpamanya seni anyaman mengkuang, seni anyaman kelarai,seni tekat, tembikar dan lain-lain.Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. Ini disebabkan faktor perkembangan ekonomi industri di mana untuk mendapatkan sesuatu barangan kraf misalnya, boleh di dapati dengan mudah dan cepat.Begitu juga pendapat masyarakat terhadap kefahaman kraf dan makna apresiasi serta kritikan dalam pengajaran kraf. Kewujudan kraf tangan di negara ini amat hebat dan mempunyai kepentingan. Ia dianggap sebagai lambang keperibadian bangsa Melayu, kaya dengan falsafah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi bahkan dikagumi oleh para sarjana Barat. Terdapat pelbagai barangan kraf dalam masyarakat kita, cuma fungsinya sahaja berbeza mengikut kaum dan etnik.Perkembangan kraf tradisional amat pesat membangun pada suatu ketika dahulu di zaman awal ketamadunan bangsa Melayu bahkan ianya mempunyai nilai dan jati diri masyarakat Melayu. Ini disebabkan suasana sosial yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Memang tidak dinafikan sesebuah keluarga pada ketika itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang dan akan diturunkan ilmu tersebut kepada setiap anggotanya untuk diwarisi.Sebagai contoh labu sayong, seni batik, ukiran kayu, anyaman mengkuang dan banyak lagi barangan kraf yang lain diperturunkan ilmu berdasar keperluan dan kehendak masyarakat pada ketika itu dan bukan paksaan. Justeru ia melahirkan pandai tukang dan diteruskan kemahiran dan pengetahuan tersebut kepada generasi berikutnya. Industri pembuatan labu sayong, jika dahulu diwarisi turun temurun sebagai mata pencarian dan hanya berfungsi untuk kegunaan harian kini telah berubah menjadi produk komersial. Perusahaan labu sayong yang menerapkan nilai kesabaran semasa menghasilkan juga mementing nilai estetika dalam kandungan pembuatan telah mula diabaikan setelah teknologi moden digunakan.Walau bagaimanapun dalam kurikulum Pendidikan Seni bidang kraf masih mendapat perhatian kerana ia memberi peluang kepada pelajar mempelajari hubungan antara bentuk, fungsi dan media. Ini perlu supaya masyarakat sekeliling tahu tentang keistimewaan produk seni dengan nilai falsafah yang dibawanya,kerana barangan kraf mahupun produk seni yang lain mempunyai nilai falafahnya yang tersendiri. Untuk mencapai kebolehan masyarakat menginterpretasikan makna melalui simbol-simbol, masyarakat kita perlu mempunyai rasa penghayatan.Contoh lain seperti dalam seni kraf tradisi keris, keunikan pembuatan keris terletak pada hulu , sarung dan bilah mata kerisnya. Keris amat sinonim dengan masyarakat Melayu dan penggunaannya dianggap satu keperluan bagi kaum lelaki untuk menunjukkan kehebatan mereka. Kini seni warisan yang menjadi tunggak dan pusaka warisan yang dibanggakan telah hilang ditelan zaman. Bahkan berjalan membawa keris tanpa kebenaran dari pihak berkuasa juga dilarang dan menyalahi undang-undang.Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak mempengaruhi corak kehidupan mereka. Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Mereka menghasilkan karya yang menampakkan imej dan ekspresi individu sama ada gembira, ceria atau bersedih. Mereka belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya.Masyarakat Orang Asli misalnya cintakan kesenian. Kraf yang paling hampir dengan kehidupan mereka. Fungsi kraf yang dihasilkan untuk kegunaan harian di mana mereka menghasilkan bakul untuk mengisi buah-buahan, anyaman tikar sebagai alas lantai dan sebagai. Kanak-kanak Orang Asli juga cintakan keindahan hutan yang merupakan gelanggang permainan harian mereka dengan cara memanjat pokok dan melihat air hujan turun. Jelas kepada kita mereka berinteraksi dengan persekitaran, alam dan masyarakat setempat. Secara tidak langsung menunjukkan seni adalah jambatan untuk menghubungkan kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya. Mereka kenal budaya sosial keturunan nenek moyang mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.

Contoh Gambar 1: Karya pelajar yang mengambil alam persekitaran sebagai tema utama, di mana hutan menjadi gelanggang permainan mereka.Aktiviti seni juga tidak terbatas mengikut peringkat umur kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat. Pendidikan Seni dapat dipelajari ataupun dihasilkan bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.Sekiranya ibu bapa serta masyarakat memahami dan menghargai seni, maka aktiviti seni boleh dilakukan secara santai. Selain mengisi masa lapang, dapat juga meningkatkan kemahiran. Sebagai contoh dalam aktiviti melukis, seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya untuk menambah pandapatan. Di samping itu dapat memupuksikap berdisiplin,bersabar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Apatah lagi Pendidikan Senimenjurus kepadafungsi konstektual dan esensial untuk mendapat masyarakat yang seimbang budayanyatanpa mengenepikan warisan pusaka mereka.Tema juga memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Seni kerana ia mempunyai kaitan dengan kaum dan etnik dalam sesebuah negara. Ia turut dipengaruhi oleh ideologi kepelbagaian budaya di mana setiap kaum dan etnik mempunyai keseniannya yang tersendiri.Dalam masyarakat Orang Melayu, daun sireh membawa lambang kasih sayang. Justeru dalam acara peminangan atau perkahwinan ia dijadikan sebagai sebahagian dari upacara tersebut. Begitu juga sekiranya tetamu datang ke rumah, sireh dihulurkan sebagai salam sejahtera dari tuan rumah.Dua unsur penting ini begitu sinonim dengan budaya masyarakat Melayu. Apa sahaja upacara yang berlangsung pastinya sireh pinang menjadi elemen penting. Ianya berperanan utama sejak zaman dahulu lagi apabila disediakan sama ada dalam upacara perkahwinan, upacara menyambut bayi, majlis melenggang perut dan banyak lagi. Daun sireh yang bertemu urat sahaja yang akan dipilih untuk perubatandan sebagainya.Ia menjadi falsafah ketuanan Melayu, kekuatan jiwa, penyeri majlis dan simbol ikata