bprb

Upload: kelabk

Post on 06-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 BPRB

    1/89

    Wanis Soffya

    1

    B ALKIS BATRISYIAmelangkah

    pantas. Lintang-pukang atur

    langkahnya. Apa sahaja yang

    menghalang laluannya, disepak sekuat hati. Seolah-olah

    melepaskan marah yang sedang membara di hati. Wajahnya

    kelat berbaur masam yang mencuka. Hentakan kaki semakin

    kuat. Semakin hampir dia dengan rumahnya semakin luas

    langkahnya dan akhirnya dia melangkau kakinya melangkah

    tiga anak tangga sekali gus dengan tiga kali langkah,

    melepasi sembilan anak tangga, terus meredah pintu rumah

    mengejutkan seisi rumah yang sedang bersantai menonton

    TV di ruang tamu. Kesemua mata membulat, menyorot

    langkahnya yang sedang laju menuju ke bilik tidurnya

    tanpa mempedulikan mereka. Masing-masing kehairanan dan

    berpandangan sesama sendiri.

    Dum!!!

    Berdentum pintu bilik dihempasnya. Sekali lagimengejutkan seisi rumah. Bergegar rumah kayu yang agak

    berusia itu.

    Bab

    1

  • 8/3/2019 BPRB

    2/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    2

    Apa halpulak Cha ni?

    Biar mak pergi tengok. Entah apa yang tak kenadengan budak ni.

    Mak manjakan sangat dia tu. Tak boleh silap sikit,

    macam itu la jadinya, bebel Soan, anak Mak Kiah yang

    sulung. Matanya masih terpaku di kaca TV.

    Mak Kiah terus mengatur langkah tanpa

    mempedulikan kata-kata Soan.

    Cha! Kenapa? Boleh mak masuk? Mak Kiah

    mengetuk perlahan pintu bilik Balkis.

    Balkis mengeluh panjang.

    Cha. Mak Kiah memanggil lagi.

    Masuklah mak. Dia menjawab perlahan.

    Pintu dikuak, Mak Kiah menghampiri Balkis. Bahugadis berusia tujuh belas tahun lebih itu disentuhnya.

    Kenapa Cha? Mak Kiah bertanya lembut. Hati

    tuanya tahu, pasti ada yang tidak kena.

    Tak ada apa-apalah mak... na Balkis cuba

    menidakkan tekaan Mak Kiah.

    Takkanlah tak ada apa-apa? Cha macam marah ajemak tengok, duga Mak Kiah yang tidak mudah menerima

    jawapan anak gadisnya itu.

    Naluri keibuannya dapat merasakan ada yang tidak

    kena dengan anaknya itu. Ada sesuatu yang membuatkan

    anak gadisnya itu marah. Kalau tidak masakan wajahnya

    masam begitu sekali.

    Cakaplah dengan mak. Mak Kiah memujuk lagi.

    Tangannya mengelus-elus perlahan rambut Balkis. Wajah

    gadis comel itu mencuka dengan bibir yang memuncung

  • 8/3/2019 BPRB

    3/89

    Wanis Soffya

    3

    membuatkan hati Mak Kiah sedikit tercuit lucu. Ada

    senyuman nipis terukir di bibirnya.

    Tak elok tau anak dara muncung macam ni, nanti

    orang takut nak masuk meminang, usik Mak Kiah.

    Biarlah mak. Siapa yang nak anak dara tak berbapa

    macam Cha ni? Terluah juga apa yang terbuku di hatinya

    yang telah berkali-kali terguris dengan persoalan siapa

    bapanya. Siapa dan di mana?

    Tersentak hati tua Mak Kiah mendengar jawapan

    anak dara kian dewasa itu. Hilang senyuman yang menghiasi

    bibirnya seketika tadi. Sepasang matanya terpaku di wajah

    Balkis yang sedang murung.

    Cha... tak baik cakap macam tu. Cha ada bapa.

    Bapa yang sah. Kan mak dah cakap, jangan pedulikan cakap-

    cakap orang. Dia orang tu tak tahu apa-apa pun, ujar MakKiah cuba memujuk.

    Namun, jauh di sudut hatinya dia menyumpah

    orang yang telah mengguris hati anak gadis yang ditatangnya

    bagai minyak yang penuh ini semenjak dilahirkan lagi.

    Belakang anak gadis itu diusapnya dengan penuh kasih

    sayang.

    Kali ni siapa pula? tanya Mak Kiah mahu tahu.

    Pasti ada yang mengungkit-ungkit kisah silam mama Balkis,

    yang juga adik bongsunya.

    Siapa lagi Cik Senah Murai itulah! jawab Balkis

    pantas. Mulutnya memuncung ke arah rumah orang yang

    dipanggilnya Cik Senah Murai itu.

    Hmmm... kalau dia tu, tak payahlah Cha pedulikan.Satu kampung memang dah tahu perangai dia.

    Kali ini mulut Mak Kiah pula yang terjuih.

  • 8/3/2019 BPRB

    4/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    4

    Menyampah benar dia dengan perangai Cik Senah yang

    bukan orang lain dengan dia. Saudara juga tapi saudara jauh,

    bau-bau bacang kata orang.

    Tapi Cha sedih, mak!

    Sebab Cik Senah tu emak Firdaus? soal Mak Kiah

    menduga.

    Emmm entah macam mana la Firdaus boleh

    jadi anak dia. Firdaus baik.

    Dah kehendak Allah mereka jadi anak-beranak

    Cha. Emmm... Cha ada apa-apa ke dengan Firdaus? Mak

    Kiah cuba menduga.

    Sepanjang pengetahuannya, Balkis memang sangat

    rapat dengan Firdaus, anaknya Cik Senah. Entah kenapa Si

    Firdaus suka benar berkawan dengan Balkis sedangkan

    mamanya langsung tidak pernah menyukai Balkis. Ada sahajasalah dan buruk Balkis di matanya dari kecil hinggalah ke

    usia remaja begini.

    Isy! Mak ni kawan sajalah mak! Best riend,

    jelas Balkis dengan kepala terangguk-angguk menjelaskan.

    Mak Kiah tersenyum simpul. Mak ingat Cha ada

    apa-apa dengan dia.Tak ada sungguh mak, ucap Balkis bersungguh-

    sungguh menakan kata-kata Mak Kiah.

    Kalau macam tu tak apalah, tapi mak ingat elok

    Cha renggangkan sedikit hubungan Cha dengan Firdaus.

    Lagipun sekarang ni Cha dan Firdaus dah tak sekolah. Tengah

    tunggu SPM. Jadi tak ada apa-apa lagi nak dibincangkan

    tentang pelajaran. Kalau tak nanti Cik Senah tu ingat Cha

    dengan Firdaus ada apa-apa pula, nasihat Mak Kiah panjang

    lebar.

  • 8/3/2019 BPRB

    5/89

    Wanis Soffya

    5

    Mulut Balkis herot ke kiri dan ke kanan. Jemari

    halusnya yang sedang melekat di dagu bergerak-gerak seperti

    orang sedang berkir lagaknya. Satu keluhan panjang

    dilepaskan, penuh terpaksa.

    Cha pun ingat macam itulah mak. Dia bersetuju

    juga akhirnya.

    Baguslah Cha. Mak Kiah puas hati.

    Balkis jarang membantah. Kadang-kadang terasa

    seperti dia lebih berjaya mendidik Balkis berbanding anak-

    anaknya sendiri. Ah, memanglah berbeza. Anak-anaknya

    semua lelaki. Masing-masing ada perangai sendiri yang

    kadang-kadang memeningkannya.

    Mak ni bukan nak mengongkong, tapi kalau mak

    kawan Cha tu asyik mencemuh Cha apa gunanya

    persahabatan tu? Kalau dah kudis lama-lama bernanah juga.Kalau Cha tak bergaduh dengan Firdaus, mungkin nanti

    Firdaus pula yang bergaduh dengan emaknya tu. Lambat-

    laun jadi perang anak-beranak pula. Mak tak

    Huargh! Mengantuk la mak. Tiba-tiba pula

    Balkis menguap besar. Tidak cukup satu tangannya menekup

    mulut.

    Hampir tergelak pula Mak Kiah dengan telatah

    Balkis. Terus terlupa nasihatnya yang belum bernoktah tadi.

    Hmmm. Mak Kiah menggeleng-gelengkan

    kepala. Itulah Balkis. Hatinya memang mudah sejuk.

    Tambahan lagi kalau kena gaya pujuknya.

    Mak, Chiko mana mak? Tiba-tiba teringat pula dia

    pada anak kucing berwarna coklat yang menjadi

    kesayangannya beberapa bulan ini.

    Tadi ada tidur kat ruang tamu. Sekarang ni

  • 8/3/2019 BPRB

    6/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    6

    Chikoooo!!!

    Belum sempat Mak Kiah menghabiskan kata-kata,Balkis sudah menjerit memanggil anak kucingnya yang

    berusia enam bulan itu.

    Jeritan yang secara tiba-tiba itu membuatkan Mak

    Kiah sedikit tersentak. Diurut-urut dadanya sambil

    menggeleng-gelengkan kepala.

    Meow.

    Terdengar suara Chiko, seperti menyahut panggilan

    Balkis.

    Mak Kiah melangkah keluar. Di muka pintu

    berselisih pula dia dengan Chiko yang sedang melangkah

    lambat-lambat mahu mendapatkan tuannya.

    Ko, meh sini! Balkis memanggil Chiko sambil

    menepuk-nepuk tilam empuknya tanda mengajak Chiko tidur

    bersamanya.

    Chiko apa lagi, seperti orang yang mengantuk

    disorongkan bantal, terus saja melompat naik ke katil. Si

    kucing yang manja itu menyondol ke lutut Balkis yang

    sedang bersila. Semakin galak pula bila badannya diusap-usap

    lembut oleh Balkis. Puas bermanja, sempat Chiko menjilat-jilat ekornya yang panjang sebelum merebahkan badan di sisi

    Balkis. Pantas pula tangan Balkis mengusap-usap badan

    Chiko lagi. Terasa hilang segala sakit hati melihat Chiko yang

    manja itu sedang melelapkan mata. Diusap-usap batang

    hidung Chiko yang mancung.

    Ko! Kau tahu tak Cik Senah Murai tu? Ala

    maknya Si Firdaus tu ha tahu? Dia kata aku macam-macam

    tadi. Bengang wooo!!! Kekadang orang tua tu melampau

    juga. Nasib baik orang tua, mak kawan baik akupulak tu,

    kalau tak dah lama aku belasah! Balkis membebel. Dia telah

  • 8/3/2019 BPRB

    7/89

    Wanis Soffya

    7

    pun berbaring berdekatan Chiko. Fikirannya mula

    menerawang jauh. Seperti terdengar-dengar pula suara Cik

    Senah mencemuhnya sebentar tadi. Terasa menyesal pula

    melayan rindu pada Firdaus hingga ringan kakinya

    melangkah ke rumah Cik Senah. Tak sangka Cik Senah ada di

    rumah pula malam ini.

    Tak kerja atau dah berhenti kerja Cik Senah ni?

    Kalau kerja, selalu hari Rabu syi malam. Balkis sempat

    bertanya pada diri sendiri. Ah! Malaslah nak jawab. Matadipejam rapat-rapat. Dia mahu melupakan wajah Cik Senah

    biarpun buat seketika.

    KENAPAdengan Cha tu mak? Soian bertanya sebaik sahaja

    terlihat Mak Kiah yang kembali ke ruang tamu.

    Hmmm apa lagi kalau tak kerana mulut Cik

    Senah tu. Mak Kiah seakan mendengus. Dia kembali

    duduk di kerusi yang telah didudukinya sebelum ke bilik

    Balkis tadi.

    Tak habis-habislah Cik Senah ni. Agaknya dia dah

    lupa kut pasal mulut dia tu, pintu pagar rumah dia runtuhdibuat Si Fikri dulu tu.

    Entahlah Pyan, mak pun tak tahu nak cakap apa

    yang tak kenanya Si Cha tu di mata Cik Senah kau tu... ucap

    Mak Kiah separuh mengeluh.

    Orang macam dia tu memang tak tahu nak jaga

    mulut. Kalau diikutkan hati saya ni, nak saja saya runtuhkan

    rumah dia pula lepas ni. Soan mulai menurut kata hati.

    Sakit hatinya bila teringatkan perangai dan cara Cik Senah

    melayan Balkis. Berkali-kali juga dia melarang Balkis dari

  • 8/3/2019 BPRB

    8/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    8

    berkawan dengan Firdaus tetapi tidak diendahkan oleh Balkis.

    Hah sekarang ini terimalah padahnya.

    Cha pun satu kan dah banyak kali saya cakap

    jangan berkawan dengan Firdaus tu. Cik Senah memang tak

    suka. Soan sempat menegur sikap Balkis yang

    menambahkan kebencian dan kemarahan Cik Senah

    kepadanya.

    Budak-budak tu tak bersalah, Pyan. Kenapa nak

    larang mereka berkawan?

    Sedikit sebanyak Mak Kiah seperti menyebelahi

    Balkis walaupun tindakan Soan ada benarnya. Tetapi jika

    dikirkan secara rasional, Firdaus tidak pernah bersalah pun

    pada Balkis. Sebab itulah agaknya Balkis suka benar

    bersahabat dengan Firdaus biarpun Firdaus adalah anak

    kepada orang yang sangat membencinya.Habis tu dah maknya tak suka. Pyan tak suka nanti

    dijajanya pula cerita Si Cha tergila-gilakan anaknya pula,

    ujar Soan meluahkan rasa bimbangnya Cik Senah akan

    memburuk-burukkan Balkis sebagaimana mama Balkis

    sendiri. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu peristiwa

    hitam yang menimpa mak sunya akan berulang kepada Balkis

    pula.

    Mak pun terkir juga apa yang kau kirkan tu tapi

    kau jangan bimbanglah Pyan. Mak dah nasihatkan Cha tadi,

    Cha pun dah setuju nak renggangkan hubungannya dengan

    Si Firdaus tu. Mak Kiah menarik naas lega apabila

    teringatkan janji yang dibuat oleh Balkis sebentar tadi.

    Kalau macam tu baguslah, senang sikit hati sayani.

    Walaupun Balkis bukan adik kandungnya, kasih

    sayang Soan tidak pernah berbeza terhadap Balkis. Malah

  • 8/3/2019 BPRB

    9/89

    Wanis Soffya

    9

    Balkis lebih disayanginya berbanding adik-adiknya sendiri.

    Balkis satu-satunya adik perempuan yang dia ada biarpun

    Balkis cuma adik sepupunya. Maka itulah sebabnya dia sangat

    sayangkan Balkis dan menjadi cepat naik darah jika Balkis

    dicerca orang.

  • 8/3/2019 BPRB

    10/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    10

    B

    ORINGNYA tunggu result

    SPM ni kalau sekolah, kan

    best? Balkis merungut

    sendiri.

    Hidupnya terasa sunyi sepi tanpa kehadiran teman-

    teman sekolahnya. Kertas putih di meja sudah penuh

    dicontengnya dengan ormula-ormula matematik yang

    dihaalnya. Dicapai sekeping lagi kertas putih. Kali ini dia

    mahu melukis pula. Melukis sebatang pokok. Ada seekor

    burung di dahan pokok itu. Burung yang sedang merenungke atas. Balkis menggoyang-goyangkan pensel seketika.

    Memikir-mikir apa yang mahu dilukis lagi. Satu bulatan besar

    akhirnya dilukis di atas kepala si burung. Kemudian dia

    menulis pula AKUKAH SI PUNGGUK INI? Pensel

    diletakkan di atas meja. Dia merenung lukisannya pula. Tiba-

    tiba matanya berkaca. Terasa sebak di dada. Dia teringatkan

    kata-kata Cik Senah semalam, kononnya dia punggukrindukan bulan macam mamanya juga.

    Enggang sama enggang... pipit sama pipit. Mak

    kau tu tak sedar diri ada hati nak terbang sama enggang.

    Bab

    2

  • 8/3/2019 BPRB

    11/89

    Wanis Soffya

    11

    Belum apa-apa dah tersungkur. Pergilah balik. Aku tak suka

    anak aku berkawan dengan orang keturunan jenis tak sedar

    diri! Sudahlah tu entah halal ke haram engkau tu?

    Kata-kata terakhir Cik Senah itulah yang sangat

    menyakitkan hatinya. Terasa panas cuping telinganya. Serta-

    merta mukanya juga terasa panas seperti dipanggang.

    Cik Senah cakap baik-baik sikit. Kalau saya anak

    haram, saya binti Abdullah bukan binti yang macam dalam

    surat lahir saya tu. Semuanya sebab mak saya ada sijil nikahtau! Terasa hendak tergeliat lidahnya mahu berlawan cakap

    dengan Cik Senah yang lebih kurang sebaya usia dengan

    mamanya.

    Sah ke sijil nikah mak kau tu? Cik Senah bertanya

    sinis.

    Sahlah! Kalau tak sah macam mana nama bapasaya ada dalam surat lahir saya? Cik Senah tak sekolah ke?

    herdik Balkis. Tak sangka pula dia akan bertembung dengan

    Cik Senah di malam yang masih muda itu. Firdaus pula tak

    nampak batang hidung.

    Eh eh! Budak ni nak mengajar aku pula. Kurang

    ajar kau ya! Cik Senah menunjal jarinya ke kepala Balkis.

    Namun Balkis tidak membiarkan begitu sahaja.

    Segera dia mengelak agar jari telunjuk Cik Senah yang kasar

    itu tidak menyinggah ke dahinya.

    Saya belajar dari Cik Senah. Dalam pada itu,

    Balkis masih sempat menjawab.

    Baginya, Cik Senah tak boleh dibiarkan. Dari dulu

    ada saja yang tak kena di mata Cik Senah kalau berkenaan

    Balkis. Bukan saja Balkis, malah Mastura, mama kandung

    Balkis.

  • 8/3/2019 BPRB

    12/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    12

    Kalau mak kau tu tak buat kerja tak elok, mana

    bapa kau? Sebelum kau lahir lagi bapa kau tu dah menghilang,

    tau? Jadilah mak kau tu pungguk rindukan bulan.

    Cik Senah, kenapa Cik Senah bencikan sangat mak

    saya? Cik Senah ada hati dengan bapa saya ke? Nanti kalau

    saya jumpa bapa saya tu saya bagitahu dia Cik Senah suka kat

    dia, dulu-dulu tak sempat nak cakap tiba-tiba bapa saya tu

    hilang. Entah-entah Cik Senah yang jadi pungguk rindukan

    bulan kut? perli Balkis, sengaja mahu menyakitkan hati CikSenah dengan membuat tuduhan begitu. Dikerlingnya wajah

    Cik Senah, mahu melihat reaksi perempuan itu bila

    berhadapan dengan kata-kata yang menyakitkan hati

    sebegitu.

    Hei, budak! Kau baik-baik sikit! Aku lempang juga

    nanti! Ada hati ya kau nak cari bapa kau tu? Anak dengan

    mak sama saja pungguk rindukan bulan tak sedar diri!

    Seperti yang dijangkakan, Cik Senah melenting marah.

    Dum!!! Berdentum pintu rumah bila Cik Senah

    menghempas kuat pintu itu. Tak sempat pula Balkis

    menjawab kali ini. Kalau sempat pasti hatinya tidak jadi

    panas, sekurang-kurangnya marah dapat dilepaskan pada

    orang yang sepatutnya. Kalau sempat mahu saja Balkiskatakan yang Cik Senah itu cemburu, mamanya Mastura

    kahwin dengan orang kaya, lebih kaya dari suami Cik Senah

    masa itu. Itulah cerita yang dia dengar dari mulut Mak Kiah.

    Tapi Cik Senah dah tutup pintu. Tutup semua lampu

    termasuk lampu luar. Balkis takut gelap sebab itulah sakit

    hatinya terpaksa dibawa balik ke rumah.

    Tak guna punya Cik Senah!!! Dia hanya sempat

    menyumpah dalam hati tatkala kakinya membuka langkah

    seribu sehingga ke jalan besar rumah Cik Senah yang

    diterangi lampu jalan.

  • 8/3/2019 BPRB

    13/89

    Wanis Soffya

    13

    Itu cerita semalam. Cerita yang hampir dilupakan

    dengan kehadiran Chiko. Tapi hari ini entah ke mana pula

    Chiko. Tinggallah Balkis kebosanan sendirian.

    Siapa kata aku pungguk rindukan bulan? Sikit pun

    aku tak teringin nak cari bapa aku tu. Kalau aku teringin atau

    mengharapkan dia cari aku, memanglah macam pungguk

    rindukan bulan mengharap-harap orang yang telah buang

    aku dari dalam kandungan mama. Kerja bodoh namanya.

    Balkis mengomel-ngomel sendiri.Memang di hatinya tak pernah teringin untuk

    mencari bapa kandungnya. Baginya, lelaki tidak

    bertanggungjawab seperti bapanya itu tidak penting dalam

    hidupnya. Lagi pula, tiada yang kurang dalam hidupnya dari

    kecil hingga kini. Mak Kiah dan Pak Rahmat menjaganya

    bagai menatang minyak yang penuh. Apa lagi yang dia mahu?

    Segalanya cukup.

    Cha!

    Tersentak Balkis dari lamunan.

    Cha!

    Terdengar lagi suara memanggilnya. Pantas Balkis

    menjenguk ke halaman. Firdaus!

    Terukir senyuman di bibir Balkis. Cepat-cepat dia

    membuka pintu dan turun ke halaman. Terpandang sahaja

    wajah Firdaus, terus hilang ingatannya terhadap janjinya

    pada Mak Kiah semalam.

    Cha, kau cari aku ya semalam? tanya Firdaus

    tanpa berlengah.

    Haah tak pasal-pasal aku kena sembur dengan

    mak kau. Kau pergi mana? Mak kau tak kerja ke semalam?

    Kan Rabu dia kerja malam? soal Balkis bertubi-tubi.

  • 8/3/2019 BPRB

    14/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    14

    Anak lelaki Cik Senah yang berkulit sawo matang

    itu menarik-narik telinganya sendiri dengan wajah yang

    berkerut. Terasa sarat lubang telinganya dengan soalan-

    soalan Balkis tadi.

    Sorry la semalam aku keluar dengan budak

    kampung sebelah tu. Tak tahu pula kau nak datang. Mak aku

    tu entahlah, katanya ada rombakan syi kat tempat dia kerja

    tu. Kesian kau Cha kakak aku cerita semua pagi tadi.Sorry

    yek. Ada raut kesal di wajah Firdaus.Tak ada apa-apa la. Asalkan bukan kau yang kutuk

    aku macam tu. Balkis bersuara mendatar, bebola matanya

    merayau ke langit. Macam nak hujan aje. Jangan la... nak

    dating nih!

    Tak janji! Aku takkan kutuk kau walau macam

    mana sekalipun. Firdaus mengangkat tangan seperti orangmengangkat sumpah lagaknya.

    Balkis tersenyum riang dengan perlakuan Firdaus.

    Kedua mereka beriringan mengatur langkah.

    Tapi kakak aku kata kau kenakan mak aku, ya?

    Tersengih-sengih Firdaus menyoal Balkis. Saat ini jari

    telunjuk Firdaus tegak menunjuk ke arah batang hidung

    Balkis.

    Sikit aje. Itupun aku cuma cakap balik apa yang

    dia cakap pasal mak aku. Tak ada la sadis sangat macam orang

    yang kena kutuk anak dot dot dot.

    Isy! Dah la.Sorry on behalmak aku ya Cha.

    Yalah!Best riendpunya pasal.

    Best riendaje ke? Bukan special boyriend?

    tambah Firdaus mengusik.

    Gila kau? Jangan cari pasal la. Dah terang-terang

  • 8/3/2019 BPRB

    15/89

    Wanis Soffya

    15

    mak kau tak suka aku. Jangan kata sejengkal, seinci pun dia

    tak sukakan aku. Lagipun kau tak takut ke? Manalah tahu apa

    yang mak kau cakap tu betul. Aku ni anak dot dot dot.

    Balkis menjawab usikan Firdaus sambil menjegilkan matanya

    sedikit.

    Isy! Cha, kau jangan terpengaruh dengan cakap-

    cakap mak aku la. Yang penting dalam surat beranak kau,

    dalam IC kau ada nama bapa kau bukannya kau berbintikan

    Abdullah. Itu dah cukup membuktikan mak kau tak salah, diabernikah, isteri yang sah pada bapa kau. Cukuplah, jangan

    kau nak pening-peningkan kepala. Biar orang lain saja yang

    pandang serong pada mak kau tapi jangan engkau Cha. Jadi

    anak derhaka pula kau nanti. Panjang lebar nasihat Firdaus.

    Ketika itu mereka telah pun sampai di anak sungai

    yang menjadi tempat mereka mengulang kaji pelajaran

    bersama beberapa rakan lain dulu.

    Yalah Encik Firdaus. Saya dengan besar hati

    menerima segala nasihat Encik Firdaus demi kebaikan diri

    saya, gurau Balkis membalas kata-kata nasihat Firdaus.

    Mula la tu nak main-main bila orang nasihatkan

    dia, ngomel Firdaus tidak puas hati.

    Mana ada main-main? Betul-betul ni aku terima

    nasihat kau tu. Eh! Lea dengan Wati dah kerja. Kau bila lagi?

    Balkis segera menukar topik sebaik sahaja punggungnya

    mencecah dahan pokok yang sedang berjuntai ke dalam anak

    sungai yang berarus perlahan itu. Kelihatan indah sekali

    batu-batu kecil di dasar sungai itu. Ada sesetengah tempatnya

    pula berpasir dan berbatu besar.

    Abang aku ajak aku pergi KL, tolong dia kat kedai

    komputer dia itulah, cerita Firdaus tanpa memandang wajah

    Balkis.

  • 8/3/2019 BPRB

    16/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    16

    Bulat mata Balkis mendengar jawapan Firdaus.

    Sedang Firdaus pula melemparkan pandangan ke arah dua

    ekor rama-rama yang sedang berkejaran riang.

    Habis, kau nak pergi? Pandangan mata Balkis

    sedang menikam tajam ke wajah Firdaus.

    Nampak gayanya wajib. Cadangan mak aku

    sebenarnya.

    Saat ini mata mereka bertaut.

    Ya ke? Jawapan Firdaus membuatkan Balkis

    bagaikan hilang semangat.

    Firdaus hanya mengangguk.

    Kau? soal Firdaus pula.

    Tak tahu lagi. Tapi Wati kata ada kerja kosong kat

    supermarket tempat dia kerja. Kerja cashier macam dia jugala. Balkis menjawab malas.

    Okey juga kalau kau kerja tu. Kaukan pandai

    maths, ucap Firdaus cuba menceriakan Balkis. Serba salah

    jadinya melihat wajah Balkis yang mempamerkan kesedihan

    mendengar kata-katanya sebentar tadi untuk bekerja di kedai

    komputer abangnya di Kuala Lumpur.

    La apa pula kena-mengena? Bukannya nak kena

    pakai ormula pun kerja cashier. Kau tak pernah pergi

    supermarket ke? Balkis menjegilkan matanya memandang

    Firdaus.

    Anak teruna Cik Senah Murai itu tergelak kecil.

    Mula la tu nak kenakan orang. Sempat juga

    Firdaus merungut.Bibit-bibit ceria mula menguasai pertemuan

    mereka petang itu.

  • 8/3/2019 BPRB

    17/89

    Wanis Soffya

    17

    Kenakan apa pula? Kalau tak pernah, esok jom la

    kita pergi Giant tengok macam mana cashier dia buat kerja.

    Kalau susah-susah nak kena pakai ormula segala aku tak

    naklah. Bukan tak terer! Cuma kut-kut nanti aku kena ketuk

    dengan customer aje. Orang nak beli barang bukannya nak

    ambik kelas tambahan matematik, ujar Balkis seraya ketawa

    geli hati.

    Haah! Yalah tu! Betul cakap awak. Saya setuju!

    Firdaus menjawab selamba. Meniru sebiji-sebiji dialograncangan kartun Blues Clues yang ditayang di TV9.

    Balkis ketawa lagi.

    Kau tengok ke kartun tu? Tak ada cerita lain ke?

    Rumah kau ada Astro, kan? Mengekek-ngekek Balkis ketawa

    hingga menekan-nekan perut. Terasa lucu amat kalau benar

    Firdaus menonton rancangan kartun itu.Eh eh! Kau taujugak ya? Ha kau pun tengok,

    kan? balas Firdaus pula.

    Kali ni Balkis pula yang terkena. Gelaknya

    memerangkap diri sendiri.

    Firdaus!!!

    Saat kedua-dua remaja itu asyik bergelak ketawa,terdengar satu suara nyaring seperti bergema dari langit.

    Serentak itu juga dush!!!

    Balkis sudah terdampar jatuh ke dalam anak sungai.

    Cepat-cepat dia bangun sambil meraup mukanya yang

    kebasahan. Pandangan matanya sedang meneliti siapa

    perempuan gempal yang dirasakan seperti kenal itu.

    Firdaus! Mak kau la! Aku ingatkan halilintar nak

    panah dahan tempat aku duduk tu. Tu la aku terjun. Balkis

    bersuara kelam-kabut tatkala mengenal pasti kelibat Cik

  • 8/3/2019 BPRB

    18/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    18

    Senah sedang melenggang-lenggok menghampiri mereka

    berdua.

    Haah la alamak! Mak aku la. Eh, kau okey ke?

    Dalam kerisauan melihat ibunya yang semakin hampir,

    Firdaus masih prihatin dengan keadaan Balkis. Dia juga

    sudah berada di dalam anak sungai yang berair dingin itu.

    Aku okey.Dont worry.

    Firdaus! Balik!!! Berapa kali mak nak cakap dengan

    kau ni?! Budak ni sial, jangan berkawan dengan dia! Cik

    Senah terus menengking sebaik sahaja kakinya berhenti

    melangkah.

    Pandangan mata Firdaus jatuh pada seraut wajah

    Balkis. Walaupun Balkis nampak bersahaja, Balkis masih

    tidak dapat menyembunyikan raut wajah yang terguris dek

    kata-kata ibunya sebentar tadi. Itu Firdaus pasti.Firdaus balik! Kau tak malu ke berdua saja

    dengan budak ni? Nanti tak pasal-pasal dia tu jadi macam

    mak dia! Masa tu walau macam mana pun, jangan harap aku

    nak kahwinkan kau dengan dia.

    Panas hati Cik Senah melihat Firdaus yang sedikit

    pun tidak berganjak dari sisi Balkis. Berangnya semakin

    meruap-ruap. Dia sudah mencekak pinggang. Kalau diikutkan

    hati mahu saja dipiat-piat telinga anak terunanya yang

    seorang itu. Sudah berbuih-buih mulutnya melarang Firdaus

    berkawan dengan Balkis, tetapi anak itu degil. Susah benar

    mendengar cakapnya.

    Isy! Apa mak merepek ni? kata Firdaus yang

    tergesa-gesa naik ke tebing, meninggalkan Balkis yang masihtercegat memeluk tubuh di dalam anak sungai itu. Namun

    sempat juga dia berpaling, mencuri pandang wajah Balkis

    yang sedang menunduk. Kesian Balkis. Pasti dia sedih

  • 8/3/2019 BPRB

    19/89

    Wanis Soffya

    19

    maruahnya seperti sedang dipijak-pijak orang. Tetapi Firdaus

    tak mampu melakukan apa-apa selain merangkul lengan

    ibunya dan melangkah tergesa-gesa meninggalkan anak

    sungai yang nyaman itu.

    Sebaik hilang sahaja kelibat Firdaus dan Cik Senah,

    Balkis terus memanjat semula dahan tempat dia duduk tadi.

    Eleh! Cik Senah ni tak sayang mulut betul! Nasib

    baik Firdaus ada tadi. Kalau tak, tahulah apa aku nak jawab.

    Tapi tak bolehlah depan-depan Firdaus. Melampau la kutukmak depan anak. Ustazah tak ajar perangai macam tu. Hik

    hik hik. Kalau Abang Fikri ada, tahulah nasib kau Cik Senah.

    Jawabnya kena buat pagar baru lagilahhik hik hik! Balkis

    mengekek sendiri.

    Terkenang pula pada Fikri yang sering membelanya

    dulu. Baru sahaja Balkis mahu berbaring di atas dahan itu,tiba-tiba sahaja guruh berdentum, serta-merta membantutkan

    kenangan lalu yang mahu menyinggah lagi.

    Alamak! Dah nak hujan lapulak. Matanya

    memandang ke langit. Anak sungai yang indah itu

    ditinggalkannya. Takut pula seorang diri di situ, sementelah

    malam hampir menjelang. Baiklah jika dia bergerak pulang

    sementara hari masih belum gelap.

    Balkis berjalan laju sambil tangannya memintal

    hujung bajunya yang masih lencun, memerah air sungai.

  • 8/3/2019 BPRB

    20/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    20

    B ALL PENPapermate Image

    1.0mm itu bagaikan memutar

    segala kenangan bersama

    Firdaus. Pen berdakwat biru di tangannya itu dibeleknya

    seperti tidak pernah melihat pen sebelum ini, walhal tiada apa

    pun yang unik pada pen itu. Bezanya pen itu dibelikan oleh

    Firdaus. Hadiah hari jadinya yang ketujuh belas tahun. Balkis

    tersenyum sendiri. Terlalu banyak kenangan indah antara

    dirinya dan Firdaus selama persahabatan mereka. Firdaus

    baik, tiada langsung seperti Cik Senah. Mungkin Firdaus

    mewarisi siat mulia bapanya.

    Fikri? Tiba-tiba teringat pula Balkis pada Fikri.

    Telah lama lelaki itu pergi membawa sekeping hati yang

    terluka. Bagaimana agaknya dia sekarang? Masih tidak dapat

    menerima kenyataankah? Sudah berbulan-bulan dia tidak

    menjengah ke rumah ini. Terasa rindu pula pada kenangan

    lalu yang disusuri bersama Fikri sebelum terbongkarnya satuperkara yang membuatkan kedua mereka terluka.

    Mama papa kalau aku tidak ditinggalkan

    begini, tak mungkin nasib aku dan Fikri begini. Hmmm.

    Bab

    3

  • 8/3/2019 BPRB

    21/89

    Wanis Soffya

    21

    Balkis mengeluh kecil. Dia cuba melupakan kenangan yang

    datang bertandang.

    Kini dia keseorangan. Sekali lagi dia terasa

    kehilangan. Firdaus telah pun dibawa abangnya ke Kuala

    Lumpur. Zalea dan Azwati pula hanya sesekali dapat

    berjumpa. Itu pun jika mereka bekerja syi tengah hari.

    Terlalu banyak masa lapang memberi banyak ruang kepada

    Balkis untuk terkir perihal kedua ibu bapanya walaupun dia

    tidak mahu memikirkannya. Baginya lebih baik tidak berkirdaripada memikirkan perkara-perkara yang tidak baik sahaja

    mengenai mereka. Buat menambah dosa sahaja. Ditinggalkan

    sebatang kara, bagaimana hendak memikirkan yang baik-baik

    mengenai mereka? Bagaimana? Sepasang matanya yang

    bundar berlegar-legar ke segenap pelosok biliknya. Bilik yang

    ditumpanginya sejak sekian lama. Terasa diri sangat kerdil.

    Kalaulah tiada Mak Kiah dan Pak Rahmat.

    Argh! Mungkin aku dah mati atau dibuang di

    masjid atau tempat pembuangan sampah. Pantas kedua-dua

    telapak tangannya menekup muka. Air mata telah lama

    kering. Tiada tangisan lagi untuk sebuah kekesalan lahir ke

    dunia seolah-olah tidak diundang walaupun hakikatnya dia

    tahu, semua manusia di dunia ini hanya menumpangsementara waktu.

    Stop it Balkis Batrisyia! Fikirkan perkara lain....

    Dia memejamkan mata, sedaya upaya dia cuba melenyapkan

    ingatan terhadap perkara yang sering membuat hatinya

    terguris. Dia mundar-mandir, ke hulu ke hilir dan akhirnya

    berhenti di tepi jendela yang ternganga luas. Pandangannya

    menerobos ke dusun buah-buahan milik Pak Rahmat.

    Nak kerja ke tak nak kerja ni? Balkis bertanya

    pada diri sendiri. Jemarinya sedang rancak menggaru-garu

    kepala yang tiba-tiba terasa gatal.

  • 8/3/2019 BPRB

    22/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    22

    Ada kutu ke gatal sangat ni? Mulutnya mengomel

    perlahan. Tangannya masih menggaru-garu kepala.

    Isy! Tak pernah dalam sejarah kepala aku ni ada

    kutu. Eh! Haah tak mandi lagi. Patutlah gatal sana sini.

    Dia segera mencapai tuala. Tuala bergambar kartun Gareld

    itu disangkutnya di bahu. Sempat dia melirik ke arah jam di

    dinding ruang tamu ketika keluar dari biliknya. Kelihatan

    jelas jarum pendek jam yang sedang menunjukkan ke angka

    sebelas.Hah!? Langkah kakinya terhenti. Wajahnya

    dipalingkan sekali lagi ke arah jam di dinding. Ditenung jam

    itu. Kelihatan jarum panjang jam di angka dua belas. Serta-

    merta kakinya kembali melangkah. Kali ini bukan lagi

    berjalan malas tetapi telah berlari-lari anak. Teringat temu

    duga terbuka pelbagai jawatan disupermarket tempat Azwati

    dan Zalea bekerja yang akan bermula tengah hari ini. Peluang

    yang tidak sepatutnya dilepaskan jika benar-benar mahu

    bebas dari gangguan-gangguan kiran yang boleh

    menyebabkan dia jadi seperti orang gila bayang atau mungkin

    juga seperti apa yang dikatakan oleh Cik Senah. Pungguk

    rindukan bulan.

    Cha, nak ke mana ni? Kemas saja ni? Mak Kiahbertanya kehairanan sebaik sahaja Balkis melintasi ruang

    tamu untuk keluar. Apa tidaknya, jarang Balkis berpakaian

    kemas kecuali bila berpakaian sekolah. Biasanya jika sekadar

    di rumah atau sekitar kampung, Balkis hanya berseluar

    panjang dan T-shirt. Tapi kali ini dia berseluar slack yang

    dipadankan dengan kemeja lengan panjang berbunga kecil.

    Gayanya kemas sekali.

    Interbiu. Pantas sepatah perkataan keluar dari

    bibir mungilnya.

  • 8/3/2019 BPRB

    23/89

    Wanis Soffya

    23

    Hah!? Interbiu?

    Jawapannya mengundang kejutan pada Mak Kiah.Reaksi yang memang sudah dijangkakannya.

    Kerja apa? Kat mana? Berkerut dahi Mak Kiah.

    Sesusuk tubuh kurus Balkis direnungnya. Bolehkah Balkis

    bekerja? Kerja apa di usia semuda belasan tahun? Berlegar

    pelbagai persoalan di kiran tua Mak Kiah.

    Kerja cashier macam Wati dengan Lea. Di GillMart

    jugalah. Balkis menjawab. Jelas kepada soalan Mak Kiah. Dia

    menghampiri Mak Kiah dan mengisi ruang kosong di sisi

    Mak Kiah.

    Bolehlah mak! Cha dah boring sangat dah ni. Dah

    sebulan kat rumah ni. Boleh jam otak ni mak. Balkis

    merengek manja, sebelum Mak Kiah sempat menyangkal

    kemahuannya. Dia tahu, bukan senang Mak Kiah hendakmembenarkan.

    Mak Kiah pula hanya mendiamkan diri. Serba salah

    dengan permintaan Balkis. Mak Kiah aham perasaan Balkis.

    Mungkin Balkis perlukan aktiviti yang boleh membuatnya

    tiada masa untuk memikirkan mengenai ibu dan bapanya

    seperti semasa bersekolah dahulu. Dia juga perlukan teman-

    teman yang boleh diajak berbicara selain Mak Kiah.

    Sekurang-kurangnya dia ada peluang untuk bergembira dan

    melupakan kedukaan yang bertandang tika bersendiri.

    Mungkin sesuai jika Balkis bekerja. Tapi

    Mak.

    Empat mata bertembung.

    Tergendala pertimbangan di kiran Mak Kiah.

    Cha tak boleh duduk macam ni saja di rumah,

    mak. Cha tak nak kir pasal mama pasal papa pasal

  • 8/3/2019 BPRB

    24/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    24

    cakap-cakap orang mengenai Cha. Mungkin kerja boleh buat

    Cha lupa perkara-perkara tu, macam Cha sibuk masa sekolah

    dulu.

    Tepat seperti jangkaan Mak Kiah. Memang Balkis

    sedang cuba lari dari memikirkan perihal ibu bapanya dan

    juga cakap-cakap orang yang mengelirukan kirannya.

    Mata Balkis masih menikam tajam ke dalam bebola

    mata Mak Kiah.

    Mak Kiah menarik naas panjang. Perlahan-lahan

    dengan berat sekali melepaskan udara yang disedutnya tadi.

    Baiklah. Tapi kerja saja tau, pandai-pandai pilih

    kawan. Banyak orang tak betul di luar tu. Akhirnya Mak

    Kiah bersetuju biarpun dengan berat hati.

    Kata-kata Mak Kiah membuatkan Balkis tersenyum

    simpul. Terjongket bahunya, meluahkan rasa gembira.Terima kasih mak!

    Tubuh Mak Kiah dirangkul erat tanda terima kasih

    sebelum melangkah keluar. Balkis bersyukur walaupun dia

    hidup tanpa mengenali siapa ibu bapanya, tanpa mendapat

    belaian manja daripada keduanya, dia amat disayangi oleh

    Mak Kiah yang merupakan kakak sulung ibunya. Tak sedikit

    pun dia dibezakan dengan anak-anak kandung Mak Kiah. Dia

    amat bersyukur. Bukan semua orang yang tidak diinginkan

    oleh kedua ibu bapa sepertinya dapat hidup sebahagia dia

    walaupun sesekali terdetik juga kerinduan pada kedua ibu

    bapa kandung. Tapi di mana mereka? Tidak sayangkah mereka

    pada dia? Tak sanggup rasanya memikirkan diri tidak

    disayangi oleh orang yang sepatutnya menyayanginya lebihdaripada orang lain. Tidak.

    Langkah kakinya sudah terhenti di hentian bas.

    Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Tiada tempat yang

  • 8/3/2019 BPRB

    25/89

    Wanis Soffya

    25

    sesuai untuk duduk melepaskan penat. Lima belas minit

    menunggu, akhirnya kelihatan sebuah bas sedang bergerak

    perlahan.

    Fuh lega rasa hati! Malasnya menunggu lama-

    lama, boleh patah semangat aku yang tak seberapa ni. Balkis

    melangkah malas tatkala bas berhenti betul-betul di

    depannya.

    INGATKAN kau tak datang. Azwati menyapa sebaik sahaja

    Balkis menghampirinya. Balkis yang berpakaian kemas itu

    diamatinya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

    Kenapa dengan kau ni? Tengok aku semacam aje.

    Apa yang tak kena? Balkis membelek imej diri sendiri yangterpantul di dalam pintu kacasupermarket itu.

    Hmmm... macam orang nak pergi interbiu kerja

    pejabat la kau ni. Azwati sudah tergelak.

    Ya ke? Habis tu macam mana?

    Boleh aje interbiu. Tak ada masalah pun. Cuma

    aku nak tergelak aje.

    Nak tergelak? Ha gelaklah puas-puas. Tak ingin

    aku kerja kat sini! Balkis mengatur langkah mahu keluar

    dari bangunansupermarket itu.

    Hoi! Cha aku gurau aje. Takkan tak boleh kut?

    Langkah Balkis dituruti oleh Azwati.

    Namun Balkis meneruskan langkahnya tanpamempedulikan Azwati.

    Cha, aku gurau saja. Kau ni kenapa sensiti sangat

    ni?

  • 8/3/2019 BPRB

    26/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    26

    Terhenti langkah Balkis apabila Azwati sudah

    berdiri tegak di hadapannya.

    Cha. Azwati terus memujuk.

    Kau tu suka nak gelakkan aku. Kau tak suka ke

    aku nak kerja kat sini?

    La aku berguraulah. Kau ni jomlah cepat,

    nanti kena isi borang dulu, tunggu giliran lagi lambat

    nanti kalau sibuk nak merajuk kat sini. Tangan Balkis pantas

    ditariknya agar Balkis masuk semula ke dalam GillMart.

    Balkis menurut sahaja.

    Eh, Zalea mana? Tiba-tiba pula dia teringatkan

    Zalea. Kelibat temannya yang seorang itu belum lagi

    kelihatan.

    Zalea rehat awal hari ni sebab dia syi penuh.

    Petang nanti rehat lagi sekali, balik pukul sepuluh setengah

    malam. Azwati memberikan sedikit gambaran tentang waktu

    rehat bagi syi penuh.

    Nanti interbiu, dia orang tanya apa? tanya Balkis

    ingin tahu. Sedikit sebanyak dia berdebar-debar juga.

    Macam-macam dia tanya, pandai-pandailah kau

    jawab. Dah sampai. Kat os tu kau ambilorm yang dekatmeja tuand then isi, lepas tu kau duduk tunggu giliran kau.

    Aku tak boleh nak tunggu kau, lima minit lagi waktu rehat

    aku tamat. Kalau lambat kena jelinglah jawabnya dengan

    senior cashier.

    Okey! Thank you Miss Azwati. See you soon. Bye.

    Azwati terus melangkah pergi meninggalkan Balkis.Tergesa-gesa kelihatan langkahnya. Mungkin senior cashier

    yang dimaksudkannya itu garang orangnya. Balkis sempat

    berimaginasi sendiri.

  • 8/3/2019 BPRB

    27/89

    Wanis Soffya

    27

    Ala... kalau setakat jeling tu biar sajalah, bukannya

    sakit pun. Lagipun mata dia, suka hati dialah. Balkis terus

    mengomel dalam hati.

  • 8/3/2019 BPRB

    28/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    28

    M AK KIAH melenggang

    sendirian. Terasa sunyi pula

    semenjak Balkis telah mula

    bekerja. Ke mana saja, dia terpaksa sendiri. Ah tak apalah,

    asalkan Balkis bahagia, ikir Mak Kiah. Pagi ini langkah

    kakinya teratur kemas menuju ke kedai runcit Pak Rahim,

    satu-satunya kedai di kampungnya yang menjual bahan-

    bahan mentah untuk dimasak. Beberapa minit sahaja dia

    telah pun berada di kedai Pak Rahim. Tersenyum dia melihat

    ikan-ikan yang segar. Dibeleknya satu per satu. Hari ini, Mak

    Kiah bercadang nak memasak siakap tiga rasa kegemaran

    Balkis, dipadankan dengan tomyam ayam dan juga kailan

    ikan masin. Pasti menjilat jari Balkis malam nanti. Mak Kiah

    tersenyum lagi.

    Hai Kak Kiah, tersenyum sorang-sorang dari tadi

    kenapa?

    Tiba-tiba ada suara menegur. Mak Kiah menoleh kearah datangnya suara tadi.

    Eh... Cik Senah! Ingatkan siapa tadi? Tak ada apa-

    Bab

    4

  • 8/3/2019 BPRB

    29/89

    Wanis Soffya

    29

    apalah, teringatkan anak-anak saja. Mak Kiah mengatur kata

    biarpun dalam hati terasa jengkel kerana menyakitkan hati

    Balkis baru-baru ini. Kalau tidak kerana itu, pasti Balkis

    masih betah tinggal di rumah. Tidak perlu sibuk hendak

    bekerja demi untuk menghindari kekusutan kiran,

    bukannya demi sesuap nasi sebagaimana matlamat sebenar

    sesetengah orang yang bekerja.

    Teringatkan anak-anak saja? Dekat adik bongsu

    kesayangan tak ingat ke? balas Cik Senah sinis, membuatkanMak Kiah memandang tepat ke wajahnya. Darahnya telah

    mula menyirap. Kata-kata Cik Senah seperti menyimbah

    minyak ke dalam api.

    Senah kau ni kenapa? Tak habis-habis nak

    mengungkit kisah lama. Kau ingat sikit Senah... kalau tak

    kerana mulut kau, adik aku Mastura takkan lari

    menghilangkan diri. Dah berbelas tahun pun, apa yang kau

    tak puas hati lagi? Apa yang kau nak lagi? Kata-kata Cik

    Senah membuatkan Mak Kiah hilang sabar. Fikirnya tak

    mahu bermusuhan, sebab itulah teguran Cik Senah disambut

    baik walaupun hatinya mahu marah pada Cik Senah kerana

    tak henti-henti menyakitkan hati Balkis.

    Tak ada apa-apalah Kak Kiah cuma satu sajapesan saya, jangan biarkan anak saudara Kak Kiah tu cuba-

    cuba nak pikat anak bujang saya. Takut nanti nasibnya sama

    dengan maknya, adik bongsu Kak Kiah tu. Memuncung

    mulut Cik Senah menghabiskan kata-katanya.

    Yang itu kau jangan bimbang, Cha sendiri pun

    cakap dia tak ada apa-apa dengan anak kau. Kawan sekolah

    saja. Kalau kau tak teringin nak bermenantukan anak aku

    yang cemerlang, gemilang terbilang tu, aku pun tak teringin

    nak berbesan dengan orang tak ada wawasan macam kau ni.

    Asyik nak menjatuhkan maruah orang saja. Maruah sendiri

  • 8/3/2019 BPRB

    30/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    30

    bersepah, sibuk nak mengata orang! Kali ini Mak Kiah

    melampiaskan marah. Nada suaranya meninggi. Beberapa

    orang pelanggan kedai itu sudah mula menjeling-jeling ke

    arah mereka.

    Eh apa Kak Kiah cakap ni? Mata Cik Senah

    meliar melihat orang sekeliling.

    Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya,

    sindir Mak Kiah dan terus berlalu meninggalkan Cik Senah

    yang sedang menahan geram.

    Sakit hati Cik Senah disindir Mak Kiah begitu.

    Tunggu kau Kiah tunggu! Cik Senah mengetap

    bibir. Matanya masih meliar ke kiri ke kanan. Mujur tidak

    ramai orang pada ketika itu, hanya ada beberapa orang muda

    yang mungkin tidak tahu kisah yang berlaku hampir dua

    belas tahun yang lalu. Kisah yang menyebabkanperceraiannya dengan bekas suaminya.

    Mak Kiah pula telah melenggang jauh

    meninggalkan Cik Senah setelah tergesa-gesa membayar

    harga barang yang dibelinya. Tak kuasa rasanya melayan

    mulut murai Cik Senah. Dari muda sampai ke tua begitu

    jugalah mulutnya. Tak pernah belajar menghormati perasaan

    orang lain. Langkah kaki Mak Kiah semakin perlahan. Terasa

    letih walaupun hanya seminit dua mengatur langkah yang

    pantas tadi. Naasnya turun naik, sedikit termengah-mengah.

    Perlahan-lahan digagahkan juga kaki melangkah, menuju ke

    rumah adiknya untuk berehat seketika. Dari jauh sudah

    kelihatan kelibat adiknya Salmah sedang berdiri di muka

    pintu.

    Kak long! Kenapa ni? Mak Salmah bertanya

    hairan melihat Mak Kiah kepenatan seperti dikejar sesuatu.

    Segera dia mencapai barang-barang yang dibawa oleh Mak

  • 8/3/2019 BPRB

    31/89

    Wanis Soffya

    31

    Kiah dan diletakkan di pangkin di bawah pohon mempelam

    yang rendang dan sedang berbunga lebat.

    Mak Kiah terus melabuhkan punggung di pangkin

    itu tanpa menjawab pertanyaan Mak Salmah. Wajahnya masih

    masam mencuka.

    Mak Salmah beberapa kali menggeleng kepala

    melihat gelagat kakaknya itu.

    Kak long duduk dululah. Mah ambilkan air. Mak

    Salmah meninggalkan Mak Kiah sendirian.

    Duduk di bawah pohon yang merendang, terasa

    hilang kepanasan yang dijunjung di kepala sebentar tadi

    ketika berjalan di bawah terik matahari. Cuma panas di hati

    yang belum reda. Mujur dia segera meninggalkan kedai Pak

    Rahim. Mak Kiah mengibas-ngibas mukanya dengan hujung

    selendang. Kemudian mengelap rintik-rintik peluh yangsedang membasahi mukanya pula. Seketika kelihatan kelibat

    Mak Salmah sedang menatang sejag oren sejuk membuat

    Mak Kiah rasa terliur pula.

    Kak long kenapa? Mak Salmah bertanya lagi

    sambil tangannya ligat menuang minuman sejuk itu untuk

    kakak sulungnya.

    Segera gelas itu dicapai oleh Mak Kiah. Diteguknya

    pantas.

    Mak Salmah hanya memerhati sambil menggeleng.

    Gelas yang masih bersisa separuh minuman itu

    diletakkan kembali ke talam.

    Aku geram ni. Geram sangat ni! Akhirnya Mak

    Kiah mula berkata-kata, membuatkan mata Mak Salmah

    membulat besar.

    Kenapa?

  • 8/3/2019 BPRB

    32/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    32

    Aku pergi kedai tadi, beli barang dapur ni. Mak

    Kiah memulakan cerita sambil tangannya menuding ke arah

    barang-barang yang dibelinya tadi. Tuturnya terhenti

    seketika, menarik naas panjang sebelum menyambung lagi

    ceritanya.

    Entah dari mana datangnya Cik Senah tu,

    ditegurnya aku. Mak Kiah menelan liur. Bicaranya

    terhenti lagi. Gelas minuman di dulang dicapainya.

    Baguslah! Kan dulu kak long yang beria nakberbaik dengan dia? Mak Salmah memulangkan paku buah

    keras. Teringat pula segala nasihat Mak Kiah agar tidak

    bermusuhan sesama Islam. Tapi, bagi Mak Salmah pula tiada

    gunanya berbuat baik dengan orang seperti Cik Senah. Sia-

    sia sahaja, Cik Senah tetap tak berubah.

    Kalau ditegur baik, taklah aku sakit hati. MakKiah menjawab setelah seteguk lagi air membasahi

    kerongkongnya.

    Apa yang ditegurnya, kak? Kan Mah dengan Abang

    Kob dah cakap, Cik Senah tu bukan boleh berbaik.

    Aku bukannya nak berbaik. Cuma tak mahu

    bermusuhan. Itu saja.

    Yalah yalah! Tapi apa benda yang ditegurnya

    tadi? Sampai kak long marah macam ni? Kak long ni

    bukannya jenis cepat naik darah. Hairan sungguh Mak

    Salmah melihat Mak Kiah yang sedang naik angin.

    Aku pergi kedai tadi tu sorang-sorang saja sambil

    membelek ikan tu, teringat pula aku pada Si Cha. Aku

    senyumlah sorang-sorang, rupanya Cik Senah tumemerhatikan aku. Tiba-tiba saja dia tanya aku pasal aku

    senyum sorang-sorang tu. Mak Kiah mula membuka cerita

    yang sebenarnya.

  • 8/3/2019 BPRB

    33/89

    Wanis Soffya

    33

    Habis kak long jawab apa? Mak Salmah bertanya

    penuh minat.

    Mak Kiah pula terus mengibas-ngibas hujung

    selendangnya menjemput sang bayu agar dapat mendinginkan

    seluruh tubuhnya yang terasa panas ketika ini.

    Aku jawab cara baiklah. Aku kata teringatkan anak-

    anak. Tup-tup dia boleh tanya aku teringatkan anak-anak

    saja? Dekat adik bongsu kesayangan tak ingat? Mak Kiah

    bercerita. Diajuknya cara Cik Senah bercakap.

    Serta-merta pula wajah Mak Salmah menjadi

    tegang. Terasa panas membara di hati Mak Kiah telah

    menyinggah ke lubuk hatinya pula. Masakan tidak? Jika

    orang yang dimaksudkan oleh Cik Senah itu adik Mak Kiah,

    sudah tentunya orang itu adiknya juga. Bak kata pepatah

    cubit paha kiri, paha kanan juga terasa.Melampau betul la Cik Senah ni. Tak sudah-sudah

    nak menyakitkan hati keluarga kita ni. Dia punya pasal juga

    Mastura lari dulu. Hmmm... entah kat manalah Mastura

    sekarang ni. Mak Salmah melampiaskan marahnya pula.

    Namun di hujung bicara, nadanya diselubungi sedikit sayu

    terkenangkan adiknya yang telah lama menghilang entah ke

    mana.

    Aku rindukan Mastura. Air mata Mak Kiah mulai

    mengalir perlahan. Cepat-cepat Mak Kiah mengesat air

    matanya dengan hujung selendang.

    Saya pun rindukan Mastura. Entah apa nasibnya

    sabarlah kak long. Bahu Mak Kiah dipeluk erat oleh Mak

    Salmah.Fikiran Mak Salmah melayang terkenangkan

    peristiwa tujuh belas tahun dulu. Mastura yang masih dalam

    pantang hilang tiba-tiba. Fikirannya terganggu dengan tnah

  • 8/3/2019 BPRB

    34/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    34

    yang dilemparkan padanya. Mak Salmah dan keluarga

    percaya, itulah sebabnya Mastura lari. Lari seolah-olah pihak

    yang bersalah, padahal dia tidak bersalah. Dan tindakannya

    itu membuat seluruh kampung mulai percaya dengan tnah

    yang disebarkan. Saat itu, seluruh keluarga bagai dipulau,

    hinggalah akhirnya Yaakob menemui sijil nikah Mastura yang

    telah dikoyak-koyakkan dan dibuang di kebun. Dan sehingga

    kini, yang menjadi persoalan yang tidak terjawab siapakah

    yang mengoyak dan membuang sijil nikah itu? Mastura atauada orang lain yang mahu menganiayai Mastura?

  • 8/3/2019 BPRB

    35/89

    Wanis Soffya

    35

    M

    ACAM MANACha? Kau

    suka tak kerja kat sini?

    Zalea bertanya sebaik

    sahaja mereka melangkah ke luar dari supermarket tempat

    mereka bekerja.

    Suka! Suka sangat. Best betul time pegang duit

    beratus-ratus yang customer bayar. Balkis menjawab ceria.

    Hampir dua minggu dia bekerja di GillMart. Terasa lapang

    kirannya dari gangguan kiran yang cuba dihindarinya.

    Hidupnya terasa gembira kembali, dikelilingi teman-temanuntuk bergelak ketawa dan berkongsi cerita. Ternyata bukan

    hanya dia, Zalea dan Azwati sahaja yang bekerja sementara di

    GillMart tetapi ramai juga teman-teman satu sekolahnya yang

    lain. Kalaulah Firdaus ada di sini, pasti diajaknya sama-sama

    bekerja disupermarket ini.

    Haah walaupun bukan duit kita, kan? sokong

    Azwati yang juga menyuarakan rasa yang sama seperti Balkis.

    Em! Best, kan kalau banyak duit, boleh shopping.

    Boleh beli apa yang kita nak beli. Balkis berangan-angan.

    Bab

    5

  • 8/3/2019 BPRB

    36/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    36

    Ah! Sabarlah. Hujung bulan ni dapatlah gaji kita.

    Senyuman melebar di bibir Azwati. Terbayang-bayang di mata

    wang ratusan ringgit dalam genggaman hasil titik peluh

    sendiri.

    Tapi aku dapat setengah bulan aje. Balkis

    menjuihkan bibir. Terasa tidak puas hati apabila teringatkan

    Zalea dan Azwati akan mendapat gaji lebih RM350

    daripadanya.

    Tak apalah. Dah kau masuk kerja tengah bulan,pujuk Azwati lembut. Senyumannya yang sedang melebar

    tadi tiada lagi. Riak wajahnya menunjukkan rasa kasihan pada

    Balkis.

    Emmm kita patut bersyukur dengan apa yang

    kita dapat, setimpal dengan pekerjaan yang kita buat. Rezeki

    yang halal adalah rezeki yang membawa berkat. Tiba-tibaZalea membuka mulut. Gelagatnya saling tak tumpah seperti

    Ustazah Zakiah yang sering memberi ingatan kepada anak-

    anak muridnya tentang hidup yang harus sentiasa bersyukur

    pada Allah SWT dan juga tentang keberkatan hidup.

    Hmmm dah mula dah Ustazah Zalea ni.

    Terhangguk-hangguk kepala macam orang nak bernasyid.

    Ha ha ha alhamdulillah alhamdulillah

    syukur.

    Perlakuan Zalea itu membuatkan hati Balkis tercuit

    lucu.

    Ha kan bagus macam tu? Zalea menunjukkan

    wajah berpuas hati.

    Dah! Dah! Jom balik. Malam pun dah makin lewat

    ni. Azwati mengajak sebaik sahaja melihat jam yang

    menunjukkan hampir ke pukul sebelas malam.

  • 8/3/2019 BPRB

    37/89

    Wanis Soffya

    37

    Ketiga-tiga mereka mula bergerak meninggalkan

    kawasan parkir kenderaan pekerja supermarket GillMart.

    Dengan kelajuan sederhana, motosikal Azwati dan Zalea mula

    beriringan. Berpusu-pusu dengan sekumpulan pekerja lain

    yang turut menaiki motosikal. Terasa nyaman angin malam

    menyentuh ke tubuh membuat kelopak mata Balkis menjadi

    layu. Dan rasa mengantuknya itu kian menjadi, biarpun

    sebentar tadi ketika berbual dengan Zalea dan Azwati tiada

    langsung rasa mengantuk.

    MAK KIAH sedang mundar-mandir. Pintu rumahnya dibiarkan

    terbuka luas, biar mudah meninjau ke luar, meninjau kelibat

    si anak gadis yang ditunggu-tunggu. Penat ke hulu ke hilir,

    akhirnya Mak Kiah duduk di beranda. Matanya terpaku ke jalan besar. Mengharap ada cahaya lampu dari kenderaan

    yang dipanggil motosikal. Hati tuanya sangat risau. Mana

    tidaknya. Hari ini Balkis habis kerja malam. Sudahlah begitu,

    membonceng pula motosikal Zalea.

    Ya Allah! Selamatkanlah perjalanan anak aku.

    Mak Kiah tidak putus-putus berdoa dalam hati. Saat ini dia

    sudah tidak sabar lagi menunggu Balkis. Putaran jarum jam

    yang laju untuk tempoh seminit terasa bagaikan sejam. Hati

    tuanya semakin resah.

    Manalah budak-budak ni ucap Mak Kiah resah

    yang kemudian bingkas mahu bangun meninjau lagi. Tatkala

    itu, terlihat olehnya cahaya yang terang. Cahaya dari lampu

    kereta.Mak Kiah menggaru-garu kepalanya. Motor yang

    ditunggu, kereta pula yang datang. Mak Kiah bersungut

    dalam hati. Kereta yang masuk ke pekarangan rumah pula

  • 8/3/2019 BPRB

    38/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    38

    semakin hampir dengan tangga rumah Mak Kiah. Mak Kiah

    terus memanjangkan leher. Matanya meliar ke dalam kereta.

    Macam Haji Mail, bapanya Si Zalea. Eh! Apehal

    ni? Di kiran Mak Kiah mula terlintas perkara tidak baik.

    Terkocoh-kocoh Mak Kiah menuruni anak tangga.

    Kereta Kia Spectra berwarna cerah itu pun telah

    berhenti. Pintu sebelah pemandu telah terbuka. Dan

    kelihatan kelibat Haji Ismail.

    Mak Kiah hanya menanti di beranda, sedaya upaya

    mengawal debar di dada.

    Kiah, anak kau dengan anak aku kemalangan. Tapi

    tak ada la parah. Cedera sikit saja. Haji Ismail terus

    memberitahu sebaik sahaja menutup pintu kereta.

    Hah! Kemalangan? Mana

    Belum sempat Mak Kiah bertanya lagi, pintu kereta

    bahagian penumpang belakang terbuka.

    Balkis terhincut-hincut keluar dari kereta.

    Terkocoh-kocoh lagi Mak Kiah mendapatkan Balkis.

    Cha tak apa-apa ke? Ya Allah! Macam mana boleh

    kemalangan pula ni? Kan mak dah cakap tak payah kerja.

    Inilah inilah perkara yang mak takutkan. Aaa.. Haji Mailjemputlah naik dulu.

    Tangan Balkis dirangkul kuat oleh Mak Kiah.

    Mereka melangkah seiringan.

    Haji Ismail mengekori.

    Kiah, aku minta maafah atas apa yang terjadi ni.

    Si Zalea tu baru saja dapat lesennya. Belum cekap lagi.Haji Ismail meluahkan rasa kesal. Terasa benar menyesalnya

    memberi kebenaran kepada Zalea untuk menunggang

    motosikal ke tempat kerjanya. Kalau dia tidak membenarkan,

  • 8/3/2019 BPRB

    39/89

    Wanis Soffya

    39

    pasti tidak berlaku apa yang terjadi malam ini. Sudahlah

    kemalangan, melibatkan orang lain pula. Mujur Balkis tidak

    patah-patah.

    Alah! Bukan salah Zalea, Pak Mail. Budak lelaki

    yang bawa kereta tu yang salah. Nak masuk simpang, terus

    saja masuk tak bagi signal. Segera Balkis memotong cakap

    Haji Ismail, membela Zalea. Kasihan Zalea tak pasal-pasal

    dipersalahkan.

    Betul, tapi kalau Zalea cekap, berhati-hati, taklah jadi macam ni. Haji Ismail masih kesal. Riak wajahnya

    sedikit keruh. Kalaulah terjadi apa-apa pada Balkis entah apa

    hendak dikatakan pada Mak Kiah, kir Haji Ismail sendiri.

    Tak apalah Haji Mail, benda dah jadi. Mujurlah tak

    teruk sangat ni. Degup jantung Mak Kiah telah reda. Cedera

    Balkis ringan sahaja. Kasihan pula Si Zalea kalau dia tidakmeredakan marah Haji Ismail.

    Macam mana pun aku minta maa banyaklah Kiah

    atas apa yang terjadi ni. Si Zalea tu aku ingat kerja kat

    supermarket tu sampai hujung bulan ni saja. Kalau dia nak

    kerja juga, cari sajalah dekat-dekat kampung kita ni. Naik

    risau aku dengan budak-budak ni. Haji Ismail membebel

    panjang.

    Hmmm... blackout blackout. Balkis bersungut

    dalam hati. Tak berani lagi bersuara selepas dijeling oleh Mak

    Kiah ketika dia memotong percakapan Haji Ismail tadi.

    Baguslah kalau macam tu. Cha, dengar tak apa

    Haji Mail cakap? Cha pun sama. Ibu bapa ni bukannya nak

    menghalang, tapi sebab sayang takut perkara-perkaramacam ni la.

    Balkis hanya mampu menundukkan kepala

    mendengar kata-kata Mak Kiah.

  • 8/3/2019 BPRB

    40/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    40

    Balik dulu la Kiah, dah lewat ni. Haji Ismail

    meminta diri dan terus bangun mengatur langkah ke pintu.

    Tak minum dulu ke Haji? Kopi ke teh ke?

    Tak payah la Kiah. Terima kasih saja. Dah lewat

    sangat ni, lagipun ada baiknya kau tengok-tengokkan Si Cha

    ni. Mana yang sakit kut-kut dia segan nak bagitahu di klinik

    tadi, jawab Haji Ismail sambil menuruni anak tangga rumah

    Mak Kiah.

    Yalah Haji. Terima kasihlah Haji ya tolong

    hantarkan Cha balik. Mak Kiah berbahasa.

    Haji Ismail hanya mengangguk. Perlahan-lahan

    kereta Haji Ismail menjalar keluar meninggalkan pekarangan

    rumah.

    Mak Kiah kembali semula ke atas rumah. Balkis

    telah tiada di ruang tamu. Mak Kiah mengatur langkah kebilik anak gadisnya setelah mengunci pintu rumah. Terus

    sahaja dia masuk ke bilik Balkis. Kelihatan Balkis sedang

    menyandar di katilnya.

    Sakit? tanya Mak Kiah prihatin.

    Sikit aje mak.

    Sikit pun sakit, kan?

    Balkis mendiamkan diri. Terasa hilang keinginan

    untuk bercakap setelah mendengar kata-kata Haji Ismail yang

    mahu Zalea berhenti kerja hujung bulan ini. Baru sahaja dia,

    Zalea dan Azwati berseronok kerana akan mendapat gaji tidak

    beberapa hari lagi sudah timbul soal berhenti kerja pula. Apa

    nak buat di rumah ini kalau tidak bekerja? Balkis menyoal

    diri sendiri.

    Mak tahu Cha nak kerja. Tapi kalau Zalea berhenti,

    Cha berhenti sajalah.

  • 8/3/2019 BPRB

    41/89

    Wanis Soffya

    41

    Balkis hanya mendiamkan diri. Dia pura-pura

    memejamkan mata.

    Melihat reaksi Balkis, Mak Kiah hanya menggeleng,

    aham benar dia dengan perangai Balkis. Kalau sudah begitu

    tindak balasnya bermakna Balkis malas mahu berbincang.

    Esok sahajalah, kir Mak Kiah. Dia lantas melangkah keluar,

    meninggalkan Balkis.

    Balkis pula terus menyambar bantal dan

    menekupnya ke muka. Ada marah yang sedang membara dihatinya saat itu. Segera pula terbayang di matanya yang

    sedang pejam itu wajah dua lelaki yang menyebabkan dia dan

    Zalea tergolek di tepi jalan. Tatkala mereka berdua sedang

    cuba bangun dalam kesakitan, dua lelaki itu muncul.

    Adik tak apa-apa ke? Agak kelam-kabut salah

    seorang lelaki itu bertanya.Balkis hanya menjeling geram. Terhincut-hincut

    dia meninggalkan lelaki itu dan mendapatkan Zalea yang

    sedang membelek sikunya yang berdarah. Lea! Kau okey

    ke?

    Sakitlah. Siku aku berdarah ni. Kau?

    Entah! Tapi kaki aku ni sakit. Alamak lutut aku

    pun berdarahlah! Balkis menjawab sambil terus membelek

    pergelangan kakinya pula. Ada rasa pedih dan berbahang di

    buku lali kakinya.

    Abang hantarkan ke klinik ya? Lelaki yang sama

    yang bertanya pada Balkis tadi menawarkan diri.

    Balkis tidak menjawab.

    Lelaki itu menggaru-garu kepalanya, sambil

    matanya memberi isyarat kepada kawannya untuk cuba

    memujuk pula.

  • 8/3/2019 BPRB

    42/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    42

    Adik, minta maafah! Abang nak cepat tadi. Terlupa

    pula nak bagisignalmasa nak masuk simpang ni. Tapi betul,

    abang tak sengaja. Tergagap-gagap lelaki yang memandu

    kereta itu meminta maa.

    Haah... betul tu. Tak sengaja, tambah lelaki yang

    banyak bertanya tadi.

    Yalah tu tak sengaja, mentang-mentang orang naik

    motor kecil terus buat-buat tak nampak. Akhirnya Balkis

    bersuara geram. Lembut sedikit hatinya mendengar ucapanmaa daripada lelaki yang memandu kereta itu.

    Ketika itu telah ramai juga orang yang mula

    mengerumuni mereka.

    Apa hal ni? Tiba-tiba seorang lelaki tua yang

    tergesa-gesa menyelit di celahan orang ramai bertanya.

    Tak ada apa-apa pak cik, kawan saya terlanggaradik-adik ni. Tak apa pak cik, kami nak bawa ke klinik ni.

    Ha cepat-cepat bawa ke klinik, dah lewat malam

    ni, kata lelaki tua itu dan terus berlalu pergi. Langkahnya

    diikuti oleh beberapa orang yang tadinya teruja ingin tahu

    apa yang berlaku.

    Suasana kembali lengang.Zack! Kau tengokkan motor adik ni. Aku nak bawa

    dia orang pergi klinik. Pantas lelaki yang melanggar mereka

    bergerak ke arah motosikal Zalea yang terdampar di tepi

    jalan.

    Adik, jomlah kita pergi klinik.

    Tadi kata nak cepat. Balkis sempat membebel laju.Nada suaranya perlahan sekali.

    Tadi sekarang dah cancel plan dah. Ada suara

    yang berbisik dekat telinga Balkis.

  • 8/3/2019 BPRB

    43/89

    Wanis Soffya

    43

    Rupa-rupanya bebelan Balkis walaupun sangat laju

    sempat juga didengari oleh lelaki yang ingin membawanya ke

    klinik itu.

    Balkis hanya mampu menjeling dengan mimik

    muka menyampah.

    Hesy! Balkis menguatkan lagi tekapan bantal ke

    mukanya. Fikirnya mahu melupakan kejadian dan wajah

    lelaki tadi.

    Hesy! Kenapalah mamat tu hensem la pula? Tak

    boleh nak lupa pula ni. Rungut Balkis sambil bergolek ke

    kiri dan ke kanan. Memaksa kirannya melupakan wajah

    tampan lelaki yang membawanya ke klinik tadi. Dan jika

    bukan kerana dibawa ke klinik oleh lelaki itu pasti Balkis

    tidak akan perasan ketampanan lelaki yang dijeling geram

    tadi. Dan tidak jugalah dia tidur tidak lena begini.Hmmm! Tidur tidur tidur tidur. Balkis

    terus memujuk matanya.

  • 8/3/2019 BPRB

    44/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    44

    MATAHARI hampir tegak di atas

    kepala. Namun Balkis masih

    diulit mimpi. Sekali-sekala

    bergolek ke kiri dan ke kanan. Terasa lenanya sedang terganggu

    dek bunyi ilai tawa yang meriah dari ruang dapur rumah.

    Telinganya semakin tidak tahan. Mukanya berkerut, pantas

    tangannya mencapai bantal kecil dan terus menekapnya ke

    telinga. Namun usaha itu gagal kerana telinganya masih tetap

    dapat menangkap bunyi-bunyi suara orang sedang rancak

    berbual dan bergelak ketawa.

    Hesy! Susah betul ada telinga lintah ni, rungut

    Balkis lantas bingkas bangun. Jari telunjuknya menggali-gali

    lubang telinga yang terasa gatal.

    Cha! Bangunlah. Mak ngah datang ni.

    Sedang asyik menarik-narik telinga, terdengar

    suara Mak Kiah memanggil.

    Hmmm... mak ngah rupanya. Patutlah meriah

    semacam aje dunia aku hari ini. Balkis mengomel sendiri.

    Panggilan Mak Kiah tidak disahutnya. Perlahan-lahan dia

    Bab

    6

  • 8/3/2019 BPRB

    45/89

    Wanis Soffya

    45

    bangun dan menggeliat meregangkan otot-otot yang terasa

    berat. Tuala mandi dicapai. Dengan langkah terhincut-hincut

    dia menghala ke cermin panjang yang tergantung berdekatan

    almari pakaian. Dibelek-belek mukanya. Tangan kanannya

    pantas menggosok-gosok pipinya, mahu menanggalkan sisa-

    sisa bedak sejuk yang bertempek di muka. Dia tersenyum

    sendiri apabila terkenangkan kedegilan matanya yang tidak

    mahu lelap semalam. Akhirnya dia bangun dan menempelkan

    bedak sejuk ke muka, biar rasa sejuk dan mudah terlelap. Taksemena-mena terkenang pula pesanan Mak Kiah tentang

    keberkesanan bedak sejuk yang menjadi amalan keluarga

    turun temurun.

    Zaman mak dulu, anak dara yang teringin nak

    berkulit cantik selalu tempek bedak sejuk malam-malam.

    Kalau yang berjerawat tu, tempeklah bedak sejuk yang

    dicampur dengan daun jambu batu yang dah ditumbuk ataudigiling. Insya-Allah cantik, tak macam zaman sekarang ni

    pakai krim tu, pakai krim ni tapi tak juga cantik-cantik,

    membazir saja sudahlah begitu ada yang dapat penyakit

    pula.

    Cha!!!

    Hilang semua lamunannya pada bebelan Mak Kiah yang seperti sedang dibisik-bisikkan ke telinga lantaran

    jeritan namanya yang agak nyaring. Terkebil-kebil kelopak

    matanya seketika.

    Hesy mak ngah ni macam singa betina!

    Terhincut-hincut kakinya melangkah. Pantas tombol pintu

    bilik dipulas.

    Terjengul muka Mak Salmah sebaik sahaja pintu

    dibuka.

    Cha, matahari dah meninggi. Tak eloklah tidur

  • 8/3/2019 BPRB

    46/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    46

    lagi. Bahu anak gadis itu dirangkulnya. Bertuah badan

    Balkis. Walaupun tiada ibu kandung, kesemua ibu saudaranya

    sangat sayangkannya. Tubuh gempal wanita itu dirangkulnya.

    Bila mak ngah sampai? tanya Balkis. Tangannya

    menekup mulut.

    Dekat satu jam dah. Kenapa tangan tekup mulut

    ni?

    Takut mulut busuklah belum gosok gigi.

    Jawapan kebudak-budakan Balkis mengundang

    tawa Mak Salmah yang sememangnya mudah ketawa.

    Hmmm kalau macam tu pergi mandi dulu.

    Nanti makan dengan mak ngah. Mak ngah ada buatkan nasi

    lemuni kegemaran Cha. Cepat sikit, nanti sejuk nasi tu.

    Belakang badan Balkis diusap beberapa kali tatkala anak mata

    Balkis membulat mendengar tentang nasi lemunikegemarannya.

    Sayang mak ngah! kata Balkis namun tangannya

    tetap juga menekup mulut. Bayangnya telah menghilang di

    sebalik pintu bilik air.

    Gelagatnya diperhatikan oleh Mak Kiah penuh

    kasih sayang.Mak Salmah pula kembali melabuhkan punggung

    di kerusi meja makan.

    Tak payah masaklah kak long hari ni, ya? Dah

    banyak nasi kau bawa ni Mah, ujar Mak Kiah sekadar

    berbasa-basi.

    Yalah kak long tak payah masak lagi. Memang sajasaya bawa lebih, biar puas Cha makan.Emmm saya tengok

    Si Cha tu okey saja, tak macam orangaccident pun?

    Hmmm Cha? Dia tu lasak budaknya, bukan kau

  • 8/3/2019 BPRB

    47/89

    Wanis Soffya

    47

    tak tahu, Mah. Sikit-sikit macam tu tak ada apa-apalah. Tapi

    kita ni pula yang terkejut bukan main lagi bila dengar dia

    accident, balas Mak Kiah dengan mimik muka yang

    bersungguh.

    Hah itulah yang malam-malam buta kak long

    teleon saya tu. Saya pun bukan kepalang terkejutnya.

    Ingatkan teruk la sangat. Mulut Mak Salmah bagai bertih

    jagung.

    Hmmm mujurlah tak ada patah-patah keterseliuh ke. Melecet dengan luka saja sikit-sikit. Tapi Haji

    Mail cakap semalam nak suruh Si Zalea anaknya tu berhenti

    kerja. Kak long tak tahu lapulak macam mana dengan Si Cha

    ni nanti. Kesianpulak nak disuruh berhenti, tapi hati ni risau

    la budak ni ke hulu ke hilir naik motor.

    Kalau risau baik kak long suruh Cha duduk rumahsaja. Senang sikit hati kita ni. Dah tua-tua ni rasa tak sanggup

    pula nak menanggung rasa kalau apa-apa berlaku pada Cha.

    Hmmm kalaulah kak long tak susukan dia dulu tentu

    Syyy... jangan cakap lagilah Mah pasal tu,

    terdengar pula Cha nanti, tegur Mak Kiah bimbang

    perbualan mereka didengari oleh Balkis.

    Yalah saya minta maa. Tapi ucap Mak

    Salmah masih tidak puas bercakap.

    Mah, kak long pun menyesal atas apa yang berlaku,

    tapi masa tu kita pun tak sangka jadi macam ni pula. Mak

    Kiah memperlahankan suara sebaik sahaja terdengar pintu

    bilik air yang berkeriuk ketika dibuka oleh Balkis.

    Tersengih-sengih Balkis melintasi ruang makan danterus berlari-lari anak menuju ke biliknya.

    Fikri macam mana sekarang? soal Mak Salmah

    ingin tahu.

  • 8/3/2019 BPRB

    48/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    48

    Selama dia kat Johor tu, baru tiga kali dia teleon

    ke rumah. Cuti sebulan pun tak balik. Biarlah asalkan dia

    selamat jawab Mak Kiah bernada pasrah.

    Sabarlah kak long, orang muda memang macam

    tu. Lama-lama nanti dia sejuk sendiri... pujuk Mak Salmah

    lembut.

    Mak, mak ngah dah boleh makan ke? Lapar

    ni. Tiba-tiba saja tercegat Balkis di belakang Mak Kiah

    membuatkan kedua beradik itu sedikit tersentak.

    Cha! Terkejut mak ngah! Kalau nak mak ngah

    panjang umur lain kali jangan buat macam ni lagi. Boleh

    sakit jantung mak ngah ni tau.

    Balkis hanya tersengih dengan bebelan Mak

    Salmah. Serentak itu juga Balkis duduk bersebelahan Mak

    Kiah.Hmmm wangi. Ha sekarang boleh makan.

    Mak Kiah sempat bergurau, harapannya Balkis tidak

    terdengar perbualannya dengan Mak Salmah tadi.

    Tanpa berlengah Balkis terus sahaja menyenduk

    lauk-pauk yang nampak sangat menyelerakan ke dalam

    pinggan nasinya.

    Mak Kiah dan adiknya hanya tersenyum melihat

    gelagat Balkis yang sedang menjamu selera tanpa menoleh ke

    kiri dan ke kanan lagi. Akhirnya mereka turut makan bersama

    Balkis.

    MAK NGAH tak kerja hari ni? tanya Balkis sebaik sahaja

    selesai makan. Dia dan Mak Salmah berehat di ruang tamu.

  • 8/3/2019 BPRB

    49/89

    Wanis Soffya

    49

    Cuti. Tak lama lagi mak ngah nak berhenti dah.

    Eh! Kenapa mak ngah?Nak jaga Aimi. Bulan depan Kak Mira kau nak

    pindah balik ke sini, katanya dah tak sesuai lagi tinggal di

    Kuala Lumpur tu. Bicara mak ngah tentang kepulangan

    anaknya Hasmira terhenti di situ.

    Balkis aham. Apa yang berlaku pada Hasmira

    memang tidak patut dan memang wajar keputusan Hasmira

    jika balik saja ke kampung.

    Mak ngah tak sangka Khairul tu tergamak ceraikan

    Kak Mira kau. Ikutkan sangat cakap mak dia tu percayakan

    sangat. Mak ngahnya tiba-tiba meneruskan bicara.

    Meluahkan pedih di hati.

    Balkis terdiam lagi. Tidak tahu apa yang patut

    dikatakan. Sementelah, ini soal rumah tangga, sedangkan diatidak tahu apa-apa soal itu. Yang dia tahu Hasmira anak

    sulung mak ngahnya itu baru sahaja diceraikan suami gara-

    gara termakan pujukan ibunya yang gemar mengongkong.

    Dari dulu lagi ibu mertua Hasmira memang tidak begitu

    merestui pilihan anaknya kerana telah mempunyai pilihan

    sendiri untuk anaknya itu.

    Sabarlah Mah! Kak long percaya, ada hikmahnya di

    sebalik apa yang berlaku ni. Tiba-tiba sahaja terdengar suara

    Mak Kiah.

    Balkis menoleh. Terlihat kelibat Mak Kiah yang

    sedang menatang sedulang kopi panas.

    Hikmah apanya kak long? Mira dah jadi janda. Kak

    long tahu sajalah hidup perempuan berstatus janda ni

    bukannya senang. Ha, janda muda pulak tu. Mak ngah

    meluahkan perasaan yang membayangkan ketakutan dalam

    hatinya.

  • 8/3/2019 BPRB

    50/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    50

    Yalah! Kak long aham. Tapi sekurang-

    kurangnya dia kembali dekat dengan kau. Dulu kau selalu

    merungut Si Mira tu nak balik kampung setahun sekali raya

    pun susah, asyik kena ikut telunjuk mertuanya saja. Kak long

    rasa Mira pun rasa alhamdulillah dah bebas dari kehidupan

    yang tak adil macam tu. Dapat laki tak tahu bahagi kasih

    sayang ni memang susah. Mak Kiah membebel panjang.

    Perlahan-lahan dulang yang ditatangnya diletakkan di atas

    meja. Pantas pula tangannya mengangkat teko kaca danmenuangkan kopi ke dalam cawan.

    Mungkin jugalah kak long. Tapi saya kasihankan

    dia nanti hidup sorang-sorang.

    Hesy! Kau ni kita ni siapa? Kan sama-sama boleh

    jaga, ambil berat. Jangan risaulah, terjamin lagi hidup dia di

    kampung halaman sendiri. Emmm jadi ke dia buka butik

    pengantin kat bandar tu?

    Hmmm... jadi kak long. Abang Samat dah uruskan

    semuanya. Kedai pun dah ada. Nampak gaya tempatnya

    sesuai. Baju-baju pula kebanyakannya Si Mira bawa balik dari

    kedainya di KL tu saja. Dia dah bahagi dengan kawannya tu,

    dapatlah sikit-sikit bahagian dia. Nada suara Mak Salmah

    sedikit ceria.Baguslah kalau macam tu, cepat-cepat dia sibuk

    dengan kerjanya lagi cepatlah dia lupakan bekas suaminya

    tu.

    Eh mak ngah datang ni nak tengok Cha. Ha, kat

    mana sakitnya? Asyik pulak bercerita pasal Kak Mira kau.

    Tiba-tiba sahaja Mak Salmah teringatkan tujuan sebenar

    kedatangannya.

    Hah? Aaa tak ada apa-apalah mak ngah. Sikit

    saja ni. Balkis sedikit tersentak. Fikirannya tadi sempat

  • 8/3/2019 BPRB

    51/89

    Wanis Soffya

    51

    melayang terkenangkan nasib kakak sepupunya yang kahwin

    muda itu dan kini baru berusia dua puluh lima tahun tetapi

    telah memegang status janda.

    Hmmm... kalau luka-luka macam ni, makan

    kenalah pantang. Ayam, telur apa-apa saja yang gatal

    jangan makan, nanti lambat sembuhnya.

    Baiklah Doktor Salmah, sebagai pesakit yang

    mendengar kata, saya akan ikut nasihat doktor. Balkis cuba

    bergurau. Dia mahu mengembalikan keceriaan mak ngahnya.Dan ternyata gurauan itu mencetus tawa mak ngahnya juga

    tawa Mak Kiah.

    Hesy Cha ni, pandai betul hiburkan hati mak

    ngah. Ucap Mak Salmah seraya merangkul tubuh Balkis erat.

    Ditepuk-tepuknya bahu Balkis dan tanpa segan silu, terus

    pula Balkis mencium pipi mak ngahnya. Terasa bahagiahidupnya walaupun hakikat sebenar hidupnya tidak pernah

    lengkap tanpa kehadiran mama dan papa kandungnya.

  • 8/3/2019 BPRB

    52/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    52

    S

    YAH, apa pendapat kakak you

    tentang I? Okey ke?

    Mestilah okey.

    Tapi I rasa macam tak okey saja. Kakak you

    pandang I semacam aje, macam tak puas hati.

    Ya ke? Ke you yang tak selesa dengan kakak I?

    Emmm... ada la sikit. Kakak you tukan bertudung

    litup? Takkan dia suka I jadiwie you?

    You ni ada-ada sajalah. Kakak I okey. Eh! Makanlahdulu, dinner kita ni dah nak sejuk pun. Nanti tak sedap.

    Syahrain cuba menukar topik.

    Apa yang disangkakan oleh Tengku Julia memang

    benar. Kakaknya memang kurang berkenan dengan Tengku

    Julia. Bukan berkenaan rupa paras, pangkat atau darjat. Tapi

    berkenaan penampilan Tengku Julia yang langsung tidak

    berlandaskan perintah agama. Tengku Julia tak seperti orangIslam. Berpakaian seksi, bermake-up tebal, berkuku panjang

    dan yang paling kakaknya tidak berkenan, Tengku Julia

    berkuku merah. Pendek kata mewarnakan kuku. Entah

    Bab

    7

  • 8/3/2019 BPRB

    53/89

    Wanis Soffya

    53

    kenapa, baru sejak akhir-akhir ini saja Syahrain perasan yang

    kebaratan Tengku Julia semakin menjadi-jadi. Mungkinkah

    kerana Syahrain tidak pernah menegur Tengku Julia tentang

    keterlaluannya akhir-akhir ini? Bingung. Bagaimana mahu

    membetulkan Tengku Julia? Syahrain buntu.

    Syah? Kenapa you ni?

    Lamunan Syahrain lenyap tika itu. Mata bertentang

    mata. Syahrain melemparkan senyuman, cuba melenyapkan

    kehairanan Tengku Julia. Hakikat sebenarnya, cubamenenangkan perasaan sendiri. Mencari ayat yang paling

    lembut untuk dipersembahkan pada Tengku Julia bagi

    memulakan teguran pertama sepanjang tempoh percintaan

    mereka.

    Ju you ni cantik sangat. Akhirnya ayat yang

    paling sedap untuk menyelinap ke telinga semua wanita punberderetan terluah.

    I tahu dah. Berapa kali you nak cakap? Tengku

    Julia endah tak endah. Namun di dalam hati berbunga

    kembang semangkuk.

    Tapi.

    Tapi apa? soal Tengku Julia teruja ingin tahu.

    Akhir-akhir ni I nampakmake-up you tu...

    Kenapa? Tak cantik? potong Tengku Julia pantas.

    Bukan tak cantik tapi kecantikan asli you hilang.

    You dah macam...

    Macam apa? sampuk Tengku Julia lagi seperti

    tidak sabar.Macam macam. Syahrain teragak-agak mahu

    meneruskan kata-kata tatkala bebola mata Tengku Julia

    sedang bersinar galak menikam anak matanya.

  • 8/3/2019 BPRB

    54/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    54

    Macam orang lain. Tak tergamak pula Syahrain

    hendak meluahkan ayat sebenar yang berlegar di kirannya.

    Macam pelakon opera Cina terpaksa pula diganti dengan

    macam orang lain.

    Tengku Julia terdiam.

    Syahrain pula pura-pura tenang sambil menyedut

    minuman.

    So you tak sukalah ni? Tengku Julia bertanya

    setelah lama berdiam diri.

    You jangan salah aham. I cuma nak you

    kurangkan sikit, biar nampaknatural.

    Tengku Julia mengangguk-angguk dengan wajah

    bersahaja mendengar jawapan Syahrain. Matanya meliar ke

    kiri dan ke kanan, mencuri pandang ke arah pelanggan lain

    yang sedang menjamu selera berdekatan meja mereka. Letme guess.

    Tiba-tiba sahaja Tengku Julia bersuara perlahan,

    membuatkan dahi Syahrain berkerut. Yalah, apa pula yang

    hendak diteka-teka oleh Tengku Julia.

    Kakak you yang tak suka, kan?

    Bertambah berkerut dahi Syahrain dengan tekaanTengku Julia yang hampir-hampir tepat itu.

    Woi, Ein!!! Buat apa lagi tu? Turun la!

    Bagaikan puting beliung, satu suara kasar menerjah

    ke gegendang telinganya membuatkan ingatan terhadap

    pertemuan akhir dengan kekasih hati lenyap serta-merta.

    Hilang wajah Tengku Julia dan hilang juga wajah kakaknya.Hesy!Mamat ni.

    Pantas Syahrain melangkah ke balkoni. Meninjau

    ke ruang parkir.

  • 8/3/2019 BPRB

    55/89

    Wanis Soffya

    55

    Kelihatan Zaki sedang membelek-belek keretanya.

    Isy tak habis-habis dengan kereta, bebelSyahrain sambil melangkah menuruni tangga ke ruang

    parkir.

    Apa cerita kereta kau? Satu tepukan kecil hinggap

    di belakang Zaki.

    Kemik sikit aje. Tapi calar panjang tu semalam

    tak perasanpulak.

    Tu la lain kali berhati-hati. Jangan ingat kereta kau

    tu saja budak-budak berdua tu entah apa cerita?

    Eleh! Kau tu... mentang-mentang la budak-budak

    tu cute, nak membebel kat akupulak hari ni.

    Ha kira nasib baik la pak cik semalam tu tak

    membebel kat kau. Kalau tak, bukan setakat masak saja,

    rentung kau semalam.

    Haah... yang tu memang nasib baik betul. Coolsaja

    pak cik tukan? Kalau orang lain, mahu masak aku kena

    bambu.

    Ha tahu takpe lain kali bawa kereta tu beringat-

    ingat sikit!

    Ah! Kau tu nak berdating pergilah, nanti kau pula

    yang kena bambu dengan makwe kesayangan kau tu.

    Memang nak pergilah ni. Beleklah kereta kau tu

    sampai esok pagi. Lelaki berkaca mata hitam itu terus

    memandu keretanya keluar dari kawasan parkir Apartmen

    Damai Village.

    Emmm nasib baik tak naik kereta aku semalam.Kereta dipandu berhati-hati menuju ke destinasi.

    Peristiwa semalam banyak memberikan pengajaran

    kepadanya agar mengutamakan keselamatan di jalan raya.

  • 8/3/2019 BPRB

    56/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    56

    Setengah jam menghabiskan masa di atas jalan raya, akhirnya

    dia sampai di destinasi yang dituju.

    Kereta Proton Gen 2 berwarna merah hati diparkir

    di bawah pohon cemara yang agak rendang. Dia lantas keluar

    dari kereta dan mengatur langkah ke sebuah pondok rehat

    yang tiada berpengunjung. Matanya meliar mencari-cari

    kelibat sang kekasih, namun bayangnya pun tiada. Jam di

    tangan dibeleknya.

    Hmmm patutlah, awal lagi. Dia bercakapseorang diri sambil kakinya melangkah malas menuju ke

    anak sungai yang sedang mengalir perlahan. Terasa dingin

    udara di kawasan perkelahan Ulu Chenang.

    Sedapjugak kalau dapat tanah kat sini. Boleh buat

    rumah hinggap. Dia membebel sendiri.

    Punggungnya telah mendarat di sebuah batu yangbersaiz sederhana. Kakinya telah berendam dalam air.

    Kesegaran air yang dingin itu bagai menusuk hingga ke

    tulang hitam.

    Hmmm! Balkis Batrisyia. Tiba-tiba sahaja terpacul

    sebaris nama itu di bibirnya.

    Dia tersenyum sendiri terkenangkan peristiwa

    semalam. Terkenangkan wajah garang gadis comel yang

    langsung tidak senyum padanya semalam. Marah benar gadis

    kecil molek itu padanya. Hinggakan bertanyakan nama pun

    tidak dijawabnya. Mujur terdengar panggilan jururawat,

    dapat juga tahu nama gadis itu.

    Budak cute yang sombong. Dia tergelak sendiri

    tanpa menyedari ada seseorang sedang menghampirinya.

    Hai!

    Serentak itu dia menoleh, melemparkan senyuman

  • 8/3/2019 BPRB

    57/89

    Wanis Soffya

    57

    buat si kekasih yang tiba tepat pada masanya. Tangan

    dihulurkan pada gadis itu. Pujukan melembutkan hati

    kekasih yang baru reda dari rajuk yang panjang harus

    diteruskan. Seminggu mereka tidak bersua gara-gara

    peristiwa tempoh hari.

    Hai! Tengku Juliahow are you?

    Fine.

    Tangan mereka telah bertaut. Gadis manis yang

    dipanggilnya Tengku Julia itu telah pun duduk di sisinya.

    Dah lama you sampai?

    Taklah lama sangat.

    Tapi I tak lambat, kan?

    Taklah. I yang terawal. So apa mimpi you nak

    jumpa I kat sini? Selalunya katshopping complex.Saja nanti you penat pula asyik ke hulu ke hilir

    ikut Ishopping.

    I dah biasa pun.

    Jawapan itu membuatkan Tengku Julia tersenyum

    lebar. Kepalanya telah melentok ke bahu Syahrain, lelaki

    pujaan hati yang telah lama bertapak di sanubari.

    Sebenarnya... my mother ask me about our

    relation. Dia tanya bila lagi nak bertunang,and then kahwin.

    Kita pun bukan muda lagi ujar Tengku Julia lembut.

    Ya ke? So, you mengaku dah tua la ni? balas

    Syahrain mengusik.

    Belumlah kerepot lagi. Tengku Julia membalas

    dalam tawa.

    Syahrain mengerling wajah Tengku Julia yang

    masih bersolek tebal itu. Nampaknya tegurannya tempoh hari

  • 8/3/2019 BPRB

    58/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    58

    tidak diendahkan. Tengku Julia langsung tidak pernah

    mengurangkan mekapnya. Kadangkala Syahrain terasa rimas

    juga dengan cara solekan Tengku Julia. Namun apakan daya,

    tuan punya diri memang suka. Apa lagi nak dikata? Terima

    sajalah. Lagipun salahnya juga. Semasa jatuh cinta pandang

    pertama dengan Tengku Julia dulu pun memang gadis itu

    sudah bermekap tebal walaupun belum ke tahap sekarang ini.

    Kenapa pula baru sekarang hendak ditegur? Sehingga ke hari

    ini tidak pernah sekali pun dia melihat Tengku Julia tanpasolekan di wajah.

    Jatuh cinta pada Tengku Julia sebab agama,

    kekayaan, keturunan atau kecantikan?

    Teringat pula dia pada soalan kakaknya setelah

    pertemuan kali pertama mereka. Ketika itu, Syahrain

    memang tiada jawapan untuk soalan itu kerana dia sendiri

    bagaikan baru terkir mengenainya.

    Kakak tak setuju kalau Syahrain tak boleh

    mengubah Tengku Julia jadi lebih beradab.

    Terngiang-ngiang suara kakaknya di telinga.

    Masakan kakaknya yang berkelulusan tinggi dalam bidang

    agama itu tidak terkejut dengan penampilan Tengku Julia.

    Sudahlah tidak bertudung, berpakaian tidak seperti wanitaMelayu. Serba sedikit ceramah kakaknya hari itu bagai

    membuka mindanya yang telah lama dihanyutkan syurga

    dunia.

    Syahrain! Kenapa ni? Melamunpulak you ni.

    Syahrain tersentak dengan tepukan lembut oleh

    Tengku Julia di pahanya. Hilang bayang kakaknya yangbagaikan berada di depan mata tadi.

    Panaslah kat sini. Tak ada angin. Syahrain pantas

    bangun dari duduknya. Terasa tidak selesa pula bila perasan

  • 8/3/2019 BPRB

    59/89

    Wanis Soffya

    59

    dirinya dan Tengku Julia menjadi tontonan beberapa

    pengunjung lain di situ. Mungkin kerana pakaian Tengku

    Julia menjadikan mereka tarikan yang tidak kena pada

    tempatnya.

    Panas? Tapi I

    Jomlah! Tak sesuai kat sini. Tangan Tengku Julia

    pantas ditariknya.

    Apa yang tak sesuai? Tengku Julia pantas menarik

    tangannya dari genggaman tangan Syahrain.

    You ni sejak I jumpa dengan kakak you I

    tengok emosi you macam tak stabil. Ada saja yang tak kena

    pasal I. Hari tu pasal mekap. Hah! Hari ni pasal apa pula?

    Tengku Julia tiba-tiba naik angin. Nada suaranya meninggi.

    Sememangnya dia telah perasan dengan perubahan

    Syahrain yang kebelakangan ini seolah-olah tidak selesadengan dirinya. Setapak pun dia tidak melangkah menuruti

    langkah Syahrain, membuatkan lelaki itu kembali ke

    arahnya.

    Anak mata Syahrain kelihatan meliar ke kiri dan ke

    kanan, dan akhirnya terhenti di wajah Tengku Julia.

    Hari ni, pakaian you yang tak sesuai dengantempat ni. Ini tempat perkelahan keluarga. Anak sungai

    dalam kawasan kampung. You tak boleh kir nak berpakaian

    macam mana? Syahrain berbisik perlahan. Namun nadanya

    tegas.

    I dah agak dah... memang I dah agak. You ni dah

    kena hasut dengan kakak you yang kononnya alim sangat tu.

    Julia! Jangan babitkan kakak I. I tegur you atas

    rasional kiran I sendiri.

    Ah pergi jahanam dengan rasional you tu! Lima

  • 8/3/2019 BPRB

    60/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    60

    tahun dulu I bercinta dengan orang gila agaknya. Baru

    sekarang waras, boleh berkiran rasional. Tengku Julia

    membalas kata-kata Syahrain dengan nada sinis dan terus

    melangkah laju meninggalkan Syahrain.

    Syahrain pula terpanar mendengar kata-kata

    Tengku Julia. Kakinya bagaikan terpaku di tanah. Hanya anak

    matanya yang menyoroti langkah kasar Tengku Julia yang

    akhirnya menghilang di celah deretan kereta di kawasan

    parkir kereta. Syahrain menarik naas panjang danmelepaskannya dengan satu keluhan berat. Dia kembali

    melabuhkan punggungnya di batu tempat dia duduk

    menunggu Tengku Julia tadi. Hatinya terasa panas dengan

    kata-kata sinis Tengku Julia tadi.

    Lima tahun bercinta dengan orang gila. Dia kata

    aku gila? Layakkah perempuan macam ni nak jadi isteri aku?

    Baru tegur pasal pakaian, dah dikatanya aku gila. Macam

    mana agaknya aku yang sememangnya tak ada ketokohan

    pembimbing ni nak memperbetulkan dia kalau dia salah?

    Macam mana? Syahrain bermonolog sendirian. Pandangan

    matanya jatuh ke arah beberapa anak gadis remaja yang

    sedang leka bermain air. Salah seorang daripadanya kelihatan

    sedang asyik bersyampu. Diamati wajah itu, hingga matanyasedikit mengecil.

    Balkis Batrisyia. Dahinya berkerut seribu. Tanpa

    sedar dia telah melangkah menghampiri gadis-gadis itu.

    Kata-kata Tengku Julia tadi padanya pula bagaikan hilang

    ditelan hiruk-pikuk suara kanak-kanak yang sedang mandi-

    manda tidak jauh dari situ.

  • 8/3/2019 BPRB

    61/89

    Wanis Soffya

    61

    I

    dont mind spending some

    time, just hanging here with

    you, cuz I dont fnd too many

    guys, that treat me like you do. Lagu Stars Are Blind

    nyanyian Paris Hilton sedang meniti di bibirnya tatkala

    sepasang tangan gebunya sedang sibuk membina buih di

    kepala yang terlenggok-lenggok mengikut rentak lagu yang

    dinyanyikannya.

    Those other guys all wanna take me or a ride.

    Hah!?Sepantas kilat kepalanya menoleh ke arah si

    empunya suara yang tiba-tiba menyambung nyanyiannya.

    Bulat bersinar matanya sebaik sahaja terlihat seorang jejaka

    berkaca mata hitam yang telah pun duduk di sisinya di atas

    batu yang hampir ditenggelami air.

    Abang ni salah orang tak? Saya tak ada janji nakdating dengan sape-sape pun hari ni. Kelam-kabut dia

    bersuara.

    Tetapi lelaki itu hanya tersenyum melihat wajah

    Bab

    8

  • 8/3/2019 BPRB

    62/89

    Bukan Pungguk Rindukan Bulan

    62

    cuak gadis comel di depannya yang sedang menggosok-gosok

    matanya yang terasa pedih dek lelehan air sabun.

    Memang dia bisik hati kecil Syahrain. Dia

    tersenyum lagi, membuatkan dahi si gadis berkerut seribu.

    Ah! Tak ada masa la nak bersopan santun dengan

    mamat ni. Mata aku pedih ni kau punya pasal! Dia merungut

    dalam hati.

    Sedar tidak sedar tangannya pantas sekali menolak

    kasar lelaki yang tiba-tiba sahaja duduk di sebelahnya itu.

    Sakit hatinya melihat gelagat lelaki itu yang tidak berganjak

    walaupun sudah disuruh beredar secara baik.

    Padan muka! Nasib baik kaki aku sakit kalau tak,

    tak main la tolak dengan tangan, rungut Balkis sebaik sahaja

    matanya terasa lega disiram air. Beberapa kali dia memejam

    dan celikkan matanya, mahu menghilangkan saki-bakikepedihan yang terasa. Dalam pada itu, jelas juga di matanya

    lelaki yang ditolaknya tadi sedang terkial-kial bangun sambil