bm lengkap menanti dicetak

64
1.0 Pengenalan Pentaksiran, pengujian dan penilaian merupakan konsep penting dalam dunia pendidikan. Konsep-konsep ini digunakan mengukur dan menilai prestasi dan tahap kebolehan murid dalam sesuatu bidang pelajaran. Penilaian yang sistematik mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat dapatan yang diperoleh. Maklumat dapatan ini seterusnya dapat membantu guru membuat keputusan dan pertimbangan yang tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran sama ada dari segi objektif pembelajaran sudah dicapai oleh murid atau memerlukan pengulangan semula dan sebagainya. Selain itu, maklumat dapatan juga membantu guru mengenal pasti tahap kebolehan murid, menentukan gred dan kedudukan seseorang murid. Penilaian memberikan manfaat kepada murid-murid di mana mereka dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan. Menurut Azman Wan Chik dalam bukunya bertajuk Konsep Pengujian Penilaian dan Kepentingannya Bagi Bilik Darjah (1980), penilaian merupakan unsur yang dapat menggerakkan motivasi ke arah positif. Selain manfaat kepada murid, penilaian turut memberikan manfaat kepada guru di mana ianya bertindak sebagai “maklumat balik menjelaskan kepadanya berkesankah atau tidak pengajarannya”. 1

Upload: shaiful-rizal-ramlan

Post on 02-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Lengkap Menanti Dicetak

1.0 Pengenalan

Pentaksiran, pengujian dan penilaian merupakan konsep penting dalam

dunia pendidikan. Konsep-konsep ini digunakan mengukur dan menilai prestasi

dan tahap kebolehan murid dalam sesuatu bidang pelajaran. Penilaian yang

sistematik mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat

dapatan yang diperoleh. Maklumat dapatan ini seterusnya dapat membantu guru

membuat keputusan dan pertimbangan yang tepat berhubung dengan

pengajaran dan pembelajaran sama ada dari segi objektif pembelajaran sudah

dicapai oleh murid atau memerlukan pengulangan semula dan sebagainya.

Selain itu, maklumat dapatan juga membantu guru mengenal pasti tahap

kebolehan murid, menentukan gred dan kedudukan seseorang murid.

Penilaian memberikan manfaat kepada murid-murid di mana mereka

dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan. Menurut Azman Wan Chik dalam

bukunya bertajuk Konsep Pengujian Penilaian dan Kepentingannya Bagi Bilik

Darjah (1980), penilaian merupakan unsur yang dapat menggerakkan motivasi

ke arah positif. Selain manfaat kepada murid, penilaian turut memberikan

manfaat kepada guru di mana ianya bertindak sebagai “maklumat balik

menjelaskan kepadanya berkesankah atau tidak pengajarannya”.

Menurut Hussein Mahmood dalam buku Azman Wan Chik (1989),

penilaian dan peperiksaan memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai

menguji prestasi murid, malah sebagai alat untuk mendorong dan meningkatkan

lagi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Tugasan ini memberi pendedahan

kepada guru pelatih bukan sahaja dari segi konsep pentaksiran, pengujian dan

penilaian tetapi juga mengenai cara menghasilkan soalan Bahasa Malaysia yang

betul dengan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berasaskan kepada

1

Page 2: Bm Lengkap Menanti Dicetak

taksonomi Bloom. Maklumat lanjut mengenainya dimuatkan dalam helaian yang

seterusnya.

2.0Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Rajah 1: Pentaksiran, penilaian dan pengujian.

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan

seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu

proses pendidikan (Rozaidi Salim, 2009). Aktiviti-aktiviti dalam proses

pentaksiran adalah seperti aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menginterpretasi maklumat tentang seseorang pelajar. Beberapa tokoh

mengatakan bahawa aktiviti pentaksiran ini dijalankan secara berterusan.

2

Pentaksiran

Penilaian

Pengujian

Page 3: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Rajah 2: Aktiviti-aktiviti dalam proses pentaksiran.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Rajah 3: Tujuan pentaksiran

Pengukuran didefinisikan sebagai “suatu proses untuk mendapatkan

penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana

3

Aktiviti Proses

Pentaksiran

Menghurai

Mengumpul

Merekod

Memberi skor

Menginterpretasi

Page 4: Bm Lengkap Menanti Dicetak

individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat

tertentu”. Dalm erti kata lain, pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana

seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu (Azizi dan Mohd Isha, 2006). Haliza

dan Joy (2009) menyatakan bahawa pengukuran ialah penggunaan alat untuk

mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat tentang pencapaian pembelajaran

individu. Maklumat pencapaian murid boleh diperoleh secara informal atau

melalui pemerhatian ketika murid berbincang atau menyelesaikan masalah di

dalam kelas. Pengukuran juga boleh dikumpul secara formal melalui aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti kuiz, latihan, amali, projek,

ujian lisan atau ujian bertulis.

Menurut kamus yang baku, pengukuran ialah tindakan atau proses untuk

menentukan sejauh manakah, setakat manakah, sebanyak manakah dan

sebagainya keadaan ‘sesuatu perkara itu, dengan membandingkannya secara

khusus dengan ukuran lain yang dianggap baku. Pengukuran merujuk kepada

proses membezakan dan mengelaskan orang perseorangan berbanding dengan

sesuatu tingkah laku atau ciri-ciri yang ditakrifkan (Abdullah Hassan, 1987).

Rajah 4: Ciri-ciri mengenai pengukuran yang dapat menjelaskan lagi makna

pengukuran.

4

C iri-c iri P enguku ran

P enguku ran tidak m e liba tkan p roses

m en ila i sepe rti ba ik , bu ruk dan

sebaga inya . N ila i sepe rti in i d ibua t

da lam p roses pen ila ian .

P enguku ran m em band ingkan

m arkah seseo rang pe la ja r

dengan sa tu ska la . B iasanya

ska la yang d igunakan ia lah

pencapa ian pe la ja r la in a tau

sua tu no rm a yang d iten tukan .

Page 5: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Mohamad Sahari Nordin (2008) menegaskan bahawa pengukuran adalah

aktiviti menetapkan sifat sama ada sifat kuantitatif atau sifat kualitatif kepada

sesuatu projek pembelajaran. Menurut beliau lagi, pengukuran membolehkan

guru membandingkan pencapaian antara pelajar. Apabila guru menetapkan

pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu ujian tertentu, misalnya bilangan

atau peratus jawapan yang betul, penetapan yang menggunakan angka-angka

kuantitatif ini adalah aktiviti pengukuran. Ukuran kuantitatiif juga digunakan

apabila seseorang guru mengukur minat pelajar terhadap subjek yang diajar.

Ukuran yang digunakan adalah dengan melabelkan minat pelajar kepada

kategori-kategori seperti “sangat berminat”, “kurang berminat”, dan “tidak

berminat”.

Pengukuran biasanya digunakan untuk mengukur prestasi seseorang

individu dalam bentuk angka bagi menggambarkan keupayaan individu tersebut.

Dalam mengukur prestasi, nilai kepada ukuran yang diperoleh tidak diberikan,

sebaliknya pengukuran hanya mengukur tahap prestasi/ciri tertentu seseorang

pelajar mengikut alat yang digunakan. Pengukuran boleh dibuat tanpa

menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang boleh

diukur melalui pemerhatian, sementara pengetahuan dan sikapnya diukur

melalui temubual. Pengukuran boleh dianggap sebagai proses untuk

mendapatkan sesuatu ukuran menggunakan kaedah tertentu manakala

pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.

Penilaian selalu ditafsirkan sebagai ujian dan peperiksaan. Sebenarnya

penilaian tidak terhad kepada ujian dan peperiksaan sahaja tetapi merangkumi

seluruh program pendidikan. Pelbagai cara boleh digunakan oleh guru untuk

membuat penilaian seperti pemerhatian, soal jawab lisan, kuiz, ujian pensel dan

kertas dan sebagainya. Melalui penilaian yang dijalankan, guru boleh

5

Page 6: Bm Lengkap Menanti Dicetak

mengetahui keberkesanan pengajarannya di samping membantu guru

merancang strategi pengajaran seterusnya.

Menurut Hajah Rapiah Abdul Aziz dalam buku Safiah dan Zaiton (1988),

penilaian bolehlah dianggap sebagai satu proses untuk mendapatkan maklumat

dengan tujuan membuat satu pertimbangan ataupun satu keputusan. Juriah

Long et.al (1990) menyatakan bahawa penilaian adalah proses mengumpulkan

maklumat yang dibuat secara sistematik, berdasarkan beberapa teknik atau cara

dan alat yang tertentu untuk memastikan wujudnya perubahan perlakuan di

kalangan murid sebagaimana yang telah ditentukan oleh matlamat sukatan

pelajaran atau perancang pelajaran. Penilaian ditakrifkan sebagai sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran, dan boleh membantu guru

menentukan sejauh mana matlamat dan objektif pendidikan yang diharapkan itu

tercapai. Dalam penilaian Bahasa Malaysia, perkara yang perlu dinilai ialah

seperti yang berikut:

Rajah 5: Aspek penilaian

6

Apakah yang hendak dinilai?

Tahap penguasaan pelajar dalam keempat-empat kemahiran berbahasa yakni mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Tahap penggunaan tatabahasa yang betul, tepat dan gramatis.

Kematangan pemikiran pelajar

Kepekaan pelajar terhadap nilai murni masyarakat.

Page 7: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Penilaian dijalankan dengan dua cara iaitu secara berterusan atau formatif

dan secara akhiran atau sumatif. Penilaian formatif dijalankan sepanjang masa

untuk melihat perkembangan pelajar secara individu dalam penguasaan Bahasa

Malaysia. Penilaian formatif boleh dijalankan secara formal dan tidak formal.

Sekiranya guru memilih untuk menjalankannya secara formal, penilaian dibuat

melalui kerja latihan atau ujian bulanan. Penilaian formatif secara tidak formal

pula dibuat melalui pemerhatian, pelaksanaan tugasan atau projek bahasa yang

dijalankan oleh pelajar. Merujuk buku Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa

(1992), penilaian formatif dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang boleh

digunakan serta-merta untuk membantu guru dan para pelajar dalam pengajaran

dan pembelajaran masing-masing untuk mencapai objektif yang dirancangkan.

Rajah 6: Jenis penilaian

Penilaian sumatif pula dijalankan pada peringkat akhir sesuatu program

pengajaran dan pembelajaran untuk membandingkan pencapaian antara pelajar

serta tujuan persijilan. Pada kebiasaannya, ujian ini dijalankan secara berkala

sama ada pada akhir bulan atau semester. Contoh-contoh ujian sumatif adalah

seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah

(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM). Penilaian sumatif biasanya dijalankan secara formal pada akhir sesuatu

peringkat pembelajaran. Soalan-soalan yang ditanya merangkumi soalan

objektif, soalan subjektif dan lisan. Item ujian terdiri daripada pelbagai contoh

yang meliputi keseluruhan kurikulum dan disebarkan daripada yang mudah

kepada yang susah mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU).

7

Jenis Penilaian

SumatifFormatif

Page 8: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Merujuk kepada penulisan Azizi dan Mohd Isha (2006), tujuan penilaian

adalah seperti berikut:

Rajah 7: Tujuan penilaian

Penilaian yang dijalankan di dalam bilik darjah dapat memberikan maklum

balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan

kemahiran yang diajar. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran

juga akan dapat dikesan melalui penilaian yang dijalankan. Guru dapat

mendiagnosis kemajuan pelajar sama ada berada pada tahan yang sangat

memuaskan, memuaskan, sederhana atau lemah. Oleh yang demikian, guru

dapat mengubah dan merancang strategi yang lebih sesuai dengan setiap

pelajar.

Penilaian yang dijalankan dapat menentukan gred pencapaian para

pelajar. Sebagai contoh, penilaian jenis sumatif seperti Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) yang dijalankan pada akhir pengajian dapat menentukan tahap

pencapaian seseorang murid secara keseluruhannya. Pencapaian akademik

pelajar ditentukan dengan pemberian gred seperti cemerlang, sederhana atau

gagal. Tindakan selanjutnya daripada pencapaian akademik pelajar akan

menentukan penempatan yang sesuai dengannya.

8

Tujuan Penilaian

Diagnosis

Bimbingan dan kaunselingPencapaian

Pemilihan dan penempatan

Page 9: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Penilaian terhadap pelajar akan membantu guru membuat keputusan dan

memilih pelajar untuk ditempatkan dalam kumpulan tertentu berdasarkan kepada

keputusan akademik dan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran

mereka. Selain itu, keputusan penilaian juga digunakan untuk menempatkan

pelajar dalam aliran tertentu. Sebagai contoh, pelajar yang mendapat keputusan

cemerlang bagi mata pelajaran Sains dalam ujian Penilaian Menengah Rendah

(PMR) memungkinkan pelajar tersebut untuk ditempatkan dalam aliran Sains

Tulen apabila berada di tingkatan empat.

Melalui penilaian, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cemerlang dan

dan lemah. Seterusnya keputusan penilaian dapat digunakan untuk tujuan

bimbingan dan kaunseling. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan misalnya akan mempunyai motivasi intrinsik/dalaman untuk

lebih berusaha dan mengekalkan keputusan cemerlangnya. Sebaliknya pelajar

yang lemah akan diberikan bimbingan dan kaunseling oleh guru untuk

membantu mereka mengenal pasti masalah dalam pembelajaran dan menangani

masalah tersebut dengan lebih berkesan.

Pengujian pula ialah proses penyerahan set soalan yang piawai yang

perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik

bagi mengumpul sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau

pelajar (Azizi dan Mohd Isha, 2006). Menurut Cronbach (1970) dalam buku

Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan karangan Azizi dan Mohd Isha

(2006),

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan

atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala

bernombor, atau satu sistem berkategori”.

9

Page 10: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Maklumat dapatan yang diperoleh daripada ujian yang dijalankan

terhadap murid-murid dapat membantu guru membuat keputusan yang tepat

dalam beberapa perkara. Menurut Raminah (1991) dalam artikel karangan

Rozaidi Salim (2009),

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk

membuat penilaian atau pengadilan”.

Abdullah Hassan (1987) menegaskan bahawa ujian ialah cara yang

sistematis untuk mengukur tingkah laku seseorang. Ukuran terhadap tingkah

laku yang dimaksudkan adalah melalui pengujian, seseorang murid

menunjukkan tingkah lakunya dengan cara menanda, mengisi atau mengarang

perkara-perkara yang telah dipelajarinya. Sistematis pula ialah perkara atau

butiran ujian yang harus dibina berdasarkan peraturan tertentu. Di sekolah,

soalan-soalan ujian Bahasa Malaysia digubal dengan merujuk kepada Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU). Penggunaan JSU akan dapat memastikan soalan yang

digubal menepati kurikulum dan sesuai dengan semua peringkat atau aras

kognitif murid-murid daripada rendah kepada sederhana dan tinggi.

Juriah Long et.al (1990) menegaskan bahawa ujian merupakan satu

daripada cara bagaimana penilaian boleh dibuat. Instrumen ujian merupakan alat

yang dibina secara sistematik untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat

tentang perubahan perlakuan murid-murid. Ujian yang dijalankan haruslah

dilaksanakan dengan cara yang ditetapkan dan cara memberi markat ditentukan

dengan terperinci. Murid-murid mengambil ujian dengan keadaan yang sama

dan menjawab soalan yang sama pada masa yang ditetapkan bagi memastikan

kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dijalankan.

10

Page 11: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Di sekolah, prestasi murid-murid diukur melalui ujian dan peperiksaan.

Ujian seperti Ujian Awal Tahun, Ujian Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Tahun

dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap prestasi murid. Selain

itu, ujian juga dijalankan oleh guru dalam menentukan sama ada objektif

pengajaran dan pembelajaran tercapai atau sebaliknya. Gred dan kedudukan

murid-murid juga ditentukan melalui ujian.

Abdullah Hassan (1987) menyatakan bahawa terdapat empat tujuan

pengujian. Tujuan pertama adalah menentukan cara dan tujuan pengujian yang

baik. Pengujian juga dijalankan untuk menguji kefahaman. Ujian kefahaman

dilaksanakan bagi menguji sejauh mana murid-murid memahami isi kandungan

pelajar yang diajar di dalam bilik darjah. Pengujian dapat memberikan makluman

mengenai kelemahan dan kekuatan. Guru dapat mengenal pasti kelemahan dan

kekuatan pengajarannya manakala murid dapat mengenal pasti kelemahan dan

kekuatan dalam pembelajarannya.

Merujuk kepada penulisan Juriah Long et.al (1990), terdapat empat jenis

ujian bahasa iaitu:

Rajah 8: Jenis ujian

Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai

sesuatu bahasa, sama ada khusus kepada sesuatu bahasa atau secara am.

11

Ujian Bakat Ujian DiagnostikUjian KefasihanUjian Pencapaian

Page 12: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Ujian ini biasanya mempunyai data-data bahasa yang mengandungi pelbagai

unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan

sebagainya. Penyediaan simulasi pembelajaran diperlukan supaya calon-calon

dapat melakukan pelbagai aktiviti bahasa seperti membuat peniruan bunyi-bunyi,

mengubah bentuk atau unsur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan

konteks dan sebagainya. Hasil ujian direkodkan oleh guru untuk mengenal pasti

murid-murid yang mempunyai bakat atau potensi untuk mempelajari sesuatu

bahasa dengan cepat.

Ujian pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-

murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajarkan

kepada mereka. Soalan yang ditanya mestilah berkaitan dengan isi pelajaran

yang telah diajarkan sahaja. Ujian ini biasanya dijalankan pada akhir kursus

ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut

penggal/semester persekolahan.

Ujian kefasihan bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang

itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini

menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Ujian

kefasihan digunakan untuk menempatkan seseorang ke dalam kumpulan-

kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan

mereka.

Ujian diagnostik bertujuan untuk melihat kelemahan murid-murid dalam

pembelajaran bahasa. Ujian diagnostik dibuat untuk mengenal pasti apakah

aspek-aspek bahasa yang sukar dikuasai oleh murid-murid dan apakah pula

aspek yang belum diketahui oleh mereka. Ujian diagnostik boleh diadakan

sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa itu dimulakan untuk

12

Page 13: Bm Lengkap Menanti Dicetak

melihat setakat mana penguasaan bahasa murid-murid. Hasil ujian akan

memperlihatkan setakat mana kemampuan bahasa murid-murid dan

daripadanya guru dapat merancangkan strategi pengajaran yang sesuai untuk

meningkatkan keupayaan bahasa mereka. Ujian ini tidak memerlukan

pemarkahan atau pemberian gred kerana apa yang penting adalah guru

memeriksa jawapan ujian murid-murid dengan teliti untuk mengesan aras

pengetahuan dan kelemahan-kelemahan mereka.

Pada umumnya, pengujian dan penilaian bahasa penting untuk:

Rajah 9: Kepentingan Pengujian dan Penilaian

13

1. Mengenal pasti aspek-aspek bahasa

yang menjadi masalah kepada murid-murid

2. Membantu guru menilai

keberkesanan pengajaran.

3. Membantu guru merancang strategi

baharu dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Menentukan tahap pencapaian murid-

murid dalam pembelajaran bahasa.

5. Menilai kefasihan murid-murid terhadap sesuatu bahasa yang

mereka pelajari.

6. Menempatkan murid-murid dalam

kumpulan atau aliran yang sesuai.

7. Memulihkan murid-murid yang lemah.

8. Meramal bakat atau kebolehan

seseorang dalam penguasaan bahasa.

9. Memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran

dapat dicapai.

Page 14: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Perbandingan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian adalah seperti

berikut:

Perbandingan Pentaksiran Pengujian Penilaian

Definisi Sebuah proses

yang menentukan

peringkat

pencapaian dan

prestasi seseorang

individu atau murid

Satu alat yang

sistematik untuk

menilai dan

mengukur perubahan

dalam sesuatu aspek

tingkah laku.

Sebuah proses

menentukan

perubahan tingkah

laku dan membuat

pertimbangan nilai.

Tujuan Bagi membuat

pengelasan

terhadap

pencapaian dan

kedudukan dalam

pembelajaran.

Untuk menentukan

pencapaian terhadap

sesuatu

pembelajaran.

Memberi maklumat

tentang pencapaian

objektif

pembelajaran.

Kaedah mengajar

dan

kurikulum.                

      

Bentuk 1. Set ujian bertulis

dengan markah

dan gred.

1.    Pemerhatian

2.    Ujian lisan

3.    Ujian bertulis

1.   Jadual

2.   Gred berdasarkan

teknik perangkaan.

Proses

perlaksanaan

Menjalankan

proses pengujian

menggunakan set

ujian dan

kemudian

mencatat atau

merekod markah

serta memberi

gred.

Menyediakan set

ujian berdasarkan

cara ujian yang ingin

dijalankan.

Melakukan

pentadbiran semasa

menjalankan ujian

dan seterusnya

menjalankan pemerik

saan terhadap set

Menentukan

kaedah pengukuran

yang ingin

dijalankan dan

melakukan proses

pengukuran dan

penganalisaan

semasa

pengukuran

dilakukan.

14

Page 15: Bm Lengkap Menanti Dicetak

ujian yang telah

dijalankan.

Kemudian proses

interpretasi

dijalankan sebelim

melapor dapatan

kajian dan

tindakan.

Masa Selepas sesi

pembelajaran.

Selepas sesi

pembelajaran.

Boleh dijalankan

sebelum, semasa

atau selepas sesi

pembelajaran.

liputan Terhad kepada

sesuatu peringkat

pembelajaran.

Terhad kepada

sesuatu

kemahiran atau

pembelajaran yang

telah disampaikan.

Menyeluruh

terhadap sesuatu

pembelajaran

sehingga kepada

keseluruhan

sesebuah

kurikulum.

keputusan Menunjukkan

pencapaian secara

relatif.

Menunjukkan

prestasi sesuatu

kemahiran atau

penguasaan

pembelajaran yang

spesifik.

Menunjukkan

pencapaian

keseluruhan

seseorang individu

namun tidak hanya

menggambarkan

kebaikan individu

tersebut.

Jadual 1: Perbandingan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian

15

Page 16: Bm Lengkap Menanti Dicetak

2.0 Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

Pengasas kepada taksonomi Bloom adalah Benjamin S. Bloom yang

pertama kali menyusunnya pada tahun 1956. Taksonomi Bloom menitikberatkan

aspek kognitif dan pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki yang mana

ianya bermula daripada tahap rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Bagi

menguji tahap kognitif dan pengetahuan para pelajar, guru akan membuat

soalan yang mengandungi pelbagai aras. Aspek kognitif yang ditekankan ialah

seperti fakta, teori dan hukum. Terdapat enam peringkat dalam taksonomi Bloom

iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Rajah 10: Aras Kognitif Taksonomi Bloom

Aras pengetahuan menguji tahap kognitif murid dalam mengingat semula

fakta-fakta yang dipelajari tanpa sebarang perubahan. Soalan terdiri daripada

suatu pernyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan contoh. Soalan

biasanya bermula dengan bilakah, siapa dan apa.

16

Pengetahuan

Penilaian

Sintesis

Analisis

Aplikasi

Kefahaman

Page 17: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Peringkat yang kedua iaitu kefahaman ialah kebolehan untuk memberi

penjelasan atau makna sesuatu perkara. Peringkat kefahaman lebih tinggi

berbanding peringkat pengetahuan. Murid yang mencapai aras ini akan dapat

menjelaskan maklumat yang diterima secara terperinci. Mereka juga boleh

menyatakan idea utama dalam ayat sendiri. Terdapat tiga aras penting dalam

peringkat kefahaman iaitu terjemahan isi kepada huraian, member tafsiran atau

makna sesuatu maklumat dan ekstrapolasi iaitu tafsiran lanjut berdasarkan

maklumat yang digambarkan. Contoh permulaan soalan adalah seperti jelaskan,

bandingkan, ringkaskan, nyatakan dan sebagainya.

Peringkat yang ketiga iaitu aplikasi ialah kebolehan menggunakan

maklumat dalam situasi baharu. Peringkat ini menekankan penggunaan kaedah,

prinsip dan hukum teori. Murid yang mencapai peringkat ini mengikuti

pembelajaran daripada bahan mujarat atau abstrak. Peringkat ini turut

menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori. Contoh soalan adalah yang

menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.

Peringkat keempat iaitu analisis ialah kebolehan memecahkan sesuatu

yang kompleks kepada yang kecil. Analisis merupakan kebolehan untuk

menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang dipelajari kepada beberapa

bahagian. Pada peringkat analisis, murid-murid berkebolehan untuk

mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, mengasingkan, membahagikan,

menjelaskan struktur dan organisasi serta dapat menilai kerelevanan data. Kosa

kata yang biasa digunakan adalah seperti bezakan, bandingkan, asingkan,

tafsirkan bahagian, klasifikasikan, mengapa, huraikan, cerakinkan dan

seumpamanya.

17

Page 18: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Peringkat kelima iaitu sintesis ialah kebolehan mencantumkan dan

mengintegrasi fakta yang berkaitan. Pada peringkat ini, murid-murid telah

berkebolehan membentuk sesuatu yang baharu atau mengeluarkan idea. Soalan

yang digubal pada peringkat ini menguji kebolehan calon mencantumkan,

menggabungkan dan mengintegrasikan fakta atau idea dengan

mengembangkan fakta menggunakan ayat sendiri.

Peringkat yang tertinggi iaitu penilaian menguji kebolehan calon

membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai

sesuatu dengan sebagainya. Tujuan penilaian dibuat adalah untuk membuat

pertimbangan terhadap sesuatu berdasarkan kriteria tertentu. Kosa kata yang

biasanya digunakan dalam soalan peringkat penilaian adalah seperti nilaikan,

rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan dan buktikan.

Domain Afektif Krathwohl 1964

Rajah 11: Peringkat-peringkat dalam Domain Afektif Krathwohl

18

Domain Afektif

Krathwohl 1964

Penerimaan

Bertindak balas

MenilaiOrganisasi

Perwatakan

Page 19: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Domain Afektif Krathwohl telah diasakan oleh David R. Krathwohl. Domain

ini merupakan bidang yang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

Terdapat lima peringkat dalam domain ini iaitu penerimaan, bertindak balas,

menilai, organisasi dan perwatakan.

Peringkat pertama iaitu penerimaan ialah keinginan dan kesanggupan

untuk memberi idea atau bahan serta boleh bertoleransi berdasarkan situasi.

Contohnya ialah kesanggupan memberikan perhatian, mendengar ucapan dan

pendapat orang lain dan menghormati kebudayaan yang berlainan. Terdapat

lima objektif am pada peringkat penerimaan iaitu mendengar dengan berhati-

hati, menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran, menunjukkan

sensitiviti dalam masalah sosial, menerima perbezaan keturunan dan

kebudayaan, dan mengambil bahagian dalam aktiviti.

Peringkat kedua ialah bertindak balas iaitu kesanggupan untuk bertindak

balas terhadap ransangan. Murid yang berada pada peringkat ini akan berupaya

mengambil bahagian secara aktif dalam sesuatu aktiviti. Peringkat bertindak

balas dibahagikan kepada tiga kategori iaitu persetujuan membalas, kesediaan

membalas dan kepuasan membalas.

Peringkat ketiga ialah menilai iaitu kesanggupan untuk dinilai oleh orang

lain berdasarkan idea, bahan atau situasi. Peringkat ini menguji kebolehan

membuat penilaian dan memberi penghargaan. Peringkat menilai terbahagi

kepada tiga kategori iaitu penerimaan iaitu menerima dan melakukan arahan

aktiviti, pilihan iaitu usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih dan

penglibatan iaitu aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.

19

Page 20: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Peringkat keempat ialah organisasi iaitu kesanggupan menghubungkait

sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang. Pada peringkat ini, murid boleh

membezakan nilai dan situasi yang berbeza. Seseorang pada peringkat ini juga

boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang

sistematik.

Peringkat kelima ialah perwatakan yang bermaksud seseorang itu

mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara

hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan

berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan

mengikut keadaan serta mempunyai prinsip hidup sendiri. Pada peringkat ini,

berlaku perubahan tingkah laku dalam diri murid-murid selepas sesi pengajaran

dan pembelajaran.

20

Page 21: Bm Lengkap Menanti Dicetak

3.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

3.1 Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu jadual yang

menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya. Ia juga merupakan

satu rancangan persediaan item dan juga soalan. JSU turut dikenali sebagai “

Test Blue Print” ataupun “Test Specification”).

3.2 Ciri-ciri Jadual Spesifikasi Ujian

Ciri-ciri Jadual Spesifikasi Ujian adalah seperti berikut:

a. Kandungan ujian (topik-topik pelajaran.)

b. Aras kemahiran yang bergantung dengan taksonomi objektif

pendidikan.

c. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan

tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu

diajar.

d. Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

e. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras

kemahiran.

f. Kepayahan/ kesukaran item ( 20%- 80%)

3.3 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian memberi banyak kelebihan kepada guru untuk

menyediakan set soalan kepada murid-murid. Kalau polis, pistol merupakan

senjatanya tetapi guru, JSU adalah senjata yang paling penting dalam

21

Page 22: Bm Lengkap Menanti Dicetak

menghasilkan soalan yang bermutu untuk murid-murid. Antara kepentingan JSU

adalah seperti berikut:

22

1. Mengelakkan daripada

membina ujian secara

sembarangan.

2. Menjamin kesahan isi kandungan

sesuatu ujian.3. Menimbulkan

rasa kepentingan

topik-topik dan aras-aras

kemahiran.

4. Menentukan perseimbangan

antara topik-topik dengan

aras-aras kemahiran yang

diuji.5. Memberi panduan untuk

membentuk format ujian.

6. Memberi panduan untuk

membentuk soalan.

7. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke

setahun.

8. Mengambil kira bilangan masa yang

diperuntukkan untuk sesuatu

topik.9. Membolehkan perbandingan dibuat antara

satu ujian dengan ujian

yang lain.

Page 23: Bm Lengkap Menanti Dicetak

3.4 Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 5

3.4.1 Soalan Objektif

NO

SOALAN

BENTUK SOALAN ARAS TAKSONOMI

BLOOM

ARAS

1 Kata ganti diri Pengetahuan Rendah

2 Penjodoh bilangan Aplikasi Rendah

3 Kata kerja Pengetahuan Rendah

4 Kata kerja Aplikasi Rendah

5 Kata adjektif Pengetahuan Rendah

6 Kata nama Kefahaman Rendah

7 Kata kerja Aplikasi Rendah

8 Kata adjektif Pengetahuan Rendah

9 Kata hubung Aplikasi Rendah

10 Kata adjektif Aplikasi Rendah

11 Kata kerja Aplikasi Rendah

12 Penjodoh bilangan Kefahaman Rendah

13 Kata kerja Aplikasi Rendah

14 Kata perintah Pengetahuan Rendah

15 Kata seru Pengetahuan Rendah

16 Kata tanya Pengetahuan Rendah

17 Kata ganda Pengetahuan Rendah

18 Kata nama Aplikasi Rendah

19 Penanda wacana Pengetahuan Rendah

20 Imbuhan Aplikasi Rendah

21 Kata nama Pengetahuan Sederhana

22 Kata ganda Aplikasi Rendah

23 Penjodoh bilangan Pengetahuan Rendah

24 Simpulan bahasa Aplikasi Sederhana

25 Sinonim Kefahaman Rendah

26 Akronim Kefahaman Rendah

23

Page 24: Bm Lengkap Menanti Dicetak

27 Struktur ayat Analisis Sederhana

28 Struktur ayat Sintaksis Rendah

29 Struktur ayat Sintaksis Sederhana

30 Struktur ayat Sintaksis Sederhana

31 Memahami teks Pengetahuan Sederhana

32 Memahami teks Kefahaman Sederhana

33 Memahami teks Analisis Sederhana

34 Memahami teks Sintaksis Sederhana

35 Maksud perkataan Analisis Sederhana

36 Memahami teks Pengetahuan Sederhana

37 Memahami teks Kefahaman Sederhana

38 Memahami teks Analisis Sederhana

39 Memahami teks Analisis Sederhana

40 Maksud perkataan Analisis Sederhana

24

Page 25: Bm Lengkap Menanti Dicetak

BIL TOPIK/ASPEK BAHASA

BIL

SO

ALA

N

ARAS TAKSONOMI BLOOM ARAS SOALAN

1.

PE

NG

ET

AH

UA

N

2. K

EF

AH

AM

AN

3. A

PLI

KA

SI

4. A

NA

LIS

IS

5. S

INT

ES

IS

6. P

EN

ILA

IAN

RE

ND

AH

SE

DE

RH

AN

A

TIN

GG

I

1 KATA KERJA 5 1 - 4 - - - 5 - -

2 KATA NAMA 3 2 - 1 - - - 2 1 -

3 KATA GANTI DIRI 1 1 - - - - - 1 - -4 KATA ADJEKTIF 3 2 - 2 - - - 3 - -

5 KATA SERU 1 1 - - - - - 1 - -

6 KATA GANDA 2 1 - 1 - - - 2 - -

7 KATA HUBUNG 1 - - 1 - - - 1 - -

8 KATA PERINTAH 1 1 - - - - - 1 - -

9 PENANDA WACANA 1 1 - - - - - 1 - -

10 PENJODOH BILANGAN 3 2 1 - - - - 3 - -

11 SIMPULAN BAHASA 1 - - 1 - - - - 1 -

12 SINONIM 1 - 1 - - - - 1 - -

13 ANTONIM 1 - 1 - - - - 1 - -

14 KATA TANYA 1 1 - - - - - 1 - -

15 IMBUHAN 1 - - 1 - - - 1 - -

16 STRUKTUR AYAT 4 - - - 1 3 - 1 3 -

17 MAKSUD PERKATAAN 2 - - - 2 - - - 2 -

18 MEMAHAMI TEKS 8 2 2 - 3 1 - - 8 -JUMLAH SOALAN 40

3.4.2 Jadual Pembahagian Mengikut Topik/Aspek Bahasa Bagi Kertas Ujian Objektif Bahasa Melayu Tahun 5.

25

Page 26: Bm Lengkap Menanti Dicetak

3.4.3 Pecahan Soalan Objektif Mengikut Aras Taksonomi Bloom

ARAS TAKSONOMI BLOOM BILANGAN SOALAN

RENDAH SEDERHANA TINGGI

1. PENGETAHUAN 10 3 0

2. KEFAHAMAN 4 2 0

3. APLIKASI 10 1 0

4. ANALISIS 0 6 0

5. SINTAKSIS 1 3 0

6. PENILAIAN 0 0 0

PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTAKSIS PENILAIAN0

2

4

6

8

10

12

1413

6

11

6

4

0

PEMBERATAN SOALAN MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM

26

Page 27: Bm Lengkap Menanti Dicetak

3.4.4 Soalan Subjektif

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN SUBJEKTIF BAHASA MELAYU TAHUN 5

PERKARA/SOALAN ARAS TAKSONOMI

BLOOM

ARAS SOALAN

RE

ND

AH

SE

DE

RH

AN

A

TIN

GG

I

BAHAGIAN A

Tulis lima ayat lengkap

tentang gambar di bawah

4. ANALISIS /

BAHAGIAN B

1. KARANGAN

AUTOBIOGRAFI

- Aku Sebatang Pen

4. ANALISIS /

2. SURAT TIDAK RASMI

- Pengalaman bercuti

semasa bersama

keluarga di tempat-

tempat menarik di

salah sebuah negeri di

Malaysia

3. APLIKASI /

3. MENCERITAKAN

PENGALAMAN YANG

DILALUI

3. APLIKASI /

BAHAGIAN C

Mencari nilai murni

6. PENILAIAN /

27

Page 28: Bm Lengkap Menanti Dicetak

3.4.5 Pecahan Soalan Mengikut Aras Taksonomi Bloom

ARAS TAKSONOMI BLOOM BILANGAN SOALAN

RENDAH SEDERHANA TINGGI

1. PENGETAHUAN - - -

2. KEFAHAMAN - - -

3. APLIKASI - 1 1

4. ANALISIS - 2 -

5. SINTAKSIS - - -

6. PENILAIAN - - 1

PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTAKSIS PENILAIAN0

0.5

1

1.5

2

2.5

0 0

2 2

0

1

PEMBERATAN SOALAN MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM

28

Page 29: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Soalan 1 – 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1. “Biarlah _______ bermohon diri dahulu,”ujar Tun Nila kepada penghulu kampung itu.A hamba C tuan hamba

B patik D saya

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

2. Pak Amir memangkas daun-daun pokok di tepi pagar itu kerana terlalu______.

A rimbun C banyak

B semak

3. Perbuatan ________ kenderaan di bahu jalan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.A meletakkan C menempatkan

29

KATA GANTI DIRITB : 1.PENGETAHUAN ARAS : RENDAH

PENJODOH BILANGANTB : 3. APLIKASI ARAS : RENDAH

Page 30: Bm Lengkap Menanti Dicetak

B memasukkan

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

4. Pekerja ladang teh itu masing-masing ________ sebuah bakul di belakang mereka semasa bekerja.

A menjinjing C menggalas

B memikul

5. Kedai itu menjual barangan _____ kepada pelanggannya dengan harga yang berpatutan.A kuno C usang

B antik D lekang

6. ________ itu sentiasa menjaga tutur katanya semasa menyampaikan maklumat kepada para pendengar.

A Jurucakap C Juruacara

B Juruhebah D Jurubahasa

30

KATA KERJATB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH

KATA KERJATB : 3. APLIKASI ARAS : RENDAH

KATA ADJEKTIFTB : 1. PENGETAHUAN ARAS : RENDAH

KATA NAMATB :2. KEFAHAMANARAS : RENDAH

Page 31: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Soalan 7 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

7. Ayah _________ baja di kebun agar sayu-sayurannya hidup subur.A mencampak C mengirai

B menuang D menabur

8. Tandas murid lelaki berbau _________ kerana ada murid yang tidak menjirusnya selepas membuang air kecil.

A hamis C hapak

B hanyir D hancing

31

KATA KERJATB : 3. APLIKASI ARAS : RENDAH

KATA ADJEKTIFTB :1. PENGETAHUAN ARAS : RENDAH

Page 32: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Soalan 9 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

9. ________ budak lelaki itu gemuk,________ dia mampu berlari sejauh 800 meter tanpa henti.

A Jangankan……pun C Walaupun.…namun

B Sama ada.….ataupun D Baik.….mahupun

10. Zarul dapat menyampaikan ucapannya dengan ________ semasa perhimpunan pagi tadi.

A licin C cekap

B lancar

Soalan 11 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

32

KATA HUBUNGTB :3. APLIKASI ARAS : RENDAH

KATA ADJEKTIFTB :3. APLIKASI ARAS : RENDAH

KATA KERJATB :3. APLIKASI ARAS : RENDAH

Page 33: Bm Lengkap Menanti Dicetak

11. Pelari yang menjuarai acara 100 meter itu ________ tangannya sebaik sahaja dia melepasi garisan penamat.

A mendepa C menggapai

B menjulang D melambai

12. Ibu memberi _________ daripada lebihan lauk kenduri semalam kepada ________ orang jirannya.

A setengah….. setiap C separuh…..sebilangan

B sebahagian….beberapa D sedikit……segelintir

Soalan 13 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

13. Puan Salimah sedang _______ benang emas pada sarung bantal yang akan digunakan dalam majlis persandingan anak perempuannya.

A menyulam C menekat

B menenun D mengait

14. “__________ berikan sampul surat ini kepada Cikgu Jamal,”kata Cikgu Isa kepada Amirul.

A Tolong C Harap

33

PENJODOH BILANGAN TB : 2. KEFAHAMANARAS : RENDAH

KATA KERJATB : 3. APLIKASIARAS : RENDAH

Page 34: Bm Lengkap Menanti Dicetak

B Minta D Sila

15. ________ , lututku masih sakit hingga sekarang !

A Ah C Eh

B Wahai D Aduh

Soalan 16 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8

16. __________ kah lelaki yang selalu mundar-mandir di kaki lima bangunan itu ?

A Siapa C Berapa

B Mengapa D Bila

17. Beberapa buah helikopter milik angkatan tentera Malaysia sedang ________ di ruang udara kawasan hutan itu.

A berkisar-kisar C berputar-putar

B berlegar-legar D berpusing-pusing

34

KATA PERINTAHTB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH

KATA SERUTB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH

KATA TANYATB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH

Page 35: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Soalan 18 berdasarkan Gambar 9

Gambar 9

18. _________ di tepi jalan itu telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

A Papan tanda C Papan lantai

B Papan utama D Papan tulis

19. Biar saya masuk dahulu. _________, awak ikutlah saya dari belakang.

A Lagipun C Meskipun

B Justeru D Kemudian

35

KATA GANDATB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH

KATA NAMATB : 3. APLIKASIARAS : RENDAH

PENANDA WACANATB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH

Page 36: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Soalan 20 berdasarkan Gambar 10

Gambar 10

20. Adik saya tidur di ruang tamu dengan _______ tikar mengkuang.

A mengalas C beralaskan

B mengalasi D mengalaskan

21. Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh telah mengadakan kuiz _______ pada minggu lepas untuk meningkatkan kesedaran murid-murid.

A antibodi C antibiotik

B antiseptik D antidadah

Soalan 22 berdasarkan Gambar 11

Gambar 11

36

IMBUHANTB : 3. APLIKASIARAS : RENDAH

KATA NAMATB : 1. PENGETAHUANARAS : SEDERHANA

KATA GANDATB : 3. APLIKASIARAS : RENDAH

Page 37: Bm Lengkap Menanti Dicetak

22. Kemarau yang berpanjangan telah mengakibatkan seluruh kawasan sawah itu __________.

A kontang-kanting C kering-kontang

B punah-ranah

23. Noriah membeli se_____ gunting dan se_______ gam di koperasi sekolahnya.

A buah…….botol C pasang….biji

B bilah…..botol D laras….kotak

Soalan 24 berdasarkan Gambar 12

Gambar 12

24. Anuar tinggal ______ apabila rumahnya hangus dijilat api pagi tadi.

A nyawa ikan C sehelai sepinggang

B putih mata D sekangkang kera

25. Mereka yang terlibat dengan kerja-kerja amal itu bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Perkataan seerti bagi terlibat ialah

A tersenarai C terkandung

B terbabit

37

PENJODOH BILANGANTB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH

SIMPULAN BAHASATB : 3. APLIKASIARAS : SEDERHANA

SINONIMTB : 2. KEFAHAMANARAS : RENDAH

Page 38: Bm Lengkap Menanti Dicetak

26. Kami dapat menghadapi semua dugaan itu dengan tenang.

Perkataan lawan bagi tenang ialah

A gelisah C tenteram

B runding D risau

Soalan 27 hingga 28

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

27. “Saya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana kecemerlangan saya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum,”kata Fadzil.

A Fadzil memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

B Fadzil menerangkan bahwa bahawa dia meminta ke sekolah berasrama penuh kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

C Fadzil mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran daripada sekolah berasrama penuh kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

D Fadzil menyatakan bahawa dia bersetuju ke sekolah berasrama penuh kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

38

AKRONIMTB : 2. KEFAHAMANARAS : RENDAH

STRUKTUR AYATTB : 5. ANALISISARAS : SEDERHANA

Page 39: Bm Lengkap Menanti Dicetak

28. Nenek sedang membakar kuih baulu di dapur.

A Kuih baulu sedang dibakar oleh nenek di dapur.

B Kuih baulu nenek dibakar di dapur.

C Kuih baulu yang di dapur itu dibakar oleh nenek.

D Kuih baulu di dapur nenek sedang dibakar.

Soalan 29 hingga 30

Pilih ayat yang betul.

29. A Novel itu bukan sesuai dibaca oleh murid-murid Tahap 1.

B Kereta-kereta di dalam gudang itu tidak untuk dilelong tetapi untuk disimpan sementara sahaja.

C Pekan Kuah bukan di Pulau Pangkor tetapi di Pulau Langkawi.

D Budak perempuan yang berambut panjang itu tidak adik Jamilah.

30. I Abang memasukkan botol itu di dalam bakul.

II Pak Tam ialah adik lelaki emak saya yang bongsu.

III Antara Halim ataupun Leman, masing-masing tidak pandai bermain bola sepak.

IV Saya tidak memahami pertuturannya kerana dia menggunakan bahasa Cina.

39

STRUKTUR AYATTB : 4. SINTAKSISARAS : RENDAH

STRUKTUR AYATTB : 5. SINTAKSISARAS : SEDERHANA

Page 40: Bm Lengkap Menanti Dicetak

A I dan III C III dan IV

B I dan II D II dan III

Soalan 31 hingga 35

Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

54,Jalan Datok Rahman,

Taman Datok Rahman,

71300 Rembau,

Negeri Sembilan.

Menemui sahabatku yang kini berada di Butterworth,semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya di samping keluarga serta pelajaran.

Saudara,

Surat saudara yang bertarikh 15 Ogos 2006 telah selamat saya terima seminggu yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana telah menceritakan tempat-tempat yang menarik di tempat saudara. Kini, giliran saya pula menceritakan satu daripada tempat yang menarik di sini, iaitu Taman Rekreasi Ulu Bendul.

Taman Rekreasi ini terletak di Kilometer 25 , Jalan Seremban-Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada ,masa dahulu, tempat ini tidak begitu dikenali. Walau bagaimanapun, setelah usaha dijalankan oleh kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Kuala Pilah, tempat ini semakin popular. Tarikan utama kawasan ini ialah air terjunnya. Air terjunnya yang mengalir

40

STRUKTUR AYATTB : 5. SINTAKSISARAS : SEDERHANA

Page 41: Bm Lengkap Menanti Dicetak

perlahan dari Gunung Angsi menjanjikan suhu yang sejuk dan amat sesuai dijadikan kawasan pilihan untuk bersantai dan beristirehat. Di samping itu, pengunjung-pengunjung yang datang untuk berehat tidak perlu bimbang jika tidak membawa bekalan makanan kerana terdapat banyak gerai yang menjual makanan di sini.

Selain itu, kawasan yang strategik ini juga selalu dijadikan tapak perkhemahan pasukan beruniform sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan bagi menarik minat murid-murid tentang daya kepimpinan, sikap berdikari, serta sikap tolong-menolong. Pada musim cuti sekolah pula, pelbagai pertubuhan mengadakan aktiviti untuk menarik minat pelancong datang ke Ulu Bendul. Antara aktiviti yang kerap diadakan termasuklah ekspedisi mendaki Gunung Angsi.

Bagi mengekalkan kehijauan tempat ini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Pilah. Di samping mengharamkan aktiviti penebangan pokok, inisiatif juga telah diambil dengan menambah spesies tumbuh-tumbuhan sebagai rujukan generasi akan datang. Jika saudara berminat hendak ke sana, hubungilah saya kerana saya boleh aturkan penginapan dan perjalanan saudara ke sana.

Sampai di sini warkah saya buat kali ini. Semoga bertemu lagi pada lain lembaran. Akhir sekali, sampaikan salam saya buat semua keluarga saudara di sana. Sekian,terima kasih.

Yang benar,

Jamal

31. Bilakah Jamal menerima surat daripada rakannya?

A 9 Ogos 2006 C 19 Ogos 2006

B 15 Ogos 2006 D 25 Ogos 2006

41

MEMAHAMI TEKSTB : 1. PENGETAHUANARAS : SEDERHANA

Page 42: Bm Lengkap Menanti Dicetak

32. Tarikan utama Taman Rekreasi Ulu Bendul ialah

A air terjunnya yang sejuk dan nyaman.

B banyak terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.

C kedudukan Gunung Angsi yang berhampiran dengan taman tersebut.

D mempunyai tapak perkhemahan yang sangat sesuai kepada murid-murid.

33. Apakah janji penulis kepada sahabatnya dalam perenggan kelima

petikan?

A Membawa sahabatnya mendaki Gunung Angsi .

B Menyampaikan salam kepada keluarga sahabatnya.

C Menguruskan percutian sahabatnya di taman tersebut.

D Menambahkan spesies tumbuh-tumbuhan di taman tersebut.

34. Pernyataan yang berikut benar tentang Taman Rekreasi Ulu

Bendul kecuali

A taman ini sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam negara.

B taman ini diusahakan bersama dengan Majlis Daerah Kuala Pilah.

C taman ini sentiasa dijaga keindahannya.

D taman ini penuh dengan spesies tumbuhan dan haiwan.

42

MEMAHAMI TEKSTB : 2. KEFAHAMANARAS : SEDERHANA

MEMAHAMI TEKSTB : 4. ANALISISARAS : SEDERHANA

MEMAHAMI TEKSTB : 4. SINTAKSISARAS : SEDERHANA

Page 43: Bm Lengkap Menanti Dicetak

35. Kata inisiatif dalam petikan bermaksudA tindakan C bantuan

C daya usaha D galakan

Soalan 36 hingga 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sambil menguis-nguis timbunan tanah, Si Jalak sudah dikelilingi oleh beberapa ekor ayam lain. Kesemuanya adalah anak bini Jalak belaka. Mereka masing-masing berebut-rebut apabila Jalak memanggil, tetapi seekor cacing pun tidak ada. Namun demikian, anak bini Jalak tidak membiarkan Jalak berusaha sendirian. Masing-masing pun menguis-nguis, untung-untung akan muncul cacing dari timbunan tanah itu.

“Tengok tu, Kuning sudah dapat,”kata Si Hitam dengan nada dengki sambil menghambat Si Kuning. Si Kuning ke sana ke mari dengan tidak tentu hala. Kadang-kadang dia berhenti lalu meletakkan cacing di mulutnya itu ke tanah. Pada masa itu, Si Kuning terus dikejar oleh Si Hitam. Dengan serta-merta Kuning Menggonggong cacing itu dan berlari ke arah belakang pokok bunga. Di situ dia meletakkan cacingnya itu. Mungkin dia sudah letih agaknya. Hitam nampaknya tidak berputus asa. Dia terus mengejar.

“Mengapa mesti kaurebut cacing Si Kuning itu?marah Jalak pada Si Hitam.

“Kalau kaumahu, carilah sendiri,”tambah bapanya lagi.

daripada Hitam diam. Dia tidak lagi mengejar Si Kuning. Dia kembali menguis-nguis timbunan tanah itu.

“Kruuu…”terdengar suara dari arah reban. Hitamlah yang dulu sekali berlari ke arah panggilan itu. Ayam-ayam yang lain juga tidak ketinggalan berlumba-lumba menuju ke arah panggilan itu. Kemudian, Si

43

MAKSUD PERKATAANTB : 4. ANALISISARAS : SEDERHANA

Page 44: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Kuning pun sampai dengan termengah-mengah kerana dia berlari dari jauh. Ayam-ayam yang lain tidak memperdulikan Si Kuning. Mereka sibuk mematuk-matuk biji jagung yang berselerak di atas tanah itu. Apabila ada antara mereka yang melanggar sempadan, ada yang akan meradang. Pada masa itu, Si Jalaklah yang akan meleraikan mereka berkelahi.

36. Apakah tujuan Si Jalak menguis-nguis tanah?A Hendak mencari makanan.

B Hendak menghalau Si Hitam.

C Hendak mengajar ayam-ayam yang lain cara mencari makanan.

D Hendak menarik perhatian ayam-ayam yang lain.

37. Mengapakah Si Hitam menghambat Si Kuning?A Mereka mahu bergaduh.

B Dia dengki akan Si Kuning

C Si Kuning mencuri cacingnya.

D Dia mahukan cacing.

38. Si Kuning berlari ke arah pokok bunga kerana A dikejar oleh Si Hitam.

B hendak meletakkan cacing.

C hendak makan cacing itu.

D hendak menyembunyikan cacing itu.

44

MEMAHAMI TEKSTB : 1. PENGETAHUANARAS : SEDERHANA

MEMAHAMI TEKSTB : 2. KEFAHAMANARAS : SEDERHANA

MEMAHAMI TEKSTB : 3. ANALISISARAS : SEDERHANA

Page 45: Bm Lengkap Menanti Dicetak

39. Mengapakah Si Hitam tidak lagi mengejar Si Kuning?A Dia telah dimarah oleh bapanya.

B Si Kuning kuat berlari.

C Si HItam sudah terlalu letih.

D Dia mahu mancari makanannya sendiri.

40. Berdasarkan petikan, makna untung-untung bermaksudA kalau ada

B untung yang banyak

C bernasib baik

D kejayaan yang besar

45

MAKSUD PERKATAANTB : 4. ANALISISARAS : SEDERHANA

MEMAHAMI TEKSTB : 3. ANALISISARAS : SEDERHANA

Page 46: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Bahagian A

[Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah]

1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

46

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

TAKSONOMI BLOOM: ANALISIS

ARAS : SEDERHANA

Page 47: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan : 40 minit]

[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebatang Pen”.

ATAU

2. Kamu telah pergi bercuti bersama keluarga kamu semasa cuti sekolah yang lalu ke tempat-tempat yang menarik di salah sebuah negeri di Malaysia. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu untuk menceritakan pengalaman menarik itu.

“Aku

ATAU

47

AUTOBIOGRAFI

TAKSONOMI BLOOM: ANALISIS

ARAS : SEDERHANA

MENULIS SURAT TIDAK RASMI

TAKSONOMI BLOOM: APLIKASI

ARAS : SEDERHANA

Page 48: Bm Lengkap Menanti Dicetak

3. Pada hujung minggu yang lalu,anda bersama keluarga telah pergi berkelah di Pantai Batu Feringgi.Gambarkan suasana dan pengalaman anda sekeluarga semasa berkelah.K

elas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas,

48

MENCERITAKAN PENGALAMAN YANG DILALUI

TAKSONOMI BLOOM: APLIKASI

ARAS : SEDERHANA

Page 49: Bm Lengkap Menanti Dicetak

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit]

[20 markah]

1. Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Amin, Raju dan Beng Heng bercadang untuk melastik burung di dusun Pak Mat. Sebelum pergi, mereka meminta izin daripada ibu bapa mereka dengan mengatakan bahawa mereka ingin menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah. Apabila sampai di dusun, mereka menyembunyikan basikal di dalam semak. Mereka ternampak beberapa ekor burung terbang dan hinggap di dahan pokok rambutan. Tanpa membuang masa, mereka pun melastik burung itu. Nasib mereka kurang baik kerana mereka terlastik sarang tebuan. Raju menjerit kesakitan kerana disengat tebuan. Amin dan Beng Heng berlari ke rumah Pak Mat untuk mendapatkan pertolongan. Pak Mat membawa Raju ke hospital. Raju dimasukkan ke wad untuk dirawat. Amin dan Beng Heng memberitahu ibu bapa Raju tentang kejadian itu. Keesokan harinya, mereka melawat Raju di hospital. Mereka membawa buah-buahan sebagai buah tangan. Raju dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat, Amin dan Beng Heng kerana telah menolongnya. Mulai hari itu, mereka berjanji tidak akan melastik burung lagi.ZuZulkifli bangun

49

MENCARI NILAI MURNI

TAKSONOMI BLOOM: PENILAIAN

ARAS : TINGGI

Page 50: Bm Lengkap Menanti Dicetak

4.0 Peraturan Memberi Markah

4.1 Objektif

Untuk kertas 1 Bahasa Melayu tahun 5, terdapat 40 soalan yang perlu

dijawab oleh murid-murid. Setiap soalan mewakili satu markah. Soalan yang

diberikan perlulah ditandakan di dalam kertas jawapan.

40 soalan = 40 markah

No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan

1 B 19 D 37 B

2 A 20 C 38 B

3 A 21 D 39 A

4 C 22 C 40 C

5 B 23 B

6 B 24 C

7 D 25 B

8 D 26 A

9 C 27 A

10 B 28 A

11 B 29 B

12 B 30 C

13 B 31 B

14 A 32 A

15 D 33 C

16 A 34 D

17 B 35 C

18 A 36 A

50

Page 51: Bm Lengkap Menanti Dicetak

4.2 Subjektif

4.2.1 Bahagian A

Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar.

Satu jawapan bersamaan dengan dua markah.

Contoh jawapan:

1. Hari ini merupakan Hari Sukan Sekolah.

2. Cuaca pada hari ini amat baik sekali.

3. Pertandingan lumba lari sedang berlangsung di trek perlumbaan.

4. Acara lain yang sedang berlangsung adalah lompat galah.

5. Kesemua penyokong memberi sorakan yang begitu hebat.

6. Hari Sukan Sekolah pada kali ini disambut dengan begitu meriah.

7. Menang dan kalah menjadi adat sesuatu pertandingan.

1 poin = 2 markah

5 poin = 10 markah

51

Page 52: Bm Lengkap Menanti Dicetak

4.2.2 Bahagian B

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku sebatang pen”.

Contoh jawapan mestilah mengandungi ciri-ciri berikut:

a. Nama dan asal usul.

b. Riwayat hidup - tempat tinggal – dijaga.

c. Penggunaan untuk menulis / mengarang / mengira dan menyiapkan kerja

sekolah.

d. Peristiwa gembira dibawa ke sekolah / ke pejabat dan dapat berbakti

kepada tuan.

e. Peristiwa sedih - habis dakwat / hilang / jatuh / dicuri / rosak / buruk.

f. Beli baru dibuang / disimpan untuk kenangan tamat riwayat.

Markah penuh adalah 30 markah. Pemarkahan dikira seperti berikut:

Isi = 30%

Bahasa = 40%

Gaya dan Olahan = 30%

Jumlah = 100%

2. Surat Tidak Rasmi

Pemarkahan menulis surat tidak rasmi adalah seperti berikut:

Mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,       - tolak 3 markah )

a]     alamat  ( salah letak / jika tiada                              - tolak 1 markah )

b]     tarikh  ( salah letak / jika tiada                               - tolak 1 markah )

c]     kata sapaan         ( salah letak / jika tiada      - tolak 1 markah )

52

Page 53: Bm Lengkap Menanti Dicetak

d]     tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada                   - tolak 1 markah )

e]     tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada       - tolak 1 markah )

Keseluruhan markah adalah 30 markah.

3. Menceritakan pengalaman yang dilalui.

Untuk pemarkahan karangan ini adalah seperti berikut:

Isi = 30%

Bahasa = 40%

Gaya dan Olahan = 30%

Jumlah = 100%

Markah penuh adalah 30 markah.

53

Page 54: Bm Lengkap Menanti Dicetak

BAHAGIAN C

Dalam bahagian C, murid-murid dikehendaki mencari nilai murni yang terdapat

dalam petikan. Markah penuh untuk bahagian ini adalah 20 markah.

Contoh jawapan adalah seperti berikut.

NILAI HURAIAN

Menghormati guru/berhemah tinggi Meminta kebenaran sebelum berbuat

sesuatu

Erat persahabatan/ berkongsi

pengalaman/ ingat mengingati

Melawat rakan yang berada di hospital.

Menghargai masa Memanfaatkan masa dengan sebaik-

baiknya.

Bersyukur/ menghargai alam

semulajadi/ mencintai alam

Kagum dengan keindahan alam

semulajadi

Patuh/mematuhi peraturan Akur atau mendengar nasihat guru

Baik hati/pemurah Membeli cenderamata untuk kawan

Tolong- menolong Membantu orang yang berada dalam

kesusahan.

Bersyukur Berterima kasih atas bantuan yang

diberi.

Setiap satu nilai yang diberikan bersamaan dengan 2 markah. Penulisan juga

mesti menepati gaya bahasa yang sesuai dan tidak melebihi 50 patah perkataan.

54