bkn bisikan (1)

Upload: kelabk

Post on 04-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    1/43

    Sharina Elisa

    1

    Prolog

    P AHIT menelan kenangan hitam yang memudarkan harapan.Dahulu, dia bukan seperti ini.Hidupnya penuh dengan pelangi. Bukan ralit diulit deritaseperti ini. Bukan juga berteman sebak di dada. Memori mulaterlayang pada kenangan semalam. Pertama kali berkenalandengan jejaka idaman.

    Naik bosan rasanya. Manakan tidak? Jejaka dihadapannya itu sekadar membisu sejak tadi. Bukan seminit

    dua tapi sudah melebihi enam puluh minit!Mia Adyla menggoyang-goyang kakinya. Aduhai....

    Membosankan sungguh mamat ni. Sudahlah tunduk aje,macam anak dara nak kena pinang. Erk ! Ye ke anak dara nakkena pinang tunduk macam tu? Mia Adyla menggaru kepala.

    Uit!

    Berhemahnya lelaki itu menyuap makanan kedalam mulutnya. Sopan santun betul. Aku, kalau makanmacam ni, confrm ! Kalau masuk pertandingan Gadis Melayu,semua peserta lain akan kalah! Wekkk ! Perasan sendiri!

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    2/43

    Bukan Bisikan

    2

    Awak... ooo awak.... Awak tak sakit tengkuk ke?Dari tadi menunduk aje?

    Sempoi sahaja soalannya.

    Ir ad Hakimi angkat muka. Memandang tepat ke wajah kosong Mia Adyla. Saya tak berani nak pandangawak.

    Adesss! Apesal ? Saya janji tak makan awaklah! Sayadah kenyang! Bukan setakat mi bandung je saya makan, sirapbandung pun saya dah minum. Cuma... belum pernah sampaike Bandung je lagi, seloroh Mia Adyla.

    Saya takut nak pandang awak.

    Takut pulak dah!

    Saya takut nak pandang awak sebab awak... cantiksangat, puji Ir ad Hakimi.

    Erk !

    Ir aq! Kalau saya ni cantik, dah lama saya join Miss World tu! Bukannya apa, nanti kalau saya masuk semuapeserta lain kalah. Jadi, tak pe la saya beri peluang kat ratucantik yang lain dulu menang. Tahun depan, saya masuklah,seloroh Mia Adyla lagi.

    Awak, saya nak kahwin dengan awak. Saya sukaawak. Awak cantik. Suka buat lawak. Kita kahwin nak? ajakIr ad Hakimi dengan tiba-tiba.

    Erk ! Mamai ek? Tiba-tiba nak ajak saya kahwin?Tak takut saya ni orang jahat ke? Tak takut ke nak habiskanduit untuk saya? Saya guna pati minyak wangi tanpa alkohol

    All Star Per umes or ASP. Ekstrak asli. Harumannya kuat.Guna sikit je, tapi tahan sampai tujuh puluh dua jam.Dompet pulak saya tak pakai yang murah-murah. Sayaguna M. Vernis Viennois. Lagi?

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    3/43

    Sharina Elisa

    3

    Cukuplah tu! Tak baik menipu, ujar lelaki itu.

    Siapa kata baik menipu?Dah awak menipu?

    Saya tak tipu, saya bohong je, ujar Mia Adyladengan selamba.

    Awak, kahwin ngan saya, ya? pinta lelaki itu lagi.

    Kahwin tu apa? Awak nak kahwin dengan siapa

    ni?Dengan awak la.

    Awak nak ajak saya kahwin ni, awak kenal sayake?

    Tak, tapi lepas kahwin nanti kita kenal-kenal la,kata lelaki itu lagi.

    Sorry to say ! Saya tak berminat dengan soalkahwin-kahwin ni. So, saya rasa dah tak ada apa-apa lagi,kan? Saya dah kenyang. Saya nak balik. Nak tidur. Esok nakkerja, ujar Mia Adyla seraya bangun.

    Awak saya hantar. Jejaka itu menawarkan diri.

    Tak pe la. Terima kasih. Kereta saya, saya dah isi

    minyak petrol. Tak guna diesel so, insya-Allah selamat sampaike rumah.

    Erk ! Hati-hati. Errr errr ... saya nak nomborawak boleh?

    Saya tak pernah beli nombor. Nombor ekor tuharam.

    Erk ! Bukanlah, errr your phone number ?Oh! Nak buat apa?

    Supaya kita boleh berhubung lagi lepas ni.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    4/43

    Bukan Bisikan

    4

    Oh, 01.

    Sekejap. Saya nak ambil handphone .01234567891011213. Awak kira sendiri la! Tak

    larat nak sebut semua nombor ni. Dalam banyak-banyaknombor tu, awak pilih je nombor mana yang awak berkenan.

    Terus Mia Adyla berlalu keluar.

    Aisey! Macam manalah mummy boleh suruh aku

    keluar dengan mamat tak cukup matang macam tu? Jumpasekali dah ajak kahwin? Gila ke mental?

    Mia Adyla mengukir senyuman dalam keterpaksaan.Begitu indah kenangan itu. Saat pertama kali bertemudengan lelaki yang bergelar suami. Begitu nai rasanyamengenal hubungan. Begitu gugup untuk berhadapan.

    Aturan keluarga telah membawa bibit-bibit cinta kegerbang perkahwinan. Siapalah manusia ingin menentukanpercaturan hidup?

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    5/43

    Sharina Elisa

    5

    Bukan mudah untuk kuta sir isi hatimu

    Bukan mudah untukku fkirkan apa yangdirimu mahu

    Jika degupan jantungmu bukan lagi milikku

    Kenapa harus kasih suciku diperlaku sebegitu?

    Aku keliru... benar-benar keliru

    Apa yang kau mahu dariku sebenarnya?

    L AJU jemarinya menari di dada keyboard sebelum butang create post ditekan. Mia Adyla mengeluhlemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan. Bingung.Bingung apabila memikirkannya. Kenapalah hatinya begitusukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati

    wanita sepertinya?Mia Adyla tarik na as dalam-dalam. Dia tekad. Kali

    ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa

    Bab1

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    6/43

    Bukan Bisikan

    6

    diseksa lagi diri sendiri andai merana yang menjadiupahnya?

    PAGI-PAGI lagi, Aiman Haikal sudah posing di meja kaunter.Menunggu si gadis idaman mengorak langkah ke dalamkedainya. Masuk kali ini, sudah empat kali dia berulang-alik

    ke tandas. Semata-mata ingin memastikan penampilannyatampil kacak dan kemas. Sesekali mata Salina, pembantukedainya melirik kurang senang melihatnya sebegitu. Ah!Bukannya dia tak sedar! Bukannya dia tak perasan tapi sengajadibuatnya tak aham. Untuk apa dilayan kalau arah hatinyabukan untuk gadis itu tapi sudah lekat pada empunya badan

    yang masih jua tak diketahui namanya.

    Ya! Hari ini, dia akan pastikan nama insan pemiliksenyuman manis dan menggoda itu diketahui juga. AimanHaikal tanam hasrat.

    Salina berjalan melenggok apabila melintasinya.Dengan eye liner hitam pekat macam mafa. Dengan lipstikmerah menyala persis buah delima. Dengan pemerah pipi

    yang dah macam opera sehingga membuatkan naik meluat jejaka itu melihatnya. Bukankah seorang gadis itu akankelihatan lebih menawan andai mereka mempamerkankecantikan semula jadi? Dengan tona wajah yang asli?

    Salina mengelap cermin-cermin kaca yang sudahmula tampak berhabuk.

    Welcome ! ujar suara operator yang telah di setkanapabila pelanggan melangkah masuk ke dalam kedai.

    Aiman Haikal memaling sekilas. Gadis tu!Terujanya!

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    7/43

    Sharina Elisa

    7

    Meleret senyuman Aiman Haikal tika itu. Setiapminggu dia menantikan kedatangan gadis berjean putih itu.Dengan wajahnya yang ayu bertudung litup. Sungguh manisdipandang. Gaya selamba gadis itu diperhatinya denganpenuh minat. Kali ini, gadis itu berkemeja merah jambu,bertudung putih dan seperti biasa... seluar jean putih. Sukabenar awak pakai jean putih!

    Ralit matanya mengekori gerak-geri si gadis yang

    masih leka memilih. Sesekali jari telunjuk si gadismenyentuh dagu. Lagak memikirkan sesuatu.

    Aiman Haikal senyum sendiri. Diperbetulkan bajukemejanya supaya kelihatan lebih kacak dan bergaya. AimanHaikal tersenyum lagi. Perlahan-lahan, dia menapak keluardari meja kaunternya.

    Khusyuk benar gadis itu memilih warna manik-manik yang dipamerkan. Langsung tidak dihiraukan kerenahpara pembeli yang lain.

    Boleh saya bantu, cik? Aiman Haikal menyoal.Suara yang dilontarkan kedengaran sungguh gentleman .

    Mia Adyla terperanjat lantas senyuman terukir dibibirnya.

    Secara tidak langsung, kadar denyutan jantungmilik Aiman Haikal mula bertambah kencang.

    Saya terlupa warna manik yang customer sayapesan.

    Oh, jadi cik. Sengaja Aiman Haikalmemberhentikan kata-katanya. Berniat untuk mengetahuinama si empunya diri sebenarnya.

    Mia panggil saya Mia sahaja, ujar Mia Adylaseraya mengukir senyuman. Manis sekali.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    8/43

    Bukan Bisikan

    8

    Oh, Mia. Mia aje? Nama panjang sikit?

    He he he ulat bulu dah naik daun.Mia Adyla.

    Bibir itu masih mengukir senyuman. Merah semula jadi tanpa sebarang olesan solekan. Memang gadis sepertiinilah yang didambakan selama ini.

    Cantik nama tu. Secantik tuannya.

    Ringan sekali mulut Aiman Haikal memuji.Mia Adyla tersenyum malu.

    Jadi, Mia ni jual manik-manik ni semua dekatcustomer Mia pula? Maknanya jual atas beli?

    Mia Adyla angguk dan geleng.

    Aiman Haikal jongket kening. Tidak aham.

    Mia Adyla senyum lagi.

    Saya hasilkan gelang daripada manik. Siapa yangnak manik? seloroh gadis itu.

    Aiman Haikal teruja. Terkekeh dia ketawa. Wah,pandai awak ya!

    Tak ada la. Sikit-sikit bolehlah.

    So, siapa customer awak? Awak hantar kat mana?

    Semua pelayar Internet. Maksud saya, yangmelawat blog saya.

    Oh, perniagaan Internet? Dahsyat tu.

    Tak ada la. Tak ada dahsyatnya pun.

    Bolehlah bagi saya alamat blog. Bila ree, bolehsaya jengah ke sana. Lagipun, saya ni memang suka sangatbuat misi mengembara ke blog-blog, ujar Aiman Haikalterlebih ramah.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    9/43

    Sharina Elisa

    9

    Oh, boleh je! Miaadyla.blogspot.com erk, salah!Cute-cute.blogspot.com .

    Aiman Haikal tertawa kecil. Awak ni kelakarlah!

    Erk , kelakar ke? Mia Adyla garu kepalanya yangbertudung.

    Emmm okeylah, saya nak manik yang ni seratusbiji, emmm ... ambillah semua jenis, setiap satu nak seratus

    erk . Saya kena pergi pejabat pos pulak ni. Ada urusan. Bolehawak tolong bungkuskan sekarang? Mia Adyla teringatkotak-kotak bungkusan di dalam perut keretanya.

    Kalau macam tu, saya hantarkan jet kat rumahawak, memandangkan awak nak cepat.

    Hah? Hantar jet kat rumah saya? Saya nak manik,bukan jet, ujar Mia Adyla seraya ketawa kecil.

    Aiman Haikal menggaru tengkuknya. Bukan sajacantik, erk ? Tersasul la, awak. Saya tolong hantarkan katrumah awak.

    Erk , tak perlulah sehingga susahkan awak.Lembut gadis itu menolak.

    Mana ada susahnya. Tak ada hal la.

    Betul ni? Okeylah, ni kad saya. Saya pergi dulu.Terima kasih banyak-banyak. Tergesa-gesa Mia Adylamelangkah keluar. Menuju ke arah Perdana V6nya.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    10/43

    Bukan Bisikan

    10

    Saban hari hatiku merintih

    Desakan hidup buatku perit

    Kenapa aku diperlaku sebegini?

    HOI !!! Ir ad Hakimimenjerkah kasar. Tali leherdirentap kuat hingga

    terkoyak.

    Dari tingkat bawah suara jantannya kedengaran.Naik malu Mia Adyla kepada jiran-jiran yang mendengar.Bukan tak pernah telinganya disajikan dengan umpat cercaan

    jiran-jiran yang menuduhnya bukan-bukan. Tetapi ditebalkansaja telinganya. Bila penat mereka berbicara, diamlah mulutmereka itu.

    Terdengar bunyi tapak kaki lelaki itu berlari laju ketingkat atas. Bagai bergegar rumah. Manakan tidak, jika diamasuk ke rumah dengan memakai kasut. Bagaikan tiada adablangsung.

    Bab2

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    11/43

    Sharina Elisa

    11

    Lelaki mana kau bawak balik tu, hah? soal lelakiitu dengan lantang.

    Dengan mata terbeliak bulat dan merah menyalabagai penagih dadah itu, cukup membuatkan tubuh kecil itumenggigil ketakutan. Amukan si suami tak pernah mengenalsiapa. Langsung tiada rasa belas. Hanyut terus dirasukamarah.

    Tergamam Mia Adyla dibuatnya, terus jarinyamenekan lock.

    Ir ad Hakimi mendekat. Rambut separas bahu Mia Adyla direntap kasar.

    Menjerit gadis itu kesakitan. Cuba melawan. Cubamelepaskan pegangan kuat insan bernama lelaki. Sakitlah!

    Ir ad Hakimi mencerlung garang. Disembam muka

    Mia Adyla ke meja komputer. Kuat!Pandangan Mia Adyla mula berpinar-pinar.

    Melawan lagi? Berokta -okta suara Ir ad Hakiminaik.

    Air mata Mia Adyla sudah bergenang di kelopak matatetapi ditahannya daripada merembas keluar. Rasa sakit di dahi

    diabaikan kerana sakit di hati terasa lebih parah. Dari hari kehari sakitnya semakin bertambah dan membara bagaikan lavagunung berapi. Menunggu masa sahaja untuk meletup.

    Ir ad Hakimi menarik kasar tangan gadis itusehingga gadis itu terdorong ke depan lantas terhantuk kedinding. Kasar.

    Auch , awak sakitlah! Lepaskan saya. Tolonglepaskan saya. Awak... lepas... kan sa... ya rayu Mia Adyla.Nadanya bergetar. Beginikah layanan seorang suami kepadaseorang isteri? Dilayan sesuka hati?

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    12/43

    Bukan Bisikan

    12

    Diheret kasar gadis itu ke pintu pagar.

    Puas Mia Adyla meronta. Awak, awak nak bawak saya ke mana ni, saya tak pakai tudung!

    Tak payah pakai tudung! Perempuan tak de maruahmacam kau ni, tak payah pakai tudung!

    Memerah lengan gadis itu dikerjakannya.

    Woi, lelaki tak guna! Ni isteri aku! Isteri aku kau

    tahu? So, jangan nak menggatal dengan isteri aku. Pergi baliksekarang! Ditunjal-tunjal dahi gadis yang digelarnya isteriitu.

    Awak! Lepaskan saya! pinta Mia Adyla lagi. Sekalilagi gadis itu meronta-ronta.

    Aiman Haikal memandang geram ke arah Ir adHakimi. Kau ni lelaki ke? Kalau kau ni suami dia, kau takkanberkasar dengan dia. Aku datang bukan nak menggatal. Akunak bagi barang-barang dia ni, hah!

    Satu beg yang dipenuhi manik-manik diunjukkankepada Ir ad Hakimi.

    Wow! Sekarang kau dah pandai tidur rumah lelakilain?

    Pang ! Satu tamparan hinggap di pipi Mia Adyla. Aiman Haikal terperanjat. Ditumbuk kuat lelaki

    durjana itu lantas, tangannya menerkam Mia Adyla. Menarikgadis itu, terus masuk ke dalam kereta.

    Woi ! Kau nak bawak isteri aku pergi mana?Jeritnya lantang.

    Para jiran yang mendengar, menggeleng. Masaksudah dengan perangai si panas baran. Ada sahaja yang tidakkena dengan manusia yang dipanggil isteri.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    13/43

    Sharina Elisa

    13

    SEJAK tadi Mia Adyla menunduk. Malu, marah, geramdengan lelaki itu. Lelaki yang selama ini menabur sejuta rasa.Sejuta janji. Mahu membahagiakannya. Mahu menjadikannyaibarat bidadari di taman istana bahagia mereka. Tapi kemana perginya semua itu? Janji hanya janji. Kenangan hanyatinggal kenangan.

    X5-01 di poket seluarnya bergetar. Pantas,tangannya mencapai.

    Kau jangan ingat kau akan terlepas. Sampai mati, aku takkan ceraikan kau! Kau penipu! Kau layak terima hukuman macam ni!

    Gadis itu sebak.

    Apa saya dah buat kat awak? Saya dahtunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri

    awak. Saya buat apa saja yang awak nak, awak suruh. Tapi apa yang saya dah buat kat awak sampai awak sanggup buat saya macam

    sampah? Apa saya dah buat kat awak sampai awak sanggup tuduh saya penipu? Tak ada maruah? Bagitau saya, tolong terangkan kepada saya!

    Aiman Hakimi sesekali mengerling ke arah gadis yang baru sahaja diselamatkannya itu. Mia, kalau awak naknangis, nangislah.

    Mia Adyla berpaling. Memandang tepat ke arahlelaki itu sebelum ketawa plastik terhambur keluar.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    14/43

    Bukan Bisikan

    14

    Apa yang akan berubah kalau saya menangis?Membazir air mata saja.

    Tapi sekurang-kurangnya awak akan rasa lega.

    Buat sementara?

    Tele onnya berbunyi lagi. Butang read ditekan.

    Betul? Betul kau nak tahu sangat? Kau

    PENIPU! Kau ingat malam pertama kita? Kautahu yang kau tu dah tak ada dara, kan? Tapi

    kau masih lagi pura-pura alim. Aku tahu, kaudah pernah tidur dengan lelaki lain, kan? Kautakut kau mengandung so, kau kahwindengan aku. Nanti, bolehlah kau tutup malu,cakap yang tu anak aku? Bukannya anak

    haram?

    Terasa bagaikan tersekat na asnya di kerongkong. Astaghfrullah... jadi, sebab ni kau layan aku macam ni? Bisikhati Mia Adyla.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    15/43

    Sharina Elisa

    15

    S UDAH tiga hari, Mia Adylabermalam di rumah itu. Sudahlahhanya mereka berdua sahaja.Pelbagai andaian mula berlegar di benaknya.

    Yalah, bukannya dia kenal sangat dengan siempunya nama, Aiman Haikal. Memang jejaka itu nampakbaik. Tutur katanya selalu dijaga. Seolah-olah otaknyamenapis dahulu setiap perkataan yang meniti di bibir.

    Mia Adyla mengerling ke sekeliling. Huh! Warga

    kota! Masing-masing tak nak ambil peduli dengan apa yangberlaku di sekeliling. Masing-masing sibuk dengan halsendiri. Bukannya seperti yang diamalkan oleh masyarakatpada zaman dahulu.

    Saya nak balik! Sebaris ayat tanpa nada dilontarkeluar. Matanya mengarah ke arah luar.

    Aiman Haikal yang sedang mencoret sesuatu di atasbuku notanya mengalih tumpuan. Dipandang wajah nan ayuitu sesaat. Tumpah rasa simpati di situ.

    Mia Adyla mengalihkan pandangan. Benci benar

    Bab3

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    16/43

    Bukan Bisikan

    16

    dengan pandangan seperti itu. Dia tidak pernah berniat untukmenagih simpati orang.

    Apa? Awak dah gila ke apa? Nak balik ke rumahmacam tu?

    Mia Adyla mengeluh kasar. Mamat ni tak takut kenatangkap basah ke? Tak fkir ke apa kesannya?

    Saya nak balik, muktamad! tegas Mia Adyla.Tempatnya bukan di situ.

    Awak.... Lembut sahaja Aiman Haikal memujuk.Bukannya dia tidak tahu hukum agama. Bukannya dia mahumenghalang perempuan itu kembali ke sisi insan yang taklayak bergelar suami, tetapi lihat sahaja beberapa hari yanglalu. Perbuatan lelaki itu terlalu kejam. Terlalu mengikutamarah yang tak berotak.

    Selaku kaum yang sepatutnya melindungi kaum yang lemah, dia tidak sanggup melihat seorang perempuan yang tidak bersalah dilayan sebegitu. Perempuan yangberstatus seorang isteri. Isteri yang sepatutnya dibahagiakantetapi telah disiat rakus oleh si suami yang panas baran.

    Awak, saya nak balik. Saya kena selesaikan semuani, jelas Mia Adyla.

    Awak nak selesaikan apa? Semuanya takkan selesai!Dia pukul awak macam awak ni barang tak berharga. Awakmasih lagi nak setia dengan dia? Nada suara Aiman Haikalcuba dikawal. Tidak mahu wanita itu berkecil hati.

    Siapa cakap? Soal Mia Adyla sambil mendengus.Saya nak balik. Saya nak tuntut cerai.

    Terlopong Aiman Haikal.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    17/43

    Sharina Elisa

    17

    K E hulu ke hilir kakinyamelangkah. Menyampahpula dengan suasana dunia.Ketidakadilan sentiasa menerjah hidupnya. Seakan bala itumemang ditakdirkan untuknya. Astagh irullah.... Apa yang akumerepek ni? Cepat-cepat dia beristigh ar. Leka benar dihasutsyaitan yang berbisik. Pandangan dilempar ke arah jendela.Cuba mencari sinar ketenangan. Bayu lembut membelailembut di pipinya. Dingin. Na as dihela keluar sambil ekormatanya melirik kasar ke arah gadget canggih di tangan.

    Naik lenguh jemarinya menekan punat redial .Panggilannya masih tidak disambut. Mia Adyla mengeluh.Dihempaskan badannya ke so a. Kelopak mata dipejam celikuntuk beberapa kali.

    Lap-top Dell di hadapannya dipandang sepi. Duapuluh tempahan gelang dan tiga puluh tempahan keychain diterimanya. Terus dia memanjatkan syukur di atas rezeki

    yang diberikan-Nya. Meskipun, dia tidak berpelajaran tinggi,tetapi berkat usaha gigihnya, dia berjaya dalamperniagaannya.

    Bab4

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    18/43

    Bukan Bisikan

    18

    MIA nak quit !

    Puan Nadia dan Tuan Fairus yang sedang khusyukmembelek helaian akhbar terperanjat sakan. Bukankahanaknya itu yang beria-ia hendak menyambung pengajian?

    Kenapa nak berhenti? Lecturer tak bagus? soalTuan Fairus.

    Mia Adyla menggeleng pantas.

    Mia tak boleh belajar dengan keadaan macam ni,daddy . Mia... Mia... trauma. Bila Mia nak study je , bayang-bayang tu akan datang mengganggu Mia. Mia... Mia takut,

    mummy , luah Mia Adyla.

    Tuan Fairus terdiam.

    Puan Nadia menghampiri anak gadisnya lantasdipeluknya erat. Hanya tangisan yang berguguran menjadibicara penghubung antara mereka. Ya Allah... kenapa Kaumenguji anak gadisku dengan ujian sebesar ini? Detik hatiPuan Nadia.

    X5-01 menjerit nyaring. Mengembalikan wanita ituke alam realiti. Na asnya ditarik dalam-dalam bila nickname

    husband tertera di skrin tele on bimbitnya.

    Kau nak apa, hah? Suara di hujung talianmenjerkah lantang. Terus disergah manusia bergelar isteritanpa sebarang ucapan salam.

    Terperanjat Mia Adyla. Digosok-gosok dadanyaperlahan. Beginikah ciri-ciri seorang Islam berkata-kata?Sikap seorang ketua keluarga?

    Kalau awak tak nak saya berada di sisi awak lagi,pegang status isteri awak pada kertas lagi, bagi tahu awal-awal. Taklah saya macam orang bodoh! Ceraikan saya,sekarang!

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    19/43

    Sharina Elisa

    19

    Suka hati kau! Yang aku tahu, aku takkan ceraikankau! Perempuan tak guna! Penipu! Marah Ir ad Hakimikepada Mia Adyla.

    Awak tak tahu cerita sebenar tapi awak tuduh sayamacam-macam?

    Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi.Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biarpadan dengan muka kau. Orang macam kau ni tak layaklangsung untuk dijadikan isteri. Hanya ada satu pekerjaanuntuk orang macam kau ni, P-E-L-A-C-U-R. Kau tahu, kantara kau memang sama seperti seorang pelacur? Kalaumanusia itu berada di depannya tentu sudah ditunjal-tunjalkepalanya. Ir ad Hakimi geram. Fail yang menimbun di atasmeja ditolak jatuh ke bawah. Bersepah.

    Ir ad Hakimi! You are too much ! Terus taliandimatikan. Dadanya berombak marah. Ke hulu ke hilirkakinya melangkah. Tabiat yang sering dilakukan ketika diridilanda resah. Ligat otaknya berfkir untuk keluar dari semuapermasalahan yang timbul. Sebolehnya dia mahu berenangke daratan. Dia sudah penat melayan amukan ombak dalamrumah tangganya. Boleh karam di lautan jika dibiarkan

    terlalu lama. Mati tenggelam juga sudahnya.Skrin Dell yang riang menari-nari rentak

    screensaver bermain-main di kaca matanya. Terus komputerriba itu dihampiri. Diangkat mini Dell itu ke ribanya. Lajusahaja jemarinya menaip http://Miaadyla.blogspot.com.

    Kejamnya hati seorang lelaki yang bergelar suami

    Menghina dan mencaci isteri sendiri

    Yang dahulunya dicintai separuh mati.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    20/43

    Bukan Bisikan

    20

    Kenapakah kau tak mahu bertanya wahai insan bernama suami?

    Kenapa begitu mudah dan tega kau menyakiti?

    Andai dulu, akulah yang dipuja, akulah maharani.

    Jiwaku merintih pilu Kenapa tidak pernah sesekali kau bertanya akan kenapa diriku sebegini?

    Untuk pengetahuanmu... untuk menjelaskan situasi.

    Saban hari kau menipiskan rasa sayang Saban kali kudilukai oleh rasa cinta yang semakin hilang.

    Biarlah aku titipkan ceritera di sini

    Kesucian diriku diragut ngeri

    Saat aku menuntut di IPT Sebab itu kuberhenti study....

    AIMAN HAIKAL meraup mukanya kasar. Bingung dirinya

    apabila memikirkan pemilik sebaris nama Mia Adyla. Raut wajahnya yang jelita benar-benar memikat hati lelakinya.Saat pertama kali terpandang akan wajah itu, denyutan

    jantungnya mula menjadi tidak teratur. Dadanya berombak

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    21/43

    Sharina Elisa

    21

    kencang. Turun naik na asnya sudah tidak menentu. Saatmata bertentang mata, dunia seakan-akan berhenti berputar,masa seolah-olah membeku. Memberi ruang kepadanya untukterus menikmati sepasang mata coklat milik wanita itu.Indah!

    Argh! Isteri orang tu, Aiman! Jiwanya berkecamuksendiri. Persetankan lelaki tu! Dia tu bukan lelaki! Siap kau,tak guna! Aku akan rampas Mia daripada kau! Tekad Aiman

    Haikal dalam hati.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    22/43

    Bukan Bisikan

    22

    Perlukah aku diperlaku begini?

    Pulang dan keluar sesuka hati?

    Seumpama hotel, rumah ini.

    Walau diri ini kau sakiti

    Masih wujud sisa cinta bersemi

    Nun jauh di sudut hati.

    Namun tegarkah aku?

    Terus bermukim di daerah sunyi

    Berenang di lautan sepi

    Tanpa sebarang melodi.

    BUNYI pintu dihempas kuatmemeranjatkan Mia Adyla. Lekabenar jemarinya menari di dada

    lappy kesayangannya. Wanita itu mengeluh. Dibuang jauh

    Bab5

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    23/43

    Sharina Elisa

    23

    segala rasa benci, marah, sedih dan segala-galanya. Biarsemuanya hilang untuk selamanya.

    Saya nak putuskan hubungan kita. Saya tak bolehkahwin dengan awak.

    Ir ad Hakimi pantas menoleh. Memandang tepat kearah si gadis yang disayangi sepenuh hati.

    Saya cintakan awak. Terlalu sayangkan awak.Kenapa saya tak boleh kahwini awak? Jadikan awak isteri saya

    yang sah. Yang saya boleh manjakan dan belai sepanjangmasa. Saya sayangkan awak... percayalah. Setiap kali jantungsaya berdenyut, ia bermakna setiap saat hati saya terukirnama awak. Bersungguh-sungguh Ir ad Hakimi mengukir

    janji.

    Saya....

    Jemari Mia Adyla digengam erat. I love you orever ,sayang... bukan sekadar sekarang tapi pada masa akan datang.Saya janji dan saya jamin yang awak akan bahagia dengansaya. Saya akan pastikan yang awak takkan sesekali menyesalmengahwini saya.

    Tapi awak....

    Tak perlu tapi-tapi... cukuplah kalau awak jugaberkongsi perasaan yang sama dengan saya. Itu je yang sayaperlukan. Segala yang lain tentang awak, saya dapat terimaseadanya. Kerana awak adalah denyut nadi saya.

    Argh ... gila!!! Cukup! Aku tak nak dengar! Hatinyameraung perit. Umpama belati tajam menoreh hatinya dalam.Luka berdarah. Andai plaster dapat menyembuhkan luka

    yang terpamer, sudah habis satu stok armasi diborongnya.Namun, dia sudah benci. Benci mendengar semua itu.Kenangan yang dahulunya manis. Yang tak mungkindirasakan pahit.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    24/43

    Bukan Bisikan

    24

    Kokus (Coccus) bakteria yang berbentuk bulatseperti bola dan mempunyai beberapa variasi. Mikrococcus,Diplococcus, Tetracoccus, Sarcina, Staphylococcus,Streptococcus, dam Basil (Bacillus).

    Hmmm ... okey... macam mana nak ingat semua ni erk... hmmm... auch ! Jerit Mia Adyla nyaring. Sakit badannyaapabila dirinya yang khusyuk menelaah tiba-tiba ditolak kebawah.

    Mia Adyla mendongak. Terus gadis itu menjeritapabila kelibat seorang lelaki yang langsung tidak dikenalimemecah masuk ke biliknya.

    Imaaa... tolong! Menjerit si gadis itu apabilakedua-dua tangannya dipegang ketat.

    Arghhh ! Binatang!!! Kau dah hancurkan hidup aku!

    Kau dah musnahkan maruah aku!Rambutnya yang berjuntai di dahi diselitkan ke sisi

    telinga. Kasar. Andai mampu dia menjerit saat itu, sudahlama dia berbuat begitu. Lepaskan tekanan yang bertandang.Mia Adyla bingkas bangun. Bergegas melangkah masuk kedalam bilik air. Pili air dipulas kuat. Dibasuh mukanyaberkali-kali. Disimbah air ke mukanya dengan kasar. Seakanmelepaskan amarah yang bertandang. Rasa jengkel.

    Aku benci! Aku benci! Aku benci lelaki! Lelaki takguna! Lelaki dah banyak menyusahkan aku! Lelaki dahbanyak membuat aku menderita!

    Tangannya lantas mencapai tuala kecil lalu,mukanya yang dibasahi air dilap tanpa ada rasa belas pada

    pipi yang tak bersalah. Geram amat.Kenapa aku tak dapat lupakan semua ni? Kenapa

    aku terlalu lemah? Kenapa aku tak mampu hadapi semua ni?Tidak! Aku mesti bangkit! Sampai bila aku nak terus jadi

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    25/43

    Sharina Elisa

    25

    lemah macam ni? Terus hanyut dalam apa yang dah tersuratdan tersirat untuk aku.

    Kau tak guna! ujar I rad Hakimi dalam keadaanterhuyung-hayang.

    Mia Adyla kaget. Terkaku di tempatnya berdiri. Ya Allah... lupa nak kunci pintu lagi!

    Ir ad Hakimi yang sudah maju selangkah dari pintumasuk menghalakan jari telunjuknya tepat ke arah Mia Adyla.Terketar-ketar jarinya menuding.

    Mia Adyla sudah kecut perut. Ah, mabuk lagi! Entahkenapa, sejak hari itu perangai Ir ad Hakimi benar-benarberubah. Balik ke rumah sesuka hati. Kadang-kadang, mabukbegini.

    Awak mabuk lagi ni! Biar saya hantar awak balik ke

    bilik awak. Kakinya dihala ke arah lelaki itu. Apabila diasudah begitu hampir dengan lelaki itu, lelaki itu terusmemeluk badannya dengan kuat.

    Awak! Awak buat apa ni? Lepaskan saya. Mia Adylameronta-ronta. Sekuat hati cuba melepaskan diri.

    Ir ad Hakimi ketawa kuat. Rakus, dia mencium pipi

    si isteri kemudian, beralih ke bibir.Mia Adyla menolak badan sasa milik Ir ad Hakimi.

    Menjauhi lelaki itu. Terimbas kembali sejarah hitam itu.Segera Mia Adyla menekup kepalanya. Tidak mahumengimbau lagi kenangan hitam itu. Betapa dirinya disakitiapabila si suami bertindak kasar. Memperkosa dirinya tanparasa bersalah.

    Mukanya didongakkan. Awak! Tolong! Tolongkeluar dari sini. Saya merayu kepada awak.

    Ir ad Hakimi ketawa berdekah-dekah. Kalau badan

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    26/43

    Bukan Bisikan

    26

    kau, orang lain boleh rasa. Takkan aku, suami sendiri takboleh buat sewenang-wenangnya?

    Awak jangan macam ni. Mengucap, awak.

    Cis! Diludah air liurnya ke tepi. Benci mendengarnasihat daripada perempuan berlagak alim itu. Mengucap

    hotak kau. Mengucap konon. Padahal kau dah berapa kaliagaknya jadi makanan kat lelaki-lelaki lain. Malam ni, biaraku yang makan kau sepuas-puasnya. Lepas tu, kalau lelakilain nak makan kau ke, nak telan kau ke, aku dah tak kisah!

    Bahu Mia Adyla terenjut-enjut menahan esakan. Airmatanya menitis. Berundur badannya selangkah demiselangkah ke belakang bila lelaki itu semakin menghampiri.

    Awak, kalau awak nak saya boleh beri dengan carabaik tapi bukannya malam ni. Saya letih. Siang tadi, saya

    banyak urusan. Saya tak suka awak buat saya macam ni. Sayaisteri awak. Saya boleh bagi apa yang awak nak. Tapi bukandengan cara macam ni. Awak, tolong... saya merayu.

    Letih? Letih kenapa? Letih sebab kau layan berapabanyak lelaki? Sinis benar soalan yang dilontar oleh sisuami. Terus diterkam Mia Adyla.

    Mia Adyla berlari keluar. Dia cuba untuk melarikandiri tetapi tidak berjaya apabila tangannya direntap kuat olehsuaminya. Baju yang dipakainya dikoyak rakus oleh si suamihingga menampakkan susuk tubuhnya yang menggiurkanitu.

    LEBAM mata bundar itu akibat menangis. Sudah lamaair mata itu tidak mengalir keluar. Sudah terlalu lama

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    27/43

    Sharina Elisa

    27

    dia menahannya. Com orter tebal masih lagi membalutitubuhnya. Dipandang lelaki durjana yang lena beradu disebelahnya. Kuat badannya dipeluk. Hendak melepaskan diri,dirinya sudah tidak berdaya. Badannya sudah terlalu lemah.Kini dia hanya mampu menangis tersedu-sedu.

    Terpisat-pisat Ir ad Hakimi terjaga daripadalenanya.

    Tidurlah! Bosan aku dengar sejak semalam kaumenangis! Jerkah Ir ad Hakimi.

    Mia Adlya buat tidak tahu. Malas menjawab ataumemberi tindak balas. Benci dia kepada lelaki itu. Jika benar

    wujud benci di hati lelaki itu, kenapa dia diperlaku begini.Untuk apa?

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    28/43

    Bukan Bisikan

    28

    Apa malangnya hidup aku?

    Dirogol suami sendiri berkali-kali.

    Ir ad Hakimi,

    Tahukah kau betapa diri ini bertambah benci

    Berhentilah daripada menyakitiku lagi.

    A IMAN HAIKAL muram sahaja.

    Dagunya ditongkat di atas mejakaunter. Sudah dua minggu,

    wanita itu tidak menjejakkan kaki ke kedai miliknya. Terus jemari kasarnya menari-nari di dada lappy .

    http://Miaadyla.blogspot.com

    Astaghfrullah! Apa yang kau dah buat ni tak guna?!Bentak Aiman Haikal dalam hati.

    Kau buat isteri kau macam... macam.... Ya Allah!

    Bab6

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    29/43

    Sharina Elisa

    29

    Diraut mukanya berkali-kali. Tiada bicara yang mampudiungkapnya keluar. Apakah dosa yang Mia Adyla lakukansehingga dilayan tak ubah seperti binatang? Lelaki tak guna!Bergegar meja yang ditumbuk oleh Aiman Haikal itu.Bengang dengan tindakan tak berperikemanusian lelaki takguna itu.

    MIA ADYLA mengeluh entah untuk keberapa kali. Berjalanselangkah dua, badannya sudah terasa penat. Dipusingbadannya ke cermin solek. Sedikit berisi. Walhal, seleranyamati kebelakangan ini. Rambut yang sejak tadi dilepas,disanggul.

    Dia tekad. Petang ini, dia harus keluar dari rumahni. Biar apa pun berlaku, kehidupan baharu harus dimulakan.Babak-babak luka yang bermain sandiwara harus ditamatkansegera. Dia bukannya pelakon air mata yang perlu menderamatanya untuk membengkak. Cepat-cepat dia mengemasbarang-barang dan disusun ke dalam bagasi kecil.

    Tiba-tiba tekaknya terasa mual. Entah kenapakebelakangan ini dia sering tidak sedap badan. Dia berlarimenuju ke bilik air. Segala apa yang dimakannya tadidikeluarkan semula.

    Kepalanya mulai pening. Berpusing-pusing bagaibaru sahaja turun dari roller-coaster . Didongak mukanyamenghadap cermin di singki. Pucat. Diraba pipi mulusnya.

    Kenapa dengan aku ni? Bisik hatinya dalam debaran.

    Selamat tinggal Malaysia.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    30/43

    Bukan Bisikan

    30

    Petang ini kisah terceritera tamat adanya

    Biar semuanya kekal rahsia Nantikan kehadiranku Australia.

    Peritku lalui... atas nama cinta yang sia-sia.

    Cinta... sebenarnya wujudkah ia untuk selamanya? Adakah cinta itu hanya rasa sementara?

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    31/43

    Sharina Elisa

    31

    CERAIKAN saya atau saya akan tuntut FASAKH.

    T ERUS butang send ditekan. Kaliini dia akan bertegas. Nampaknya jika dia menggunakan caraberlembut, langsung tidak mendatangkan kebaikan. Malah,harga dirinya juga boleh dilambung dan dipijak dengansewenang-wenangnya.

    Ir ad Hakimi yang sedang leka dengan kerja-kerjanya terperanjat apabila Sony Ericssonnya bergetar.What ? Gila perempuan ni!

    Tiba-tiba tombol pintu biliknya dipulas kasar. Sekalilagi Ir ad Hakimi terperanjat apabila melihat wajah bengis

    Aiman Haikal muncul di dalam biliknya. Huh! Budak miskinni nak apa lagi ni? Terus dia bangun. Mendekati si jejaka yangmembara mengalahkan panasnya gunung berapi.

    Kau datang sini, apehal ? Terus disergahnya Aiman Haikal dengan kasar.

    Bab7

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    32/43

    Bukan Bisikan

    32

    Aiman Haikal mencekak kasar kolar baju Ir adHakimi tetapi direntap semula oleh lelaki itu dengan kuat.

    Diperbetulkan kedudukan bajunya. Kau datangsini kenapa? Nak cari pasal? Aku rasa aku tak pernahberurusan dengan orang macam kau! Orang miskin macamkau ni, tak layak pijak lantai pejabat aku ni! Buat kotor je!

    Ya, aku miskin harta! Tapi lebih baik daripada kau yang miskin segala-galanya! Miskin ilmu! Miskin budi bahasa!Miskin penglihatan pada kaca mata yang sebenar! Akumemang ada urusan dengan kau!

    Dahi Ir ad Hakimi ditunjal kuat sehinggamembuatkannya terundur ke belakang. Lelaki lawannyalelaki! Apehal nak tunjuk lelaki depan perempuan? Naktunjuk hebat dengan perempuan? Omel Aiman Haikal dalam

    hati.Urusan apa? Urusan nak ganggu wi eaku lagi?

    Wi e? Apa ke lawaknya kau ni. Wi e? Layak ke kaupanggil dia isteri kau? Aiman Haikal ketawa mengejek.

    Ir ad Hakimi panas.

    Kau nak apa, hah? soal Ir ad Hakimi bengang.

    Kau ni bukan lelaki! Tapi binatang! kata AimanHaikal sambil menumbuk perut Ir ad Hakimi.

    Lelaki itu jatuh ke atas so a. Dia mengerangkesakitan.

    Kalau kau tak reti nak jaga Mia, ceraikan dia. Akuakan jadikan dia isteri aku. Kalau dia tak mahu, jangan nak

    perkosa dia! Dia manusia! Lebih tepat lagi isteri kau!Dah pandai pompuan tu mengadu kat lelaki lain!

    Siap kau bila aku balik nanti! Pompuan tak guna! Marah Ir adHakimi dalam hati.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    33/43

    Sharina Elisa

    33

    Kurang ajar kau! Ir ad Hakimi menerkam AimanHaikal.

    Mereka bergelut seketika.

    Aiman Haikal geram. Dia bertindak menguncipergerakan lelaki itu. Kali ini dia tidak mahu memberipeluang kepada lelaki itu lagi.

    Kalau kau tak mahu kena lagi, kau ambil lap-top kau sekarang. Buka blog Mia a.k.a isteri kau tu, arah AimanHaikal seraya melepaskan badan Ir ad Hakimi dengan kasar.

    Cepat-cepat, Ir ad Hakimi mencapai lap-top nya.Seminit kemudian, mukanya didongakkan. Memandang tepatke muka Aiman Haikal.

    Cepatlah! Aiman Haikal menjerit.

    Terketar-ketar jari Ir ad Hakimi. Gerun dengan wajah bengis Aiman Haikal. Erk ... aku tak tahu link blogdia.

    Aiman Haikal membuntangkan matanya.

    Macam mana kau boleh jadi suami dia ni? ujar Aiman Haikal geram.

    http://Miaadyla.blogspot.com. Aiman Haikalmemberikan alamat capaian ke blog Mia Adyla.

    Dia keluar, this blog is open to invited readers only. I you are a reader o this blog, tell us who you are! Sign in using your Google account. Ir ad Hakimi membacaayat yang tertera di permukaan lap-top nya.

    Dah tu? Sign in je lah.

    Password ?Kau nikan! Bikin aku panas je. Huh! Taip smile .

    Kejap! Loading .

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    34/43

    Bukan Bisikan

    34

    A IMAN HAIKAL mendenguskasar. Diam je? No respond ?Reaksi daripada jejaka berkemejaputih kemas bertali leher coklat dikerlingnya tajam.

    So? soal Aiman Haikal sepatah. Malas membuangmasa.

    Ir ad Hakimi mengangkat mukanya. Memandangtepat ke muka Aiman Haikal yang sejak tadi menunggubibirnya meluahkan bicara. Bergenang mutiara jernih di

    tubir matanya.Aku tak tahu apa yang aku dah buat selama ni.

    Kenapa aku kejam sangat? Ya Allah.... Aku bersalah denganMia. Aku dah banyak buat salah dekat dia. Aku dah banyaklukakan hatinya. A... aku... aku layan dia macam... macamperempuan murahan. Aku... aku tak tahu kenapa aku takpernah nak tanya dia kenapa? Silap aku! Semua silap aku.Tadi... dia paksa aku ceraikan dia, luah Ir ad Hakimi. Menitisair mata egonya selama ini.

    Senyuman sinis terukir di bibir Aiman Haikal.

    Bab8

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    35/43

    Sharina Elisa

    35

    Tangan disilangkan ke dada lalu punggungnya dilabuhkan keso a. Dia menyilangkan kaki lagak seorang bos besar.

    Memang patut pun kau ceraikan dia. Dijeling jejaka yang masih lagi pegun di meja pejabatnya sebelummenyambung bicara.

    Lepas kau ceraikan dia, aku akan hantarrombongan meminang ke rumah parents dia. Kau tahu? Kautak layak untuk perempuan sebaik dan secantik dia. Sinissahaja nada Aiman Haikal.

    Kau yang tak layak untuk dia! Nada Ir ad Hakiminaik seokta lagi. Berani Aiman Haikal menyatakan hasrat dihadapannya!

    Kau tahu tak? Tara kau dengan dia ibarat langitdengan bumi. Setakat kau, pemilik kedai mana layak dengan

    anak tunggal jutawan hartanah macam dia! Lagipun, kauhanya tertarik pada paras rupanya, bentak Ir ad Hakimilagi.

    Kau tahu? Tahu dia anak tunggal? Anak orang kaya yang dimanja dengan kemewahan tapi melayannya dengankasar dan selalu lukakan hati dia. Kau buat macam tu, kaufkir kau layak untuk terus jadi suami dia? Aku tahu, akuhanya ada sebuah kedai yang menampung hidup aku selamaini tapi aku rasa aku berganda-ganda lebih baik daripada kau

    yang bergunung-gunung hartanya. And one more thing ... ya,aku jatuh cinta dengan dia bukan kerana paras rupanya yang

    jelita... tapi kau? Kau ikhlas ke cintakan dia?

    Ya. Memang aku ikhlas cintakan dia!

    Hotak kau ikhlas! Bila kau tahu yang dia bukannyaanak dara kau layan dia macam mana? Kau dah lupa apa yangkau dah buat kat dia? Kau tahu tak yang kau dah buat diatidak percayakan cinta lagi. Kau tahu? marah Aiman Haikal.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    36/43

    Bukan Bisikan

    36

    Dihentak kuat meja kaca di hadapannya sehingga pecahberderai.

    Terbeliak biji mata Ir ad Hakimi memandang.Geram bermaharajalela namun, dia hanya mampumendiamkan diri. Tidak berani untuk terus bersuara.Bimbang dirinya dipukul lagi.

    Aku nak cari dia! Aku nak minta maa . Nak diakembali di sisi aku, ujar Ir ad Hakimi antara dengar dantidak. Semangatnya tiba-tiba menjadi lemah.

    Aiman Haikal ketawa sinis.

    Nak ke dia kembali kepada kau? Ujar AimanHaikal dengan sinis seraya mengatur langkah keluar.

    Tak guna! Gumam Ir ad Hakimi dalam hati,bengang.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    37/43

    Sharina Elisa

    37

    Lima tahun berlalu....

    MIA ADYLA tarik na as. Dalam.Kembali juga aku di sini,bisik hati kecilnya. Tudung di

    kepalanya diperbetulkan. Anak-anak kecil yang dipimpinnyadipandang sekilas. Kasihan budak-budak ni!

    Mama... adik penat. Adik nak tidur. Adik letih,rintih si kecil yang berumur lebih kurang empat tahun itu

    sebaik sahaja kakinya berpijak di bumi Malaysia.Adik ni, nantilah. Bila kita dah sampai rumah

    nenek, kita berehat okey. Si kakak pula memujuk.

    Mia Adyla memandang Ikram Hafz seraya bertukarsenyuman. Bangga Mia Adyla dengan keletah anak-anaknya.

    Okeylah, I minta diri dulu. Ikutkan hati, I nak ikut

    you balik tapi yelah. I ajak kahwin, you tak mau, ucap lelakidi sebelahnya itu.

    Mia Adyla tertawa. You ni suka main-main macamni. Okeylah, Doktor Ikram Hafz, thanks . Kalau tak kerana

    Bab9

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    38/43

    Bukan Bisikan

    38

    you, rasanya tak tahu apa yang akan berlaku kat si kembardua orang ni.

    Digosok-gosok kepala si adik dan kakak yangmasing-masing sudah keletihan.

    Ikram Hafz senyum lagi. I tak main-main. Iserius.

    Okey... sebab you dah letih, otak you pun dah jadimiring. Ha ha ha ! Okeylah, I nak cari my parents . I pergidulu. Assalamualaikum, pamit Mia Adyla.

    Waalaikumussalam. Jawab Ikram Hafz.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    39/43

    Sharina Elisa

    39

    A LANGKAH terperanjatnyaorang tua itu tatkala bicaraselamba meluncur laju daripadabibir wanita muda itu. Lagaknya seperti tiada perkaramemeritkan yang pernah berlaku. Tabah benar si anakmenempuhi segala dugaan yang menimpanya. Langsungtidak menyangka bahawa kejadian itu telah menjadi penyebabsebenar pemergian si anak ke luar negara selama lima tahunini. Air mata si tua yang melahirkannya mula menitis laju.Lencun lengan baju Puan Nadia dengan air mata.

    Kenapa Mia tak pernah cerita pada kami selamani? Puan Nadia teresak-esak.

    Mia tak nak susahkan daddy dengan masalah Mia. Daddy sudahlah terpaksa fkir tentang syarikat lagi. Taksanggup rasanya nak bebankan mummy dan daddy lagi.Cukuplah selama ni, Mia menyusahkan mummy dan daddy .

    Mia sayang, mummy dan daddy tak pernah anggapkamu macam beban. Mia, la jantung hati kami, nyawa kamidan juga pengukuh keluarga kita, sayang, luah Puan Nadia.

    Bab10

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    40/43

    Bukan Bisikan

    40

    Kalau daddy tahu, dah lama daddy paksa Ir adceraikan Mia. Sanggup dia buat anak daddy macam ni?Kurang ajar! Tuan Fairus bersuara geram. Akhbar BeritaHarian di tangannya digumpal.

    Puan Nadia tersedu-sedu. Ekor matanya memerhati wajah kedua-dua orang cucunya yang lahir tanpa dipinta.Jadi, mereka ni....

    Ya, mummy ... anak dia. Kami bercerai sebaiksahaja budak-budak ni lahir.

    Ir ad tahu yang budak-budak ni anak dia?

    Pantas Mia Adyla menggeleng.

    Mia tak pernah bagitau kat dia Mia mengandung.Mia dah sampai sana dua bulan, baru Mia tahu yang Miamengandung. Cerita Mia Adyla.

    Sudahlah, sayang. Naik atas. Mandi dan berehat.Tak perlulah nak fkir apa-apa lagi. Kalau Ir ad datang sini,taulah apa daddy nak buat nanti! Kesian daddy tengok budak-budak ni. Tertidur sejak tadi. Tuan Fairus tersenyum pahit.Tidak mahu merunsingkan hati si anak lagi.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    41/43

    No. ISBN:- 978-967-5067-73-0

    Jumlah muka surat:- 376

    Harga Runcit:- S/M: RM18, S/S: RM21

    Harga Ahli:- S/M: RM14, S/S: RM17

    Sinopsis:-

    Wujudkah cinta itu sebenarnya? Atau cinta ituhanyalah antasi dan imaginasi semata? Cinta buat dirinyamerana tapi benarkah cinta itu hanya dusta? Benarkah cintaitu landasan bahagia andainya selimut cinta yang mengulitlena menjadi kelam bila diri dinodai kejam? Cinta dan sayangbertukar dendam? Kerana tiada lagi aset berharga, dirinyadipakai buang!

    Mia Adyla terpenjara dalam ikatan sebuahperkahwinan yang bertunjangkan amarah mula lemas danhampir kalah.

    Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi.Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biarpadan muka kau! Orang macam kau ni tak layak langsunguntuk dijadikan isteri! Tapi ada satu pekerjaan untuk orangmacam kau, p.e.l.a.c.u.r . Kau tahu, kan tara kau sama?

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    42/43

    Dengan keberanian bersisa, dia tekad mahumelepaskan diri daripada kekejaman suami yang tidak tahumengkaji situasi. Biarpun suami sendiri membenci, tingkahnormalnya menyingkap tirai hati Aiman Haikal tanpadisedari.

    Nekadnya Mia Adyla membawa diri ke luar negaradengan perut berisi nyawa manusia. Di sana, keselamatan dankebajikannya dijaga oleh insan bernama Ikram Hafz, seorang

    doktor yang dalam diam menaruh hati dengannya. Hujanemas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagidi negeri sendiri. Setelah lima tahun berada di Australia, diabersama anak kembarnya kembali ke Malaysia untukmemulakan kehidupan baharu. Aiman Haikal dan IkramHakimi bertemu secara tidak sengaja di pejabat Mia Adylasekali gus memulakan titik perkenalan antara mereka.Persaingan secara sihat membawa kedua-dua jejaka itukepada istilah persahabatan sebenar tanpa memungkiri janjimereka.

    Bagaimana mungkin kita memiliki perempuan yang sama? Aiman Haikal.

    Best man wins . Ikram Hafz.

    Maksud kau? Aiman Haikal.Yelah, kau suka dia. Aku suka dia. Kau beri aku

    peluang. Aku bagi kau peluang. Kau berjaya dapatkan hatidia, dia milik kau. Aku berjaya, aku miliki dia. Ikram Hafz.

    Masih wujudkah istilah cinta sebenarnya? Ataucinta itu hanyalah suatu bisikan?

    Bisikan cintamu menggetar nadiku, lalu kutitipkankata cinta buatmu.

  • 7/30/2019 Bkn Bisikan (1)

    43/43

    Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkanBUKAN BISIKAN di rangkaian kedai buku Popular, MPH dankedai-kedai buku berhampiran anda.

    Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami.

    Untuk pembelian secara online , sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

    Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamatlengkap, no. tele on, tajuk novel yang ingin dilanggan,

    jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskandengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKINOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

    Kaki Novel Enterprise

    No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,

    DWangsa,

    53300 Wangsa Maju,

    Kuala Lumpur.

    Tel:- 03-4149 0096

    Faks:- 03-4149 1196