bil. 2/2018 jenis jenis virus komputer -...

8
Virus merupakan sebuah atur cara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya. Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama (MBR).Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia dihidupkan oleh atur cara tersebut. PARTITION TABLE Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang “partition table” cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan FILE VIRUS Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik (sering berubah) dan virus stealth (tidak meninggalkan kesan). MULTIPARTITE VIRUS Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks. Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan.

Upload: dangkien

Post on 09-Mar-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil. 2/2018 Jenis jenis virus komputer - hlabuan.moh.gov.myhlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2018/buletinict022018.pdf · Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR –

Virus merupakan sebuah atur cara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki

komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya. Ia digunakan kerana virus

akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan

jangkitannya.

Jenis-jenis virus komputer

Bil. 2/2018

.

BOOT SECTOR – Menduduki sebahagian daripada bahagian

cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama

(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia dihidupkan

oleh atur cara tersebut.

PARTITION TABLE – Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia

menyerang “partition table” cakera keras (ruang simpan maklumat

bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke

sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod

yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition

table ke boot sector disket jika disket digunakan

FILE VIRUS – Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada

fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia

akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu

mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia

disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan

dalam kategori ini ialah virus polimorfik (sering berubah) dan virus

stealth (tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS – Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks. Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan.

Page 2: Bil. 2/2018 Jenis jenis virus komputer - hlabuan.moh.gov.myhlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2018/buletinict022018.pdf · Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR –

MACRO VIRUS – Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD. Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word, Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan di dalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan. Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE – Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabila ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS – Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia

tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan

cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan. Hasilnya ialah

penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan

ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau e-mel dan

memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan e-mel.

Mungkin ada dalam kalangan kita penggunaan komputer masih kurang faham dengan masalah komputer terutama apabila ianya berkaitan dengan virus. Masalah virus ini sememangnya masalah yang rumit, namun kadang-kadang disebabkan kenaifan kita sendiri membuatkan masalah tersebut bertambah parah dan seterusnya tidak dapat diselesaikan dengan mudah, malah terpaksa pula format semula komputer kita sendiri. Untuk menangani masalah virus ini, berikut petua atau cara-cara untuk mengenali sama ada komputer kita telah terjangkit virus.

Komputer anda berjalan lebih lambat dari biasanya

Menu Run, Search disembunyikan oleh virus

CTRL+ALT+DEL tidak boleh digunakan

Reg-edit dan MSCONFIG disabled

Folder asli pada komputer anda disembunyikan dan digantikan dengan file virus

Ciri-Ciri Komputer Yang Terkena Jangkitan Virus

Page 3: Bil. 2/2018 Jenis jenis virus komputer - hlabuan.moh.gov.myhlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2018/buletinict022018.pdf · Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR –

Menu Tools > Folder options di Windows Explorer hilang

Komputer sering berhenti atau tiada responds

Komputer tiba-tiba restart atau crash dan ini terjadi beberapa minit sekali

Aplikasi komputer tidak berjalan dan sering error

Muncul File dengan Icon Folder tetapi mempunyai file type .exe

Hard disk atau disk drive tidak boleh diakses

Jika komputer anda mengalami salah satu ciri-ciri di atas, bererti ada kemungkinan komputer anda terkena virus, segera update antivirus anda dan scan komputer anda untuk membersihkan virus tersebut. Seboleh-bolehnya buatkan boot disk dengan menggunakan PC lain yang bersih daripada virus dan boot akan PC anda yang telah terkena virus tersebut dan scankan komputer anda menggunakan boot CD berkenaan.

Cara paling mudah komputer atau laptop dijangkiti virus adalah semasa menggunakan

internet. Anda semua yang memiliki komputer, laptop dan sebagainya, disarankan

menggunakan perisian antivirus supaya lebih selamat. Sama ada anda menggunakan

perisian antivirus atau seperti windows defender atau suite keselamatan yang lengkap

seperti BitDefender, anda perlu sedar bahawa terdapat perlbagai cara yang mudah untuk

computer dan laptop untuk di jangkiti virus. Dengan sedikit latihan asas, anda boleh

mengurangkan masalah virus dan malware, dan akhirnya dapat menikmati internet dengan

cara anda.

BERHATI-HATI DENGAN FAKE DOWNLOAD BUTTON

Benda seperti ini boleh muncul dimana-mana, biasanya anda selalu menjumpai benda

seperti ini di download sites. Sama ada di website yang dipercayai atau tidak, akan terdapat

butang download untuk ditekan tapi bukan pada benda yang ingin anda klik. Ini boleh

mengakibatkan anda muat turun sesuatu yang tidak diingini seperti malware, ataupun

perisian yang tidak bagus. Sebagai contoh anda mahu download software, tetapi masa klik

butang download akan keluar pop-up seperti gambar dibawah.

Lihat pada gambar di atas anda boleh tahu ini adalah satu helah yang kotor/scam. Anda

boleh mengelakkann penipuan seperti ini. Tetapi perlu berhati-hati semasa anda ingin klik

butang pada notifikasi di atas. Fikir dahulu sebelum anda melakukan apa-apa dan

pertimbangkan perkara-perkara berikut:

Cara Mudah Untuk Elak Komputer atau Laptop Dijangkiti Virus

Page 4: Bil. 2/2018 Jenis jenis virus komputer - hlabuan.moh.gov.myhlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2018/buletinict022018.pdf · Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR –

Pernahkah anda menggunakan website tersebut? Anda percaya website tersebut? Sudahkah anda periksa status bar browser untuk mengesahkan destinasi link

tersebut? Adakah butang teks dan font untuk website itu sama?

Sekiranya anda mempunyai keraguan tentang mana-mana soalan di atas ini, maka anda perlu mengelak daripada website tersebut. Scammers boleh menggunakan macam-macam helah supaya anda melakukan kesilapan. Jadi ambil masa untuk berfikir dan percaya naluri anda.

GUNA SECURE BROWSER

Browser yang lama seperti internet explorer versi lama tidak cukup baik untuk zaman sekarang. Kalau anda fikir betul-betul, browser versi lama boleh dianggap tidak lagi selamat. Aplikasi seperti ini perlu kerap dikemas kini oleh developer kerana banyak sebab, kebanyakannya untuk mengekalkan dan meningkatkat tahap keselamatan.

Pastikan browser yang digunakan up-to-date dan jangan lupa untuk lihat nama website tersebut adalah betul. Jika ianya mencurigakan padam atau tutup terus website tersebut. Anda juga tidak digalakkan menggunakan internet explorer versi lama untuk masuk ke website seperti Online shopping, online banking, social networking dimana ada kemungkinan kata laluan dan matlumat peribadi mempunyai risiko digodam oleh penggodam. Sila gunakan browser seperti chrome, Mozilla or Microsoft edge dan browser yang terkini.

Anda tidak sepatutnya menggunakan internet explorer kerana browser tersebut mempunyai masalah dan Microsoft sendiri telah meninggalkan software tersebut. Banyak penggodam mensasarkan mereka yang menggunakan browser tersebut. Jadi pilih browser lebih selamat, pantas, mudah digunakan, untuk keselamatan anda.

ABAIKAN IKLAN POP-UP BERTEMAKAN KESELAMATAN (SECURITY)

Ini boleh mengelirukan dan sukar untuk dikesan, pop-up iklan seperti ini boleh muncul pada skrin anda, walaupun anda menggunakan perisian antivirus pada komputer tersebut. Apa yang lebih mengecewakan ialah, pop-up seperti ini berlaku walaupun menggunakan antivirus yang berbayar,

Page 5: Bil. 2/2018 Jenis jenis virus komputer - hlabuan.moh.gov.myhlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2018/buletinict022018.pdf · Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR –

Jika keluar pop-up seperti di atas, apa yang boleh anda lakukan ialah:

Abaikan iklan seperti ini Padam terus browser tab anda

Untuk makluman anda jika keluar iklan security yang bukan dari perisian anda, terus abaikannya. Perkara yang buruk akan berlaku pada komputer anda, sekiranya komputer tersebut tidak mempunyai antivirus. Kemungkinan besar untuk dijangkiti virus lebih tinggi.

BUKA LINK & DOWNLOAD FILE YANG DI PERCAYAI SAHAJA

Anda tidak perlu melawat laman web yang diragui atau muat turun (download) fail yang tidak sah (illegal). Ini kerana peluang untuk dijangkiti oleh virus atau malware adalah tinggi. Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan diri anda dari melawati laman web ini, pastikan sistem anda dilindungi.

JANGAN TERTIPU DENGAN TAKTIK MENAKUTKAN PENGGUNA (SCARE TACTIC)

Mereka datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Saya akan memberikan anda beberapa contoh di bawah, secara umumnya anda tidak seharusnya install perisian anti-virus, anti-spyware atau anti-malware dari sumber-sumber yang tidak dipercayai (untrusted). Saya cadangkan untuk pengguna Windows adalah kombinasi perisian malware seperti :

AntiVirus Free Version (anti-virus) Microsoft Windows Defender (anti-virus) Malwarebytes Anti-Malware (anti-malware)

Jadi macam mana penipu (scammer) menakutkan orang ramai? Biasanya, apabila anda melawat laman web, pop-up akan memberi amaran kepada anda bahawa anti-virus komputer anda ketinggalan zaman atau dijangkiti dan anda perlu install anti-virus dan melakukan imbasan untuk membuang malware tersebut.

Page 6: Bil. 2/2018 Jenis jenis virus komputer - hlabuan.moh.gov.myhlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2018/buletinict022018.pdf · Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR –

LAKUKAN IMBASAN PADA EXTERNAL DRIVE YANG DI SAMBUNGKAN PADA KOMPUTER ANDA

Jika anda menyambungkan external drive, sebagai contoh USB dari rakan anda ke komputer anda, pastikan anda membiarkan perisian anti-virus komputer melakukan imbasan pada USB tersebut. Rakan anda mungkin tidak tahu bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti malware. Jika anda memiliki perisian anti-virus, anti-malware pada komputer anda terus lakukan imbasan tanpa ragu-ragu.

BERI PERHATIAN APABILA ANDA INSTALL SOFTWARE Selalunya, installer software termasuk sekali dengan optional software, seperti toolbar atau perisian tambahan. Berhati-hati semasa anda bersetuju untuk install perisian tersebut. Sentiasa pilih custom installation dan untick apa-apa benda yang tidak anda ketahui, terutamanya optional software yang anda sendiri tidak download dan install. Apa yang boleh dikatakan jangan install perisian dari sumber yang tidak dipercayai (untrusted).

Ada satu perkara yang kita mahukan daripada setiap pc atau laptop yang kita gunakan iaitu kelajuan. Dari pengalaman saya, kebanyakan masa bila orang nak gunakan laptop mereka selalu cakap laptop terlalu perlahan. Hari ni saya akan berikan beberapa tips untuk tambahkan kelajuan laptop anda.

7 Tips Mudah Lajukan Laptop

Kesayangan Anda

1. Disk Cleanup

Disk Cleanup boleh delete Temporary Internet Files, Download Program Files, dan Offline Webpages. Disk Cleanup juga membolehkan anda untuk kosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails.

Langkah-langkah untuk buat disk clean up:

Windows 7

Buka start menu > pilih programs > pilih accessories > system tools > dalam system tool, pilih Disk Cleanup utility.

Windows 8 & 10

Tekan windows key + r > taip cleanmgr dan tekan enter.

Page 7: Bil. 2/2018 Jenis jenis virus komputer - hlabuan.moh.gov.myhlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2018/buletinict022018.pdf · Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR –

2. Defragmentation Defragment adalah baik dan berkait dengan system fail dalam hard disk. Pergerakan read/write hard disk di kawasan-kawasan yang berlainan pada disk semasa mengakses fail yang fragment adalah lambat berbanding dari mengakses fail yang tiada masalah fragmentation. Langkah-langkah untuk buat disk defragmentation: Buka start menu > pilih programs > pilih accessories > system tools > dalam system tool, pilih disk defragmenter.

3. Check for Malware & Viruses Tiada apa yang akan memperlahankan laptop anda daripada virus atau beberapa malware. Sebaik sahaja hard disk anda telah dibersihkan, seterusnya jalankan perisian antivirus dan lakukan imbasan keselurah hard disk laptop. Jika ia mendapati apa-apa virus atau malware, terus buang. Download perisian AntiVirus percuma dari internet atau anda boleh beli perisian AntiVirus yang berbayar dari kedai laptop ataupun beli secara online. Jangan lupa muat turun perisian CCleaner, boleh check error pada registry pada laptop anda. 4. Check Power Setting Power setting zaman sekarang sangat hebat, kerana bukan sahaja ada kemampuan set bila laptop anda sleep dan wake up, tetapi boleh menetapkan berapa kuasa yang anda gunakan. Processor mempunyai kemampuan untuk melajukan atau memperlahankan bergantung pada power setting laptop. Tapi kalau anda set tidak betul, laptop anda mungkin berjalan dengan perlahan dari apa yang anda harapkan. Tekan gambar bateri pada tetapan desktop anda di sebelah bawah kanan skrin > pilih more power option. 5. Add More Memory Salah satu pilihan yang mudah dan berpatutan adalah upgrade / tambah kapasiti RAM laptop anda. Dengan menambah beberapa gigabyte RAM, anda boleh meningkatkan lagi jumlah aplikasi yang boleh disimpan dalam memori, sekali gus mempercepatkan lagi masa pemprosesan laptop. 6. Format New Windows 7/8/10 Cara lain yang ada boleh lakukan adalah dengan format balik hard disk laptop anda dan install balik Windows baru anda. Selalunya windows baru yang di install tiada masalah sekiranya Format Clean dan hard disk tiada masalah.

7. Upgrade SSD

SSD adalah media storage yang paling pantas pada masa ini, dengan 10 kali laju

berbanding tradisional media storage ‘hard disk’. Saiz kapasiti adalah lebih kecil

berbanding hard disk, tapi sangat laju. Saya rekomen anda pakai SSD 120GB/240GB dan

jadikan harddisk lama anda sebagai secondary storage.

Page 8: Bil. 2/2018 Jenis jenis virus komputer - hlabuan.moh.gov.myhlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2018/buletinict022018.pdf · Jenis-jenis virus komputer Bil. 2/2018 . BOOT SECTOR –

What is best for you - PC or Mac? Take this quick

quiz to find out whether it is best for you to be using

a PC computer or Mac!

Rujukan:

1. http://www.ukm.my/ptjzon3/?page_id=44

2. https://blog.frlaptopservice.com/7-tips-lajukan-laptop-kesayangan-anda/

3. https://blog.frlaptopservice.com/buat-5-langkah-ini-kalau-tak-nak-laptop-anda-kena-virus/

4. https://visual.ly/community/infographic/computers/pc-or-mac