bbm

11
Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Dibahagikan kepada 3 kategori: a) BBM bukan elektronik BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya b) BBM berbentuk elektronik Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer

Upload: siti-nurhidayatul-akmar-esbah

Post on 02-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

b.arb

TRANSCRIPT

Page 1: Bbm

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,

dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Dibahagikan kepada 3 kategori:

a) BBM bukan elektronik

 BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer

 BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta,

grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail

tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama,

bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya

b) BBM berbentuk elektronik

Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita

rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio,

komputer, internet dan disket komputer

c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar

Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Page 2: Bbm

Definisi bahan bantu mengajar(BBM):  BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.  Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar:  Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:      - Bahan bantu mengajar bukan elektronik      - Bahan bantu mengajar elektronik      - Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan        sebenar  Bahan bantu mengajar bukan elektronik:  1. Papan hitam atau papan tulis  2. Buku teks  3. Papan pemer atau papan buletin      - Sumber pengajaran yang produktif      - Untuk memperkenalkan idea baru, memberi        maklumat memberi kefahaman, memperkayakan       perbendaharaan kata, merangsang        perbincangan, menimbulkan daya        kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta        menambah pengekalan pembelajaran seseorang        pelajar  4. Fail tegak dan bahan bacaan      - Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu        bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majalah,        kalender, poskad, surat khabar, risalah atau        buletin, poster, sampul hari        pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar        skrip, kertas kerja dan nota  5. Gambar  6. Kad imbasan dan kad cantuman      - Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau        rangkai kata yang diberi makna di belakangnya.      - Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru        kepada pelajar      - Kad cantuman dibentuk dengan menulis        perkataan dan rangkai kata di atas kad dan        kemudian kad itu dipotong      - Pelajar diminta mencantumkan semula        keratan-keratan kad supaya membentuk        perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki  7. Carta  8. Grafik  9. Papan pengajaran     - Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu        pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat        merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus       belajar      - Contoh: papan flanel      - sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain        flanel bagi meletakkan gambar-gambar dan kad-kad        maklumat      - mudah alih dan mudah dibawa      - di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu        bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya papan        ini boleh berdiri  10. Model tiga dimensi  11. Boneka atau patong      - Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun        tumbuh-tumbuhan      - Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas  

Page 3: Bbm

      rendaman  12. Diorama      - Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung        dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan        seperti keadaan  sebenar tetapi dalam skala yang       dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi  Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik:  1. Overhead Projektor (OHP)      - Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu        sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan        seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin      - Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas        skrin  2. Transparensi OHP 3. Pita slaid (filem slaid)  4. Radio  5. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)  6. Alat rakaman  7. Filem tayang atau filem jalur  8. Komputer  Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar:  1. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti      lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran  2. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut      sebagai ‘realia’ iaitu merupakan benda semulajadi. Ia     dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi      kepada beberapa kumpulan iaitu:          - Benda bukan hidup          - Benda buatan          - Tumbuh-tumbuhan          - Benda hidup      TEKNIK-TEKNIK PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  Overhead Projektor (OHP)  Pengoperasian OHP:  1. Kawalan suis  2. Pendedahan maklumat secara peringkat-peringkat  3. Penggunaan penunjuk (bersifat sopan)  4. Penulisan terus di atas lutsinar  Langkah-langkah persembahan OHP:  1. Jarak yang sesuai di antara skrin dengan OHP  2. Pastikan semua penonton dapat meklihat dengan jelas  3. Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul sebelum     ditayangkan  4. Perhatian hendaklah ditumpukan kepada penonton dan      elakkan membaca terus daripada skrin  5. Duduk atau berdiri di tepi projektor, elakkan gerak-geri      yang menjadi halangan dan gangguan  6. Matikan suis projektor apabila percakapan yang     disampaikan tidak ada kaitan  Data teknik OHP:  • Tinggi meja OHP dari lantai = 75 cm  • Jarak dari skrin ke OHP = 2 – 3 meter  • Luas skrin putih = 1.5m x 1.5m (untuk kelas 30 pelajar)  • Tinggi skrin dari lantai = 1.5m  Jenis-jenis OHP:  • Mudah alih  • Dewan kuliah  • Pancar terus (Epidiskop)  

Page 4: Bbm

• Pancar imej kecil  • Kegunaan komputer  Kebaikan menggunakan OHP:  • Mudah dikendalikan  • Menjimatkan masa pengajaran  • Menarik minat pelajar  • Boleh disimpan lama  • Paparan imej sebenar  • Mempelbagaikan bahan bantu mengajar  Kelemahan menggunakan OHP:  • Tidak ada audio  • Masa tayangan tidak lama  • Kelas kecil  Transparensi OHP:  Kaedah penggunaan transparensi:  • Tindan tindih  • Sisipan  • Penutup bulat  • Penutup bahagian demi bahagian (tetingkap)  • Bergulung  Jenis-jenis transparensi OHP:  • ‘write on’ / tulis terus  • ‘color’ / warna  • ‘therma’ / peka haba  • ‘print out’ / cetak keluar  • ‘photocopy’ / salin foto      MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Multi - berbilang media - perantara Definisi multimedia:  Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik dan maklumat tekstual dengan menggunakan teknologi tunggal.  Konsep multimedia: 

teks grafik animasi audio video interaktiviti

Bahan-bahan multimedia:  1. Hypermedia      Laluan kepada maklumat yang bukan linear. Ia      membolehkan pengelolaan dan persembahan yang anjal      bagi pelbagai jenis alat seperti teks, grafik, bunyi, video      dan sebagainya.  2. Program pengarangan misalnya HyperCard untuk      komputer Macintosh, HyperStudio untuk Apple, Amiga      Viksion untuk Amiga dan LinkWay untuk IBM adalah      antara contoh bahan pengajaran yang boleh mendapat      laluan oleh hypermedia.  3. CD-ROM  4. Gabungan kamera video, perakam video dan perakam  

Page 5: Bbm

    pita  5. Cakera video atau laser  6. Alat pengimbas grafik  Mengapakah teknologi multimedia semakin penting dalam bidang pendidikan?    

Kesedaran tentang pentingnya merancang kegunaan    teknologi multimedia bersama-sama dengan penyampaian sesuatuunit mata pelajaran 

Teknologi multimedia memainkan peranan sebagai pendukung kepada kaedah pengajaran secara terus dari guru 

Teknologi multimedia berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat memberangsangkan pelajar 

Teknologi multimedia dapat menolong guru dalam proses merancang pengalaman dan persekitaran yang sesuai untuk

        pelajar supaya pembelajaran menjadi berkesan 

Pengajaran individu seperti pengajaran terancang atau penggunaan modul yang mengaplikasikan teknologi multimedia

membolehkan pelajar maju mengikut kadar kebolehannya sendiri. 

Fungsi teknologi multimedia dalam pendidikan       i.   Membuat pengajaran guru lebih tersusun dan            terancang       ii.  Penggunaan media seperti filem dapat            memperkayakan pengalaman pelajar       iii. Memberi maklumat dengan penggunaan 

  teknologi multimedia      iv.  Pengajaran lebih bersifat individu di mana pelajar           boleh menguasai pembelajaran mengikut cara dan           kemampuan mereka sendiri      v.  Pembelajaran menjadi lebih dekat kerana sesuatu isi          pengajaran atau perkara dari jauh boleh dipindah          masuk ke dalam bilik darjah      vi. Pendidikan boleh disebarkan dengan meluas      vii.Pembelajaran menjadi lebih menarik  Pengajaran multimedia  Perisian multimedia mampu menyediakan bahan kerja, aplikasi pembelajaran, aturcara kursus, sistem bantuan, sistem penilaian prestasi dengan elektronik. Perisian multimedia yang disediakan hendaklah disusun dan diolah dengan baik selaras dengan kehendak dan tahap pengguna. Oleh itu, guru-guru di sekolah seharusnya didedahkan dengan perisian multimedia kerana dengan kepakaran dalam bidang pendidikan membolehkan mereka menghasilkan perisian yang bermutu dan sesuai dengan kemampuan pelajar.  Sistem Authorware  Authorware merupakan satu konsep baru perisian aturcara pengarangan komputer. Ia menggunakan ikon dan carta alir yang mudah dibina. Dalam sistem Authorware ini, elemen-elemen multimedia dan interaksi disusun sebagai objek dalam satu struktur atau proses. Ikon memudahkan pengguna melihat aliran dan susunan projek terutamanya pada cabang yang rumit. Ia memberi pengguna kemudahan untuk mencipta dan mengedit kombinasi teks, grafik, animasi dan bunyi yang diintegrasikan sebagai elemen penting dalam perisian kursus.       Penggunaan alat pengarangan Authorware ini membolehkan pendidik membangunkan perisian kursus yang lebih kreatif, kritis dan inovatif untuk pembelajaran pelajar secara berkesan, cekap dan menarik. Pelajar akan tertarik dengan persembahan pengajaran dan maklumat yang menarik dan pelajar dapat berinteraksi dengan komputer dengan baik.  

Page 6: Bbm

    MEDIA PENGAJARAN:  Menurut Mohd. Arif Hj. Ismai (1999), media pengajaran boleh didefinikan sebagai media, sumber atau bahan(perisian) yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina dan disesuaikan (inovasi) untuk menyokong atau memangkinkan proses pengajaran dan pembelajaran.  Peranan grafik:  

 

     graf       teks       carta       peta       poster       kapsion       kartun       animasi       illustrasi       gambarajah 

Definisi grafik:  grafik adalah karangan visual yang memberi katerangan atau mesej dalam komunikasi  Ciri-ciri penting penyediaan grafik:  Objektif:    

     perancangan teliti       kemudahan alat atau bahan       saiz bahan atau alat yang digunakan       rekabentuk visual       susuatur       penghurufan 

Elemen-elemen grafik:    

     garisan - penekanan       bentuk - kasan khas dan minat       ruang - kesan yang baik dan tidak terlalu padat       tetalan - sebagai warna dan hiasan       warna - membayangkan perasaan, daya tarikan, 

                          simbolik dan menyampaikan perasaan Prinsip-prinsip grafik:    

     penyatuan 

Page 7: Bbm

     bentuk mudah       penekanan       imbangan 

Peralatan:    

     komputer       pensil - graphite atau lead       pen - teknikal, isograf       dakwat - India atau China       marker, pembaris       papan lukisan, set Bofa       kertas, pisau, pemandam, gam       penghurufan - mekanikal atau teknikal 

Jenis-jenis carta:    

     organisasi       bersiri       pusingan       aliran       masa       daftar       ringkasan 

  KOMPONEN KOPUTER Casing 

berbentuk tower berbentuk desktop bekalam kuasa 230 W arus tems 12 V CPU guna 3 V - 5 V

Suis kuasa 

set elektrikal yang menghubungkan komputer dengan litar kuasa litar tertutup - ON litar terbuka _ OFF

Page 8: Bbm

Papan induk 

jantung kepada sistem pusat bagi semua pemasangan  jenis berdasarkan interface slots

Pemproses dan kipas 

jantung kepada komputer Intel mendahului pengelauaran cip selain daripada Cyrix, Celeron, AMD dan sebagainya kelajuan cip diukur berdasarkan kelajuan jam (Mhz) 1 Mhz = 1 juta pusingan persaat kipas membantu hilangkan haba dari cip

Memori 

RAM ialah Radom Acces Memory terdapat jenis SDRAM dan EDORAM lama = 30 pin baru = 72 pin

Memori Cache 

sejenis ingatan yang digunakan dalam sistem berprestasi tinggi disisipkan di antara CPU dengan RAM fungsi untuk mengurangkan konflik antara kedua-dua unit tersebut

Bekalan kuasa 

menukarkan AC jepada DC voltan 5 V dan 12 V diterbitkan CPU perlukan 5 V hard disk dan CD-ROM diperlukan 12 V untuk operasi

Cakera keras 

dikenali sebgai mass storage  (alat storan massa) pemulihan berdasarkan saiz storan yang besar dan kelajuan tinggi

Page 9: Bbm

Pemacu Disket 

fungsi untuk penempatan perisian, pemindahan fail-fail antara sisstem dan back-up unit 3.5" (1.44 Mb)

Pemacu CD-ROM 

Compact Disk Read Only Memory satu cara penyimpanan data kelajuan ditunjukkan dengan angka diikuti dengan X

Port siri dan selari 

mause, modem dan lain-lain menggunakan port siri untuk berhubung dengan komputer port siri adalah dwihaluan port selari untuk penyambungan komponen dengan komputer

Kad video (display card) 

berfungsi mengawal monitor dan antaramuka gunakan 32-bit, 64 bit, 128 bit cip memproses grafik resolusi yang biasa ialah 640 x 480

Kad bunyi 

dilengkapi dengan DSP (Digital Signal Processor) 3D sound dan surround sound adalah jenis terbaru

Modem 

menyambungkan komputer dengan telefon jenis internal dan ezternal 33,600 dan 56,000 bps (bit per secound) ada suara dan fax

Monitor 

Page 10: Bbm

komponen utama dan berfungsi sebagai paparan jenis multiscan dan low radiation adalah pilihan terbaik

Tetikus 

fungsi menunjukkan arah den mengarahkan jenis trackball, lighr pen, drawing tablet dan sebagainya

Papan kekunci 

penghubung pengguna dengan komputer jenis ergonomik khas untuk kepantansan menaip

Pembesar suara 

membantu mengguatkan suara dan menghasilkan bunyi lebih menarik

Aksesori 

CD- writer scanner printer mic joystick