bab4 visual tayang

44
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Menyatakan penyediaan ruang dan kelengkapan dalam persembahan audio visual. 2. Mengenal pasti format-format untuk menayangkan visual dan membandingkan kelebihan dan batasannya. 3. Menggunakan teknik penghasilan bahan transparensi dengan betul. 4. Menggunakan teknik persembahan menggunakan transparensi yang sesuai dengan objektif pembelajaran. 5. Menghasilkan transparensi yang berkualiti dengan mematuhi panduan- panduan yang diberikan 4.1 PENGENALAN Media unjuran atau media tayang merupakan format media yang perlu dibesarkan dan ditayangkan pada sesuatu skrin. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan filem transparen (contohnya, transparensi, slaid dan juga filem jalur (filmstrips)), membesarkan imej melalui kanta dan seterusnya memaparkan imej tersebut pada skrin. Jenis media unjuran berlainan memerlukan alat projektor yang berlainan. B B a a b b 4 4 V V I I S S U U A A L L T T A A Y Y A A N N G G

Upload: siti-zulaikha

Post on 21-Nov-2014

4.867 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab4 visual tayang

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Menyatakan penyediaan ruang dan kelengkapan dalam persembahan

audio visual. 2. Mengenal pasti format-format untuk menayangkan visual dan

membandingkan kelebihan dan batasannya. 3. Menggunakan teknik penghasilan bahan transparensi dengan betul. 4. Menggunakan teknik persembahan menggunakan transparensi yang

sesuai dengan objektif pembelajaran. 5. Menghasilkan transparensi yang berkualiti dengan mematuhi panduan-

panduan yang diberikan 4.1 PENGENALAN Media unjuran atau media tayang merupakan format media yang perlu dibesarkan dan ditayangkan pada sesuatu skrin. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan filem transparen (contohnya, transparensi, slaid dan juga filem jalur (filmstrips)), membesarkan imej melalui kanta dan seterusnya memaparkan imej tersebut pada skrin. Jenis media unjuran berlainan memerlukan alat projektor yang berlainan.

BBaabb 44 VVIISSUUAALL TTAAYYAANNGG

Page 2: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

2

Jenis-jenis media unjuran yang sering digunakan dalam pendidikan ialah seperti:

Transparensi Slaid Filem Jalur (Filmstrips) Sistem Multimedia

Tayangan overhed dan legap (overhead and opaque projection), slaid

(slides), dan filem jalur (filmstrips) adalah media audio visual tradisional yang berkaitan dengan bilik darjah. Peralatan ini digunakan setengah abad yang lalu sebagai alat bantu mengajar yang terkenal pada ketika itu. Gambar yang besar dan jelas dapat menarik perhatian audien dan tiada teknologi lain yang dapat menandinginya ketika itu. Cabarannya ialah untuk menjadikan alat bantu mengajar ini dapat mengekalkan perhatian audien, menyampaikan maklumat dengan jelas, menarik, mudah dibaca dan mengambarkan poin yang hendak disampaikan.

Menyediakan bahan dalam bentuk overhed dan slaid adalah mudah. Komputer membantu memudahkan kita untuk menunjukkan teks dan tayangan visual, dan dengan menggunakan perisian persembahan grafik anda boleh membuatkan grafik yang dipaparkan menarik dan mempunyai nilai seni seperti seorang yang profesional.

Media pengajaran dan teknologi untuk pembelajaran menyediakan anda sebagai seorang guru dengan alat bantu mengajar untuk menarik perhatian pelajar dengan berkesan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelbagai format media dan bahan pengajaran yang berkualiti boleh digunakan oleh guru masakini semakin bertambah. Sebagai seorang guru anda perlulah bersedia untuk memilih alat bantu mengajar yang terbaik untuk pelajar anda yang sesuai dengan situasi dan dalam melaksanakan matlamat pembelajaran yang berbeza-beza.

4.2 PENYEDIAAN RUANG DAN KELENGKAPAN DALAM PERSEMBAHAN AUDIO VISUAL

Selepas seseorang pendidik menentukan media yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, suatu persoalan akan timbul iaitu adakah

Page 3: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 3

media yang dihasilkan boleh digunakan di lokasi yang akan dituju (bilik darjah misalnya). Sebenarnya, sebelum sesuatu media pengajaran itu dipilih, faktor lokasi atau ruang penggunaanya perlulah terlebih dahulu diambil kira bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Faktor ruang dan kelengkapan juga amat penting ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu sesi pengajaran pembelajaran dilaksanakan bagi memastikan seseorang pendidik sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud. Berikut dibincangkan beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduan dalam menyediakan ruang dan juga kelengkapan bagi sesuatu sesi persembahan audio visual.

4.2.1 Penyediaan Ruang Bilik Tayangan

Pembinaan bilik tayangan perlu menitikberatkan kepada perkara berikut:

(i) Kesesuaian penggunaan peralatan dan bahan audio visual; (ii) Penempatan peralatan tayangan yang tersedia untuk kegunaan bila-bila

masa; (iii) Sudut pandangan yang jelas dan berkesan bagi setiap individu semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan; (iv) Dapat menghindarkan bunyi dari luar untuk memastikan pemusatan

pengamatan murid yang lebih berkesan; (v) Perlu dirancang agar dapat menempatkan sebuah kelas yang cukup

selesa dengan kerusi dan meja berlipat; (vi) Perlu menyediakan alat penghawa dingin, dan bilangan serta kekuatan

alat penghawa dingin perlu sesuai mengikut keluasan bilik, suhu bilik perlu di antara 18 hingga 20 centrigrade sahaja; dan

(vii) Habuk dan kulat perlu dihindarkan agar tidak merosakkan perjalanan peralatan audio visual.

4.2.2 Penyediaan Peralatan dalam Persembahan Audio Visual

Berikut merupakan peralatan yang diperlukan dalam persembahan:

Page 4: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

4

(a) Penunjuk Laser (Laser Pointer)

Penunjuk laser sangat penting digunakan untuk menunjuk sesuatu perkara yang mustahak di layar putih atau skrin. Murid akan memfokuskan tumpuan mereka ke arah yang ditunjukkan di atas layar putih atau skrin. Sebagai contoh, Penunjuk Laser model LaserMed DP-2 yang menggunakan teknologi diod yang mampu menayangkan dot berwarna merah di skrin atau di permukaan putih sejauh 300 kaki. Pada jarak 50 kaki di antara pengguna penunjuk laser (guru) dan skrin dot berwarna merah yang dihasilkan di skrin adalah sebesar 1 inci (diameter). Penunjuk laser ini cuma menggunakan dua bateri jenis AAA dan masa penggunaannya boleh tahan lebih 5 jam.

(b) Projektor Legap (Direct/Opaque Projector)

Projektor jenis ini membenarkan seseorang penceramah itu menayangkan bahan legap seperti buku, gambar foto dan objek tiga dimensi dan bahan sebenar yang diletak di atas permukaan skrin projektor. Ini bermakna penceramah akan menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam menyediakan bahan persembahan seperti transparensi. Dengan menggunakan projektor legap juga, penceramah yang diberikan masa yang singkat untuk menyediakan sesuatu persembahan tidak perlu panik sebab penceramah perlu hanya meletakkan nota bartaip dan bahan bercetak daripada buku terus ke permukaan skrin projektor legap.

(c) Liquid Crystal Display (LCD) Palette

Guru mampu menayangkan bahan yang telah dihasilkan dan disimpan dalam komputer peribadinya ke layar putih atau skrin dengan menggabungkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette, kad antara muka (yang diselitkan dalam komputer peribadi) dan projektor lutsinar. Alat ini telah mula popular di akhir tahun 1980-an dan cara mengendalikannya adalah agak mudah. Guru cuma perlu meletakkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette di atas projektor lutsinar. Seterusnya guru cuma memfokus imej yang ditayangkan di atas skrin menggunakan teknik penggunaan projektor lutsinar.

Model yang terawal cuma boleh menayangkan high contrast monochrome display yang menunjukkan shades of grey sahaja. Model seterusnya mampu menayangkan imej yang berwarna warni. Liquid Crystal

Page 5: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5

Display (LCD) Palette ini adalah sebesar 12 inci x 15 inci dan beratnya cuma 6 paun. Ini menyebabkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette mudah alih dan boleh dibawa kemerata tempat dalam usaha membuat persembahan yang menarik lagi berkesan.

(d) Sistem Penayangan Video dan Data (Video and Data Projection System)

BARCO merupakan alat penayangan video dan data yang pertama diperkenalkan di universiti-universiti Malaysia pada lewat tahun 1980-an. Ia menggunakan tiga tiub gambar yang berbeza (berwarna merah merah, hijau dan biru) dan teknik penayangan ini berpandukan kepada refractive optic system yang menggunakan electron beam untuk mengimbas tiub yang bersalut phosphor (phosphor-coated tubes) untuk menayangkan cahaya.

Semasa mula diperkenalkan, alat penayangan video dan data tersebut kurang berkesan daripada aspek penayangan di skrin kerana sudut pandangannya adalah kecil. Ini mengakibatkan kurang sambutan pada peringkat permulaannya. Tetapi kini alat ini sering digunakan dan selalunya alat ini dipasang di atas dinding untuk mengelakkan daripada gangguan seperti terlanggar oleh manusia dan sebagainya. Sekiranya ada gangguan, biasanya memerlukan masa yang agak lama untuk memperbaikinya seperti membuat allignment ke atas alat tersebut.

(e) Liquid Crystal Display (LCD) Projector

Projektor jenis ini terdapat dalam pelbagai saiz. Jenis yang kecil amat berguna bagi penceramah yang banyak membuat persembahan ke merata tempat. Ini bermakna jenis projektor yang mudah alih dan ringan amat diperlukan. Ciri lain seperti zoom digital. Gambar yang jelas dan terang serta ANSI lumens yang tinggi seperti 3200 ANSI lumens juga sesuai untuk penceramah yang sering bergerak dari satu tempat persembahan ke tempat persembahan yang lain.

4.2.3 Strategi dalam membuat persembahan Berikut merupakan langkah yang dicadangkan dalam membuat persembahan:

Page 6: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

6

(a) Bersedia dan mengetahui tujuan pembentangan (taklimat)

Pastikan tujuan pembentangan mengikut tahap tertentu seperti bertujuan memberi pengetahuan, pemahaman, analisis, aplikasi, sintesis atau penilaian kepada audien (peserta atau pendengar). Ini adalah kerana kehadiran audien di sesuatu pembentangan dengan tujuan berbagai-bagai. Walaupun begitu, pembentang boleh memberitahu lebih awal kepada audien tentang tujuan sebenar penerangan yang akan diberikan supaya peserta tidak akan sesat, tidak mempunyai arah dan hala tuju serta bosan dengan apa yang akan disampaikan.

(b) Melengkapkan bahan taklimat pembentangan

Bahan taklimat adalah daripada data berkaitan dengan aspek yang akan disampaikan kepada audien. Ada maklumat yang boleh disampaikan dengan menunjukkan audio dan visual tertentu seperti berbentuk grafik dan gambar rajah. Pendekatan sedemikian dapat memudahkan penyampaian maklumat. Penerangan yang meleret tanpa bahan bantu penerangan akan menyebabkan penyampaian taklimat terlalu panjang dan ini selalunya akan menyebabkan audien berasa bosan.

(c) Peralatan taklimat dan susun atur peralatan

Bahan bantu penerangan mestilah disuaikan dengan peralatan yang disediakan oleh penganjur atau pembentang perlu membawa peralatan yang sesuai ke bilik pembentangan. Sebelum pembentangan, seseorang pembentang perlu memastikan peralatan berjalan dengan baik dan tidak rosak. Seelok-eloknya peralatan dicuba dahulu dan lihat kesesuaian alat dengan bahan isi kandungan yang hendak disampaikan misalnya daripada aspek saiz teks, warna teks dan grafik serta kedudukan peralatan di tempat pembentangan.

(d) Audien (peserta)

Pembentang juga perlu mengambil kira siapa audien yang akan hadir dalam sesi pembentangan nanti seperti bidang kepakaran. Isi kandungan yang hendak disampaikan perlu yang terkini agar audien tidak merasa bosan dengan fakta lama yang mereka tahu. Juga bahasa yang digunakan perlu mengikut tahap audien. Elakkan menggunakan bahasa yang terlalu tinggi atau teknikal semasa

Page 7: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 7

membentang penerangan kepada audien yang bukan dalam kalangan orang yang berpendidikan tinggi dan bukan profesional. Oleh itu guna bahasa yang mudah, padat, tepat dn intonasi yang sesuai.

(e) Pilihan teknik penyampaian

Pelbagai cara penyampaian perlu selari dengan maklumat yang akan disampaikan. Bahan teknikal perlu ditunjukkan dengan menggunakan audio visual kepada audien agar maklumat yang disampaikan lebih jelas. Maklumat yang lebih mudah dan lebih cepat diberikan secara lisan tidak memerlukan bahan audio visual.

(f) Masa pembentangan yang optima Setiap pembentangan mesti dibuat latihan terlebih dahulu dan cuba anggarkan masa pembentangan yang optima agar audien dapat maklumat sepenuhnya tanpa berasa bosan. Sesi pembentangan perlu dimulakan dengan pengenalan (seperti tujuan ringkas pembentangan dan jangka masa pembentangan), sepintas lalu mengenai isi kandungan yang hendak disampaikan, penerangan keseluruhannya, rumusan dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

4.3 CIRI-CIRI DAN APLIKASI-APLIKASI TAYANGAN VISUAL

Tayangan visual (projected visuals) didefinisikan sebagai format media dimana imej pegun dibesarkan dan ditayangkan pada skrin. Sebahagian tayangan biasanya dihasilkan dengan melalukan cahaya yang sangat terang terus ke filem transparen (tranparensi overhed, slaid, filem jalur), membesarkan imej melalui beberapa siri lensa, dan memancarkan imej tersebut di atas permukaan yang reflektif.

Tayangan legap (opaque projection) juga termasuk dalam kategori ini, dalam tayangan legap, cahaya dipancarkan pada imej legap (sesuatu yang tidak membenarkan cahaya menembusinya), seperti gambar di majalah dan gambar yang bercetak. Cahaya dipantulkan daripada bahan di atas cermin yang menghantar pembalikan melalui satu siri lensa ke atas skrin.

Page 8: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

8

Peralatan-peralatan elektrik bagi tayangan visual yang lazim terdapat untuk tujuan pendidikan termasuklah :

Projektor Lutsinar /Overhead Projektor Projektor Slaid Projektor Legap Projektor LCD

4.3.1 Projektor Overhed (Overhead Projector)

Terciptanya Projektor Overhed (Overhead Projector (OHP)) dan transparensi serta perkembangan penggunaannya, secara tidak langsung membantu pendidik dalam penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar secara efektif. Ianya menjadi penghubung antara guru dan murid di dalam kelas secara efektif. Penggunaannya bukan sahaja di bilik-bilik darjah malahan di bilik kuliah, di dewan seminar. OHP ini bukan bertujuan menggantikan tempat atau peranan guru tetapi lebih kepada alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar dan melakukannya dengan penggunaan OHP dan tranparensi yang rapi dan sistematik oleh guru. Menurut kemp (1980), penggunaan transparensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran dan fakta-fakta rumusan kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar. Heinich sependapat dengan Kemp bahawa penggunaan transparensi dapat menerangkan topik pengajaran yang kompleks dengan menggunakan teknik transparensi bertindih (overlays).

Projektor overhead mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah-kaedah persembahan informasi visual yang lain kerana audien dapat memberikan tumpuan yang penuh berbanding dengan kaedah dimana guru menyampaikan maklumat menggunakan kapur atau pen penanda (maker pen). Ia juga merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan menerusi komunikasi secara lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta maklum

Page 9: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9

balas daripada audien lebih bersifat semesta. Sekiranya perancangan bahan transperansi dibuat dengan baik, ia akan dapat menyediakan semua gambaran yang ingin disampaikan dan panduan sebagaimana yang diperlukan sewaktu proses pembelajaran. Penggunaannya menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan adanya penggunaan warna dan ilustrasi selain daripada penghurufan yang pelbagai bentuk. Disamping itu ia bersifat senang digunakan, bersih, menjimatkan masa dan tenaga serta tidak memerlukan bilik gelap yang memudahkan pelajar mengambil nota sewaktu penayangan dilakukan.

Rajah 4.1: Projektor Overhed jenis Meja Desktop dan Mudah alih

Projektor Overhed merupakan satu peranti seperti sebuah meja yang

mempunyai permukaan yang mendatar (10 x 10 inci) dimana bahan yang ingin diujurkan diletakkan ke atasnya. Cahaya dari mentol yang dipancarkan dari bawah meja tersebut dikelompokkan (condensed) oleh lensa khas yang dikenali sebagai lensa Fresnel. Cahaya tersebut kemudiannya dialirkan menerusi kepingan lutsinar (8 x 10 inci), difokuskan dan dibalikkan 90 darjah menerusi sistem lensa yang dipasangkan pada tiang atau dipasang dengan pendakap (bracket) di atas meja berkenaan (Romiszowski, 1988).

Transparensi biasanya digunakan bersama-sama dengan Projektor Overhed merupakan kepingan lutsinar yang diperbuat sama ada daripada filem

Page 10: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

10

gambar foto (foto-graphic film), acetate lutsinar, atau sebarang bahan transparen yang boleh dicetakkan imej ke atasnya melalui proses kimia atau haba. OHP dapat menayangkan sesuatu paparan pada transparensi dengan lebih besar dan jelas. Antara kebaikan penggunaan OHP dalam proses P & P ialah:

(i) Boleh disediakan sama ada dalam bentuk hitam putih dan juga warna; (ii) Membolehkan seseorang guru mengajar dengan lebih tenang dan

memberikan sepaenuh perhatian terhadap isi pengajaran; (iii) Transparensi boleh digunakan berulangkali dan penyampaian bole

dilakukan secara lebih teratur dan sistematik. (iv) Penyampai sentiasa dapat berada berhadapan dengan pelajar atau

audien. (v) Mudah digunakan serta lebih bersih berbanding penggunaan papan hitam

dan kapur.

4.3.1.1 Perkakasan dan peralatan penghasilan transparensi Antara perkakasan dan peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan transparensi adalah seperti berikut: (a) Perkakasan Perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan transparensi adalah seperti Transparensi Maker/Thermofax, Mesin Pendua (Photostate Machine), dan Pencetak (Printer).

(b) Peralatan

(i) Filem Transparensi adalah seperti Plastik/Alas Meja, Transparensi Write

On (Asetat, PVC), Thermal (Black on clear background, Black on colour background, Colour on clear background, Reverse Image, Assorted colours on clear), PPC (Filem elektrostatik untuk mesin pendua , PPC (Plain Paper Copier)), Filem Adhershif (Self Adhershif Colour Film)

(ii) Pen Transparensi sama ada Jenis Kekal (permanent) atau Jenis Larut

(soluble / non permanent)

Page 11: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 11

(iii) Pemadam seperti Kain atau tisu lembab untuk pen jenis larut; Pen pelarut kimia (solvent marker) atau getah pemadam khas untuk dakwat jenis kekal

(iv) Alat-alat Grafik, reka bentuk visual dan layout (Bentuk, ruang, garisan,

tektur, warna dll.), kaedah penghurufan (Huruf pindah kering, stensil, huruf potong, pencetak dan sebagainya).

Transperansi boleh digunakan tanpa pemidang atau bingkai.

Walaubagaimanapun dalam pelbagai keadaan, penggunaan pemidang ini amatlah digalakkan. Ini memandangkan, bingkai pada transperansi dapat memudahkan proses penggunaan dan penyimpanan. Antara kelebihan bingkai transperansi ialah : (i) Ianya keras dan memudahkan transperansi untuk digunakan; (ii) Tidak menampakkan kesan jari pada transperansi; (iii) Boleh disimpan dengan transperansi lain tanpa melekat.; dan (iv) Bingkai transperansi boleh digunakan untuk mencatitkan maklumat

penting.

Bingkai transperansi boleh dibeli atau pun boleh dihasilkan sendiri daripada kertas kadbod atau manila yang dipotong mengikut ukuran piawai 27cm x 32 cm. Kemudian dipotong di bahagian tengah mengikut ukuran piawai 19 cm x 24 cm dengan lebar bingkai 4 cm.

Rajah 4.2: Kepingan Transparensi yang Berbingkai

4.3.1.2 Teknik penyediaan transparensi Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan transparensi antaranya ialah:

Page 12: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

12

(a) Cara lukisan dan tulisan tangan(write on) Proses ini memerlukan beberapa keping transperansi jenis write-on seperti asetat atau PVC yang murah dan senang didapati. Segala maklumat dituliskan dipermukaan plastik transperansi tersebut sama ada menggunan pena felt, pena penanda atau pena overhead sama ada bentuk kekal atau tidak kekal. Penghasilan transperansi ini lebih menarik sekiranya diwarnakan bahagian-bahagian tertentu dengan pena felt bermata tebal. Bagi penjagaan permukaan transperansi tersebut, biasanya helaian kertas kosong yang bersih diletakkan di atasnya semasa ianya disimpan. Penulisan kaedah ialah dengan menggunakan ‘pindah kering’ yang diwarnakan dengan pita berwarna. Dengan menggunakan pita berwarna ini, bukan sahaja dapat mewarnakan penghurufan tetapi juga mewarnakan ilustrasi-ilustrasi yang terkandung di dalamnya. Penggunaan pita berwarna ini, adalah sangat bersesuaian bagi memfokuskan pandangan kepada objek utama yang hendak ditekankan. (b) Transparensi jenis Thermal

Terdapat banyak jenis thermal yang boleh digunakan untuk menyediakan transparensi. Antara jenama yang boleh digunakan seperti Fordifax Transparency Maker, 3M, Riso, Zufra-Asthrotherm dan sebagainya. Walau apa pun juga jenama mesin, thermal tersebut, kaedah menggunakannya hampir sama. Berikut merupakan antara langkah-langkah asas semasa menggunakan mesin thermal bagi menghasilkan transparensi: (i) Tentukan kawalan dedahan (exposure control) kepada peringkat yang

diperlukan; (ii) Sediakan bahan yang hendak di salin ke transparensi di atas kertas yang

sama saiznya; (iii) Letakkan bahan master atau utama itu dibawah transparensi

sebagaimana arahan yang disediakan; dan (iv) Masukkan kedua-duanya ke dalam mesin dan dalam beberapa saat

sahaja bahan itu akan tersalin ke transparensi.

Page 13: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 13

Rajah 4.3 : Proses Thermal (Insfra-merah) (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1992) (c) Transparensi daripada mesin pendua / fotostat

Cara penyediaan tranparensi ini juga memerlukan jenis transparensi khas. Antara yang terdapat di pasaran adalah Stabilo Transparensies DIN A4 (12mm) dan Photocopy Quality (Plain Paper Copier (PPC)). Teknik yang digunakan bagi menghasilkan transparensi bagi menggunakan mesin fotostat sama seperti anda membuat salinan kertas biasa. Antara langkah asas yang perlu diikuti ialah :

(i) Sediakan bahan yang sama saiz dengan transparensi ; (ii) Masukkan plastik transparensi di tempat kertas penyalin; dan (iii) Prosesnya sama seperti menyalin kertas biasa. (d) Cara pemindahan gambar

Teknik ini merupakan satu cara memindahkan gambar daripada majalah, akhbar, jurnal dan lain-lain media cetak kepada plastik transparensi. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan kualiti cetakan transparensi yang baik, imej-imej yang hendak dipindahkan haruslah daripada kertas jenis berkapur. Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut : (i) Gambar asal yang dicetak dengan kertas berkapur (clay based); (ii) Filem untuk lapisan atau laminasi (laminating), contohnya seal laminating

film- vistafoil; (iii) Air sabun panas atau sejuk digunakan untuk melembutkan kertas;

Page 14: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

14

(iv) Varnish untuk gambar (untuk menguatkan gambar yang terlekat di transparensi); dan

(v) Kapas untuk menggosok gambar tersebut.

Cara menyediakan transparensi dengan cara pemindahan gambar adalah:

(i) Pilih gambar yang sesuai dan potong ianya. Seterusnya potong vistafoil

sama saiz dengan gambar yang telah dipotong; (ii) Tanggalkan lapisan pada foil dan lekatkan pada gambar. Gosok

permukaan supaya tidak terdapat gelembong udara; (iii) Rendam ke dalam air sabun selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu,

tanggalkan kertas daripada filem secara perlahan-lahan; dan (iv) Bersihkan habuk kertas dengan menggunakan air dan kapas. Akhir

sekali keringkan diudara dan semburkan dengan varnish apabila kering. (e) Melalui proses cetakan menggunakan pencetak

Salah satu teknik terbaru di dalam menghasilkan transparensi ialah dengan terus mencetaknya dengan menggunakan pencetak (printer). Pencetak utama yang boleh digunakan bagi mencetak transparensi ialah pencetak jenis semburan dakwat (ink jet) dan juga pencetak jenis laser. Transparensi yang dihasilkan boleh dalam bentuk cetakan hitam putih dan juga cetakan yang berwarna-warni. Plastik transparensi yang digunakan adalah khas untuk pencetak dan ianya boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual aksesori komputer. Biasanya terdapat plastik transparensi yang dihasilkan khas untuk sesetengah jenama pencetak dan ada juga plastik transparensi yang boleh digunakan merentasi jenama pencetak. Plastik transparensi biasa sama ada plastik jenis thermal, write on, fotokopi dan sebagainya tidak boleh digunakan pada pencetak kerana ianya tidak mampu menampung atau memegang dakwat yang digunakan. Sekiranya digunakan pada pencetak jenis laser pula, ianya akan cair dan merosakkan pencetak.

Transparensi buatan tangan dan transparensi buatan mesin ada kelebihan dan kekurangannya. Antara kelebihan transparensi buatan tangan ialah ia tidak memerlukan mesin yang mahal, kos yang murah, mudah dibuat perubahan dan senang digunakan. Kekurangannya pula termasuklah ianya mengambil masa, kurang berkualiti, tidak boleh dibuat salinan, tidak kekal lama dan jika bahan itu rumit ia memerlukan kemahiran yang tertentu. Manakal

Page 15: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 15

kelebihan transparensi buatan mesin pula ialah ia cepat, berkualiti, boleh disalin dan terdapat dalam berbagai jenis manakala kekurangannya ialah ia mahal, susah untuk diperbaiki dan kadangkala memerlukan kos yang agak tinggi. Selain daripada itu, terdapat mesin yang melibatkan proses penyediaan yang rumit, dengan itu latihan dan kemahiran yang tertentu amatlah diperlukan.

Sesuatu persembahan pengajaran yang menggunakan transparensi memerlukan persediaan yang teliti. Berikut merupakan panduan yang dapat membantu anda semasa merancang penyediaan transparensi dalam pengajaran. (i) Apakah objektif yang boleh dicapai melalui penggunaan transparensi

tersebut. (ii) Apakah faktor-faktor penting yang hendak ditekankan agar pelajar dapat

memberikan penumpuan. (iii) Adakah transparensi tersebut sesuai digunakan dan dapat mencapai

objektif (iv) Bolehkah transparensi tersebut boleh digunakan bersama-sama dengan

media lain supaya lebih berkesan (v) Adakah isi kandungannya telah disusun dengan rapi dan disediakan

lakaran bagi menunjukkan apa yang hendak diisikan ke dalam setiap transparensi

(vi) Sudahkah anda menyediakan nota-nota yng berkaitan yang akan dipersembahkan kelak.

4.3.1.3 Teknik-teknik persembahan menggunakan transparensi Terdapat pelbagai teknik persembahan menggunakan transparensi dalam P & P, antaranya ialah: (i) Teknik berperingkat-peringkat (a) Urutan Teknik ini hanya mengggunakan sekeping kertas untuk diletakkan di atas lutsinar dan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga keseluruhan maklumat disampaikan kepada pelajar.

Page 16: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

16

(b) Masking (bertingkap)

Teknik ini digunakan dengan menutup bahagian yang belum dipaparkan kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan pada pelajar dan juga memudahkan para pelajar memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang sedang ditunjukkan sahaja. Dari masa kesemasa bahagian-bahagian lain yang ditutup akan dipaparkan secara berperingkat. Bahagian yang telah diterangkan bolehlah ditutup semula.

Rajah 4.4: Teknik Masking(Bertingkap) (Razali Nor, 1996)

(c) Tindan-tindih

Teknik ini menambah bahagian dengan menindih dengan lapisan transparensi lain untuk melengkapkan persembahan. Teknik ini diperkembangkan dengan perbagai cara berdasarkan kreativiti guru.

Page 17: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 17

Rajah 4.5: Teknik Tindan Tindih (Razali Nor, 1996) (d) Pasang tutup

Teknik ini digunakan dengan memasang dan mematikan suis OHP pada ketika yang dirasakan bersesuaian. Misalnya untuk menarik perhatian pelajar kepada perkara atau isu yang hendak ditujukkan, suis OHP dihidupkan. Sekiranya guru mahukan pelajar memberikan perhatian terhadap apa yang hendak guru perkatakan, suis OHP dimatikan. (e) Menulis terus

Teknik ini sama seperti penggunaan papan pengajaran yang mana seseorang guru boleh terus menulis pada helaian transparensi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kelebihannya ialah guru dapat berhadapan dengan pelajar semasa menulis atau memberi penekanan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dirasakan penting. (ii) Teknik pergerakan (a) Penunjuk (Pointer) Teknik ini menggunakan sebarang bahan legap seperti pen misalnya unuk dijadikan penunjuk. Penunjuk diletakkan di atas transparensi atau digerakkan

Page 18: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

18

mengikut keadaan. Teknik ini dapat membantu guru menunjukkan sesuatu aliran pergerakan secara perlahan-lahan. (b) Bentuk-bentuk potongan

Bahan lutsinar atau bahan legap boleh digunakan dalam bentuk-bentuk tertentu. Selain itu, bahan-bahan sebenar seperti daun, bulu ayam dan sebagainya juga dapat ditunjukkan untuk mengkaji bentuknya. (c) Lutsinar gulung Teknik ini menggunakan transparensi gulung yang dipasangkan kepada roller attachment pada mesin OHP. (d) Wayang kulit Bahan diperbuat daripada kotak dan dipotong mengikut bahagian yang dikehendaki dan dipersembahkan menggunakan kaedah yang sesuai seperti pertunjukkan wayang kulit. Teknik ini sesuai bagi persembahan bagi sesi bercerita. (e) Sangga

Sangga digunakan untuk membuat pergerakan seperti jarum pada jam. (iii) Teknik Demonstrasi (a) Penghabluran dan medan magnet

Pentas OHP boleh digunakan bagi menunjukkan eksperimen sains yang mudah seperti proses penghabloran di dalam bekas kaca atau pembentukan medan magnet dengan menggunakan lapisan asetat.

Page 19: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 19

(b) Pergerakan gelombang

Pergerakan gelombang dapat ditunjukkan dengan menggunakan bekas kaca yang mengandungi air. Pergerakan ombak juga dapat dilihat pada skrin secara berulang-ulang. 4.3.1.3 Panduan menggunakan OHP dan transparensi

Bagi pengguna baru, berikut adalah panduan yang boleh membantunya mengoperasi mesin OHP dan transparensi untuk menyampaikan pelajarannya dengan efektif. Langkah-langkahnya adalah:

(i) Pastikan kedudukan OHP stabil. Jika diletakkan di atas meja, mejanya hendaklah berada pada jarak imej fokus yang baik;

(ii) Sambungkan plug wayar OHP ke punca kuasa elekterik. Kabel yang panjang perlu diuruskan agar ia tidak jadi halangan pergerakan;

(iii) Kaca datar dan lensa OHP dibersihkan. Gunakan tisu khas atau kain kapas yang lembut atau pencuci lensa yang dilembabkan atau gunakan methylated spirit;

(iv) Buka penutup lensa kemudian hidupkan suis OHP dan buat penyelarasan kejelasan imej dengan meletakan sampel transparensi atau meletakan satu objek legap di kaca datar OHP tersebut dan memutarkan tombol untuk buat penyelarasan jelas;

(v) Apabila imej dan teks yang terdapat di layar tayang itu jelas, matikan suis dan bersedia untuk pengajaran. (susun transparensi ikut urutan sebagaimana yang hendak disampaikan);

(vi) Tutup suis, jika OHP tidak digunakan terutamanya semasa kita menerang atau menggunakan papan hitam atau alat bantu yang lain. Hidupkan semula jika diperlukan kembali;

(vii) Guru perlu ingat bahawa selepas satu sesi penyampaian, ia perlu matikan suis lampu OHP. Jika hendak menunjukkan sesuatu fakta elok gunakan objek legap sebagai penunjuk di transparensi dan BUKAN di layar tayang. Selain dari itu penunjuk laser (laser pointer) juga boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu penerangan di layar tayang; dan

Page 20: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

20

(viii) Setelah tamat pengajaran guru perlu lakukan perkara berikut;

o Matikan suis, biarkan kipas OHP berpusing sebelum dicabut plugnya dari punca elektrik

o Simpulkan kabel OHP pada bahagian atau ruang yang telah disediakan untuk kabel,

o Tutup penutup lensa, o Biarkan beberapa minit untuk OHP sejuk sebelum dianjakkan ke

tempat lain.

4.3.1.4 Prinsip reka bentuk menerbitkan transparensi. Untuk menerbitkan medium transparensi yang baik, beberapa prinsip penyediaannya perlu dipatuhi. Prinsip-prinsipnya adalah :

(i) Maklumat yang terdapat di medium transparensi itu seelok-eloknya

memuatkan hanya satu idea bagi satu helai transparensi.

(ii) Kurangkan unsur pantulan dengan mengasingkan beberapa gambar atau imej yang kompleks kepada komponen atau mesej utama yang hendak kita sampaikan sahaja sebagaimana di rajah sebelah.

(iii) Bila menggunakan teks yang

menggunakan fon 14 poin tahoma atau arial, pastikan bilangan perkataan yang digunakan pada satu-satu barisan itu dihadkan pada 6-10 perkataan sahaja.

(iv) Bilangan barisan yang sesuai bagi

sehelai transparensi dihadkan juga pada 6-9 barisan

Rajah 4.6 : Unsur Pantulan yang diasingkan

Page 21: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 21

(v) Warna yang digunakan selain daripada tujuan untuk mencantikkan medium transparensi, kita gunakan juga untuk memberi tumpuan pada elemen yang difokuskan. Pilih warna yang harmoni dan kontras seperti,

Kuning dengan Hitam, Biru dengan Putih Putih dengan Hitam

(v). Hurufan yang digunakan juga perlu dipilih dari jenis hurufan San Serif

seperti Arial, Tahoma. dan Century Gothic. Elakan daripada menggunakan hurufan yang berunsur dekoratif atau italic. Skrip hurufan yang terdapat pada komputer antaranya terdiri daripada jenis ,

Hurufan Times New Roman MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Serif Hurufan Monotype Corsiva MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Dekoratif Hurufan Impact MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Padat Hurufan Arial MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Hurufan Arial Narrow MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Hurufan Comic Sans MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Padat

(vi) Medium transparensi yang telah siap disediakan perlu mempunyai bingkai. Ini adalah bertujuan untuk :

(i) Memudahkan kita menggunakan transparensi dengan

mencatitkan penanda pada setiap transparensi mengikut urutan. (ii) Tidak menampakkan kesan

jari pada transparensi (iii) Boleh disimpan dengan

transparensi yang lain agar tidak melekat .

(iv) Boleh dibuat secara tindan-tindih

Rajah 4.7 : Penggunaan warna pada grafik

Rajah 4.8 : Kepingan Transparensi yang Berbingkai

Page 22: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

22

(v) Maklumat penting boleh dicatitkan di bingkai untuk rujukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

4.3.1.5 Panduan mereka bentuk maklumat pada transparensi (a) Skrin yang ringkas Secara amnya, sebuah skrin persembahan pengajaran sesuai memaparkan tidak lebih dari 15 baris teks dan satu grafik sahaja. Teks yang ditaip juga perlu dipecahkan kepada beberapa perenggan yang pendek. Pastikan juga jarak antara perenggan pertama dan kedua menggunakan 2 jarak langkau. Berikut merupakan contoh bagaimana untuk menggunakan panduan ini dalam mereka bentuk sesuatu skrin pengajaran : Rajah 4.9: Penggunaan teks di dalam transparensi

Satu skrin persembahan Sepatutnya mengajar satu konsep Dalam satu masa. Jangan paparkan terlalu banyak maklumat.

Memaparkan terlalu banyak maklumat dalam satu skrin merupakan satu kesalahan yang sering dilakukan oleh pembina PBK. Kesalahan ini akan menyebabkan pengguna sukar untuk membaca teks yang dipaparkan. Selain itu, ianya akan kelihatan kurang menarik dan ini akan memberikan kesan yang negative ke atas motivasi pengguna

Page 23: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 23

(b) Penggunaan warna teks, saiz, font dan jarak langkau (spacing) Dalam memilih warna teks yang sesuai, pastikan anda memilih warna yang kontras dengan warna latar belakang skrin agar ianya akan dapat dilihat dengan jelas. Di antara warna yang dicadangkan ialah : Jadual 4.1: Warna latar belakang dan warna teks yang sesuai

Warna latar belakang Warna teks yang sesuai 1. Biru tua / hitam Kuning / putih 2. Kuning Muda dan tua Biru tua / Hitam 3. Hijau muda Hitam / Biru tua.

Pemilihan warna teks yang tidak sesuai ialah merah dan hijau. Warna ini kurang sesuai digunakan kerana ianya tidak dapat dilihat oleh pengguna yang rabun warna. Kombinasi warna yang paling selesa dilihat oleh mata terutama di waktu malam ialah : Jadual 4.2: Warna latar belakang dan warna teks yang sesuai terutama di waktu malam Oleh kerana itulah, kebanyakan papan tanda di jalanraya mempunyai kombinasi warna di atas Pemilihan saiz dan jenis tulisan (font) juga penting kerana saiz tulisan yang terlalu kecil akan menyukarkan pengguna untuk membaca isi pelajaran yang ingin diajar. Disamping itu penggunaan jenis tulisan yang terlalu berstail juga akan menyukarkan pengguna dalam membaca teks yang ingin dipaparkan. Panduan dalam memilih saiz teks ialah : Times New Roman / Arial 12 hingga 14 point. Pemilihan spacing atau jarak langkau teks yang anda taip juga perlu diambilkira. Pilihlah jarak langkau yang sesuai seperti 1, 11/2 dan 2. Jangan gunakan langkau yang terlalu rapat atau terlalu jauh.

Warna latar belakang Warna teks yang sesuai Hijau Putih Biru Putih

Page 24: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

24

(c) Kedudukan teks di skrin Kedudukan teks di skrin juga turut mempengaruhi kualiti persembahan anda. Dalam memaparkan teks, pastikan kedudukannya konsisten dan tetap. Sekiranya ianya sering berubah-ubah kedudukan, maka pelajar akan lebih memberi tumpuan kearah perubahan kedudukan paparan teks dari penukaran paparan isi pelajaran itu sendiri. Seharusnya persembahan membantu pelajar kearah memberi penumpuan yang lebih ke arah penukaran isi pelajaran yang di ajar di skrin dari factor lain. Jarak margin teks yang ditaip dari skrin juga perlulah sesuai. Pastikan teks yang ditaip tidak terlalu hampir atau jauh dengan sisi skrin. Dalam menentukan jarak margin ini, jangan terikut dengan jarak margin yang ada di dalam buku. Untuk persembahan, jarak margin yang sesuai ialah dalam julat 1-2 cm. (d) Penggunaan tajuk dan nombor mukasurat skrin Bagi memudahkan seseorang ataupun pelajar mengesan dimanakah isi kandungan yang sedang dipersembahkan, adalah digalakkan penggunaan tajuk dan nombor muka surat digunakan pada setiap helaian skrin. (e) Penggunaan saiz tulisan yang pelbagai Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang pelbagai juga sesuai digunakan untuk membantu pengguna dalam membezakan antara tajuk dan isi pelajaran. Penggunaannya juga dapat menarik perhatian pengguna dan menjadikan skrin persembahan anda kelihatan lebih menarik. Walaupun begitu pastikan anda tidak menggunakan bilangan saiz dan jenis tulisan yang terlalu pelbagai di dalam persembahan anda. Bilangan maksimum empat jenis saiz dan jenis tulisan yang sesuai digunakan dalam satu skrin paparan dicadangkan. Dalam menggunakan saiz tulisan dan jenis tulisan yang pelbagai pastikan ianya konsisten. Maksudnya di sini, semua tajuk besar akan mempunyai saiz dan jenis tulisan yang sama dan begitu juga untuk tajuk kecil dan isi pelajaran.

Page 25: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 25

Matriks –Takrifan Matrik merupakan satu set nombor yang disusun dalam lajur dan baris m/s5 dari 7

Rajah 4.10: Penggunaan tajuk, nombor muka surat dan saiz tulisan yang pelbagai 4.3.1.6 Panduan mereka bentuk maklumat pada transparensi secara umum

Selain daripada panduan-panduan mereka bentuk maklumat yang telah dibincangkan, berikut dinyatakan juga panduan-panduan umum yang boleh diikuti bagi menghasilkan kepingan transparensi yang dapat membantu sesuatu persembahan atau pengajaran dan pembelajaran (i) Saiz huruf yang paling sesuai ialah 18 poin atau lebih jika menggunakan

komputer dan jika menggunakan mata pen mekanikal saiz paling minimum ialah 0.5mm dan bagi pembaris stensil pila 5mm. Jangan gunakan huruf sambung seperti menulis di atas kertas kerana perkataan itu mungkin kecil dan tidak jelas apabila ditunjukkan ke atas layar.

(ii) Jarak maksimum antara penonton dengan imej di layar ialah 8T iaitu 8 x tinggi imej yang ditayangkan.

(iii) Gunakan huruf besar untuk tajuk atau label yang mengandungi kurang daripada lima patah perkataan. Jika lebih daripada lima, gunakan huruf kecil dan huruf besar apabila perlu.

(iv) Luangkan jarak 1.5 kali lebar huruf ‘m’ kecil di antara dua perkataan. Jarak di antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya ialah 3 kali lebar huruf ‘m’ kecil

(v) Jarak diantara ayat/frasa di atas dengan ayat/frasa yang dibawahnya ialah lebih kurang 1.5 kali tinggi huruf kecil.

(vi) Padankan warna huruf dengan warna latar belakang transparensi supaya mudah dibaca. Huruf berwarna cerah jika dipadankan dengan latar belakang yang gelap akan menghasilkan pandangan atau kebolehbacaan

Page 26: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

26

yang lebih jelas. Jika latar belakang transparensi itu cerah, maka huruf atau garisan yang ditulis atau dilukis hendaklah tebal dan gelap.

(vii) Setiap keping transparensi yang dihasilkan seharusnya menekankan prinsip kesederhanaan iaitu tidak terlalu banyak teks dan visual pada satu keping dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penonton. Transparensi yang baik biasanya mempunyai satu idea dan idea ini mengkin boleh diperkembang melalui teknik berlapis.

(viii) Transparensi berbentuk melintang adalah lebih baik daripad berbentuk tegak kerana dapat mengurangkan kesan herotan baji dan darjah penglibatan menjadi lebih luas dan terang

(ix) Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod atau bingkai lain yang sesuai supaya mudah diunjur, disusun, disimpan dan dikatalog

(x) Hadkan nota-nota darjah kepada yang mustahak sahaja. Terlalu banyak perkara disampaikan akan menjemukan pelajar

(xi) Hadkan satu tajuk dalam sekeping transparensi (xii) Bezakan masa tayangan untuk setiap transparensi. Transparensi yang

mudah boleh ditukar dengan cepat dan sebaliknya. (xiii) Gunakan teknik tindih-tindih untuk memisahkan bahagian-bahagian

sesebuah tajuk yang kompleks (xiv) Gunakan dakwat kekal jjika transparensi yang sama akan digunakan

berulang kali. (xv) Lebih baik ilustrasi yang kompleks dilukiskan terlebih dahulu di atas

kertas dan kemudian ditekap ke lutsinar. (xvi) Nombor transparensi yang akan digunakan mengikut susunannya untuk

memudahkan penyampaian. (xvii) Gunakan warna yang berlainan untuk memberikan tekanan ke atas

perkara yang penting. (xviii) Galakkan penyertaan dan perbincangan yang aktif daripada pelajar.

4.3.1.7 Kelebihan dan kelemahan overhed projektor dan transparensi dalam pendidikan

Projektor Overhed dan transparensi mempunyai kelebihan dan kekurangan, antara kelebihannya adalah:

(i) Ia boleh disediakan dengan mudah dan harganya juga murah

Page 27: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 27

(ii) Ia boleh disediakan lebih awal untuk memberikan masa yang lebih semasa penyampaian. Bahkan bahan yang sukar dan rumit dapat disampaikan dengan cekap dan memudahkan kefahaman pelajar perkara yang kompleks dan abstrak.

(iii) Memberi keselesaan semasa penyampaian. Guru dapat menyesuaikan kadar kecepatan penyampaian dengan kadar murid menerima pengajaran.

(iv) Bahan pengajaran yang telah siap disusun menjadikan penyampaian lebih sistematik dan teratur. Ini memudahkan soal jawab secara berkumpulan.

(v) Ia adalah tahan lasak, mudah difailkan dan boleh digunakan berulang kali.

(vi) Penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai cara untuk menggalakkan perbincangan dan penglihatan pelajar.

(vii) Transparensi lebih bersih berbanding dengan papan kapur (viii) Sesuai bagi berbagai saiz pelajar (ix) Penggunaan transparensi dapat membantu pelajar memahami sesuatu

dengan lebih mudah, cepat serta jitu tanggapannya. (x) Guru dapat menyampaikan fakta atau maklumat secara berperingkat dan

lebih sistematik (xi) Guru menghadap murid dan ini dapat mengawal dan dapat tumpuan

murid. (xii) Ia boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan

menarik perhatian pelajar. (xiii) Pertembungan mata antara guru dengan pelajar berlaku disepanjang

masa pengajaran. Sebarang reaksi pelajar boleh dilihat oleh guru dan guru boleh mengubahsuai penyampaiannya ketika itu juga tanpa membelakangi pelajar.

(xiv) Projektor OHP lebih tahan lasak dan mudah dikendalikan dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam.

Manakala kelemahan penggunaan projektor overhed dan transparensi adalah : (i) Saiz huruf yang kecil menjadikan masalah untuk dilihat (ii) Imej yang dipancarkan menghadapi masalah ‘keystone’ disebabkan oleh

kedudukan mesin yang tidak sesuai.

Page 28: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

28

(iii) Memerlukan kemahiran dan pengetahuan di dalam menghasilkan transparensi yang baik dan bermutu tinggi.

(iv) Beberapa alatan diperlukan jika transparensi yang lebih canggih atau kompleks ingin dihasilkan.

(v) Guru perlu masa yang lebih untuk menyediakan transparensi yang canggih.

(vi) Transparensi ini Cuma hanya dapat digunakan dengan bantuan mesin OHP

(vii) Guru mesti ada kemahiran dalam pengendalian alatan dan penghasilan bahan-bahan transparensi.

4.3.1.7 Layar Tayang ( Skrin)

Layar tayang (screen) merupakan satu lagi keperluan utama untuk menggunakan media tayang. Pada hari ini terdapat 2 kategori layar tayang yang digunakan bersama dengan media. Kategori yang pertama adalah layar tayang yang lut cahaya dinamakan “tayang belakang ( rear screen). Layar tayang jenis ini tontonannya boleh dilakukan di dua belah layar tayang tersebut. Penonton boleh menonton dari belakang dan juga dari bahagian depan layar. Kategori yang keduanya adalah layar tayang jenis tayangan depan yang sering digunakan di sekolah. Layar tayang jenis ini terdiri dari beberapa jenis permukaan pantulan cahaya yang perlu dipilih untuk kesesuai kita. Ia berbeza pada saiz, bahan dan fungsinya. Ada yang menggunakan elektrik dan ada yang berbentuk manual. Jenis layar tanyang yang kerap digunakan di sekolah terdiri daripada jenis layar tayang berikut.

(a) Layar Tayang jenis Matt

Materialsnya jenis kain tebal atau kanvas yang mempunyai permukaan putih dan licin. Layar tayang jenis ini kurang membalikan cahaya yang banyak jika dibandingkan dengan layar tayang yang lain. Layar tayang jenis matt ini sesuai digunakan pada bilik yang pendek dan lebar.

Page 29: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 29

(b) Layar Tayang jenis Glass Beaded Layar tayang jenis “ glass beaded” ini didapati gambar atau imejnya lebih terang daripada layar tayang Matt. Permukaan putihnya disemburkan dengan serbuk kaca yang hampir menyerupai kertas pasir. Banyak digunakan kerana sinaran arcanya lebih terang seperti kaca ketika terkena cahaya. Layar jenis ini sesuai digunakan pada bilik yang sempit dan panjang. (c) Layar Tayang jenis Silver Metalled Layar tayang jenis “Silver Metalled”didapati jenis yang terbaik antara layar tayang yang lain. Ia berupaya memberi balikan cahaya yang baik dan mempunyai pengunjuran imej yang berkualiti.

4.3.1.8 Penempatan Layar Tayang ( Skrin)

Majoriti dari sekolah menggantungkan layar tayangnya di papan hitam. Lokasi ini sungguh pun baik bagi sudut tontonan tetapi menyukarkan guru mengguna dan menulis maklumat di papan hitam apabila diperlukan. Guru akan membuka layar tayang apabila diperlukan dan akan menutupnya balik apabila beliau ingin meng-gunakan papan hitam untuk mencatitkan maklumat pelajarannya. Keadaan ini akan berterusan disepanjang pengajaran dan boleh mengganggu kelicinan penyampaiannya.

Lokasi layar tayang yang paling ideal seelok-eloknya diletakkan di sudut kanan bilik darjah. Pastikan layar yang digantung itu berada di sebelah kanan

Rajah 4.11: Layar Tayang Jenis Matt

Rajah 4.12: Layar Tayang Jenis Glass Beaded

Page 30: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

30

guru semasa berhadapan dengan pelajarnya. Ini memudahkan guru membuat pergerakan dari menggunakan OHP dan mencatitkan maklumat di papan hitam dan sebaliknya tanpa membuka atau menutup layar tayang tersebut.

Penempatan layar tayang ini juga jika diletakkan di aras yang lebih tinggi dan tidak berada pada sudut tegak imejnya akan jadi herot dan berlaku kesan keystone (keystone effect) yang membuat tontonan kurang baik. Cara untuk membetulkan keadaan kesan keystone ini kedudukan layar tersebut perlu dibetulkan dengan mempastikan imej tayangan di layar tayang berada pada sudut tegak sebagaimana dinyatakan di rajah berikut.

Rajah 4.14: Kesan Keystone Rajah 4.15: Membetulkan imej dari Kesan Keystone

Rajah 4.13 :Penempatan Skrin di Bilik Darjah

Layar tayang

Papan Hitam

Ruang kawasan tontonan yg baik

Page 31: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 31

Untuk mempastikan pelajar dapat menonton tayangan yang baik selain dari membetulkan kesan keystone itu, kedudukan layar tayangnya juga perlulah berada pada jarak jauh yang sesuai. Formula piawai umum yang boleh digunakan tentang jarak jauh layar tayang dengan penonton adalah pada kadar 2-8T saiz layar tayang. Bermakna penonton yang berada di baris hadapan seelok-eloknya berada tidak kurang dari dua kali ganda saiz tinggi layar tayang. Jika tinggi layar tayang (T) adalah 8 kaki, jarak jauh penonton di baris hadapan dengan layar tayang seelok-eloknya berada pada kadar 16 kaki. Begitu juga pada penonton yang berada di barisan belakang, jarak jauh yang piawainya adalah pada kadar lapan kali ganda saiz tinggi layang tayang. Bermakna jarak antara layar tayang dengan penonton di baris belakang seelok-eloknya berada pada jarak 64 kaki.

Selain daripada panduan yang diberikan di atas, peraturan 6 PW juga boleh digunakan untuk menentukan jarak tayangan OHP yang paling sesuai untuk penglihatan pelajar yang duduk di barisan belakang.

Rajah 4.16: Kedudukan audien mengikut peraturan 6 PW

Page 32: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

32

Dalam ertikata lain sekiranya lebar skrin adalah 7 kaki dan imej di skrin selebar 7 kaki, tiada siapa yang harus melihatnya dari jarak 42 kaki (6 x 7 = 42). Kebanyakkan bilik darjah, bilik mesyuarat dan bilik kuliah yang mempunyai skrin tetap menggunakan nisbah ini, tetapi elok juga anda semak kepastiannya. Sekiranya visual anda menggunakan peraturan 6 PW ini dan ianya memenuhi seluruh skrin ia akan dapat dilihat dengan jelas

4.3.2.2 Alat Tayang Visualizer

Alat tayang Visualizer juga boleh berfungsi sebagai mesin Projektor Overhead ( OHP) yang menggunakan komputer untuk menayangkan imej atau data yang terdapat di helaian transparensi atau dari buku ke layar putih melalui LCD ( Papan Hablur Cecair) yang dijanakan oleh komputer.

Kelebihan visualizer berbanding dengan OHP yang lain adalah tentang kemampuannya menyimpan dan menayangkan balik maklumat yang telah dirakamkan diulangi. Kedua ia berupaya untuk membesar atau mengecilkan imej dan ketiga ia boleh menayangkan imej bahan relia untuk tontonan semua pelajar di bilik darjah.

4.3.2 Projektor Slaid

Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor

Rajah 4.17 : Alat Tayang Visualizer

Page 33: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 33

slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi slaid (pandang/ visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif Slaid ini dimasukkan ke dalam talam slaid yang boleh menampung sehingga 100 keping slaid.

Rajah 4.18 : Projektor Slaid (Sharifah Alwiyah AlShagoff, 1992 )

Slaid sesuai digunakan bagi pengajaran kumpulan besar atau individu. Ianya membawa pengukuhan dalam bentuk realiti ke layer skrin, contohnya gambar planet, lautan bahagian dalaman jentera dan objek-objek lain yang sukar untuk diperlihatkan dalam bilik darjah.

4.3.2.1 Jenis-jenis Projektor Slaid

Terdapat pelbagai jenis Projektor Slaid antaranya adalah : a) Jenis Manual Ia adalah jenis biasa yang murah serta mudah digunakan. Kepingan slaid diletakkan satu persatu pada lengan penukar slaid dan lengan itu ditolak ke dalam alur pancaran untuk mengeluarkan imej slaid itu di atas skrin.

Page 34: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

34

Rajah 4.19 : Projektor Slaid jenis Manual

(b) Jenis separuh automatik

Ia mengandungi satu bekas pemegang slaid yang dapat menyimpan banyak

kepingan slaid iaitu 36,40,80 keping. Pengguna hanya perlu menekan punat

penggerak depan untuk mula mengunjurkan slaid itu satu persatu atau punat

penggerak undur untuk mengunjur semula slaid-slaid tersebut

Rajah 4.20: Projektor Slaid jenis Separuh Automatik

Page 35: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 35

(c) Jenis automatik sepenuhnya Ia mempunyai ciri-ciri tambahan seperti fungsi pergerakan secara automatik seperti penukaran slaid secara automatik, jangkamasa unjuran setiap slaid boleh diprogramkan dan penentuan fokus setiap slaid dilakukan secara automatik. Terdapat projektor slaid yang dilengkapi kemudahan tambahan seperti kebolehan adunan suara/audio dan fungsi-fungsi program yang lain.

Rajah 4.21: Projektor Slaid jenis Automatik sepenuhnya

4.3.2.2 Kebaikan dan kelemahan projektor slaid

Antara kelebihan menggunakan projektor Slaid adalah seperti berikut :

(i) Sebagai kemudahan teknik fotografi dapat digunakan;

(ii) Urutan slaid boleh diatur mengikut keperluan tertentu;

(iii) Program dapat diperbaharui tanpa melibatkan pertukaran besar atau

tidak perlu menggunakan peralatan mahal;

(iv) Gambar-gambar slaid boleh diambil dengan menggunakan sebarang

kamera 35mm;

(v) Masa untuk mempamerkan slaid dapat dikawal sepenuhnya oleh guru;

dan

Page 36: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

36

(vi) penerangan boleh dijalankan secara sendiri atau suara telah dirakamkan

selaras dengan tayangan.

Manakala, antara kelemahannya adalah seperti berikut :

(i) Pergerakan yang bersambung tidak dapat ditunjukkan;

(ii) Tidak boleh bergerak walaupun mempunyai gambar atau suara; dan

(iii) Topik pengajaran yang memerlukan penglihatan bergerak tidak sesuai

diajar dengan slaid

4.3.3 Projektor Legap

Projektor legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar, gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

Rajah 4.22: Projektor Legap (Sharifah Alwiyah AlShagoff,1992) 4.3.3.1 Kebaikan dan kelemahan Projektor Legap

Antara kelebihan menggunakan Projektor Legap adalah seperti berikut :

Page 37: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 37

(vii) Tidak melibatkan penerbitan bahan, memudahkan tayangan serta merta

seperti menayangkan peta, bahan daripada surat khabar, ilustrasi

daripada buku atau majalah;

(viii) Memudahkan persembahan kerja berkumpulan pelajar;

(ix) Memudahkan penayangan bahan 3 Dimensi, tayangan objek 3 Dimensi

boleh diiperbesarkan bagi tujuan pemeriksaan secara jarak dekat;

Manakala, antara kelemahannya adalah seperti berikut :

(i) Kekaburan, bahagian-bahagian yang tidak gelap sepenuhnya tidak

sesuai untuk tayangan legap;

(ii) Projektor Legap bersaiz besar dan berat sukar untuk dipindahkan; dan

(iii) Lampu berkuasa tinggi yang digunakan menghasilkan haba yang

menyebabkan sebahagian projektor tidak selamat untuk disentuh.

4.3.4 Filmstrip / Mikro Filem

Mikrofilem adalah bentuk filem mikro (mikroform) yang digunakan untuk menyimpan maklumat. Bisanya, bahan tayang kaku ini terdapat di pusaat-pusat sumber khususnya di bahagian kaunter perpustakaan. Ia digunakan untuk mengesan maklumat atau bahan yang terdapat di pusat sumber. Di negara-negara luar, bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pengajaran individu atau kumpulan.

Mikrofilem adalah filem gulung yang menyerupai filem jalur. Biasanya ia mempunyai saiz 16mm, 35mm, 70mm atau 1-5mm dan disimpan dalam bentuk gelendung terbuka, kaset atau katrij. Ia digunakan untuk menyimpan maklumat bercetak (teks dan visual) daripada akhbar, majalah, dokumen penting dan esilopedia. Maklumat daripada sumber-sumber ini diambil gambar dan disimpan dalam bentuk mikrofilem. Satu bingkai mikrofilem boleh menyimpan satu muka surat maklumat. Maklumat ini menjadi lebih kecil apabila ditukarkan kepada

Page 38: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

38

bentuk mikrofilem. Untuk menggunakannya, ia memerlukan alat mirofilem. Mikrofilem dapat mengatasi masalah ruang dalam pusat sumber.

Rajah 4.23: Jenis-jenis mikro filem/ filmstrips 4.3.4.1 Kebaikan dan kelemahan Filmstrips / mikro filem Antara kelebihan menggunakan Filmstrips / mikro filem adalah seperti berikut : (i) ia dapat mengurangkan masalah ruang. (ii) ia serba guna. Dalam satu format, filem mikro ini boleh menyimpan dan

mengesan semula maklumat yang berbentuk teks, visual dan grafik. (iii) ia boleh mengatasi masalah kehilangan atau kerosakkan ke atas bahan

seperti majalah, surat khabar dan sebagainya. (iv) ia mudah disimpan dan dipindahkan ke tempat lain. (v) ia juga lebih murah untuk dihantar ke pusat pusat sumber yang lain. (vi) ia sesuai digunakan untuk pengajaran individu dan kumpulan.

Page 39: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 39

Manakala, antara kelemahannya adalah seperti berikut : (i) sukar untuk mengemaskini maklumat dan membuat salinan sesuatu

maklumat tertentu dalam bentuk mikrofilem. (ii) bahan yang dicetak adalah kurang jelas.

4.3.5 Projektor LCD

Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor untuk kegunaan audian secara berkumpulan. Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar. Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam video, perakam kamera dan pemainan VCD atau DVD.

Rajah 4.24: Penggunaan projektor LCD

Page 40: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

40

4.3.5.1 Ciri ciri Projektor LCD

Nama Fungsi Connector Ports Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan Projector Control Panel Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor

Remote Control Receiver Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor

Lens Focus Ring Cincin pemutar penyelaras lensa fokus Lens Zoom Ring Cincin pemutar penyelaras lensa zoom Elevator Foot Button Butang penyelaras ketinggian kaki projektor

Lamp Monitor Penunjuk samada lampu dalam projektor samada sedang warming up , menyala atau cooling down

Operating Monitor Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau sedang menerima isyarat daripada alat kawalan jauh.

Power Cord Connector Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik

Power Switch Menghidup atau mematikan LCD

Page 41: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 41

Rajah 4.25: Bahagian-bahagian Projektor LCD

4.3.5.2 Pengoperasian Projektor LCD

Langkah-langkah untuk mengoperasikan Projektor LCD adalah seperti berikut :

(i) Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat pada skin paparan

(ii) Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer.

(iii) On kan LCD dan komputer (iv) Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat

ketepatan imej yang dipancarkan. (v) Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator

yang terletak di bahagian depan. (vi) Untuk mendapatkan imej yang lebih jelas, laraskan Lens Focus Ring.

Page 42: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

42

4.3.5.3 Penyambungan Projektor LCD ke komputer

Rajah 4.26: Penyambungan Projektor LCD ke komputer

Page 43: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 43

Rajah 4.27: Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD, Kamera Video Dan Pembesar Suara Luaran

Page 44: Bab4 visual tayang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

44

4.3.5.4 Panduan penjagaan Projektor LCD

Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projektor, biarkan sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali lagi.

Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian.

Pastikan tiada objek mudar terbakar berdekatan dengan projector kerana setelah lama dibuka, ia akan menjadi panas.

Biarkan projektor seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya. Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk. Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi

komponen yang mudah pecah.

4.4 TUGASAN

Hasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan transparensi dengan menggunakan pelbagai teknik persembahan yang bersesuaian.

4.5 RINGKASAN

Walaupun pelbagai kaedah tayangan visual yang moden semakin mendapat tempat masakini, pelajar perlu mengetahui kaedah-kaedah tradisional tayangan visual seperti penggunaan projektor legap, projektor slaid, filmstrips dan transparensi bersama projektor overhed bagi mengetahui perkembangan peralatan tayangan visual.

ACTIVITY