bab 4 variasi dalam vokal

Upload: damon-copeland

Post on 01-Jun-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    1/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    1

    Bab 4

    Variasi Bunyi Vokal

    Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat

    a. mengenal jenis-jenis vokal dalam bahasa Melayu dan mempelajari cara

    membunyikan vokal tersebut

     b. membezakan antara vokal panjang dan vokal pendek

    c. mengenal diftong dalam bahasa Melayu dan cara menghasilkannya

    d. memahami kewujudan konsep triftong dalam bahasa

    Garis latar modul

    4.1.Pengenalan4.2.Vokal dalam bahasa Melayu

    4.3.Jenis-jenis Vokal

    4.4.Bunyi vokal panjang dan pendek

    4.5.Bunyi diftong

    4.6.Bunyi triftong dalam bahasa

    Istilah penting

    Ringkasan

    Rujukan

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    2/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    2

    Aspek penyuaraan bunyi penting dalam bahasa.Bunyi bahasa dihasilkan dalam bentuk ujaran

    secara terus-menerus dan tidak berputus-putus.Secara umumnya, bunyi-bunyi yangdihasilkan dapat dibahagikan kepada dua bunyi utama, iaitu vokal dan konsonan.Cara

     pembahagian bunyi bahasa kepada dua jenis ini merupakan kaedah tradisional yang sudah

    lama digunakan dalam kajian fonetik dan fonologi.

    Terdapat beberapa variasi dalam bunyi vokal.Misalnya, ada bunyi vokal yang panjang dan

    ada pula yang biasa, iaitu bunyinyayang pendek.Hal ini bermakna vokal boleh dibunyikan

     pendek dan panjang dalam bahasa, termasuk dalam bahasa Melayu.Bunyi vokal yang

    dihasilkan itu berbeza-beza bunyinya bergantung pada kedudukan organ seperti lidah, mulut

    khususnya bibir dan lelangit lembut semasa vokal tertentu dilafazkan.

    Selain vokal, terdapat gabungan dua jenis bunyi vokal yang disebut sebagai diftong dan

    triftong.Kedua-dua bunyi tersebut penting juga dikaji di samping vokal dalam bahasa.Diftong

     bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan pula oleh dua lambang vokal.Terdapat tiga

    diftong dalam bahasa Melayu, iaitu [ai], [oi], dan [au].

    Apakah maksud vokal?Vokal ialah sejenis bunyi bahasa yang dihasilkan tanpa mengalami

    sekatan arus udara.Bunyi bahasa ini dihasilkan apabila arus udara dari paru-paru keluar

    secara bebas melalui rongga mulut tanpa sekataan atau gangguan.Oleh hal yang demikian,

    vokal ialah sejenis bunyi yang bersuara apabila dihasilkannya.Kebanyakan vokal dihasilkan

    apabila udara keluar melalui rongga mulut. Dengan demikian udara tidak keluar melalui

    rongga hidung kerana disekat daripada keluar melalui rongga hidung.

    Semua bahasa dunia mempunyai vokal, dan vokal memainkan peranan utama dalam fonetik

     bahasa Melayu dan menjadi nadi bunyi dalam urutan suku kata.Vokal membentuk suku kata

    dan biasanya wujud sebelum atau selepas

    konsonan.Vokal merupakan bunyi oral, iaitu bunyi

    yang dikeluarkan melalui rongga mulut. Namun, ada

    sebilangan dinasalkan seperti perkataan nyanyi [ ɲa ɲi].

    Dalam perkataan nyanyi didapati vokal /a/dinasalkan

    seperti [ã] apabila dilafazkan perkataan tersebut.Fonem

    yang dinasalkan ditandakan dengan lambang [~].

    Salah satu sistem untuk menghuraikan vokal, iaitu

    cardinal vowels(vokal kardinal) pernah diperkenalkanoleh Daniel Jones, ahli fonetik Inggeris yang

    4.1 Pengenalan

    Gambar 4.1 Daniel Jones

    4.2 Vokal dalam bahasa Melayu

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    3/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    3

    terkenal.Vokal kardinal ialah suatu set vokal rujukan bagi vokal yang ditetapkan nilai fonetik

    (Richard Ogden, 2009). Melalui sistem ini, Jones mencadangkan lapan vokal kardinal untuk

    menjadi titik rujukan bagi ahli fonetik.Kaedah pengkelasan ini merupakan sistem terbaik

    yang pernah dihasilkan. Lapan bunyi vokal yang dikenal sebagai vokal kardinal utama terdiri

    daripada vokal yang berikut:1.  [i] 5. [ ɒ]

    2.  [e] 6. [ɔ]

    3. 

    [ε] 7. [o]

    4. 

    [a] 8. [u]

    Lihat Rajah Kardinal yang diperkenalkan oleh Jones pada tahun 1930 dalam Rajah 4.1.

    Rajah 4.1: Sistem vokal kardinal yang diperkenalkan

    oleh Jones

    Vokal merupakan bunyi bersuara yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui

    rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan.Klasifikasi bunyi vokal ditentukan berdasarkan kedudukan lidah dan bentuk bibir.Vokal dalam bahasa Melayu pula dapat

    dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

    a.  vokal depan

     b. 

    vokal tengah

    c. 

    vokal belakang

    Kedudukan vokal tersebut ditentukan oleh kriteria yang berikut:

    a. 

     peranan lidah, sama ada depan, tengah atau belakang

     b. 

    ketinggian lidah semasa dinaikkan

    c. 

    kedudukan bibir, sama ada bundar atau terhampar

    d.  keluasan pembukaan antara rahang

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    4/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    4

    Vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang mempunyai vokal [i], [e], [ɑ], [ ɒ],

    [Ə],[o],[ɔ] dan [u] yang dapat dilambangkan oleh huruf a, e, i, o, dan u. Kedudukan vokal

    tersebut dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 4.2.

    Rajah 4.2Kedudukan vokal dalam bahasa Melayu

    Hadapan Tengah Belakang

    sempit [i] [u] belakang sempit

    separuh sempit [e] [o] separuh sempit

    [ə]

    separuh luas [ ε] [ɔ] separuh luas

    luas [ɑ] [ ɒ ] luas

    Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4.2, dalam pertuturan terdapat sembilan jenis vokal,

    iaitu empat vokal hadapan ([i], [e], [ε] dan [ɑ])satu vokal tengah ([ə]), dan tiga jenis vokal

     belakang ([u], [o], [ɔ])dalam bahasa Melayu. Bagi vokal [e], dan [ε], tidak ada huruf yang

    khusus dalam sistem tulisan bahasa Melayu.Huruf /e/ digunakan bagi melambangkan bunyi-

     bunyi tersebut.Manakala, untuk melambangkan bunyi [ɔ], fonem /o/ digunakan.Vokal-vokal

    ini hanya wujud dalam dielak-dialek Melayu dan biasanya bunyi ini dianggap kelainan bagi

    vokal [e], [e] dan [o]. Hal ini juga bermaksud bahawa bunyi-bunyi tersebut tidak termasuk

    dalam sebutan baku bahasa Melayu. Seterusnya, dijelaskan cara membunyikan sembilan

     jenis vokal tersebut dalam bahasa Melayu.

    4.3. Jenis-jenis vokal 

    1. 

    Apa itu vokal?2.  Kriteria apakah yang menentukan kedudukan vokal?

    3. 

    Layari laman sesawang yang berikut yang menerangkan cara menghasilkan

    vokal cardinal yang diperkenalkan oleh Daniel Jones.

    http://www.youtube.com/watch?v=6UIAe4p2I74 

    http://www.youtube.com/watch?v=6UIAe4p2I74http://www.youtube.com/watch?v=6UIAe4p2I74http://www.youtube.com/watch?v=6UIAe4p2I74

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    5/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    5

    a.  Vokal depan

    Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [ε] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan 

     bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir.Daerah artikulasi yang terlibat

    ialah lelangit keras.

      Vokal depan sempit [i]

    Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada

    titik yang paling tinggi di bahagian hadapan mulut.Lihat Rajah

    4.3.Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak lalu

    ditutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil

    menggetarkan pita suara.Ketika melafazkan bunyi ini, bibir berada

     pada kedudukan terhampar.Kedudukan lidah ini adalah pada

    kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut.

    Rajah 4.3Vokal depan sempit [i]

    Contoh penggunaan bunyi vokal depan [i] dalam bahasa Melayu

    itik [itiʔ]

     pilu [pilu]

    silu [silu]

      Vokal depan separuh sempit [e]

    Untuk menghasilkan bunyi vokal [e], hadapan lidah dinaikkan

    tetapi tidak setinggi seperti untuk membunyikan vokal [i].Lelangit

    lembut pula dinaikkan rapat ke belakang tekak dan untuk menutup

    rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil

    menggetarkan pita suara.Ketika bunyi ini dihasilkan, bibir pula

     pada kedudukan terhampar.Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak sederhana. Lihat Rajah 4.4 yang menunjukkan cara

     bunyi vokal [e] dihasilkan.

    Rajah 4.4 Vokal depan separuh sempit [e]

    Contoh penggunaan bunyi vokal depan [e] dalam perkataan Melayu

    elok [eloʔ]

    semak [semaʔ]

    sate [sate]

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    6/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    6

      Vokal depan separuh luas [ε]

    Vokal ini dihasilkan apabila depan lidah diturunkan dua pertiga dari

    kedudukan semasa melafazkan bunyi [e].Lelangit lembut puladinaikkan rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung

    ditutup.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan

     pita suara.Ketika bunyi ini dihasilkan, bibir dalam kedudukan

    terhampar. Lihat Rajah 4.5 yang menunjukkan cara bunyi ini

    dihasilkan.

    Rajah 4.5 Vokal depan separuh luas [ε]. 

    Contoh penggunaan bunyi vokal depan separuh luas [ε] dalam perkataan Melayu

    elok [εloʔ]

    leher [lεhεr]

    modal [modε]

    (Bunyi vokal separuh luas ini sering digunakan dalam dialek-dialek yang terdapat di

    Malaysia, seperti dialek Kedah).

     

    Vokal depan luas [a]

    Vokal ini dihasilkan apabila depan lidah diturunkan ke titik yang paling

     bawah di rongga mulut. Pucak dari depan lidah ditarik ke belakang

    sedikit. Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak dan rongga

    hidung ditutup.Udara pula keluar melalui rongga mulut dan pita suara

    digetarkan.Ketika bunyi vokal dilafazkan bibir dalam kedudukan

    terhampar. Lihat Rajah 4.6 yang menunjukkan cara bunyi ini dihasilkan.

    Rajah 4.6 Vokal depan luas [a]

    Contoh penggunaan bunyi vokal depan luas [a] dalam bahasaMelayu

    alat [alat]

    dagu[dagu]

    sila [sila]

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    7/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    7

    b.  Vokal tengah [ə]

    Terdapat satu vokal tengah, iaitu vokal tengah pendek [ə] dalam bahasa

    Melayu.Untuk menghasilkan vokal tengah [ə], lidah diletakkan pada

    lantai rongga mulut.Bibir terbuka, tetapi tidak terlalu luas.Udara melaluirongga mulut dan terhasillah bunyi vokal [ə]. Lihat Rajah 4.7yang

    menunjukkan cara bunyi vokal ini dihasilkan.

    Rajah 4.7 Vokal Tengah[ə]

    Contoh penggunaan bunyi vokal tengah [ə] dalam perkataan Melayu

    emak [əmaʔ]

    lebah [lə bah]

    ape [apə] (dalam dialek Johor Riau)

    c.  Vokal belakang

    Terdapat empat vokal belakang, iaitu vokal [u], [o], [ɑ], dan [ɔ] dalam bahasa Melayu.Alat

    artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal ini termasuk lidah dan lelangit

    lembut.Daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.Rongga mulut dan saiz bukaan

    mulut menentukan kadar bukaan luas (Indirawati Zahid dan Maridan Shah Omar, 2006).

      Vokal belakang sempit [u]

    Vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin

    seperti merapati lelangit keras.Walau bagaimanapun tidak ada sekatan

    udara yang berlaku.Lelangit lembut pula dinaikkan rapat kepada

     belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Oleh itu, udara keluar melalui

    rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Apabila bunyi ini

    dilafazkan, bibir berada dalam kedudukan bundar. Lihat Rajah 4.8yang

    menunjukkan carabunyi vokal ini dihasilkan.

    Rajah 4.8 Vokal Belakang Sempit[u] 

    Contoh penggunaan bunyi vokal belakang sempit [u] dalam perkataan Melayu

    ulat [ulat]

    suka [suka]

     bisu [bisu]

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    8/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    8

      Vokal belakang separuh sempit [o]

    Vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit dari titik paling

    tinggi ketika menghasilkan bunyi [u].Lelangit lembut pula dinaikkan

    rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Udara pulakeluar melalui rongga hidung dengan menggetarkan pita suara.Apabila

     bunyi vokal ini dihasilkan, bibir berada dalam kedudukan bundar. Lihat

    Rajah 4.8 yang menunjukkan cara bunyi vokal separuh sempit ini

    dihasilkan.

    Rajah 4.8 Vokal belakang separuh sempit [o]

    Contoh penggunaan bunyi vokal separuh sempit [o] dalam perkataan Melayu

    otak [otaʔ]

     boros [boros]

    sos [sos]

      Vokal belakang separuh luas[ɔ]

    Bunyi vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan lebih

    rendah sedikit ketika vokal sempit [o] dihasilkan.Lelangit lembut

    diangkat rapat ke belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Udarakeluar melalui rongga mulut dan pita suara digetarkan.Bibir dalam

    keadaan bundar.Lihat Rajah 4.9 yang menerangkan hal tersebut.

    Rajah 4.9 Vokal belakang separuh luas [ɔ]

    Contoh penggunaan bunyi vokal belakang separuh luas [ɔ]dalam perkataan Melayu

     berbohong [bɔrak] (dialek Kedah)mati [tumpɔ] (dialek Bota Perak)

    (Dipetik daripada Fonetik dan Fonologi oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah

    Omar, 2006)

    (Bunyi vokal ini hanya digunakan dalam dialek seperti dialek Kedah, Perak).

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    9/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    9

      Vokal belakang luas [ɑ] 

    Vokal belakang luas [ɑ] dihasilkan apabila belakang lidah diletakkan di

    titik paling bawah dan jauh ke belakang secara terus-menerus.Lelangit

    lembut pula dinaikkan ke belakang tekak.Rongga hidung ditutup.Udara pula keluar melalui rongga mulut dan pita suara digetarkan.Ketika

     bunyi vokal ini dihasilkan, bibir berada dalam kedudukan bundar. Lihat

    Rajah 4.10 yang menunjukkan cara vokal belakang luas [ɑ] dihasilkan. 

    Rajah 4.10 Vokal belakang luas [ɑ] 

    Secara ringkasnya, kedudukan lidah ketika bunyi-bunyi vokal tersebut dihasilkan dapat

    ditunjukkan seperti dalam Rajah4.11.

    Rajah 4.11 Kedudukan Lidah Ketika melafazkan Bunyi Vokal

    Sumber:  Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. Fonetik dan Fonologi, 2006.

    Apabila bunyi vokal dihasilkan, kedudukan bibir akan berubah mengikut bunyi yang akan

    dihasilkan. Misalnya, bibir akan menjadi leper semasa bunyi vokal [i] dihasilkan, dan bibir

    akan dibundarkan apabila bunyi [ɔ] dihasilkan. Kedudukan bibir semasa menghasilkan vokaldalam bahasa Melayu dihuraikan seterusnya.

    a.  Vokal depan sempit [i]

    Bunyi vokal depan sempit dihasilkan kerana hujung lidah dinaikkan setinggi yang

     boleh ke hadapan semasa kedua-dua bibir berada dalam keadaan leper dan dibuka

    sempit.

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    10/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    10

     b.  Vokal depan luas [o]

    Bunyi vokal depan luas dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan serendah yang

     boleh ke hadapan semasa kedua-dua bibir yang berbentuk leper dan dibuka luas.

    c. 

    Vokal depan separuh sempit [e ]Bunyi vokal depan separuh sempit dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan satu per

    tiga ( di antara jarak kedudukan lidah bagi menghasilkan vokal depan sempit dengan

    vokal depan luas) ke hadapan semasa kedua-dua bibir berbentuk leper dan dibuka

    separuh sempit.

    d. 

    Vokal depan separuh luas [ɔ]

    Bunyi vokal depan separuh luas dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan dua per

    tiga ke hadapan semasa kedua-dua bibir berbentuk separuh luas.

    e. 

    Vokal belakang luas [ ɑ]

    Bunyi vokal belakang luas dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan sedikit ke

     belakang semasa kedua-dua bibir dileperkan dan dibuka luas.

    f.  Vokal belakang sempit [u ]

    Bunyi vokal belakang sempit dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke atas

    setinggi yang mungkin semasa kedua-dua bibir berbentuk bundar dan dibuka sempit.

    g. 

    Vokal belakang separuh luas [ ε]

    Bunyi vokal separuh luas dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke tahap yangsama dengan kedudukan hujung lidah untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh

    luas semasa kedua-dua bibir dibundarkan dan dibuka separuh luas.

    h.  Vokal belakang separuh sempit [ e ]

    Bunyi vokal separuh sempit dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke tahap yang

    sama dengan kedudukan hujung lidah untuk menghasilkan bunyi vokal separuh

    sempit semasa kedua-dua bibir berbentuk bundar dan dibuka separuh sempit.

    Vokal tengah [ə] tidak termasuk dalam jenis vokal kardinal. Namun, cara vokal tengah

    dihasilkan dapat diterangkan. Menurut Abdullah Hassan (2001), vokal tengah dihasilkan

    dengan lidah terhampar di lantai rongga mulut. Bahagian tengah lidah diangkat sedikit.Oleh

    itu, vokal ini disebut vokal tengah.Udara keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan.

    Huraian bunyi vokal yang berdasarkan kedudukan rongga mulut khususnya kedudukan bibir

    dapat diperhatikan secara langsung semasa bunyi-bunyi vokal tersebut dihasilkan.Kedudukan

    organ lain tidak dapat diperhatikan, seperti lelangit lembut dan lidah tidak dapat diperhatikan

    semasa vokal-vokal dihasilkan.Kedudukan bentuk bukaan bibir apabila bunyi vokal

    dilafazkan dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 4.12.

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    11/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    11

    Rajah 4.12Bentuk Bukaan Bibir

    Sumber:  Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. Fonetik dan Fonologi, 2006.

    1.  Vokal dalam bahasa Melayu dibahagian kepada …………………,

    …………………., dan ………………………… 

    2. 

    Lengkapkan rajah di bawah ini dengan bunyi vokal yang sesuai:

    Jenis vokal depan tengah belakang

    sempit

    separuh

    sempit

    separuh luas

    luas

    3.  Terangkan bagaimana vokal tengah [Ə] dihasilkan?

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    12/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    12

    Dalam bahasa terdapat unsur bunyi yang panjang dan pendek, termasuk dalam vokal.Dengan

    demikian, vokal dapat dibahagikan kepada dua jenis, vokal pendek dan vokal panjang.Vokal panjang dibunyikan lebih panjang berbanding dengan bunyi vokal pendek yang dibunyikan

     pendek. Misalnya, vokal [i:] lebih panjang daripada vokal [i] dan vokal [u:] lebih panjang

    daripada vokal [u]. Vokal pendek dihasilkan dengan waktu yang sederhana, manakala vokal

     panjang dihasilkan dengan jarak waktu yang lebih panjang.Perhatikan hal ini dalam Rajah

    4.13 yang menunjukkan bentuk gelombang dan spektrogram vokal panjang dan pendek.

    Rajah 4.13 Bentuk gelombang dan spektrogram vokal panjang dan pendek

    SumberPaitoon M. Chaiyanara, Pengenalan Fonetik dan Fonologi, 2006.

    Dalam bahasa Inggeris terdapat banyak bunyi vokal pendek and lima vokal panjang. Vokal

     panjang biasanya ditandai oleh lambang vokal dan disusuli oleh tanda dua titik [:]. Contohnya

    seperti dalam kata Inggeris piece  [ piːs], bunyi vokal [i] dipanjangkan. Apabila bunyi vokal

    lebih nyaring dan lantang, lafaznya boleh dipanjangkan.

    Adakala untuk membezakan antara pasangan perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir

    sama, bunyi vokal panjang dan vokal pendek digunakan dalam bahasa Inggeris, seperti dalam

     pasangan beat [bi:t] dan bit [bɪt], foot /f ʊt/ dan food food [/fuːd/:].Ada kalanya vokal panjang

    disebut sebagai mora, iaitu unit bunyi dalam fonologi yang membentuk tekanan dalam

     bahasa.Jadi, mora merupakan unit terkecil untuk mengukur kuantiti atau kepanjangan dalam

    sistem prosodi, biasanya lebih pendek daripada satu suku kata. Prosodi ialah pola tekanan dan

    intonasi dalam sesuatu bahasa.

    Walau bagaimanapun unsur bunyi vokal panjang dan pendek tidak wujuddalam bahasaMelayu standard.Unsur mora juga tidak wujud dalam bahasa Melayu.Namun dalam dialek

    4.3. Bunyi vokal panjang dan pendek  

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    13/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    13

    Melayu, terdapat vokal panjang,iaitu bunyi vokal yang dipanjangkan bunyi seperti vokal [a:]

    dalam dialek Johor besar [besa:], vokal [Ə:] tiga [tigƏ:] dialek Pahang, dan vokal [ɔ:] sayur

    [sayɔ:] dialek Perak. Walaupun mana-mana bunyi dalam bahasa Melayu standard boleh

    dipanjangkan, namun hal ini tidak membawa apa-apa kepentingan fonemik.

    1.   Nyatakan perbezaan antara vokal pendek dan vokal panjang.

    2.  Apakah prosidi dan intonasi?

    3.  Terangkan secara ringkas tentang mora.

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    14/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    14

    Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan

    kedudukan lidah.Contohnya, [ai] dalam pandai  dan [au] dalam pulau.Oleh hal yangdemikian, diftong merupakan bunyi geluncuran, iaitu bunyi vokal pertama menggeluncur ke

    atas bunyi vokal yang kedua.Hal ini juga bermaksud dua bunyi vokal dibunyikan secara

     berturut-turut.

    4.3.1 Diftong [ai]

    Bunyi diftong [ai] dihasilkan apabila kedudukan lidah secara anggaran pada kedudukan

    ketika menghasilkan bunyi vokal depan [a] dan cepatnya beralih kepada bunyi vokal depan

    [i]. Walau bagaimanapun, bahagian depan lidah yang dinaikkan ini tidak benar-benar sampai

    ke kedudukan seperti membunyikan bunyi [i]. Hujung lidah menyentuh gigi depan pada

     bahagian bawahnya. Kedudukan lelangit lembut dinaikkan dengan pita suara bergetar.Bibir

     pula dalam kedudukan neutral dan pembukaan rahang pula dalam keadaan antara sederhana

    dan luas.

    Contoh bunyi diftong [ai] dalam bahasa Melayu

    tupai [tupai]

    sampai [sampai]

    gulai [gulai]

    4.3.2 Diftong [au]

    Bunyi diftong [au] dihasilkan apabila lidah dalam kedudukan seperti membunyikan bunyi [a]

    dan beralih cepat kepada bunyi vokal belakang [u].Walau bagaimanapun bahagian lidah tidak

     benar-benar naik seperti membunyikan bunyi [u].Bibir berubah dari kedudukan bundar

    menjadi bundar. Hujung lidah hamper-hampir sentuh gigi depan bahagian bawah dan

     pembukaan rahang antara sederhana dan luas.

    Contoh bunyi diftong [au] dalam bahasa Melayu

    kalau [kalau]

    surau [surau]

     pulau [pulau]

    4.4. Bunyi diftong 

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    15/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    15

    4.3.3 Diftong [oi]

    Bunyi diftong [oi]  dihasilkan apabila lidah mula menggeluncur pada kedudukan vokal

     belakang separuh tertutup [o] cepat beralih kepada bunyi vokal depan tertutup. Walau

     bagaimanapun, lidah tidak betul-betul sampai ke kedudukan tinggi lidah sepertimembunyikan vokal [i].Bibir dalam kedudukan bundar pada geluncuran pertama berubah

    menjadi hampar apabila hampir selesai membunyikannya.

    Contoh bunyi diftong [oi] dalam bahasa Melayu

    sepoi[sƏ poi]

    sekoi [sƏk oi]

    amboi [amboi]

    Selain diftong, terdapat satu lagi bunyi dalam bahasa yang disebut triftong.Triftong ialahgabungan tiga vokal yang merupakan bunyi yang kompleks dalam bahasa.Bunyi triftong

    dilafazkan dalam satu suku kata.Triftong berlaku dalam bahasa apabila berlaku geluncuran

    dari satu vokal ke vokal lain, dan kemudian ke vokal yang ketiga dengan pantas tanpa

    sebarang sekatan udara.Bunyi kompleks ini terdapat bahasa Inggeris seperti dalam kata hour

    [aʊər] dan power  [paʊər]. Bunyi triftong tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

    1. 

    Apakah maksud bunyi diftong?

    2.   Nyatakan tiga jenis diftong bersertakan dengan dua contohnya sekali.

    3.  Adakah yang berikut termasuk dalam bunyi diftong?

     gulai, hairan, naik, sakai, semai, misai, nilai, bangkai, baik

    4.5. Bunyi triftong 

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    16/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    16

    ISTILAH PENTING

      Vokal ialah bunyi yang bersuara apabila udara dkeluarkan melalui rongga mulut.

      Terdapat sembilan jenis vokal dalam bahasa Melayu pada kedudukan vokal depan,

    tengah dan belakang.

     

    Terdapat empat vokal depan, iaitu bunyi [i], [e], [ε] dan [a], satu vokal tengah, iaitu bunyi [Ə], dan empat vokal belakang, iaitu vokal [u], [o], [ɑ], dan [ɔ] dalam bahasa

    Melayu.

      Dalam kalangan vokal, ada yang dibunyikan pendek dan panjang, seperti dalam

     bahasa Inggeris. Unsur bunyi vokal panjang dan pendek tidak terdapat bahasa Melayu

    kecuali dalam beberapa dialek Melayu.

      Diftong merupakan gabungan dua vokal yang dilafazkan sebagai satu suku kata akibat

    geluncuran vokal pertama ke atas vokal kedua. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga

    diftong, iaitu [ai], [oi] dan [au].

      Triftong merupakan gabungan tiga vokal secara berturut-turut dalam bahasa. Jenis bunyi tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

    1.  Apakah maksud triftong? Adakah bunyi bahasa ini wujud dalam bahasa Melayu?

    2.  Bagaimana bunyi triftong berlaku?

  • 8/9/2019 Bab 4 Variasi Dalam Vokal

    17/17

     Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal

    17

    Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am Kuala Lumpur: PTS Professional

    Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006.  Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS

    Professional

     Kamus Linguistik . 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    M. Yunus Maris. 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti

     Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka

    Roach, Peter. 2009. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press