bab 2 campuran pemasaran - produk

29
BAB 2 CAMPURAN PEMASARAN SYAHIRA BINTI MD DESA

Upload: syahira-md-desa

Post on 26-Jan-2017

399 views

Category:

Marketing


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

BAB 2 CAMPURAN PEMASARAN

SYAHIRA BINTI MD DESA

Page 2: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

KONSEP CAMPURAN PEMASARAN Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen

pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran.

Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya

Page 3: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

KONSEP CAMPURAN PEMASARAN

Page 4: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK Produk adalah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang

mempunyai sifat-sifat yang dapat menarik perhatian, dapati dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan pertukaran

Kualiti poduk

Jenama

Servis penjual

Pembungkusan

Reka bentuk

Jaminan produk

Warna

Harga

PRODUK

Page 5: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : TAHAP PRODUK

Produk Teras

Produk Ketara Produk Sampingan

TAHAP

PRODUK

Page 6: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : TAHAP PRODUK PRODUK TERAS

Tahap yang paling asas adalah produk teras yang menjawab persoalan apakah yang sebenarnya atau tujuan sesuatu pembelian di buat.

Ia terdiri daripada faedah penyelesaian masalah teras yang pengguna ingin atasi apabila membeli.

Contoh: Pembelian sesebuah kereta Produa Kelisa adalah penyelesaian kepada masalah pengangkutan ke tempat kerja

PRODUK SEBENAR Iaitu faedah-faedah tambahan yang ditawarkan bersama produk. Ia

dihasilkan apabila pemasar telah menetapkan beberapa ciri-ciri seperti tahap kualiti, rekabentuk, nama, penjenamaan dan pembungkusan serta ciri-ciri lain yang berkaitan dengan produk.

Ia terdiri daripada faedah penyelesaian masalah teras yang pengguna ingin atasi apabila membeli.

Merujuk kepada ciri–ciri yang terdapat pada kereta Kelisa yang menyebabkan berlakunya pembelian seperti terdapatnya aksesori penghawa dingin, system audio yang canggih, kusyen yang lembut, warna yang menarik atau harganya lebih murah dari jenama-jenama kereta yang lain.

Page 7: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : TAHAP PRODUK PRODUK TAMBAHAN

Faedah-faedah tambahan yang ditawarkan bersama-sama produk bagi mewujudkan perbezaan di antara produk sesuatu syarikat dengan pesaing-pesaingnya seperti khidmat penghantaran, khidmat selepas jualan, kredit, jaminan dan lain-lain lagi.

Contoh: Merujuk kepada ciri-ciri tambahan yang ditawarkan bersama-sama kereta Kelisa seperti kemudahan pembayaran ansuran/kredit, deposit yang rendah, caj servis dan pembaikan yang minimum serta keramahan jurujual.

Page 8: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : KLASIFIKASI PRODUK

PRODUK PENGGUNA

• Barangan mudah beli• Barangan beli-belah• Barangan istimewa• Barangan tidak dicari

PRODUK INDUSTRI

• Bahan & bahagian ganti• Item modal• Bekalan & perkhidmatan

Page 9: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : KLASIFIKASI PRODUK PRODUK PENGGUNA

Produk pengguna adalah produk yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan peribadi, ahli rumahnya atau keluarganya.

Produk mudah beli• Produk mudah beli adalah produk dan perkhidmatan yang

kerap dibeli oleh pengguna, dibeli secara serta merta dan usaha perbandingan di dalam pembelian yang minimum

• ciri-ciri produk mudah beli adalah ia berharga murah • Produk mudah beli dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

produk asasi (produk yang dibeli secara berulang kali), produk gerak hati (produk yang dibeli dengan perancangan atau usaha yang amat sedikit) dan produk kecemasan (produk dibeli apabila terdapat keperluan yang terdesak)

Page 10: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : KLASIFIKASI PRODUK PRODUK PENGGUNA

Produk beli-belah• Produk membeli belah adalah produk yang mana pengguna

akan terlebih dahulu mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri-ciri produk, harganya dan pilihan-pilihan yang ada sebelum membelinya.

• Produk ini biasanya jarang dibeli, mahal harganya dan memerlukan banyak masa dan usaha dalam mengumpulkan maklumat serta membuat perbandingan ketika membeli.

• Contoh produk membeli belah adalah pakaian, perabot, barang kemas, kasut dan kereta

Page 11: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : KLASIFIKASI PRODUK PRODUK PENGGUNA

Produk istimewa• Produk istimewa mempunyai ciri-ciri unik dan istimewa

kepada pengguna. • Pengguna sangat setia kepada jenama yang tertentu dan

sanggup membayar pada harga yang tinggi. • Pengguna selalunya tidak membandingkan produk istimewa

sebaliknya melaburkan masa untuk mencari jurujual yang menjual produk yang dikehendaki.

• Contohnya, jenama spesifik, jenis kereta, peralatan fotografi yang berharga tinggi dan pakaian oleh pereka fesyen terkenal

Page 12: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : KLASIFIKASI PRODUK PRODUK PENGGUNA

Produk tidak dicari• Produk tidak dicari boleh dibahagikan kepada dua sebab

mengapa ia tidak dicari iaitu: Produk berada di pasaran tetapi tidak disedari

oleh pengguna. Produk sudahpun diketahui oleh pengguna tetapi pengguna

belum lagi mahu membeli, contohnya seperti ensiklopedia dan perkhidmatan derma darah.

Page 13: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : KLASIFIKASI PRODUK PRODUK INDUSTRI

Produk industri adalah produk yang dibeli untuk diproses lagi atau untuk digunakan bagi menjalankan perniagaan. Oleh itu, perbezaan di antara produk pengguna dan produk industri adalah berdasarkan kepada tujuan pembeliannya.

Bahan dan bahagian ganti.• Bahan dan bahagian ganti termasuk bahan dan bahagian

yang telah diproses. • Bahan dan bahagian yang telah diproses terdiri daripada

bahan-bahan komponen ( besi, benang, simen, dawai ) dan bahagian komponen ( motor kecil, tayar).

• Kebanyakan bahan dan bahagian yang diproses dijual terus kepada pengguna industri.

• Harga dan perkhidmatan adalah faktor pemasaran utama manakala penjenamaan dan pengiklanan adalah kurang penting

Page 14: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : KLASIFIKASI PRODUK PRODUK INDUSTRI

Item modal.• Item modal adalah produk industri yang membantu di

dalam pengeluaran atau operasi pembeli, termasuklah pemasangan dan kelengkapan aksesori.

• Pemasangan terdiri daripada pembelian utama seperti bangunan ( kilang, pejabat) dan kelengkapan yang dipasang (seperti generator, drill, sistem komputer besar dan lif).

• Kelengkapan aksesori termasuklah kelengkapan dan peralatan kilang boleh alih (seperti alatan tukang dan lori angkut) dan kelengkapan pejabat (seperti mesin faks dan meja).

• Ia mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada pemasangan dan ia membantu di dalam proses pengeluaran.

Page 15: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PENJENAMAAN

Jenama juga boleh dikenali sebagai nama, istilah, tanda, simbol dan rekabentuk produk atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk membezakan sesuatu produk pengeluar dengan pesaing-pesaingnya di pasaran.

Konsep Jenama : • Nama jenama ( brand name) : ialah sebahagian daripada

jenama yang boleh disebut dan mengandungi perkataan, huruf dan nombor seperti Colgate, Proton Saga dan 7-eleven

• Tanda jenama (brand mark) : ialah sebahagian daripada jenama tetapi dalam bentuk simbol, rekabentuk, warna dan huruf yang unik yang dapat dilihat tetapi tidak boleh disebut seperti lambang harimau (Maybank), burung (Celcom) dan singa (F& N)

Page 16: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PENJENAMAAN

• Tanda perdagangan ( trade mark) - ialah satu jenama yang telah diterima pakai oleh penjual dan telah mendapat kelulusan pendaftarannya mengikut undang-undang untuk digunakan oleh penjual secara eksklusif. Ia juga disebut sebagai jenama, tanda jenama atau kombinasi di antara keduanya tetapi bukan semua jenama adalah tanda perdagangan. Tanda perdagangan yang telah didaftarkan akan mempunyai tanda®, contohnya tape Scoth Brand® dan Master card®.

Page 17: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PENJENAMAAN

Pemilihan Jenama yang baikProduk yang menggunakan jenama yang baik dapat menyumbang kepada kejayaan sesuatu produk atau perkhidmatan di dalam pasaran. Di antara ciri-ciri jenama yang baik ialah • Menyarankan sesuatu faedah dan kualiti produk. Contoh:

Double A ( kertas A4) dan Pro xtraX (LCD projector).• Mestilah senang disebut, dikenalpasti dan diingati. Contoh:

Teh Cameron dan Lux.• Sangat unik atau berbeza dari produk lain di pasaran.

Contohnya Honda, City Link dan Renong.• Dapat disesuaikan dengan keluaran produk baru yang bakal

ditambah ke dalam lini produk sedia ada. Contoh Pampers, Proton dan Nestle.

• Dapat didaftarkan dan dilindungi oleh undang-undang tempatan dan antarabangsa.

Page 18: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PENJENAMAAN

Jenis-jenis Jenama yang baik• Jenama Pengeluar

Pengeluar mempunyai dua pilihan iaitu samada menggunakan jenama individu atau nama keluarga. Jenama pengeluar adalah jenama yang dipunyai dan dibentuk oleh pengeluar sesuatu produk. Biasanya menggunakan nama syrikat. Contoh: Yeo’s, National dan Hitachi.

• Jenama Individu.Setiap produk syarikat yang dijual akan menggunakan jenama yang berlainan. Kebaikannya adalah, sekiranya produk gagal di pasaran, ia tidak akan menggugat jualan syarikat bagi produk yang lain. Contoh : Produk sabun syarikat P & G menggunakan jenama Dash dan Oxydol.

Page 19: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PENJENAMAAN

Jenis-jenis Jenama yang baik• Jenama Keluarga

Kesemua produk syarikat menggunakan jenama yang sama contohnya: peti sejuk Sanyo, kipas angina Sanyo dan penyaman udara Sanyo. Kelebihannya adalah kos promosi dapat dikurangkan kerana pengguna telah mengetahui tentang jenama dan kualiti produk di bawah jenama tersebut.

• Jenama PengedarTerdapat banyak syarikat yang tidak berupaya mengeluarkan produk tetapi pakar di dalam pengedaran. Contoh: Singer dan Besta. Mereka tidak mempunyai kilang pengeluaran tetapi menjual produk di pasaran menggunakan jenama mereka sendiri.

Page 20: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PENJENAMAAN

Jenis-jenis Jenama yang baik• Jenama Generik

Jenama produk yang hanya menerangkan jenis produk itu sahaja, ia tidak ada jenama pengeluar mahupun jenama pengedar. Contoh: ikan masin, penyapu lidi dan paku.

• Jenama Kombinasi Gabungan jenama keluarga dan persendirian.

Contoh:Proton Saga, Proton Wira, Pampers Baby Dry

Page 21: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PENJENAMAAN

Faedah-Faedah Penjenamaan• Kepada pemasar/pengeluar

- dapat membentuk kesetiaan pengguna. - dapat memantu memperkenalkan produk baru.

• Kepada peruncit- dapat menarik pengguna yang suka kepada produk

berjenama.- membaiki imej kedai.

- meningkatkan keupayaan untuk bersaing• Kepada pengguna

- dapat membezakan produk yang hampir serupa.- dapat memudahkan belian.- dapat menunjukkan kualiti dan imej pembeli

Page 22: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PEMBUNGKUSAN

Faedah-Faedah Penjenamaan• Pembungkusan melibatkan aktiviti merekabentuk dan

mengeluarkan bekas atau pembungkus untuk sesuatu produk.

• Fungsi-fungsi pembungkusan ialah untuk menyimpan dan melindungi produk, menarik minat pembeli untuk membeli, dan menambahkan kualiti produk.

• Keputusan perlu dibuat mengenai elemen-elemen tertentu bagi pembungkusan seperti saiz, bentuk, bahan, warna, tekstur dan tanda perniagaan.

• Pembungkusan inovatif adalah pembungkusan yang boleh memberi syarikat kelebihan di dalam mengatasi pesaing.

• Di dalam persekitaran pemasaran, pembungkusan merupakan peluang untuk penjual mempengaruhi pembeli

Page 23: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan merangkumi• Pembungkusan primer - merupakan bungkusan utama

produk. Contoh: ubat gigi Colgate dibungkus dengan tiub.• Pembungkusan sekunder- merupakan pembungkusan yang

dibuang apabila produk hendak digunakan. Contoh: kotak kadbod yang mengandungi tiub uabt gigi Colgate

• Pembungkusan perkapalan- diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti dan menghantar produk. Ia melindungi pembungkusan skunder, primer dan produk secara keseluruhannya. Contoh: Kotak-kotak besar yang mengandungi kotak-kotak Colgate kecil.

Page 24: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK PELABELAN

Pembungkusan merangkumi• Pelabelan merupakan sebahagian daripada pembungkusan

yang mengandungi maklumat bercetak atau bersama produk.

• Label mungkin menghuraikan beberapa perkara mengenai sesuatu produk seperti siapa pengedar, di mana ia dibuat, kandungannya dan bagaimana menggunakannya dengan selamat.

• Label juga boleh mempromosikan produk melalui grafik yang menarik

Page 25: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK JAMINAN

Pembungkusan merangkumi• Jaminan bertujuan memberi perlindungan kepada pembeli

dan maklumat penting tentang sesuatu produk. • Jaminan mengesahkan tentang kualiti dan prestasi sesuatu

produk. • Ia adalah satu kenyataan yang menyatakan tanggungjawab

pengeluar ke atas sesuatu produk yang dijual kepada pengguna sekiranya terdapat sebarang kecuaian atau kerosakan semasa penggunaan produk tersebut.

Page 26: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK KITARAN HAYAT PRODUK

Produk mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui yang mana disebut juga sebagai kitaran hayat produk.

Lazimnya apabila sesuatu produk baru dilancarkan sudah tentu organisasi mengharapkan hayat yang panjang dan menguntungkan.

Pihak firma sedar bahawa setiap produk mempunyai satu kitaran hayat walaupun bentuk dan panjangnya yang sebenar tidak diketahui lebih awal.

Kitaran hayat produk adalah seperti berikut :• Tahap pengenalan• Tahap pertumbuhan• Tahap kematangan• Tahap kejatuhan

Page 27: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK KITARAN HAYAT PRODUK

Tahap Pengenalan

• Pada masa ini pertumbuhan jualan adalah lembab

• Produk baru mula diperkenalkan

• Perbelanjaan adalah tinggi

• Keuntungan tidak wujud

• Memerlukan sokongan promosi yang hebat.

Tahap Pertumbuhan

• Jika produk baru ini memuaskan pasaran memasuki peringkat pertumbuhan.

• Jualan mula mengalami peningkatan.

• Keuntungan mulai meningkat

Tahap Kematangan

• Pertumbuhan jualan adalah perlahan, produk telah diterima oleh nyakan pembeli berpotensi.

• Tahap keuntungan adalah statik atau menurun kerana peningkatan di dalam perbelanjaan pemasaran untuk mempertahankan produk.

Tahap Kejatuhan

• Jualan dan keuntungan menurun ke paras rendah dan berterusan

• Jualan merosot disebabkan oleh kemajuan teknologi, perubahan citarasa pengguna dan persaingan yang meningkat.

• Pihak pengurusan boleh membuat keputusan samada untuk mengekalkan jenamanya, menuai produknya atau mengugurkan produk tersebut daripada lini produk syarikat.

Page 28: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUK : PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK KITARAN HAYAT PRODUK

Jualan dan Keuntungan Peringkat Matang

Jualan

Pengenalan Peringkat Pertumbuhan Kejatuhan

Peringkat Pengenalan

Keuntungan

Masa

Jualan

Keuntungan

Page 29: Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk

PRODUKTAHAP PRODUK

Produk teras Produk sebenar Produk tambahan

KLASIFIKASI PRODUK

PRODUK PENGGUNA Barangan mudah

beli Barangan beli-

belah Barangan istimewa Barangan tidak

dicari

PRODUK INDUSTRI Bahan & bahagian

ganti Item modal Bekalan &

perkhidmatan

KONSEP JENAMA

• Nama jenama• Tanda jenama• Tanda

perdagangan

JENIS-JENIS JENAMA

• Jenama pengeluar

• Jenama individu

• Jenama keluarga

• Jenama pengedar

• Jenama generik

FAEDAH JENAMA

• Kepada pemasar

• Kepada pengeluar

• Kepada pengguna

PENJENAMAAN

PEMBUNGKUSAN Pembungkusan primer Pembungkusan sekunder Pembungkusan perkapalan

KITARAN HAYAT PRODUK Tahap pengenalan Tahap pertumbuhan Tahap kematangan Tahap kejatuhan