assingment sej usm
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Kenapakah sumber sejarah sangat penting dalam penulisan sejarah? Bincangkan secara kritis. Pendahuluan Istilah sejarah memiliki 3 (tiga) makna, iaitu sejarah sebagai peristiwa masa lampau, sejarah sebagai kisah tentang masa lampau, dan sejarah sebagai ilmu tentang masa lampau. Atau dengan kata singkat, sejarah bererti sejarah sebagai peristiwa, sejarah sebagai kisah, dan sejarah sebagai ilmu 1 Sejarah sebagai peristiwa atau kejadian sama ertinya dengan geschichte dalam bahasa Jerman yang berasal dari kata geschehen yang bererti pula telah terjadi atau kejadian, yang sama pula ertinya dengan res gestae dalam bahasa Latin (Collingwood, 1956) yang bermakna hal-hal yang telah terjadi. Sejarah dalam pengertian sejarah sebagai peristiwa memiliki sifat atau ciri-ciri einmalig dan unik. Einmalig bererti sekali terjadi. Setiap peristiwa hanya sekali terjadi dan tidak akan pernah terulang kembali. Sedang sifat unik menunjuk sebagai peristiwa satu-satunya yang bererti tidak ada duanya. Maka peristiwa sejarah sentiasa bersifat khusus. Sejarah dalam pengertian ini adalah sejarah dalam pengertian objektif, ertinya sejarah sebagai peristiwa itu adalah sesuai dan sama dengan yang ada dalam alam. Jika kita renungkan agak mendalam, kita akan menyedari bahawa sejarah sebagai peristiwa sebenarnya sudah tidak ada lagi. Peristiwa atau aktiviti di masa lampau itu pada dasarnya telah lenyap ditelan waktu. Yang masih ada sebenarnya tinggal cerita atau kisah-nya saja. Ialah cerita atau kisah peristiwa aktiviti manusia di masa silam atau lampau. R.G. Collingwood (1956) menyebutnya sebagai rerum gestarum (kisah dari peristiwa yang telah terjadi). Sejarah sebagai kisah adalah sejarah dalam pengertian subjektif. Sejarah sebagai kisah adalah rekaan hasil rekonstruksi manusia. Tentu saja sejarah sebagai rakaman peristiwa masa lampau itu tidak sama dengan peristiwanya itu sendiri.1
Nugroho Notosusanto, 1984. Hudjan Kepagian , Jakarta: Balai Pustaka,h 10
JMS 101
Pengantar Sejarah
1
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Pengertian Sumber Sejarah Sejarah sebagai peristiwa yang terjadi pada masa lampau, dapat diungkap kembali oleh para ahli sejarah berdasarkan sumber-sumber sejarah yang dapat ditemukan. Meskipun demikian, tidak semua peristiwa masa lampau dapat diungkap secara lengkap kerana terbatasnya sumber sejarah. Dalam usaha untuk menganalisa kegunaan dan keterbatasan penggunaan sumbersumber yang tidak bertulis , kita seharusnya mengetahui dahulu takrif sumber . Sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan . Sumber berbeza dengan ilham kerana sumber tidaklah bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber boleh dirujuk semula apabila diperlukan . Sumber juga dikatakan sebagai sekumpulan bahan yang tersimpan di arkib , perpustakaan , muzium , istana dan sebagainya dan boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam semua bidang keilmuan.2 Sumber dari segi sejarah pula , bermaksud punca , dokumen atau rekod . Sumber sejarah juga diertikan sebagai bahan bertulis dan bercetak . Namun ia dianggap sebagai pendapat yang sempit kerana masih banyak lagi sumber-sumber lain yang tidak dalam bentuk bertulis . Sumber tidak bertulis ini adakalanya dianggap sebagai sumber utama atau primer apabila ia belum diolah dan berkeadaan asli seperti fahaman Arthur Marwick yang mungkin terdiri daripada sumber bertulis atau tidak bertulis , Gottschalk pula berpendapat sumber primer itu ialah apabila adanya seseorang yang mengalami sendiri sesuatu peristiwa itu yang mungkin boleh diertikan sebagai sumber lisan . Apapun tafsiran mereka , jelaslah disini bahawa samada pendapat Marwick atau Gottschalk betul atau tidak , mereka mengakui sumber bukan bertulis mempunyai peranan dan wibawa tersendiri dalam usaha menghasilkan sesebuah penulisan Ditinjau dari wujudnya, secara umum sumber sejarah dibezakan menjadi dua, iaitu: sumber primer dan sumber sekunder.
2
Muhd. Yusuf Ibrahim.2000.Ilmu sejarah: falsafah, pengertian, dan kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.:Kuala Lumpur. Hlm 15
JMS 101
Pengantar Sejarah
2
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
1.Sumber primer Sumber Primer adalah sumber yang berkaitan langsung dengan peristiwa yang diceritakan. Sumber primer ini dapat berupa kesaksian langsung dari pelaku sejarah (sumber lisan), dokumen-dokumen, naskah perjanjian, arkeb (sumber tertulis), dan benda atau bangunan sejarah atau benda-benda arkeologi (sumber benda).Dengan ringkas bolehlah disimpulkan bahawa Sumber primer merupakan dokumen yang mempamerkan idea asal yang belum ditapis. Dokumen ini wujud dari rekod asal penyelidikan individu atau kumpulan. Ciri-ciri sumber primer Penemuan baru Pengetahuan baru Interpretasi baru Maklumat sukar dikesan Kedudukan maklumat berselerak Maklumat jarang diterbitkan Contoh sumber primer Perjanjian Surat menyurat Fail syarikat Diari Lukisan asal Manuskrip Temuramah Tesis Paten Kertas kerja Penyelidikan
JMS 101
Pengantar Sejarah
3
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
a.Sumber lisan Sumber lisan ialah suatu bentuk sumber yang sudah lama wujud . Sumber lisan sudah wujud semenjak pemikiran dan kebudayaan manusia mulai berkembang . Sumber lisan juga wujud seiring dengan perkembangan bahasa dan pertuturan manusia yang masih belum tahu menulis . Sumber lisan ialah suatu bentuk pertuturan dan perkhabaran seseorang tentang sesuatu peristiwa . Sumber lisan biasanya tidak dirakam oleh si pencerita , sebaliknya hanya bergantung kepada ingatan dan pemahamannya sahaja . Sumber lisan ini boleh sahaja terdiri dalam dua kategori sumber , samada sumber utama atau primer dan sumber kedua atau sekunder . Sumber lisan berada dalam kategori primer apabila seseorang yang dijadikan rujukan itu menceritakan pengalaman dan pandangan sebenar sesuatu peristiwa yang mana dia turut ada dan terlibat dalam peristiwa itu . Jika pencerita hanya menceritakan kepada khalayak , ia adalah sumber lisan tetapi jika pencerita menulis dan merakamnya , ia sudah berubah bentuk menjadi sumber bertulis dan sumber multimedia . Sumber lisan dalam kategori sumber kedua pula ialah apabila terdapat penceritaan daripada orang yang tidak mengalami sendiri peristiwa itu , sebaliknya hanya menceritakan apa yang didengarnya dari orang lain . Sumber jenis ini juga berkait rapat namun berbeza dengan konsep tradisi lisan yakni sesuatu warisan yang disampaikan secara lisan secara turun temurun dan sengaja tidak direkodkan walaupun mereka tahu membaca dan menulis . Sumber lisan berguna dan memainkan peranan penting kepada golongan yang tidak dibenarkan merekod dan menulis sesuatu berkaitan dengan adat dan warisan mereka . Hal ini juga lazimya dipanggil sebagai tradisi lisan iaitu sesuatu perkara itu memang sengaja diperturunkan dari suatu generasi ke generasi yang lain melalui kaedah lisan dan tidak direkodkan walaupun mereka tahu menulis dan membaca . Ianya mungkin untuk memelihara kerahsiaan sesuatu warisan dan mengelakkannya dari diketahui oleh orang lain jika ianya direkodkan . Jika inilah situasinya , jelas sekali terlihat
JMS 101
Pengantar Sejarah
4
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
kepentingan dan kegunaan sumber lisan sebagai penerus tradisi dan warisan . Dalam tradisi lisan ini , sumber lisan dilihat sebagai sumber yang harus diterima bulat-bulat dan dipercayai kesahihannya kerana ianya adalah suatu sumber yang mutlak dan tidak dapat dipertikaikan lagi melalui kritikan sumber baik dari segi eksternal mahupun internal . Sebagai suatu contoh , suku kaum Narum di Sarawak yang mengambil sumber lisan sebagai sumber mutlak dalam meneruskan tradisi lisan kaum mereka tanpa adanya sumbersumber lain untuk dibandingkan . Mereka mempelajari adat dan warisan keturunan semata mata daripada penceritaan orang-orang tua melalui tradisi lisan yang diamalkan itu . Mereka menerima ajaran dari oran-orang tua mereka tanpa banyak persoalan dan pertimbangan . Dalam situasi sebegini , jelas terlihat akan kepentingan sumber lisan yakni satu-satunya sumber yang ada untuk mereka memahami dan mewarisi budaya kaum mereka yang tidak boleh digantikan dengan sumber bertulis . Sumber lisan juga berperanan sebagai suatu kaedah untuk pengkaji dan pembaca sejarah menilai sejarah dengan lebih mendalam . Kepentinganya terlihat apabila kita membaca sesuatu karya sejarah dan merasakan bahawa seolah-olah terdapat sesuatu fakta yang cuba di sembunyikan atau merasakan karya penulis itu kurang lengkap . Jika tiada karya-karya lain untuk dirujuk dan dipertimbangkan , maka kita boleh merujuk kepada seseorang yang arif dalam peristiwa tersebut tetapi tidak menulis berkenaan peristiwa itu . Pendapat dan penceritaan daripada pencerita itu , sudah menjadi sumber lisan yang pasti akan membantu kita memahami dan mendapat gambaran sejarah dari sudut yang berbeza . Dengan merujuk kepada sumber lisan primer juga , mungkin kita akan dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang tidak atau belum diceritakan dalam mana-mana karya sejarah .Sumber lisan juga secara tidak langsung dapat mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dimuatkan didalam buku dan dapat menampung kekurangan sumber-sumber lain dalam sesuatu proses pensejarahan .
b.Sumber tulisan
JMS 101
Pengantar Sejarah
5
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Sumber tulisan adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh melalui dokumen, naskah, dan rakaman suatu kejadian. Sumber tertulis merupakan sumber sejarah yang paling baik. Sumber sejarah yang paling penting sebagai sumber penulisan sejarah adalah sumber sejarah tertulis (historical written sources). Zaman Sejarah dimulai setelah orang mengenal tulisan. Tulisan merupakan awal peradaban dan kemajuan intelektual. Melalui tulisan proses pewarisan kebudayaan, peradaban, dan teknologi menjadi lebih terjamin. Kesinambungan sejarah lebih dimungkinkan. Melalui tulisan gagasan, pemikiran, konsep-konsep berserta kemampuan seseorang dapat diwariskan, diteruskan, dan diabadikan dari generasi ke generasi. Bahaya lenyapnya peradaban dan teknologi suatu generasi dapat diperkecil. Dengan tulisan, fungsi sejarah sebagai saranan konservasi kebudayaan, peradaban, dan teknologi suatu bangsa dapat dijamin. Sebahagian besar sumber sejarah tertulis dalam dalam bentuk dokumen. Pengertian dokumen, di satu pihak diertikan sebagai sumber tertulis, untuk membedakan dengan kesaksian lisan, artefak, di lain pihak lebih diertikan sebagai bentuk surat-surat rasmi Negara seperti surat-surat perjanjian, undang-undang, konsesi-konsesi, dan laini-lain. Oleh sebab itu kemudian dokumen dibezakan menjadi dokumen rasmi dan dokumen pribadi. Kriteria rasmi dikaitkan dengan otoriti pemerintah atau Negara. Berbagai jenis dokumen yang menjadi sumber aneka informasi sejarah 3 adalah sebagai berikut
(Dokumen perjanjian)
3
Gottschalk, Louis A.; Gleser, Goldine C. 1969. Measurement of Psychological States Through the Content Analysis of Verbal Behaviour. Univ. of California Press.h 91-117
JMS 101
Pengantar Sejarah
6
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
a. Rekod Sezaman Yang dimaksud dengan rekod sezaman (contemporary records) adalah dokumen yang mencatat instruksi mengenai transaksi tertentu. Dokumen ini disusun dengan maksud sebagai arkeb. Perbezaan kredibiliti dokumen ini ditentukan oleh jarak waktu ditulis, tujuan, sifat konfidensial isinya. Termasuk dokumen rekod sezaman ini adalah : (1) Instruksi dan Perintah Dokumen instruksi dan perintah ini dapat berbentuk suatu perintah serangan, order perusahaan, dan lain-lain. (2) Rekod Stenografis, Sonografis dan fotokopi Termasuk bentuk dokumen ini adalah rekod-rekod stenografis, sonografis atau fotokopi dari kegiatan-kegiatan penghakiman, lembaga sosial, panitia tertentu, administrasi atau pengurusan pentadbiran, pendidikan, siaran radio dan siaran televisen, pidato dan lain-lain. Rekod dokumen ini kemudian akan diulang, diperbetulkan, dan diterbitkan. Kualiti kebenaran dan kejujuran isinya dapat diuji dengan alat-alat uji yang lain.
(3) Surat-surat Niaga dan Hukum Dokumen ini dapat berbentuk rekod, jurnal, surat pajak, surat badan hukum, surat wasiat, perjanjian sewa-menyewa mengenai perusahaan atau lembaga penghakiman atau peguam (4) Buku Catatan Pribadi atau Memorandum
JMS 101
Pengantar Sejarah
7
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Buku catatan dan memorandum orang terkemuka ini berisi catatan atau memorandum peribadi mengenai yang harus dilakukan bagi banyak orang, misalnya janji pertemuan, konsep yang harus disampaikan, gagasan-gagasan yang harus dimasukkan dalam pidatonya, dan kata-kata mutiara yang senang diingat, dan lain-lain. Dokumen ini memiliki kadar kredibiliti yang tinggi. (1) Berita Resmi Militeri dan Diplomatik Dokumen ini termasuk dokumen laporan konfidensial yang paling kredibel. (2) Jurnal dan Buku Harian Oleh sifatnya yang spontan , maka jenis dokumen ini termasuk sangat kredibel. (3) Surat-Surat Pribadi Sama seperti jurnal dan buku harian, maka surat-surat peribadi memiliki sifat spontan dan intim juga, maka mutu kredibilitinya cukup tinggi pula. Namun dokumen ini kurang mengandung kesaksian (witness) peristiwa fakta dan biasanya lebih dimaksudkan untuk memberi kesan-kesan tertentu. Oleh sebab itu sebagai sumber sejarah kualitinya rendah.
(Surat Wasiat Peribadi)
c. Laporan-Laporan Umum
JMS 101
Pengantar Sejarah
8
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Laporan umum (public reports) ini ditulis lebih ditujukan kepada kebanyakan orang atau orang umum, oleh sebab itu penulisannya disertai banyak pertimbangan. Maka mudah difahami apabila jenis dokumen ini taraf kredibilitasnya lebih rendah dibandingkan dengan laporan konfidensial. Termasuk dokumen laporan umum (public reports) adalah : (1) Laporan dan Berita Surat Khabar Laporan ini ditulis oleh wartawan ditujukan kepada masyarakat serta dengan jarak waktu tulis relatif singkat dengan peristiwa terjadinya, maka di antara jenis laporan umum (public reports) laporan dan berita surat khabar dipandang paling kredibel. Kredibiliti surat khabar dapat dinilai pula dari reputasi surat khabar itu serta lembaga wartawan yang menerbitkannya.
(2) Memoir dan Otobiografi Dokumen ini juga memiliki sifat sebagai laporan umum. Akan tetapi dalam hendak menggunakan dokumen ini sebagai sumber sejarah perlu kiranya dikaji mana yang memang memenuhi persyaratan sebagai sumber sejarah dan mana pula yang memang hanya bersifat peribadi. d. Dokumen Pemerintah dan Kompilasi Seringkali dokumen Pemerintah bukanlah merupakan sumber primer, melainkan berupa kompilasi dari berbagai laporan yang disusun oleh kompilator. Namun apabila dokumendokumen itu merupakan laporan mengenai berbagai risalah instansi pemerintah, undangundang, dan peraturan, jelas harus dipandang sebagai dokumen sumber primer.
JMS 101
Pengantar Sejarah
9
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Beberapa bentuk dokumen ini adalah : (1) Risalah Instansi Pemerintah Bila dokumen ini merupakan hasil rekod stenografis, fonografis, dan fotokopi haruslah dipandang sebagai sumber primer. Namun apabila tidak demikian perlu dikaji lebih jauh. (2) Undang-undang dan Peraturan Kompilasi-kompilasi rasmi dari undang-undang dan peraturan bukan saja merupakan sumber primer, namun isinya sering juga menggambarkan inferensi motif dan perasaan yang ada di latarbelakangnya.
e. Pernyataan Opini Tajuk rencana, esei, pidato, brosur, dan surat kepada redaksi, serta public opinion poll, dan lain-lain adalah sangat berharga bagi sejarawan, karena dokumen-dokumen semacam itu merupan sumber-sumber yang terbaik bagi opini yang ingin diungkapkan. f. Fiksi, Nyanyian, Puisi, Folklore, Legenda, dan Pepatah Dokumen-dokumen ini memiliki pula makna historis, karena (1) mengungkapkan rasa suka dan duka, (2) memberikan nuansa lokal dan lingkungan tertentu, (3) seringkali pula
JMS 101
Pengantar Sejarah
10
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
mengungkapkan nilai-nilai moral masyarakat sekitar, serta mampu merefleksikan suasana kultural dan jiwa sezaman (zeitgeist)-nya. Sumber sejarah jenis ini sangat bermanfaat guna mengutuhkan sejarah kemanusiaan (human history). Sejarah perjuangan bangsa kita memiliki khazanah sumber sejarah jenis ini yang sangat kaya. c.Sumber benda Sumber benda adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh melalui benda-benda peninggalan. Fosil, alat-alat atau benda-benda budaya (kapak, tombak, gerabah, perhiasan, manik-manik, dan sebagainya), tugu peringatan, bangunan, dan sebagainya merupakan peninggalan sejarah yang sangat penting, terutama bagi masyarakat pra-aksara. Sumber artifak ini ialah suatu bentuk sumber yang biasanya jauh daripada zaman sejarah dan selalunya sumber-sumber sebegini mengambarkan kebudayaan dan cara hidup zaman pra sejarah yang mana pada zaman pra sejarah ini langsung tiada sumber mentah yang bertulis. Namun sumber artifak tidak semestinya ialah sumber dari zaman yang terlalu tua semata-mata . Setiap sumber yang dapat dilihat , disentuh , dan bersifat nyata lazimnya adalah sumber artifak . Cuma dalam konteks kajian sejarah , sumber artifak ini biasanya memang sudah berusia dan paling tua jika hendak dibandingkan dengan sumber bertulis , lisan dan multimedia .
JMS 101
Pengantar Sejarah
11
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Pengkaji-pengkaji yang mengkaji sumber-sumber sebegini lazimnya digelar ahli arkeologi . Sumber-sumber artifak ini biasanya terdiri daripada tinggalan-tinggalan objek masa lampau seperti senjata , barangan kesenian seperti tembikar , pakaian seperti tekstil-tekstil , patung-patung , batu nisan , bangunan dan pelbagai objek lagi . Bahkan , sumber artifak atau arkeologi ini juga boleh terdiri daripada rangka badan manusia dan haiwan , sisa-sisa makanan dan sebagainya .
Sumber artifak ini dianggap sebagai sumber primer yakni sumber mentah yang belum diolah dan diinterpretasi oleh mana-mana pengkaji . Dengan sifatnya yang nyata dan dapat diuji secara fizikal , sumber sebegini dianggap sebagai suatu bentuk sumber yang kuat dan jelas .
JMS 101
Pengantar Sejarah
12
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Melalui sumber artifak ini , kita dapat melihat kekuatan dan kewibawaanya dalam mengesahkan sesuatu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengkaji lain 4. Sumber artifak bersifat nyata.Ianya boleh digalicari , diukur dan sebagainya . Bahasa mudahnya , dengan sumber artifak , kita dapat menyentuh dan melihat sesuatu dari pelbagai sudut dan keadaan . Ini membantu kita melihat sesuatu yang mungkin kita tidak dapat perhatikan jika merujuk sumber-sumber bertulis semata-mata . Lebih banyak hipotesis-hipotesis dapat dibuat apabila kita berhadapan sendiri dengan sumber tersebut . Pertimbangan untuk membuat kenyataan yang lebih tepat adalah lebih banyak . Inilah kekuatan sumber artifak yang harus kita akui.
Apabila kita hanya merujuk sumber bertulis tanpa melihat sumber-sumber artifak untuk semakan dan kritikan, tidak mustahil kita akan terikut-ikut dengan pendapat orang lain . Bukanlah maksudnya untuk kita membuang terus semua rujukan bertulis , tetapi jika itu sahaja sumber rujukan kita , tidak mustahil kita akan mempercayai dan mengimani sesuatu yang salah
4
Ahmad Abd Kadir.1987. Sejarah lisan:Satu penyelidikan sejarah.dalam buletin No.16. Arkib Negara Malaysia:Kuala Lumpur.Hlm 17.
JMS 101
Pengantar Sejarah
13
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Sebagai contoh , ada seorang pengkaji arkeologi didalam blognya menyatakan salah satu candi di Lembah Bujang itu sebenarnya adalah Masjid . Ini kerana katanya , monumen itu lengkap dengan mihrab yang mengadap kiblat . Baginya monumen itu adalah bukti baru yang menunjukkan kedatangan Islam berlaku lebih awal sebelum penemuan Batu Bersurat di Terengganu lagi .
Namun kenyataan itu dinafikan oleh seorang ahli arkeologi dari Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA) , Universiti Kebangsaan Malaysia , Dr. Asyaari Muhammad , yang pernah membuat penyelidikan di tapak itu . Beliau menyatakan bahawa candi itu tetap candi yang sebenarnya dan bukan Masjid kerana disekeliling tempat yang dikatakan Masjid itu penuh dengan arca-arca dan candi-candi yang sezaman dengan monumen yang dikatakan Masjid itu . Adalah mustahil ditengah-tengah kawasan candi Hindu dan Buddha yang begitu banyak , terbinanya sebuah Masjid didalam period masa yang sama . Disini kita dapat melihat proses kritikan sumber dengan merujuk sumber artifak nyata dapat menghalang kita terikut-ikut dengan ghairah berkenaan apa sahaja hasil tulisan pengkaji terdahulu . Kita dapat menyemak dan membuat penilaian sendiri melalui sumber artifak .
JMS 101
Pengantar Sejarah
14
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Sumber Multimedia pula ialah suatu bentuk sumber hasil kemodenan teknologi dan berada ditengah-tengah sumber lisan dan artifak . Malah , adakalanya dalam bentuk sumber bertulis . Jika sumber lisan ialah sumber yang dipertuturkan oleh si pencerita kepada seseorang secara langsung dan berhadapan . Sumber multimedia pula wujud sekiranya percakapan itu tadi dirakamkan melalui pita rakaman , video dan lain-lain alat perakam . Sumber asal akan berubah apabila ianya sudah dirakam kerana bentuk dan kaedah memperolehinya juga telah berubah . Jika sumber lisan memerlukan kita berjumpa sendiri dengan seseorang untuk menemuramah , sumber multimedia memadai jika kita mencari rakaman sesuatu temuramah dan merujuknya menggunakan alat-alat bantuan seperti pemain video . Kegunaan utama sumber multimedia ialah sebagai satu alternatif untuk para pengkaji mendapatkan sumber-sumber sukar diperolehi . Sebagai contoh , untuk menemubual seseorang tokoh penting yang sudah meninggal dunia misalnya , sudah pastinya ia suatu yang mustahil , tetapi penyelidikan perlu diteruskan dan tiada pula sumber yang bertulis , maka kita dapat merujuk kepada rakaman yang mungkin pernah dibuat berdasarkan temubual dengan tokoh yang telah meninggal dunia itu . Sebagai contoh , dengan adanya sumber multimedia , kita dapat mengkaji beberapa aspek daripada sejarah kemerdekaan Malaysia melalui rakaman temuramah dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra ketika hayatnya . Temuramah itu tidak pernah diterbitkan samada secara bertulis atau dalam lain-lain bentuk . Disinilah dapat kita lihat kegunaan dan kepentingan sumber multimedia dalam membantu memudahkan sesebuah penyelidikan . Selain itu , sumber multimedia juga dapat membantu menjimatkan masa dan kos kajian . Sebagai contoh , jika kita ingin mengkaji tentang bentuk-bentuk tinggalan arkeologi di Padang Lawas di Indonesia , tidak semestinya kita perlu ke Padang Lawas untuk melihat bentuk-bentuk tinggalan arkeologi di situ , kita boleh sahaja melihat gambar-gambar yang sudah dirakamkan oleh penyelidik terdahulu . Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu memudahkan kajian yang kita lakukan .
JMS 101
Pengantar Sejarah
15
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Sumber multimedia juga berperana penting apabila misalnya , kita ingin merujuk bagaimanakah rupa masyarakat Orang Asli pada abad ke-19 , membaca imaginasi penulis dalam tulisannya iaitu sumber bertulis semata-mata pasti akan menyebabkan kita sukar untuk mendapat gambaran yang sekurang-kurangnya hampir tepat . Tetapi apabila kita merujuk sumber multimedia dalam bentuk gambar-gambar Orang Asli yang dimuatkan dalam buku Isabella Bird misalnya , pemahaman dan penelitian kita akan lebih menyeluruh dan tepat . Peristiwa istiadat kemerdekaan misalnya juga , dapat kita melihat bagaimana ramainya rakyat yang memenuhi Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 itu . Kita juga dapat melihat bagaimana pakaian kerajaan yang dipakai oleh Tunku Abdul Rahman selaku ketua menteri yang dikatakan baru direka cipta . Kita juga dapat melihat bagaimana gelagat Raja-Raja Melayu apabila berhadapan dengan wakil Queen Elizabeth pada istiadat itu . Gambarangambaran sebegini tentulah sukar untuk dihayati jika kita sekadar merujuk sumber-sumber bertulis semata-mata tanpa melihat sumber-sumber multimedia . Disinilah dapat kita lihat kepentingan dan kegunaan sumber multimedia dalam membantu kita untuk mendapat gambaran yang yang lebih jelas dan menyeluruh dalam menjalankan penyelidikan sejarah yang baik .
2. SUMBER SEKUNDER Sumber sekunder merupakan dokumen yang disusun dan diterbitkan semula dalam bentuk yang berlainan berdasarkan dokumen dari sumber primer. Kita telah mengetahui bahawa data sekunder adalah data sedia ada. Ia terdiri daripada buku-buku statistik, penerbitan oleh kerajaan, swasta atau persendirian, data sedia ada dari penyelidik terdahulu serta rekod-rekod di perpustakaan atau laman-laman web dalam industri teknologi maklumat terkini. Data sekunder adalah data yang dikutip bukan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam tangan tetapi untuk tujuan sebaliknya.5
5
Rozeman Abu Hasan. 2004. Mengenali dan mentafsir sumber-sumber sejarah. Shah Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd.Hlm 18
JMS 101
Pengantar Sejarah
16
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Ciri-ciri yang dapat didalam sumber sekunder ialah: a. ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru. b. ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses c. ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan, atau pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya. Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini samada ianya berwibawa atau berat sebelah atau condong kearah tertentu (bias). Kita boleh bahagikan data sekunder kepada dua jenis iaitu data sekunder dalaman dan data sekunder luaran Sumber data sekunder boleh dibahagikan kepada a. Data dalaman adalah data yang diperolehi dari dalam organisasi di mana penyelidikan dijalankan. b. Data-data ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan akan datang. c. Antara maklumat yang boleh diperolehi dari sumber dalaman adalah nama dan lokasi pelanggan, produk/perkhidmatan yang dijual, volum transaksi yang telibat, terma jualan, diskaun yang diberikan, syarat bayaran, cara kutipan dan sebagainya. Data Sekunder luaran adalah data-data yang diperolehi dari luar organisasi. Misalnya, maklumat bercetak yang diperolehi dari firma-firma lain samada kerajaan atau swasta, panduan dan informasi pemasaran oleh agensi tertentu dan pencarian data melalui komputer/internet6. Contoh sumber-sumber sekunder ialah: a)Terbitan berkala/Terbitan bersiri/Jurnal (yang memberi laporan tentang perkembangan sumber primer) b)Perkhidmatan indeks dan abstraks c)Ulasan (Reviews) d)Buku teks/Monograf
6
Muhd. Yusuf Ibrahim.2000.Ilmu sejarah: falsafah, pengertian, dan kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.:Kuala Lumpur. Hlm 15.
JMS 101
Pengantar Sejarah
17
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
e)Bahan-bahan rujukan asas i)Ensaiklopedia ii)Kamus/Glossori/Istilah iii)Buku panduan (Handbooks) iv)Jadual v)Formula f)Pangkalan data (databases) Sumber sekunder boleh wujud dalam format bercetak atau tidak bercetak. Kebaikan Data Sekunder Pengumpulan data sekunder tidak melibatkan kos yang tinggi Ia menjimatkan masa dan tenaga kerja Membantu penyelidik membina pernyataan masalah yang baik Memberi maklumat tentang cara-cara pengumpulan data atau kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan bagi satu penyelidikan yang hampir sama dengan penyelidikan terdahulu.
JMS 101
Pengantar Sejarah
18
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Kesimpulan Ahli sejarah mendapatkan maklumat mengenai masa lampau daripada pelbagai sumber, seperti catatan yang ditulis atau dicetak, mata wang atau benda bersejarah lainnya, bangunan dan monumen, serta dari wawancara (yang sering disebut sebagai "sejarah penceritaan", ataupun oral history dalam Bahasa Inggeris). Untuk sejarah moden, sumber-sumber utama maklumat sejarah adalah: foto, gambar bergerak (misalnya: film layar lebar), audio, dan rakaman video. Tidak semua sumber-sumber ini boleh digunakan untuk kajian sejarah, kerana bergantung kepada bahan yang hendak diteliti atau dipelajari. Penelitian sejarah juga bergantung pada historiografi, atau cara pandang sejarah, yang berbeza satu dengan yang lainnya. Ada banyak alasan mengapa orang menyimpan dan menjaga catatan sejarah, termasuk: alasan pentadbiran (contohnya: keperluan bancian, rekod cukai, dan nota perdagangan), alasan politik (guna memberi pujian atau kritik tentang pemimpin negara, ahli politik, atau orangorang penting), alasan keagamaan, kesenian, pencapaian sukan (misalnya: rekod Olimpik), nota keturunan (genealogi), nota peribadi (misalnya surat-menyurat), dan hiburan. Namun dalam penulisan sejarah, sumber-sumber tersebut perlu dipilih-pilih. Kaedah ini disebut dengan kritik sumber. Kritik sumber dibahagi menjadi dua macam, iaitu ekstern dan intern. Kritik ekstern adalah kritik yang pertama kali harus dilakukan oleh sejarahwan pada permulaan dia menulis karyanya, terutama jika sumber sejarah tersebut berupa benda. iaitu dengan melihat validisasi bentuk fizikal karya tersebut, mulai dari bentuk, warna dan apa sahaja yang boleh dilihat secara fizikal. Sedang kritik intern adalah kritik yang dilihat daripada kandungan sumber tersebut, apakah boleh dipertanggungjawabkan atau tidak. Wawancara juga dipakai sebagai sumber sejarah. Namun perlu pula sejarahwan bertindak kritis baik dalam pemilihan narasumber sampai dengan terjemahan kepada bentuk digital atau tulisan.
JMS 101
Pengantar Sejarah
19
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
Bahan Rujukan Abd Rahim Abd Rashid. 2000. Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur. Ahmad Abd Kadir.1987. Sejarah lisan:Satu penyelidikan sejarah dalam buletin no.16. Arkib Negara Malaysia:Kuala Lumpur. Baharudin Jabar.2005. Kuliah. 10 Januari. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Buku panduan kajian sejarah tempatan sekolah menengah rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Mei 1989. Buku panduan kajian sejarah tempatan tingkatan 1 KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum. Muhd. Yusuf Ibrahim.2000.Ilmu sejarah: falsafah, pengertian, dan kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur. Rozeman Abu Hasan. 2004. Mengenali dan mentafsir sumber-sumber sejarah. Shah Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd. Muhd Yusof Ibrahim . 2000 . Ilmu Sejarah , Falsafah , Pengertian Dan Kaedah.K.Lumpur. DBP . Muhd. Yusof Ibrahim.2000.Pengantar Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan.PJJ.UKM. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. 1992. Arkeologi,Seni Dan Kerajaan Kuno Sumatera Sebelum Abad ke-14.Bangi. IAAM R.Suntharalingam .1985 . Pengenalan kepada sejarah.K.Lumpur.Merican And Sons Sdn. Bhd. http://apaniwoi.blogspot.com/2008/12/sumber-bukan-tulisan-didalammetodologi http://ujid.tripod.com/history/history-sumber.html http://www.senduku.info/index.php?option=com_content&view=category&id=29:manfaatdan-pengertian-sumber-sejarah&Itemid=37 http://www.e-dukasi.net/mol/mo_full.php?moid=54&fname=sej101_04.htm
JMS 101
Pengantar Sejarah
20
JM/10643/09 (620330035503)
Roseli Bin Mohd Zain
http://www.blogcatalog.com/blogs/sejarahkita.html
JMS 101
Pengantar Sejarah
21