analisis penilaian bc
Embed Size (px)
DESCRIPTION
rujukan analisis penilaian ujianTRANSCRIPT

Nama: Low Kah Yee 6 PISMP PML/BC/RBT
SJK(C) FOON YEW 5
Analisis Prestasi Penilaian
Pemahaman dan Penulisan Tahun 3J
Oleh sebab perlu menganalisiskan prestasi keputusan penilaian,
Penilaian bahasan Cina dibahagikan kepada dua bahagian iaitu,
pemahaman dan penulisan. Saya telah mengumpulkan keputusan
pemahaman dan penulisan bahasa Cina kelas 3J daripada guru
pembimbing, Puan Law Yean Moi. Dalam kelas 3J mempunyai murid
seramai 49 orang dan sepanjang tempoh menjalankan penilaian, terdapat
seorang tidak hadir ke sekolah kerana sakit. Berdasarkan pada keputusan
penilaian kali ini, secara keseluruhannya tahap pencapaian murid-murid
pun agak memuaskan.
Berdasarkan keputusan pemahaman bahasa Cina, terdapat seramai
16 orang murid mendapat gred A(80-100),26 orang murid mendapat
gred B(60-79)dan terdapat 6 orang murid mendapat gred C(40-59).
Tiada seorang murid gagal dalam penilaian pemahaman bahasa Cina.
Pada bahagian penilaian penulisan , terdapat perbezaan berbanding
dengan pemahaman. Terdapat 5 orang murid mendapat gred A (80-100)
sahaja, 23 orang murid mendapat gred B (60-79), 19 orang murid
mendapat gred C ( 40-59). Di sini terdapat seorang murid gagal mendapat
gred D(20-39)。

Data Keputusan Pemahaman dan Penulisan kelas 3J
Gred Pemahaman Penulisan
A ( 80 – 100 ) 16 5
B (60-79) 26 23
C (40-59) 6 19
D (20-39) 0 1

Setelah menganalisis keputusan penilaian bahasa Cina, secara
keseluruhannya terdapat ramai murid adalah berada di tahap pencapaian
sederhana. Jika membuatkan bandingan antara pemahaman dengan
penulisan, dapatlah mengesan ramai murid yang mendapat gred A adalah
pada bahagian pemahaman. Dengan menganalisis, kesimpulan yang saya
dapat adalah disebabkan murid mempunyai pilihan untuk menjawap pada
bahagian pemahaman. Dengan ini, murid-murid pun dapat memikirkan
kesesuaian jawapan supaya dapat memilihkan jawapan yang paling
sesuai. Di sebaliknya, penulisan merupakan bahagian yang amat
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
Oleh kerana penulisan mempunyai cabaran kemahiran berfikir aras
tinggi, murid-murid perlu menggunakan pelbagai pengetahuan seperti
tatabahasa, kosa kata, logikal dan lain-lain untuk menulis. Ini merupakan
satu cabaran yang agak mencabar bagi murid-murid kelas 3J yang berada
pada tahap sederhana. Di sini kita akan mendapati murid yang mendapat
gred A telah dikurangkan manakala bilangan murid yang mendapat gred B
dan gred C telah menaikkan secara tidak langsung. Kita dapat mengesan
bahawa kelas 3J kebanyakkan murid telah mengalami masalah tatabahasa
bahasa Cina. Semasa membina ayat, mereka gagal meluahkan fikiran
mereka dengan melalui kosa kata dan penggunaan tatabahasa dengan
betul dan sesuai. Penggunaan bahasa dalam menulis dengan bahasa
percakapan telah menjadikan isu utama yang merendahkan markah
mereka.
Secara kesimpulannya, boleh kita mengukur prestasi kelas 3J adalah
berada pada tahap pencapaian sederhana berdasarkan pengumpulan
data.
