t1- sejarahbahasa
Post on 25-Sep-2015
42 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
BML3113 1
BML3113 : SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK : ESEI (a)
Buat satu kajian mengenai suku bangsa atau etnik anda dan hubungannya dengan rumpun bahasa Melayu.
Kajian suku bangsa atau etnik : Bangsa Jawa
Disediakan oleh: NAMA NO. ID NO. TEL
NORLIZA BT SAM ZAKARIA D20111049683 0123606271
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. NORAZIMAH BT ZAKARIA
TARIKH SERAH : 13 NOVEMBER 2012
PEMARKAHAN ESEI (a) ESEI (b) FORUM
KUIZ/UJIAN JUMLAH
-
BML3113 2
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
1.0 Pengenalan
3
2.0 Bangsa Melayu dari Jawa
2.1 Bangsa Jawa di Indonesia
2.2 Bangsa Jawa di Malaya
Kepentingan Ekonomi
Pelarian Politik
Penculikan
Penipuan
4
3.0 Penempatan Jawa di Malaya
8
4.0 Hubungan bangsa Jawa dengan rumpun bahasa Melayu
Bahasa Perpaduan
Bahasa Penyebaran Agama Islam
Kelemahan Bahasa Jawa
Bahasa Perdagangan
Bahasa Ilmu
Bahasa Kesusasteraan Melayu
Bahasa Pentadbiran
9
5.0 Penutup
19
-
BML3113 3
1.0 Pengenalan Perkataan Melayu mengikut catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) adalah daripada
kerajaan Mo-lo-yeu yang berasal daripada nama sebatang sungai iaitu sungai Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Melayu seperti
nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak dan lain-lain lagi.
Mengikut Slametmuljana, kata Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit yang berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang Utara Selat Melaka, perkataan
tersebut mengekalkan sebutan aslinya iaitu Malaya manakala di seberang sebelah Selatan mengalami perubahan bunyi kepada Melayu. Terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu, iaitu teori Yunan yang terletak di Tanah Besar Asia dan teori Nusantara yang menyatakan bangsa dan bahasa Melayu telah berada di kepulauan Melayu sejak sekian lama. Mengikut teori Yunan, orang
Melayu datang ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang
ditandai dengan perpindahan orang Melayu Negrito, Melayu Proto dan diikuti Melayu Deutro.
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu berdasarkan data
arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Kemudian, diperturunkan orang Semang yang
mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung
lebar, berbibir penuh dan saiz badan yang pendek. Melayu Proto pula telah melarikan
diri ke kawasan pedalaman iaitu ke hutan, lembah dan kawasan pergunungan. Golongan
ini masih wujud lagi dan dikenali sebagai Negrito, Senoi, Jakun dan Temuan. Melayu
Deutro pula mempunyai peradaban yang lebih tinggi iaitu membina petempatan di pesisir
pantai, mempunyai kemahiran dan membuka penempatan baru.
Bangsa dan bahasa Melayu dipercayai berasal dari utara Asia Tengah yang
menggunakan bahasa Austonesia. Encyclopedia Britannica menyatakan bahawa bangsa Melayu adalah kelompok yang berasal dari Yunan dan telah merantau antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Mereka bertaburan mendiami dari Malagasi
hingga ke Pulau Hawaii di lautan Pasifik. Justeru, sarjana-sarjana barat mengakui
bahawa bangsa Melayu bertaburan di sekitar dua buah lautan besar iaitu lautan Pasifik
dan lautan Hindi.
-
BML3113 4
Beberapa sarjana yang lain pula mengemukakan pandangan mereka, bahawa bangsa
Melayu tidak datang dari mana-mana sebaliknya telah mendiami Nusantara sejak sekian
lama. Walaupun pendapat dan teori ini kurang mendapat sokongan tetapi pendapat ini
diperkukuhkan oleh sarjana seperti J. Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisyahbana dan
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai
tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas dan hal ini menunjukkan orang Melayu
tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara ini sendiri.
Justeru, satu kajian tentang suku bangsa Jawa akan diperjelaskan secara terperinci dan
perkaitan dan hubungan bangsa Jawa dengan rumpun bahasa Melayu.
2.0 Bangsa Melayu dari Jawa Sutan Takdir Alisjahbana seorang ahli bahasa Indonesia menyatakan bahawa penduduk-penduduk asal di Asia Tenggara merupakan rumpun bangsa yang sama iaitu
bangsa Melayu. Mereka turut dikatakan bukan hanya mempunyai persamaan dari segi
warna kulit tetapi turut mempunyai persamaan dari segi saiz bentuk badan. Manusia
kuno seperti Homo Soloinensis dengan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.
Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan bahawa orang Melayu itu
keturunan daripada manusia kuno tersebut iaitu berasal daripada Jawa dan mewujudkan
tamadunnya sendiri.
John Crawford (1848) seorang sarjana Inggeris telah membuat kajian antara bahasa Melayu dengan bahasa Lampung, bahasa Sunda,bahasa Madura, bahasa Bali, bahasa
Bugis dan bahasa-bahasa di Indonesia Timor. Selain itu, perbandingan turut dilakukan
antara bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisanya, Campa, Formosa dan bahasa
lain di Lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi di Pulau Madagaskar. Kesimpulannya,
beliau berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Jawa menjadi induk bagi semua
bahasa tersebut. Kedua-dua bahasa tersebut dinamakan Malayan.
Hujah-hujah ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki
taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Malahan bahasa Jawa telah
menjadi bahasa yang tertua dan menjadi bahasa induk kepada bahasa-bahasa lain.
-
BML3113 5
2.1 Bangsa Jawa di Indonesia
Suku Jawa adalah suku bangsa yang terbesar di Indonesia iaitu dengan jumlah lebih
daripada 90 juta. Mereka berasal dari pulau Jawa terutama di Jawa Tengah, Jawa Timur,
Jawa Barat, Banten dan Jakarta. Kebanyakan suku bangsa Jawa bertutur dengan
menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa komunikasi mereka. Berdasarkan Majalah
Tempo di Indonesia, pada 1990-an menunjukkanbahawa 12% orang-orang Jawa
menggunakan bahasa Indonesia manakala 18% menggunakan bahasa campuran iaitu
bahasa Jawa dan bahasa Indonesia manakala yang selebihnya bertutur dalam bahasa
Jawa sebagai bahasa utama.
Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus. Mereka juga terkenal
sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu berterus terang. Sifat ini
berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memelihara keharmonian atau keserasian dan
menghindari pertikaian. Mereka lebih cenderung untuk berdiam diri serta tidak mahu
membuat bantahan sekiranya timbuh percanggahan. Bahasa Jawa adalah bahasa yang
sangat sopan dan mempunyai erti yang luas.
Suku bangsa Jawa bertutur dalam bahasa Jawa iaitu bahasa pertuturan yang digunakan
oleh penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa
Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur di Indonesia. Penduduk-penduduk Jawa ini,
kemudiannya berhijrah ke seluruh pelosok di Nusantara untuk mendapat kehidupan yang
lebih baik termasuklah ke Tanah Melayu.
2.2 Bangsa Jawa di Malaysia
Orang-orang Jawa telah datang ke Tanah Melayu sebelum abad kesembilan lagi untuk
tujuan perdagangan. Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka, orang-orang Jawa
telah mempunyai perkampungan yang terletak di Hilir Melaka. Pada zaman itu,
perkampungan tersebut adalah untuk tujuan perdagangan. Perkembangan ekonomi
dunia yang pesat semasa penjajahan orang-orang Eropah telah menyebabkan orang
Jawa tertarik untuk ke Tanah Melayu. Lebih-lebih lagi kesan memuncak akibat
penjajahan Eropah, keadaan sempit dalam bidang ekonomi dan pertambahan penduduk
menyebabkan berlakunya penghijrahan orang-orang Jawa. Orang-orang Jawa
merupakan golongan yang ramai dan berminat untuk datang ke Tanah Melayu.
-
BML3113 6
Kepentingan Ekonomi :
Peluang-peluang untuk bekerja sebagai buruh dan membuka hutan oleh penjajah
British memberi tarikan kuat kepada mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
Sejak tahun 1880-an hingga perang dunia kedua, penghijrahan orang-orang Jawa
dari Tanah Jawa berjalan lancar. Kedatangan mereka melalui beberapa cara dan
saluran tertentu. Antaranya melalui syarikat-syarikat pengambilan persendirian
yang terdapat di Jawa terutama di Jakarta (Betawi), Surabaya, Semarang dan
Singapura. Contohnya, Syarikat Mansfield1 di Singapura dengan ejennya di
Semarang telah membawa buruh-buruh kotrak dari Jawa ke Singapura.
Selain itu, terdapat syarikat-syarikat pengambilan yang dimiliki oleh orang Jawa
yang berketurunan Sheikh. Sebahagian besar orang Jawa yang datang ke
Selangor menggunakan perkhidmatan daripada Sheikh tersebut di mana segala
tambang perjalanan, penginapan dan dan makanan ditanggung oleh Sheikh.
Sheikh akan menyerahkan buruh Jawa kepada majikan baru apabila mereka
membayar segala hutang dan perbelanjaan buruh Jawa tersebut kepada Sheikh.
Penghijrah-penghijrah tersebut akan bekerja dengan majikan baru apabila
majikan barunya membayar segala hutang mereka. Dalam hal ini, majikan
barunya dinamakan sebagai Penebus (Tukang Tebus) manakala penghijrah-penghijrah Jawa dinamakan sebagai Orang Tebusan2. Sebelum perang dunia pertama, banyak Sheikh yang menjalankan perniagaan mengimport orang-orang
Jawa ke Malaya.
Pelarian Politik : Ada kalangan orang-orang Jawa yang datang sendiri ke Malaya tanpa melalui
Sheikh-Sheikh atau melalui ejen syarikat pengambilan Eropah. Mereka datang
dengan cara menumpang kapal-kapal perdagangan secara haram ataupun
1 Syarikat Mansfield adalah sebuah Syarikat Perkapalan British yang terbesar di Singapura. Sejak 1860, syarikat tersebut memainkan peranan penting dalam urusan perdagangan di kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara. Syarikat ini turut aktif membawa penghijrah-penghijrah ke Bangkok dan Singapura. (Lihat Francis E.Hyde, British Shipping Companies and East and Southeast Asia dalam CD Cowan (ed.) The Economic Development of Southeast Asia, George Allen and Unwin Ltd. London, 1964, h.30-31 2 Orang Tebusan S. Husin Ali,Social Stratification h.30, Temuramah dengan Remot bin Kasan, 25.4.73; Hj. Murshid bin Ahmed Kesawi, pada 24.4.73
-
BML3113 7
bekerja di dalam kapal yang ditumpanginya itu. Mereka adalah pelarian politik
yang tergolong sebagai orang minggat. Apabila kapal sampai di pelabuhan,
mereka tidak menghadapi masalah kerana sudah ada keluarga, saudara atau
rakan sekampung menunggu mereka. Orang-orang yang menunggu itu akan
membawa penghijrah-penghijrah Jawa yang baru tiba untuk tinggal bersama
mereka sementara menunggu mereka mendapat pekerjaan.
Penculikan :
Buruh-buruh Jawa yang murah menyebabkan berlakunya kejadian penipuan dan
penculikan. Mereka diculik dari rumah mereka di Jawa lalu dibawa ke Singapura
dengan sesuka hati oleh golongan yang tertentu3 . Di negeri-negeri Melayu
pernah berlaku penipuan untuk tujuan penculikan yang dilakukan oleh kumpulan
sindiket untuk membawa tenaga buruh Jawa. Menurut laporan akhbar tempatan,
kegiatan pemerdagangan manusia ada dijalankan di pelabuhan Semarang dan
pelabuhan Singapura4 .
Wakil sindiket tersebut berjanji untuk membawa orang-orang yang berkenaan ke
Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Setelah bilangan orang yang dikehendaki
telah mencukupi, wakil sindiket akan menghubungi ejen-ejen di Singapura untuk
mendapatkan bayaran sebanyak 10 guilders bagi setiap seorang. Secara rahsia
dan tanpa pengetahuan pihak berkuasa, mangsa-mangsa sindiket dikumpulkan
lalu dibawa ke pelabuhan Semarang. Kemudian, mereka dibawa dengan kapal
dagangan dari China. Di dalam kapal, mangsa-mangsa tersebut beranggapan
untuk menunaikan fardhu haji tetapi yang sebenarnya mereka telah dibawa ke
Singapura dan menjadi peladang-peladang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Penipuan :
Orang-orang Jawa yang datang ke Malaya tertipu dengan gambaran-gambaran
yang mengelirukan oleh orang yang dikenali sebagai wereg5. Wereg memainkan peranan sebagai pembantu yang berusaha untuk mendapatkan bekalan buruh
3 S. Husin Ali,Social Stratification, h.30. 4 Malay Mail 1.2.1898, h.3. 5 Wereg adalah pembantu-pembantu utama kepada broker-broker Sheikh ataupun ejen-ejen pengambilan buruh persendirian. Peranan mereka lebih kurang sama dengan kangany-kangany dalam kalangan orang India dan Kheh Thau-Kheh Thau dalam kalangan orang Cina. KS. Sandhu, Indians in Malaya: Some aspects of their immigration and settlement 1786 1957, University of Cambridge, Cambridge 1966.
-
BML3113 8
yang ramai bagi syarikat-syarikat pengambilan buruh persendirian. Wereg-wereg
ini akan menggunakan propaganda yang tersendiri untuk mendapatkan kamsin
antara 80 hingga 100 rupiah bagi setiap tenaga buruh Jawa. Salah satu cara
yang digunakan oleh wereg tersebut ialah dengan memberikan gambaran-
gambaran yang berlebihan serta prospek pekerjaan yang terdapat di Malaya.
Mereka juga diberi gambaran untuk mendapatkan isteri sekiranya hendak
beristeri, kemudahan perumahan, tanah dan kehidupan yang lumayan.
Hakikatnya, memberi gambaran yang salah dan berlebih-lebihan pada buruh-
buruh Jawa ini bukan sahaja dilakukan oleh wereg tetapi dilakukan juga oleh
kakitangan syarikat-syarikat pengambilan tenaga buruh di Semarang.
3.0 Penempatan Jawa di Malaya
Orang-orang Jawa telah membuka penempatan-penempatan mereka di Selangor.
Pembukaan kampung-kampung dan hutan-hutan oleh orang-orang Jawa merupakan
satu sumbangan yang besar terhadap perkembangan dan penempatan penduduk di
Selangor. Penempatan mereka mula dapat dikesan pada tahun 1880-an6.
Sebelum kedatangan British, penempatan-penempatan orang Jawa bertaburan dan tidak
ada kemajuan. Perkampungan kecil mereka adalah di sepanjang sungai seperti Sungai
Langat, Sungai Kelang dan Sungai Selangor. Kawasan pedalaman masih dengan hutan
belantara dan kawasan berpaya.
Pada tahun 1860-an, terdapat bukti yang menunjukkan adanya penempatan awal orang-
orang Jawa di Selangor. Antaranya ialah Kampung Jawa telah dibuka di Kelang oleh
seorang tokoh iaitu Haji Hussein dari Jawa dan Haji Mohamad Tahir dari Batu Bara
Sumatera. Kedua-dua tokoh ini telah membawa kumpulan masing-masing untuk
membuka dan membangunkan kampung tersebut. Nama Kampung Jawa diambil kerana
bilangan penghijrah-penghijrah dari Jawa yang lebih ramai di kampung tersebut.
Semasa pentadbiran British pada 1875, satu lagi perkampungan Jawa telah dibuka di
Teluk Pulai Kelang. Nama ketua kampung tersebut ialah Haji Latip yang berasal dari
Semarang, Jawa dan beliau telah bermastautin selama 10 tahun di Kelang.
6 Peta menunjukkan kawasan penempatan utama orang-orang Jawa, Tahun 1880-an 1940. Sumber Malaysia Barat, Sheet 2, Series L, 40A Jabatanarah Pemetaan Negara, Malaysia, no 78-1970.
-
BML3113 9
Kejayaan orang-orang Jawa membuka penempatan awal dan usaha mereka memajukan
kawasan tersebut telah menarik perhatian kerajaan British pada masa itu. Laporan-
laporan daripada pegawai British telah menunjukkan rasa puas hati mereka pada
kemajuan yang ditunjukkan oleh penghijrah-penghijrah dari Jawa. Contohnya Laporan
daripada Pegawai Pemungut Hasil, Daerah Kuala Langat,
The Javanese at Klanang ...and ...Tanjong Duabelas have made good progress and
I am glad to be able to report satisfactorily on them.7
Perasaan puas hati terhadap semangat penghijrah-penghijrah Jawa itu juga telah
menyebabkan Pegawai Pemungut Hasil Daerah Kuala Langat berani melaporkan
bahawa kemajuan-kemajuan yang dibawa oleh orang-orang Jawa di kampung tersebut
menyebabkan orang-orang Melayu tempatan turut menunjukkan semangat kerajinan
mereka. Kecekalan dan kegigihan peneroka-peneroka Jawa semasa pembukaan tanah
adalah perkembangan penting pada sejarah penempatan di Selangor. Kejayaan dicapai
telah mendapat perhatian pihak British dan juga masyarakat Melayu tempatan. Justeru,
kelonggaran cukai tanah, pinjaman kepada peneroka-peneroka awal, meluluskan
permohonan tanah pertanian dan meluluskan undang-undang tanah simpanan orang-
orang Melayu di mana orang-orang Jawa turut mendapat manfaatnya. Justeru,
bermulalah episod suku bangsa Jawa sebagai satu rumpun Melayu.
4.0 Hubungan Bangsa Jawa dengan Rumpun Bahasa Melayu Bangsa Jawa dan bangsa Melayu mempunyai tamadun yang tinggi pada abad
kesembilan belas dan hal ini menunjukkan orang Melayu berasal dan berkembang di
Nusantara. Penemuan manusia kuno di Pulau Jawa menunjukkan besar kemungkinan
orang Melayu adalah keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada
Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Perkembangan sejarah dua suku bangsa dari suku keturunan Jawa dan Melayu
mempunyai dominasi kuasa politik dan dagangan ekonomi serta populasi yang besar di
Indonesia dan Malaysia. Bangsa (suku kaum) Jawa di Indonesia dan bangsa (suku
kaum) Melayu di Malaysia, dikatakan merupakan inti dari dunia Melayu.
7 Laporan Acting Collector, Kuala Langat ke Residen, Selangor, January, 1889, SSF, 380/89; Laporan District Officer Kuala Langat, kepada Commisioner of Lands Selangor, bertarikh 14.1.1891, SSF 996/1891
-
BML3113 10
Terdapat pengkaji yang berpendapat mengatakan bahawa Melayu berasal dari
perkataan pamalayu, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Di kawasan
tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa sebagai peringatan
berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada
tahun 1826. Pamalayu bermaksud Ekspedisi Melayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.
Pendapat John Crawfod (1848) sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini,
menyatakan bahawa Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa menjadi induk bagi semua
bahasa di Nusantara. Hujah-hujah ini menjelaskan dan menunjukkan bahawa bangsa
Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad
kesembilan belas. Beliau juga berpendapat bahasa Jawa ialah bahasa yang tertua dan
menjadi bahasa induk pada bahasa-bahasa yang lain pula.
Bahasa Perpaduan
Bangsa Jawa baik di Indoneseia mahupun di Malaysia menerima bahasa Melayu
sebagai bahasa nasional dan bahasa persekutuan. Bahasa Indonesia secara
rasmi sebagai bahasa nasional pada 18 Ogos 1945, kerana pada ketika itu
Undang-undang Dasar 1945 disebutkan bahawa Bahasa Negara Adalah Bahasa Indonesia (pasal 36).
Komunikasi antara kumpulan yang bangkit pada masa itu dengan menggunakan
bahasa Indonesia dalam Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Pada ketika itu, bangsa Indonesia telah sama-sama berjuang dengan penuh kesedaran
walaupun mendapat tentangan hebat. Walau bagaimanapun Bahasa Melayu
tetap muncul dalam pelbagai variasi dan dialek.. Perkembangan bahasa Melayu
di Nusantara telah mempengaruhi dan mendorong pada pertumbuhan rasa
persaudaraan dan kesatuan bangsa Indonesia kerana adanya kesedaran tentang
fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
Suku Jawa, Suku Sunda dan suku-suku yang lain dengan sukarela telah
menerima bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional. Hal ini menjelaskan
tentang kesepakatan untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
bagi rakyat seluruhnya. Perpaduan melalui satu bahasa dapat diwujudkan
dengan satu bahasa di Malaysia. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-
BML3113 11
telah digunakan dalam segala urusan kerajaan. Rakyat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dapat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
mereka dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik.
Bahasa merupakan nilai dan budaya bangsa. Ungkapan ini telah diluahkan oleh seorang tokoh politik bukan Melayu iaitu Timbalan Menteri Pendidikan,
Datuk Devamany S. Krishnasamy sewaktu dijemput oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) pada 15 Juali sewaktu memberi syarahan mengenai usaha
memartabatkan bahasa Melayu dari kaca mata ahli politik.
Menurut beliau, bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibunda mempunyai
hubungan emosional dengan penuturnya dan berkait rapat dengan kalbu dan
sanubari rakyat. Jelas beliau lagi, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai
alat perhubungan berbilang bangsa sejak dahulu lagi sepertimana yang
dipaparkan dalam karya agung Tun Sri Lanang menerusi Sejarah Melayu yang menggambarkan kegemilangan dan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.
Selepas merdeka, isu penyatuan bangsa sangat penting. Malaysia sebuah
negara yang berdaulat seharusnya mempunyai lambang dan martabat
bangsanya sendiri. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan agama dan
akar budaya namun tugas untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu
padu boleh dicapai melalui bahasa perpaduan iaitu bahasa Melayu.
Sedar atau tidak, bahasa Melayu telah menerima tamparan hebat sejak 20
hingga 30 tahun dahulu. Era digital dan globalisasi tanpa sempadan menyaksikan
bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa lain terutamanya bahasa
Inggeris. Aplikasi dasar liberalisasi sekitar 1980-an menyaksikan penggunaan
bahasa Inggeris semakin meluas. Oleh hal yang demikian, peranan DBP adalah
untuk memartabatkan semula bahasa Melayu bukan sahaja kepada sekolah
kebangsaan tetapi perlu menyeluruh kepada sekolah Cina dan Tamil. Kini 27 juta
rakyat Malaysia perlu bersama-sama menggalas tanggungjawab ini
memandangkan perjuangan bahasa Melayu merupakan wadah perjuangan rakyat
Malaysia.
-
BML3113 12
Penyebaran Agama Islam
Bahasa Melayu telah tersebar di seluruh pelusuk Nusantara bersama
perkembangan dan penyebaran agama Islam. Bahasa Melayu mudah diterima
oleh Masyarakat di Nusantara sebagai bahasa perhubungan antara sebuah
kerajaan dengan kerajaan yang lain, antara pedagang-pedagang dan dalam
urusan pentadbiran. Perkembangan bahasa Melayu di Nusantara telah
mempengaruhi dan mendorong pada pertumbuhan nilai-nilai persaudaraan
sebagai satu rumpun yang telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.
Ketika Agama Islam menapak di Nusantara, para mubaligh telah menggunakan
bahasa Melayu sebagai dakwah dalam menyebarkan syariat Islam. Pengislaman
raja-raja dan golongan bangsawan sebagaimana dalam Hikayat Raja-raja Pasai,
Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Sejarah Kepulauan Sulu telah
membuka lembaran dalam menyebarkan dakwah kepada golongan istana.
Kemudian, dakwah tersebut diperluaskan lagi iaitu apabila raja dan pembesar-
pembesar istana telah memeluk Islam, rakyat jelata juga akan turut serta.
Contohnya Megat Iskandar Shah Melaka dan Raja Malik al Salih Pasai yang
memeluk Islam diikuti oleh rakyat baginda. Dalam hal ini, bahasa Melayu
memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Islam di Nusantara
memandangkan bahasa Melayu mudah difahami dan telah menjadi bahasa lingua
franca berbanding bahasa Jawa.
Dalam kalangan bangsa Jawa juga, agama Islam turut melepasi tembok di mana
para mubaligh telah menyebarkan dakwah tentang konsep Tuhan yang Maha
Esa, Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni,
menyanjung akhlak mulia, konsep kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta
menuntut umatnya agar sentiasa berfikir secara rasional. Peranan Wali Songo atau Wali Sembilan telah menjadikan Masjid Agung Demak sebagai markas
dakwah
Kelemahan bahasa Jawa
Sebagaimana yang telah sedia maklum, bangsa Jawa adalah merupakan majoriti
suku bangsa di Indonesia yang menggunakan bahasa Jawa. Antara suku bangsa
Jawa yang menggunakan bahasa Jawa ialah di Jawa Tengah, Yogyakarta dan
-
BML3113 13
Jawa Timur. Selain itu, bahasa Jawa juga digunakan oleh penduduk yang tinggal
di beberapa daerah lain seperi di Banten terutama Kota Serang.
Walaubagaimanapun, bahasa Jawa tidak digunakan sebagai bahasa Indonesia
tetapi ada kesepakatatan untuk menggunakan bahasa Melayu yang dituturkan di
Riau sebagai bahasa Indonesia. Bahasa Melayu Riau dijadikan sebagai bahasa
persatuan Republik Indonesia. Bahasa Indonesia dijadikan sebagai jati diri
bangsa bermula daripada Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Pada
Kongres Nasional kedua di Jakarta, Prof. Mohammad Yamin telah mengusulkan
untuk memilih bahasa Indonesia sebagai bahasa untuk negara Indonesia selepas
kemerdekaan.
Bahasa Melayu Riau yang dipilih sebagai bahasa Indonesia dan bukannya
bahasa Melayu Pontianak atau Banjarmasin atau Samarinda ataupun Kutai.
Alasannya berdasarkan pertimbangan bahawa suku/puak Melayu berasal dari
Riau. Selain daripada itu, Sultan Melaka yang terakhir telah lari ke Riau sebaik
sahaja Portugis menjajah Melaka. Bahasa Melayu adalah lingua franca di mana
paling sedikit menerima pengaruh daripada bahasa Cina Hokkien, Tio Ciu Ke dan
bahasa-bahasa yang lain. Alasan yang lebih kukuh lagi ialah pengguna bahasa
Melayu bukan sahaja terbatas di Republik di Indonesia sahaja. Pada tahun 1945,
pengguna bahasa Melayu yang lain ialah Malaysia, Brunei dan Singapura.
Walaupun ketika itu, negara-negara berkenaan masih dijajah oleh British namun
sebagai satu kesatuan, semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan
negara-negara di Asia Tenggara, bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa komunikasi, bahasa ekonomi dan bahasa ilmu antara negara jiran
tersebut.
Antara bahasa Jawa dengan bahasa Melayu, bahasa Jawa lebih sukar untuk
dipelajari. Dalam bahasa Jawa, ada perbezaan antara bahasa itu sendiri iaitu ada
bahasa halus, bahasa biasa dan bahasa kasar. Penutur bagi bahasa Jawa dalam
kalangan bangsa Jawa turut berbeza mengikut usia, darjat ataupun pangkat.
Sekiranya seseorang itu kurang memahami budaya Jawa, maka akan
menimbulkan kesan negatif yang lebih besar kepada penutur. Sekiranya bahasa
Jawa digunakan sebagai bahasa Indonesia, suku-suku atau puak-puak lain di
Republik Indonesia akan merasa dijajah oleh bangsa Jawa yang merupakan puak
majoriti di Indonesia.8 Justeru, di Indonesia sendiri yang mempunyai bangsa Jawa
8 http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Indonesia
-
BML3113 14
lebih daripada 90 juta orang atau 2/3 daripada penduduknya memilih bahasa
Melayu yang dinamakan bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional. Bahasa
Indonesia telah digunakan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa
dalam urusan pentadbiran kerajaan.
Bahasa Perdagangan
Pada zaman Sriwijaya, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa
penghubung antara suku di Nusantara dan sebagai bahasa yang digunakan
dalam perdagangan antara pedagang dari dalam Nusantara dan dari luar
Nusantara. Begitu juga zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu
merupakan bahasa ligua franca yang menjadi perhubungan antara pedagang-
pedagang .
Menurut Profesor Wu Zongyu yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa, beliau berpendapat bahawa bahasa Melayu
mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sebagai bahasa kebangsaan
dan antarabangsa jika dimartababatkan sebaik mungkin. Beliau yang merupakan
Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing
Beijing (BFSU), turut berkata, rakyat negara ini perlu mengagungkan budaya dan
memartabatkan bahas Melayu seiring dengan perkembangan ekonomi kerana
pengaruh bahasa itu semakin tersertlah dari sehari ke sehari.
Dalam hal ini, bahasa Melayu boleh merapatkan negara-negara seperti Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Brunei terutama dalam perkembangan ekonomi.
Perkembangan pesat ekonomi Asia Tenggara dalam bidang pendidikan,
perindustrian, teknologi, pertanian selain daripada membekal bahan-bahan
mentah telah merancakkan perdagangan serantau. Hubungan dua hala yang
memberi keuntungan pada semua pihak adalah kerana komunikasi yang
berkesan dalam bahasa serantau iaitu bahasa Melayu. Maklmumat dan info yang
disampaikan dalam urusan perdagangan lebih mudah, jelas dan tepat kerana
masing-masing boleh mengemukakan pendapat dan pandangan tentang sesuatu
perkara kerana saling memahami.
Kesinambungan pengguna bahasa Melayu semenjak zaman Sriwijaya dan
Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah merancakkan pertumbuhan ekonomi di
rantau ini sehingga hari ini. Sekiranya dahulu, negara-negara Asia Tenggara
-
BML3113 15
adalah tergolong dalam kalangan negara-negara membangun tetapi kini negara-
negara tersebut sedang menuju ke arah negara maju. Perkembangan pesat
ekonomi adalah pemangkin pada kestabilan politik dan kesejahteraan hidup bagi
rakyat di rantau ini. Justeru, keamanan dan keharmonian dapat dinikmati oleh
negara-negara di rantau ini.
Bahasa Ilmu
Antara fungsi bahasa Melayu ialah sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan pada semua peringkat dari peringkat rendah hingga ke peringkat
institusi pengajian tinggi. Bahasa Melayu mempunyai peranan dan fungsi
sebagaimana bahasa-bahasa yang lain iaitu sebagai bahasa ilmu tinggi, sains,
teknologi dan maklumat.
Perkembangan bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat
iaitu Zaman SITC/MPSI dan Pejabat Karang Mengarang (1922- 1941), Zaman
pendudukan Jepun (1942 1945), zaman sebelum merdeka (1945 1956) dan
zaman selepas merdeka ( 1957 hingga sekarang ). Bagi memajukan dan
memodenkan bahasa Melayu, pelbagai usaha dan perancangan dijalankan.
Menurut Tatabahasa Dewan edisi baharu ( Nik Safiah Karim et al, 2003:20), perancangan bahasa ialah usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa
ke taraf yang lebih maju. Di Malaysia, badan perancang bahasa ialah Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ditubuhkan pada tahun 1956.
Dalam Laporan Razak (1956), pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan,
Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama. Diikuti dengan Laporan
Rahman Talib (1961), Akta bahasa kebangsaan dan sebagainya. Malahan
sehingga hari ini, pelbagai bidang ilmu menghasilkan pelbagai laras bahasa
dalam bahasa Melayu seperti laras ekonomi, laras teknologi maklumat, laras
sains dan sebagainya. Perancangan korpus iaitu proses penyeragaman bagi
menghasilkan satu variasi bahasa seragam dan baku dalam pelbagai aspek
diperlukan untuk menjadikan bahasa Melayu terus berkembang maju.
Para pejuang bahasa telah bertindak dengan sentiasa turun padang, berada di
tengah-tengah masyarakat untuk menjadi penggerak kesedaran rakyat pelbagai
kaum untuk membina keyakinan serta kemampuan bahasa Melayu sebagai
-
BML3113 16
bahasa ilmu dan kemajuan. Antara yang telah dilakukan oleh para ilmuan ialah
mempergiatkan usaha untuk berkarya dalam bahasa Melayu selain usaha-usaha
pencipataan sains dan teknologi dalam bahasa Melayu.
Selain itu, pihak kerajaan telah merancang untuk memperkukuhkan Institut
Terjemahan Negara yang bertanggungjawab untuk memperhebatkan lagi usaha
penterjemahan buku-buku ilmiah antarabangsa yang berkualiti sebagai langkah
menambah khazanah keilmuan dalam bahasa Melayu.
Kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan di seluruh
negara. Antara tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan
seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan
seharian. Selain itu, ingin menunjukkan dan membuktikan kepada dunia bahawa
bahasa Melayu boleh dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Sebagai langkah pertama dalam bidang pendidikan, ialah untuk menangani
masalah 20 peratus kanak-kanak yang ketinggalan dalam literasi. Ukuran untuk
mencapai kejayaan adalah dengan memperoleh ilmu semaksimumnya dalam
bahasa Melayu. Satu Bahasa, Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dilihat sebagai satu langkah yang
meyakinkan untuk mengembalikan peranan Asia sebagai gergasi dunia.
Contohnya, Jepun berjaya membentuk negaranya sendiri melalui acuan sendiri
melalui budaya dan bahasa mereka. Dalam hal ini, masyarakat Malaysia
keseluruhannya bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu dan
bersama-sama memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Bahasa Kesusasteraan Melayu
Bahasa Melayu pada abad ke-19 menjadi titik permulaan pada perkembangan
bahasa Melayu moden. Hasil tulisan Raja Ali Haji dan Munsyi Abdullah dianggap sebagai perkembangan bahasa Melayu moden. Ciri-ciri bahasa Melayu
moden merupakan kebalikan daripada ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa
Melayu klasik merangkumi aspek kosa kata, tulisan, ayat dan gaya bahasa.
Bahasa Melayu kalsik mempunyai ciri-ciri terterntu yang menjadikannya berbeza
dengan bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu moden. Misalnya, ayat :
panjang, berulang, berbelit-belit dan meleret-leret, banyak ayat pasif dan ayat
songsang, menggunakan bahasa istana, kosa kata klasik, banyak menggunakan
-
BML3113 17
perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti maka, alkisah, hatta dan adapun dan banyak menggunakan partikel lah dan pun. Perkembangan kesusasteraan bahasa Melayu berkembang pesat selepas
merdeka. Hal ini demikian, kerana peranan yang dimainkan oleh Pejabat Karang
Mengarang (PKM), Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB),
ASAS 50. GAPENA, Kongres Bahasa dan Persuratan melayu, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).
Aktiviti PKM yang ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjong
Malim bertujuan untuk menerbitkan banyak buku-buku untuk bacaan umum.
Penerbitan melalui penerbitan Malay Home Library Series telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu terutama
sebelum perang.
PBmPB yang diasaskan oleh Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan
Dato Muhammad Ibrahim Munsyi pada tahun 1888 untuk mengendalikan
perbincangan tentang bahasa Melayu dan mewujudkan sebuah kutub khanah
sebagai pusat sumber mengenai persoalan-persoalan bahasa. Manakala ASAS
50 yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Antara matlamat penubuhannya adalah
untuk memperluaskan dan mempertinggikan lagi mutu kesusasteraan dan
mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh karya
sastera lama. GAPENA pula aktif menganjurkan pelbagai aktiviti kebahasaan dan
kesusasteraan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti badan korporat.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu merupakan perhimpunan penulis,
peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya serta para cendekiawan Melayu
yang mewakili badan bahasa dan persuratan Melayu dengan seluruh negara.
DBP yang ditubuhkan pada 1956 pula berperanan untuk membina dan
memperkembangkan bakat sastera, menerbitkan pelabagai bahan seperti
majalah, buku, risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan. Manakala penubuhan
MABBIM dan MABM berperanan untuk membina dan mengembangkan bahasa
Melayu dan kesusasteraan bahasa Melayu pada peringkat serantau dan Asia
Tenggara.
-
BML3113 18
Bahasa Pentadbiran
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 1,
Tahun 2006; Langkah-langkah Memperkasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan
atas semangat dan peruntukan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, menunjukkan bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam
pentadbiran negara.
Maksud bahasa rasmi ialah segala wacana lisan dan tulisan di peringkat Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan. Wacana lisan rasmi termasuklah mesyuarat, taklimat,
ucapan, ceramah, syarahan, perbincangan pentadbiran dan sebagainya. Wacana
tulisan rasmi pula meliputi surat-menyurat pentadbiran, minit mesyuarat, memo.
Laporan, kertas cadangan, pekeliling dan sebagainya. Bahasa yang digunakan di
tempat awam seperti pada papan iklan, papan tanda dan premis perniagaan juga
terangkum sebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi.
Bagi malekasanakan dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan dengan
betul dan tepat, satu Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah ditubuhkan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa dalam pentadbiran di mana ketua-ketua jabatan
hendaklah memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan
bahasa kebangsaan yang betul dan tepat dalam segala urusan rasmi samada
tulisan atau lisan. Dalam hal ini, Ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-
hal mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan,
iklan, dokumen rasmi, penamaan di tempat awam hendaklah betul dan tepat.
Selain itu, latihan dan aktiviti berterusan untuk memantapkan kemahiran dan
bahasa kebangsaan dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Buku, bahan
rujukan atau risalah pedoman terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
kegunaan semua pegawai dan kakitangan seperti Kamus Dewan digunakan.
Setiap ketua jabatan akan sentiasa mendapat khidmat nasihat Dewan Bahasa
-
BML3113 19
dan Pustaka dalam hal-hal yang berkaitan dengan bahasa. Penggunaan bahasa
Melayu dalam sektor awam ditegaskan oleh JPA melalui Surat Pekeliling Am Bil.1
Tahun 2006 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011; Panduan
penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam.
5.0 Penutup Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mudah untuk menerima, menyesuaikan sifat
dan bentuknya dalam pelbagai aspek. Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah
menerima bahasa Sanskrit telah menyaingi bahasa Jawa. Walaupun bahasa Jawa
mempunyai jumlah penutur yang paling ramai di nusantara ini namun bahasa Melayu
telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa nasional dan bahasa rasmi sebagai
pilihan utama bagi beberapa negara di rantau ini . Bangsa Jawa sendiri sendiri turut
menerima bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka sebagai bahasa
komunikasi, bahasa perpaduan, bahasa perdagangan, bahasa ilmu, bahasa pentadbiran,
dan sebagainya.
Baik di Indonesia mahupun di Malaysia, bangsa dan keturunan Jawa masih ada yang
boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Jawa. Namun mereka lebih selesa
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan seharian iaitu bertutur atau menulis dengan
mengguna istilah bahasa Malaysia di Malaysia dan bahasa Indonesia di Indonesia.
Bangsa Jawa sendiri telah menjadi sebahagian daripada golongan yang turut memberi
sumbangan pesat dalam perkembangan bahasa Melayu. Mereka turut memartabatkan
bahasa Melayu bukan sahaja di dalam negara tetapi sehingga peringkat global.
Saya sebagai generasi ketiga daripada keturunan Jawa lebih selesa dengan bahasa
Melayu yang telah sebati dalam diri saya. Walau bagaimanapun, sebagai salah seorang
daripada anak keturunan Jawa, satu usaha perlu dilakukan agar bahasa Jawa tidak
terkubur. Saya tidak faham bahasa Jawa apatah lagi untuk berkomunikasi
menggunakan bahasa tersebut. Atas kesedaran ini, saya perlu mengkaji dan mengetahui
bahasa dan bangsa Jawa yang telah menjadi sebahagian daripada darah daging saya
dan keturunan saya. Walaupun begitu bahasa Melayu tetap dihati dan bangsa Jawa
adalah daripada rumpun yang sama.
-
BML3113 20
Bibliografi Noriah Mohamed (1999). Sejarah sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang:USM
Slametmuljana (1975). Asal bangsa dan bahasa Nusantara. Jakarta: Balai Pustaka.
Darwis Harahap (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu.Pulau Pinang: Penerbit USM.
Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka
Abu Bakar Nordin, et.al. (2000). SITC-UPSI pelopor pendidikan bangsa. PJ: Longman
Abdullah Hassan, ed (2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (1952-2002). KL:
Persatuan Penterjemah Malaysia.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu.
Bangi: UKM.
Ismail Hussein (1996). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita.
Hashim Musa (2003). Epigrafi Melayu: sejarah sistem tulisan dalam Melayu. KL:DBP
http://saku30.tripod.com/Bab7SEJ4.htm
http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=422
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Jawa
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Jawa
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa
http://bambangpriantono.multiply.com/journal/item/717
http://saku30.tripod.com/Bab7SEJ4.htmhttp://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=422http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://bambangpriantono.multiply.com/journal/item/717 -
BML3113 21
http://wadironi.blogspot.com/2011/09/bicara-leluhur-suku-jawa.html
http://journalarticle.ukm.my/4654/2/Khazin_Mohd._Tamrin_7-8.pdf
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=488232
http://jaririndu.blogspot.com/2012/01/sejarah-perkembangan-bahasa-indonesia.html
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/13/mstar_berita/20111013145000&
sec=mstar_berita
http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/10/kemajuan-bahasa-melayu-di-peringkat.html
http://wadironi.blogspot.com/2011/09/bicara-leluhur-suku-jawa.htmlhttp://journalarticle.ukm.my/4654/2/Khazin_Mohd._Tamrin_7-8.pdfhttp://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=488232http://jaririndu.blogspot.com/2012/01/sejarah-perkembangan-bahasa-indonesia.htmlhttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/13/mstar_berita/20111013145000&sec=mstar_beritahttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/13/mstar_berita/20111013145000&sec=mstar_beritahttp://kembarabahasa.blogspot.com/2011/10/kemajuan-bahasa-melayu-di-peringkat.html
top related