proposal kajian dr marzelah
Post on 28-Apr-2017
264 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.1 Pengenalan
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui
bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan
informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya
(Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah.
Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan
murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana
bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa
digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah
menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran
bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan
peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam
penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim
Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai
perancang pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan
pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah
murid. Untuk mencapai objektif tersebut seharusnya seorang murid apabila
menduduki tahap dua di sekolah rendah akan semakin kurang atau tiada langsung
melakukan kesalahan di dalam penulisan mereka. Bertitik tolak dari masalah
inilah perlunya seorang murid menguasai bidang ejaan agar tidak akan
menjejaskan bidang penulisannya nanti.
1
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian ini akan dijalankan ke atas murid tahun 5. Bilangan murid tahun 5
seramai 50 orang. 20 orang murid dari kelas tersebut mengalami masalah ketika
membuat ejaan. Murid Tahun 5 adalah terdiri daripada pelajar Sekolah
Kebangsaan Jerlun. Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mencari
jalan penyelesaian, supaya murid-murid dapat menulis dengan menggunakan
ejaan yang betul dalam setiap penulisan yang mereka hasilkan. perkataan-
perkataan mudah yang sering digunakan tidak dieja dengan betul. Banyak contoh
boleh diberikan bagaimana salah ejaan ini berlaku perkataan-perkataan seperti
boleh, oleh, hormat, kawad, laporan, calon, awet, misalnya sering dijumpai
dieja sebagai 'bolih', 'olih', hurmat', 'kawat', 'lapuran', 'calun', dan 'awit'.
Dalam bahasa Melayu ada banyak perkataan yang hampir sama bunyi dan
sebutannya tetapi berbeza ertinya. Sebagai contoh 'golongan' dengan 'gulungan';
'cucuk' dengan 'cocok'; 'kawad' dengan 'kawat'; 'pojok' dengan 'pujuk'; 'seloroh'
dengan 'seluruh'; 'tafsir' dengan 'taksir'; 'tekad' dengan 'tekat' dan 'tempa' dengan
'tempah'. Jika sebahagian besar orang Melayu sendiri tidak arif dan mahir dengan
bahasanya sendiri dalam soal ejaan, sekaligus tidak arif membezakan erti
perkataan-perkataan itu, bagaimana pula orang bukan Melayu dapat
menggunakan ejaan dengan ertinya yang tepat dalam penggunaannya setiap
waktu. Jika ini tidak dapat diperbetulkan maka selagi itulah masalah salah ejaan
ini akan berlarutan.
1.3 Penyataan Masalah
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi.
Kedudukan bukan sahaja terjamin mengikut Artikel 152 Perlembagaan
Malaysia, malah menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam
Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras di
semua sekolah. Walaupun begitu, permasalahan wujud segelintir pelajar tidak
dapat menguasai sepenuhnya Bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan
ejaan. Aspek ejaan ini sering dinilai sebagai satu permasalahan kecil dalam
empat aspek kemahiran dalam Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
2
Kajian ini akan dilakukan untuk mengenalpasti aspek yang mendorong kepada
kelemahan pelajar dalam ejaan. Kemahiran dan pengetahuan bahasa merupakan
asas kepada seseorang pelajar untuk menggunakan bahasa itu dengan baik dan
berkesan. Teknik pembelajaran penting untuk meningkatkan keberkesanan
pembelajaran serta mengembangkan kemahiran pembelajaran arah kendiri.
Politzer (1973) menyatakan pemilihan penggunaan kaedah pengajaran yang
tidak betul sebagai salah satu faktor yang membawa kepada kegagalan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini terjadi apabila guru-guru salah
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai.
Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, khususnya
dalam kemahiran penulisan, ianya memerlukan contoh-contoh yang terbaik
mengikut Bahasa Melayu yang standard. Ini menuntut guru-guru menyediakan
satu pendekatan yang merangkumi keseluruhan aspek pengajaran dan
pembelajaran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Jika ditinjau
dari hakikat sebenarnya, guru-guru ini tidak pernah didedahkan dengan contoh-
contoh konkrit samaada semasa menjalani latihan mahupun kursus-kursus
dalam perkhidmatan. Keadaan ini diakui oleh Awang Mohd. Amin (1981) yang
mengatakan secara amnya guru-guru telah menggunakan latihan mendengar,
bertutur, membaca mendahului latihan menulis karangan.
Kegagalan pelajar dalam menguasai ejaan dalam pembelajaran tidak seharusnya
dipersalahkan sepenuhnya ke atas pelajar, Akan tetapi, ia juga merangkumi
aspek-aspek lain seperti aspek yang berkaitan dengan guru. Oleh sebab itu,
kajian alan dilakukan untuk memperlihatkan aspek kegagalan pelajar dalam
menguasai ejaan dalam penulisan Bahasa Melayu.
Kajian ini akan menyediakan lima soalan kajian iaitu ;
Soalan kajian pertama :
Adakah murid memahami apa yang mereka baca?
3
Soalan kajian kedua:
Adakah murid memahami apa yang mereka akan tulis?
Soalan kajian ketiga:
Adakah murid-murid bersedia untuk belajar Bahasa Melayu?
Soalan kajian keempat:
Adakah murid berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?
Soalan kajian kelima:
Apakah masalah yang dihadapi oleh guru BM?
1.4 Kerangka Konsep
Kerangka konsep yang telah dipilih ini akan menunjukkan perhubungan antara
variabal dalam kajian dan kesan perhubungan tersebut. Ia dapat diperjelaskan
melalui rajah di bawah:
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.
Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan
orang lain untuk menyampaikan kehendak,
perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran,
pengetahuan, mendapatkan informasi,
menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya
(Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di
sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama
bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu
dengan sebaik-baiknya.
4
Tahap penguasaan pelajarEjaan yang betul
dalam penulisan
Bahasa Melayu
Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana
bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa
digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah
menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran
bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan
peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam
penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim
Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai
perancang pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan
pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah
murid.
Untuk mencapai objektif tersebut seharusnya seorang murid apabila menduduki
tahap dua di sekolah rendah akan semakin kurang atau tiada langsung melakukan
kesalahan di dalam penulisan mereka. Bertitik tolak dari masalah inilah perlunya
seorang murid menguasai bidang ejaan agar tidak akan menjejaskan bidang
penulisannya nanti.
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian yang akan dijalankan adalah bermatlamat kepada dua unsur
iaitu merujuk kepada objektif khusus dan objektif umum. Objektif khusus kajian
ini adalah bertujuan untuk menganalisa kesalahan ejaan dalam penulisan Bahasa
Melayu.Selain daripada itu, obektif umum kajian yang dapat diberi perhatian
ialah:
i. mengenalpasti penyalahan ejaan dalam penulisan Bahasa Melayu
Tahun 5M.
ii. mengenalpasti faktor penyebab kepada penyalahgunaan ejaan dalam
penulisan Bahasa Melayu.
5
iii. Mengenalpasti aspek-aspek yang dapat membantu pelajar tahun 5M
mengurangkan salah ejaan dalam penulisan Bahasa Melayu.
1.6 Persoalan Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini dilakukan berpandukan kepada beberapa
persoalan kajian yang telah ditetapkan. Persoalan-persoalan tersebut adalah:
i. Adakah kesalahan ejaan di dalam penulisan Bahasa Melayu ini
berpunca daripada pendekatan pengajaran guru yang lemah ataupun
daripada salah pelajar itu sendiri?
ii. Adakah terdapat perbezaan pendapat dikalangan para guru mahupun
ahli bahasa mengenai ejaan ini mempengaruhi pelajar dalam
penulisan Bahasa Melayu ini?
iii. Adakah kesalahan ejaan ini disebabkan oleh kurangnya pendekatan
khusus dan perhatian daripada guru terhadap masalah ini?
1.7 Batasan Kajian
Aspek ejaan dalam konteks penlisan Bahasa Melayu menjadi faktor penting
bagi setiap pelajar dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Masalah
pengejaan yang betul berdasarkan pola keselarasan tertentu dalam sistem ejaan
akan menghasilkan mutu penulisan yang baik. Oleh sebab itu, batasan kajian
yang terdapat dalam aspek ejaan telah dibataskan kepada pola-pola berikut:
i. Sistem keselarasan vokal
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Penulisan kata terbitan
iv. Penulisan kata depan
1.8 Kepentingan Kajian
Era globalisasi yang diamalkan oleh kerajaan sekarang telah mempengaruhi
pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar. Globalisasi ini diamalkan
bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi negara melalui tukaran produk
dan mata wang, malah ia juga turut mempengaruhi bahasa di mana Bahasa
6
Inggeris juga di bawa masuk. Oleh sebab itu, sukatan pelajaran Bahasa Melayu
perlu memberi tumpuan ke atas penguasaan bahasa tersebut dikalangan
pelajar.Ini adalah untuk membolehkan mereka menggunakan Bahasa Melayu
secara berkesan dalam kehidupan seharian walaupun ketika melanjutkan
pelajaran dan turut mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan. Penguasaan
Bahasa Melayu juga harus dilihat sebagai saluran untuk memupuk persefahaman
dan interaksi tentang bahasa, budaya, sejarah, dan agama yang berbilang kaum
dan agama.
Kemahiran dan pengetahuan bahasa merupakan asas kepada seseorang pelajar
untuk menggunakan bahasa itu dengan baik dan berkesan. Teknik pembelajaran
penting untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran serta mengembangkan
kemahiran pembelajaran arah kendiri. Bidang interpersonal memberi tumpuan ke
atas minat serta emosi pelajar dalam proses pembelajaran.
Justeru itu, kajian ini, amat penting untuk dikaji. Ini adalah untuk
mengembalikan kegemilangan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan
masyarakat terutamanya di kalangan pelajar yang segelintirnya sudah
meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ke dua. Kajian ini diharapkan akan
dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang terlibat secara
langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa Melayu di
sekolah rendah. Kajian ini akan dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dalam
merancang dan menyusun murid-murid yang berpotensi dan murid lemah di
dalam kelas-kelas tertentu. Pihak sekolah juga boleh menggunakan maklumat
yang bakal diperolehi ini supaya guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan guru-guru yang berkelayakan dan
mempunyai pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran tersebut. Seterusnya,
berdasarkan kajian ini, pihak pentadbir sekolah mungkin akan boleh
menggariskan kriteria tertentu sebelum menyusun dan menentukan guru-guru
mata pelajaran khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu.
7
Kajian ini juga diharapkan akan dapat membantu guru-guru untuk menilai
kesediaan diri mereka sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Selain itu, guru-
guru juga diharap akan dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid-murid mereka. Aspek-aspek kekuatan dan kelemahan ini
diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik. Guru-guru diharap akan dapat menyediakan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, objektif dan isi pelajaran yang sesuai
dengan tahap penguasaan bahasa murid-murid.
Bagi pihak murid pula, kajian ini sangat penting untuk memberi peluang kepada
mereka belajar dari kesilapan yang telah mereka lalui. Murid juga dapat
membuat pembetulan dan tidak akan mengulangi pada masa akan datang.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Penggunaan hahasa dalam kehidupan adalah bersifat arbiterari. Oleh itu, segala
bentuk perubahan dan pembaharuan yang berlaku wajar diterima oleh setiap
individu dengan fikiran terbuka. Oleh itu, setiap individu yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ataupun sekadar bahasa harian, wajar
menyediakan dan mempersiapkan diri untuk menjadi pengguna Bahasa Melayu
yang terbaik. Kenyataan ini juga harus dihadapi oleh golongan pelajar kerana
golongan pelajar adalah golongan yang sentiasa diuji kebolehannya dalam
menggunakan Bahasa Melayu. Faktor inilah yang mendorong Teori Bruner yang
menyatakan bahawa pelajar mestilah berupaya untuk mempelajari apa sahaja,
pada bila-bila masa, asalkan sahaja mereka mempunyai kesediaan untuk
melaksanakannya.
2.2 Literatur berkaitan
8
Ejaan perkataan dalam Bahasa Melayu telah diubah melalui beberapa peringkat.
Sebelum ejaan baru diumumkan, ejaan sekolah telah didasarkan kepada Ejaan
Wilkinson (1904) dan telah juga memasuki era pengubahsuaian dan dibaiki oleh
Za’ba(1938). Menurut Sultan Takdir Alisjahbana(1965), mulai tahun 1960 an,
kekurangan dalam sistem ejaan Bahasa Melayu mula dirasai. Ini bukan sahaja
menjadi masalah kepada penutur tetapi juga kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Ejaan sekolah tidak lagi konsisten kepada beberapa tempat. Bagi
kawasan yang mudah dan senang untuk menerima pembaharuan contohnya di
bandar, ia akan menerima pembaharuan yang mudah. Manakala bagi kawasan
pedalaman, setiap pengubahsuaian ejaan tidak dapat diterima dengan cepat. Ia
menjadikan ketidakseragaman dalam penggunaan ejaan Bahasa Melayu
terutamanya dalam pembelajaran di sekolah.
Ejaan memang banyak menimbulkan masalah dalam pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah. Masalah ini telah membawa kepada masalah dalam
kemahiran menulis. Akhirnya menjadi satu isu dalam proses pembelajaran
Bahasa Melayu kerana pelajar tidak dapat menguasai penulisan dengan baik.
Kajian yang dilakukan oleh Awang Sariyan (1981) menunjukkan bahawa
penggunaan Bahasa Melayu pada peringkat kemahiran bahasa dan tulisan telah
melahirkan banyak kesalahan. Kesalahan yang dikesan adalah seperti kesilapan
ejaan, tanda bacaan, penggunaan huruf besar sehinggalah kesalahan morfologi
dan sintaksis yang kini dikenali sebagai kesalahan umum.
Pelbagai tindakan telah diambil untuk mengatasi masalah ini. Walaupun begitu,
masalah salah ejaan masih tidak dapat di atasi. Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia juga telah dibukukan pada tahun 1981, akan tetapi masalah kesalahan
ejaan ini masih berterusan sehingga menjelang alaf globalisasi ini. Menurut
Abdullah Hassan (1989), masalah ejaan ini juga turut dipengaruhi oleh ejaan
kata-kata pinjaman. Permasalahan dalam ejaan Bahasa Melayu ini timbul apabila
pengguna Bahasa Melayu telah mengelirukan sistem Bahasa Melayu dengan
penggunaan sistem Bahasa Inggeris.
9
Teori dan Teknik Berkaitan
Teori Behaviorisme atau Emperik dipelapori oleh Bloomfeikd, Edward Sapir,
Fries, Boas dan Brooks. Ahli psikologinya ialah Skinner, Pavlov, Hull dan
Thorndike. Golongan ini berpendapat bahawa bahasa dikuasai oleh proses
pengulangan. Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-
kawan mereka dan suasana bilik darjah.
Mengikut teori ini, seseorang murid akan diberi ganjaran sama ada ganjaran itu
berupa ganjaran positif dan negatif. Dalam membentuk murid membina ejaan
dengan betul, setiap murid akan diberi peluang untuk menulis ejaan. Jika
melakukan kesalahan, mereka akan disuruh menulis sebanyak lima kali ulang.
Jika mereka sudah dapat menulis dengan betul dan tepat guru akan meletakkan
bintang pada buku dan ini berupa ganjaran positif.
Disamping itu, dalam pengajaran bahasa aspek pegukuhan sangat dipentingkan
supaya ilmu yang dipengaruhi murid akan mudah diingati oleh mereka.
Walaupun berlaku kesalahan bahasa, yang berpunca daripada kegagalan mereka
membentuk biasaan bahasa tetapi ini boleh dibetulkan oeh guru.
Teknik yang sesuai dijalankan adalah teknik latih tubi. Teknik ini merupakan
pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran disamping menjamin ketekalannya. Teknik ini sangat
sesuai untuk mengingat bunyi perkataan. Melalui teknik ini pelajar akan melalui
proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan dan tugasnya dalam
situasi penggunaan perkataan itu.
2.3 Kajian Berkaitan
Pengkajian yang dijalankan ini juga bukan sahaja melihat kepada kesalahan
ejaan, malah ia juga merujuk kepada faktor-faktor penyebab yang lain seperti
10
guru. Dari sudut pembelajaran dan pengajaran, adalah jelas menunjukkan
bahawa bebanan guru Bahasa Melayu adalah jauh lebih berat jika dibandingkan
dengan guru-guru yang mengajar subjek lain. Ini kerana guru Bahasa Melayu
dituntut untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam latihan-latihan lisan,
penulisan, penyemakkan dan penilaian. Hal ini lebih berat dengan bilangan
pelajar yang begitu ramai di dalam sesebuah bilik darjah.
Penyataan ini disokong oleh Abdul Hamid (1990) yang menjelaskan bahawa
guru sekolah telah dibebani oleh bebanan tugas pengajaran yang berat, ditambah
pula dengan tugas-tugas bukan akademik yang telah dipertanggungjawabkan. Ini
secara tidak langsung menjadikan sesaorang guru itu tertekan, tidak bermotivasi,
tidak kreatif, tidak inovatif dan tidak produktif. Faktor guru ini akan
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sehinggakan sesuatu
penyampaian pengajaran tidak dapat disampaikan sepenuhnya oleh pelajar.
Mohin Ibrahim (1987) menyebut bahawa terdapat kekurangan guru terlatih di
dalam pendidikan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah seluruh negara. Misalnya
bagi tahun 1990 jumlah guru Bahasa Melayu disediakan sebanyak 13 855 orang,
sementara permintaannya ialah 17 869 orang. Data menunjukkan berlakunya
kekurangan sebanyak 4 014 orang.
Gejala ini terjadi berpunca dari ketetapan nisbah 1:2 yang disarankan oleh
kementerian sendiri. Nisbah ini membawa maksud setiap kelas diperuntukkan
dua orang guru. Akibatnya guru besar terpaksa meminta guru-guru bukan opsyen
Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan ini. Nik Safiah Karim (1980)
menjelaskan bahawa terdapat segelintir guru yang bukan sahaja tidak dapat
mengajar Bahasa Melayu dengan baik, malah penguasaan Bahasa Melayu
mereka juga amat lemah. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi
pembelajaran pelajar.
11
Pengkajian mengenai kesalahan ejaan ini telah lama dilakukan oleh pengkaji-
pengkaji yang lepas. Akan tetapi, permasalahan ini tetap juga berlarutan
sehingga kini. Pelbagai tindakan telah di ambil untuk mengatasi permasalahan
ini. Walaupun begitu, masalah tanda baca dan ejaan ini masih terus berlarutan
sehingga kini.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian akan membicangkan hal yang berkaitan dengan kaedah dan
prosedur yang perlu diambil semasa kajian dijalankan. Metodologi kajian adalah
langkah yang paling penting semasa kajian dijalankan. Ini adalah kerana
metodologi akan dijadikan sebagai arah panduan dan sekaligus dapat mengelak
daripada melakukan kesilapan.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang telah dikenalpasti akan menggunakan reka bentuk
kajian jenis gabungan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Reka bentuk
kajian jenis ini menerapkan kaedah bercampur dan kajian tindakan dalam
prosedur menjalankan kajian.
Reka bentuk jenis ini dipilih kerana melalui penerapan kaedah bercampur di
dalamnya, membolehkan satu tatacara dalam mengutip data kualitatif dan
kuantitatif di dalam kajian digabungkan. Gabungan antara kedua-dua data ini
akan dapat memperlihatkan semua jenis faktor yang mempengaruhi kajian yang
dikaji. Ini adalah kerana tidak semua data boleh dikumpulkan secara kuantitatif
kerana segelintir data adalah berbentuk kualitatif. Selain daripada itu, reka
bentuk kajian jenis gabungan ini juga akan memperlihatkan kajian tindakan. Ini
bermaksud setiap kajian yang dijalankan akan memperlihatkan jalan
12
penyelesaiannya. Ini dapat membantu menyelesaikan setiap permasalahan yang
dipersoalkan.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Analisis ejaan dalam penulisan Bahasa Melayu telah dipilih sebagai tajuk kajian
yang memerlukan populasi dan sampel yang sesuai. Kajian ini akan meletakkan
murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Jerlun sebagai populasi kepada kajian. Oleh
itu skop kajian telah diperkecilkan dengan memilih sampel yang sesuai. Pelajar-
pelajar dari kelas tahun 5 Mutiara telah dipilih sebagai sampel kajian.
Walaubagaimanapun tidak semua pelajar dipilih hanya duapuluh orang sahaja
sebagai responden. Murid akan diambil berdasarkan kepada kelemahan mereka
yang sangat ketara dalam penulisan, iaitu selalu melakukan kesalahan ejaan
ketika menulis.
3.4 Instrumen Kajian
Alat-alat kajian telah dikenalpasti dalam pengkajian ini. Alat-alat kajian ini
diperlukan semasa pengumpulan data dilakukan. Oleh kerana kajian ini
menggunakan reka bentuk jenis gabungan, ia akan memperlihatkan pelbagai
jenis alat-alat kajian. Data kualitatif akan diperoleh dengan menggunakan alat
kajian temubual, pemerhatian, soal selidik dan juga melalui sumber-sumber
bertulis. Manakala bagi data kuantitatif, data akan diperolehi melalui borang soal
selidik.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data.
Walaupun alat kajian telah dipilih berdasarkan jenis data, akan tetapi penggunaan
alat-alat kajian haruslah disusun mengikut keperluan. Alat-alat kajian tersebut
disusun mengikut keperluan seperti berikut:
3.5.1 Sumber-sumber Bertulis dari Internet.
13
Pada peringkat awal pengkajian, pengkaji perlu mengetahui latar belakang
kajian. Oleh itu, pengkaji akan merujuk kepada rujukan-rujukan bertulis dari
buku-buku ilmiah serta melalui kajian lepas dari internet.
3.5.2 Pemerhatian
Setelah memperoleh maklumat-maklumat asas pengkajian melalui sumber
bertulis dan internet, pengkaji harus membuat pemerhatian. Ini dapat memberi
ruang kepada pengkaji untuk melihat sendiri permasalahan yang timbul di dalam
kajian.
3.5.3 Temubual
Temubual antara pengkaji dan responden juga diperlukan untuk membolehkan
pengkaji mendapat maklumat secara tidak formal. Temubual juga dilakukan
kepada individu yang berkaitan iaitu ibu bapa responden, responden sendiri dan
juga guru-guru.
3.5.4 Soal Selidik
Proses untuk mendapat data melalui soal selidik biasanya dilakukan pada
peringkat akhir. Soal selidik dijalankan dengan berpandukan kepada set soalan
soal selidik berkaitan kesalahan ejaan di dalam penulisan Bahasa Melayu yang
disediakan.
3.5.5 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra diadakan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran pencapaian
responden dalam aspek penggunaan ejaan. Satu set soalan diberikan kepada
responden iatu mengenai aspek ejaan. Ujian Pos pula diadakan untuk
memastikan terdapatnya pengurangan dalam ejaan.
3.5.6 Variabal Kajian
Analisis Penggunaan ejaan dalam peulisan Bahasa Melayu ini dijalankan oleh
kerana terdapat pelbagai persoalan tentang penggunaan ejaan dalam penulisan
14
Bahasa Melayu. Pengkajian ini dilakukan dengan menerbitkan beberapa
variabalnya yang tersendiri. Variabal kajian ini menerbitkan penggunaan ejaan
sebagai variabal bebas. Kajian ini meletakkan unsur-unsur seperti guru, faktor
persekitaran, pelajar dan tahap penguasaan sebagai variabal bersandar. Proses
pengukuran variabal pula dilakukan dengan meletakkan nombor dengan nilai
skor dari yang tertinggi sehingga terendah kepada variabal dalam kajian.
3.6 Analisa Data
Data-data yang kualitatif diperolehi melalui kaedah temubual dan juga
pemerhatian dikumpulkan dan digunakan sebagai penambahan maklumat dan
juga sebagai bahan bukti serta kesahihan ke atas data. Setiap data yang diperolehi
secara kualitatif adalah amat berguna. Oleh itu, pengkaji perlu mencatat dan
menyimpan data-data tersebut secara teratur agar mudah untuk dianalisis.
Pengutipan data secara kuantitatif adalah satu langkah yang perlu dititik
beratkan. Ini adalah kerana, setiap data yang diperolehi adalah penting ketika
menjalankan analisis. Data-data yang diperoleh melalui borang kaji selidik,
dimasukkan ke dalam perisian “Statistic Package For Social Science (SPSS)”
sebelum analisis dilakukan.
Data-data kemudiannya akan dianalisis menggunakan kaedah analisis diskriptif.
Melalui analisis ini, makumat yang diperolehi akan diperjelaskan melalui jadual,
carta dan graf. Selain daripada itu, perbandingan maklumat dapat dilakukan
dengan mudah kerana ia boleh diperjelaskan dengan menggunakan peratusan
gambarajah yang boleh diperolehi melalui perisian PSS ini. Disamping itu juga,
Perbandingan dapat dikenalpasti melalui nilai varians, sisihan piawai dan juga
nilai min yang boleh diperoleh melalui kaedah analisis ini. Setelah data-data
tersebut dikumpulkan, data tersebut akan dianalisis untuk mendapatkan data
akhir kajian. Data-data yang berbeza memerlukan penganalisaan yang berbeza.
Data kualitatif dianalisis dengan cara yang berbeza dengan data kuantitatif. Ini
15
kerana data kualitatif dianalisis perlu dikumpulkan dan disusun terlebih dahulu
sebelum ia dihuraikan agar dapat membina satu tema atau sub topik yang
bersesuaian. Setelah itu, data-data tersebut ditafsir agar dapat diperoleh dapatan
kajian sebelum ia dilaporkan dan disahkan ketepatan dan kebolehpercayaan
dapatan kajian.
Data kuantitatif pula diperolehi daripada set soal selidik yang telah dihasilkan.
Setiap jawapan atau variabal yang tertentu dalam set soalan diukur dan dinilai
melalui skor tertentu. Setelah semua set soalan dikumpulkan, semua variabal
akan dimasukkan dan disimpan di dalam komputer melalui analisis statik yang
dipilih ialah analisis “SPSS” dapatan kajian akan diperoleh pada akhir analisis.
3.7 Kesimpulan
Melalui setiap langkah dalam metodologi kajian ini,setiap data dapat dianalisis,
dihuraikan dan dapatan akhir akan diperolehi. Data kualitatif dan kuantitatif
menjadi maklumat utama dalam pengkajian ini. Oleh sebab itu, dapatan kajian
yang diperoleh selepas analisis memberi gambaran dan jawapan kepada objektif
kajian.
3.8 Perancangan Pelaksanaan Kajian
Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam
menyediakan proposal kajian tindakan ini.
Tarikh Perkara yang dibincangkan/
Tugasan yang dilaksanakan
Komen
14.09.2013 Menerima tugasan (individu) daripada Dr. Mardzelah binti
Makhsin tentang: Penilaian Kemahiran Sosioemosi kanak-
16
kanak.
Tarikh Penyerahan: 07.12.2013 (Perjumpaan Ke-4)
17.09.2013
hingga
28.09.2013
Membuat ‘homework’ mengenai tugasan yang diberikan
Membuat draf awal proposal kajian
Menyediakan proposal kajian.
05.10.2013 Pembentangan individu mengenai proposal kajian.
06.10.2013
Hingga
08.11.2013
Pelaksanaan kajian berdasarkan tajuk yang telah dipilih yang
merangkumi:
i. Penyediaan borang soal selidik.
ii. Pemantuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan sebelum dan semasa dan
selepas mengadakan kajian.
iii. Temuramah individu yang terlibat dan pihak-pihak
yang berkaitan dengan kajian.
iv. Membuat rujukan dari kajian ilmiah terdahulu
v. Membuat rumusan hasil daripada dapatan kajian
09.11. 2013
Pembentangan dan perbincangan dengan Dr. Mardzelah Binti
Makhsin tentang kajian tersebut.
Perbincangan terakhir dengan Dr. Mardzelah binti Makhsin
tentang penyediaan laporan kajian.
17
07.12.2013 Menyerahkan tugasan kajian kepada Dr. Mardzelah binti
Makhsin.
3.9 Anggaran Perbelanjaan
Jadual di bawah merupakan anggaran perbelanjaan sekiranya kajian tindakan ini
dilakukan di Sekolah Kebangsaan Jerlun.
Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit
Jumlah Kos
1 Kertas A4 2 Rim x RM8.00 RM16.002 Kertas A4 berwarna 10 helai x RM0.20 RM2.003 Printer katrij (hitam) 1 x RM65.00 RM65.004 Printer katrij (berwarna) 1 x RM95.00 RM95.005 Alat tulis dan fail RM10.00 RM10.006 Fotostat bahan dan laporan kajian RM50.007 Buku log 1 x RM10.00 RM10.00
JUMLAH RM248.00
RUJUKAN
Adnan Kamis. (1985). Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran dan Kaitannya dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan: UKM 17-36.
Abdullah Hassan. (1989). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alis Putih. (2008). Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. Jitra: Pure Honey Enterprise.
Atan Long. (1988). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
18
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2008). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang. (2006). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Norjiah Sulaiman. (1996). Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Safiah Osman (1990). Kanak-kanak dan pembacaan Dlm. Membaca : Satu Pengenalan.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi pendidikan 1. Selangor: Longman.
Tai L.K. (2000). Kesan kaedah pembelajaran koperatif STAD terhadap pelajar tingkatan dua dalam bacaan pemahaman teks dan sikap terhadap bahasa Melayu. Tesis M.Ed, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 7(2), 32-35.
19
20
top related