pendidikan abad ke-21 (versi smiaag)

Post on 15-Feb-2017

649 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

(PAK21)

(versi smiaag)

KONSEP PAK21

(4K)

K-Kreativiti

Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif dalam:

aktivitibahansoalan

cara berfikir.

K – KritisP&P perlu ada unsur yang menggalakkan

pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan

yang betul.

Penggunaan alat berfikir seperti I-Think, peta minda, soalan KBAT juga mampu

menggalakkan pelajar berfikir secara kritis.

K – Kolaborasi Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara

berkolaborasi dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan.

Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain.

K – KomunikasiPelajar dibimbing supaya menggunakan bahasa dengan betul berdasarkan sistem

bahasa (BA, BM, BI) yang tepat.

Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa-apa bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang

mereka faham daripada pembelajaran. Pelajar berkongsi pengetahuan mereka

dengan rakan-rakan yang lain melalui pembentangan, penggunaan kertas

mahjong, powerpoint, gambarajah dl.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN

PAK21

1. Berpusatkan pelajar

pelajar berperanan penting.

guru sebagai pembimbing dan memberikan contoh yang baik (qudwah hasanah).

meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan.

2. Penggunaan komputer

alat penting untuk kelas abad ke 21.

sangat membantu dalam P&P.

Menggunakan media sosial dengan bertanggungjawab dan beradab.

3. Pembelajaran aktif

penglibatan yang lebih aktif:

dalam perbincangan bersama rakan. penggunaan peralatan ICT.

perkongsian hasil perbincangan dll.

4. Pembelajaran kendiriMenanamkan rasa cintakan ilmu dalam diri

murid, sebagai alat untuk lebih mendekatkan diri

kepada Pencipta.

pelajar meneroka ilmu secara kendiri melalui segala sumber maklumat yang ada.

Bijak menilai kesahihan maklumat yang diperolehi.

5. Persekitaran yang kondusif

bersih, kemas dan ceria.

Susun atur perabut dan peralatan kelas yang sesuai dan menarik

Memaparkan bahan-bahan yang boleh menambahkan minat dan semangat belajar.

menggunakan peralatan mengajar yang asas seperti papan putih, alat interaktif dan LCD projektor.

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan

pembelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun.

peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar

sentiasa berada dalam keadaan berdisiplin.

7. Saling hormat menghormati, menjaga adab dan akhlak

perlu hormat menghormati dan menjaga batasan adab Islami antara guru, pelajar dan

rakan pelajar.

guru perlu menggalakan pelajar memberi pandangan dengan yakin dan menghargai pendapat mereka.

pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas.

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka

Pelajar diberi kesedaran tentang kepentingan dan kewajipan menuntut ilmu

sebagai satu ibadah.

sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih

bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka.

9. Penilaian berasaskan pencapaian

guru sentiasa menjalankan penilaian terhadap pencapaian pelajar dengan pelbagai kaedah

tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif

pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan

guru juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan

koperatif (boleh rujuk di hujung slide)

CIRI-CIRI GURU PAK21

1. Menguasai Subjek

Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar

Berupaya membimbing pelajar menguasai subjek

yang diajar

Mampu menghubungkaitkan ilmu yang diajar dengan subjek-subjek lain, dan menerapkan nilai akidah merentasi kurikulum (AMK) dalam P&P.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi

Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan P&P di dalam kelas.

Pembelajaran yang pelbagai mampu mewujudkan

suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid

Psikologi pendidikan menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya.

Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai

perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran

Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya.

Hanya dengan memahami minat dan respon pelajar ketika belajar, membantu guru menjadi seorang pendidik yang baik.

5. Kemahiran Kaunseling

Guru perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar.

Untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan lain-lain yang menjadi masalah kepada golongan remaja.

Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini

Penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21.

Guru perlu seiring dengan murid yang mahir dan berminat dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, dalam menarik minat mereka untuk belajar.

Pembelajaran yang menggunakan LCD, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.

10 CONTOH AKTIVITI

PAK21

ROUND TABLE

THINK-PAIR-SHARE

HOT SEAT

DEKLAMASI SAJAK/NYANYIAN

PEMBENTANGAN HASIL SENDIRI

LAKONAN

GALLERY WALK

THREE STRAY, ONE STAY

PETA i-THINK

LAIN-LAIN

Sekian, terima kasih.Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita

semua dalam memahami dan mengaplikasikan teknik

PAK21 ini dalam melaksanakan tugas hakiki kita sebagai guru, pendidik,

pembimbing dan pembentuk sahsiah murid di

sekolah. Semoga Allah mudahkan

segala urusan kita.SUSUNAN: PUAN MUKRIMAH BT MUKHTAR (10:31 PM, 20

MAC 2016)

top related