pelajaran 1 : tekanan udara

Post on 13-Apr-2017

1.168 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

APAKAH TEKANAN UDARA?

MODUL 1

Disediakan oleh:KhairulHasni Binti Abdul Kadir

MODUL AKTIVITI PENGAJARAN SAINS BAGI MENERAPKAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF TERHADAP MURID

TINGKATAN 2

TAJUK:TEKANAN UDARA

Pada akhir modul, murid akan dapat: Menerangkan kewujudan tekanan udara dengan merujuk kepada Teori Kinetik

Menerangkan faktor yang mempengaruhi tekanan udara

HASIL PEMBELAJARAN

KOSA KATA Tekanan udara : Daya yang dikenakan oleh zarah- zarah udara ke atas sesuatu objek

Teori Kinetik Gas : Teori yang boleh digunakan untuk menerangkan kewujudan tekanan udara

Tekanan atmosfera : Berat udara yang menolak dan menekan permukaan semua objek di bumi

Zarah : Suatu entiti yang paling kecil, lebih kecil dari atom, biasanya berbentuk titik, yang mempunyai kuantiti minimum sifat-sifat sesuatu bahan.

Isi padu : Kuantiti untuk ruang yang diisi.  Unit SI untuk isipadu adalah ialah meter padu.

Suhu : Ukuran purata tenaga kinetik zarah-zarah di dalam sesuatu bahan, ia berkaitan dengan betapa panasnya atau sejuknya sesuatu bahan itu.

Set induksi

• Zarah berada pada kedudukan tetap

• Bentuk tetap• Isi padu tetap

• Zarah bergerak mengikut bentuk bekas

• Tiada bentuk tetap• Isi padu tetap

• Zarah bergerak rawak & bebas

• Tiada bentuk tetap• Isi padu tidak tetap

Gas Pepejal

Pencairan

Kondensasi

1. Mencari Maklumat

Jirim wujud dalam 3 keadaan

Ingat Kembali!

Mengapa tayar yang pancit akan jadi kembang bila

dipam?

Apakah yang menyebabkan

belon ini mengembang

bila ditiup?

1.

2.

Senaraikan idea anda:

2. Mencari Maklumat Mengapa?

E1Memberikan

perhatian(Engagement

)

KONSEP TEKANAN

UDARA

Tekanan udara bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh perlanggaran molekul (zarah-zarah) udara ke atas :permukaan luar danpermukaan dalam

sesuatu objek.

Maksud Tekanan UdaraNota 1(a)

Teori Kinetik GasTeori Kinetik Gas mengatakan molekul dalam gas:sentiasa bergerak danberlanggar antara satu sama lain.

Nota 1(b)

Analogi bola sepak dengan Teori Kinetik Gas

Tendangan bola sepak (analogi) Teori Kinetik Gas1.Bola bergerak secara rawak dan bebas bila ditendang

1. Zarah udara bergerak secara rawak dan bebas

2. Tekanan wujud bila bola melantun dan berlanggar dengan dinding

2. Tekanan wujud bila zarah udara berlanggar dengan dinding bekas

Video analogi

Kewujudan Tekanan UdaraZarah udara dalam objek akan berlanggar dengan permukaan dalam objek Zarah udara di luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar objek Maka terhasillah TEKANAN UDARA.

Nota 2

Aktiviti Mari Uji!

Air

Kadbod

Tujuan : Menunjukkan bahawa udara mengenakan tekananBahan : Gelas, air dan kadbod

Prosedur : 1. Isikan air di dalam gelas sehingga ¾

penuh2. Tutupkan mulut gelas dengan

sekeping kadbod3. Sambil menekan kadbod pada mulut

gelas, telangkupkan gelas seperti ditunjukkan dalam Rajah 1

4. Lepaskan tangan dan perhatikan pada kadbod tersebut

Lembaran Penyusunan Grafik

Kesimpulan anda

Inferens : Beri sebab kepada jawapan anda

Pemerhatian : Adakah air akan mengalir keluar daripada gelas bila tangan

dilepaskan?

Video Mari uji!

Video 1.Telur Rebus

Video 2.Tin Kemek(Bagaimana tin aluminium jadi kemek?)

Udara Mempunyai Tekanan?

Mengapa tin jadi

kemek?

Idea 2

Idea 1

Kesimpulan

Idea 3

Soalan Video 2

E2Menjelajah(Exploration)

Faktor-FaktorMempengaruhi Tekanan Udara

Isipadu•Jika udara dimampatkan iaitu mengurangkan isi

padu bekas, zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap, maka ini menyebabkan tekanan bertambah.

•Jika Isi padu berkurang, tekanan bertambah

Suhu udara•Jika udara dipanaskan, zarah-zarah dalam bekas

mendapat lebih banyak tenaga dan akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap, maka tekanan bertambah.

•Jika suhu meningkat, tekanan meningkat.

Faktor Mempengaruhi Tekanan UdaraNota 1

Video faktor isipadu

Analogi E2.1 Faktor 1 : Isipadu

Isi padu dikurangkanTekanan udara bertambah

Analogi penumpang dalam dalam bas: Penumpang dalam bas A selesa kerana ruang bas luas Manakala penumpang dalam bas B rasa tertekan kerana luas bas kecil/sempit (isi padu kurang)

A B

Aktiviti E2.1

Analogi Ruang Bas dengan faktor Isi padu

1. Ruang bas besar/kecil 1. Isi padu besar/dikurangkan2. Tekanan jadi _______ 2. Tekanan udara ______

Kesimpulan : Apabila isi padu _________________ Tekanan udara _____________

Faktor 1 : Isipadu

Bas Besar Bas kecilIsi padu besarIsi padu

dikurangkan

Video faktor suhu

Analogi E2.2 Penjelasan melalui analogi

Suhu meningkatTekanan udara bertambah

Analogi penumpang dalam bas: Penumpang dalam bas A tiada tekanan kerana suhu tidak panas Manakala penumpang dalam bas B rasa tertekan kerana suhu panas

Faktor 2 : Suhu

Aktiviti E2.2

Analogi suhu dalam bas dengan faktor suhu

1. Suhu dalam bas rendah/tinggi

1. Suhu dalam bekas rendah/tinggi

2. Penumpang rasa panas dan tekanan _______

2. Tekanan udara jadi _________

Kesimpulan :Apabila suhu __________________ Tekanan udara _________________

Faktor 2 : Suhu

Suhu biasa Suhu tinggi

E3Menerangka

n(Explainatio

n)

Aktiviti E3.1

Hands-on time!

Prosedur : 1. Tiup dua biji belonA dan B sehingga ia

mengembang2. Picit belon A dengan agak kuat (jangan

sampai pecah) dan rasakan tekanan udara di dalam belon

3. Picit pula belon B di dalam air suam dan rasakan tekanan udara dalam belon B

Tujuan : Menunjukkan faktor suhu mempengaruhi tekanan udaraBahan : Belon dan besen berisi air suam

A

B

Anda dikehendaki menjalankan eksperimen dalam kumpulan dan persembahkan hasil perbincangan anda

Pengurusan Grafik E3.1Hands-on time!

A

1.Belon terasa keras/lembut bila dipicit2. Tekanan udara di dalam belon A_____

Terangkan jawapan anda

1.Belon terasa keras/lembut bila dipicit 2. Tekanan udara dalam belon B______

Terangkan jawapan anda

Belon A Belon B

Video E3.2(a) Faktor Isi padu bekas

Faktor SuhuVideo E3.2(b)

E4Menghuraika

n(Elaboration)

Setelah beberapa lama Ahmad mengayuh basikal di hari panas, dia mendapati tayar

basikalnya menjadi lebih kembung. Sila berikan huraian anda.

Aktiviti E4.1 Perhatikan dan fikir!

Apa, mengapa dan bagaimana?A B

Gambarajah 2 menunjukan dua biji belon dipasang pada botol mineral untuk menunjukkan kesan suhu ke atas tekanan udara. Air dalam dalam botol A adalah air sejuk pada suhu bilik manakala dalam botol B diletakkan air suam.

Gambarajah 2

a) Apakah yang diperhatikan dalam eksperimen ini?b) Udara dalam botol manakah yang mempunyai tekanan udara yang

lebih tinggi? Berikan sebab (inferens) bagi pemerhatian anda.c) Berdasarkan Teori Kinetik, jelaskan bagaimana suhu

mempengaruhi tekanan udara.d) Berikan faktor lain yang mempengaruhi tekanan udara.

Aktiviti E4.2

Pengurusan Grafik E4.2

•Perhatikan Belon A dan belon B serta tuliskan catatan

Pemerhatian

•Apa yang telah berlaku kepada tekanan udara dalam belon A dan belon B?

Alasan

•Berikan sebab kenapa ia berlaku

Inferens

Rumusan anda

E5Menilai(Evaluat

e)

Teori Kinetik Gas Persamaan Analogi Permainan Squasy

Zarah udara Bergerak bebas Bola sepak melantun ke dinding bila ditendang

Zarah udara berlanggar dengan dinding bekas

Menghasilkan tekanan dan melantun

Bola berlanggar dengan dinding

Zarah udara sentiasa bergerak bebas dan sentiasa berlanggar dinding bekas

Perbezaan Bola hanya akan bergerak dan melantun apabila ditendang

Perbandingan Konsep Sains & Analogi

Sila berikan satu contoh analogi anda sendiri

Aktiviti E5.1 Penyoalan

Bekas tertutup Persamaan Analogi penumpang dalam bas

Ruang bekas dikecilkan Isi padu menjadi kurang

Ruang bas dikecilkan

Zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap

Tekanan jadi tinggi Penumpang jadi berhimpit sesama sendiri

Apabila isi padu dikurangkan, tekanan udara jadi tinggiZarah udara sentiasa bergerak bebas dan sentiasa berlanggar dinding bekas

Perbezaan Penumpang tidak sentiasa bergerak

Perbandingan Konsep Sains & Analogi

Sila berikan satu contoh analogi anda sendiri

Aktiviti E5.2 Penyoalan

Bekas tertutup Persamaan Analogi penumpang dalam bas

Suhu ditambah/ditinggikan

Suhu meningkat Hawa/udara dalam bas jadi panas

Zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap dan lebih kuat

Tekanan jadi tinggi Penumpang menjadi sesak dan panas

Apabila suhu meningkat, tekanan udara juga meningkat

Zarah udara sentiasa bergerak bebas dan sentiasa berlanggar dinding bekas

Perbezaan Penumpang tidak sentiasa bergerak

Perbandingan Konsep Sains & Analogi

Sila berikan satu contoh analogi anda sendiri

Aktiviti E5.3 Penyoalan

Aktiviti E5.4 Teka silang kata

Aktiviti E5.5 Refleksi diri

top related