kelemahan kurikulum
Post on 10-Apr-2018
288 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 1/28
MENGENALPASTI KELEMAHAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN SUKATAN PELAJARAN DAN
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN
TEMPATAN SEKOLAH RENDAH
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 2/28
ISI KANDUNGAN
1.Pengenalan ................................................................................................ 1
Latarbelakang ..........................................................................................................1
Pernyataan Masalah .................................................................................................3
Objektif Kertas Tugasan ............................................................................................4
Penerangan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4 .............................................................. 5
Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR ................................................................5
Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 ..............................................6
Kelemahan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian
Tempatan KBSR/Tahun 4 ........................................................................ 8
Ketidakseragaman dan Kekaburan dalam penyampaian maklumat dalam SP dan
HSP .................................................................................................................8
Kelemahan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’ ...................................................... 10
Kelemahan dalam Sub-Topik ‘Perihal Rumah’ ......................................................... 11
Kelemahan dalam Topik ‘Sekolah Kita’ ................................................................... 13
Cadangan Penambahbaikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Moral KBSR/Tahun 4 ........................................................... 15
Penggunaan Pengurusan Grafik dalam Penyampaian Maklumat dalam SP dan HSP
...................................................................................................................... 15
Penambahbaikan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’ ............................................16
Penambahbaikan dalam subtopik ‘Perihal Rumah’ .................................................17
Penambahbaikan dalam Topik ‘Sekolah Kita’ .......................................................... 19
Kesimpulan ................................................................................................. 21
Rujukan ...................................................................................................... 23
Lampiran 1 – Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR ................................. 24
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 3/28
1. Pengenalan
Latarbelakang
Pelaksanaan strategi pendidikan di sesebuah institusi
pendidikan adalah berdasarkan kepada kurikulum yang
digubal. Goodlad dan Su (1992) menerangkan bahawa
kurikulum adalah satu rekabentuk atau perancangan bagi
sesuatu institusi atau negara yang mengandungi peluang-
peluang belajar yang sebenar yang disediakan untuk satu
jangka waktu dan tempat tertentu. Ia menjadi alat untuk
membawa perubahan tingkah laku dalam diri pelajar sebagai
hasil daripada aktiviti-aktiviti mereka di institusi pendidikan
dan juga seluruh pengalaman-pengalaman pembelajaran yang
diperolehi oleh pelajar dengan bimbingan sekolah.
Pendidikan di peringkat sekolah rendah dilaksanakan
berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1983 di mana
pembentukan kurikulum ini adalah berasaskan keperluan
individu dan negara (Mok, 1996). KBSR ini adalah
berlandaskan kepada Perakuan 57(a) Laporan Kabinet (1979)
iaitu:
“Kurikulum Sekolah Rendah itu hendaklah
dirancang untuk membolehkan murid-murid
mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu
bidang komunikasi, bidang manusia dan alam
sekelilingnya dan bidang perkembangan individu
sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan
Mukasurat 1 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 4/28
kemampuan mental serta kesediaan murid-murid
itu”
Proses pendidikan peringkat sekolah rendah
menekankan kemahiran-kemahiran asas yang mana terdaapt
dua langkah yang diberikan perhatian. Pertama, menguasai
kemahiran itu dan kedua, menggunakan kemahiran tersebut.
Tahap I dalam sekolah rendah ditumpukan kepada
penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala Tahap II
dirangka untuk pengukuhan dan penggunaan kemahiran-
kemahiran asas bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu
(Mok, 1996).
Di sepanjang masa persekolahan rendah, komponen
Kemanusiaan dan Persekitaran memberi kemahiran murid-
murid untuk aspek manusia dan alam sekelilingnya. Pada
awalnya, mata pelajaran Alam dan Manusia diperkenalkan di
Tahap II tetapi kemudiannya dipecahkan kepada dua mata
pelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan pada Tahun 1995
(Mok, 1996).
Kajian Tempatan merupakan satu mata pelajaran yang
diajar di Tahap II di peringkat sekolah rendah. Pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran ini bertujuan melahirkan
warganegara Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam
masyarakat yang demokratik, penyayang, progresif dan
sejahtera. Kajian Tempatan menjadi pendukung utama bagimemupuk semangat patriotik di kalangan murid.
Kandungan dalam Sukatan Pelajaran (SP) Kajian
Tempatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
merangkumi tiga ruang liput iaitu ruang liput pertama yang
menekankan interaksi murid dengan keluarga dan
masyarakat, ruang liput kedua yang mengesahkan identiti dan
Mukasurat 2 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 5/28
keistimewaan kawasan tempat tinggal murid dan ruang liput
ketiga yang memperihalkan tentang sejarah, keadaan sosial,
ekonomoi dan kejayaan negara Malaysia (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001a).
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) pula merupakan satu
dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran
yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21 (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001b).
Huraian Sukatan Pelajaran menyarankan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai
aktiviti dan penggunaan sumber. Huraian ini diharap dapat
membantu guru merancang dan melaksana pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan. Namun, guru-guru disarankan
menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan
mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001b).
Pernyataan Masalah
Di peringkat sekolah, SP dan HSP menjadi dokumen asas
untuk membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk sesuatu mata
pelajaran. Sesebuah RPT atau RPH perlulah merujuk kepada
SP dan khususnya HSP bagi merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pengisian kurikulum murid-
murid menepati matlamat dan objektif HSP yang ditetapkan.
Mukasurat 3 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 6/28
Dalam masa yang sama, guru perlu menyesuaikan tahap
pengetahuan dan kemahiran murid-murid, kebolehdapatan
sumber pengajaran dan pembelajaran dan situasi dalam
sekolah untuk membangunkan RPT dan RPH.
Perubahan akibat arus globalisasi dan teknologi
maklumat dan komunikasi masa kini menyebabkan
terdapatnya beberapa aspek dalam SP dan HSP yang perlu
dinilai semula supaya sesuai dengan perubahan semasa.
Objektif Kertas Tugasan
Kertas tugasan ini bertujuan untuk membincangkan
kelemahan SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR khususnya
untuk Tahun Empat serta memberikan cadangan
penambahbaikan terhadap SP dan HSP Kajian Tempatan
berkenaan.
Objektif khusus kertas tugasan ini adalah seperti berikut:
(1)Untuk membentangkan aspek-aspek kelemahan dalam SP
dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4;
(2)Untuk memberikan cadangan penambahbaikan terhadap
SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4; dan
(3)Untuk menerangkan cabaran dan implikasi kepada
cadangan penambahbaikan SP dan HSP Kajian Tempatan
KBSR/Tahun 4.
Mukasurat 4 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 7/28
Penerangan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4
Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR
Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR ini memuatkan
maklumat mengenai matlamat, objektif dan organisasi
kurikulum bagi mata pelajaran Kajian Tempatan Tahap II.
Mengikut SP ini, terdapat tiga ruang liput dalam program
pembelajaran Tahap II sekolah rendah iaitu:
Pertama: Keluarga, rumah, jiran dan sekolah
Kedua: Kawasan tempat tinggal, mukim, daerah/jajahan,
bahagian dan negeri
Ketiga: Negara kita
Setiap ruang liput ini memberikan hasil pembelajaran
yang berlainan. Ruang liput pertama (keluarga, rumah, jiran
dan sekolah) menekankan interaksi murid dengan keluarga
dan masyarakat serta amalan nilai-nilai hidup berjiran dan
bermasyarakat. Ruang liput kedua menyedarkan murid
tentang identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal,
mukim, daerah/jajahan, bahagian dan negeri supaya mereka
cinta dan bangga dengan persekitaran dan negeri mereka.
Ruang liput ketiga pula memberi pendedahan kepada
murid tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan
negara. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada murid
tentang usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia.
Mukasurat 5 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 8/28
Pengalaman pembelajaran dalam ruang liput tersebut dapat
membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan
berbangga sebagai rakyat Malaysia (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001a).
Setiap ruang liput dibahagikan kepada beberapa topik
atau bidang pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada
aspek-aspek yang perlu dikaji oleh murid-murid. Lampiran 1
memberikan butiran lebih lanjut mengenai pembahagian topik
berkenaan mengikut tahun.
Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4
Perancangan dan pelaksanaan mata pelajaran Kajian
Tempatan yang berkesan di sekolah memerlukan guru
mengetahui dan memahami matlamat, objektif, organisasi
kandungan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
dinyatakan di dalam SP Kajian Tempatan sekolah rendah.
Huraian Sukata Pelajaran Kajian Tempatan disediakan bagi
meningkatkan kefahaman guru dan pihak-pihak yang
mempunyai peranan dalam aktiviti latihan dan penyebaran
maklumat tentang kandungan SP tersebut. Tujuan HSP adalah
untuk membantu guru:
i. Mentafsir dan memahami SP Kajian Tempatan SekolahRendah dengan tepat;
ii. Mengetahui skop, ruang liput dan bidang kajian mata
pelajaran ini;
iii. Menentukan objektif am, objektif khusus dan hasil
pembelajaran untuk merancang pelajaran;
Mukasurat 6 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 9/28
iv. Menyediakan rancangan pelajaran yang sistematis; dan
v. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
HSP ini dipersembahkan dalam empat lajur iaitu
Topik/Subtopik, Hasil Pembelajaran, Unsur Patriotisme dan
Contoh Aktiviti. Lajur Topik/Subtopik menyenaraikan topik
utama dan subtopik-subtopik serta tajuk-tajuk kecil. Ini
merupakan kandungan sukatan pelajaran. Kedalaman dan
keluasan skop sesuatu topik ditentukan oleh subtopik, tajuk
kecil dan perincian huraian tajuk kecil. Guru boleh memilih
tajuk kecil atau rangkuman beberapa tajuk kecil sebagai isi
pelajaran mengikut kesesuaian, kesediaan dan keupayaan
murid apabila membuat RPT dan RPH.
Lajur Hasil Pembelajaran menunjukkan segala
kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang perlu dikuasai
murid. Pernyataan hasil pembelajaran diolah secara khusus
supaya mudah diukur dengan tepat tentang apa yang boleh
dimanifestasikan oleh murid berhubung dengan pengetahuan
dan pengalaman pembelajaran mereka. Hasil pembelajaran
ini disenaraikan mengikut urutan kesukaran dan merangkumi
bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
Lajur Unsur Patriotisme pula menyenaraikan nilai murni
masyarakat dan semangat patriotik yang ingin dipupuk. Aspek
ini perlu disepadukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana melaluinya, murid dapat menghayati
mesej yang disampaikan.
Lajur Contoh Aktiviti pula memberikan panduan kepada
guru untuk mengelolakan pelajaran dengan lebih berkesan.
Mukasurat 7 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 10/28
Kelemahan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4
Ketidakseragaman dan Kekaburan dalam penyampaian maklumat
dalam SP dan HSP
Di dalam SP, istilah ‘Ruang Liput’ digunakan untuk
menjelaskan bidang-bidang pembelajaran dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan Tahap I. Bidang-bidang
pembelajaran pula dikategorikan kepada Topik. Grafik di
bawah menunjukkan paparan dalam SP.
Rajah 1: Grafik dalam SP
Rajah 2: Grafik dalam
HSP
Mukasurat 8 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 11/28
Penyampaian grafik dalam SP dan HSP ini tidak
menunjukkan keseragaman dan boleh menimbulkan
kekeliruan. Ia juga tidak menunjukkan dengan jelas
pembahagian sukatan pelajaran mengikut tahun. Di dalam SP
dan HSP, paparan berikut menunjukkan pembahagian bidang
pembelajaran.
Rajah 3: Grafik dalam SP
SP hanya menjelaskan pembahagian topik seperti Rajah
3 dan seterusnya memberikan senarai topik-topik dalam
Tahap II, tanpa memberi indikasi dalam senarai tersebut topik
tersebut untuk tahun mana.
Kelemahan ini sebenarnya merupakan satu kelemahan
kecil sahaja tetapi perlu diambilkira. Guru merupakan warga
pendidik yang sibuk dan perlu mengakses dan mengumpul
maklumat dengan cepat. Pembestarian yang diamalkan dalam
konteks pendidikan sekolah tidak ditunjukkan dalam
penyampaian maklumat dalam SP ini. Kebanyakan maklumat
disampaikan dalam bentuk teks yang memerlukan lebih
banyak masa untuk scanning dan sklmming. Paparan dalam
bentuk pengurusan grafik tidak digunakan untuk
menyampaikan maklumat secara berkesan. Penggunaan
Mukasurat 9 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 12/28
istilah yang tidak seragam juga menyebabkan guru terpaksa
mengambil masa memahami konteks istilah tersebut.
Kelemahan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’
Topik pertama, Rumah dan Keluarga mengisahkan perihal
rumah dan keluarga murid serta interaksi dalam keluarga.
Menerusi topik ini, murid akan mengetahui dan memahami
tentang rumah sebagai tempat perlindungan, konsep keluarga
asas dan keluarga kembangan, cara hidup dan perubahan-
perubahan yang berlaku dalam keluarga dari masa ke
semasa. Topik ini juga menyentuh peranan dan
tanggungjawab murid terhadap rumah dan keluarga. Objektif
topik ini adalah;
1. Memahami keluarga sebagai satu institusi sosial dan
peranan setiap anggota keluarga;
2. Mengenali rumah sendiri dari segi bentuk, kemudahan asas
dan fungsinya sebagai tempat perlindungan; dan
3. Menghargai rumah dan keluarga sendiri.
Secara amnya, kandungan dalam topik ini merangkumi
pengetahuan asas murid-murid mengenai aspek rumah dan
keluarga asas. Salah satu daripada topik pembelajaran yangdimuatkan adalah Perubahan dalam Keluarga (1d) [Rajah
4]. Murid-murid perlu didedahkan kepada perubahan-
perubahan yang berlaku dalam insititusi sosial iaitu keluarga.
Perubahan yang dimasukkan dalam pembelajaran sekarang
hanya meliputi aspek kelahiran, kematian dan perkahwinan.
Namun, murid-murid juga perlu didedahkan dengan
perubahan-perubahan semasa seperti perceraian dan
Mukasurat 10 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 13/28
perkahwinan semula dalam keluarga, dan berbincang
mengenai sebab, perasaan dan kesan perubahan dalam
keluarga mereka.
Rajah 4:Topik Pembelajaran ‘Perubahan dalam Keluarga’
dalam HSP
Kelemahan dalam Sub-Topik ‘Perihal Rumah’
Subtopik-subtopik dalam ‘Perihal Rumah’ memuatkan enam
tajuk kecil iaitu:
a. Rumah saya
b. Pembinaan Rumah
c. Jenis Rumah
d. Ruang dan Kegunaan
e. Kemudahan Asas
Mukasurat 11 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 14/28
f. Keceriaan dan Keselamatan
Rajah 4 di bawah menunjukkan subtopik ‘Pembinaan
Rumah’ di mana terdapat tiga tajuk kecil iaitu pelan, bahan
binaan dan pihak yang telribat seperti arkitek, kontraktor,
tukang kayu dan tukang paip.
Rajah 4: Sub-topik ‘Pembinaan Rumah’ dalam HSP
Mukasurat 12 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 15/28
Pengetahuan mengenai pihak yang terlibat dalam
pembinaan rumah dianggap tidak relevan dalam memberikan
pengalaman pembelajaran mengenai pembinaan rumah. Ini
kerana aspek ini dapat disentuh secara tidak langsung dalammembincangkan sub-topik (d) Ruang dan Kegunaan dan (e)
Kemudahan Asas dalam topik ini. Pengasingan kepada sub-
topik (b.iii) ini agak bertindih dengan pengisian untuk sub-
topik (d) dan (e).
Kelemahan dalam Topik ‘Sekolah Kita’
Topik ‘Sekolah Saya’ terdiri daripada enam subtopik iaitu
lokasi, sejarah, identiti, jawatan dan tanggungjawab,
peraturan dan keselamatan dan aktiviti.
Lokasi hanya memberi fokus kepada lokasi bilik darjah
murid seperti ditunjukkan dalam Rajah 5. Penumpuan kepada
bilik darjah sahaja didapati tidak memadai kerana murid-
murid juga sepatutnya mengetahui lokasi bagi tempat-tempatlain seperti bilik guru, bilik sembahyang (surau), kantin, bilik
bimbingan dan kaunseling, pusat sumber, dan sebagainya
supaya murid juga dapat memperihalkan seolah dengan lebih
meluas.
Mukasurat 13 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 16/28
Rajah 5: Lokasi dalam Topik ‘Sekolah Kita’
Topik ini juga tidak memberi pendedahan kepada
peranan badan-badan tertentu di dalam sekolah seperti
peranan Pusat Sumber, Bilik ICT, Bilik Bimbingan dan
Kaunseling, dan sebagainya. Begitu juga, dalam subtopik
(e.iii) Peraturan dan Keselamatan, aspek peraturan di tempat-
tempat khas tidak memasukkan pusat sumber, bilik
bimbingan dan kaunseling dan tempat-tempat lain yang khas
di sekolah.
Mukasurat 14 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 17/28
Cadangan Penambahbaikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral KBSR/Tahun 4
Penggunaan Pengurusan Grafik dalam Penyampaian Maklumat
dalam SP dan HSP
Penyampaian maklumat dalam SP dapat diperbaiki dengan
menggunakan borang pengurusan grafik yang sesuai di mana
ia dapat memaparkan maklumat secara berasingan dan
keseluruhan dalam satu bentuk grafik. Cara sebegini lebih
mudah difahami, mengurangkan masa merujuk dan
memberikan gambaran yang lebih jelas.
Grafik yang ditunjukkan dalam Rajah 6 di bawah adalah
cadangan untuk memaparkan maklumat dalam SP KBSR
Kajian Tempatan.
Bidang Pembelajaran Kajian Tempatan
Pertama
(Tahun 4)
Keluarga, rumah,
jiran, sekolah dan
perihal setempat
Kedua
(Tahun 5)
Latar belakang
Negara Kita
Ketiga
(Tahun 6)
Pembangunan
Negara Kita
Topik-topik yang diliputi adalah:1. Rumah dan
Keluarga
2. Kejiranan
3. Sekolah Kita
4. Perihal Setempat
1. Mengenal negara
kita
2. Keindahan negara
kita
3. Sejarah negara
kita
4. Masyarakat
Malaysia
1. Sumber negara
2. Ekonomi negara
3. Pembinaan
bangsa dan
negara
4. Kejayaan dan
kebanggaan
negara
Mukasurat 15 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 18/28
Rajah 5: Cadangan Pengolahan Pembelajaran dalam SP dan
HSP
Penyampaian grafik yang lebih jelas membolehkan guru
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik
lagi. Ia juga terus memberi gambaran pemecahan bidang
pembelajaran kepada Tahun 4, 5 dan 6 di samping memberi
gambaran keseluruhan kandungan sukatan pelajaran dari
Tahun 4, 5 dan 6.
Penambahbaikan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’
Topik rumah dan keluarga perlu memasukkan isu-isu
kekeluargaan yang semasa dan futuristik. Dalam mempelajari
aspek rumah dan keluarga, sukatan pelajaran yang ada
sekarang tidak memasukkan beberapa aspek semasa dalam
keluarga moden seperti kejadian perceraian dalam keluarga,
kehadiran pembantu rumah, ketiadaan keluarga kembangan
dalam ruang lingkup kehidupan kanak-kanak sekarang.
Isu perpecahan dalam keluarga merupakan satu isu
yang tidak boleh diketepikan dalam generasi masa kini. Kadar
perceraian dan ibu tunggal semakin meningkat sekarang dan
dihubungkaitkan dengan pelbagai isu sosial di kalangan
kanak-kanak.
Mata pelajaran Kajian Tempatan boleh dijadikan satu
saluran utama dan awal untuk mendidik murid-murid untuk
memahami dan mempunyai pengetahuan untuk menangani
kesan daripada masalah ini. Mereka perlu dibawa berbincang
mengenai sebab, perasaan dan kesan perubahan sedemikian
dalam keluarga mereka, sama seperti mereka
Mukasurat 16 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 19/28
membincangkan perihal kelahiran, kematian dan perkahwinan
dalam keluarga.
Penambahbaikan dalam subtopik ‘Perihal Rumah’
Tajuk-tajuk kecil dalam sub-topik ‘Perihal Rumah’ didapati
mempunyai pertindihan kandungan sukatan pelajaran. Urutan
tajuk-tajuk kecil dalam sub-topik berkenaan dicadangkan
seperti berikut;
No Urutan Tajuk-
Tajuk Kecil
Cadangan
a Rumah Saya Dikekalkan
b Jenis Rumah Memasukkan dua tajuk kecil dalam
(c) Pembinaan Rumah iaitu pelan
dan bahan binaan dalam
perbincangan mengenai jenis-jenis
rumah
c Pembinaan Rumah Digugurkan. Tajuk kecil diagihkan
kepada (b) Jenis Rumah dan (e)
Kemudahan Asas
d Ruang dan
Kegunaan
Dikekalkan
e Kemudahan asas Memasukkan satu tajuk kecil
dalam (c) Pembinaan Rumah iaitu
“Pihak yang terlibat seperti
arkitek, kontraktor, tukang kayu
dan tukang paip”
Mukasurat 17 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 20/28
f Keceriaan Diasingkan daripada keselamatan
g keselamatan Diasingkan daripada keceriaan
Untuk mengelakkan pertindihan pengajaran dan juga
untuk mengemaskini HSP, tajuk kecil ‘Pembinaan Rumah’
digugurkan dan huraian-huraian di dalamnya iaitu (i) pelan
dan (ii) bahan binaan lebih sesuai dibincang bersama dengan
tajuk kecil ‘Jenis-jenis Rumah’. Ini kerana apabila
membincangkan jenis-jenis rumah, perbincangan akan
membawa kepada pelan (rekabentuk) dan juga bahan binaan
yang digunakan.
Huraian (iii) Pihak yang terlibat seperti arkitek,
kontraktor, tukang kayu dan tukang paip, pula lebih sesuai
digabungkan dengan tajuk kecil “Kemudahan Asas” kerana
dalam tajuk ini, penyediaan kemudahan asas boleh terus
merujuk kepada pihak yang menyediakan kemudahan asas
berkenaan.
Keceriaan dan keselamatan juga dicadangkan agar
dipisahkan kerana aspek keceriaan dan keselamatan
mempunyai skop yang luas. Di samping itu, keselamatan
rumah masa kini menjadi isu yang penting disebabkan kes
pecah rumah yang melibatkan jenayah berat seperti
membunuh, merogol dan sebagainya semakin menjadi-jadi.
Oleh itu, aspek keselamatan rumah perlu dikembangkan
untuk membawa murid-murid berbincang mengenai
tanggungjawab mereka menjaga keselamatan di rumah yang
berkaitan dengan penggunaan bahan elektrik, langkah
berjaga-jaga daripada kejadian mencuri dan pecah rumah,
dan sebagainya.
Mukasurat 18 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 21/28
Penambahbaikan dalam Topik ‘Sekolah Kita’
Sekolah merupakan rumah kedua bagi murid-murid. Oleh itu,
pengetahuan mereka yang mendalam tentang sekolah
haruslah disesuaikan. Mereka perlu diberi kesedaran
kepelbagaian fungsi sekolah seperti bilik darjah, bilik guru,
pusat sumber, makmal ICT, makmal Sains, Surau Sekolah,
Pusat Kesihatan, Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan
sebagainya. Murid-murid perlu didedahkan bukan sahaja
kepada peraturan di tempat-tempat khas tetapi lebih penting
lagi, memahami peranan dan fungsi tempat-tempat khas ini.
Oleh itu, penambahbaikan dalam topik ini dicadangkan
pengolahan subtopik-subtopik seperti berikut:
No Sub-topik Cadangan
a Lokasi Dikekalkan, tetapi ditambah
dengan lokasi tempat-tempat khas
di sekolah seperti pusat sumber,
makmal ICT, makmal Sains, Surau,Kantin, Bilik Kesihatan, Bilik
Bimbingan & Kaunseling dsb
b Sejarah Dikekalkan
c Identiti Dikekalkan
d Jawatan dan Dikekalkan
Mukasurat 19 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 22/28
tanggungjawab
e Peraturan dan
keselamatan
Dikekalkan tetapi senarai tempat-
tempat khas perlu disemak
semula, menggunakan istilah yang
betul. Contoh: Pusat Sumber dan
bukan lagi Perpustakaan
f Aktiviti Dikekalkan
Mukasurat 20 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 23/28
Kesimpulan
Mok (2004) menyatakan bahawa Malaysia juga tidak ketinggalan
dalam melakukan reformasi pendidikan. Perubahan dalam
kurikulum sekolah telah dilakukan beberapa kali sejak ia
diperkenalkan. KBSR juga telah mengalami beberapa perubahan
dan setiap daripada perubahan ini perlu diserapkan dalam SP dan
HSP mata pelajaran. Pembestarian sekolah yang berlaku pada tahun
2000 membawa lebih banyak arus perubahan dalam penyampaian
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran-matapelajaran di
sekolah.
Sebagai guru yang menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, isu-isu dan
masalah berkaitan dengan penyampaian kandungan dalam sukatan
pelajaran sememangnya perlu diketengahkan dan disampaikan
kepada pihak berkenaan supaya inovasi kurikulum ke arah
peningkatan kualiti dapat diteruskan.
Guru merupakan pengoperasi kurikulum di bilik darjah dan
dengan itu orang yang penting dalam memberi pendapat dan
cadangan penambahbaikan sukatan pelajaran sedia ada. Walaupun
demikian, guru melihat sesuatu kelemahan itu di peringkat mikro
iaitu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah
manakala Pusat Perkembangan Kurikulum perlu mengambilkira
pendapat guru-guru dan melihatnya pula di peringkat makro.
Kesimpulannya, kelemahan yang dinyatakan dalam kertas
tugasan ini adalah semata-mata andaian dan pendapat guru
sebagai pengoperasi kurikulum di sekolah dan cadangan
penambahbaikan pula datang daripada pengalaman guru dalam
Mukasurat 21 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 24/28
memantapkan lagi penyampaian pengajaran dan pembelajaran
Kajian Tempatan di sekolah.
Mukasurat 22 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 25/28
Rujukan
Brown, S., & McIntyre, D. (1993). Making sense of teaching. Buckingham:Open University Press.
Contoh Perancangan Kurikulum Sekolah, laman web:http://www.saktie.com/media/Program%20Kurikulum.pdf
Fullan, M., & Park, P. (1989). Curriculum implementation. Ontario: Ministryof Education.
Goodlad, J. I., & Su, Z. (1992). The organization of the curriculum. Dlm. P.W. Jackson (Ed.), Handbook of research on curriculum (hh. 327-344).New York: Macmillan
Habib Mat Som, (2004) Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum: Sorotandan Perbincangan. Masalah Pendidikan, 27
McCormick, R., & James, M. (1983). Curriculum evaluation in schools.London: Routledge.
Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan,Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus PerguruanLepasan Ijazah), Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a). Sukatan Pelajaran KajianTempatan KBSR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001b). Huraian Sukatan PelajaranKajian Tempatan KBSR Tahun Empat . Kuala Lumpur: KementerianPelajaran Malaysia
Wiles, 1. w., & Bondi, 1. C. (1998). Curriculum development: A guide to practice. New Jersey: Prentice-Hall.
Mukasurat 23 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 26/28
Lampiran 1 – Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR
Pembahagian Topik Kajian Tempatan
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
1. RUMAH &
KELUARGA
1.1 Perihal Keluarga
a. Keluarga asas
b. Keluarga
kembangan
c. Peranan &tanggungjawab
d. Perubahan dalam
keluarga
e. Cara hidup
berkeluarga
1.2 Perihal Rumah
a. Rumah saya
b. Pembinaan rumah
c. Jenis rumah
d. Ruang dankegunaan
e. Kemudahan asas
f . Keceriaan dan
keselamatan
2. KEJIRANAN
2.1 Perihal Jiran
a. Anggota keluarga
jiran
b. Latar belakang
jiran
c. Cara hidup
2.2 Hidup Berjiran
a. Kepentingan hidup
berjiran
b. Peranan dan
tanggungjawab
3. SEKOLAH KITA
3.1 Perihal Sekolah
a. Lokasi
b. Sejarah
5. MENGENAL NEGARA
KITA
5.1 Lokasi
a. Di Asia Tenggara
b. Di dunia
5.2 Negeri-Negeri
DalamMalaysia
a. Nama negeri , ibu
negeri dan bandar
utama
b. Lagu, bendera jata
dan lambang -
lambang negeri
c. Ketua Negeri dan
Ketua Kerajaan
Negeri5.3 Identiti Negara
a. Lagu , bendera,
jata,
mercu dan
lambang lain
4.5 Kemudahan dan
Perkhidmatan
Awam
a. Jenis dan
kepentingan
b. Peranan dan
tanggungjawab
pengguna
b. Struktur
pentadbiran
negara
c. Ketua Negara dan
Ketua Kerajaan
Persekutuan
6. KEINDAHAN
9. SUMBER NEGARA
9.1 Sumber Semula
Jadi
a. Jenis sumber
b. Sumber yang boleh
dibaharui dan
tidak bolehdibaharui
c. Cara mendapatkan
sumber
d. Kegunaan
e. Kesan kepada alam
sekitar
f. Pemeliharaan dan
pemuliharaan
10. EKONOMI NEGARA
10.1 Kegiatan Ekonomia. Kegiatan ekonomi
utama
b. Kawasan utama
dan
faktor yang
mempengaruhinya
10.2 Sumbangan
Kegiatan Ekonomi
a. Pekerjaan
b. Pendapatan
c. Pembangunan
10.3 Pembangunan
Ekonomi
Berterusan
a. Kepentingan
bekalan
sumber
b. Penyelidikan dan
pembangunan
9.2 Sumber Manusia
Mukasurat 24 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 27/28
c. Identiti
d. Jawatan dan
tanggungjawab
e. Peraturan dan
keselamatan
f . Aktiviti
3.2 Saya dan Sekolah
a. Peranan dan
tanggungjawab
b. Sumbangan murid
kepada sekolah
3.3 Sekolah &
Masyarakat
a. Persatuan Ibu Bapa
dan Guru ( PIBG )
b. Pihak lain yangmemberi
sumbangan
kepada sekolah
c. Khidmat sekolah
kepada masyarakat
4. PERIHAL SETEMPAT
4.1 Latar Belakang
a. Lokasi
b. Aspek fizikal utama
c. Cuaca4.2 Identiti Setempat
a. Sejarah dan
legenda
b. Lagu, bendera, jata
dan lambang
c. Tokoh dan
pemimpin
d. Keistimewaan
setempat
4.3 Masyarakata. Keturunan
b. Perayaan dan
sambutan
c. Pekerjaan
4.4 Pentadbiran
a. Jawatan di pelbagai
peringkat
4.6 Isu Setempat
a. Mengenal pasti
NEGARA
KITA
6.1 Ciri - Ciri Fizikal
yang
Istimewa
a. Bentuk muka bumi
Malaysia
6.2 Bangunan dan
Binaan
a. Keindahan dan
keistimewaan seni
bina
7. SEJARAH NEGARA
KITA
7.1 Kesultanan Melayu
Melakaa. Pengasasan Melaka
b. Kegemilangan
Melaka
7.2 Sejarah Awal
Sabah
a. Asal usul nama
Sabah
b. Pentadbiran
c. Cara hidup
7.3 Sejarah AwalSarawak.
a. Asal-usul nama
Sarawak
b. Pentadbiran
c. Cara hidup
7.4 Zaman Penjajahan
a. Kedatangan
penjajah
b. Kesan penjajahan
c. Penentanganmasyarakat
tempatan
7.5 Kemerdekaan dan
Penubuhan
Malaysia
a. Semangat
kebangsaan
b. Peristiwa
c. Pembentukan
a. Jumlah penduduk
b. Tahap pendidikan
c. Tahap kesihatan
11.1 Perlembagaan
Negara
a. Sistem Kerajaan
Persekutuan
b. Kewarganegaraan
c. Kedudukan
istimewa
orang Melayu dan
bumiputera dan
kepentingan sah
kaum
lain
e. RajaBerperlembagaan
f . Bahasa dan agama
rasmi
11. PEMBINAAN
BANGSA
DAN NEGARA
11.2 Rukun Negara
a. Prinsip
b. Penghayatan
11.3 Usaha-UsahaMembangunkan
Negara
a. Rancangan
ekonomi
b. Rancangan sosial
12. KEJAYAAN DAN
KEBANGGAAN
NEGARA
12.1 Masyarakat
Harmonisa. Faktor istimewa
12.2 Kejayaan Negara
a. Kestabilan politik
b. Kemajuan ekonomi
c. Pembangunan
sosial
12.3 Malaysia di Arena
Antarabangsa
a. Pertubuhan yang
Mukasurat 25 daripada 25
8/8/2019 KELEMAHAN KURIKULUM
http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-kurikulum 28/28
masalah dan cara
mengatasinya.
Malaysia
7.6 Warisan Sejarah
a. Pemeliharaan dan
pemuliharaan
8. MASYARAKAT
MALAYSIA
8.1 Penduduk
a. Komposisi dan
taburan
b. Faktor yang
mempengaruhi
perubahan
penduduk
8.2 Agama dan
kepercayaan
a. Kepelbagaianagama
dan kepercayaan
8.3 Kebudayaan dan
kesenian
a. Cara hidup
8.4 Perpaduan
a. Kegiatan sosial dan
kebajikan
b. Penyertaan
pelbagaikaum dalam aktiviti
permainan,
kesenian
dan rekreasi
c. Sistem pendidikan
d. Undang-undang
dan
peraturan
dianggotai dan
faedahnya
b. Peranan dan
sumbangan
M k t 26 d i d 25
top related