jenis kata adjektif.docx
Post on 08-Jul-2016
259 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Jenis Kata AdjektifTerdapat 9 jenis kata adjektif mengikut fungsinya iaitu:
1. Kata Adjektif Sifatan/KeadaanKata adjektif jenis ini ialah perkataan yang memberi pengertian sifatan/keadaan sebagai unsur keterangan nama.Contoh: baik lemah curiga kasar cerdik berani pandai takut gopoh sihat
2. Kata Adjektif WarnaKata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.Contoh: merah ungu putih kelabu biru hitam hijau kuning perang jingga
3. Kata Adjektif UkuranKata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.Contoh: panjang rendah pendek tebal kecil nipis besar kerdil tinggi renek
4. Kata Adjektif BentukKata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian reka bentuk sebagai unsur keterangan.
Contoh: bulat bengkok lonjong lurus bujur buncit bundar kempis leper lekuk
5. Kata Adjektif WaktuKata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contoh: baharu lampau lama lewat segera cepat suntuk awal silam lambat
6. Kata Adjektif JarakKata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur
keterangan.
Contoh: baharu lampau lama lewat segera cepat suntuk awal silam lambat
7. Kata Adjektif CaraKata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan/ragam sebagai penerang kata nama.
Contoh: cepat lincah deras laju jelas gopoh sering lambat perlahan selalu
8. Kata Adjektif PerasaanKata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh: rindu suka kasih cinta benci gembira segan marah berahi ragu
9. Kata Adjektif PancainderaKata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.
Contoh: rindu suka kasih cinta benci gembira segan marah berahi ragu
Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud
1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
2. Yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru.
3. Seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
5. Bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.
6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
7. Bagai Aur Dengan TebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.
9. Bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
11. Melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
15. Indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.
17. Bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
18. Kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang
yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
19. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
20. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
top related