aku seekor burung

Upload: emily-thomas

Post on 01-Mar-2018

290 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Aku Seekor Burung

    1/1

    Aku seekor burung

    Aku telah dilahirkan di dalam sebuah sarang diatas sebatang pokok. Aku dilahirkan setahun yang

    lalu. Sejak aku dilahirkan, ibu aku telah mati. Aku

    berasa kesunyian tinggal seorang diri di dalam hutan.

    Aku sentiasa terjatuh dan cedera kerana aku

    kehilangan kasih sayang sejak ketiadaan ibu. Padasuatu hari, aku dijumpai seorang budak lelaki yang

    bernama Halim, dia berasa kasihan terhadap aku lalu

    membawa aku pulang ke rumahnya.

    Apabila sampai di rumah, budak lelaki menolong

    aku menyapukan ubat pada luka aku. Aku juga diberimakan. Aku dijaga oleh budak lelaki dengan penuh

    kasih sayang. Aku juga diberi nama Bintik oleh tuan

    aku sesuai dengan buluku yang berbintikbintik.

    Semakin hari semakin aku membesar, bulubuluku

    semakin tebal dari hari ke hari. Aku semakin cantik.!uan aku sangat sayang kepada aku kerana aku pandai

    bernyanyi dengan suara yang merdu dan

    menyeronokkan. Aku berasa gembira dan bersyukur

    dapat menemui seorang budak lelaki yang baik hati.