agama islam agung

14
SILSILAH ULUL AZMI Pengertian Ulul Azmi Ulul al-Azmi ( م عذ ل وا ل و ا) adalah gelar yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/ istimewa karena ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama. Hanya lima rasul yang mendapatkan julukan ini, dari beberapa rasul yang telah diutus oleh Allah. Gelar ini adalah gelar tertinggi/istimewa ditingkat para nabi dan rasul. Tentang gelar ini telah dijelaskan padaAl-Qur’an Surah Al-Ahqaf ayat 35 dan Surah Asy-Syura ayat 13. QS. Al-Ahqaf ayat 35 (faishbir kamaa shabara uluu al’azmi mina alrrusuli walaa tasta’jil lahum ka-annahum yawma yarawna maa yuu’aduuna lam yalbatsuu illaa

Upload: amal-budiman

Post on 20-Jan-2017

84 views

Category:

Art & Photos


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agama islam agung

SILSILAH ULUL AZMI

Pengertian Ulul Azmi

Ulul al-Azmi (أولوالعذم) adalah gelar yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/ istimewa karena ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama. Hanya lima rasul yang mendapatkan julukan ini, dari beberapa rasul yang telah diutus oleh Allah. Gelar ini adalah gelar tertinggi/istimewa ditingkat para nabi dan rasul.

Tentang gelar ini telah dijelaskan padaAl-Qur’an Surah Al-Ahqaf ayat 35 dan Surah Asy-Syura ayat 13.

QS. Al-Ahqaf ayat 35 

(faishbir kamaa shabara uluu al’azmi mina alrrusuli walaa tasta’jil lahum ka-annahum yawma yarawna maa yuu’aduuna lam

yalbatsuu illaa saa’atan min nahaarin balaaghun fahal yuhlaku illaa alqawmu alfaasiquuna)

Artinya :

Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia)

Page 2: Agama islam agung

melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik. (QS. Al-Ahqaf ayat 35)

Qs. Asy-Syura ayat 13

(Syara’a lakum mina alddiini maa washshaa bihi nuuhan waalladzii awhaynaa ilayka wamaa washshaynaa bihi ibraahiima wamuusaa wa’iisaa an

aqiimuu alddiina walaa tatafarraquu fiihi kabura ‘alaa almusyrikiina maa tad’uuhum ilayhi allaahu yajtabii ilayhi man yasyaau wayahdii ilayhi man

yuniibu)

Artinya :

Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu : Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).  (Qs. Asy-Syura ayat 13)

Page 3: Agama islam agung

>Kriteria Ulul Azmi

Ada beberapa kriteria yang menjadi acuan untuk mendapatkan gelar ini, di antara lain adalah:

1. Memiliki kesabaran yang tinggi ketika berdakwah2. Senantiasa memohon kepada Allah agar tidak menurunkan azab

kepada kaumnya3. Senantiasa berdoa agar Allah memberi hidayah kepada kaum

mereka

>Sebab diberi gelaran Ulul Azmi

Mendapat pengiktirafan Allah s.w.t. Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah Sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. supaya kaum mereka tidak

diturunkan azab Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah

kepada kaum mereka Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah

>Nabi yang mendapat gelar Ulul Azmi Beserta Mukjizatnya

Nabi Musa AS – Bisa Membelah Lautan

Musa termasuk Nabi yang sabar dalam menghadapi musuh dan menyebarkan dakwahnya, saat Menerima Wahyu Pertamanya di Bukit Sinai pengikutnya berkhianat dan menyembah berhala bersama Fir’aun. Saat Fir’aun merasa terancam, alasan Pengikutnya takut mengikuti Musa yang menyebarkan Ajaran Allah SWT. ia bertarung dengan Fir’aun, dikejar oleh pengikut Fir’aun para penyembah berhala namun saat itu Allah menurunkan Mukjizatnya dengan tongkatnya yang bersamanya pada waktu itu dapat membelah lautan dan selamatlah

Page 4: Agama islam agung

Musa. Musa menyebarkan Kitab Taurat yang dikenal sebagai Perjanjian Lama dan berisikan 10 ajaran Polok Allah SWT.

NABI MUSA ALAIHISSALAMNabi Musa a.s. merupakan seorang nabi yang telah menerima

Kitab Taurat.

     1. KELAHIRAN NABI MUSANabi Musa diutuskan oleh Allah bagi memimpin Kaum Israel ke

jalan benar. Beliau merupakan anak kepada Imran dan Yukabad binti

Qahat, (Musa bin Imran bin Kohath bin Lewi bin Yakqub bin Ishaq bin

Ibrahim), bersaudara (adik-beradik mengikut sesetengah periwayatan)

dengan Nabi Harun, dilahirkan di Mesir pada pemerintahan Firaun.

      2. FIRAUN DENGAN MIMPIWaktu kelahirannya cukup cemas kerana Firaun menguatkuasakan

undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh.

Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum

yang menafsirkan mimpinya. Firaun bermimpi Mesir terbakar dan

penduduknya mati, melainkan kalangan Kaum Israel, sedangkan ahli

nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki Kaum

Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah

dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh.

Ibu Nabi Musa, Yukabad melahirkan seorang bayi lelaki (Musa)

dan kelahiran itu dirahsiakan. Kerana merasa bimbang dengan

keselamatan Musa, apabila musa mencecah umur tiga bulan Musa

Page 5: Agama islam agung

dihanyutkan ke Sungai Nil. Musa yang terapung di sungai itu ditemui

isteri Firaun , Asiah sendiri ketika sedang mandi dan tanpa berlengah

dibawanya ke istana. Melihat isterinya membawa seorang bayi, Firaun

dengan tidak teragak-agak menghunuskan pedang untuk membunuh

Musa. Asiah berkata: “Janganlah dibunuh anak ini kerana aku

menyayanginya. Baik kita menjadikannya seperti anak sendiri kerana

aku tidak mempunyai anak.” Dengan kata-kata dari Asiah tersebut,

Firaun tidak sampai hati untuk membunuh Musa.

     3. MUKJIZAT NABI MUSA HADAPI FIRAUNKisah pertembungan di antara mukjizat Nabi Musa dengan sihir

dari tukang sihir firaun dikata bermula disebab satu peristiwa di mana

pada satu ketika semasa Musa mengambil meninjau di sekitar kota dan

kemudian beliau terserempak dua lelaki sedang berkelahi, masing-

masing di kalangan Bani Israel bernama Samiri dan bangsa Firaun,

Fatun. Melihatkan pergaduhan itu Musa mahu mententeramkan mereka,

tetapi ditepis Fatun. Tanpa berlengah Musa terus menghayunkan satu

penumbuk ke atas Fatun, lalu tersungkur dan meninggal dunia. Apabila

mendapati lelaki itu meninggal dunia kerana tindakannya, Musa

memohon ampun kepada Allah seperti dinyatakan dalam al-Quran:

“Musa berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai

diriku sendiri kerana itu ampunilah aku. Maka Allah mengampuninya,

sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Page 6: Agama islam agung

Tetapi, tidak lama kemudian orang ramai mengetahui kematian Fatun

disebabkan Musa dan berita itu turut disampaikan kepada pemimpin

kanan Firaun. Akhirnya mereka mahu menangkap Musa. Disebabkan

terdesak, Musa mengambil keputusan keluar dari Mesir. Beliau berjalan

tanpa arah dan tujuan, tetapi selepas lapan hari, beliau sampai di kota

Madyan, iaitu kota Nabi Syu’aib di timur Semenanjung Sinai dan Teluk

Aqabah di selatan Palestina.

Selepas itu Allah berfirman kepadanya, bermaksud: “....Wahai

Musa sesungguhnya Aku Allah, yaitu Tuhan semesta alam.”

Firman-Nya lagi, bermaksud: “Dan lemparkan tongkatmu, apabila

tongkat itu menjadi ular Musa melihatnya bergerak seperti seekor ular,

dia berundur tanpa menoleh. Wahai Musa datanglah kepada-Ku,

janganlah kamu takut, sungguh kamu termasuk orang yang aman.”

Selepas itu Allah berfirman lagi kepada Musa, maksudnya:

“Masukkan tanganmu ke leher bajumu, pasti keluar putih bersinar dan

dakapkan kedua tanganmu ke dada kerana ketakutan....”

Tongkat menjadi ular dan tangan putih berseri-seri itu adalah dua

mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Musa, ketika beliau dalam

perjalanan pulang dari Madyan ke Mesir, bagi menghadapi Firaun dan

pengikutnya yang fasik. Firaun cukup marah mengetahui kepulangan

Musa yang mahu membawa ajaran lain daripada yang diamalkan selama

ini sehingga memanggil semua ahli sihir untuk mengalahkan dua

mukjizat berkenaan. Ahli sihir Firaun masing-masing mengeluarkan

Page 7: Agama islam agung

keajaiban, ada antara mereka melempar tali terus menjadi ular. Namun,

semua ular yang dibawa ahli sihir itu ditelan ular besar yang berasal

daripada tongkat Musa.

Firman Allah bermaksud: “Dan lemparkanlah apa yang ada di

tangan kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat.

Sesungguhnya apa yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir

dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang.”

Semua keajaiban ahli sihir itu ditewaskan Musa menggunakan dua

mukjizat berkenaan, menyebabkan sebahagian daripada kalangan

pengikut Firaun, termasuk isterinya mengikuti ajaran yang dibawa

Musa. Melihatkan ahli sihir dan sebahagian pengikutnya beriman

dengan ajaran Nabi Musa, Firaun marah, lalu menghukum golongan

berkenaan. Manakala isterinya sendiri diseksa hingga meninggal dunia.

Nabi Musa bersama orang beriman terpaksa melarikan diri sehingga

mereka sampai di Laut Merah. Namun, Firaun dan tenteranya yang

sudah mengamuk mengejar mereka dari belakang, tetapi semua mereka

mati ditenggelamkan laut. Al-Quran menceritakan: “Dan ingatlah ketika

Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami

tenggelamkan Firaun dan pengikutnya sedang kamu sendiri

menyaksikan.”

      4. NABI MUSA BERMUNAJAT DI BUKIT SINAberanggapan bau mulutnya Selepas keluar dari Mesir, Nabi Musa bersama

sebahagian pengikutnya dari kalangan Bani Israel menuju ke Bukit Sina

Page 8: Agama islam agung

untuk mendapatkan kitab panduan daripada Allah. Namun, sebelum itu

Musa disyaratkan berpuasa selama 30 hari pada Zulkaedah. Ketika mahu

bermunajat, beliau kurang menyenangkan. Beliau menggosok gigi dan

mengunyah daun kayu, lalu perbuatannya ditegur malaikat dan beliau

diwajibkan berpuasa 10 hari lagi.Dengan itu puasa Musa genap 40 hari.

Sewaktu bermunajat, Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah zatMu

kepadaku supaya aku dapat melihatMu.” Allah berfirman: “Engkau

tidak akan sanggup melihatKu, tetapi cuba lihat bukit itu. Jika ia tetap

berdiri tegak di tempatnya seperti sediakala, maka nescaya engkau

dapat melihatku.” Musa terus memandang ke arah bukit yang

dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu hancur hingga masuk ke

perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya.Musa terperanjat dan

gementar seluruh tubuh lalu pengsan.

     5. KEZALIMAN FIRAUNAllah memberikan banyak nikmat kepada Bani Israel, antaranya

dibebaskan daripada kezaliman Firaun, menjalani kehidupan di kawasan

subur, mempunyai Taurat dan rasul di kalangan mereka, tetapi mereka

tidak bersyukur, malah memberikan pelbagai alasan. Mereka juga

membelakangi wahyu Allah kepada Musa supaya berpindah ke Palestin.

Alasan diberikan kerana mereka takut menghadapi suku Kan’an. Telatah

Bani Israel yang pengecut itu menyedihkan hati Musa, lalu beliau

berdoa: “Ya Tuhanku, aku tidak menguasai selain diriku dan diri

saudaraku Harun, maka pisahkanlah kami dari orang fasik mengingkari

Page 9: Agama islam agung

nikmat dan kurniaMu.”Hukuman Bani Israel yang menolak perintah itu

ialah Allah mengharamkan mereka memasuki Palestin selama 40 tahun

dan selama itu mereka berkeliaran di atas muka bumi tanpa tempat

tetap.Mereka hidup dalam kebingungan sehingga semuanya musnah.

Palestin kemudian dihuni oleh generasi baru. Bani Israel juga

memperlekehkan rasul mereka, yang dapat dilihat melalui kisah sapi

seperti dalam surah al-Baqarah: “Dan ingatlah ketika Musa berkata

kepada kaumnya, sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih

sapi betina. Mereka berkata; apakah kamu hendak menjadikan kami

bahan ejekan...”Musa meninggal dunia ketika berusia 120 tahun, tetapi

ada pendapat menyatakan usianya 150 tahun di Bukit Nabu’, tempat

diperintahkan Allah untuk melihat tempat suci yang dijanjikan, iaitu

Palestin. Tetapi beliau tidak sempat memasukinya.

Page 10: Agama islam agung

“RASUL-RASUL ALLAH SWT”

NAMA KELOMPOK 3 :

1. AMELIA CONRIKA2. DAFFA CHAIRUNISSA A3. DONI SETIAWAN4. FIRMAN NICKOLAS D5. MAHARDHANTY F6. RESA RAHMA P7. TB.MUHAMMAD F

SMPN 22 BANDAR LAMPUNG