9. topik 3 penghasilan dan inovasi dalam pengajaran dan pe

34
Sebelum membaca nota berikut, sila buat catatan isi- isi penting Dalam bentuk grafik untuk mudah mengingat.. Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran. TOPIK 3 PENGHASILAN DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN SINOPSIS: Melalui tajuk ini pelatih akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar. Latihan ini merupakan asas pertama persediaan rancangan mengajar. Kreativiti yang tinggi pada pelatih akan diasuh dengan penuh ketekunan demi melahirkan guru-guru yang kreatif dan berinovasi serta dapat menyesuaikan dengan perkembangan ICT khususnya yang berkaitan dengan sumber pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran: Di akhir kursus ini peserta dapat: 1. membina pelbagai sumber pengajaran Pendidikan Al-Quran, 2. memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai dengan komponen-komponen Pendidikan Al-Quran, 3. mengaplikasikan sumber dalam pengajaran pembelajaran Al-Quran secara berkesan, 4. meningkatkan daya kreativiti dalam pengajaran pembelajaran berbantukan sumber yang kreatif, inovatif dan bersesuaian dengan Pendidikan Al-Quran. 25

Upload: bro-qim

Post on 31-Jul-2015

179 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Sebelum membaca nota berikut, sila buat catatan isi-isi pentingDalam bentuk grafik untuk mudah mengingat..

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

TOPIK 3 PENGHASILAN DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN

SINOPSIS:

Melalui tajuk ini pelatih akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar. Latihan ini

merupakan asas pertama persediaan rancangan mengajar. Kreativiti yang tinggi pada

pelatih akan diasuh dengan penuh ketekunan demi melahirkan guru-guru yang kreatif dan

berinovasi serta dapat menyesuaikan dengan perkembangan ICT khususnya yang berkaitan

dengan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini peserta dapat:

1. membina pelbagai sumber pengajaran Pendidikan Al-Quran,

2. memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai dengan komponen-komponen

Pendidikan Al-Quran,

3. mengaplikasikan sumber dalam pengajaran pembelajaran Al-Quran secara

berkesan,

4. meningkatkan daya kreativiti dalam pengajaran pembelajaran berbantukan sumber

yang kreatif, inovatif dan bersesuaian dengan Pendidikan Al-Quran.

25

Page 2: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

TAJUK: PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN

3.1 PEMBINAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.2 PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN 3.3 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN 3.4 PEMBINAAN DAN PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

3.1. PEMBINAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai media pengajaran atau

`instructional media’ yang membantu guru dan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran.Proses penyedian dan penghasilansumber yang sesuai mestilah selaras

dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran serta hala tuju pendidikan negara secara

keseluruhan.Proses tersebut secara ringkas diperlihatkan seperti gambar rajah berikut:

26

ObjektifPengajaran

DanPembelajaran

menilai

mengguna

mengolah

membina

memilih

Page 3: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Perinsip Pemilihan Sumber

i. Bahan berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pemilihan bahan-bahan pengajaran hendaklah bersesuaian dengan objektif pembelajaran.

Objektif perlu ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan pengajaran dan

pembelajaran, kemudian barulah bahan-bahan tersebut diolah supaya sesuai dengannya.

ii. Bahan mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang

dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berimu pengetahuan ,

berakhlak mulia dan bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran masyrakat dan

negara.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu

pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna bahan-bahan itu haruslah

mengandungi unsur-unsur intelek dan nilai-nilai murni yang dipercayai dapat mewujudkan

insan yang boleh bertindak dan berfikir secara matang. Pemilihan bahan-bahan haruslah

bermatlamatkan pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

iii. Bahan sesuai dengan keperluan belajar pelajar.

Keperluan belajar para pelajar bermaksud sesuatu ilmu itu disampaikan dalam bentuk

supaya para pelajar dapat menambahkan pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk

mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah

diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit ini walaupun sedikit, tetapi harus

mengandungi perkara-perkara baru dan saling berkaitan antara satu dengan lain. Pelajar-

pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang

dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-

pelajaran yang lalu.

Proses pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah, pelajar memerlukan galakan, motivasi

dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini merupakan sebahagian besar tugas guru, tetapi

bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang

27

Page 4: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang harus diingat oleh guru-guru ialah

bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan

dan individu. Ini kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan sebagai individu dan sebagai ahli

kumpulan. Dalam sesuatu waktu pembelajaran, pelajar-pelajar boleh bertindak sebagai

individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis

latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran

yang diperuntukan kepada mereka.

iv. Bahan berkaitan dengan isi pelajaran dan proses pembelajaran.

Kedua-dua aspek tersebut haruslah diberi penekanan yang sama rata. Bahan-bahan

pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek isi pelajaran tetapi

harus juga mengambil kira perkembangan pelajar. Namun bergitu patutlah diketahui, tiada

satu pun cara belajar yang terbaik. Biasanya para pelajar menggunakan strategi

pembelajaran yang berlainan.

Pendekatan baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada

individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak

menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun

begitu, proses pembelajaran walaupun menarik, tidak dapat membantu pelajar melainkan

jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika

diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus

mengambil kira nilainya sebagai latihan pembelajaran. Memanglah perkara-perkara yang

dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokan tetapi

mereka seharusnya dirawat dari segi potensi mereka.

v. Bahan sebagai penggerak dan pemudahcara pembelajaran pelajar.

Pelajar-pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajari sesuatu akan dapat

mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang

tidak mereka minati. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan

oleh minat murid. Walaupun manusia belajar tentang apa yang hendak mereka pelajari

untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum

mereka ketahui dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara yang belum diketahui itu

dengan perkara-perkara yang mereka minati. Oleh sebab itu, guru hendaklah menggunakan

bahan-bahan sumber yang boleh membantu menggerakkan minat dan pengetahuan sedia

ada pelajar untuk beralih kepada perkara-perkara yang lebih mendalam.

28

Page 5: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Pengelasan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua kelas yang besar,

iaitu bahan cetak dan bukan cetak. Dalam modul ini perbincangan akan mengkhususkan

pengelasan kepada sumber pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Al-Quran:

i. Bahan Cetak

Bahan cetak merupakan bahan dua dimensi yang dicetak sama ada secara mekanikal

atau secara elektronik seperti:

Buku yang mengandungi pengetahuan asas untuk dibaca dan difahami

termasuk mashaf-mashaf, kitab-kitab tafsir, buku teks, buku nota rujukan

dan buku latihan.

Penerbitan Berkala yang diterbitkan mengikut kala masa yang tertentu seperti

harian, mingguan, bulanan atau tahunan termasuk akhbar, majalah, jurnal

dan risalah yang berkaitan dengan bidang-bidang Pendidikan Al-Quran

khususnya dalam bidang Tafsir.

Bahan rujukan yang mengandungi maklumat penting dan disusun mengikut

turutan tertentu supaya dapat dikesan dengan mudah seperti mukjam Al-

Quran, ensaiklopedia, buku panduan kaedah-kaedah Tilawah Al-Quran

seperti ; Kaedah Iqra’, Kaedah Qiraati, Kaedah Baghdadiah dan Kaedah

Hattawiah.

Bahan bantu pembelajaran yang digunakan oleh pelajar semasa

pembelajaran termasuk edaran ayat-ayat hafazan, nota

ringkas lembaran kerja, kad imbasan, carta ayat dan

sebagainya.

ii. Bahan bukan cetak

Bahan bukan cetak merupakan bahan pengajaran pembelajaran lain dalam bentuk bukan

cetak, ia dikelaskan kepada:

Bahan visual bukan tayang yang mempamerkan maklumat secara dua

dimensi termasuk bahan grafik dan fotografi Qari-Qari, mushaf-mushaf yang

boleh dipamerkan sebagai poster atau carta.

Bahan visual tayang dua dimensi yang menayangkan maklumat tidak

bergerak termasuk transparensi dan slaid.

Bahan audio yang menyampaikan maklumat secara bersuara termasuk radio

dan pita rakaman seperti rakaman bacaan qari-qari.

29

Page 6: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Bahan audio-visual yang mengabungkan suara dan imej semasa tayangan

termasuk televisyen, pita video dan filem.

Bahan berkomputer yang menyampaikan maklumat secara interaktif di antara

komputer dan pengguna dengan menggunakan komputer seperti

penggunaan pelbagai software yang berkaitan dengan Pendidikan Al-Quran

yang merangkumi CD Holy Quran, CD Qari-Qari.

Bahan tiga dimensi yang terdiri daripada realia (bahan sebenar seperti objek

maujud, spesimen, bahan hidup, bahan semujla jadi) dan model khususnya

dalam bidang Tafsir (Ayat Kefahaman).

Pilih bahan tiga bukan cetak yang anda selalu gunakan dalam pengajaran Tilawah dan Hafazan dan nyatakan kelebihannya.

30

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHAN CETAK BAHAN BUKAN CETAK

- Buku- Penerbitan

berkala- Bahan rujukan- Bahan

bantuan pembelajaran

Bahan Visual Bukan Tayang

Bahan Visual Tayang 2 D

Bahan Audio

Bahan Audio-Visual

Bahan Komputer

Bahan 3 Dimensi

Page 7: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Matlamat dan Peranan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran sesuatu konsep bermula dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak.

Penggunaan bahan sumber yang sesuai akan menyebabkan peralihan ini berlaku dengan

lancar. Matlamat utama penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ialah:

i. pelajar dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang diajar oleh guru.

ii. menggalakkan dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh pelajar.

Sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan digunakan dengan baik akan

memainkan peranan berikut:

Motivasi

Sumber pengajaran dan pembelajaran akan dapat mempersembahkan isi

kandungan dengan tujuan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses

pembelajaran serta merangsang pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Contohnya memperdengarkan pita rakaman bacaan qai-qari yang masyhur

dan dibandingkan dengan mutu bacaan pelajar.

Penemuan

Sumber yang sesuai akan membolehkan pelajar mengkaji konsep dan masalah

yang baru dengan lebih mencabar lagi. Ia juga dapat memberi perluang kepada

pelajar untuk menjalankan kegiatan penemuan sendiri.Seperti melalui tayangan

video mengenai isu-isu semasa untuk dikaitkan dengan sesuatu tema ayat

kefahaman.

Latih tubi

Sumber yang menitikberatkan pemahaman konsep asas akan membolehkan

pelajar berlatih berulangkali sehingga menguasai kemahiran yang dipelajari.

Contohnya penggunaan CD HOLY QURAN dalam pengajaran Tilawah Al-Quran.

Pengayaan

Untuk pelajar yang dapat belajar dengan lebih cepat, sumber pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai akan menyediakan kegiatan lanjutan untuk

mengukuhkan pembelajaran konsep berkenaan serta mempelbagaikan situasi

pembelajaran dengan sumber yang berlainan.

Aplikasi

Sesetengah sumber akan menyebabkan pelajar mengaplikasikan konsep yang

dipelajari pada situasi harian di luar sekolah serta menguji kebolehan pelajar

mengaplikasikan konsep berkenaan.

31

Page 8: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Perubahan kadar perkembangan pelajaran

Guru boleh mengakhiri sesuatu tajuk dengan menggunakan sumber teka teki

atau menggunakan sumber permainan rekreasi sebelum cuti semester sebagai

tanda perubahan kadar perkembangan pelajaran.

Pilih empat bahan cetak berkaitan Pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan jelaskan bagaimanakah bahan-bahan tersebut boleh memotivasikan pelajar untuk mempelajari Al-Quran dengan lebih mendalam.

1.3.2 PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

1. Persediaan.

Sebelum menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran , tiga jenis persediaan yang

rapi diperlukan:

a. Persediaan Guru.

Guru perlu membuat persediaan yang mencukupi seperti menonton video yang hendak

ditayangkan , mencuba eksperimen yang hendak dijalankan, menyusun transperansi-

transparensi atau meninjau kawasan yang hendak dikaji atau dilawati. Kaji dengan teliti

buku panduan yang disertakan bersama sumber pengajaran , catat nota-nota penting

semasa menonton video bacaan sesaorang Qari.

Gubal suatu rancangan pelajaran yang memerihalkan bagaimana anda

memperkenalkan tajuk pengajaran serta menggunakan sumber itu, apakah kegiatan

yang anda dan pelajar akan lakukan, apakah soalan yang akan anda tanyakan semasa

dan selepas penggunaan sumber serta bagaimana anda akan mengaitkan sumber itu

dengan pengalaman pelajar yang sedia ada supaya pelajaran ini bermakna dan

berguna.

b. Persediaan Persekitaran.

Susunkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menggunakan sumber. Pastikan alat

yang anda hendak gunakan itu berada dalam keadaan yang berfungsi dan bilik atau

makmal yang yang diperlukan tidak digunakan oleh guru lain. Untuk lawatan pula

pastikan pengangkutan disediakan dan langkah keselamatan diberi keutamaan.

32

Page 9: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

c. Persediaan Kelas.

Perkenalkan bahan sumber, jelaskan mengapa sumber itu digunakan, nyatakan dengan

ringkas isi kandungan yang akan dipelajari dan tekankan apakah yang penting untuk

dipelajari daripada bahan sumber itu. Untuk bahan sumber yang digunakan dalam

aktiviti kreatif atau eksperimen, berikan arahan dengan jelas supaya pelajar tahun urutan

aktiviti. Beritahu pelajar apa yang mereka perlu buat diakhir pelajaran seperti ujian,

perbincangan isi atau memberi ulasan.

2. Penyampaian.

Gunakan bahan sumber yang disediakan dengan cara yang betul. Untuk bahan audio-

visual, pastikan imej tayangan difokus dengan tajam dan suara dapat didengar dengan jelas.

Untuk aktiviti kreatif, guru perlu menyelia supaya bahan sumber digunakan dengan betul

dan selamat. Semasa penyampaian, pelajar perlu mencatatkan isi-isi yang penting atau

peristiwa dan perubahan yang dapat diperhatikan. Apa yang penting semasa penyampaian

ialah supaya pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian ke atas aktiviti yang dijalankan

dan guru sentiasa sedia untuk membantu pelajar.

3. Kegiatan Susulan.

Selepas penyampaian, guru akan mengadakan perbincangan. Minta pelajar memberi

jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan sumber pengajaran yang telah

dilihat. Tinjau semula pengalaman yang dilalui pelajar dengan bahan sumber tersebut.

Menilai hasil kerja pelajar dan memberi maklum balas terhadap kebolehan dan prestasi

pelajar. Guru juga perlu membuat penilain terhadap bahan sumber yang digunakan. Catat

komen dan ulasan pada fail atau buku panduan supaya guru lain yang menggunakan bahan

sumber tersebut dapat mengambil perhatian.

___________________________________________________________________

Jawab soalan berikut;1. Nyatakan beberapa persediaan yang dilakukan oleh sesaorang guru

untuk sesi pengajaran pembelajaran ayat Tilawah.

33

Page 10: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

FUNGSI BAHAN SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN.

Sumber Fungsi UtamaBahan Cetak Menyampaikan maklumat dan pengetahuan

Merangsang pemikiran kritis dan kreatifMeningkatkan motivasi, minat dan sikap positifMenyampaikan arahan

Poster/Carta Menyampaikan maklmat secara grafikMerumuskan perhubungan antara faktaMenunjukkan struktur dan organisasiMembolehkan bacaan pada kadar kecepatan pelajarMerupakan bahan pameran yang baik

Gambar Foto Menggantikan bahan sebenarMembawa situasi luar ke dalam kelasMembenarkan cetakan yang diperbesarkanMeningkatkan motivasi dan minatMerupakan bahan pameran yang baik

Slaid Membesarkan gambar melalui tayanganMembenarkan guru menerangkan bahan tayanganMeningkatkan motivasi dan minat

Transparensi Manyampaikan fakta secara sistematikMenyampaikan maklumat secara berperingkat

Audio Menyediakan pengalaman mendengar yang konkritMenerapkan sikap dan nilai murniMembenarkan ulang dengar

Audio-Visual Menunjukkan bahan visual yang bergerakMenunjukkan isi dengan terperinciMeningkatkan minat,motivasi dan sikap positif

Bahan Komputer Membenarkan pembelajaran individuMenyediakan kegiatan pemulihan dan pengayaanMembenarkan penyampaian aneka mediaMerangsangkan pemikiran kritis dan kreatifMemudahkan pembelajaran interaktif

Bahan 3 Dimensi Menunjukkan bahan sebenar atau perwakilannyaMembolehkan mengenalpasti struktur dan bahagianMembenarkan pergerakan didemonstrasikanMenghasilkan kesan kepaduan dan realisme

Bahan Permainan dan Simulasi

Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatifMeningkatkan motivasi, minat dan sikap positifMemupuk semangat persaingan dan kerjasamaMewujudkan situasi seperti situasi sebenar

Hasilkan satu set “power Point” secara intraktif yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ayat kefahaman. Disarankan anda memasukkan juga elemen Grafik, Gambar dan Audio Video dalam persembahan anda.

34

Page 11: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai dari aspek-aspek berikut:

1. Kurikulum.

Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan objektif pelajaran. Ia

perlu membantu usaha guru dalam menyampaikan isi pelajaran. selain itu,

sumber yang digunakan harus sesuai dengan tahap pemahaman dan

perkembangan kognitif pelajar.

2. Proses.

Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pengajaran dapat

menggalakan proses pembelajaran. Pembelajaran dapat ditingkatkan lagi

sekiranya sumber itu memerlukan gerak balas pelajar secara lisan atau secara

tindakan. Terdapat sumber yang boleh digunakan secara berperingkat selaras

dengan perkembangan konsep yang berturutan. Terdapat juga sumber yang

sesuai digunakan dalam proses pembelajaran kendiri, seperti perisian komputer

aneka media.

3. Sikap.

Penggunaan sumber yang bersesuaian dapat menarik minat dan perhatian

pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sumber yang memberangsangkan juga

akan meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, sumber tertentu dapat

menerapkan nilai murni melalui interaksi pelajar dengan sumber itu.

4. Penggunaan.

Sumber pengajaran pembelajaran harus mudah digunakan, di bawa dari satu

tempat ke tempat yang lain dan mudah disimpan. Pengalaman menunjukkan

bahawa guru jarang menggunakan bahan sumber yang sukar digunakan atau

sukar dialih. Kadang kala, sesuatu sumber itu boleh digunakan bersama sumber

yang lain. Misalnya, poster gambar boleh menjelaskan cerita di dalam radio.

Gabungan dua sumber ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman pelajar.

___________________________________________________________

Bincangkan dengan rakan anda mengenai faktor yang menyebabkan guru jarang menggunakan bahan sumber yang sukar digunakan atau sukar dialih.

35

Page 12: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Pastikan anda telah mempunyai sedikit maklumatMengenai peralatan multimedia dan juga audio-visual

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

5. Kualiti.

Kualiti sumber yang digunakan harus memuaskan supaya mesej yang hendak

disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan. Bahan cetak harus

senang dibaca dan perbendaharaan kata yang digunakan sesuai dengan tahap

penguasaan bahasapelajar. Bahan audio yang digunakan mesti jelas didengar

manakala bahan visual perlu senang dilihat. Bahan tersebut juga perlu tahan

lasak, tidak mudah rosak bila dipegang oleh pelajar.

6. Kos

Kebanyakan sumber pengajaran pembelajaran hanya digunkan beberapa kali

sahaja dalam setahun. Oleh itu, kos penghasilan haruslah rendah. Untuk tujuan

itu, sumber yang boleh direka, lebih berkesan dari segi kos. Manakala kos

penyelengaraan tidak harus membebankan pihak sekolah.

Penilaian keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran, akan menyebabkan guru

mengetahui kekuatan dan kelemahan sumber itu. Ini merupakan asas bagi guru untuk

memperbaiki lagi reka bentuknya supaya penggunaan sumber yang seterusnya akan lebih

berkesan.

36

Page 13: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

1.3.3 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER.

1. GRAFIK.

Kebiasaannya pelajar lebih memberikan tumpuan kepada informasi melalui deria

penglihatan mereka, oleh itu adalah sangat berkesan sekiranya kaedah pembelajaran

menggunakan elemen visual. Segala bentuk mesej yang diterima oleh pelajar melalui

penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan lebih mempunyai ketahanan daya

ingat. Kadang kala pelajar lebih mempunyai keyakinan menerima sesuatu melalui apa yang

mereka lihat daripada penerangan yang diberikan oleh guru. Di antara contoh bahan grafik

ialah:

a. Poster

Poster merupakan suatu gambaran yang boleh dijelaskan melalui perkataan dan gambar

serta ilustrasi atau melalu gambar sahaja.Penerbitan sesuatu poster mestilah memenuhi

prosedur perancangan supaya ia dapat membantu proses pengajaran guru. Prosedur

tersebut ialah:

kerja melakar,

pengumpulan bahan

penghurufan

penerbitan huruf untuk tajuk dan label

‘layout` bahan visual

b. Carta dan Carta Dinding

Digunakan untuk menghuraikan proses sesuatu idea atau menunjukkan pembahagian

elemen-elemen secara terasing. Aliran proses dan elemen-elemen dapat ditunjukkan secara

berorganisasi. Carta dinding adalah lebih besar dan banyak informasi, penghuraian lebih

menyeluruh, lebih kompleks dan lebih terperinci. Pembinaan sebuah carta merangkumi tajuk

utama, subtajuk dan huraian ringkas. Prinsip asas pembinaan carta adalah:

penerbitan mestilah jelas dan cukup besar untuk memuatkan perincian yang

kompleks.

Rancangkan `layout’ dan teknik gambaran yang membolehkan mesej

dijelaskan

Rekabentuk tidak akan mengelirukan pemahaman pelajar

37

Page 14: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Penghurufan di dalam carta seboleh-bolehnya menggunakan penghurufan

unistensil, tiga dimensi atau penghurufan komputer dengan saiz minimum 5

cm,

Jenis-jenis carta ialah carta bar, carta jadual, carta organisasi, carta pai, carta urutan, carta

aliran, carta dinding dan sebagainya.

c. Lakaran dan Kartun

Bahan lakaran mengandungi suatu `hint’ atau petunjuk mengenai hal sebenar. Lakaran ini

adalah satu tanda garisan atau objek secara ringkas untuk menggambarkan sesuatu subjek

atau insiden. Ini boleh dilakukan serta merta tetapi di dalam konteks penyediaan bahan

lakaran yang berkesan ia mestilah diolah secara berperancangan, supaya kehadiran subjek

tersebut dapat diinterpretasikan oleh pelajar dan menimbulkan suatu penekanan.

Penggunaan kartun berfungsi sebagai bahan humor yang boleh menimbulkan daya tarik

kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun nilai estetika bahan kartun

tidak bererti kalau persembahannya tidak dapat dilihat oleh pelajar atau di dalam edaran

yang terhad. Kaedah pembesaran ilustrasi kartun dan penghurufan yang teliti hendaklah

dipatuhi.

d. Peta

Pelajar dewasa lebih biasa dengan pembelajaran menggunkan peta. Penggunaan bahan ini

lebih sesuai seiring dengan kaedah penerangan guru, sementara pelajar berinteraksi

dengan bahan. Prosedur menerbitkan peta yang kreatif meliputi:

gelapkan kawasan yang difokus

lengkungkan perkara yang hendak dijelaskan kepada

pelajar

penggunaan lorekan, bentuk dan warna kepada

ilustrasi yang digambarkan di dalam peta.

2. FOTOGRAFI

Kemahiran guru di dalam bidang fotografi ada hubungkait dengan

kebolehan seseorang guru di dalam membentuk bahan pengajaran yang berkesan atau

bersesuaian dengan kehendak pelajarnya. Pengambilan gambar tersebut boleh diarahkan

berdasarkan penentuan tajuk dan penentuan objektif pengajaran. Seandainya guru

menghadapi masalah membawa murid ke sesuatu lokasi, satu siri gambar foto boleh di

bawa kedalam kelas untuk menjelaskan aktiviti tersebut (seperti upacara sembelihan

korban).

38

Page 15: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Di dalam aspek perancangan, beberapa elemen mestilah ditekankan seperti penentuan

garis kasar isi, format penyampaian, penyediaan skrip dan perancangan `shot’. Di dalam

elemen penerbitan, setiap bahan fotografi mestilah diperbesarkan supaya bersesuaian

dengan jarak penglihatan pelajar. Di antara cara persembahan fotografi ialah:

visual bersama audio

visual bersama pernyataan

visual bersama penerangan

3. BAHAN CETAK

Pengajaran guru di dalam bilik darjah secara umumnya mementingkan kaedah penerangan

tentang sesuatu fakta. Penerangan tersebut selalu menimbulkan kesusahan untuk pelajar

memahaminya disebabkan halangan seperti kecekapan verbal dan dialek guru. Bagi

menjelaskan mesej, guru perlu memberikan pelajar-pelajarnya bahan-bahan cetak untuk

menyokong pengajarannya.

Bahan cetak ini boleh digabungkan dengan media lain seperti bahan audio, audio-visual,

transparensi dan fotografi. Secara lazimnya media cetakan diambil daripada buku, akhbar

atau risalah. Sebelum sesuatu bahan cetak digunakan, guru perlu melakukan proses

preview dan mengedit terlebih dahulu. Penggunaa bahan cetak seharusnya dapat

menimbulkan keseronokan, motivasi, maklumat dan pengajaran.

4. TRANSPARENSI

Bahan ini sangat berguna untuk menyampaikan pengajaran `mass lecture’. OHP

memberikan lebih tumpuan kepada pengajaran guru berbanding penggunaan kapur atau

pen penanda. Ia juga boleh merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan

melalui komunikasi lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta maklum balas

pelajar lebih semerta. Tiga jenis transparensi yang biasa digunakan:

asetat kosong daripada plastik biasa sama ada yang keras atau pun lembut,

ia boleh dipersembahkan secara kepingan yang berbingkai ataupun

bergulung.

Jenis termal atau peka haba, imej dan latar belakangnya boleh diubah warna

Transparensi daripada mesin fotokopi.

Teknik penyampaian transparensi terdiri daripada:

transparensi selapis

transparensi bertingkap

transparensi berlapis

transparensi gulung

39

Page 16: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

1. Bincangkan dengan rakan anda ciri-ciri bahan cetak yang seharusnya digunakan untuk pengajaran Tilawah Al-Quran.

2. Apakah media-media lain yang sesuai digunakan ketika pengajaran Tilawah dan Hafazan dan nyatakan alasannya.

___________________________________________________________________

5. BAHAN TIGA DIMENSI

Penggunaan bahan tiga dimensi sebagai sumber pengajaran pembelajaran mempunyai

faedah yang lebih banyak berbanding dengan bahan dua dimensi. Bahan tiga dimensi

kelihatan nyata dan benar. Tiga jenis bahan tiga dimensi ialah:

realia - merupakan bahan yang senang didapati dan selamat diolah. Ia boleh

dibawa ke dalam kelas, atau sekiranya ia sukar dialih, pelajar boleh dibawa

keluar kelas untuk mendekatinya. Antara jenis bahan realia ialah spesimen

batuan, tumbuhan dan haiwan kecil, bahan awet basah dan kering. Bahan-

bahan ini sesuai untuk pengajaran ayat kefahaman.

Model - dalam keadaan di mana realia susah atau tidak diperolehi, model

merupakan bahan gantian yang dapat mewakili bahan sebenar. Antara jenis

model ialah model pepejal. Model keratan dan model pergerakan. Dalam Al-

Quran antaranya model Alat Pertuturan Huruf.

Diorama - ialah sistem pameran yang menggabungkan latar depan tiga

dimensi dengan latar belakang dua dimensi. Model bangunan, orang dan

objek digunakan sebagai latar depan, manakala lukisan berwarna menjadi

latar belakang. Kombinasi latar depan dan latar belakang dapat

menghasilkan kesan realistik yang tinggi. Contoh diorama

seperti majlis, peperangan dan babak sejarah.

6. BAHAN AUDIO

Manusia menggunakan hampir separuh masanya di dalam aktiviti

mendengar seperti melalui rakan, seminar,syarahan dan sesi pembelajaran. Medium ini jika

dikelolakan dengan kreatif, jauh lebih menarik dan menyeronokan daripada pembelajaran

melalui pembacaan bersendirian.

Prosedur penghasilan bahan audio meliputi:

perancangan - merangkumi penentuan objektif, kumpulan sasaran, garis

panduan isi kandungan dan bantuan alat lain.

40

Page 17: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Persediaan untuk rakaman - meliputi skrip, muzik dan kesan bunyi,

penyampai dan pelaku, peralatan rakaman.

Rakaman - guru mestilah memahami panduan teori dan praktikal rakaman.

Aktiviti susulan - penyediaan panduan pengguna dan lembaran kerja

berkaitan.

7. BAHAN KOMPUTER

Penggunaan komputer dalam pendidikan semakin meluas sekaran. Beberapa pendekatan

dan konsep telah dikaji secara intensif oleh Kementerian Pendidikan dan Malaysian Institute

of Microelectronic System (MIMOS).

Terdapat banyak perisian untuk pengajaran dan pembelajaran boleh dibeli dalam pasaran.

Namun begitu, tidak semua perisian sesuai sebagai bahan pengajaran. Sekiranya guru

mempunyai kepakaran, perisian yang sesuai boleh dihasilkan sendiri.

Jenis-jenis perisian yang boleh dihasilkan:

tutorial

latih tubi secara interaktif

simulasi situasi sebenar

`game’ berunsur pendidikan

penyelesaian masalah secara proses

Ciri-ciri perisian yang baik;

isi yang sesuai dengan objektif dan kognitif

mudah digunakan

grafik menarik

suara dan muzik yang sesuai

interaktif

Layari laman Web yang berkaitan Al-Quran dan rakamkan bacaan 3 bacaan Qari yang anda sukai dan jelaskan bagaimana bahan tersebut dapat digunakan dalam pengajaran & pembelajaran Tilawah Al-Quran

8. SIMULASI DAN PERMAINAN.

Simulasi ialah satu percubaan untuk memberi gambaran atau memberi kesan sebenar

kepada sesuatu. Dalam erti kata lain ia bermaksud satu aktiviti, lakonan atau permainan

yang mempunyai unsur-unsur penyerupaan , penyamaran dan pemodelan. Pelajar-pelajar

akan berinteraksi dengan bahan simulasi dan dapat membuat keputusan secara aktif,

41

Page 18: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

memain peranan, meniru perwatakan atau mengoperasi alat simulator. Rasional bahan ini

digunakan apabila guru sukar membawa situasi realistik ke dalam bilik darjah disebabkan

faktor-faktor masa dan kewangan. Mewujudkan situasi seakan-akan sebenar ini dapat

memberi gambaran dan pengalaman konkrit kepada pelajar.

Permainan adalah suatu aktiviti yang berkaitan dengan pertandingan di mana peserta-

peserta membuat keputusan dan mengikuti segala arahan atau undang-undang yang

menyerupai keadaan realiti. Permainan selalunya digunakan sebagai suatu hiburan dan

keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Permainan kadang-kadang dianggap

sebagai satu cabang pelajaran simulais, kerana ia juga memanipulasi alat, tetapi tidaklah

semua permainan adalah simulasi kerana permainan mempunyai elemen pertandingan.

1.3.4 PEMBINAAN DAN PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI

 Pengenalan

Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber

pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak

untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan

penggunaannya  dalam bilik darjah bestari. 

Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber

pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui

pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk

berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum

mengikut potensinya.

 Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan pembelajaran

ialah;

i     Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari

ii      Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal

pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakan

dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

42

Page 19: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Jenis Sumber Pembelajaran 

A. Sumber berasaskan manusia

1. rakan sebaya2. guru3. Qari-Qari4. pegawai sumber.

B. Bahan bercetak

1. buku/kitab/mushaf2. majalah3. jurnal4. ensiklopedia5. surat khabar6. kad katalog7. kamus8. buku teks

C. Bahan pandang dengar

1. mikrofic2. radio3. televisyen4. video

D. Sumber berasaskan komputer

1. Disket2. cakra padat3. cakra laser4. disket video5. internet

 Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat

SUMBER KELEBIHAN KELEMAHAN A. Sumber

berasaskan manusia

- fleksibel - interaktif - secara lansung - mudah akses  

- tidak terjamin kualiti - sukar mendapatkan pakar yang berkewibawaan.

B. Sumber bercetak - murah - kekal - senang dirujuk - mudah alih - mudah akses  

- tebal - berat - tidak boleh disunting - tidak terkini

C. Sumber pandang dengar (audio-visual)

- murah - menarik - pelbagai pancaindera - mudah akses - boleh berulang

tayangan/siaran - boleh digunakan di mana-

mana dan pada bila-bila masa 

- tidak tahan lasak - susah menyunting - tidak terkini

D. Sumber berkomputer

- amat fleksibel - mudah dimaskinikan - multi-media - jaringan tidak terhad - canggih - user friendly 

- mahal - menimbulkan tekanan - perisian terhad,

- bergantung kepada bekalan eletrik

- perlu mahir mengoperasikan komputer

43

Page 20: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

 Kriteria memilih bahan atau sumber

- selaras dengan falsafah pendidikan negara

- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

- releven dengan kurikulum

- selaras dengan prinsip pedagogi 

- memberi maklumat terkini

- cost effective

- mudah diperolehi

- mudah digunakan

- mudah alih

- mudah senggara

- pelbagai rangsangan

- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan

- fleksibel

Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran

1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan

bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama.  Bahan berasaskan

komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa

mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih

menggunakan bahan berasaskan komputer.

2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahan-

bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian

penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru.

3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan

hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus.

Strategi Mengoptimumkan Sumber 

 Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset

audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran

memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan

terbaik dalam pengajaran pembelajarannya.

44

Page 21: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

 Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan

dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk

memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu

juga guru  perlu  mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum

untuk mencapai kesan terbaik.

 Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi

seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan

untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam

sebuah sekolah bestari.

 Strategi Pengoptimuman sumber

 1. CantumanPelbagai Jenis Sumber

Guru boleh menggunakan ‘authorware’ untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio

kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam ‘word prosessor’ atau

‘electronic presentation’ untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang amat

menarik dan berkesan.

 2  Penggunaan SerentakBeberapa Jenis Sumber

Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera

murid. Aktiviti ‘hand on’ serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan

proses pembelajarannya.

 Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan

bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti

dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh

diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan

maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat

persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan

sebayannya melalui ‘classnet’. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama

lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui ‘classnet’ dalam bilik darjah

bestari itu.

45

Page 22: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Soalan berikut adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman anda !Sila bincang dengan rakan sepelatih anda..

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

 3. Perkongsian melalui internet

 Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi

antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan

bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan

pembelajaran melalui ‘edunet’. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan

potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh

dibanggakan.

Tahniah…! Anda sudah selesai menghabiskan unit 5. Adakah anda telah mengetahui dan

memahami topik-topik yang dibincangkan?...Adakah anda telah membuat catatan nota

ringkas? Sekarang cuba anda selesaikan tugasan di bawah selengkapnya.

Soalan perbincangan

1. Hasilkan satu poster bergambar dalam pelajaran ayat kefahaman dengan

memuatkan tajuk dan subtajuk penghurufan komputer.

2. Hasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran bersumberkan bahan foto

mengenai tokoh-tokoh Qari Mesir/tempatan yang mashur.

3. Hasilkan satu bahan transparensi bertingkap untuk mengajar tilawah

alQuran.

4. Kumpulkan bahan realia yang sesuai untuk mengajar ayat kefahaman

5. Hasilkan bahan audio bersama kesan bunyi mengenai tajuk lagu bayati dan

Soba dalam bacaan ayat Al-Quran.

46

Page 23: 9. Topik 3 Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pe

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

47