55473466 bab 5 nilai nilai agama masyarakat

105
BAB 5 NILAI-NILAI AGAMA DAN MASYARAKAT

Upload: halina-noordin

Post on 27-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

AGAMA

TRANSCRIPT

Page 1: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BAB 5

NILAI-NILAI AGAMA DAN

MASYARAKAT

Page 2: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BAB 5

BAB TOPIK SUB-TOPIK Jam

5 NILAI-NILAI AGAMADAN MASYARAKAT

1. Nilai agama/kepercayaan -Islam -Kristianiti -Buddhisme -Hinduisme -Sikhisme -Taoisme -Confucianisme -Animisme2. Nilai Masyarakat Malaysia - Nilai tradisional - Perubahan nilai masyarakat Malaysia

12

Page 3: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

• ISLAM• KRISTIAN• BUDDHA• HINDU• SIKH• TAOISME• KONFUSIANISME• ANIMISME

Page 4: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

• ISLAM• KRISTIAN• BUDDHA• HINDU• SIKH• TAOISME• KONFUSIANISME• ANIMISME

Page 5: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AGAMA ISLAM

1

Page 6: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ISLAM

Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela, bukan terpaksa atau dipaksa.

Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Page 7: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ISLAM

• Definasi Islam dapat difahami ketika Jibril a.s datang bertanya Rasulullah s.a.w. tentang Islam dan daripadanya lahir konsep Rukun Islam.

Page 8: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ISLAM

• Khabarkan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam, “ Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t, Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu.”

(Terjemahan Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Page 9: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAM

1 Semua Nabi dan Rasul dihantar utk menyampaikan tiga asas keprcayaan atau usul aqidah yang bersalingkaitan iaitu KETUHANAN , KENABIAN & KEAKHIRATAN,

2 Ajaran Nabi Muhammad dibina atas 3 asas utama iaitu AQIDAH , SYARIAH & AKHLAK.

Page 10: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAMKONSEP KETUHANAN

1 Tauhid (Mengesakan Tuhan tanpa sekutu & perantara) adalah konsep terpenting dalam Islam yang mendasari dan mengikat segala aspek sistem, nilai, norma dan sebagainya.

2 Allah ialah nama khusus bagi Tuhan yang berhak disembah dan mempunyai ciri-ciri utama seperti yang disebut dalam surah Al-Ikhlas :(1)- Katakanlah: “ Dialah Allah yang maha esa”(2)- Allah tempat meminta segala sesuatu.(3)- “Ia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan;(4)- “Dan tiada siapa pun yang setara dengannya”

Page 11: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAMKONSEP KENABIAN

1 Nabi & Rasul diutus oleh Allah untuk menyampaikan panduan kepada manusia.

2 25 Rasul disebut dalam Al-Quran & mengikut sunnah terdapat lebih 124 000 nabi & rasul . Mereka bersifat maksum dan diberi mukjizat.Contoh : Kelahiran Nabi Isa tanpa perantaraan bapa dan kemampuannya boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah.

Page 12: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAMKONSEP KEAKHIRATAN

1 Merujuk suatu peristiwa kehancuran kosmologi alam seluruhnya, kebangkitan semula manusia untuk diberi pembalasan atas perbuatan baik dan buruk manusia.

2 Setiap kehidupan ada akhirnya.Jika hidup manusia menjadi seperti mesin yang rosak dan binasa begitu sahaja tanpa ada pembalasan, apa nilainya insan bermoral dan insan tidak bermoral? Bukankah lebih menyeronokkan untuk berzina daripada berkahwin? Untuk merompak daripada bekerja?.. Renungkan …

Page 13: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAMKONSEP KEAKHIRATAN

Inilah nilai yang dipupuk melalui konsep keakhiratan. Memandangkan setiap insan inginkan keadilan, amalan manusia perlukan pembalasan. Sesetengah kebaikan tidak diketahui manusia dan sesetengah kejahatan terlepas serta bebas daripada hukuman. Keadilan hanya terlaksana dengan adanya konsep “ HARI AKHIRAT “. Setiap kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun ada balasan baik dan buruknya.

Page 14: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAMKONSEP KEAKHIRATAN

Keakhiratan juga turut menyedarkan manusia tiga persoalan asas :

(1)- Dari mana kita datang?(2)- Untuk apa kita dicipta?

(3)- Ke mana kita akan pergi?

Page 15: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

TIGA KOMPONEN ISLAM

اإلسالمISLAM

AKIDAHAKIDAHAKIDAH SYARIAHSYARIAHSYARIAH AKHLAKAKHLAKAKHLAK

1 2 3

Page 16: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AJARAN ISLAMAjaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu:

Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah

s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya.

Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat.

Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

Page 17: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

RUKUN ISLAM

Mengucap dua kalimah syahadah

Sembahyang lima waktu

Puasa di bulan Ramadhan

Mengeluarkan zakat

Menunaikan haji bagi yang mampu

Page 18: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

RUKUN IMAN

Beriman kepada Allah s..w.t.

Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada Kitab

Beriman kepada hari kiamat

Beriman kepada qada’ dan qadar

Beriman kepada Rasul

Page 19: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

INSAN BERMORAL DALAM ISLAM

IMAN

TAQWAIHSAN

Page 20: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

INSAN BERMORAL DALAM ISLAM Iman membawa maksud kepercayaan,

tunduk, patuh serta pengakuan hati dan lidah disertai dengan amalan anggota badan.

• Takwa bermaksud melindungi atau memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.

• Ihsan bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan amalan ibadah yang betul dan perbuatan batin dengan keikhlasan

Page 21: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

DASAR AKHLAK ISLAM

– AL-ILTIZAM / AL-ISTIQAMAH– SYUMUL– DASAR KESEIMBANGAN ANTARA

TUNTUTAN JASMANI DAN ROHANI SERTA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.

– MUDAH DAN TIDAK MENYUSAHKAN.

Page 22: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SUMBER AKHLAK ISLAMIAH

SUMBER AKHLAK

AKIDAHAKIDAHAL-QURANSYARIAHSYARIAHAL-HADIS

AKHLAKAKHLAKIJTIHAD

1 2 3

Page 23: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

PRINSIP & KESYUMULAN ETIKA ISLAM

• PRINSIP ETIKA– BERIMAN KEPADA

ALLAH– PERSAMAAN– KEBEBASAN MEMILIH– AMANAH &

TANGGUNGJAWAB

• KESYUMULAN ETIKA– ETIKA TERHADAP DIRI

SENDIRI– ETIKA TERHADAP

KELUARGA– ETIKA TERHADAP

MASYARAKAT– ETIKA TERHADAP ALAM

SEKITAR– ETIKA TERHADAP ALLAH

Page 24: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ISLAM : GAGASAN TENTANG BAIK BURUK

1 Sistem Nilai Islam digambarkan melalui konsep “ Amar Makruf & Nahi Munkar “

2 Apabila sesuatu itu baik untuk manusia, Tuhan menjadikannya sebagai arahan seperti berkahwin, bekerja dll.Apabila sesuatu itu mendatangkan mudharat dan keburukan Tuhan menjadikannya sebagai larangan seperti berzina, minum arak dll.

3 Konsep arahan dan larangan ini bertindak sebagai satu peraturan yang mengawal seseorang itu dari sudut rohani, jasmani dan mental.

Page 25: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ISLAM : GAGASAN HIDUP TERBAIK

1 Gagasan hidup terbaik dalam Islam dinyatakan dalam Al-Quran ialah:Umat Pertengahan ( Ummatan Wasatan )

2 “ Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia; kamu menyeru kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang munkar dan beriman kepada Allah. “(Al-Quran)

Page 26: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AGAMA KRISTIAN

2

Page 27: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN• Kristian ialah agama wahyu yang

membentuk pengikut agama terbesar di dunia. Nama Kristian diambil sempena pengasasnya, Jesus Christ. Crist berasal dari bahasa Yunani, ‘christos’ yang seerti dengan ‘ Messiah’ yang beerti “ Penyelamat”

Page 28: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN

• Walaupun pandangan Kristian mengenai Jesus Crist pelbagai, namun hampir semua mengasaskan keyakinan Kristian atas ajaran Jesus dan percaya Jesus itu adalah penyelamat (Crist) yang dijanjikan dalam Perjanjian Lama dan bersama perutusan Jesus ialah Perjanjian Baru.

Page 29: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SUMBER NILAI• Kristian merupakan satu agama yang

menetapkan batasan nilai berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus sebagaimana karya-karya yang ditulis pengikutnya dalam Bible, khasnya Perjanjian Baru.

• Gagasan baik buruk bagi umat Kristian bergantung kepada penerimaan manusia terhadap ajaran2 Jesus.

Page 30: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KITAB SUCI KRISTIAN• Kitab suci Kristian dipanggil Bible dan

terdapat juga Kitab Injil Lama (ditulis sebelum kelahiran Jesus) dan Kitab Injil Baru (ditulis oleh pengikut Jesus).

• Sebagai sumber utama Kristian, ia dipercayaai sebagai ayat-ayat suci (scriptures) yang diturunkan kepada Moses dan Yesus.

Page 31: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : PEMBAHAGIAN KITAB BIBLE

Perjanjian Lama

Wahyu sebelum kelahiran Yesus mengandungi ajaran Tuhan yg diwahyukan kpd nabi Musa utk disampaikan kpd penganutnya. Terdpt sejarah terdahulu, kisah Adam & Hawa dan peraturan2 Kristian spt Rukun Sepuluh (The Ten Commandments)

Perjanjian Baru

Wahyu yang diturunkan kpd Yesus. Terdpt 4 Gospel utama (Mark / Matthew / Luke & John) yg ditulis selepas kematian Yesus.Mengesahkan peraturan dlm perjanjian lama termasuk Rukun Sepuluh.2 Rukun utama : (1)- Cintai Tuhan (2)- Cintai Jiran

Page 32: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN

• Rukun dalam ajaran Kristian :

– Cintai tuhan dengan sekuat hati, jiwa raga dan minda.

– Cintai jiranmu seperti kamu menyintai diri sendiri.

Page 33: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN

• EMPAT GOSPEL– Gospel Mark– Gospel Matthew– Gospel Luke– Gospel John

• EMPAT TEMA UTAMA– Kemuliaan Tuhan– Imej Christ– Rohaniah Tuhan– Kehidupan Abadi

( GAGASAN HIDUP TERBAIK BAGI UMAT KRISTIAN)

Page 34: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

TEN COMMANDMENTS (sepuluh rukun)

– Satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita– Jangan menyembah berhala dalam apa pun bentuk– Jangan salah guna nama Tuhan– Hormati hari Sabbath dengan memuliakannya– Hormati ibubapa– Jangan membunuh– Jangan berzina– Jangan mencuri– Jangan memberi keterangan palsu– Jangan mengingini isteri atau harta benda jiran

Page 35: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN KRISTIAN

• TRINITI - ( Tuhan Bapa, Tuhan Anak & Ruh Qudus)• DOSA WARISAN• PENYALIBAN JESUS• PENYELAMATAN• PANDANGAN TENTANG HAKIKAT INSAN• PANDANGAN ALAM• PERAYAAN

Page 36: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN KRISTIAN

TRINITI(TRITUNGGAL)

AKIDAHAKIDAHTUHAN BAPA

SYARIAHSYARIAHTUHAN ANAK

AKHLAKAKHLAKROH KUDUS

1 2 3

Page 37: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : TRINITI

Doktrin paling utama yang dipercayai majoriti besar Kristian ialah KETUHANAN. Persidangan Nicea (325CE) mengesahkan secara rasmi Triniti sebagai asas ajaran Kristian.

Berdasarkan konsep TRINITI, hanya terdapat satu Tuhan yang Maha Esa. Tuhan itu wujud secara esa atau Tunggal dalam 3 oknum, imej atau personaliti, iaitu TUHAN BAPA, TUHAN ANAK dan ROH KUDUS. Triniti ialah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Ketiganya wujud dalam satu hakikat metafizik yang berkuasa sama rata. Justeru, Kristian juga dikenali sebagai agama TRITUNGGAL (Triniti)

Page 38: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : TRINITI

Tuhan Bapa Dia merupakan asal, daripadanya berkembang sesuatu yg lain spt penciptaan, peraturan, perlindungan, nilai dan sebagainya

Tuhan Anak Ialah Yesus Kristus dlm konteks Tuhan melahirkan (inkarnasi) dirinya sendiri untuk menyelamatkan manusia. Kelahiran berlaku secara ajaib melalui Maryam Perawan sebagai “Theotokos”, iaitu Pembawa Tuhan / Ibu Tuhan. Sebagai Tuhan dalam personaliti manusia, Yesus mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan. Bagi membuktikan kebenaran pula, Yesus menunjukkan beberapa keajaiban yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa.

Page 39: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : TRINITI

Roh Kudus Ialah peribadi Tuhan yang perlu ada dalam diri seseorang manusia yang akan memimpin, menolong dan menemaninya dalam kehidupan sebelum memasuki syurga.Roh inilah yang menghubungkan manusia dan Tuhan serta membezakan manusia dengan binatang.

Page 40: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : GAGASAN HIDUP TERBAIK KRISTIAN

Kemulian Tuhan

Kemuliaan Tuhan ialah menerima Tuhan.Ia dimanifestasikan melalui usaha menolong dan menyelamatkan semua manusia yang berdosa. Yang menerima Yesus telah memuliakan Tuhan & ini melahirkan imej Christ (Penyelamat) dalam diri. Christ ialah rohaniah Tuhan dalam bentuk Yesus. Yang menerima rohaniah Tuhan diberi penghidupan abadi iaitu persaudaraan rapat dengan Tuhan.

Imej ChristRohaniah

Tuhan

Kehidupan Abadi

Daripada Triniti , lahir empat tema utama yang menjadi “GAGASAN HIDUP TERBAIK” bagi umat Kristian

Page 41: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : DOSA WARISAN (INHERITED SIN)

Semua manusia dilahirkan dlm keadaan berdosa. Dosa ini diwarisi daripada manusia pertama, Adam dan isterinya Hawa krn memakan buah larangan di syurga. Kerana berdosa mereka disingkir dari syurga. Dosa tersebut ditanggung semua keturunan manusia. Supaya dosa seluruh manusia dapat dihapuskan satu pengorbanan agung diperlukan. Tuhan Bapa menghantar anaknya sendiri iaitu Yesus Kristus melalui Tuhan Ibu ke dunia untuk mengampunkan dosa tersebut. Untuk mengampunkan dosa tersebut, Yesus rela untuk mati disalib. Siksaan yang dihadapi dipercayai sebagai satu kasih sayang Tuhan untuk menghapuskan dosa manusia. Ketika keghaiban Yesus, paderi diberi tanggungjawab besar untuk mengampunkan dosa manusia melalui upacara pengakuan dosa.

Page 42: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : PENYALIBAN YESUS

(THE CRUXIFICATION JESUS)

Penyaliban Yesus di tiang salib ialah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama Kristian. Tuhan Bapa telah menghantar Tuhan anak yang tunggal, iaitu Yesus ke dunia. Tuhan anak mati di atas salib untuk menebus dosa semua manusia dan menyelamatkan manusiadari api neraka menerusi kaedah penyaliban sehingga mati dan bangkit semula. Suatu masa setelah diangkat ke langit, Yesus dipercayai akan datang semula ke dunia untuk mengadili manusia yang hidup dan yang mati.

Page 43: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : PENYELAMATAN

Penyelamatan ialah satu situasi manusia diselamatkan daripada kesan dosa warisan, iaitu kerananya manusia dihantar ke neraka. Tuhan menghendaki tiada manusia diseksa. Kepatuhan kepada undang-undang semata tidak dapat menyelamatkan manusia. Yang dapat menyelamatkan manusia ialah menerima Yesus sebagai Tuhan. Dengan itu manusia tidak akan diseksa pada kehidupan abadi kerana Yesus telah menerima siksaan tersebut bagi pihak manusia sebagai satu pengorbanan dan kasih sayang Tuhan agar semua manusia akan diampunkan.

Page 44: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : PANDANGAN TENTANG HAKIKAT INSAN

Hakikat manusia terdiri dari roh dan jasad. Jasad tidak berguna tanpa roh. Roh meninggikan martabat dan membezakan manusia dan binatang dan perkembangan roh (spritual) lebih asas dan penting mengatasi fizikal. Disnilah letaknya “ PERSONALITI TUHAN “.Manusia pertama dicipta ialah Adam dan Hawa.

Page 45: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : PANDANGAN ALAM

Alam semesta dicipta dalam masa 6 hari atas kuasa Tuhan.

Page 46: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KRISTIAN : PERAYAAN

Terdapat beberapa perayaan Kristian di Malaysia;

GOOD FRIDAYHOLY SATURDAY

HARI EASTERHARI KRISMAS

Hari Easter disambut awal April sempena kebangkitan semula Yesus dan berakhirnya Lent (puasa 40 hari)Hari Krismas pula sempena kelahiran Yesus. W/pun kelahiran & kematiannya satu misteri tapi disambut pada setiap 25 Disember

Page 47: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AGAMA BUDDHA

3

Page 48: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA• Diasaskan oleh Siddharta Gautama

(563-483 S.M) yang digelar Buddha iaitu bererti ‘Pemberi Cahaya’ setelah beliau mendapat ilham, pemakluman atau pengajaran agung .

Page 49: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA• Agama Buddha ialah agama dan falsafah yg

berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni.• Terdapat 3 aliran utama :• (1)- Theravada• (2)- Mahayana• (3)- Vajrayana• Merupakan salah satu agama besar di dunia

dianuti lebih kurang 350

Page 50: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA :Seorang Buddha … ?

• Seorang yg mendapati alam semula jadi yg benar melalui pelajarannya selama bertahun-tahun, penyiasatan dgn pengalaman agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau “PEMAHAMAN”. Sesiapa yang bangun dari “Ketiduran Kejahilan” secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai “ BUDDHA”

Page 51: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA :Tujuan seseorang Menganut Buddha• Untuk menikmati segala kesusahan dalam

kehidupan.• Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha

harus membersihkan diri dan melatih minda sendiri dengan mengikut “ Lapan Jalan Mulia” atau “ Jalan tengah” supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu NIRODHA atau NIRVANA.

Page 52: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA :SIDDHARTA GAUTAMA (SAKYAMUNI)

1 Seorang anak raja ( anak Sudhadana & Maya )2 Umur 29 thn – keluar istana dan melihat 3 peristiwa :

(1)- Tua (2)- Penyakit (3)- Kematian

3 Meninggalkan anak, isteri & kemewahan utk mengembara selama 6 tahun & bertapa selama 48 hari di bawah pokok Bodhi atau pokok penenang dan pada hari ke-49 iaitu pada malam purnama WESAK, beliau telah menyedari & memahami bahawa penderitaan adalah lumrah kehidupan manusia dan satu teori tentang pembebasan penderitaan tidak boleh hanya dgn bertapa sahaja sebaliknya melalui PROSES PEMADAMAN NAFSU.

Page 53: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA :SIDDHARTA GAUTAMA (SAKYAMUNI)

4 Pemadaman Nafsu boleh dilakukan melalui “JALAN LAPAN LAPIS MULIA”

5 Setelah memahami teori ini, beliau keluar mengembara di serata tempat bagi menyebarkan fahaman ini.

6 Ajaran Buddha yg disebarkan oleh beliau bukan satu ajaran metafizik atau falsafah tetapi lebih menekankan kpd ajaran yg berkaitan dengan psikologi dan etika-etika kehidupan.

Page 54: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA :NILAI-NILAI AJARAN BUDDHA

1 Memimpin manusia ke arah pendamaian

2 Mengembangkan kesempurnaan tingkah laku dan moral

3 Mengajar cara berfikir yang beralasan dan logik

Sutra-sutra seperti Sigalovada, Mangala, Parabhava, Vasala, Vyagghapajja dirujuk oleh umat Buddha agar lebih mengerti akan sikap-sikap hidup mereka sebagai umat Buddha.

Page 55: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA

• TIGA asas utama dalam ajaran Buddha, iaitu :–Jalan Tengah–Jalan Lapan Lapis Mulia –Empat Kebenaran Yang Agung.

Page 56: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

TIGA PRINSIP Prinsip Pertama : Menyeru para pengikut hidup secara

sederhana dan tidak melampau dalam mengatur langkah hidup kerana hidup mengikut hawa nafsu punca hidup manusia menderita & sengsara hidup.

Prinsip Kedua : Untuk mencapainya, manusia harus menempuh 8 jenis jalan iaitu kefahaman yang benar, pemikiran yang benar, kata-kata yang benar, tingkah laku yang benar, usaha yang benar, kehidupan yang benar, kesedaran yang benar dan meditasi yang benar.

Prinsip Ketiga: menceritakan tentang penderitaan (dukkha), asal-usul penderitaan, sebab musabab dukka, penghapusan dukkha dan cara menghapuskan dukkha adalah dengan mengekang hawa nafsu.

Page 57: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

Doktrin KARMA

• HUKUM KARMA

• Perbuatan baik akan dibalas baik manakala kelakuan jahat akan membawa padah

Page 58: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA:LIMA LARANGAN / RUKUN MORAL

(Panca Sila)• Jangan membunuh• Jangan mencuri• Jangan berzina• Jangan berbohong • Jangan mengambil dadah atau arak yang

boleh mengelirukan akal.

Page 59: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA : SEPULUH NILAI MURNI

JASAD1- Tidak membunuh2- Tidak Mencuri3- Tidak Berzina

MULUT

4- Tidak Berbohong5- Tidak Bermuka dua6- Tidak Memaki7- Tidak bercakap manis

NIAT8- Tidak Tamak9- Tidak Membenci10- Tidak Jahil

Page 60: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

BUDDHA : AJARAN BUDDHA

1 Lima Larangan dipatuhi atau dipraktikkan oleh manusia di dunia ini.Sesiapa yang berjaya mematuhi Lima Larangan akan dilahirkan semula menjadi manusia di dunia ini.

2 Sepuluh Nilai Murni pula dipraktikkan oleh manusia di dunia syurga.Sesiapa yang berjaya mematuhi Sepuluh Nilai Murni akan dilahirkan di syurga

Page 61: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AJARAN BUDDHAKasih Sayang Universal

• Buddha mengajar cinta kasih sayang dan kebaikan kepada semua makhluk dewa, manusia, binatang dan makhluk-makhluk lainnya yang disebut sebagai kasih sayang universal. Iaitu melayani orang lain tanpa mengira bangsa, agama, budaya, jantina, negara dan sebagainya

Page 62: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AGAMA HINDU

3

Page 63: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

HINDU

• Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar penduduk India. Mula berkembang pada sekitar tahun 2000 S.M. Dipercayai bahawa agama Hindu merupakan salah satu agama tertua di dunia.

Page 64: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KITAB HINDU :VEDA

• VEDA asal dari perkataan Sanskrit “VID” bermaksud “ Ilmu Pengetahuan”.

• Kitab-Kitab VEDA ini diterima ketika dalam keadaan samadhi (Wahyu) oleh Maha Resi-Maha Resi terdahulu.

• Kitab2 VEDA dibahagikan kpd 2 :• (1)- Kitab VEDA Sruthi • (2)- Kitab VEDA Smrithi

Page 65: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KITAB VEDA SRUTHI• Kitab dan ajaran terawal yang ditulis dalam Bahasa

Sanskrit adalah dalam bentuk empat Vedas (kebijaksanaan daripada cahaya putih).

• Sruthi (“Sru” merujuk kpd “ didengari” ketika dlm keadaan Samadhi)– Rig Veda– Yajur Veda– Atharva Veda – Sama Veda.

Keempat2 VEDAS dikenali juga sebagai “ CATUR VEDAS”

Page 66: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KITAB VEDA SMRITHI

• Merupakan tafsiran drp sumber asal (Kitab Strithi) dipermudahkan supaya senang dipelajari oleh penganut2nya.

• Ia terdiri dari 2 kelompok :– VEDANGGA– UPAVEDA

Page 67: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

HINDU

• Veda adalah kitab agama yang mengandungi nyanyian dan pujian terhadap Tuhan, lagenda Tuhan dan lain-lain.

• Setiap Veda mempunyai empat bahagian iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad.

• Dalam kitab Veda, Tuhan teragung ialah Brahman.

Page 68: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

ASAS KEPERCAYAAN HINDU

• Agama Hindu mempercayai kewujudan satu tuhan yang paling agung yang dinamakan Brahman.

• Ini dinyatakan didalam kitab VEDA. • Penjelmaan Tuhan Teragung ini menghasilkan

3 Dewa yang dikenali sebagai “Trimurti” iaitu :

• (1)- Dewa Brahma (Pencipta)• (2)- Dewa Vishnu (Pelindung)• (3)- Dewa Siva (Pemusnah)

Page 69: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AJARAN AGAMA HINDU

• Hinduisme didasari oleh 3 konsep iaitu :

• (1)- Falsafah (Tattawa)• (2)- Etika (Susila)• (3)- Yadnya (Upacara)

Page 70: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KONSEP AJARAN HINDU : PANCA SRADHA (5 KEYAKINAN)

Brahman Keyakinan kpd Tuhan TeragungAtman Keyakinan Terhadap Atma

Karmaphalan(Karma)

Keyakinan terhadap hukum karma. Kelahiran semula amat bergantung kpd Karma. Yg jahat lahir semula sebagai manusia rendah darjat / binatang. Yg baik akan lahir semula sebagai manusia sempurna atau tak perlu lahir lagi sebagai manusia tapi masuk ke alam MOKSA

Punarbhawa / Samsara

Keyakinan terhadap penjelmaan kembali / kelahiran semula

MokhsaKeyakinan terhadap bersatunya Atma dengan Brahman. Inilah tujuan akhir bagi umat Hindu.

Page 71: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KONSEP AJARAN HINDU : NIYAMA BRATHA (5 keburukan mesti dijauhi)

Ahima Kasih kpd makhluk lain / tidak membunuh / menganiaya

BrahmacariBelajar , berguru bersungguh2, tidak melakukan hubungan kelamin (sanggama) selama menuntut ilmu.

Satya Setia

Awyawaharika Cinta kedamaian

Asthenya kejujuran

Page 72: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

HINDU

• Doktrin Karma berkait rapat dengan Hukum kelahiran semula (reinkarnasi). Ia merupakan salah satu bentuk Hukum Sebab dan Akibat. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan di dunia ini merupakan satu kesengsaraan kerana seseorang itu akan menghadapi kelahiran semula yang berulang-ulang selagi mereka belum mencapai ke tahap Nirvana.

Page 73: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

HINDU

• Lingkaran Kelahiran semula ini dinamakan Samsara. Kelahiran ini memberi peluang kepada jiwa untuk membayar segala dosa dan mendapat pahala

• Manakala kebebasan dari rantaian kelahiran ini dinamakan Mokhsa. Penganut Hindu berharap akan dapat terlepas dari rantai kelahiran ini.

Page 74: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

HINDU

• Thaipusam dirayakan ketika bulan purnama dalam bulan Thai (bulan sepuluh dalam calendar Tamil) iaitu sewaktu bulan purnama Thai melintasi bintang bersinar yang bernama Pusam.

• Deepavali dirayakan pada bulan Aipasi dalam calendar Tamil. Ia bermaksud sebarisan pelita.

Page 75: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

NILAI KETERANGAN

Dharma (tanggungjawab)

Segala tugas dan tanggungjawab dgn sempurna serta amanah.

Ahimsa (kasih sayang) Tiada kekejaman terhadap sebarang mahkluk sama ada manusia atau binatang

Dhruti (keberanian dan ketetapan)

Berani dan mempunyai hati yang tetap untuk menghadapi sbrg cabaran dalam kehidupan

Page 76: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AGAMA SIKH

3

Page 77: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SIKH:

“Sikh “ berasal dari (1)- Bahasa Pali “Sikkha” (2)- Bahasa Sanskrit “Sisya” bermaksud “ Pengikut / Pelajar.

Komuniti Sikh adalah komuniti yang taat kpd agama dan mempunyai entiti sosio-politik yang jelas, berdemokrasi dlm struktur organisasi, anggota yang sentiasa siap sedia untuk bertempur sekiranya diperlukan, menentang penganiayaan dan ketidak adilan ke atas sesuatu kepecayaan dan kebebasan.

Pembentukkan komuniti ini tidak berlaku dalam sehari sahaja tetapi GURU NANAK dan para penggantinya telah mengambil kira-kira 200 tahun untuk mengubah keadaan masyarakat ketika itu.

Page 78: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SIKH:KONSEP GURU

1 “GURU” Bahasa Sanskrit dari 2 suku kata “GU” dan “RU”“GU” – Kegelapan & “RU” – Cahaya“GURU” - Cahaya Yang Menghapuskan Kegelapan.

2 GURU bukanlah berasal dari keturunan Tuhan tetapi merupakan seorang manusia yang tinggi spritualnya yang dihantar ke duniaoleh Tuhan untuk memberi kesedaran kpd umat manusia. Guru mempunyai ikatan spritual dgn Tuhan dan melalui GURU, penganut agama Sikh dapat mengetahui tentang Tuhan.

3 Panggilan kehormat ini hanya ditujukan kpd 10 orang GURU Sikh, bermula dari GURU NANAK (1469) sehingga GURU Gobind Singh (1708) kemudiannya kpd SRI GURU GRANTH SAHIB, a living Guru

Page 79: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SIKH

• Guru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama Sikh.

• Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan.

• Ajaran guru-guru ini terdapat dalam kitab Adi Granth atau Sri Guru Granth Sahib.

Page 80: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SIKH:GURU NANAK

1 Politik, agama dan budaya yang didominasi oleh pemerintah dan orang-orang alim ulama bertanggungjawab ke atas kemunduran yang dialami.

2 Emansipasi ini hanya dpt dicapai sekiranya wujud kesedaran kolektif mengenai kesamarataan dan persaudaraan sesama manusia.

3 Oleh itu, beliau tidak mengiktiraf diskriminasi antara gender, sesama manusia, sistem kelas dan kasta serta konvensi atau peraturan sosial yang ortodoks.

Page 81: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SIKH:GURU NANAK

1 Guru Nanak mengajar bentuk penyembahan yang umum dan organisasi sosial umum yang berdasarkan persamaan antara manusia dalam bentuk “ SANGAT “ dan “ PANGAT”.

2 “SANGAT” – Himpunan Jemaah“PANGAT” - Merujuk kpd Dewan Makan

3 Maksudnya : Semua orang tanpa menghiraukan perbezaan kasta, kelas sosial dan agama duduk bersama dan menikmati hidangan yang disediakan.

Page 82: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SIKH:GURU NANAK

1 Guru Nanak mengajar agama monotisme kpd masyarakat bahawa hanya wujud satu Tuhan sahaja utk manusia dan kpd semua bangsa bukannya khusus untuk orang Hindu atau pun orang Muslim dan sebagainya.

2 Ketuhanan Yang satu disebut dalam mukaddimah Sri Guru Granth Sahib

3 Tuhan Yang satu dipanggil RAM / KHUDA / ALLAH / WAHEGURU

Page 83: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SIKH:GURDWARA

1 Lebih dikenali sebagai “ The gateway of the Guru “ merupakan rumah ibadat bagi komuniti sikh yang berfungsi sebagai tempat perkumpulan penganut agama sikh dan memastikan segala elemen yg berkaitan dgn agama Sikh terpelihara khasnya upacara kelahiran / pembaptisan / perkahwinan & kematian.

2 Juga tempat sembahyang berjamaah ( sangat ) w/pun boleh sembahyang dirumah tetapi jemaah adalah objektif penting ajaran Sikh.

Page 84: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SIKH:TRANSFORMASI ROH

1 Agama Sikh menerima teori KARMA dan pertukaran roh dari satu jasad kepada jasad yang lain sehingga mencapai NIRWANA.

Page 85: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

KITAB ADI GRANTH

• Ditulis dalam bentuk puisi yang mengandungi ajaran etika dan kerohanian. Ia boleh diringkaskan kepada 3 bahagian :

– Keperluan memajukan manusia– Hubungan sesama manusia – Keselarasan dengan roh yang merupakan

matlamat paling tinggi yang patut dicapai.

Page 86: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

• Setiap orang dalam kehidupannya yang nyata memenuhi masanya dengan pandangan yang kosong, sempit dan terhad dan ini dikenali dengan houmai (keakuan).

• Seseorang yang baik dan bermoral ialah individu yang berusaha meningkatkan diri dengan bergerak jauh (swadiri) daripada houmai dalam kehidupan untuk menuju sachiara (swadiri yang paling tinggi)

Page 87: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

3 AMALAN MULIA

Naam Japna▪ Bermeditasi ke atas nama Tuhan. Melalui Naam

sahaja manusia dpt bersatu dgn Tuhan. Ini bermakna matlamat utama utk mencapai mokhsa tercapai.

Wandke Chakna▪ Berkongsi apa yg dimiliki org lain khasnya

golongan kurang bernasib baik. Kirt Karni

▪ Sentiasa membuat kebaikan dan berbakti kepada masyarakat.

Page 88: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

SWADIRI (PENYEMPURNAAN DIRI)

melibatkan aspek berikut yang dikenali sebagai khand.

Dharam Khand▪ Situasi ke arah kemajuan iaitu kewajipan sosial yang

ditetapkan dan dilakukan mengikut kemampuan diri. Gian Khand

▪ Memperolehi ilmu yang menuju kepada asimilasi kebijaksanaan

Saram Khand▪ Pencapaian keharmonian dan keselarasan diri

termasuklah kesedaran etika.

Page 89: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

– Karam Khand• Swadiri menjadi lebih matang dan mantap

menyebabkan tindakkannya lebih komprehensif apabila kuasa roh dan tenaga menjadikan Swadiri hampir sempurna.

– Sach Khand• Kejayaan Swadiri iaitu penyatuan di antara

pemikiran, pandangan dan estetika.

Perayaan : Vasakhi pada 13 April setiap tahun.

Page 90: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

Perayaan : Vasakhi pada 13 April setiap tahun.

Page 91: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

LIMA K

– kes (rambut yang tidak dicukur),– kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa

rambutnya sentiasa bersih)– kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan

kepada guru)– kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga

ke bawah lutut) – kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah

berani seperti singa).

Page 92: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

NILAI MURNI

KebijaksanaanKearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan ilmu rohani.

KejujuranPersetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta keyakinan dan tindakan seseorang.

KesederhanaanMengawal diri secara sederhana, tidak kejam atau keterlaluan.

KeadilanMeliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.

KeberanianPenyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dgn sesiapa.

Page 93: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

AGAMA TAOSIME

4

Page 94: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

TAOISME

• Ianya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya.

• Diasaskan oleh Lao Tze (575-485 S.M) • Buku karangan Lao Tze iaitu Tao Te Ching yang

bermakna Jalan dan Kekuasaan.

Page 95: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

EMPAT KONSEP PENTING

• Tao melahirkan yang Satu• Yang Satu melahirkan Yang Dua• Yang Dua melahirkan Yang Tiga• Yang Tiga melahirkan semua makhluk.

Page 96: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

• Untuk mencapai perpaduan dengan Tao, penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei yang bermaksud ‘cara bukan tindakan’. Ia bermaksud, melakukan sesuatu bukanlah untuk diri sendiri sahaja bahkan untuk orang lain juga. Ia juga bermaksud kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkong oleh hawa nafsu.

Page 97: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

• ‘jalan yang benar membawa ke hadapan, yang salah ke belakang’, ‘jangan meneruskan atas jalan yang jahat’ dan ‘jangan berdosa secara sulit, tambahkan sifat mulia dan pertingkatkan kebaktian’.

Page 98: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

CONFUCIUSNISME

• Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung.

• Ianya merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat.

Page 99: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

CONFUCIUSNISME

• Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.

Page 100: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.

Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang.

Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.

Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.

Page 101: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.

Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang.

Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.

Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.

Page 102: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.

• Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.

• Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.

Page 103: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

Nilai Masyarakat Malaysia

1- Nilai tradisional

2- Perubahan nilai masyarakat Malaysia

Page 104: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

Sila baca kertas kerja bertajuk :

“ Penghayatan Nilai-nilai Murni Dalam masyarakat Berbilang

Kaum di Malaysia “

- Telah diupload ke Blog JAPIM -

Page 105: 55473466 Bab 5 Nilai Nilai Agama Masyarakat

TAMAT